Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Saturday, January 29, 2011

Ujian 2



Minggu ini pula sangat-sangat sibuk. Dengan Ko.Ko dan dengan assignment pn. saluwa.. Nak buat Module Profile dan Course of Study. Mula-mula belajar memang tak bleh masuk langsung. Tak paham camner nak asingkan Job Profile Chart dalam proses clustering. Bayangkan belajar dalam masa 3 hari.. dari NOSS ke Job Profile Chart ke proses - proses seterusnya sehinggalah Course of Study.. tapi Alhamdulillah.. sehari sebelum Ujian. Aku dah faham.. yealah kena dengan Pn. Saluwa yang garang.. huhuhu... abis sume yang tak tahu kena naik atas pentas.. hahahaha..

Dalam masa yang sama, aku masih lagi terlibat dengan Ko.ko asyik bertukar-tukar jerk planningnya.. harap2 isnin depan last.. aku nak brieffing camner jalan kerjanya. Biasanya Pn. Fadzilah yang lebih laju dari aku.. aku nak wat briefing malam.. petang tu dia dah suruh announce kat sume orang ape progress... so.. aku kena lebih cepat plak kali ni. Isnin ni kena ada meeting untuk tanye progress. Nak cite pasal ujian ke dua. Memang Allah nak uji aku kot.. minggu ni memang minggu memenatkan.. mana assignment dan koko serta pengajar pula, 3 kali buat senaman pentang.
1. Chicken dance
2. Nyanyi lagu Gemuruh jiwa - Faizal Tahir
3. Poco-poco
4. Sukan ringan

Dulu jarang bersenam.. kena plak yang ini fizikal dan mental sekali jalan seiring. Aku jadi terlalu letih. Hari khamis lepas meeting ko.ko, aku kena penangan sakit kepala... tak hilang sehingga malam.. lepas makan malam kat cafe.. aku bancuh panadol solubel satu biji.. telan.. kepala stay berdenyut lagi.. aku pasrah.. aku tidur sahaja lah.. memandangkan sepatutnya malam tu sahajalah masa untuk mentelaah ujian keesokkannya.. tapi aku kena magrain... aku tersedar pukul 2 lebih hampir pukul tiga.. dengan kekuatan yg ada.. aku mencapai buku pink. Aku baca.. dah nak start sakit kepala aku tidur balik.. pastu aku terjaga.. aku baca lagi.. pastu aku tidur balik.. sehinggalah pagi. pagi tu, aku amik ujian dengan tawakal sahaja.

Kengkadang aku pelik jugak.. kenapa susah sangat untuk aku mengambil ujian seperti orang lain. Tak ada masalah. Aku tak tahu keputusannya lagi..

Minggu ni hubby aku sibuk.. seminggu dah tak jumpa dia. Semalam jumpa dia kena marah kat aku.. hehehehe.. maner taknyer.. demam-demam nak pergi kursus politik jugak.. tapi nak wat camner.. dah dia yang hendak.. kalo boleh gari masuk dalam laci tu lain lah cite..

harini.. aku berehat-rehat dalam bilik. Habis sume pakaian aku basuh, bilik bersih, kemas .. biasanya aku main touch up jerk.. tapi minggu ni aku boleh detail skit sebab aku tak kemana-mana.

Aku banyak berehat untuk refill semula energy aku yang habis minggu lalu untuk penggunaan yang maksimum minggu depan. Aku tahu perjalanan minggu depan mesti mencabar lagi. Maner tak nyer.. hubbyku kata, balik dari kursus dia akan amik aku. So hari isnin pagi aku akan bertolak ke ciast dari banting. Maknanya, pukul 5 pagi aku kena bangun. Isnin tu pula, aku akan ada group presentation.

So.. esok aku kena prepare untuk baca apa yang patut. Aku pun sudah siapkan baju untuk seminggu... telah bergosok semua. Patutnya harini aku kena balik K.L pasal adik aku tu, tapi aku tak de feel nak balik. Kena plak, petang tadi.. patutnya aku balik.. hujan turun mencurah-curah.. tunggu punya tunggu.. sudah lewat petang.. so.. aku pun tak jadilah balik K.L.

Sesungguhnya, kehidupan penuh dengan cabaran. Yang paling penting, sokongan dan semangat yang kuat. Semangat yang kuat mesti berlandaskan kepada keimanan kepada Allah. Jika kita sudah ikhtiar tetapi masih juga belum berhasil. Maka hendaklah kita sabar dan tawakal kepadanya.. Insya Allah.. biarpun hari-hari kita penuh dengan cabaran.. kita pasti dapat mengharunginya dengan senyuman.

