Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, December 26, 2011

Susahkah menunaikan keinginan isteri?



 Perasaan seorang isteri hanya mahu dia dilayan dan permintaannya ditunaikan.  Bukan banyak manapun pemintaannya... Dia inginkan menjadi orang kedua terpenting dalam hidup suami selepas ibunya. Tetapi kebanyakan suami menganggap perkara ini mudah dan ianya menyakiti hati isteri.

Jangan marahkan isteri jika ia mengabaikan suami kerana isteri merasakan dirinya tidak penting dalam hidup suaminya.  Kerana ia rasa kecewa mengapa suami tidak menjadikan dirinya dan anak-anak sebagai priority sedangkan isteri meletakkan suami dalam ranking nombor satu dalam hidupnya.  Sedang makan, minum, pakai dan anak-anak zuriatnya susah payah isteri uruskan. Bangun jatuh suami juga isteri juga yang sama-sama melingkup.. ikat perut, fikir bagaimana nak berjimat makan minum bil-bil rumah.  Sanggup keluarkan wang simpanan beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit semata-mata memenuhi keperluan suami.  Tetapi suami kebanyakkannya sanggup bergolok gadai, berpanas lelah demi orang lain terutamanya kawan-kawan dan kaum kerabatnya.  Kadang-kadang pemintaan isteri terlalu diambil mudah dan tidak dihargai.. 

Biasanya isteri tak minta banyak pun.. sekadar ruang waktu untuk bersamanya dan anak-anak, ingin dibelai oleh suami, ingin suami mengeluarkan perkataan yang baik-baik terhadapnya dan jika isteri meminta sesuatu dari suaminya tatkala orang lain juga meminta perkara yang sama.. isteri inginkan dia menjadi orang yang diberi keutamaan oleh suaminya.  Dengan cara itu dia merasa dirinya dihargai oleh suaminya.

Kebanyakan suami dia tidak faham dengan keinginkan isteri.  Baginya, hanya tahu tatkala isterinya hamil dan mengidam.. hanya itulah baru keinginan isteri priority utama sang suami.  Masa itulah pada hematnya tak mahu isteri merasa tertekan tetapi selain dari waktu hamil dan mengidam.. keinginan isteri diabaikan dan dijadikan pilihan kedua dan paling teruk sekali menjadi pilihan terakhir.

Ada juga suami berprasangka buruk terhadap isteri.  Apabila dia melebihkan ibubapanya serta adik beradiknya  dan saudara maranya kemudian isteri pula bermasam muka ataupun menunjukkan reaksi negetif ataupun menyuarakan ketidakpuasan hatinya.  Si suami menganggap isteri tidak sensetif dengan keluarganya ataupun isteri tidak sayangkan keluarga mertuanya.  Apatah lagi dia menyuarakan pandangannya itu kepada isterinya.  Hati suami sebegini sangatlah busuk!!  Kerana pemikiran beginilah yang sebenarnya menyebabkan isteri menjadi musuh kepada keluarga kandungnya sendiri.  Hal ini kerana si suami mendorong isteri bertindak seperti apa yang suami inginkan.  Ini disebabkan isteri merasa kecewa apabila suami memperlihatkan bahawa suami sebenarnya belum memahami hati sang isteri.

Wahai suami-suami diluar sana, INGATLAH bahawa sejurus anda mengahwini isteri anda.. TIADALAH ISTERI kecuali sedikit darinya, YANG INGIN MEMUSUHI KELUARGA MERTUANYA MALAH INGIN BERLUMBA-LUMBA MENJADI MENANTU YANG TERBAIK DALAM KELUARGA MERTUANYA.  Sayangnya, pemikiran suami yang dayus ini lebih menampakkan bahawa isteri seperti bersifat  pentingkan diri sendiri.  Seterusnya memusuhi isteri sendiri kerana keluarganya.


