Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Wednesday, January 5, 2022

Review/Sinopsis Luck-key 2016

Kisah bermula dari seorang lelaki Jae-Sung yang ingin membunuh diri kerana merasa kegagalan hidup. Jae-Sung seorang pelakon tambahan yang merasa tiada siapa yang menyokongnya dan mempunyai banyak hutang. Namun kejadian di tempat mandi awam menyebabkan dia bertukar identiti dengan Hyung-wook.  Hyung-wook mempunyai kehidupan mewah dan semua urusannya dilakukan dengan tunai.  Jadi dia mempunyai tunai yang banyak.  Dia sebenarnya seorang pembunuh upahan.  

Pada mulanya Jae-Sung merasa seronok memiliki kehidupan mewah, apatah lagi dia menjumpai bertin-tin duit tunai dlm rumah Hyung-wook.  Lama2 dia rasa bersalah, ingin memulangkan semula... lalu dia pergi ke hospital di mana Hyung-wook berada.  Namun Jae-Sung rasa terkejut dan lari bila Hyung-Wook terjaga.  Hyung-wook telah hilang ingatan.  Dia dibawa pulang oleh Rina seorang pembantu perubatan ke rumah Jae-Sung.  Apabila dia melihat rumah Jae-Sung.. Hyung-wook ingat dia adalah Jae-Sung yang ingin membunuh diri dan membakar semua gambar2 silamnya.  Dia merasa sedih kerana tidak berjaya mencari identiti diri malah apabila dia pergi ke rumah bapanya (Jae-Sung), bapanya pura2 tak kenal. Malah memperlecehkannya.

Hyung-wook pula mengikut rentak Jae-Sung untuk mencari memorinya yang lalu tanpa dia sangka dia telah dibawa ke lokasi pengambaran.  Di sini dia merasa berlakon adalah sangat sukar.  Menyebabkan dia rasa kemuraman.. itulah sebabnya mungkin Jae-Sung ingin membunuh diri.

Satu hari Rina datang kerumah Hyung-wook untuk melihat kondisi Hyung-wook dan meminta semula hutangnya.  Namun Hyung-wook dalam kondisi kemuraman.  Kina akhirnya membawa Hyung-wook ke kedai ibunya untuk menjadi pembantu kedai kerana Hyung-wook memberitahu Rina.  Dia lebih pandai bermain pisau dari menghisap rokok. 

Bila Hyung-wook berada di kedai makan ibu Rina, semakin laris kerana hyung-wook pandai membuat ukiran2 kecil pada makanan.  Menyebabkan hubungan Hyung-wook dengan keluarga Rina semakin akrab.  Hyung-wook merasa bahagia.  Dalam masa yang sama Hyung-wook cuba memperbaiki lakonannya dan mendapat perhatian pengarah dan produser sehingga dia diangkat sebagai watak utama.

Jae-Sung pula mencari apakah identiti Hyung-Sung yang sangat misteri.  Rumah besar, kereta mewah, duit berkepok-kepok dan tv yang mengawasi gerak geri Eun-Joo.  Jae-Sung juga menjumpai bilik rahsia Hyung-wook yang penuh dengan peralatan pengintipan dan senjata.  Dia mula tidak selesa dan cuba mendekati Eun-Joo seolah2 dia terserempak dgn Eun-Joo.  Akhirnya Eun-Joo dan Jae-Sung menjadi ramah dan bercinta.  Jae-Sung juga ada beberapa kali  cuba mendekati Hyung-Wook tapi masih merasa takut utk memberitahu Hyung-wook hal yang sebenarnya.  Sehinggalah dia menerima panggilan dari ahli perniagaan yang dia telah terlewat membunuh Eun-Joo.  Baru dia sedar yang Hyung-Wook rupanya seorang pembunuh upahan.  Dia cuba menyelamatkan Eun-Joo.  Dan meminta Eun-Joo bersembunyi disebuah rumah yang disewanya.  Namun tindakkannya dikesan oleh ahli perniagaan tersebut dan membuat keputusan utk membunuh Jae-Sung dan Eun-Joo dengan mengupah pembunuh upahan lain.  Rupanya pembunuh upahan yang lain itu juga Hyung-wook.  Cuma berlainan telefon.

