Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Sunday, June 5, 2011

Menjadi seorang pengajar dan menjadi seorang eksekutif..

Menjadi seorang pengajar dan menjadi seorang eksekutif sebenarnya dua perkara yang berbeza tetapi sama. Kedua-dua posisi mempunyai cabaran yang hebat dan sangat mencabar. Menjadi seorang boleh dikatakan sebagai pegawai IT pada suatu ketika dulu, aku banyak deal dengan komputer, bigbos, engineer dan kawan-kawan sepejabat sama ada up level atau down level. Bukan mudah untuk deal dengan semua orang pada satu masa.. expecially aku bukan seorang yang kuat bercakap (talk-active) dan pandai melayan orang yang kuat bercakap. Namun aku seorang pendengar yang baik (good listener) dan mempunyai idea-idea yang baik... namun aku kurang bagus untuk menerangkan idea-idea mantap aku kerana aku bukan seorang komunikator yang bagus.

Aku pun hairan mengapa aku tiba-tiba memilih bidang pengajaran ini. Bermula dari seorang Tutor di ILP Kuala Langat, tiba-tiba aku menjadi minat untuk mengajar. Bila aku fikir-fikirkan semula sejak aku kecil daljah satu.. cita-cita asal aku menjadi seorang guru.. namun bila aku sudah dewasa, dengan kekangan-kekangan aku telah jauh tersimpang dari menjadi seorang guru.. entah macammana aku kembali kesimpang pendidikan juga akhirnya biarpun bukan bergelar seorang guru disekolah.. menjadi pendidik bukan satu tugas yang mudah.Kelemahan aku terpaksa dibaiki dan hari ke hari aku cuba memperbaiki diri sendiri terutamanya menjadi seorang komunikator yang hebat. Menjadi penyampai yang cemerlang adalah orang yang berjaya menyampaikan maklumat kepada pendengarnya kemudian pendengarnya faham dan mampu melaksanakan maklumat yang diterima dengan pencapaian terampil. Kelemahan kedua aku adalah mengingati semua anak muridku.. aku menghadapi kesukaran untuk mengingati semua orang.. aku cuba dan terus mencuba menjadi yang terbaik.

Bagaimanapun, aku masih dalam peringkat percubaan dan aku akan terus bergerak kehadapan tanpa menoleh lagi.

Menjadi eksekutif dan menjadi pendidik cukup mencabar.. jika sebagai seorang eksekutif dia terpaksa deal dengan kawan-kawan pejabat down level tentang arahan pihak atasan dalam sebarang arahan kerja. Pertamanya, menggunakan perkataan yang baik terhadap orang bawahan dan keduanya, menggunakan perkataan yang baik terhadap orang atasan.. sehingga kadang-kadang tersepit dicelah-celah kemarahan kedua-dua level ini... bukankah sesuatu yang mencabar. Berkerja dengan komputer dan menepati kehendak pelanggan dalam tempoh masa yang diberikan terlalu pendek dan bos pula jenis asyik nak tukar idea je kadang-kadang membuatkan kita rimas dan tersepit diantara kehendak bos dan kawan-kawan yang selalu makan lunch dengan kita. Tiap-tiap hari kita menadah telinga mendengar keluhan kawan-kawan tentang bos.. namun apa yang kita boleh buat hanyalah membantu sedikit sahaja.. tidak boleh lebih dari itu.. itupun kepada kawan-kawan yang faham situasi kita. Kena down level yang tak paham dengan situasi kita, mulalah buat konfrontasi dengan kita. Kadang-kadang sakit telinga dengan mereka mengata guna kata sindiran pula tu.. tak kurang pula manusia dua alam.. macam lalang.. dengan kita baik belakang kita pun perghh... habis sume diumpatnya.. nak atau tidak .. kalau tak tahan blah je la dari syarikat tuhh..

Kalau mengajar pula.. pun penat. hari-hari deal dengan students.. kalau kena student yang dengar cakap bagus jugalah.. ni student yang tak dengar cakap.. disuruh buat A dia buat AB.. kalau ditanya paham.. kata faham.. tapi bila jawab soalan.. kata tak paham pulak.. kadang-kadang aku tak paham fungsi faham dan tak paham tu.. kecuali bila kita test mereka. Masalahnya, bila test banyak plak yang pakai toyol kalau tak toyol pun hantar kertas kosong.. itu baru aku deal dengan student.. aku tak tahu lah kalau aku dah memang sebahagian dari pengajar sebenar... macammana nak deal dengan pihak pengurusan dan juga student.. tentu stress selalu.. menjadi seorang pengajar nilai komunikatornya kena tinggi. Padahal itulah kelemahan aku.. aku hanya suka bermain dengan fact.. untuk huha.. huha.. aku tak reti. Maybe aku kena lebih banyak berkomunikasi.

Bila berada dalam alam pendidikan ini.. aku menyedari sesuatu.. kebaikan dan keburukan seseorang itu, bukan berpunca seratus peratus dari persekitarannya.. tetapi kebanyakannya berpunca dari diri sendiri. Bagaimana kita nak mengatasi kelemahan kita, kita kena berjuang dan terus belajar dan terus belajar menjadi manusia cemerlang.

Mostly, menjadi seorang pendidik sangat memenatkan fizikal dan mental, tetapi kepenatanya seimbang antara fizikal dan mental. Menjadi seorang eksekutif kepenatan terasa fizikal dan mental juga tetapi banyak kepada mental. Bila mental kita penat, badan juga akan terasa penat. Mungkin sebab itu aku enjoy menjadi seorang pendidik... agaknya lah.. tunggulah sehingga aku menjadi truly lecturer.. so aku boleh compare mana lebih menyengat..

No comments:

Post a Comment