Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, December 26, 2011

Betulkan niat pergi kenduri kahwin

Petang tadi aku menghadiri satu majlis perkahwinan seorang sepupu ayah yang dibuat disebuah dewan di Kuala Lumpur. Kata emak, sepupu ayah ini bolehlah dikategorikan berstatus berada. Kami disambut baik dan seperti biasa memenuhi jemputan. Majlis diserikan dengan alunan muzik dan aluan kompang setibanya pengantin tiba terus ke meja santap.. Kemudian bacaan doa dilakukan dan majlis meneruskan acara jamuan. Setelah memenuhi undangan, menjamu dan kami pun pulang.


Apa yang ingin aku tekankan disini bukanlah majlis tersebut tetapi orang yang memenuhi undangan majlis. Agaknya sudah ramai yang lupa mengapa majlis perkahwinan diadakan. Sedang aku pulang bersama adikku.. berselisih dengan satu keluarga yang terdiri dari 3 orang, seorang ibu voge dan dua orang anaknya lelaki dan perempuan. Berkat yang kami bawa pulang adalah sebentuk cawan bercorak bunga british. Apabila sahaja ibu voge tadi melepasi kami dengan kuatnya dia berkata... "CAWAN LAGI... Bla... blaa.. blaa...". Aku agak terpana seketika.. kenapa pula makcik tua tu tiba-tiba marah pula bila dia terpandang kami membawa berkat yang diberi oleh tuan majlis adalah cawan? Adakah dia datang ke majlis tersebut kerana ingin mendapatkan sesuatu dari tuan rumah? Apa? Sebuah oven? atau sebuah printer? atau sebuah kereta? atau sebuah rumah? Hebat sangatkah dia? Bagi aku dia tak hebat pun... malah hampas!! 




 Apakah dia lupa maksud sebenar sesebuah majlis perkahwinan diadakan?

 قَلَ رَسُولُ الله صلعم اِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى وَلِيْمَةِ عُرْسٍ فَلْيُجِبْ 

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila salah seorang daripada kamu diundang ke jamuan perkahwinan, hendaklah ia perkenankan. 
 Hadis sahih riwayat Muslim 

 Hukum memenuhi jemputan adalah wajib. Hanya beberapa sebab seperti dibawah sahaja dapat keuzuran dari memenuhi jemputan. Semua contoh yang diberikan di bawah boleh mengubah status hukum asal kewajiban menghadiri undangan dan jemputann: 

(i) Jarak yang terlalu jauh - Melibatkan kos dan masa perjalanan yang sangat jauh, seperti menetap di Johor dan mendapat undangan bagi majlis walimah di Perlis. 

 (ii) Keadaan negara yang tidak mengizinkan - Keadaan Negara yang mungkin sedang dalam peperangan, darurat dan sebagainya. 

(iii) Ketika jemputan dibuat secara umum - Jemputan umum mungkin mewakili suatu kumpulan atau keluarga yang hanya memerlukan wakil untuk hadir dan tidaklah semestinya semua ahli kumpulan atau keluarga wajib hadir. 

 (iv) Tidak mendapat jemputan - Apabila tidak mendapat jemputan, maka semestinya tidak menjadi wajib kehadiran terhadap majlis walimah itu. (Jika berkeinginan juga untuk hadir sesuatu majlis yang mana kita tidak mendapat jemputan darinya, seelok-eloknya mendapatkan jemputan terlebih dahulu supaya kehadiran kita itu tidak mengganggu perjalanan majlis dari segi kos dan perancangan pihak yang menjemput) . 

 (v) Telah mendapat beberapa jemputan lain - Tidak menjadi kesalahan sekiranya wujud pertembungan antara dua atau lebih majlis walimah, maka boleh memilih salah satu daripada sekian banyak undangan majlis (sekiranya tidak dapat menghadirkan diri terhadap semuanya majlis), baik ianya berdasarkan kaedah siapa yang menjemput dahulu, atau jemputan manakah yang paling hampir. Bagi majlis walimah yang lain, boleh tolak secara baik dan mendoakan mereka jika tidak dapat hadir dan berikan hadiah sekiranya bertemu pada waktu lain.Memberi hadiah ketika menghadiri walimah juga adalah satu perbuatan sunnah. 

