Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Wednesday, February 29, 2012

Kisah..

Hujung minggu lalu saya sibuk bekerja, tak sempat nak layan awak.  Hari Sabtu saya bekerja sehingga malam, balik malam saya dah penat dan tidur awal. Saya tak sempat nak layan awak.  Hari Ahad, saya bekerja lagi, kemudian saya balik kampung tinggalkan awak sendirian... saya tak sempat balik Ahad, so saya balik hari Isnin pagi.. tapi awak sudah merajuk pagi itu sebab saya tak pulang semalam.  Saya tahu awak sunyi.. saya minta maaf.

Hari Isnin, saya pujuk awak, saya ajak awak pergi tengok wayang dan buat cermin mata awak dan saya.  Saya jemput awak di rumah.  Walaupun, awak layan saya dingin tapi lama kelamaan saya berjaya pujuk awak.  Awak kembali senyum.  Awak teman saya buat cermin mata. Walaupun awak tahu power cermin mata awak yang baru sama dengan yang lama tapi awak tak kisah.  Awak lebih suka tengok saya senyum, bagi awak, saya senyum sudah cukup mengembirakan awak.  Saya cari cermin mata saya sangat susah tapi awak cari cermin mata awak sangat mudah, awak pilih saja .. semuanya sesuai.  Awak pilih yang murah sahaja, padahal banyak lagi yang sesuai untuk awak.  Yang mahal-mahal awak tak pilih,  harga cermin mata saya lebih mahal dari cermin mata awak, tapi  tapi awak reda dengan nilai itu.

Semalam awak datang ke pejabat saya menaiki kenderaan awam, lepas ambil cermin mata kita.  Awak teman saya di pejabat kerana ada urusan kerja yang belum selesai, esoknya saya akan berangkat ke Melaka ada urusan kerja disana.  walaupun saya sibuk, awak tetap teman saya walaupun saya tak dapat layan awak sangat, awak tetap senyum dan layan teman-teman ofis saya.  Awak layan diri awak sendiri sambil main cityville.  Saya tahu awak bosan.  Malam semalam lepas balik dari pejabat, terima kasih urutkan kaki saya sampai awak sakit pinggang sebab angin bisa saya.

Malam semalam awak layan saya dengan baik, Maaflah hari ini entah apa saya solat dulu.. kita tak berjemaah seperti selalu, mungkin sebab hati saya hanya teringat kerja, saya akan bertolak ke Melaka.  Membuatkan awak merajuk lagi sebab tidak dapat bersolat dengan saya.  Tiba-tiba saya angin tengok awak merajuk, saya hendak cepat keluar tapi awak saja melambatkan kerja saya.  Saya merajuk dengan awak ... saya biarkan awak sendirian menangis... saya terus pergi kerja...

Saya tahu awak bersendirian, saya tahu awak sunyi.. saya juga begitu.. saya tak boleh berbuat apa-apa.  Saya perlu pergi kerja untuk mencari nafkah untuk awak.

Maaflah sebab saya tinggalkan awak... biar awak sejuk sendiri..


2 comments: