Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, December 26, 2011

Betulkan niat pergi kenduri kahwin

Petang tadi aku menghadiri satu majlis perkahwinan seorang sepupu ayah yang dibuat disebuah dewan di Kuala Lumpur. Kata emak, sepupu ayah ini bolehlah dikategorikan berstatus berada. Kami disambut baik dan seperti biasa memenuhi jemputan. Majlis diserikan dengan alunan muzik dan aluan kompang setibanya pengantin tiba terus ke meja santap.. Kemudian bacaan doa dilakukan dan majlis meneruskan acara jamuan. Setelah memenuhi undangan, menjamu dan kami pun pulang.


Apa yang ingin aku tekankan disini bukanlah majlis tersebut tetapi orang yang memenuhi undangan majlis. Agaknya sudah ramai yang lupa mengapa majlis perkahwinan diadakan. Sedang aku pulang bersama adikku.. berselisih dengan satu keluarga yang terdiri dari 3 orang, seorang ibu voge dan dua orang anaknya lelaki dan perempuan. Berkat yang kami bawa pulang adalah sebentuk cawan bercorak bunga british. Apabila sahaja ibu voge tadi melepasi kami dengan kuatnya dia berkata... "CAWAN LAGI... Bla... blaa.. blaa...". Aku agak terpana seketika.. kenapa pula makcik tua tu tiba-tiba marah pula bila dia terpandang kami membawa berkat yang diberi oleh tuan majlis adalah cawan? Adakah dia datang ke majlis tersebut kerana ingin mendapatkan sesuatu dari tuan rumah? Apa? Sebuah oven? atau sebuah printer? atau sebuah kereta? atau sebuah rumah? Hebat sangatkah dia? Bagi aku dia tak hebat pun... malah hampas!! 




 Apakah dia lupa maksud sebenar sesebuah majlis perkahwinan diadakan?

 قَلَ رَسُولُ الله صلعم اِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى وَلِيْمَةِ عُرْسٍ فَلْيُجِبْ 

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila salah seorang daripada kamu diundang ke jamuan perkahwinan, hendaklah ia perkenankan. 
 Hadis sahih riwayat Muslim 

 Hukum memenuhi jemputan adalah wajib. Hanya beberapa sebab seperti dibawah sahaja dapat keuzuran dari memenuhi jemputan. Semua contoh yang diberikan di bawah boleh mengubah status hukum asal kewajiban menghadiri undangan dan jemputann: 

(i) Jarak yang terlalu jauh - Melibatkan kos dan masa perjalanan yang sangat jauh, seperti menetap di Johor dan mendapat undangan bagi majlis walimah di Perlis. 

 (ii) Keadaan negara yang tidak mengizinkan - Keadaan Negara yang mungkin sedang dalam peperangan, darurat dan sebagainya. 

(iii) Ketika jemputan dibuat secara umum - Jemputan umum mungkin mewakili suatu kumpulan atau keluarga yang hanya memerlukan wakil untuk hadir dan tidaklah semestinya semua ahli kumpulan atau keluarga wajib hadir. 

 (iv) Tidak mendapat jemputan - Apabila tidak mendapat jemputan, maka semestinya tidak menjadi wajib kehadiran terhadap majlis walimah itu. (Jika berkeinginan juga untuk hadir sesuatu majlis yang mana kita tidak mendapat jemputan darinya, seelok-eloknya mendapatkan jemputan terlebih dahulu supaya kehadiran kita itu tidak mengganggu perjalanan majlis dari segi kos dan perancangan pihak yang menjemput) . 

 (v) Telah mendapat beberapa jemputan lain - Tidak menjadi kesalahan sekiranya wujud pertembungan antara dua atau lebih majlis walimah, maka boleh memilih salah satu daripada sekian banyak undangan majlis (sekiranya tidak dapat menghadirkan diri terhadap semuanya majlis), baik ianya berdasarkan kaedah siapa yang menjemput dahulu, atau jemputan manakah yang paling hampir. Bagi majlis walimah yang lain, boleh tolak secara baik dan mendoakan mereka jika tidak dapat hadir dan berikan hadiah sekiranya bertemu pada waktu lain.Memberi hadiah ketika menghadiri walimah juga adalah satu perbuatan sunnah. 

 (vi) Keadaan-keadaan lain - Darurat seperti terpaksa mendahulukan perkara yang lebih priority seperti terlibat dalam program atau aktiviti yang telah lebih awal dirancang yang mana melibatkan kos dan pihak lain, prioriti juga melibatkan janji atau perkara yang terpaksa dilalui oleh seseorang menyebabkan beliau mendahulukan apa yang menurut pandangannya adalah lebih utama dan penting. - Keadaan yang membantutkan seseorang memenuhi jemputan seperti terjadinya hujan yang sangat lebat, jalan yang bermasalah, kerana takutkan musuh, takut hilangnya harta, dan yang lain yang seumpama. [Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 314, Pustaka Ibnu Katsir] 

 Selain itu, satu hadis menyebut Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” (at-Thabrani) 

 Oleh itu, tetamu hendaklah memahami mengapa dia perlu menghadiri jemputan perkahwinan... bukan sebab nak glamour, sebab nak projek mega atau sebab esok anak dia kawin tak sape nak datang raikan. 

 Dalam hadis juga menyebut: 

 “Seburuk-buruk makanan adalah hidangan walimah, yang mana orang-orang kaya diundang menghadirinya tetapi orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak memenuhi undangan walimah, bererti dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no. 5177] 

 Jikalah majlis tersebut bergelomang dengan maksiat, barulah tetamu hendaklah pulang.. tak de plak dia soh menceceh-ceceh majlis orang.. sebab tuan rumah bagi berkat tak ikut selera. Tak de plak dalam hadis bahawa tuan rumah perlu sediakan berkat kepada tetamu untuk bawa pulang. Dan tak de plak tetamu disuruh beri duit kepada tuan rumah sebagai balasan kundangan! 

Cuma kita mempunyai adat, maka hulurlah apa salahnya mengikut kemampuan kita. Anggaplah ia sebagai sedekah kepada tuan rumah yang telah menjamu kita. Pahala juga yang kita dapat. Jangan pula kita nak mengekalkan imej kejutawan kita.. kita pun bagilah RM1000 kepada tuan majlis kemudian tuan majlis bagi cawan yang berharga RM3 kepada kita .. kita marah-marah. 

 Bukan sahaja kita rugi wang ringgit tapi juga rugi pahala.. malah dapat pulak dosa kerana menghina majlis perkahwinan orang. Dari itu, betulkanlah niat apabila menerima undangan majlis perkahwinan. Jangan rasa terbeban untuk pergi sekiranya ia terletak dilangkauan yang kita berupaya sampai. Biarpun banyak undangan kita merasa beban sebab terpaksa hulur (konon-konon standard RM10 x 2 (datang dengan isteri) untuk satu rumah.. jika ada 10 undangan maunya .. RM200 ringgit melayang.. berilah sekadar kemampuan.. atau doakanlah pasangan pengantin.. jangan pula dihina... Betulkan niat.. selain wajib hadir ke majlis undangan, kita dapat eratkan silaturrahim.. insya Allah.. Bukan setakat pahala yang kita dapat mungkin juga ada hikmah lain yang kita perolehi.. Insya Allah. 

 Rujukan: 

1.  http://ibnyusof.blogspot.com/2010/06/kewajiban-memenuhi-jemputan-walimah.html 
2.  http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1686

No comments:

Post a Comment