 (vi) Keadaan-keadaan lain - Darurat seperti terpaksa mendahulukan perkara yang lebih priority seperti terlibat dalam program atau aktiviti yang telah lebih awal dirancang yang mana melibatkan kos dan pihak lain, prioriti juga melibatkan janji atau perkara yang terpaksa dilalui oleh seseorang menyebabkan beliau mendahulukan apa yang menurut pandangannya adalah lebih utama dan penting. - Keadaan yang membantutkan seseorang memenuhi jemputan seperti terjadinya hujan yang sangat lebat, jalan yang bermasalah, kerana takutkan musuh, takut hilangnya harta, dan yang lain yang seumpama. [Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 314, Pustaka Ibnu Katsir] 

 Selain itu, satu hadis menyebut Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” (at-Thabrani) 

 Oleh itu, tetamu hendaklah memahami mengapa dia perlu menghadiri jemputan perkahwinan... bukan sebab nak glamour, sebab nak projek mega atau sebab esok anak dia kawin tak sape nak datang raikan. 

 Dalam hadis juga menyebut: 

 “Seburuk-buruk makanan adalah hidangan walimah, yang mana orang-orang kaya diundang menghadirinya tetapi orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak memenuhi undangan walimah, bererti dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no. 5177] 

 Jikalah majlis tersebut bergelomang dengan maksiat, barulah tetamu hendaklah pulang.. tak de plak dia soh menceceh-ceceh majlis orang.. sebab tuan rumah bagi berkat tak ikut selera. Tak de plak dalam hadis bahawa tuan rumah perlu sediakan berkat kepada tetamu untuk bawa pulang. Dan tak de plak tetamu disuruh beri duit kepada tuan rumah sebagai balasan kundangan! 

Cuma kita mempunyai adat, maka hulurlah apa salahnya mengikut kemampuan kita. Anggaplah ia sebagai sedekah kepada tuan rumah yang telah menjamu kita. Pahala juga yang kita dapat. Jangan pula kita nak mengekalkan imej kejutawan kita.. kita pun bagilah RM1000 kepada tuan majlis kemudian tuan majlis bagi cawan yang berharga RM3 kepada kita .. kita marah-marah. 

 Bukan sahaja kita rugi wang ringgit tapi juga rugi pahala.. malah dapat pulak dosa kerana menghina majlis perkahwinan orang. Dari itu, betulkanlah niat apabila menerima undangan majlis perkahwinan. Jangan rasa terbeban untuk pergi sekiranya ia terletak dilangkauan yang kita berupaya sampai. Biarpun banyak undangan kita merasa beban sebab terpaksa hulur (konon-konon standard RM10 x 2 (datang dengan isteri) untuk satu rumah.. jika ada 10 undangan maunya .. RM200 ringgit melayang.. berilah sekadar kemampuan.. atau doakanlah pasangan pengantin.. jangan pula dihina... Betulkan niat.. selain wajib hadir ke majlis undangan, kita dapat eratkan silaturrahim.. insya Allah.. Bukan setakat pahala yang kita dapat mungkin juga ada hikmah lain yang kita perolehi.. Insya Allah. 

 Rujukan: 

1.  http://ibnyusof.blogspot.com/2010/06/kewajiban-memenuhi-jemputan-walimah.html 
2.  http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1686

Susahkah menunaikan keinginan isteri?



 Perasaan seorang isteri hanya mahu dia dilayan dan permintaannya ditunaikan.  Bukan banyak manapun pemintaannya... Dia inginkan menjadi orang kedua terpenting dalam hidup suami selepas ibunya. Tetapi kebanyakan suami menganggap perkara ini mudah dan ianya menyakiti hati isteri.

Jangan marahkan isteri jika ia mengabaikan suami kerana isteri merasakan dirinya tidak penting dalam hidup suaminya.  Kerana ia rasa kecewa mengapa suami tidak menjadikan dirinya dan anak-anak sebagai priority sedangkan isteri meletakkan suami dalam ranking nombor satu dalam hidupnya.  Sedang makan, minum, pakai dan anak-anak zuriatnya susah payah isteri uruskan. Bangun jatuh suami juga isteri juga yang sama-sama melingkup.. ikat perut, fikir bagaimana nak berjimat makan minum bil-bil rumah.  Sanggup keluarkan wang simpanan beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit semata-mata memenuhi keperluan suami.  Tetapi suami kebanyakkannya sanggup bergolok gadai, berpanas lelah demi orang lain terutamanya kawan-kawan dan kaum kerabatnya.  Kadang-kadang pemintaan isteri terlalu diambil mudah dan tidak dihargai.. 

