Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Saturday, June 6, 2009

I'm going to have final exam.

Hi semua. Aku baru sahaja baik dari sakit kepala. Seharian aku sakit kepala. Hari isnin nanti aku akan menghadapi peperiksaan. Tak tahulah nak wat apa.. aku blum study lagi. Susun nota pun tak sempat.. sakit kepala punya pasal. Malam ni plak suami aku ajak pegi rumah abahnya, aduh.. tak sempat lagi aku nak restudy. Aku ada esok je.. suami aku ura-ura nak pegi tengok rumah sewa baru kat banting. Nak ukur rumah, nak buat wiring baru. Aku plak nak kena ukur langsir sebab rumah tu bercermin di ruang tamunya. Lepas tu, nak g rumah Dato shafiee kat morib sana sebab anak dia kawin, suamiku dapat jemputan ke kendurinya.
Mungkin naik motor kot, sebab kereta mitsubishi lance suamiku ada problem. Cluch dia berbunyi lepas pergi hantar baiki. Bila teringat pasal kereta.. kemarin first time ler aku belajar tukar tayar dengan suami aku. Masa balik dari ILP. Tayar kereta aku meletup. Memang pecah masa turun dari flyover. Nasib baik suamiku steady je dia bawa kereta turun dari flyover depan bangunan MARA tu kat situ jugak aku tukar tayarnya. Sampai lebam jari manis kiriku. Tapi tak pe.. aku seronok.. sekurang2nya lepas ni kalau aku ada kereta sendiri.. aku boleh ler tukar tayar kereta aku sendiri.
Mungkin lepas pegi kenduri kawin tu baru aku boleh study kot.. yang penting aku boleh study je.. Isnin tu kertas 1. ada 3 subjek kena study serentak.. mau pecah kepala aku study.
aisye.. suamiku dah pesan... lepas solat maghrib, makan malam, pastu terus pergi rumah pak mertua aku... oh ye.. arini aku masak kari sotong.. lama dah aku tak masak kari sotong tu.. keylah..

No comments:

Post a Comment