Ketika Hyung-wook membawa keluarga Rina berkelah.  Tiba2 ingatannya kembali apabila beberapa insiden berlaku dihadapan mata.  Lalu dia kembali kekediaman asalnya dan mendapati Jae-Sung tinggal dirumahnya.  Hyung-wook pergi ketempat persembunyian Jae-Sung dan Eun-Joo dan memberitahu perbuatan mereka telah diketahui dan mendapat arahan bunuh.  Hyung-Wook memberitahu Jae-Sung dia mmg kelihatan seperti pembunuh upahan tapi tugas sebenar dia sebenarnya melindungi saksi dan membawa keluar orang yang dibunuh identiti baru supaya mereka boleh memulakan hidup baru.

Akhrnya mereka merancang membunuhan Jae-Sung dan Eun-Joo termasuk dirinya.  Mereka membawa orang upahan menyaksikan pembunuhan mereka, satu plot tidak disangka tiba-tiba Rina muncul.  Mereka terpaksa mengadaptasi keadaan.  Akhirnya rancangan mereka berjaya.

Hyung-wook akhirnya meneruskan kerjaya sebagai pelakon.  Jae-Sung juga kembali berlakon atas nasihat Hyung-wook.

Happy ending walaupun dari segi realitinya nampak pelik sebab watak Jae-Sung dan Hyung-wook sebagai pelakon sudah tentu menjadi figure dan dikenali oleh ahli perniagaan.  

Tapi penceritaan nya menarik.  
4 bintang untuk Luck-key


Monday, December 6, 2021

Bihun Goreng Viral

Kisah Bihun viral..

Simpan sini... nak masak senang... boleh search je balik..

Aku amik dari beberapa laman .. mohon dihalalkan... dan kalau korang nak masak... boleh la test jugak... ermm.. sedap...

BIHUN SEDAP (bihun 12 sudu teh gula)
Kredit: Mohd Shukur




Utk resepi ni aku pakai 2 sudu gula (sudu biasa yang buat makan tu)


Salam semua, saya dah cuba mihun yang semua orang kata banyaknya letak gula? saya ikut betul2 resepi di bawah memang betul2 SEDAP!. Secukup rasa. Tak rasa manis gula pun. Seimbang rasa mihun ni. Saya tambah taugeh dan kucai sikit sebab suka makan mihun letak taugeh. Memang akan masak lagi guna resepi ni.
Patutlah kita dulu kalau balik kampung Opah kita masak beriya kita makan. Simple je cara mereka. Rilek je takde sebarang sos pun.
* Udang kering tu dalam 2 sudu besar.
* Sudu teh = sudu kecil size sudu KFC tu
*MSG = saya guna secukup rasa Maggi
Saya sertakan kembali resepi dari saudari kita share dulu. Resepi tradisi dari arwah tok nek beliau. Terpulang pada cara masing2, saya rasa terpanggil untuk cuba lebih2 lagi kalau resepi turun menurun ni.
Edited : Bertenang semua.. 12 sudu gula tu saya menggunakan sudu kecil kfc tu, mungkin tu sudu yang ada dalam bekas garam gula di dapurnya. Orang dulu2 kalau bagi resepi guna genggam / agak2 hahaha. So kita follow je, taknak pun takpe ๐Ÿ™‚ Selera masing2 kan.
Edited Lagi.
Alahai kisah gula. Sebab curious saya pegi timbang gula setiap jenis sudu dan termasuk sudu sukatan yang tepat. Sukahati nak pakai sudu yang mana. Jangan terlebih sudu dari kuah je ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
********************************************