Biasanya isteri tak minta banyak pun.. sekadar ruang waktu untuk bersamanya dan anak-anak, ingin dibelai oleh suami, ingin suami mengeluarkan perkataan yang baik-baik terhadapnya dan jika isteri meminta sesuatu dari suaminya tatkala orang lain juga meminta perkara yang sama.. isteri inginkan dia menjadi orang yang diberi keutamaan oleh suaminya.  Dengan cara itu dia merasa dirinya dihargai oleh suaminya.

Kebanyakan suami dia tidak faham dengan keinginkan isteri.  Baginya, hanya tahu tatkala isterinya hamil dan mengidam.. hanya itulah baru keinginan isteri priority utama sang suami.  Masa itulah pada hematnya tak mahu isteri merasa tertekan tetapi selain dari waktu hamil dan mengidam.. keinginan isteri diabaikan dan dijadikan pilihan kedua dan paling teruk sekali menjadi pilihan terakhir.

Ada juga suami berprasangka buruk terhadap isteri.  Apabila dia melebihkan ibubapanya serta adik beradiknya  dan saudara maranya kemudian isteri pula bermasam muka ataupun menunjukkan reaksi negetif ataupun menyuarakan ketidakpuasan hatinya.  Si suami menganggap isteri tidak sensetif dengan keluarganya ataupun isteri tidak sayangkan keluarga mertuanya.  Apatah lagi dia menyuarakan pandangannya itu kepada isterinya.  Hati suami sebegini sangatlah busuk!!  Kerana pemikiran beginilah yang sebenarnya menyebabkan isteri menjadi musuh kepada keluarga kandungnya sendiri.  Hal ini kerana si suami mendorong isteri bertindak seperti apa yang suami inginkan.  Ini disebabkan isteri merasa kecewa apabila suami memperlihatkan bahawa suami sebenarnya belum memahami hati sang isteri.

Wahai suami-suami diluar sana, INGATLAH bahawa sejurus anda mengahwini isteri anda.. TIADALAH ISTERI kecuali sedikit darinya, YANG INGIN MEMUSUHI KELUARGA MERTUANYA MALAH INGIN BERLUMBA-LUMBA MENJADI MENANTU YANG TERBAIK DALAM KELUARGA MERTUANYA.  Sayangnya, pemikiran suami yang dayus ini lebih menampakkan bahawa isteri seperti bersifat  pentingkan diri sendiri.  Seterusnya memusuhi isteri sendiri kerana keluarganya.


Wahai sang suami, ingatlah tatkala kau bersedih, kau akan mencari isterimu untuk meluahkan perasaanmu dan dia yang menenangkanmu, tatkala kau marah juga kau mencari isterimu untuk meluahkan ketidakpuasan hatimu dan dia juga yang menenangkanmu, tatkala kau bingung juga kau mencari isterimu untuk meminta pendapatnya menyelesaikan perasaanmu atau cukuplah sekadar kau ingin dia tahu perasaanmu dan dia bersimpati mendengar keluh kesahmu.  Disaat kau sakit, kau mencari isterimu untuk menjadi jururawat terbaik buatmu, dialah yang menguruskan segala-galanya untukmu dari ubatmu, menuammu, makan minummu dan kerenahmu.  Disaat kau lapar dan dahaga, kau mencari isterimu untuk menjadi masterchef yang terbaik buatmu memenuhi keperluan perutmu, apa saja kau minta sahaja.. pasti isterimu berusaha menghidangkan makanan yang terbaik.  Disaat nafsumu mengelojak, kau akan mencari isterimu untuk kepuasanmu biarpun engkau ada kalanya sendiri tidak mampu memuaskannya.  Tidakkah engkau lihat wahai sang suami bahawa isterimu sebenarnya insan yang terpenting dalam hidupmu?  Adakah kau akan sedari ini bila isterimu sudah tidak bernyawa lagi ataupun dirimu sudah dimamah usia?  Tidakkah kau lihat berapa banyak pengorbanan yang isterimu lakukan untukmu?  Korban perasaan, korban wang ringgit, korban tenaga, korbankan kemewahan dan sebagainya... dan adakah pada hematmu selain isteri dan ibubapamu adalah penting?

