Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, January 10, 2011

Bertuah rasanya menjadi inten sesi 1/2011


Memang pada mulanya aku rasa berdebar-debar tapi kini aku rasa bertuah pula kerana terpilih menjadi student CIAST untuk sesi ini kerana ini adalah sesi terakhir pengambilan terus ke CIAST. Untuk pengambilan seterusnya di urus oleh UPU online. Semalam aku membaca beberapa surat khabar telah dikeluarkan tawaran Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.


Berikut adalah diantara maklumat bagi pengambilan:

PUSAT PENGAMBILAN SETEMPAT ILKA DAN TEVT BAWAH UPU
PUSAT PENGAMBILAN SETEMPAT KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) 28 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
------------------------------------------------
1.Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.

2. Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

3. Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

4. Sejumlah 5 Kementerian terlibat dalam penawaran kursus berteraskan TEVT dan Kemahiran iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

5. Agensi / Jabatan / ILKA dan Kementerian yang menawarkan Program Sijil & Diploma adalah seperti berikut :-

5.1 Kementerian Pengajian Tinggi
• Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
• Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)

5.2 Kementerian Sumber Manusia
• Jabatan Tenaga Manusia
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• Institut Teknikal Jepun (JMTI)
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
• Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

5.3 Kementerian Belia & Sukan
• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
• Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

5.4 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Institut Kemahiran Mara (IKM)
• Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)

5.5 Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
• Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

6. Sejumlah 350 ILKA menawarkan Program Sijil dan Diploma yang meliputi IKBN, ILP, CIAST, NATC, ADTEC, JTM, JMTI dan Kolej Komuniti. Manakala Program Diploma TEVT ditawarkan di 27 buah Politeknik seluruh negara bagi pengambilan tahun 2011 yang akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Julai dan Januari.

7. Kelayakan minimum untuk memohon program TEVT dan ILKA
adalah seperti berikut:
 Warganegara Malaysia ;
 Boleh Membaca, Menulis dan Mengira; dan
 Memenuhi Syarat Khas Kursus yang Ditetapkan oleh Institusi.

8. Permohonan adalah terbuka terbuka kepada:
 Lepasan SPM/Setaraf; atau
 Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); atau
 Lepasan Sekolah Menengah.

9. Permohonan kemasukan ke program TEVT dan ILKA dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Lepasan SPM. Ia bertujuan agar pelajar dapat lebih peluang memohon pengajian di IPTA, TEVT atau ILKA yang ditawarkan. Permohonan akan dilaksanakan
melalui kaedah 2 fasa :
 Fasa 1: Mulai 1 November 2010 hingga 31 Disember 2010
(Lepasan SPM/Setaraf )
 Fasa 2: Mulai 10 Januari hingga 4 April 2010
(Lepasan SPM/SKM/Lepasan Sekolah Menengah)

10. Permohonan Fasa 1 ( Fasa Pendaftaran Permohonan), calon dikehendaki memohon tanpa pilihan senarai kursus yang ditawarkan dan hanya dikehendaki memilih bidang yang diminati.

11. Permohonan Fasa 2 (Fasa Pengesahan Permohonan), calon dikehendaki membeli Nombor Unik ID bernilai RM10.60 melalui agen pemungut (Bank Simpanan Nasional). Calon juga dikehendaki mengesahkan permohonan melalui memilih pilihan kursus yang ditawarkan. Calon juga boleh memohon ke program pengajian yang ditawarkan di IPTA. Fleksibiliti permohonan diwujudkan sama ada boleh memohon ke IPTA sahaja ATAU memohon ke TEVT/ILKA sahaja ATAU memohon kedua-dua institusi iaitu IPTA dan TEVT/ILKA.

12. Kerajaan dan KPT prihatin dalam menyampaikan dan menyebarluaskan pelaksanaan dasar baru kerajaan serta maklumat terkini dan tepat kepada rakyat khususnya pemohon, pelajar lepasan sekolah, lepasan SKM, ibu bapa serta masyarakat. Pekeliling KPT mengenai perubahan dasar, prosedur permohonan dan maklumat terkini permohonan telah pun dihantar ke semua sekolah menengah serta institusi yang berkepentingan bagi menyatakan pelaksanaan dasar kerajaan. KPT juga akan meneruskan pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-7 Tahun 2011 dengan mengguna pakai kaedah penyampaian secara pameran pendidikan dan seminar hala tuju pendidikan. Pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara secara `roadshow' di 11 zon seluruh negara akan bermula pada awal Januari 2011 hingga awal April 2011. Pelbagai institusi termasuk IPTA, ILKA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, PTPTN, MQA, JPA, MARA/Penaja dan sebagainya akan turut serta dalam karnival ini. Maklumat lanjut mengenai KPTN sila layari laman web kemasukan atau KPT 13.
Maklumat lanjut mengenai senarai kursus yang ditawarkan di TEVT dan ILKA, dasar, prosedur permohonan, kriteria pemilihan dan pekeliling serta penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2011, sila layari:

Laman Web Kemasukan http://upu.mohe.gov.my.

maklumat didapati dari http://www.ciast.gov.my/bm/images/PEM/iklan%20pusat%20pengambilan%20setempat%20ilka%20dan%20tevt%20bawah%20upu.pdf

Sebelum ini, nak masuk ILP pun direct pada ILP tapi kini semuanya melalui UPU. Ermm.. begitulah seadanya...

No comments:

Post a Comment