Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Tuesday, January 19, 2010

Siswazah Perantis Yang Kecewa.. huhuhu..

Satu hari sabtu pada 2 Januari 2010, suamiku menghulurkan satu keratan surat khabar kepadaku berkenaan dengan satu taklimat bertajuk besar "SISWAZAH PERANTIS DICARI!!!, SERTAILAH PROGRAM SISWAZAH PERANTIS PUNB". Aku pun seronok dan bercadang untuk menghadiri taklimat terakhir pada 14 Januari 2010 kerana masa-masa lain aku padat.


Aku membuka laman web PUNB ini dan membaca beberapa program mereka. Memang teruja! Tetapi aku tidak beberapa paham sebenarnya apa yang mereka maksudkan program tersebut. Dalam kepala aku cuma aku ingin mengikuti kursus keusahawanan kerana aku tidak ada ilmu tersebut tetapi aku teruja ingin berniaga! Itulah yang aku cari!


Aku pun menyediakan dokumen yang diorang nak sijil kelayakan asal serta salinan, 2 keping gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan.


13 Januari 2010

Untuk sampai ke Kuala Lumpur aku mestilah menaiki komuter. Oleh kerana urusan kerja, suamiku bersetuju menghantarku di Port Klang Komuter dan jarak perjalanan kami sejauh 38.8km. Aku pun naik komuter dari Port Klang hingga ke KL Sentral sejauh lebih kurang 20 -30km lagi.. aku pun tak berapa pasti.. sesampai sahaja di KL Sentral aku bertolak ke Masjid Jamek menaiki LRT. Aku menuju ke KWSP yang terletak berdekatan dengan bangunan CIMB. Alhamdulillah urusan aku selesai.. Aku sangat seronok dengan layanan pengawai KWSP, senyumannya, ucapan mesra.. memang best. Tahniah KWSP.


Kemudian aku meneruskan beberapa urusan sebelum aku ke rumah ibubapaku di Keramat. Malam tersebut aku tidur di sana memandangkan esoknya sebelum pukul 9 aku kena sampai di PUNB.


14 Januari 2010


Awal pagi aku sudah bangun dan bersarapan. Kemudian aku bergerak ke KL sentral. Sayangnya setiba disana aku tersilap arah. Aku pergi turun ke tempat bas LCCT pula.. tapi lastly aku sampai jua ke PUNB. Agak jauh juga blok 1B. Aku tiba ketika pegawai bertugas baru mula ingin memberikan taklimat. Alhamdulillah.. aku tidak terlepas apa-apa Info.


Taklimat pertama mengenai SISWAZAH PERANTIS PUNB. Aku mendengar dengan tekun sekali sekala mencelah bertanyakan soalan. Menurut pengawai tersebut untuk siswazah perantis mereka akan diberikan 2 modul dimana satu kursus motivasi dan satu lagi kursus eksekutif. Di sini mereka diberi elaun dan akan dihantar kepada mentor dalam program OJT. Bila di sebut sahaja OJT.. aku tersenyum.. kerana aku baru sahaja menamatkan OJT di ILP. Bagi aku OJT tidak asing lagi.. kelayakannya adalah bumiputera tidak lebih 30 tahun, ada ijazah atau diploma atau sijil kemahiran tahap 2, tak de pekerjaan tetap, minat usahawan dan sanggup jalani latihan.. sume ciri2 itu ada pada aku... walaupun usia aku hampir tergelincir 30 tahun. Fokus aku bukan pada OJT tetapi pada kursus yang akan aku jalankan.. bagi aku kepentingan adalah bagaimana untuk aku menjalankan urusniaga perniagaan.. untuk membuat pinjaman dan kertas kerja.. itu yang penting..


Kemudian...

Pengawai itu menerangkan pula berkenaan PROSPER SISWAZAH. Aku lebih teruja dengan PROSPER SISWAZAH kerana aku boleh skip OJT. Bagi aku, pengurusan perniagaan sudah jadi kebiasaan. Dirumah aku pun, semua bil2, surat2 penting, Bank aku failkan. Bagi aku pengurusan sudah sebati dalam hidup aku.. cuma kini.. aku dahagakan ilmu perniagaan, kertas kerja, tender, strategi perniagaan dll.. itu yang ditawarkan oleh PROSPER SISWAZAH. Sebelum aku membuat keputusan aku menalefon suamiku untuk bertanyakan pendapatnya dan aku juga bertanya dengan pegawai yang berurusan di kaunter pembayaran. Akhirnya aku mengambil borang PROSPER SISWAZAH dengan bayaran sebanyak RM20.00 (Uhh.. borang pun RM20.00 cekik darah betul!!).. apa yang aku dapat hanyalah borang-borang, 2keping brosur.. dan hati yang hancur...huhuhu..