Dan fikirlah berapa banyakkah orang lain yang kau anggap penting boleh bertindak seperti isterimu?  Jika kau sedih, marah dan bingung, paling kuat mereka bersimpati denganmu, memberi pendapat mereka dan kemudian kembali ke dunia mereka.. Mereka tidak berada disisimu saban waktu.  Jika kau sakit, mereka cuma menziarahimu, menasihatimu dengan pelbagai petua  kemudan balik kerumah mereka.  Mereka tidak melayanmu, mencucikan kencing berakmu yang busuk, menyuapkan makanan dan tahan dengan regek tangis mu, Disaat kau lapar dan dahaga, mereka boleh meminjamkan wang untuk kamu makan, tetapi bolehkan mereka masakan kamu makanan hari-hari seperti yang kamu inginkan?  Pinjamkan wang juga perlu dipulangkan semual jika tidak.. laparlah kamu seorangan.  Disaat nafsu kamu mengelojak.. mereka langsung tidak boleh berbuat apa-apa untukmu!!  Jadi susahkah menunaikan keinginan isteri?  SUSAH SANGAT KAH?


Kebanyakkan isteri menyimpan perasaan ketidakpuasan hati dengan perlakuan suami.  Suami melebihkan orang lain yang tidak membawa keuntungan kepada isteri. Bagaimanapun, perasaan isteri sangat halus dan selalu memujuk diri sendiri agar menerima perilaku suami.  Tetapi sampai bilakah pujukkan diri akan bertahan.  Apatah lagi isteri dianugerahkan oleh Allah dengan keistimewaan iaitu EMOSI. 


Emosi inilah yang biasanya membawa isteri menunjukkan ketidakpuasan hatinya.  Menerusi kata-katanya, perbuatannya dan lagaknya.  Jadi perlukah suami terasa?  YA PERLU!! Suami perlu terasa bahawa isteri tersinggung dengan perbuatannya!! Jadi berubahlah untuk menghargai isteri.. tidak banyak pun.. cuma menunaikan pemintaannya.. tak lama pun... sebab isteri anda adalah pinjaman yang Allah berikan sebagai peneman kepada anda.. jika Dia mengambil kembali pinjaman.. anda tak perlu lagi dan tidak akan ada lagi pemintaan dari isteri anda.  Jangan pula anda mengada-ngadakan sesuatu yang isteri anda tidak minta kononnya anda menyayangi isteri anda padahal masa hidupnya anda mengabaikannya.  Adakah bernilai anda menunaikan permintaan isteri anda semasa dia sudah tiada atau lebih bernilai jika anda menunaikan permintaan isteri anda semasa hayatnya masih ada...

Renung-renungkanlah...


Thursday, December 22, 2011

Reda jika inilah rezekiku..

"Alhamdulilah.  Rezeki koranglah... " ayat yang terpacul dari mulutku.  Sesungguhnya rezeki Allah tu luas.. Seluas rezeki itu dan ujian tuhan kepadaku.  Lama dah aku tunggu.. dari hari ke hari, dari tahun ke tahun masih belum dikurniakan rezeki.  Sudah berbaldi rasanya air mata ini, sudah sebal dan sudah tidak terasa teruja lagi jika bercakap pasal anak.  Malah, jika ada isu itu walaupun sedikit, aku tak segan lagi untuk bangun dan melangkah pergi.  Aku dah muak dengan perkataan anak.  Perkataan itu menyebabkan aku rasa sakit.. sakit yang teramat sangat dan tiada ubat yang dapat mengubatinya.

Beberapa hari lalu, aku ditemuduga.  Dia tanya aku bolehkah aku kerja lebih masa.  Aku nyatakan, aku tak kisah pun sebab aku tak ada anak lagi.  Kemudian penemuduga itu tanya aku kembali, adakah aku merancang untuk mendapatkan anak?  Mau je aku sepuk muka penemuduga itu, sudah 7 tahun merana kerananya kenapa plak aku nak rancang-rancang lagi.. kalau dia tak mahu amik aku sudahlah!!


Rezeki anak .. bukan itu je yang aku sangkut.. Rezeki kerja juga sangkut.. Kalau orang kata, aku memilih kerja.. biarlah.. Aku dah sisen ni patut pilih dah kerja yang betul2.. aku dah tak larat nak kerja berenti, kerja berenti.. aku nak keje tetap.

