Panduan telah diberi, tapi ramai yang alpa dengan fesyen
Sejak aku mula berfacebook, pelbagai unsur dakwah di 'share' secara ramai. Dan pelbagai aksi manusia khususnya orang perempuan juga dikongsikan. Bagaimanapun, aku terpanggil apabila sahabat-sahabatku mula 'publish' gambar-gambar yang mereka ambil dari fotoshot. Terasa ingin mengutarakan bahawa tudung sudah mula semakin pendek, begitu juga dengan kain.
Aku rasa dia tak paham maksud menutup aurat.
Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.
dan
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang paling lelaki suka tengok
Antara gambar yang dikongsikan adalah gambar pemakaian islam secara betul. Begitu juga cara pemakaian tudung dengan betul. Oleh kerana rakyat Malaysia terutama sekali gadis-gadis Melayu beragama Islam terdedah dengan perubahan fesyen bertudung, kelihatan tudung bukan lagi satu kewajiban tetapi menjadi aksesori kepada sesetengah perempuan.
Kalau tak silap aku hampir menyamai pakaian zaman arab jahiliah
Aku tidaklah risau dengan gadis-gadis yang sukakan fesyen bertudung, kerana aku juga tergolong dengan golongan orang yang suka kepada perubahan fesyen tetapi yang aku risaunya adalah kependekan fesyen tudung yang tidak lagi sesuai dengan kehendak Islam.
Pakaian solat tak perlu menyerlah camni. Ini pakai hari-hari pun cantik.
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Aduh.. tutuplah buah dada tu
Selain itu, jurufoto juga memainkan peranan penting supaya mengambil gambar-gambar gadis genit cantik molek ini memakai tudung dengan betul. Tak apa kan kalau nak berposing di camera tetapi tutuplah aurat cik adik manis.
Tudung tutup ke dada, baju tak nampak isinya
Bercakap tentang aurat.. aku melihat pula menjadi trend tudung dipakai dengan seluar lengging atau pun berbaju ketat. Ini juga sudah menyalahi etika pemakaian Islam.
Inilah stail legging
Lu piker la sendiri
Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.
Aku menyeru pihak kerajaan supaya peka dengan elemen-elemen ini, biarpun ia nampak mudah tetapi jika tiada kempen selamatkan gadis-gadis islam dari terjebak dengan 'gejala fesyen' sangatlah merbahaya. Masyarakat terutamanya ibubapa memainkan peranan super penting dalam memahami anak-anak tentang cara pemakaian. Ingatlah bahawa wanita melahirkan pemimpin negara. Jika wanita tidak dididik dengan sempurna bagaimana ia ingin melahirkan warisan pemimpin yang sempurna. Maka dengan itu negara menjadi celaka.
Para pereka fesyen patut memahami Islam sebenar
Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Fikirlah kalau lelaki tengok bontot adik anda yang berlurah tu
No comments:
Post a Comment