Tuesday, January 25, 2011

Minggu-minggu yang ditinggalkan..



Sudah hampir sebulan aku di sini.. Banyak betul aku pelajari. Paling giler adalah ujian pertamanya. Semuanya teori. 22 tajuk dalam 1 Modul. Memang aku menangis-nangis mengafal modul ni. Kena plak sehari sebelum exam, adik aku buat hal. Terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Ada pula hal-hal yang membuatkan aku tertekan. Langsung aku sakit kepala, presure tahap gaban. Aku hanya betul-betul study bila hubby aku hantar aku balik ke CIAST kira-kira pukul 10 malam. Aku siap bancuh perl kacip fatimah untuk tahan mengantuk. Akhirnya aku mengalah juga pukul 3 pagi. Dan exam pukul 9 pagi. Peh, soalan dia, ada yang aku tak baca sebab terlalu banyak.. banyak nak baca.. banyak presure.. aku harap aku antara 10 orang yang lulus... dalam bilik exam tu.

Beberapa minggu aku sangat sibuk.. tak ada masa untuk aku bermain farmville atau chatting apatah lagi nak blogging. Tidur pun tak cukup. Memang meletihkan dan presure. Banyak keje kumpulan yang nak kena buat. Lepas ni, sibuk buat WIM dll. Sekarang ni aku sudah pun belajar menggunakan NOSS, Task, buat Modul, buat COS, TEM dll. Dalam masa yang sama, aku sibuk menyiapkan proposal program kokurikulum. Mengambil sikap positif adalah tindakkan yang betul. Mungkin lecturer menguji keupayaan aku untuk menjalankan program. Hanya tinggal kurang dari 14 hari untuk siap. Baru petang tadi dalam pukul 2 petang aku menghantar proposal. Bukan setiausahaku tak buat keje.. tapi aku tak puas hati dengan hasil dia yang tidak detail. Malam tadi, aku tidur pukul 2 pagi. untuk menyiapkannya. Pagi tadi pula, lepas sahaja mandi aku buat proposal tu, nasib baik sempat seperti yang aku beritahu lecturer. Sekarang proposal itu, ada di meja lecturer.. hati aku dah tenang.. boleh buat assignment lain.
Bila sahaja approval dapat.. bolehlah aku prosit dengan lain-lain kerja.. kali ini, biro pula yang akan buat kerja. Aku ingat nak tdo petang ni, tapi nampaknya tak boleh juga... bila aku dah terlekat pada blog ini.. hehehe.. Mungkin malam ni boleh tidur awal.. harap-haraplah.. sebab malam ni ada pula discussion pasal presentation untuk hari jumaat ini. ermm... mudah-mudahan.. cepat selesai.. amin.

Tuesday, January 18, 2011

Sekarang aku kena bersikap positif



Belajar pada usia yang dewasa bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bercampur gaul dengan rakan sepelajaran yang rata-ratanya lebih muda 10 tahun dari kita dan pengajarnya pula sebaya atau tua setahun dua dengan kita.

Apa yang penting kita perlulah bersifat positif setiap masa dan kekal dalam matlamat untuk memajukan diri serta sentiasa kena memotivasikan diri sendiri.

Aku sudah menjangka dan merancang untuk tidak menonjol di kalangan pelajar. Tujuan aku supaya aku akan sentiasa low profile. Aku ingin melihat dan menjalankan tugas bila diperlukan sahaja dan tak perlu memegang apa-apa jawatan. Selama itu, aku selalu mengelak untuk berdiri dihadapan untuk memberikan sebarang ucapan ataupun perbentangan. Namun semuanya tidak menjadi apabila aku dicalonkan sebagai pengerusi untuk satu program Ko-kurikulum. Rupanya aku tidak dapat menyorok dari apa yang ada pada aku. Aku sendiri tak tahu mengapa Ronan Nampak sifat-sifat inner yang aku sorok ini.

Hanya kerana sekali aku terpaksa ke hadapan memperkenalkan diri (bukan aku sahaja malah satu kelas juga berbuat demikian). Mungkin juga kerana kerja berkumpulan.. aku pun tidak pasti. Nama aku naik ketika pencalonan. Aku satu-satunya perempuan yang tercalon, dan yang lain adalah lelaki.

Aku cuba sedaya upaya untuk melaksanakan program ini. Biarpun sebenarnya bukan senang untuk mengurus orang yang terpilih dikalangan dipilih. Masing-masing mempunyai pelbagai karakter dan masing-masing mampu memimpin. Dan aku pula bukan 100 peratus tumpuan terpaksa kepada pelajaran semata tetapi juga terpaksa membahagikannya terhadap keluarga. Kehidupan pembelajaran adalah satu kehidupan yang sibuk dan susah, sebenarnya. Hanya ada kesanggupan, semangat dan pengorbanan sahaja yang mampu mengharunginya.