Sayangnya, aku belum ada rezeki lagi.. Sejak dari lepas universiti aku apply SPA tak pernah sangkut.  Aku naik lelah asyik datang peperiksaan je.. Lulus tapi tak pernah kena panggil temuduga.  Tapi untuk PTD tu memang tak pernah sangkut laa.. soalan diye power .. bab Math tu selalu je sangkut... sampai satu tahap aku dah tak apply lagi dah PTD.. buang duit aku pergi peperiksaan diye... bukan sekali dua.. dah masuk lebih 5 kali pergi exam PTD... tak sangkut2..  Macam Pegawai Tadbir tu aku lulus tapi tak pernah kena panggil.. cuma sekarang ni aku dah tak paham lah plak dia punya sistem SPA .. aku key in data .. dia kata, akademik aku plak tak layak.. padahal .. aku tak boleh isi semua kelayakan akademik aku sebab untuk digree dia terlalu limit sangat .. lain2 kelayakan tak boleh nak key in.. entah kenapa.. sejak itu, aku jadi tawar hati nak masuk gov .. kalau ada rezeki adalah.. kalau tak de rezeki.. lantaklah..  Mungkin dah bukan rezeki aku untuk masuk gov .. aku kenkadang pelik plak kenapa orang lain boleh senang-senang dapat.. tapi aku sangat susah nak dapat..

Aku ada sorang kawan, dia cite:  Dia tak suka keje gov tapi makpak dia suh dia keje gov.  Dia pun main key in je jawatan.. sekali dipanggil temuduga.  Tup - tup dapat plak.. dia kata, menangis-nangis dia nak pilih kerja time tu atau pun keje gov.  Last2 dia keje gov.  Ada juga kawan aku, dia dah keje gov elok2 .. dia dapat tawaran keje swasta.. dia berenti kerja gov .. katanya tak tahan keje gov banyak ragam.  Aku pun dok fikir balik.. kenapa Allah tak makbulkan doa aku yang sangat berminat nak keje gov ni... mungkin jika aku keje gov aku pun tak tahan kott... sebab tu Allah tak bagi aku keje gov .. itulah lastly.. aku sudah tawar hati nak apply gov lagi.. aku dah tak excited..


Aku lama dah tinggalkan bidang pekerjaan.  Lepas kawin berhijrah ikut suami.. aku try keje.. tapi aku tak tahan lama sebab aku tak de transpot.. tempat keje aku jauh ke dalam.. jgn kata bas, teksi pun tak de... Hari-hari hubby datang amik jemput pergi balik.. lama-lama tak tahan.. berenti.. (minor alasan laa.. alasan lagi besar aku tak mo cite .. ).. lama aku jadi suri rumah.. pastu aku sambung study kat institut kemahiran... sehinggalah aku dapat sijilnya.. aku sambung lagi belajar amik kos pengajar vokasional.. lastly.. aku apply kat satu institut di banting.  Masa tu rezeki suamiku tengah tak stabil.. aku berharap sangat dapat kat institut tu.... Aku dipanggil interview.. macam biasa lah interviewnya... aku tunggu punya tunggu tak de kabar berita.. seterusnya aku apply plak kat K.L, instutut tu suh datang interview.. aku pun gi la interview..


Nak dijadikan cerita, aku menghadapi pelbagai masalah untuk sampai ke institut di K.L tu.. sampai satu tahap aku hampir2 exciden dengan motor.. nasib baiklah tak de luka ape.. sampai kat bas stand nak balik tu.. aku hampir2 menangis sebab terasa susah sangat nak datang ke instutut tu.. walaupun aku berjaya untuk second interview - dia suh aku wat lesson praktis.. tapi insting aku rasa macam institut tu bukanlah pilihan yang terbaik..

Satu malam, aku tanya hubby aku sama ada dia nak ke, keje kat K.L kalau ada rezeki.  Dia kata, kalau boleh dia nak keje area Klang Banting je.. so.. dari perbincangan itu, aku putuskan untuk menolak tawaran untuk second interview... Aku fikir lebih baik kalau aku try cari kat area klang.. kalaulah nak pergi balik pun susah masa interview, kalau aku diterima kerja, kan lagi susah aku punya transpotation.  Dapat bertahankah aku?  Berapa lama aku sanggup bertahan?  aku bukan nak keje sebulan dua...

Hari raya haji pula menjelma.. entah camna, rezeki suamiku sampai dulu.. dia dapat kerja baru di Kuala Lumpur dan terus start lepas raya.  Aku cuak.. aku yang carik kerja kat K.L dulu.. tup tup.. hubby aku yang dapat.. tapi aku gembira.. sebab dengan kerja barunya ini, sekurang-kurangnya dia tak delah mengeluh sakit-sakit badan dan pendapatan tak menentu saban tahun.  Aku harap sangat dia dapat stay dengan kerja barunya.. bolehlah aku terus menyimpan dan simpanan aku tak kurang-kurang..