Cita awalnya, siswazah yang mendengar taklimat tu kena amik ujian A.B.C kemudian kena isi borang nak prosper atau perintis dan akhirnya temuduga.. memang tak menduga.. aku nak kena temuduga pula.. kalau aku amik borang prosper.. aku tak bawa apa2 perancangan perniagaan.. mana boleh berjaya!


Masa aku duduk ditemuduga, pengawai tu tanya aku nak bukak bisness apa.. aku cakaplah aku nak bukak bisness alat tulis.. actully aku ada link dengan satu company besar alat tulis ni... dia cakap kalau aku dah ready.. bagitau dia untuk urusniaga.. sekarang ni aku dah nampak lokasi mana yang aku nak bukak kedai.. tempat tu.. setahun lagi akan bumm sebab pembangunan sangat rancak.. lepas tu pengawai tu tanya sewa kedai yang aku nak bukak ni.. aku terpinga2lah.. sebab aku datang untuk perintis siswazah dan aku berminat untuk amik prosper siswazah.. tiba2 dia tanya aku mcm aku dah survay sumenya.. aku kata aku tak tahu sebabnya ada lot kedai yg belum diannouce lagi berapa.. aku pun tak tahu siapa pemiliknya.. actually aku nak masuk perintis siswazah.. tapi bila dah diperkenalkan prosper siswazah.. aku berminat untuk masuk prosper siswazah kerana ada kursus yang diberikan sama seperti perintis siswazah. Pengawai tu cakap aku tak layak untuk amik perintis siswazah kerana aku sudah ada perniagaan. Kalau aku masuk perintis siswazah bagaimana dengan perniagaan aku?.. Kenapa bagang sangat.. aku baru 4 bulan bukak perniagaan, perniagaan aku pun alamatnya atas nama rumah kediaman aku.. kalau aku tinggalkan.. suami aku akan take over sementara.. lagipun, kenapa aku nak tinggalkan perniagaan aku? Bukankah aku still boleh continue.. bukannya susah sangat.. aku bukannya ada kedai kena jaga 12 hours.. alasan dia tak boleh pakaii.. Pastu aku ceritalah pasal tempat yang aku nak bukak perniagaan ni akan boomm.. sebab banyak bangunan dot..dot akan dibuka.. dia kata macam expert jeee.. tempat tu dah 2 tahun dalam pembinaan.. dia kata lagi.. di sana ada 2 premiss yg bawah PUNB jalankan perniagaan.. so dia tahu camna.. dulu kawasan tu ada sekian.. sekian.. tak maju-maju.. aku garu kepala.. memanglah tak maju.. sebab kawasan tu belum boom lagi masa dia datang kott.. sekarang ni.. pembangunan kawasan tu dah nak selesai.. aku apply .. lagi beberapa bulan kedebak.. kedebuk.. pastu kena hadir kursus.. baru boleh buat loan.. buat tu ni.. panjat tangga.. turun tangga... baru dapat loan.. tup-tup kawasan tu dah meriah.. kalau aku tak apply awal.. mesti orang lain dah cop dulu.. so.. mana aku nak bukak kedai!! Isyyeee.. aku bukan nak bukak gerai jual burger!

parah...


Salah aku jugak.. aku tak buat perancangan perniagaan.. dia tak nampak apa yang aku nampak.. memang kebanyakkan orang tak nampak apa yang aku nampak.. termasuk suami aku.. kadang-kadang vision aku terlalu jauh.. bila tika dan saat itu.. baru orang mengaku apa yang aku perkatakan itu benar belaka.. vision aku macam otak mahathir, mantan PM Malaysia.. sangat jauh pandangannya.. tabik mahathir!!


Akhirnya.. dia kata, aku bukak perniagaan sekarang ni memang boleh hidup berterusan.. tapi belum tentu boleh bayar loan yang aku dapat (sekiranya dapat). So apa yang dia suruh aku buat ialah maintain perniagaan... buat failing untuk setiap urusniaga.. pastu.. aku ada 3 tahun untuk datang balik ke PUNB untuk apply loan prosper.. aku sedih dengar cakap dia tu.. dia memandang rendah keupayaan fikiran aku.. dan aku tahu salah aku juga sebab tak ready untuk menunjukkan apa yang aku sedang fikirkan..


