Telefon dan manusia kini tidak dapat dipisahkan. Ia menjadi peralatan telekomunikasi paling penting kepada manusia terutama generasi muda. Ini kerana ia bukan sekadar alat perhubungan paling mudah dan cepat, malah menjadi peranti serba guna kepada individu yang inginkan hiburan dan melayari Internet.
Lantaran permintaan tinggi pelabgai jenis telefon mudah alih dicipta bagi memenuni keperluan dan kehendak masa kini yang berbeza-beza. Daripada bersaiz besar, berat dan mahal, teknologi telefon seterusnya memasuki fasa perubahan paling ketara apabila kini dihasilkan dalam bentuk lebih kecil dan ringan.
Telefon mudah alih bukan lagi sebagai alat perhubungan, sebaliknya kini sebagai peranti lengkap bagi manusia terutamanya apabila teknologi telefon pintar dihasilkan.
SEJARAH PERKEMBANGAN TELEKOMUNIKASI
1667
|
Robert Hooke mencipta telefon tali yang menyampaikan isyarat menerusi
getaran. Ia telefon bukan elektronik
pertama dicipta.
|
1753
|
Charles Morrison mencadangkan idea bahawa elektro boleh digunakan
untuk menghantar mesej dengan menggunakan wayar berbeza
|
1830
|
Saintis Amerika, Joseph Henry membina system telegraf menggunakan
elektrik dan diaktifikan dengan electromagnet yang membunyian loceng.
|
1835
|
Samuel Morse mencipta mesen telegraf pertama yang menyampaikan
isyarat telekomunikasi dlam ebntuk log rekod titik yang merujuk kepada
sesuatu abjad
|
1842
|
Alexander Bain mencipta mesin faksimili yang mampu menerima dn
menghantar isyarat telegram dan menterjemahkan dalam bentuk imej bergambar
|
1850
|
Samuel Morse kemudian mencipta mesin telegraf dikenali sebagai “Kod
Morse”. Seterusnya memperkenalkan system
telegram.
|
1893
|
Telefon awam pertama dipasang di Sydney, Australia
|
1902
|
Dr Arthur Kom mencipta mesin faksimili yang seterusnya memperkenalkan
system foto-elektrik
|
1914
|
Edouard Belin memperkenalkan konsep mesin faks yang mampu menghantar
imej atau laporan
|
1948
|
System telefon menggunakn frekuensi radio tanpa wayar mula
diperkenalkan khususnya dalam bidang perhubungan dan ketenteraan
|
1958
|
Sistem telegraf diperkenalkan dalam fungsi automatic sepenuhnya
|
1966
|
Sistem penyampai radio satelit diperkenalkan
|
1973
|
Telefon mudah alih diperkenalkan
|
1983
|
Telefon analog mudah alih pertama dicipta dengan fungsi penyampaian
nombor, mod dail semula dan tetapan panggilan.
|
1987
|
Telefon awam menggunakan system kad prabayar diperkenalkan.
|
1992
|
Telefon digital mudah alih pertama diperkenalkan
|
1993
|
Telefon dikenali sebagai unit PDA (Pembantu Peribadi Digital)
diperkenalkan.
|
1998
|
Set telefon pintar mula
diperkenalkan.
|
7 FAKTA MENARIK MENEGENAI TELEFON MUDAH ALIH
1. Panggilan telefon mudah alih pertama
Panggilan telefon mudah alih pertama dibuat pada 1973 oleh seorang pekerja Motorola, Martin Cooper pada 1973 menerusi sebuah prototaip yang dicipta Motorola Company. Ketika itu telefon mudah alih masih di peringkat kajian dan pembangunan
Harga: RM12, 353
2. Telefon Pintar Pertama
Telefon pintar pertama diperkenalakn dalam Persidangan Telefon Mudah Alih Dunia di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 1993. Dihasilkan syarikat BellSouth Selular dengan berat hampir 500gram.
3. Had Mesej 160 Aksara
Diperkenalkan jurutera Jerman, Hillebrand Friedhelm yang meletakkan had penggunaan abjad bagi memudahkan kadar bayaran mengikut caj ditentukan. Ia menjadi ukuran standard kepada setiap pengeluar serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehingga kini.
4. Telefon bimbit Termahal
Telefon bimbit termahal iPhone 4 Diamond Rose. Dihasilkan tukang emas, Stuart Hughes, Ia disematkan dengan 500berlian 100 karat, set logo Apple daripada conatuman 53 belian 7.4 karat dan butang penghidup 8 karat. Harga: RM23 Juta.
