"Alhamdulilah. Rezeki koranglah... " ayat yang terpacul dari mulutku. Sesungguhnya rezeki Allah tu luas.. Seluas rezeki itu dan ujian tuhan kepadaku. Lama dah aku tunggu.. dari hari ke hari, dari tahun ke tahun masih belum dikurniakan rezeki. Sudah berbaldi rasanya air mata ini, sudah sebal dan sudah tidak terasa teruja lagi jika bercakap pasal anak. Malah, jika ada isu itu walaupun sedikit, aku tak segan lagi untuk bangun dan melangkah pergi. Aku dah muak dengan perkataan anak. Perkataan itu menyebabkan aku rasa sakit.. sakit yang teramat sangat dan tiada ubat yang dapat mengubatinya.
Beberapa hari lalu, aku ditemuduga. Dia tanya aku bolehkah aku kerja lebih masa. Aku nyatakan, aku tak kisah pun sebab aku tak ada anak lagi. Kemudian penemuduga itu tanya aku kembali, adakah aku merancang untuk mendapatkan anak? Mau je aku sepuk muka penemuduga itu, sudah 7 tahun merana kerananya kenapa plak aku nak rancang-rancang lagi.. kalau dia tak mahu amik aku sudahlah!!
Rezeki anak .. bukan itu je yang aku sangkut.. Rezeki kerja juga sangkut.. Kalau orang kata, aku memilih kerja.. biarlah.. Aku dah sisen ni patut pilih dah kerja yang betul2.. aku dah tak larat nak kerja berenti, kerja berenti.. aku nak keje tetap.
Sayangnya, aku belum ada rezeki lagi.. Sejak dari lepas universiti aku apply SPA tak pernah sangkut. Aku naik lelah asyik datang peperiksaan je.. Lulus tapi tak pernah kena panggil temuduga. Tapi untuk PTD tu memang tak pernah sangkut laa.. soalan diye power .. bab Math tu selalu je sangkut... sampai satu tahap aku dah tak apply lagi dah PTD.. buang duit aku pergi peperiksaan diye... bukan sekali dua.. dah masuk lebih 5 kali pergi exam PTD... tak sangkut2.. Macam Pegawai Tadbir tu aku lulus tapi tak pernah kena panggil.. cuma sekarang ni aku dah tak paham lah plak dia punya sistem SPA .. aku key in data .. dia kata, akademik aku plak tak layak.. padahal .. aku tak boleh isi semua kelayakan akademik aku sebab untuk digree dia terlalu limit sangat .. lain2 kelayakan tak boleh nak key in.. entah kenapa.. sejak itu, aku jadi tawar hati nak masuk gov .. kalau ada rezeki adalah.. kalau tak de rezeki.. lantaklah.. Mungkin dah bukan rezeki aku untuk masuk gov .. aku kenkadang pelik plak kenapa orang lain boleh senang-senang dapat.. tapi aku sangat susah nak dapat..
Aku ada sorang kawan, dia cite: Dia tak suka keje gov tapi makpak dia suh dia keje gov. Dia pun main key in je jawatan.. sekali dipanggil temuduga. Tup - tup dapat plak.. dia kata, menangis-nangis dia nak pilih kerja time tu atau pun keje gov. Last2 dia keje gov. Ada juga kawan aku, dia dah keje gov elok2 .. dia dapat tawaran keje swasta.. dia berenti kerja gov .. katanya tak tahan keje gov banyak ragam. Aku pun dok fikir balik.. kenapa Allah tak makbulkan doa aku yang sangat berminat nak keje gov ni... mungkin jika aku keje gov aku pun tak tahan kott... sebab tu Allah tak bagi aku keje gov .. itulah lastly.. aku sudah tawar hati nak apply gov lagi.. aku dah tak excited..
Aku lama dah tinggalkan bidang pekerjaan. Lepas kawin berhijrah ikut suami.. aku try keje.. tapi aku tak tahan lama sebab aku tak de transpot.. tempat keje aku jauh ke dalam.. jgn kata bas, teksi pun tak de... Hari-hari hubby datang amik jemput pergi balik.. lama-lama tak tahan.. berenti.. (minor alasan laa.. alasan lagi besar aku tak mo cite .. ).. lama aku jadi suri rumah.. pastu aku sambung study kat institut kemahiran... sehinggalah aku dapat sijilnya.. aku sambung lagi belajar amik kos pengajar vokasional.. lastly.. aku apply kat satu institut di banting. Masa tu rezeki suamiku tengah tak stabil.. aku berharap sangat dapat kat institut tu.... Aku dipanggil interview.. macam biasa lah interviewnya... aku tunggu punya tunggu tak de kabar berita.. seterusnya aku apply plak kat K.L, instutut tu suh datang interview.. aku pun gi la interview..
Nak dijadikan cerita, aku menghadapi pelbagai masalah untuk sampai ke institut di K.L tu.. sampai satu tahap aku hampir2 exciden dengan motor.. nasib baiklah tak de luka ape.. sampai kat bas stand nak balik tu.. aku hampir2 menangis sebab terasa susah sangat nak datang ke instutut tu.. walaupun aku berjaya untuk second interview - dia suh aku wat lesson praktis.. tapi insting aku rasa macam institut tu bukanlah pilihan yang terbaik..
Satu malam, aku tanya hubby aku sama ada dia nak ke, keje kat K.L kalau ada rezeki. Dia kata, kalau boleh dia nak keje area Klang Banting je.. so.. dari perbincangan itu, aku putuskan untuk menolak tawaran untuk second interview... Aku fikir lebih baik kalau aku try cari kat area klang.. kalaulah nak pergi balik pun susah masa interview, kalau aku diterima kerja, kan lagi susah aku punya transpotation. Dapat bertahankah aku? Berapa lama aku sanggup bertahan? aku bukan nak keje sebulan dua...
