Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, October 17, 2011

Berhijrah


Hidup ini tak semuanya indah.  Ada masanya kita selesa dengan kehidupan kita, ada masanya kita perlukan satu paradigma untuk melakukan perubahan.  Begitulah dengan aku.  Nampak dunia ini seperti mudah, tetapi luar dari jangkaan kita.

Meneka hidup orang lain mungkin mudah tetapi hidup dalam kehidupan mereka mungkin rumit dan sukar diuraikan.  Mengharapkan dunia ini mudah untuk semua orang tentunya menjadi surga.  Kerana disinilah kita diuji dengan erti ketabahan.  Tabah?  Tabah satu destinasi kesabaran dan keadaan tersebut tidak berubah untuk satu tempoh waktu.  Sabar membawa erti kesanggupan, sanggup mengharungi keadaan yang tidak menyenangkan.  Bukan mudah untuk menjadi seorang yang tabah dan tak ramai orang yang sanggup mengharunginya.

Begitu juga aku, destinasi aku masih samar-samar.  Aku telah cuba menyuluh laluan yang sepatutnya aku lalui.  Tapi kadang-kadang tersasar ketika melalui cerunan masalah.  Cerunan masalah aku kali ini sangat sukar.  Masalahku sudah landai menjadi curam.  Aku sukar untuk naik ke atas ataupun untuk turun ke bawah.  Ia menjadikan aku kaget dan buntu.  Manakah arah aku perlu tuju... air mata sudah bertong-tong.

Sudah sampai masanya untuk aku cuma berhijrah.  Mungkin aku tak perlu untuk menuruni cerun yang curam atau naik semula pada dasar lalu.  Mungkin aku perlu terus lompat atau melakukan 'bungee jumping' bagi mengatasi masalah ini.  Sudah sampai masanya untuk aku tukar paradigma kehidupan.  Bukan sekali aku menukar hala,  mengapa aku takut untuk melakukannya sekali lagi.


Atau kali ini, aku perlu melakukan lebih dasyat dari itu, melompat tanpa lagi apa-apa perasaan.  Namun, risiko sangatlah tinggi.  Tiada lagi kehidupan, tiada lagi perasaan dan tiada lagi dunia.. 


Aku tak mampu untuk mengalah, kerana orang yang berputus asa itu, termasuklah dari golongan orang-orang yang kafir.  Aku tetap cuba yang terbaik pada fikiran aku.  Hidup ini, adalah cubaan.  Aku sedar, aku sangat berlembut, air mata biasanya menjadi penemanku, kesunyian adalah sahabat baik ku, kesedihan musuhku yang tidak dapat aku elak... tapi aku mempunyai kekuatan ketabahan dan kekuatan bila saat aku terdesak atau tercabar... aku boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka dan aku tidak menyesal dengan keputusan yang aku lakukan diluar jangkaan tersebut.  bak kata orang puteh "No regret".  Itu mungkin jalan yang terakhir bila aku sudah puas mencari penyelesaian.


Aku jarang menyesal dengan keputusan yang telah aku buat.. kebanyakkannya aku menyesal kerana tidak membuat keputusan yang sepatutnya aku lakukan kerana memikirkan orang lain.  Cuma itulah hakikatnya, aku selalu membakar diri untuk orang yang belum pasti dapat melakukan perkara yang sama untuk aku.



No comments:

Post a Comment