Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Friday, July 24, 2009

OJT memahamikan aku tentang erti Pengajar.

ILP Kuala Langat adalah tempat aku OJT. OJT tu apa? ON JOB TRAINING atau dalam Bahasa Melayunya LATIHAN SAMBIL KERJA (LSK). Awalnya aku apply di 3 institut yang berlainan.


1. MDKL - Majis Daerah Kuala Langat


2. Institut penguatkuasa Kuala Langat (Ye kot.. aku pun lupe nama institut ni).


3. Jabatan Pepaduan Daerah Kuala Langat


Kesemuanya di Banting maklumlah aku bakal berpindah ke Banting pada masa itu. Pada akhir minggu kuliah. En. Kamarul yang pada masa itu, pemangku Ketua Bahagian, bertanya kepadaku sama ada aku ingin menjadi tutor di ILP ini. Aku bertanyakan hal ini kepada suamiku dan pandanganku terhadap tawaran En. Kamarul ini. Kebetulan Fadhil, Helmi dan Paktam juga akan OJT di ILP tetapi dibawah syarikat YB Productions. YB Productions akan buat filem manakala aku di sini sebagai tutor. Yang specialnya - hanya pelajar tertentu sahaja ditawarkan sebagai tutor. Dan di ILP ini hanya Aku dari Multimedia dan Ida dari Pengaturcaraan sahaja yang ditawarkan menjadi tutor. Manakala yang lain-lain seperti Sis jadi technision di sini.Mulanya aku pening juga kerana ketiga-tiga permohonan OJT aku dikesemua institut diterima dan aku perlu membuat pilihan terbaik termasuk tawaran menjadi tutor di ILP.

Awalnya aku agak kekok maklumlah, orang yang sama-sama denganku sekarang adalah pengajar aku dahulu tetapi kini menjadi teman sepejabat. Agak kekok juga sebab dahulu aku sebagai pelajar dan kini aku sebagai seorang pegawai juga disini. Dan agak kekok juga dahulu aku boleh memberi salam kepada semua pengajar lelaki ataupun perempuan walaupun aku tidak kenali tetapi kini aku tidak dapat berbuat demikian terutamanya pengajar lelaki kerana pengajar tidak lagi mengenali aku sebagai pelajar dan kadang-kadang tidak menjawab salamku. Membuatkan aku rasa pelik dan lebih banyak bersikap mendiamkan diri apabila bertemu mereka kecuali kepada pengajar yang pernah mengajarku.
Kini aku sudah boleh menerima diriku disini. Nampaknya student atau teman-teman dulu diploma ataupun junior aku dapat menerima aku dengan baik dan boleh melaksanakan tugasan yang aku mempertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik. Bukan senang untuk menjadi tutor ditempat belajar sendiri. Perasaan student, perasaan malu dan perasaan kekok kadang-kadang bersarang dalam jiwa. Alhamdulillah semuanya baik sahaja.

Buat masa ini, aku diarahkan memantau kelas WALL-E semasa ketiadaan Cik Hazlena yang pergi outstation ke Melaka hari ini. Aku juga membuat brosur tentang beberapa kursus yang akan dilaksanakan dan pendaftaran pelajar baru aku ditugaskan untuk menyelia pembuatan kad matrik pelajar semester ini.

Disinilah aku mula memahami bagaimana cara pengajar aku bekerja dan disebalik tabir mereka sebagai seorang pengajar. Aku juga mula memahami bagaimana cara berhadapan dengan pelajar dan mengapa pengajar aku bertindak begitu. Menjadi pengajar bukan semudah yang disangka.

Aku masih lagi dalam OJT.. dan tunggulah bingkisan aku seterusnya.








Sunday, July 19, 2009

Presepsiku tentang Genting Highland..