Kredit: Februari 2020 time PKP , empunya resepi 

Mizs Mieyza 


Hari Sy masak bihun yg agak mewah pada zaman arwah toknek saya...bihun yg agak rare pada zaman dia...penuh aromatik..yg penting authentic resipi dari arwah Tok nek saya...maybe Sama pembuatannya dgn setengah org kat sini..tp bagi Sy ni lah makanan yg arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu...kami mmg rapat dari Sy kecik..blh dikatakan 60% Sy duduk dgn arwah Tok nek Dan arwah Tok Sy berbanding dgn family..sbb arwah ayah Sy dulu berniaga kedai makan..disini Sy lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni..semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah2 yg telah kembali menemui pencipta-NYA..
BIHUN GORENG UDANG KERING
BAHAN2
1 PEKET BIHUN (RENDAM AIR BIASA)
UDANG KERING SEPEKET KECIK
BAWANG ROSE 3 BIJI*
BAWANG PUTIH 2 ULAS*
CILI KERING 4 BIJI*
BELACAN BAKAR (SIKIT SAJA)*
ASAM JAWA (AGAK BESAR DUIT 20SEN)*
GULA 12 SUDU TEH
MSG 2 SUDU TEH
GARAM ½ SUDU TEH × 7
SERBUK KUNYIT ½ SUDU TEH*
CARA2
BAKAR BELACAN
BLENDER BAHAN YG BERTANDA * SAMPAI HANCUR (AIR JANGAN BANYAK)
GORENG UDANG KERING DALAM MINYAK..BILA AGAK MASAK MASUKAN BAHAN BLEND TD..TUMIS SAMPAI NAIK BAU..
MASUKAN PERASA..TUMIS SEKETIKA LAGI..BILA NAMPAK PECAH MINYAK BARU MASUKAN BIHUN..
KACAU SEBATI BIHUN..BUKA API SLOW UTK DAPATKAN HASIL BIHUN XHANCUR..BIAR BIHUN JD LEMBUT SENDIRI...KALAU PERLU HANYA MASUKAN SEDIKIT AIR
NAK TAU BIHUN DAH MASAK ELOK..KITA AKAN NAMPAK ASAP DI PERMUKAAN ATAS BIHUN..
SELAMAT MENCUBA...ILMU ALLAH SEMATA2..SY XPANDAI APA2
Kredit: nur aisya mahn


MIHUN GOREN CAMPAK





Panaskan minyak

Masukkan bawang putih beberapa ulas dan tumis sehingga kekuningan

Masukkan bawang besar yang dah diblend... selalu kalau sebungkus mihun bubuh 2 ulas bawang besar sedang2 saiznya... kalau guna cili kisar... tumis cili kisar dulu baru letak bawang besar yang diblend.

Masukkan serbuk cili + air dan tumis sehingga pecah minyak

Masukkan isi ayam ke isi daging ke seafood ke... iku suka..

Masukkan fishball ... tumis sehingga kering..

masukkan telur 2 biji...

Masukkan soso dan kicap manis .. @masin saya suka lebihkan sos..

letak lobak /sayur

Perlahankan api... masukkan secukup rasa.. 1 sudu setengah... toksah boh garam dah..

masukkan mihun yand tos dan dipotong tadi..

masukkan kobis/togey/sawi.... goreng lama skit biar kering skit dengan api perlahan ... 

siap...


Monday, August 30, 2021

Nasi Lemak KL guna Presure cooker

 

Member tanye.. camner nak masak nasi lemak KeyEll...


Nasi lemak KL?  Aku rasa semua ingredient sama je .. namanya nasi lemak juga.. 

cuma ada yang jenis ringkas dan ada yang renyah sikit nak buat.  Tempohari aku masak nasi lemak tapi pakai presure cooker... ikut la ... kalau kau pakai noxxa mungkin satu minit je nasi lemak dah siap.. tapi aku pakai manual pressure cooker.. lambat sikit... 7 minit...(ikut berapa pot masak.. kalau satu 2 pot.. 2 3 minit) tapi kalau kau nak normal.. pakai je rice cooker biasa.. nak masak tu tekan cooker..sampai ler dia keep warm sendiri..


Resepi nasi lemak presure cooker aku


Masak utk 14 orang

kalau kau nak makan berdua... kurangkanlah potion dia ikut keperluan.