Tak lama selepas hubby aku dapat kerja... tiba-tiba dapat panggilan dari institut di banting, untuk secound interview.. aku dah cuak-cuak.. aku ingat tak dapat dah keje kat situ.. sekali dapat plak interview kedua... bincang dengan hubby.. dia kata pergi je lah.. belum tentu dapat.. lastly aku pergi interview je.. walaupun insting aku kata.. aku akan mengalami kesusahan kalau aku diterima.  Rupanya insting aku betul.. seminggu selepas interview tu aku diterima jadi lecturer kat institut tu.. 

Tak pernah dibuat orang... lepas dapat tawaran kerja jadi lecturer, orang menangis sedih.. tapi itulah hakikat aku... aku menangis sebab aku tak tahu camner nak buat... pelbagai aspek aku fikir.. baik buruk.. susah senang .. banyak kali aku solat istiqarah untuk dapat pentunjuk.. sebab utama kenapa aku pilih institut itu pada mulanya kerana aku duduk kat banting... tapi bila aku dah pindah ke Kuala Lumpur.. itu menjadi satu kesukaran bagi aku... keadaan aku samalah ketika aku apply keje kat institut di Kuala Lumpur tempohari.  

Aku menangis, kenapalah aku diuji begini.. ketika di Daerah Kuala Langat aku dapat tawaran di Kuala Lumpur... dan aku tolak.. kini aku di Kuala Lumpur.. patutkah aku tolak tawaran di Kuala Langat!!  Aku menjadi bingong untuk dapatkan  jawapan.  Walaubagaimana pun aku pasti kena buat pilihan juga!! Ia membuatkan aku tension bila semakin dekat dengan tarikh lapor diri.  Mengapa tawaran itu datang sebelum hubbyku mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur?  Mengapa selepas dia bekerja?  Aku menjadi bingung apakah perancangan Allah tetapkan untukku.  Aku mendapatkan pandangan banyak pihak.. dan akhirnya hatiku tergerak untuk mendapat jawapan yang pasti walaupun jawapan tersebut bukan piliihan ramai.. tapi itu adalah pilihan aku kerana aku yang tahu kedudukan, keupayaan dan keadaan aku yang tak pernah aku ceritakan kepada orang lain.  

Mungkin juga silapku kerana aku tak mempunyai buddy.  Tapi aku cukup kuat untuk membuat keputusan itu..  Aku terpaksa menolak tawaran!!  Lepas membuat keputusan itu, aku reda... dan semakin kuat aku mempercayai bahawa rezeki datangnya dari Allah dalam pelbagai bentuk dan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.  Mungkin aku tidak ada rezeki di institut tersebut dan mungkin diinstitut lain.

Sejak itu, aku teruskan usaha menghantar resume ke beberapa tempat.  Mungkin tak semua orang perlukan kepakaranku.. dan tak semua yang aku dapat itu sesuai.. sejak itu, aku sangat memilih pekerjaan.  Aku pastikan bahawa pekerjaan yang aku nak apply mestilah kerja yang aku nak kerja.. bukan aku main pick and post je ..esok2 dia panggil interview aku dah cuak2 nak datang.

Aku semakin reda dengan keadaan aku begini.. walaupun kerap kali aku merasa tertekan dengan kehidupan aku sekarang.. tapi aku reda dengan ujian Allah.  Allah belum lagi membuka pintu rezekinya kepadaku... mungkin lambat lagi untuk aku dapat pekerjaan.. dan pasti Insya Allah.. jika aku dapat kerja, adalah kerja yang terbaik untuk ku... itu yang aku harapkan..


Begitu juga dengan anak.. biarpun hati dan perasaan ini meruntun dan menderita.. tapi aku reda dengan ujian Allah terhadapku.. mungkin satu hari nanti dia akan anugerahkan aku anak soleh yang tidak dimiliki oleh orang lain... ataupun.. aku tak tahu apakah hikmah disebalik ujian Allah ini... Hanya masa yang menentukan.. 



Yang aku tahu, aku memang selalu diuji dengan kelambatan.. lambat masuk U, lambat kawin, lambat kerja, lambat dapat anak,.. tapi bila aku dapat.. akhirnya aku dapat juga masuk Universiti Utara Malaysia... Aku dapat juga seorang suami yang baik... insya Allah.. dapat anak yang soleh .. dan pekerjaan yang baik...


Ya Allah, jadikanlah prasangka ku sentiasa baik... Orang kaya diuji dengan kekayaan, orang miskin diuji dengan kemiskinan, Orang tabah diuji dengan ketabahan.. Jadikanlah aku setabah Siti Hajar, Isteri nabi Ibrahim.. biarpun rezekiku sedikit cuma...