Setelah aku dipilih menjadi Pengerusi, aku menjalankan tanggungjawabku. Bukan mudah, kerana 4 cadangan yang dikemukakan untuk membuat aktiviti Ko-Kurikulum dalam jangka masa yang singkat dan expected yang tinggi. Hari sabtu dan ahad aku berperah otak untuk cuba menyelesaikan serabut dikepalaku.

Aku siap buat kertas cadangan penurunan kuasa di mana aku melantik Pengarah projek dari cadangan yang mendapat majoriti undian. Aku juga merancang beberapa langkah selepas perlantikan. Semua tu sudah aku lakukan. Akhirnya undian pun dilakukan dan “Lawatan Sambil Belajar” mendapat majority besar iaitu 45 undian dari 88 undian semuanya. Aku meminta pengarah projek untuk membuat proposal untuk dihantar ke pegawai penasihat. Dia mencadangkan supaya dia pergi bertemu pegawai penasihat untuk memilih tempat yang sesuai dari banyak cadangan yang dikemukakan. Kebetulan pada hari yang dia pergi itu, aku tiada di CIAST kerana Medical Chek up. Keesokkan harinya, apabila aku tiba di CIAST kembali, dedus dedas menyatakan pegawai penasihat mahu proposal dari 4 orang yang mencadangkan program. Aku terus kaget. Aku sudah mempunyai perancangan sendiri. Apabila ini berlaku. Aku menjadi TOTAL LOST sekejap.

Mujurlah aku cepat pulih, yang penting aku mestilah bersikap POSITIF dengan keadaaan yang berlaku sekarang. Patutnya pada minggu ini sudah siap proposal dan kini Cuma untuk membahagikan tugas. Aku dah kehilangan seminggu yang sepatutnya sudah mula ada progress lain. Akhirnya aku mendapat satu idea, semua yang buat proposal itu mestilah menyertakan sekali Progress Chart – Carta Gantt iaitu perancangan dari mula sehingga hari pelaksanaan. Aku tak mahu mereka berfantasi bintang dan bulan tetapi tak mampu merealisasikan di alam nyata. Aku ingin semua program biar apa pun yang akan diterima sentiasa dalam progress dan terlaksana mengikut masanya. Jika berlaku kepincangan aku tak mahu orang yang akan di persalahkan adalah aku nanti.

Aku terasa benar ketika dalam satu modul yang menyentuh tentang kerja berkumpulan. Pengawai terbabit ada bertanya tentang program yang akan dibuat. Sejauh mana perjalanan projek tersebut. Aku tidak mahu berkata apa-apa. Ramai yang diam, dan ada yang bersuara menyatakan masih belum ada kata putus lagi. Kemudian pengawai itu terkejut, dia kata sepatutnya sekaran g sudah membentuk organisasi. Kemudian pegawai terbabit cuba mengorek sama ada ketua kumpulan (aku) memainkan peranannya dengan menyatakan bahawa Kelemahan Kerja berkumpulan salah satu faktornya adalah ketua kumpulan kurang kepimpinan, takut, malu, kurang berpengetahuan, berat sebelah, tidak peka dsbgnya.. dia bertanya adakah ketua yang mengetuai program ini seperti yang disebutkan tadi? tapi semua pelajar diam, tidak ada yang mengatakan tidak, dan tidak pula mengatakan ya. Aku benar-benar rasa tercabar ketika itu… ingin sahaja aku menyatakan bahawa aku sebenarnya LOST apabila tiba-tiba ada arahan dari pihak atas dari aku terhadap anak buah aku… dan tidak melalui aku. Bukan aku bersifat seperti yang disenaraikan itu.

Aku akui adalah kesilapan aku juga kerana menyetujui Pengarah Projek untuk bertemu pegawai penasihat, dan dia memberikan arahan yang tidak sepatutnya. Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak lagi mendapatkan pendapat pegawai penasihat. KECUALI pada keadaan tertentu. Sebab Pegawai penasihat itu pernah berkata, untuk tidak campur tangan dalam urusan aktiviti ini tetapi ternyata ia tidak benar. Dan ia cukup memberi kesan besar kepada kredibiliti aku. Bagiku, kalau dia ingin memberi arahan, tak perlulah aku sebagai Pengerusi projek. Biar dia sahaja yang mempengerusikannya. Aku perlu bersikap positif sekarang… jadikan masalah ini satu cabaran bagi aku. Aku sedar pengawai itu juga manusia. Kadang-kadang manusia cepat lupa dan membuat kesilapan. Dan ia benar-benar mencabar kredibiliti aku.