Nasi

___


Beras 6 cup

Air 4.5 cup

Santan kara 4.5 cup

2 batang serai di titik

1 biji bawang merah sedang2 saiznya dimayang halus

Daun pandan 3 helai di simpul

Sedikit garam


Beras basuh, buang airnya.  Masukkan dlm presure cooker.  Masukkan bahan diatas. Gaul.  Rasa garamnya ngam2.  Buka api sedang mcm nak masak kari.  Nampak dah suam2.. tutup periuk dan lock.  


Set time kat hp 7 minit

Dah 7 minit matikan api, biar di depresure sendiri.  Buka dan check nasi. Gaul nasi tu. Kalau nampak mcm mentah, tuang air agak2.  Tutup presure cooker .. masak dlm 2 minit.  Bila presure dah hilang.. bole prepare makan..


Bahan sampingan

________________

Telur.. boleh buat telor mata atau telur dadar atau telur rebus.. kalau aku, aku suka buat telor mata atau telur dadar.


Goreng sikit ikan bilis dan kacang tanah.  Ikan bilis nak goreng lebih pun tak pe... nanti boleh masukkan sikit kat sambal masa masak sambal.


Pastu .. kalau nak simple.. timun hiris.. kalau nak leceh sikit.. tumis kangkung.. 
Tumis kangkung - macam biasa la... bawang + ikan bilis tumis.. masukkan kangkung + garam.. settle.



Sambal

____

Masak mcm sambal je la..

Lebihkan bawang merah dan blend ikan bilis


kalau nak detail.. aku tak pandai.. sebab aku pun masak campak2..

Bawang merah dan bawang putih blend atau tumbuk..

Pakai cili giling boleh, pakai cili kisar kedai pun boleh..

Asam jawa boleh, asam keping pun boleh

ikan bilis blend.. ikut suka banyak mana..


mula2 

Tuang minyak masak - minyak banyak tak pe.. 

tumis cili kisar.. sampai dia naik minyak.. masukkan bawang blended tadi..

masukkan ikan bilis blend..kalau nak bubuh ikan bilis biasa pun ok.. tambah je..

kacau lagi sampai naik minyak.. minyak biar bergenang/ berkuah takpe..

๐Ÿ‘† ni gambar sambal orang lain.. tapi nak tunjuk minyak sambal ni.. 

masukkan asam jawa .. garam dan gula.. masukkan garam sikit2 sebab ikan bilis dah masin..

rasa.. imbangkan asam jawa dengan garam dan gula..

settle.. nanti nak makan.. asingkan la minyak sambal tu.. tinggalkan sambal je..

masukkan dalam pinggan..  settle...

Kalau nak tambah jawa stail.. goreng tempe sikit.. perghh.. macam gambar kat atas sekali tu.. ada tempe tapi dah salut sambal.. yang gambar atas tu aku ler masak..

macam makan kat kedaii da..


Nasi lomakkk....

Nasi lemak sedap makan dengan kopi susu atau teh tarik.. 

Selain tu boleh la tambahan 

Sambal sotong ke

ayam goreng ke

Paru goreng ke..

Good luck fren..

Kalau aku buat nasi lomak.. aku try buat video eak.. aku pm nanti..

Thursday, August 26, 2021

Review "Bad Cop" 2016

Bad Cop - 2016, China
Tengok kat youtube, Bunyi macam best.. cerita awal2 macam best tapi bila masuk tengah cerita agak membosankan.

Kisah seorang wanita bernama Wu Xie yang membuat penyamaran di sebuah sekolah.  Berikutan kes pelindungan saksi dan kes pelajar hilang.  Saksi tu adalah seorang cikgu lelaki Mr Huang.  Pada awalnya dia tidak berjaya menyelamatkan cikgu tersebut dari hampir di bunuh.  Tetapi akhirnya perlaku dapat dihadapkan ke mahkamah.  Semasa kali ke 3 dia bertarung dengan pembunuh upahan (kawan sekelas) dia sendiri Molly.  Mereka buat lawak.. (aku rasa lawak) sebab mereka main pas2 pisau macam main piring kat pantai.  Akhirnya Wu Xie menang pertarungan tersebut dan membiarkan Molly lepas pergi.  Sebelum pergi Molly cakap dia akan selamatkan Wu Xie (Lawak la.. tak pernah dlm cerita pembunuh upahan buat perjanjian dgn musuhnya).