5.Mel Suara
Mel Suara dihasilkan Scott Jones pada 1986 apabila mendapati banyak individu terlepas panggilan yang sangat penting. Sistem mel suara ini pertama kali digunakan menggunakan pita rakaman.
6. Telephonophonia, Nomophobia, Frigensophobia & Ringxiety
Telefon mudah alih mewujdukan beberapa sindrom baru di kalangan masyarkat. Pengkaji perubatan mengklasifikasikan sindrom ini sebagai kesihatan mental di kalangan manusia apbaila ada antara mereka terlalu obses dengan telefon mudah alih. Ini kerana hasil kajian mendpati kebanyakan individu cenderung berhubung dengan mesra menerusi telefon mudah alih tetapi tidak ketika berjumpa.
Telephonobia:
Takut membuat atau menerima panggilan telefon.
Nomophobia:
Takut apabila tidak mempunyai telefon. Hidup tertekan apabila telefon tidak berfungsi, rosak dan tidak canggih.
Ringxiety atau fauxcellarm:
Digambarkan sebagai fenomena "psiko-akustik" seperti merasa telefon berbunyi sedangkan ia tidak berbunyi.
Frigensophobia:
Takut menggunakan telefon mudah alih dengan alasan merosakkan saraf dan punca penyakit seperti kanser.
7. Telefon paling banyak dijual
Nokia 1100 yang dilancarkan pada 2003. Lebih 250 juta unit terjual diseluruh dunia.
EVOLUSI REKABENTUK TELEFON MUDAH ALIH
Tahun
|
Evolusi
|
1983
|
Motorola DynaTAC 8000X
|
1992
|
- Telefon Digital Pertama

Motorola International 3200
- Telefon pertama menggunakan teknologi GSM, ia dikeluarkan sehingga
1994
Nokia 1011
|
1993
|
Telefon PDA/ Kombo pertama
BellSouth/IBM Simon Personal Communicator
|
1996
|
Telefon lipat pertama di dunia.
Juga tercata sebagai telefon pertama yang menggunakan paparan skrin.
Motorola StarTAC
Nokia yang disebut "banana phone". Nokia ini dipopularkan semasa filem The Matrix.
Nokia 8110
Telefon bimbit ini mempunyai lampu kecil di atasnya berfungsi memberitahu pengguna bahawa di kawasan tersebut mempunyai signal untuk membuat panggilan. Masa tu aku masih belajar lagi di UUM. Bila travel untuk pulang ke Kuala Lumpur malam-malam.. aku selalu perhatikan lampu tersebut. Telefon tersebut banyak kenangan kepadaku.
Erricson A1018s
|
1998
|
Antara Telefon pintar terawal dikenali sebagai Communicator
Nokia 9000 Communicator
Siri keluaran Nokia komunikator merupakan pelopor telefon pintar yang mempunyai berat badan yang ketara rendah.
Nokia 9110i
Merupakan model telefon bimbit yang paling popular pada masa dipasarkan sehingga satu masa.
Nokia 5110
|
1999
|
Telefon ini disukai kerana rekabentuknya yang kecil dan bersesuaian. Ia dipanggil juga telefon "Butterfly", kerana menu kekuncinya seperti rama-rama. Namun skrin pudar (screen fade) tidak digemari. Saya dulu mengidam telefon ini.
Nokia 8210
Telefon ini merupakan telefon bimbit pertama yang menggunakan teknologi WAP Browser.
Nokia 7110
Telefon ini dikenali ketahanannya dan sarungnya yang boleh di tukar dan kalis air ( splash-proof interchangeable casing).
Nokia 5210
Telefon bimbit yang pertama menggunakan intergrasi GPSdan banyak terjual di Eropah.
Benefon Esc!
Telefon pertama menggunakan kapabiliti muzik MP3
Samsung SPH-M100 Uproar
Telefon ini menggunakan antena dalaman dan teks prediktif T9 dan terjual sebanyak 160juta. Telefon ini banyak kat Malaysia pada zaman itu. Abang saya pun pakai telefon ini.
Nokia 3210
|
2000
|
Telefon bimbit ini mempunyai ciri-ciri black and white touchscreen, sebahagiannya ditutup oleh Flip.
Ericsson R380
Pernah menjadi telefon paling popular dan terjual 126 juta unit dan
paling diminiati di Eropah. Sampai sekarang ada yang masih guna. Masih digunakan isu - kalau baling kat anjing boleh mati.. hehehe..