Baru-baru ni, dalam satu brosur.. bangunan yang aku katakan kat pegawai tu sudah keluar .. belum ada pembeli lagi.. harganya lebih kurang 400 ribu itu hak milik developer lagi. Aku rasa kecewa sangat sebab kerana aku tak ada kewangan.. dan ilmu keusahawanan.. impian hanya tinggal impian.. inilah yang diwar-warkan oleh PUNB.. peluang untuk bumiputera berniaga.. tapi peluangku tersekat.. hanya kerana keputusan seorang pegawai..


Hidup berniaga perlu pandai.. memang aku berkeinginan membuka kedai alat tulis.. tapi kita tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja.. itulah yang bangsa lain lakukan.. kepada pegawai itu dia ingat aku akan bergantung kepada kedai alat tulis sahaja ke? dia silap pencaturan.. dia telah cheakmate kan perjalanan bidak aku yang baru 4 bulan melangkah.


Aku ada cheak juga beberapa kursus lain.. semuanya lebih kurang sama.. sekurang-kurangnya ada kedai untuk berniaga.. bagi aku yang tak de kedai ni.. macam mana nak cari kedai.. kalau loan pun tak dapat approve.. so.. nak jadikan cerita.. hendak tak hendak.. kena cari duit sendiri dulu.. buka bisness atas kekuatan sendiri dulu.. baru agensi nak bantu..


Bak kata orang.. tunas baru nak tumbuh dicantas.. tunas yang sudah tumbuh.. dibaja.. lagi besar pokoknya lagi banyak bajanya.. so.. yang nak hidup.. langsung tak akan hidup-hidup.. kecuali dengan mengorbankan tanah pusaka.. itulah.. orang bumiputera... (betul tak fikiran aku ni?)..


So.. sekarang ni.. aku tengah cari maklumat sendiri.. belajar sendiri.. camna nak wat kertas kerja nak wat loan.. Aku adalah siswazah perantis yang kecewa... huhuhu..


Tapi.. "Undur selangkah untuk maju beberapa langkah" adalah peganganku.. aku tak kan putus asa untuk membangunkan perniagaan sendiri.


Untuk pembuat-pembuat syarat kursus perniagaan.. pertimbangkanlah keluhan perintis ini.. kalau nak bagi ilmu.. janganlah terlalu banyak syarat.. barulah perintis boleh berjalan.. Perintis ni bukan "makan disuap" tapi cuma minta jalan dibuka. Bagilah kursus perniagaan dulu.. baru lah reject jika perintis ini tak mencapai kualiti yang dikehendaki.. bukan cantas dulu.. baru bagi kursus.. memang tak jadilah apa yang dirancang dalam RM9 ke RM10 ke.. sebab benda-benda remeh macam ni..


Kalau tak percaya buat lah search kat internet.. rata-rata orang yang baru nak mula berjinak-jinak dengan perniagaan tak tahu nak buat kertas kerja buat loan. Kesian kann...


Kalau ada sesiapa yang terbaca luahan aku ni.. teringin nak jadi mentor aku.. sila-silakanlah.. aku berbesar hati.. untuk pengetahuan pembaca aku nak buka kedai alat tulis dan perkhidmatan ICT. Semua info perniagaan yang aku ingin jalankan akan aku berikan pada yang berminat..TQ.


Balik dari KL sentral tu.. aku turun Masjid Jamek lagi.. kebetulan emak dan adikku ada disana. Selain dari mencuci mata.. itulah cara aku untuk mengubat kekecewaan aku.. Akhirnya aku pulang dengan tangan kosong sejauh 70.5km ..


Sampai sekarang.. aku masih terasa.........

ps: boleh baca ini... aku nak kongsi ilmu.. bukan kena byr RM20.00 blum tentu dapat ilmu.. wakakaka..

Layan link dibawah:
http://www.irwandahnil.com/category/consulting/kertas-kerja-perniagaan/

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak..
    sebenarnya masa taklimat PUNB tu, akk takyah gtau yg akk dah ada bisnes..

    Just bgtau saja yang akk berminat untuk join Perantis PUNB..

    Prosper dan Perantis tak berapa sama,

    Prosper ; PUNB just buat latihan utk siapkan RP Selama 4hari atau seminggu, kalau sy tak silap. selepas itu, akk siapkan RP akk, then Propose kat PUNB.