Wu Xie mengajak Mr Huang tengok wayang.  Kemudian Mr Huang menciumnya. (Satu lagi scene tak logik). Selepas hantar Mr Huang pulang, dia pergi rumah Tang Fei.  Dia jumpa dua orang rakan kelasnya di ikat.  Kemudian asap berkepul dibelakangnya membuatkan dia pengsan.(Satu lagi scene lawak sebab dua orang rakannya tak pengsan pun dlm bilik yg sama).  Setelah Wu Xie terjaga, Tang Fei menceritakan kenapa dia menculik dua orang rakan sekelasnya.  Ia sebab abangnya cubaan membunuh diri.  Aku sendiri tak paham.. apa kaitannya (hanya baca terjemahan).  Tang Fei cuba membunuh Wu Xie berjaya melepaskan ikatan tangan.  Tiba2 Mr Huang datang menyelamat.  Tapi pisau terkena tangan Mr Huang.  (Mr Huang biar Wu Xie bertarung dgn Tang Fei.. aku rasa lawak.  Pengecut punye cikgu!. Takde telor).  Last2 Molly muncul selamatkan Wu Xie.

Wu Xie tanya, Molly buat apa kat situ.. dia cakap, dia cuba menyelamatkan Wu Xie.  Lawaknya cikgu Mr Huang relex je pegang tangan dia yg terluka.. Molly tu kan anak murid dia.. dia tak terkejut ke?  Mengarut punye cerita.

Last scene.. Wu Fei datang ke kelas Mr Huang dgn berbaju detective.  Dan membuat announcement yang Mr Huang boyfriend dia.  Dia akan keluar dating malam nanti.  Inilah paling bangang punye scene.

Habis.

Aku bagi setengah bintang..
Cerita Melayu lagi best dari cerita china.  Harap hero dengan herion je cantik.. cerita ke laut. 

Wednesday, August 25, 2021

Review "The Reason I'm Getting Married"

The Reason I'm Getting Married, 2014

Tengok kat youtube.. nampak tajuk simple.. terus tengok..sebab dia bukan bersiri.. ia movie.. duration 1jam 7 minit gitu..

Awal penceritaan buat kita tertanya2 sape yang nak kawen sebenarnya.. sape watak utama.. lepas tu baru masuk objektif cerita.. 

"Kita keluar dgn orang yang kita cintai tetapi perkahwinan bukanlah hanya sebab cinta.  Bila cinta berputik menerusi perhubungan dan kekal dalam sistem tersebut ia disebut perkahwinan..  kehidupan terlalu panjang untuk hidup berdasarkan cinta.  Hidup sentiasa bergelora.."

Cerita ni mengisahkan pasangan yang telah couple selama 6 tahun dan sedang dalam perancangan utk mengadakan majlis resepsi.

Kim Jiwon menghadapi konflik apabila tiba2 dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang pernah membuat pengakuan menyukai dia 6 tahun lalu.  Dia menolak Lee Jungi kerana pada pendapatnya Lee Jungi masih muda dan pada masa yang sama telah berpasangan bersama Han Seunguk.  6 tahun bersama Han Seunguk buat dia rasa cinta itu sudah mendatar..dan bertanya2 kenapa Han Seunguk tetap ingin berkahwin dengan dia.  Dia berulangkali bertanya dengan Han Seunguk tapi Han Seunguk sentiasa memberi jawapan yang tidak jelas.

Setelah lama tidak berjumpa, Lee Jungi setelah pertama kalinya terserempak dgn Jiwon ketika dia mengenakan pakaian pengantin di butik Illuso. Dia semakin kerap berjumpa dengan Kim Jiwon dan menyatakan hasrat utk meraih cinta Jiwon semula. 