Nokia 3310
Telefon yang menggunakan WAP Browser. Versi ini tersebar di China yang membenarkan tulisan cina di dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Ericsson R320
|
2001
|
Telefon Pertama menggunakan kapabiliti music MP3. Ia mengandungi ciri-ciri premium yang biasanya tidak terdapat pada kebanyakkan telefon bimbit lain seperti Infrared, fungsi kalender dan juga FM Radio.
Nokia 8310
Telefon bimbit pertama menggunakan teknologi Bluetooth.
Ericssson T39
Telefon bimbit ini diperkecilkan seberat rokok
Ericsson T66
Ericcson buat kali pertama mengeluarkan telefon dengan skrin
berwarna.
Ericsson T68
Telefon ini mengguakan papan kekunci QWERTY sepenuhnya, dan
berkemampuan menyimpan data muzik sebesar 64Mb.
Nokia 5510
Siemens merupakan telefon bimbit pertama menggunakan GPRS dengan imemori dalaman (internal memory) sebanyak 360Kb - paling tinggi pada masa itu.
Siemens S45
|
2002
|
Telefon Nokia yang pertama membawa perkhidmatan internet GPRS. Versi nokia ini lebih maju dengan skrin berwarna.
Nokia 3510(i)
Ia merupakan Nokia pertama yang mempunyai ciri-ciri kamera pasang siap (build-in) dan boleh menayangkan movie "Minority Report". Telefon ini pernah digunakan oleh hubby saya.
Nokia 7650
Telefon pintar (smartphone) yang mempunyai ciri-cri skrin sesentuh (touchscreen) dan boleh memuatkan sehingga 128Mb memori.
Sony Ericsson P800
Model ini terjual dari tahun 2002 hingga 2005. Ciri-ciri skrin LCD dan mempunyai sambungan internet menerusi GPRS. Telefon ini pernah digunakan oleh kakak saya.
Nokia 6100
Telefon ini mempunyai populariti dalam dunia korporat kerana bentuknya simple dan mempunyai jangka hayat bateri yang panjang.
Nokia 6310i
Telefon bimbit berkamera yang pertama. Kualiti imej yang dihasilkan agak rendah.
Sanyo SCP-5300
|
2003
|
Rekabentuknya sangat popular sehinggakan boleh terjual sehingga 200 milion sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003. Ada juga rumus mengatakan bahawa ianya terjual sehingga $32 000 di komuniti kriminal atas talian di sebabkan kebolehannya menerima "one-time banking passwords".
Telefon ini pernah digunakan oleh kakak saya.
Nokia 1100
Nokia merupakan jawapan kepada kemajuan Game Boy (sejenis gajet game), telefon ini atau sistem game ini mendapat anugerah sebelum ia tunduk kepada rekabentuk antaramuka yang lebih hebat. Telefon ini pernah digunakan oleh sepupu saya.
Nokia N-Gage
Ia merupakan gajet IT dari tahun 2003 - 2004 sehingga BlackBerries mengambilalih popularitnya. Mempunyai jangka hayat bateri dari 3 - 4 hari dan merupakan gabungan telefon, PDA dan kamera. Nokia pertama kali mengeluarkan telefon dilengkapi system permainan
video.Merpuakan alat terbaik untuk perniagaan.
PalmOne Treo 600
Rekabentuk di sediakan dalam banyakkala dan skrin paparan monokrom.
Nokia 2100
Pada masa ia diperkenalkan ia merupakan telefon OS Symbian yang paling canggih sebagai asas Nokia bagi platfom siri 60. Di edarkan di pasaran US sebagai Nokia 6620. Ia juga di panggil sebagai telefon sabun kerana bentuknya menyerupai sabun buku.
Nokia 6620.
Pengujian dalam intergrasi motion yang pertama yang hampir dengan telefon/PDA.
BlackBerry Quark 6210
Blackberry pertama yang menggunakan skrin berwarna.
BlackBerry 7210
Telefon pintar 3G pertama dari Nokia, yang ringan dan kecil.
Nokia 7600
|
2004
|
Apabila ini telah diperkenalkan ia menetapkan standard bagi reka bentuk anggun dalam industri.
Motorola Razor V3
Telefon pintar interaktif jenis 'flip' (buka tutup) dengan akses internet secara penuh.
Sony Ericsson P910
Telefon pintar Nokia yang pertama dengan kekuatan 1 megapixel camera. Ia dipanggil juga denga nama telefon daun kerana bentuknya mirip daun.
