Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Friday, July 24, 2009

OJT memahamikan aku tentang erti Pengajar.

ILP Kuala Langat adalah tempat aku OJT. OJT tu apa? ON JOB TRAINING atau dalam Bahasa Melayunya LATIHAN SAMBIL KERJA (LSK). Awalnya aku apply di 3 institut yang berlainan.


1. MDKL - Majis Daerah Kuala Langat


2. Institut penguatkuasa Kuala Langat (Ye kot.. aku pun lupe nama institut ni).


3. Jabatan Pepaduan Daerah Kuala Langat


Kesemuanya di Banting maklumlah aku bakal berpindah ke Banting pada masa itu. Pada akhir minggu kuliah. En. Kamarul yang pada masa itu, pemangku Ketua Bahagian, bertanya kepadaku sama ada aku ingin menjadi tutor di ILP ini. Aku bertanyakan hal ini kepada suamiku dan pandanganku terhadap tawaran En. Kamarul ini. Kebetulan Fadhil, Helmi dan Paktam juga akan OJT di ILP tetapi dibawah syarikat YB Productions. YB Productions akan buat filem manakala aku di sini sebagai tutor. Yang specialnya - hanya pelajar tertentu sahaja ditawarkan sebagai tutor. Dan di ILP ini hanya Aku dari Multimedia dan Ida dari Pengaturcaraan sahaja yang ditawarkan menjadi tutor. Manakala yang lain-lain seperti Sis jadi technision di sini.Mulanya aku pening juga kerana ketiga-tiga permohonan OJT aku dikesemua institut diterima dan aku perlu membuat pilihan terbaik termasuk tawaran menjadi tutor di ILP.

Awalnya aku agak kekok maklumlah, orang yang sama-sama denganku sekarang adalah pengajar aku dahulu tetapi kini menjadi teman sepejabat. Agak kekok juga sebab dahulu aku sebagai pelajar dan kini aku sebagai seorang pegawai juga disini. Dan agak kekok juga dahulu aku boleh memberi salam kepada semua pengajar lelaki ataupun perempuan walaupun aku tidak kenali tetapi kini aku tidak dapat berbuat demikian terutamanya pengajar lelaki kerana pengajar tidak lagi mengenali aku sebagai pelajar dan kadang-kadang tidak menjawab salamku. Membuatkan aku rasa pelik dan lebih banyak bersikap mendiamkan diri apabila bertemu mereka kecuali kepada pengajar yang pernah mengajarku.
Kini aku sudah boleh menerima diriku disini. Nampaknya student atau teman-teman dulu diploma ataupun junior aku dapat menerima aku dengan baik dan boleh melaksanakan tugasan yang aku mempertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik. Bukan senang untuk menjadi tutor ditempat belajar sendiri. Perasaan student, perasaan malu dan perasaan kekok kadang-kadang bersarang dalam jiwa. Alhamdulillah semuanya baik sahaja.

Buat masa ini, aku diarahkan memantau kelas WALL-E semasa ketiadaan Cik Hazlena yang pergi outstation ke Melaka hari ini. Aku juga membuat brosur tentang beberapa kursus yang akan dilaksanakan dan pendaftaran pelajar baru aku ditugaskan untuk menyelia pembuatan kad matrik pelajar semester ini.

Disinilah aku mula memahami bagaimana cara pengajar aku bekerja dan disebalik tabir mereka sebagai seorang pengajar. Aku juga mula memahami bagaimana cara berhadapan dengan pelajar dan mengapa pengajar aku bertindak begitu. Menjadi pengajar bukan semudah yang disangka.

Aku masih lagi dalam OJT.. dan tunggulah bingkisan aku seterusnya.








No comments:

Post a Comment