Pada awalnya dia tidak tahu Jungi adalah CEO butik Iluso.  Dia tiba2 memenangi pakej VVIP di situ. Dia memberitahu Seunguk tetapi jawapan Seunguk cukup mengecewakan Jiwon.  Dia menolak pemintaan Jiwon utk mengadakan resepsi di butik Illuso.  Sebenarnya Seunguk sedar butik Iluso milik Lee Jungi dan ternampak Lee Jungi sedang meraih cinta Jiwon.  Dia juga merasa kecewa.

Jiwon sedar Lee Jungi memiliki ciri2 lelaki idamannya hensem, cool, kaya dan dia menjadi tidak keruan apabila Seunguk masih tidak berterus terang kenapa dia ingin mengahwini Jiwon, adakah lagi rasa cinta?

Kerana jawapan Seunguk, Jiwon bergaduh dan dia menjadi keliru sama ada mahu meneruskan perkahwinan dgn Seunguk dan berpindah kepada Lee Jungi kerana Lee Jungi menyakinkan Jiwon yang dia cintakan Jiwon.  Jadi Jiwon berjumpa dengan 2 orang kawannya untuk meminta nasihat.  Namun ia tidak mengubah apa2.. seorang sahabatnya memilih seunguk dan seorang lagi memilih Jungi.

Akhirnya Jiwon pulang dengan hampa.  Rupannya ia terlupa hari tersebut adalah hari peringatan bapanya.  Dia dapat tahu bahawa Seunguk hadir memperingati hari tersebut dan selama ini dia membayar sewa rumahnya selepas ayahnya meninggal.

Malam tersebut dia telah mendapat petunjuk di dalam mimpi.  Jiwon bertemu ayahnya dan dia nampak Seunguk meminta izin ayahnya utk mengahwini Jiwon.  Ayah Jiwon merestui Seunguk dengan syarat Seunguk mestilah berada di sisi Jiwon sehingga ke hari tua.  Part ni memang menangis Ooo...  Ayahnya berkata Jangan mati dulu sebelum Jiwon.  Berada di sisi Jiwon selamanya itulah cinta.  Ayah Jiwon juga menyarankan Seunguk untuk berhenti merokok agar tidak sakit sepertinya.  Dalam mimpi itu juga dia melihat Seunguk mendekati adiknya ketika hari pengkebumian ayahnya.  Dia menenangkan adiknya.. dan memintanya memanggil Seunguk sebagai abang ipar selamanya.

Akhirnya Jiwon pergi ke penginapan Seunguk untuk meminta maaf kerana meragui Seunguk.  Dia berjanji tidak akan bertanya lagi soalan adakah Seunguk mencintainya? (Kerana dia telah tahu jawapannya)

Ending dia best...

Wala.. wala..
Happy ending..

5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Sebab dia bukan sekadar cerita tapi yang tersirat dia sangat memberi kesan.  

Bercinta 6 tahun sudah tentu kehidupan menjadi lebih cool sehingga kehangatan bercinta itu hilang.  Jadi hidup kena lebih realistik.  Lihatlah kepada pengorbanan dan keikhlasan pasangan itulah cinta.  Cinta mungkin bukan diungkap melalui kata2 tetapi juga perbuatan dan tindakkan pasangan.




Tuesday, August 10, 2021

Review "Use For My Talent"

Tajuk:  Use To My Talent  (2021)

Baru habis tonton Use to My Talent.  Cerita dari china... 24 episod pendek..  Durasi 45 minit.. jalan cerita ala2 korea.  Simple tak banyak konflik.    Mengisahkan seorang lelaki yg memiliki OCD extreme terhadap kebersihan, bertemu dgn seorang gadis biasa.  Pelan2 OCD-nya berkurangan.  Ada 3 penceritaan yang digaul dengan cantik. Melibatkan 3 pasangan Gu Renqi + Shi Shuang Jiao, Li Dong Xian (Renqi assistant) dgn  Wang Qian Qian, Shi Jun Jie (Adik Shi Shuang Jiao) dgn Zhu Yan.  Cuma diakhir eposide ada part yang klise.. (Konflik bodoh:  Bila Shi Shuangjiao mendapat tahu, ibunya mati kerana datuk Mr Gu Ren Qi.. tapi perkara tu tak jelas dan mereka break up pastu sedih2.. poyo!). 