Nokia 7610
Nokia 3220
Telefon Nokia yang pertama dalam bentuk entry-level yang menawarkan akses internet penuh.
Nokia 3220
Telefon bimbit pertama yang membenarkan perayauan global (global
roaming)
Nokia 6630
Disenaraikan sebagai salah satu produk terbaik tahun 2004 oleh Majalah Fortune,
ia juga dikenali sebagai telefon ‘lipstick’
Nokia 7280
|
2005
|
Dikeluarkan sebagai telefon GSM low-end, dan digunakan secara meluas di negara membangun.
Nokia 1110
Salah satu telefon 3G pertama, Nokia 6680 telah dianggap sebagai akhir yang tinggi pada masa dilepaskan.
Nokia 6680
Telefon pintar pertama 3G Pocket PC phone, ia juga yang pertama
menggunakan ‘Windows Mobile’.
HTC Universal
Ini telefon merah jambu panas memberikan set sesuatu fesyen untuk bercakap tentang - dan sentiasa.
Motorola RAZR V3 Magenta
|
2006
|
Model ini telah dijual sebagai Orange SPV M3100 di UK, selaras dengan tradisi HTC pelabelan swasta untuk pembawa individu.
HTC TyTN 100
Ini telefon pintar amat popular telah dijual berjuta-juta model di seluruh dunia, dan masih digunakan secara meluas sebagai tahun 2009. Telefon in digunakan oleh ayah saya.
Nokia N73.
Di panggil sebagai "BlackBerry Killer" dari pada motorola kerana rupabentuknya seakan produk BlackBerry.
Motorola Q
Yang pertama reka bentuk yang mementingkan masuk dari RIM, Pearl masih ditawarkan di pasaran untuk beberapa tahun selepas itu.
BlackBerry Pearl
Satu reka bentuk yang hebat hanya boleh didapati di Jepun.
KDDI Penck
Telefon ‘personal Digital Asistant’ (PDA) pertama menggunakan dual
processor (dwi pemproses)
O2 XPA Flame
Salah satu telefon yang pertama direka buat penggunaan pasaran massa.
LG Chocolate KG800
Penyelidikan Motion didakwa oleh Samsung atas nama telefon ini. Tuntutan itu diselesaikan di luar mahkamah.
Samsung i607 BlackJack
Asalnya dikeluarkan untuk sasaran pengguna perniagaan di pasaran Eropah.
Nokia E62
|
2007
|
IPhone asal telah dikeluarkan pada bulan Jun 2007 dengan sensor auto-putar, sensor multi-sentuh yang membolehkan pelbagai input manakala mengabaikan sentuhan kecil, antara muka sentuh yang menggantikan papan kekunci QWERTY tradisional, dan banyak ciri-ciri lain yang membantu untuk memberi Apple hampir mendapat bahagian pasaran segera yang sihat dengan keluarnya telefon ini.
iPhone
Telefon skrin sentuh yang membawa pulang 'Anugerah Design Dot Merah ' (Red Dot Design Award) untuk "Best of the Best" pada tahun 2007.
LC Prada KE850
Reka bentuk ini telah disebut-sebut sebagai LG mengambil pada iPhone.
LC Voyager
HTC menyaut cabaran untuk iPhone dengan merekacipta sendiri antaramuka multi-sentuh dan resolusi skrin yang tinggi.
HTC Touch
Engsel keluli pepejal dan kes logam membuat reka bentuk yang anggun rasa mewah dan tahan lama.
Motorola RAZR2 V9
Ini penalaan halus (fine-tuning) dari Motorola Q dikeluarkan di Itali dan Amerika Syarikat pada tahun 2007.
Motorola Q9H
Telefon pintar popular Nokia mempunyai gelangsar untuk mengakses butang multimedia dan papan kekunci berangka. Telefon ini dipakai oleh hubby saya. Kelemahannya reben antara keyboard dan skrin beberapa kali terpaksa ditukar kerana rosak. Ia disebabkan permukaannya perlu ditolak keatas untuk mendapatkan kekunci.
N95
Kerja-kerja ini "mesej utama dan mesin bercakap" bermula sebelum Helio adalah syarikat.
Helio Ocean
Telefon ini memenangi satu lagi Dot Merah (REd Dot) LG pada 2007. Juga mengeluarkan telefon bimbit berwarna Emas dan Titanium Hitam.
