Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Tuesday, February 8, 2011

Minggu Induksi dan Cuti Tahun Baru Cina

Inilah buku yang kena dihabiskan dalam masa 2hari.

Minggu lepas.. hanya 3 hari belajar. Lepas tu perayaan tahun baru cina. Minggu induksi PP, PPD, PPB. Mendengar ceramah.. tapi kepala ligat nak cuti dah lagi 3 hari. Tak sabar rasanya nak berehat. Beberapa minggu penuh dan padat dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Namun minggu induksi walaupun hanya 3 hari.. cukup padat.

Aku diberi sebuah buku berwarna biru mengandungi 177 mukasurat dan dihalamannya ada 355 slide presentation. Walaupun separuh bukunya ada yang sudah dipelajari namun boleh dikategorikan sebagai ilmu baru... ilmu baru ini, kadang-kadang kita pun tak berapa ingat dan faham 100%.

Dalam masa 2 hari - satu buku itu telah habis dibaca.. paham? D.I.B.A.C.A, adalah juga difahami. dan hari ke 3 adalah hari ujian. Hanya 20 soalan dan keputusan 12 markah ke bawah dikira gagal. Semua pelajar VTO kena mengambil ujian ini untuk mendapatkan sijil induksi. Sijil induksi ini seperti pelengkap sijil VTO. Banyak kelebihan yang diperolehi dari sijil induksi ini. Di dalamnya diselitkan pelbagai maklumat dan info mengenai PP, PD,PPB .. ermm.. tak paham ape itu PP? PP itu Pengawai Penilai ialah pengajar. PPD itu plak Pegawai Pengesahan Dalaman.. ermm.. bukan Pegawai Pendidikan Daerah tau!! PPB itu plak Pengurus Pusat Bertauliah.. ermm.. lebih kurang macam pengetua AF laa... hehehe.. mula-mula aku pun pening juga.. yelah terlalu banyak singkatan. Naik pening aku dibuatnya.

Alhamdulillah. Aku lulus juga ujian itu dapat 17/20 huhuhu... cayalah!! untuk diri sendiri yeehhh!! Actually, tak perlu takut nak masuk VTO.. terus terang memang susah belajar, kepala kena ligat berpusing, fikir apa yang perlu dilakukan terus menerus, tak boleh lagi spoon feed.

Orang yang sudah berkahwin macam aku ni lagi besar cabarannya. Cuti raya cina tempohari kononnya seronok betul.. 4 hari direct. Ingat nak berehat sambil membersihkan sekitar rumah yang perlu, pastu pergi shopping barang dapur apa yang patut. Tapi haritu, hubby pulak demam. Demam teruk plak tu.. Balik Banting pun, tompang farah hingga ke klang pastu dari klang tu amik bas hingga ke bas stand banting. Dari bas stand tu hubby ambik, itu pun sebab dia tak makan dari siang.. singgah la makan malam jap teman dia.

Dah tu, nak siapkan borang perjanjian lagi.. aduiyaii.. singgah la rumah abah dan rumah ummi. Ciannya hubby, pancit.

Alhamdulillah, hari sabtu tu, dia sudah kebah skit, sudah pergi klinik. Yelah,.. hari perayaan maner ada klinik yang bukak. Kalau kat Kuala Lumpur tu lain la cite.. Namun, hubby belum sihat sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya legalah skit hati nak tinggalkan dia balik asrama.

Ermm..

Terlalu banyak nak difikirkan..

1 comment:

  1. Asalam.. skrg akak da bekerjaya menggunakan sijil ciast ke blom.. sijil ciast ni bole digunakan dimana2 pusat pengajian ke??

    ReplyDelete