Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Thursday, September 29, 2011

Masalah...

Masalah?
Semua orang ada masalah mereka sendiri. Besar kecil ukuran masalah bukan terletak pada orang lain yang menentukan tetapi orang yang menghadapi masalah itu. Mungkin orang lain boleh berbicara pada dasarnya tetapi kerumitan masalah hanya orang yang menghadapinya sahaja yang tahu. Tidak semua masalah kita, kita akan ceritakan pada orang.. ada sesetengah perkara ia menjadi rahsia dalam kehidupan kita.
Kerumitan itu hanya terurai apabila orang yang bermasalah ingin menyelesaikan masalah tersebut maka semua perkara yang berkaitan akan dihurai satu persatu. Sebenarnya itulah penyelesaian yang terbaik iaitu menghuraikan simpulan yang menjadi duri dalam daging kepada orang yang bermasalah. Biarpun kadang-kadang masalah itu nampak remeh, tetapi jika berlaku berulang-ulang kali ia mungkin menjadi beban kepada orang yang bermasalah itu. Mungkin juga bagi orang lain ia nampak remeh, tetapi dalam situasi orang yang bermasalah, keremehan itu mungkin menimbulkan perasaan yang tidak disukainya.

Menasihati orang memang mudah, tetapi melaksanakan nasihat itu bukan perkara mudah yang disangka. Contohnya, seorang kawan menasihati kawannya untuk meninggalkan kekasihnya kerana diketahui kekasihnya itu seorang kasanova ataupun penjenayah. Meninggalkan seseorang itu memang mudah tetapi bukan mudah untuk seseorang itu, mengikis perasaan kasih sayang yang telah wujud dalam hati, dan bukan mudah untuk merawat hati yang telah terluka.

Contoh yang paling mudah, memang mudah untuk berkata berhenti merokok, tetapi bagi seorang perokok yang sudah menjadikannya gaya hidup, berhenti merokok bukan perkara mudah, ketagihan, gian mengiringi kehidupannya. Hanya yang betul-betul cekal dapat melepaskan rokok.

Masalah terdiri dari pelbagai jenis dan sudut. Kadang-kadang masalah yang menghimpit kita bertubi-tubi sehingga kita tidak mampu untuk bangun. Jika kita cekal tentu kita boleh bertahan tetapi jika jiwa kita lemah, mungkin kita tidak mampu untuk melawan arus masalah lalu lemas.
Masalah sebenarnya mewarnai hidup kita, baik yang kaya, yang miskin, yang happy go luky, kanak-kanak dan warga emas.

Sesungguhnya Allah ingin menguji sekuat mana keimanan kita kepada-Nya apabila kita ditimpa masalah atau musibah. Kekuatan yang datang dalam diri kita untuk menempuhi masalah adalah datangnya dari keimanan kita kepada Allah. Sekerap mana, sekuat mana kita dapat mengadu kepada-Nya. Kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui kerumitan masalah kita.

Kepada-Nya kita perlu berserah diri dan bertawakal dengan segala usaha yang telah kita lakukan. Jangan meletakkan harapan terhadap usaha-usaha kita tanpa bertawakal kepada Allah. Jika Allah memperkenankan maka rezeki yang kita idamkan itu menjadi milik kita.. jika bukan nasi yang sudah berada didalam mulut pun boleh keluar semula..

Kepayahan kesusahan mesti ada jalan keluar.. aku memegang kata-kata, kita ibarat sebuah roda, ada masa kita dibawah dan ada masa kita diatas. Apabila kita berada diatas, bersiap sedia untuk berada dibawah. Apabila kita berada dibawah, bersabarlah untuk kita berada diatas semula.

Insya Allah.. jika hati kita tenang, dengan sifat usaha dan sabar, semua masalah kita dapat harungi.

No comments:

Post a Comment