LG Shine
Telefon ini mempunyai pelayar internet Opera dan teknologi CrystalTalk.
Motorola RAZR2
Telefon ini diekluarkan pada 14 Mei 2007 dan buat kali pertama
menggunakan teknologi CDMA Treo tanpa antenna. Telefon ini dibangunkan oleh Palm Inc.
Palm Treo 755p
Telefon A tegas memberi tumpuan kepada visual. Main DivX Certified dan 5 megapiksel kamera digital dengan Schneider Kreuznach optik adalah hanya beberapa ciri-ciri telefon ini hanya direka.
LG Viewty
|
2008
|
Apple Inc pertama kali memperkenalkan pembelian aplikasi secara
talian Internet menerusi AppStore yang diperkenalkan pada Julai 2008.
iPhone 3G
LG Vu adalah salah satu dalam satu siri telefon yang termasuk LG Prada telefon.
LG Vu
G1 adalah telefon pertama dikeluarkan
menggunakan system Android yang direka Google, juga dikenali sebagai
HTC Dream. Ia terjual sejuta unit pada April 2009.
T-Mobile G1 Phone
Ini entry GPS dibolehkan selaras telefon pintar Nokia mempunyai reka bentuk yang anggun padat
Nokia N96
Nokia ini mempunyai ciri "The Dark Knight"
Nokia 5800 XpressMusic.
Telefon gelangsar 3G (3G slider), dibina daripada gentian karbon. Juga mempunyai 5.0 megapiksel kamera pada telefon pintar paling slim di dunia.
LG Secret
Telefon ini telah diperkenalkan sebagai "pembunuh iPhone" dari Samsung pada harga yang rendah daripada $ 129,00.
Samsung Instinct
Direka untuk menjadi pesaing langsung kepada iPhone 3G dan telefon pintar 3G lain; RIM adalah peranti pertama menggunakan papan kekunci QWERTY dan menggabungkan skrin sentuh.
BlackBerry Storm
Blackberry pertengahan bagi orang orang yang mahu sebuah telefon 3G dan a keyboard QWERTY.
BlackBerry Bold
Cell Fanatic mendapati entry ini direka oleh Samsung ditawarkan kualiti imej yang lebih baik berbanding iPhone 3G Apple dan BlackBerry Storm.
Samsung Behold
Telefon ini adalah yang pertama untuk mempunyai keyboard slaid keluar yang telah terbukti popular di jenama lain.
Samsung Gravity
Reka KRAVE mempunyai flip telus yang bertindak sebagai permukaan sentuhan menengah untuk mengakses ciri-ciri tambahan.
Motorola Krave
Samsung Omnia mempunyai antara muka skrin sentuh yang mudah dan pembesar suara di belakang.
Samsung Omnia
Diiktiraf sebagai telefon pintar perniagaan bajet.
Nokia E63
Pengiktirafan tulisan tangan dan gaya skrin sentuh mudah Dare dipertingkatkan dengan mudah-cengkaman kembali.
LG Dare
Termasuk "SensMe" ciri-ciri muzik, serta semua ciri-ciri yang lain dari jenama telefon Walkman.
Sony Ericsson W760i
Nokia N79 mempunyai Naviwheel, GPS, kamera 5 megapiksel dengan Carl Zeiss Optics Tessar kanta dan banyak lagi.
Nokia N79
Ini telefon pintar yang menarik memaparkan skrin sentuh rintangan yang lebih baik untuk watak pengiktirafan Asia.
HTC Touch Diamond
Renoir LG mempunyai kamera 8-megapiksel dengan xenon flash dan Schneider-Kreuznach optik.
Renoir LG
|
2009
|
Telefon bimbit ini dilancarkan pada 6 Jun di Amerika Syarikat yang
memiliki kebolehan untuk membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa.
Palm Pre Hp
Telefon pertama mampu merakam video definisi tinggi (HD) dikeluarkan
1 Julai 2009
Omnia HD/Samsung i8910
|
ps: Jangan lupa tambah link blog ku... jika pakai untuk presentation atau assignment belajar yea...
Rujukan:
1. Evolusi Telefon, Metro Ahad 9 Jun 2013
2.
http://www.blogtyo.com/2011/09/sejarah-jumlah-karakter-di-sms-dan.html
3.
http://www.webdesignerdepot.com/2009/05/the-evolution-of-cell-phone-design-between-1983-2009/
4.
http://www.quickiwiki.com/en/History_of_the_telephone
5.
http://www.faxpipe.com/fax-history.html