Diakhir cerita, Renqi dapat mengatasi OCD apabila dapat menangani punca dia menjadi obses kepada kebersihan. Happy ending.. Mr Gu Renqi melamar Shi Shuang Jiao buat kali ke dua bila berada dalam belon panas.

Pengarapan cerita jelas.. bila baca komen rupanya dia mmg adaptasi cerita korea "Clean with passion for Now".  Padanlah best.  Mungkin boleh review sikit nanti.

Genre romantic... kalau suka yang fantasi romantik2.. cium2.. dgn suasana indah2.. tu boleh la..  sebab ada 3 pasร ngan dengan jalan cerita yang berbeza.. best.

4 bintang sebab cerita adaptasi.. kuii..kuii..

Wednesday, February 19, 2020

Tutorial Tukar Number kepada Teks dalam Ringgit Malaysia

Member zaman skola dulu up status dia perlukan pertukaran Number kepada Teks dalam excel.  Dalam masa yang sama juga aku pun dalam proses untuk membina Resit Auto untuk mengurus sawit di rumahku.  Entah macammana aku pun mencari dan mencari cara untuk melaksanakan pertukaran ini.  Sampailah hari ini aku berjaya membuatnya.
Apapun benda yang sama kena buat .. cuma aku dah ringkaskan formula tu ikut kepada Ringgit Malaysia.  Mudah.  Sebenarnya ada cara lebih mudah.. tapi aku kena save file kat sini.. tak de plak blog ni boleh simpan file.  Jadi solutionnya ikut je cara ni.. korang jumpa jawapannya.  Kalau korang nak cari yang tak pakai VB memang tak de... sekarang ni mmg kena guna VB.

1.  Gunakan keyboard shortcut Alt + F11 untuk buka Microsoft Visual Basic (VB)
2.  Klik "Insert Tab" dan Klik "Module"

3.  Copy/Salin barisan kod dibawah line kuning ni

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Option Explicit
'Main Function
Function RM(ByVal MyNumber)
    Dim Dollars, Cents, Temp
    Dim DecimalPlace, Count
    ReDim Place(9) As String
    Place(2) = " Ribu "
    Place(3) = " Milion "
    Place(4) = " Bilion "
    Place(5) = " Trilion "
    ' String representation of amount.
    MyNumber = Trim(Str(MyNumber))
    ' Position of decimal place 0 if none.
    DecimalPlace = InStr(MyNumber, ".")
    ' Convert cents and set MyNumber to dollar amount.
    If DecimalPlace > 0 Then
        Cents = GetTens(Left(Mid(MyNumber, DecimalPlace + 1) & _
                  "00", 2))
        MyNumber = Trim(Left(MyNumber, DecimalPlace - 1))
    End If
    Count = 1
    Do While MyNumber <> ""
        Temp = GetHundreds(Right(MyNumber, 3))
        If Temp <> "" Then Dollars = Temp & Place(Count) & Dollars
        If Len(MyNumber) > 3 Then
            MyNumber = Left(MyNumber, Len(MyNumber) - 3)
        Else
            MyNumber = ""
        End If
        Count = Count + 1
    Loop
    Select Case Dollars
        Case ""
            Dollars = " Tiada Ringgit"
        Case "One"
            Dollars = " Ringgit"
         Case Else
            Dollars = Dollars & " Ringgit"
    End Select
    Select Case Cents
        Case ""
            Cents = " Sahaja"
        Case "One"
            Cents = " dan satu sen"
              Case Else
            Cents = " dan " & Cents & " Sen Sahaja"
    End Select
    RM = Dollars & Cents
End Function
      