Hari raya haji pula menjelma.. entah camna, rezeki suamiku sampai dulu.. dia dapat kerja baru di Kuala Lumpur dan terus start lepas raya. Aku cuak.. aku yang carik kerja kat K.L dulu.. tup tup.. hubby aku yang dapat.. tapi aku gembira.. sebab dengan kerja barunya ini, sekurang-kurangnya dia tak delah mengeluh sakit-sakit badan dan pendapatan tak menentu saban tahun. Aku harap sangat dia dapat stay dengan kerja barunya.. bolehlah aku terus menyimpan dan simpanan aku tak kurang-kurang..
Tak lama selepas hubby aku dapat kerja... tiba-tiba dapat panggilan dari institut di banting, untuk secound interview.. aku dah cuak-cuak.. aku ingat tak dapat dah keje kat situ.. sekali dapat plak interview kedua... bincang dengan hubby.. dia kata pergi je lah.. belum tentu dapat.. lastly aku pergi interview je.. walaupun insting aku kata.. aku akan mengalami kesusahan kalau aku diterima. Rupanya insting aku betul.. seminggu selepas interview tu aku diterima jadi lecturer kat institut tu..
Tak pernah dibuat orang... lepas dapat tawaran kerja jadi lecturer, orang menangis sedih.. tapi itulah hakikat aku... aku menangis sebab aku tak tahu camner nak buat... pelbagai aspek aku fikir.. baik buruk.. susah senang .. banyak kali aku solat istiqarah untuk dapat pentunjuk.. sebab utama kenapa aku pilih institut itu pada mulanya kerana aku duduk kat banting... tapi bila aku dah pindah ke Kuala Lumpur.. itu menjadi satu kesukaran bagi aku... keadaan aku samalah ketika aku apply keje kat institut di Kuala Lumpur tempohari.
Aku menangis, kenapalah aku diuji begini.. ketika di Daerah Kuala Langat aku dapat tawaran di Kuala Lumpur... dan aku tolak.. kini aku di Kuala Lumpur.. patutkah aku tolak tawaran di Kuala Langat!! Aku menjadi bingong untuk dapatkan jawapan. Walaubagaimana pun aku pasti kena buat pilihan juga!! Ia membuatkan aku tension bila semakin dekat dengan tarikh lapor diri. Mengapa tawaran itu datang sebelum hubbyku mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur? Mengapa selepas dia bekerja? Aku menjadi bingung apakah perancangan Allah tetapkan untukku. Aku mendapatkan pandangan banyak pihak.. dan akhirnya hatiku tergerak untuk mendapat jawapan yang pasti walaupun jawapan tersebut bukan piliihan ramai.. tapi itu adalah pilihan aku kerana aku yang tahu kedudukan, keupayaan dan keadaan aku yang tak pernah aku ceritakan kepada orang lain.
Mungkin juga silapku kerana aku tak mempunyai buddy. Tapi aku cukup kuat untuk membuat keputusan itu.. Aku terpaksa menolak tawaran!! Lepas membuat keputusan itu, aku reda... dan semakin kuat aku mempercayai bahawa rezeki datangnya dari Allah dalam pelbagai bentuk dan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Mungkin aku tidak ada rezeki di institut tersebut dan mungkin diinstitut lain.
Sejak itu, aku teruskan usaha menghantar resume ke beberapa tempat. Mungkin tak semua orang perlukan kepakaranku.. dan tak semua yang aku dapat itu sesuai.. sejak itu, aku sangat memilih pekerjaan. Aku pastikan bahawa pekerjaan yang aku nak apply mestilah kerja yang aku nak kerja.. bukan aku main pick and post je ..esok2 dia panggil interview aku dah cuak2 nak datang.
Aku semakin reda dengan keadaan aku begini.. walaupun kerap kali aku merasa tertekan dengan kehidupan aku sekarang.. tapi aku reda dengan ujian Allah. Allah belum lagi membuka pintu rezekinya kepadaku... mungkin lambat lagi untuk aku dapat pekerjaan.. dan pasti Insya Allah.. jika aku dapat kerja, adalah kerja yang terbaik untuk ku... itu yang aku harapkan..
Begitu juga dengan anak.. biarpun hati dan perasaan ini meruntun dan menderita.. tapi aku reda dengan ujian Allah terhadapku.. mungkin satu hari nanti dia akan anugerahkan aku anak soleh yang tidak dimiliki oleh orang lain... ataupun.. aku tak tahu apakah hikmah disebalik ujian Allah ini... Hanya masa yang menentukan..
Yang aku tahu, aku memang selalu diuji dengan kelambatan.. lambat masuk U, lambat kawin, lambat kerja, lambat dapat anak,.. tapi bila aku dapat.. akhirnya aku dapat juga masuk Universiti Utara Malaysia... Aku dapat juga seorang suami yang baik... insya Allah.. dapat anak yang soleh .. dan pekerjaan yang baik...
Ya Allah, jadikanlah prasangka ku sentiasa baik... Orang kaya diuji dengan kekayaan, orang miskin diuji dengan kemiskinan, Orang tabah diuji dengan ketabahan.. Jadikanlah aku setabah Siti Hajar, Isteri nabi Ibrahim.. biarpun rezekiku sedikit cuma...
InshaAllah
ReplyDeleteAllah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAllah is the best planner
ReplyDelete