Sudah lama sakit belakang.. sakitnya tarik dari tulang belakang pinggang sahaja pada mulanya. Pernah mengadap doktor sampai masuk emergency room. Bila x-ray doktor tak nampak apa-apa yang menyebabkan sakit pinggang. Doktor bagi ubat tahan sakit bentuk injection. Hilang.. lama..
Beberapa bulan kemudian, datang balik sakit tu...sebab dah selalu sangat saban tahun sakit jadi sudah lali.. memang tak makan ubat tahan sakit dah... pun malas nak pergi doktor.. kalau kena time kerja.. jalan la macam penguin.. slow dia macam pengantin. Rakan sekerja pun dah tahu. Ada pernah sekali buat program pergi Media Prima.. seronoklah.. nak melawat media prima ni.. hari yang dijanji, aku kena sakit pinggang... waaa... memang sakit hati.. tapi nak wat macammana.. dah sakit nak datang. Terpaksalah program tu diganti dengan pengajar lain.
Akhir tahun 2016, sakit tu dia mula tarik hingga ke punggung.. kemudian dia tarik pula hingga ke lutut.. akhir sekali terasa sampai tapak kaki.. wahh... memang sakit. Pergi ke hospital banting, buat chek.. doktor kata tak de pepe.. dia bagi ubat tahan sakit lagi.. ermm.. aku tak makan pun.. biar lah.. sama je kalau aku makan dia sakit juga sebenarnya cuma dia tutup mulut je..
Pastu dia lama tenung x-ray aku tu... lastly dia kata mungkin posture aku lurus .. kurang curve... biasanya badan kita berbentuk huruf S terbalik skit. Lastly dia cadangkan aku pergi terapi. Doktor yang cadangkan.. aku tak sempat nak buka mulut... hahaha..
Terapi pertama
Aku masuk bilik terapi.. doktor cina kecik comel loteh.. dia ajar aku beberapa step terapi.. hampir 5 step semuanya.
1. Sebelum tu dia letak elektrik purse kat kawasan yang sakit... adalah dalam setengah jam.
2. Dia suruh aku baring telentang, kemudian dia suruh aku angkat punggung... hooo... time tu memang azab laa... sebab memang susah nak angkat punggung.. rasa macam kena cucuk kat punggung tu.. nama dia hib bridge .. itu yang aku search k.at internet. Mula-mula dia suruh buat 10 kali je.. tapi perghh.. sakit dow..
Hip-bridge |
3. Lepas buat tu dia suruh buat surpine posture.. nama-nama ni aku search kat internet yea.. ikut gambar yang aku tunjuk tu. Bila aku buat yang itu.. dia macam streching belakang.. jadi lega skit..
Kaki sebelah lunjur ke depan. Sebelah lagi lipat rapat ke dada.. tangan pegang lutut dan tarik ke dada. Ulang kiri dan kanan kaki. semuanya 10 kali.
Supine Posture
4. Kemudian aku di suruh baring dan kemudian angkat kaki tinggi dalam posisi tengak, kemudian gerakkan hujung kaki ke bawah sehingga rasa tegang tapak kaki dan juga otot betis dan peha. Kalau ikut gambar ni dia macam pegang peha tu... doktor tu tak suruh pun.. just tegakkan kaki ikut keupayaan kita .. yang penting pergerakkan hujung kaki tu tarik urat sampai tegang... Huuu.. yang ini memang sakit skit.. sebab terasa dia tarik urat dari tapak kaki hingga ke peha. Ulang kiri dan kanan kaki. semuanya 10 kali.
Corpse Pose |
Reclined-Hamstring-Stretch |
Yoga Move - Supine Twist
6. Rasanya macam ingat-ingat lupe juga step dia.. yelah hari pertama je dah lebih 5 step kena buat. Langkah berikutnya, dalam posisi baring juga. Lutut dibengkokkan ke dada dan tangan peluk lutut, tarik ke dada sehingga rasa tegang belakang badan.. Masa buat ni, perut buncit.. jadi macam susah skit nak nafas.. tapi buat jugak laa.. nak baik kan... kena la usaha... Ini streaching oo.. ulang 10 kali.
KNEES HUG |
Tarik nafas dalam-dalam pastu lepas. |
Awal2 masa aku amalkan.. badan aku start sakit-sakit.. bukan sebab apa.. sebab pecah lemak perut. Huhuhu...
Second terapi pun sama.. tapi yang instruct tu pelajar praktikal... jadi dia cuma naikkan kadar ulangan tu dari 10 kali ulang kepada 20 kali ulangan.
Lepas sebulan, seriusly, sakit kejung kat bontot tu dah hilang... perghh...
tinggal sakit kat otot peha dengan sakit belakang...
okey tunggu next terapi untuk latihan seterusnya. WEHH.. Kalau korang sakit belakang macam aku, jangan pandai2 buat terapi sendiri. Pergi spital chek.. atau pun kalau malas nak buat chek bagai.. pergi ke pusat REHABILITASI swasta... kena bayar la hampir RM100 - 200 atau lebih..
Rehabilitasi Hospital ni kena bayar RM5 je... Syukur laa... Terima kasih Kerajaan Malaysia Barisan Nasional.... hahahaha....
Adios... Chek next terapi..
Update:
Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah Kedua
http://cayangdqte.blogspot.my/2018/01/terapi-tulang-belakang-langkah-ke-dua.html
blh contact sy 0187776844. sy ade beberapa soalan nk bertanya.
ReplyDeleteboleh mesej saya di page onizuka
ReplyDelete