' Converts a number from 100-999 into text
Function GetHundreds(ByVal MyNumber)
    Dim Result As String
    If Val(MyNumber) = 0 Then Exit Function
    MyNumber = Right("000" & MyNumber, 3)
    ' Convert the hundreds place.
    If Mid(MyNumber, 1, 1) <> "0" Then
        Result = GetDigit(Mid(MyNumber, 1, 1)) & " Ratus "
    End If
    ' Convert the tens and ones place.
    If Mid(MyNumber, 2, 1) <> "0" Then
        Result = Result & GetTens(Mid(MyNumber, 2))
    Else
        Result = Result & GetDigit(Mid(MyNumber, 3))
    End If
    GetHundreds = Result
End Function
      
' Converts a number from 10 to 99 into text.
Function GetTens(TensText)
    Dim Result As String
    Result = ""           ' Null out the temporary function value.
    If Val(Left(TensText, 1)) = 1 Then   ' If value between 10-19...
        Select Case Val(TensText)
            Case 10: Result = "Sepuluh"
            Case 11: Result = "Sebelas"
            Case 12: Result = "Dua Belas"
            Case 13: Result = "Tiga Belas"
            Case 14: Result = "Empat Belas"
            Case 15: Result = "Lima Belas"
            Case 16: Result = "Enam Belas"
            Case 17: Result = "Tujuh Belas"
            Case 18: Result = "Lapan Belas"
            Case 19: Result = "Sembilan Belas"
            Case Else
        End Select
    Else                                 ' If value between 20-99...
        Select Case Val(Left(TensText, 1))
            Case 2: Result = "Dua Puluh "
            Case 3: Result = "Tiga Puluh "
            Case 4: Result = "Empat Puluh "
            Case 5: Result = "Lima Puluh "
            Case 6: Result = "Enam Puluh "
            Case 7: Result = "Tujuh Puluh "
            Case 8: Result = "Lapan Puluh "
            Case 9: Result = "Sembilan Puluh "
            Case Else
        End Select
        Result = Result & GetDigit _
            (Right(TensText, 1))  ' Retrieve ones place.
    End If
    GetTens = Result
End Function
     
' Converts a number from 1 to 9 into text.
Function GetDigit(Digit)
    Select Case Val(Digit)
        Case 1: GetDigit = "Satu"
        Case 2: GetDigit = "Dua"
        Case 3: GetDigit = "Tiga"
        Case 4: GetDigit = "Empat"
        Case 5: GetDigit = "Lima"
        Case 6: GetDigit = "Enam"
        Case 7: GetDigit = "Tujuh"
        Case 8: GetDigit = "Lapan"
        Case 9: GetDigit = "Sembilan"
        Case Else: GetDigit = ""
    End Select
End Function

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.  Lepas tu kau Paste/Tampal code tu dalam Module1(Code)/ VB yang kau bukak tadi.


5.  Lepas tu kau tekan Alt + Q untuk kembali kepada Excel.

Siap formula ... jeng.. jeng...


NAK GUNA FORMULA 

1.  Taip "=RM(cell number yang korang nak convert pada teks)" contohnya Nombor tu 22.50 pada cell D106 .. jadi bawa taip =RM(D106) .. 

2.  Tekan Enter.

Dah jadi... tettttt.... 


SAVE FORMULA

Korang jangan lupe plak save formula ni..  excel tak boleh save dalam format .xslx jadi korang kena save dalam VB.  Klik File > Save .  Kalau ada VB dialog box keluar.  Korang tekan je No.

 Save dalam bentuk Excel Macro-Enabled Workbook (.xlsm) format.


1.  File > Save As

2.  Kat Save As tu ada butang Save as type kan... Klik kat Save as type tu ada drop-down menu pastu amik yang Excel Macro Enable Workbook.




3.  Save... 

Taraaa.... siapp...
Okey guyss...

Tolong doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki sebab tolong korang buat formula untuk Bahasa Melayu punye version.

Kalau aku ada masa aku tolong buat yang documen version punye... lagi mudah...add-in je..

Okey guys..
Assalammualaikumm...