    Skim Perantis Siswazah pula : Kita dikehendaki pilih sama aa 6 bulan / 1 tahun hands on pratikal ngan mentor. Dalam masa setahun atau 6 bulan tu, kita akan belajar dari dasar hingga yang besar2 urusan bisnes. Selalunya PUNB akan approved plan bizz kita yang berdaya maju / unik daripada perniagaan biasa, sebab kebanyakkan usahawan memilih bisnes yang biasa2 dan bnyak saingan, akhirnya kebanyakkannya gagal untuk berkembang an membayar semula pinjaman tadi. Cth akk nak buat kedai buku, tapi dalam msa yg sama, akk perlu ada unsur kelainan daripaa kedai buku yang sedia ada, cthnya selain kedai akk menjual buku, mungkin akk juga boleh menyediakan sewaan buku/ sewaan komputer untuk menaip, internet dsb. Atau, selain menjual buku, akk boleh gabungkan ia dengan kafe, atau apa2 gabungan / yang akan membezakan kedai akk daripada yang sedia ada.

    Actually, sy seorang perantis Siswazah PUNB. insyaAllah bulan Feb 2010ni tamat kursus, siapkan RP, Dan otw utk siapkan tggunjawab yg lain gak.

    akak tak nk try semula ke Punb Tu? tapi selain daripada PUNB, akk leh bukak laman Web MITI [Inspens][ Medec ], akk join kursus Skim Usahawan Siswazah, sama saja silibus, misi- Buat RP, kURSUS sEminggu, tak silap dulu2 semasa saya join ksus ni bayaran, RM250.00, Hotel, makanan, minum, semua di tanggung govt.

    Apapun, akk try cari web tu dulu ok..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  2. Thanks 1jja1912.. satu cadangan yang baik. Actually akak masa tu pun konfuse nak masuk prosper atau perintis.. akak tanye cadangan diorang.. malangnya itulah keputusan yang akak dpt.. moralnya, ikut cadangan sendiri.. wakakaka..padan muka aku.

    Anyway, thanks 1jja1912.. Minta tolong bleh? Akak just nak format utk buat loan bank? kertas kerja dsbg yg perlu... utk jadi perintis mungkin makan masa.. kalau apply prosper mungkin akak mahu.. cuma akak nak apply betul2 kali ini.. so kena ada bisness plan yang unggul.. boleh emailkan kat cayangdqte@yahoo.com. Thanks a lot bcoz post ur comment. I'm really appreciated it!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kak..
    Saya Alhamdulillah dah lepas 1st interview Perantis, selasa depan 2nd interview..

    ".. untuk pengetahuan pembaca aku nak buka kedai alat tulis dan perkhidmatan ICT. Semua info perniagaan yang aku ingin jalankan akan aku berikan pada yang berminat..TQ.."

    Saya pula adalah peserta lepasan INSEP UTHM,ambik Dip Eks Keusahawanan, dan dah buat pun RP, kebetulan dalam bidang yang sama macam akak buat, kedai fotostat, alat tulis dan ICT. Tapi yela, RP je, pengalaman berniaga takde lagi, cuma semangat berkobar2..
    Jika tak keberatan, saya nak berkongsi info tentang bidang ni boleh?...based on pengalaman akak le... :p

    kalo boleh le..Thanks

    ReplyDelete
  4. Waalaikum salam, buat masa ni, saya berniaga dirumah buat perniagaan perkhidmatan dibantu hubby sendiri. Belum ada kedai dan sedang apply satu lot perniagaan dengan DBKL. Masih menunggu jawapan dari DBKL sama ada diterima atau tidak... Insya Allah AkarDya Tech.. kalau ada rezeki kita boleh buat usahasama pada masa yang sesuai.. Pada masa yang sama saya sebenarnya telah menyambung pelajaran dalam satu bidang baru iaitu pendidikan kemahiran.. mungkin akan melencong skit dari bidang asal bagaimanapun itu untuk meningkatkan modal kemahiran.. orang bagi peluang.. saya grap je.. heee

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kepada bekas Perantis PUNB Batch 25/10 2010
    Saya shah ezham bin abd malek Pengarah syarikat Jaya Juta Activity Sdn Bhd,Shahzanna Enterprise & Hana Anumudu Enterprise Sdn Bhd ingin memohon pinjaman perniagaan tetapi bank perlukan penjamin saya adalah bakal peminjjam dengan PUNB,SME.Agro Bank & BSN harap kalian dapat membantu saya dalam urusan perbankan kerana ini adalah pertama kali saya ingin membuat pinjaman

    013-3539645
    012-2455140

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Shahzanna..

      Setahun telah berlalu baru saya terbaca posting awak... Saya berharap awak berjaya dengan mendapat loan. Maaflah.. lambat reply. Doa saya untuk awak semoga berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ... bila sudah berjaya jangan lupa ketika awak mula2 nak berniaga yea... bantulah usahawan bumiputera yg lain.. chaiyok2..!!

      Delete