Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Tuesday, March 29, 2011

Minggu-minggu akhir

Telah banyak yang aku lalui disini. Terlalu banyak perkara yang aku nak sampaikan.. tapi aku tak berkesempatan untuk menyampaikan dan tak berkekuatan untuk menyampaikan. Mungkin aku perlukan lebih masa untuk menyampaikannya pada suatu hari nanti. Bagaimanapun, apa yang aku ingin simpulkan, dalam pendirianku.. dalam persekitaranku.. dalam suasanaku.. dalam apa yang aku alami.. memasuki VTO ini perlukan banyak pengorbanan.. dan terlalu banyak pengorbanan emosi dari pengorbanan masa dan wang ringgit.

Bagiku, belajar disini dalam fasiliti yang disediakan memuaskan. Cuma pe
rsediaan mental dan emosi perlu dipertekankan lagi.. aku akan mengulas panjang kemudian.. bagi yang akan memasuki VTO sesi 2/2011.. diucapkan tahniah.. Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa.. mungkin anda perlu tunggu lagi.. ataupun usaha dengan cara lain pula... bukan CIAST sahaja yang menawarkan kursus VTO.. ada lagi pusat bertauliah lain yang menawarkannya. Cuba cari-cari... cuba risik-risik.. Aku rasa seronok untuk menghabiskan sisa-sisa masaku disini.. segalanya hampir selesai.. cuma tinggal hanya internship sahaja.. alhamdulillah tempat pun sudah dapat.. tinggal preparation sahaja.


Tak sabar rasanya untuk menghabiskan kursus disini.. aku ingin pulang ke rumah.. terlalu banyak lompong yang aku tinggalkan. Terlalu banyak yang aku perlu perbaiki.. Harap-harap aku dapat mengembalikan suasana seperti sebelum aku berhijrah ke shah alam ini. Jika tidak, semuanya akan menjadi lebih teruk.. aku tak mahu berpatah semangat sebelum aku berusaha untuk mencuba.. segalanya terpul
ang kepada hubbyku untuk berubah. Aku inginkan sesuatu yang lebih baik darinya dari sebelumnya. Hanya dia sahaja yang mampu untuk berusaha merubah dirinya sendiri seperti firman Allah, "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” -Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11.

Pemergian aku ke Shah Alam memberikan aku pengajaran.. pelbagai pengajaran.. baik di CIAST ataupun hubungan antara keluarga. Sampai satu ketika aku seperti patah semangat
untuk meneruskan perjuanganku.. bukan sahaja perjuangan untuk terus belajar tetapi perjuangan untuk meneruskan kehidupan. Mujurlah, aku sangat kebal kepada ujian seperti ini. Aku membina semangat dari cebisan-cebisan yang tinggal. Dimana aku dapat kekuatan aku pun tak tahu.. Hanya Allah aku serahkan segalanya. Mujurlah.. hijrahku hampir menemui penghujungnya.. Ya Allah, berikan aku kekuatan Umar Al-khattab, berikan aku semangat Asiah, berikan aku kesabaran Nabi Ayub dalam menempuhi ujianmu... Amin..