Wahai sang suami, ingatlah tatkala kau bersedih, kau akan mencari isterimu untuk meluahkan perasaanmu dan dia yang menenangkanmu, tatkala kau marah juga kau mencari isterimu untuk meluahkan ketidakpuasan hatimu dan dia juga yang menenangkanmu, tatkala kau bingung juga kau mencari isterimu untuk meminta pendapatnya menyelesaikan perasaanmu atau cukuplah sekadar kau ingin dia tahu perasaanmu dan dia bersimpati mendengar keluh kesahmu.  Disaat kau sakit, kau mencari isterimu untuk menjadi jururawat terbaik buatmu, dialah yang menguruskan segala-galanya untukmu dari ubatmu, menuammu, makan minummu dan kerenahmu.  Disaat kau lapar dan dahaga, kau mencari isterimu untuk menjadi masterchef yang terbaik buatmu memenuhi keperluan perutmu, apa saja kau minta sahaja.. pasti isterimu berusaha menghidangkan makanan yang terbaik.  Disaat nafsumu mengelojak, kau akan mencari isterimu untuk kepuasanmu biarpun engkau ada kalanya sendiri tidak mampu memuaskannya.  Tidakkah engkau lihat wahai sang suami bahawa isterimu sebenarnya insan yang terpenting dalam hidupmu?  Adakah kau akan sedari ini bila isterimu sudah tidak bernyawa lagi ataupun dirimu sudah dimamah usia?  Tidakkah kau lihat berapa banyak pengorbanan yang isterimu lakukan untukmu?  Korban perasaan, korban wang ringgit, korban tenaga, korbankan kemewahan dan sebagainya... dan adakah pada hematmu selain isteri dan ibubapamu adalah penting?

Dan fikirlah berapa banyakkah orang lain yang kau anggap penting boleh bertindak seperti isterimu?  Jika kau sedih, marah dan bingung, paling kuat mereka bersimpati denganmu, memberi pendapat mereka dan kemudian kembali ke dunia mereka.. Mereka tidak berada disisimu saban waktu.  Jika kau sakit, mereka cuma menziarahimu, menasihatimu dengan pelbagai petua  kemudan balik kerumah mereka.  Mereka tidak melayanmu, mencucikan kencing berakmu yang busuk, menyuapkan makanan dan tahan dengan regek tangis mu, Disaat kau lapar dan dahaga, mereka boleh meminjamkan wang untuk kamu makan, tetapi bolehkan mereka masakan kamu makanan hari-hari seperti yang kamu inginkan?  Pinjamkan wang juga perlu dipulangkan semual jika tidak.. laparlah kamu seorangan.  Disaat nafsu kamu mengelojak.. mereka langsung tidak boleh berbuat apa-apa untukmu!!  Jadi susahkah menunaikan keinginan isteri?  SUSAH SANGAT KAH?


Kebanyakkan isteri menyimpan perasaan ketidakpuasan hati dengan perlakuan suami.  Suami melebihkan orang lain yang tidak membawa keuntungan kepada isteri. Bagaimanapun, perasaan isteri sangat halus dan selalu memujuk diri sendiri agar menerima perilaku suami.  Tetapi sampai bilakah pujukkan diri akan bertahan.  Apatah lagi isteri dianugerahkan oleh Allah dengan keistimewaan iaitu EMOSI. 


Emosi inilah yang biasanya membawa isteri menunjukkan ketidakpuasan hatinya.  Menerusi kata-katanya, perbuatannya dan lagaknya.  Jadi perlukah suami terasa?  YA PERLU!! Suami perlu terasa bahawa isteri tersinggung dengan perbuatannya!! Jadi berubahlah untuk menghargai isteri.. tidak banyak pun.. cuma menunaikan pemintaannya.. tak lama pun... sebab isteri anda adalah pinjaman yang Allah berikan sebagai peneman kepada anda.. jika Dia mengambil kembali pinjaman.. anda tak perlu lagi dan tidak akan ada lagi pemintaan dari isteri anda.  Jangan pula anda mengada-ngadakan sesuatu yang isteri anda tidak minta kononnya anda menyayangi isteri anda padahal masa hidupnya anda mengabaikannya.  Adakah bernilai anda menunaikan permintaan isteri anda semasa dia sudah tiada atau lebih bernilai jika anda menunaikan permintaan isteri anda semasa hayatnya masih ada...

Renung-renungkanlah...


No comments:

Post a Comment