Cakap je pasal Genting Highland aku jadi nyeri.. Terus melekat dimindaku perkataan.. excident.. kalau pasal genting je.. excident.. excident je genting.. uhh... payah.. entah camne sibuk-sibuk urus rumahtangga, terexcident plak dapat tiket pakej pergi balik genting beramai2 dengan sedara mara suamiku. Actually aku malas nak pegi.. sebab penat mengemas belum habis lagi.. tambah pula penat OJT dan masih berselerak lagi rumah aku belum bersusun sepenuhnya tapi.. kesian pulak tengok suami beriya-iya nak pegi beramai2. Lagipun, lama sungguh dah aku tak singgah.. seingat aku.. last aku singgah dulu masa zaman anak dara umur belasan tahun.


Seawal pagi dah berangkat ke teluk ke rumah emak saudaranya, kemudian bertukar kereta terus kerumah awek sepupu suamiku dan akhirnya ke KL sentral. Menaiki bas dan sampai ke Genting.


Okey la.. kat genting tu.. kat situ kena naik kereta cabel.. masa naik tu.. ada orang kejenya tangkap gambar.. dia tangkap gambar kita free je.. sampai kat genting.. gambar kita dah siap cetak. Peh.. satu gambar kat RM25 ringgit.. mak gaiii.. mahalnye.. tapi.. sebab seronok ..amik gak la.. wat kenangan.. so.. kalau korang nak pegi.. rasa2 tak mo amik gambar tu.. cakap je kat jurufoto tu.. tak nak amik..


pastu.. kita masuk kat pintu utamanya.. masuk2 tengok lebih kurang macam kat sunway lagoon. Kalau sape dah pegi masuk sunway lagoon tu.. ha.. camtu la .. dalam tu.. cuma ada la dua tiga permainan yang agak mengancam jiwa.. tapi aku tak mo naik.. tak suke..


paling bestnye gi tengok salji.. cuma masuk je dah kena bayar RM15, pastu.. baju panas dia busuk.. kasut dia basah.. yang paling kelakor.. sarung tangan aku.. satu saiz L satu lagi saiz M.. hahahah.. pastu kamera tak le wak masuk.. kat situ dah ada jurufoto menunggu.. pakejnya 2keping 8R dan 4R = RM30 ringgit.. strategi diorang.. amik 4 keping gambar .. nanti bila kuar time nak bayar tu.. bila kita tengok gambar kita 4 keping tu berkenan.. kita dah kena bayar RM60 ringgit.. cuma aku kebetulan.. 2 keping lagi gambar tak cantik.. so.. amik RM30 je.. gambarnya pun bukan kualiti sangat.. blur dan gambar pecah(pixel rendah).

Balik tu.. dah nak maghrib.. sampai highway dekat kul 8 lebih.. trafic jam.. rupanya ada excident kat depan ..
lori plus bus plus kereta.. uhh.. tapi.. esoknye tunggu kat berita.. tak de plaks.. uhh.. camtu la.. agaknya hari2 ada excident kat situ.. agak aku je la.. tu cerita seminggu yang lepas.. sekarang ni aku masih lagi sibuk mengemas rumah ku yang berselerak.. huhuhu..

Thursday, July 2, 2009

First day OJT

Teruja untuk memulakan praktikal di ILP Kuala Langat. Seawal 7.45pagi aku telah sampai dan diberi punchcard untuk punch. Lepas breafing oleh En. Yazid, aku dan sorang lagi pelajar praktikal dari security pergi ke bilik pengajar bengkel multimedia.


Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar. Untuk tugasanku yang pertama, aku membuat installation di Makmal Komputer 3 dan Makmal Komputer 4. Hari ini aku melakukan tugas yang sama. erm.. kemasukkan pelajar baru belum lagi bermula, so.. hari ini belum lagi sesak nafas.. masih ada masa untuk bergerak laju.. bagaimanapun, aku masih lagi dalam condition belum pulih sepenuhnya dari sakit.. 3 hari yang lalu aku kena selsema yang teruk.. berjangkit dari suamiku... selsema virus, semalam baru sahaja aku pergi ke klinik dan masih lagi menelan ubatnya yang pahit...