Monday, January 10, 2011

Bertuah rasanya menjadi inten sesi 1/2011


Memang pada mulanya aku rasa berdebar-debar tapi kini aku rasa bertuah pula kerana terpilih menjadi student CIAST untuk sesi ini kerana ini adalah sesi terakhir pengambilan terus ke CIAST. Untuk pengambilan seterusnya di urus oleh UPU online. Semalam aku membaca beberapa surat khabar telah dikeluarkan tawaran Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.


Berikut adalah diantara maklumat bagi pengambilan:

PUSAT PENGAMBILAN SETEMPAT ILKA DAN TEVT BAWAH UPU
PUSAT PENGAMBILAN SETEMPAT KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) 28 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
------------------------------------------------
1.Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.

2. Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

3. Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

4. Sejumlah 5 Kementerian terlibat dalam penawaran kursus berteraskan TEVT dan Kemahiran iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

5. Agensi / Jabatan / ILKA dan Kementerian yang menawarkan Program Sijil & Diploma adalah seperti berikut :-

5.1 Kementerian Pengajian Tinggi
• Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
• Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)

5.2 Kementerian Sumber Manusia
• Jabatan Tenaga Manusia
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• Institut Teknikal Jepun (JMTI)
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
• Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

5.3 Kementerian Belia & Sukan
• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
• Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

5.4 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Institut Kemahiran Mara (IKM)
• Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)

5.5 Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
• Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

6. Sejumlah 350 ILKA menawarkan Program Sijil dan Diploma yang meliputi IKBN, ILP, CIAST, NATC, ADTEC, JTM, JMTI dan Kolej Komuniti. Manakala Program Diploma TEVT ditawarkan di 27 buah Politeknik seluruh negara bagi pengambilan tahun 2011 yang akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Julai dan Januari.

7. Kelayakan minimum untuk memohon program TEVT dan ILKA
adalah seperti berikut:
 Warganegara Malaysia ;
 Boleh Membaca, Menulis dan Mengira; dan
 Memenuhi Syarat Khas Kursus yang Ditetapkan oleh Institusi.

8. Permohonan adalah terbuka terbuka kepada:
 Lepasan SPM/Setaraf; atau
 Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); atau
 Lepasan Sekolah Menengah.

9. Permohonan kemasukan ke program TEVT dan ILKA dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Lepasan SPM. Ia bertujuan agar pelajar dapat lebih peluang memohon pengajian di IPTA, TEVT atau ILKA yang ditawarkan. Permohonan akan dilaksanakan
melalui kaedah 2 fasa :
 Fasa 1: Mulai 1 November 2010 hingga 31 Disember 2010
(Lepasan SPM/Setaraf )
 Fasa 2: Mulai 10 Januari hingga 4 April 2010
(Lepasan SPM/SKM/Lepasan Sekolah Menengah)

10. Permohonan Fasa 1 ( Fasa Pendaftaran Permohonan), calon dikehendaki memohon tanpa pilihan senarai kursus yang ditawarkan dan hanya dikehendaki memilih bidang yang diminati.

11. Permohonan Fasa 2 (Fasa Pengesahan Permohonan), calon dikehendaki membeli Nombor Unik ID bernilai RM10.60 melalui agen pemungut (Bank Simpanan Nasional). Calon juga dikehendaki mengesahkan permohonan melalui memilih pilihan kursus yang ditawarkan. Calon juga boleh memohon ke program pengajian yang ditawarkan di IPTA. Fleksibiliti permohonan diwujudkan sama ada boleh memohon ke IPTA sahaja ATAU memohon ke TEVT/ILKA sahaja ATAU memohon kedua-dua institusi iaitu IPTA dan TEVT/ILKA.

12. Kerajaan dan KPT prihatin dalam menyampaikan dan menyebarluaskan pelaksanaan dasar baru kerajaan serta maklumat terkini dan tepat kepada rakyat khususnya pemohon, pelajar lepasan sekolah, lepasan SKM, ibu bapa serta masyarakat. Pekeliling KPT mengenai perubahan dasar, prosedur permohonan dan maklumat terkini permohonan telah pun dihantar ke semua sekolah menengah serta institusi yang berkepentingan bagi menyatakan pelaksanaan dasar kerajaan. KPT juga akan meneruskan pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-7 Tahun 2011 dengan mengguna pakai kaedah penyampaian secara pameran pendidikan dan seminar hala tuju pendidikan. Pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara secara `roadshow' di 11 zon seluruh negara akan bermula pada awal Januari 2011 hingga awal April 2011. Pelbagai institusi termasuk IPTA, ILKA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, PTPTN, MQA, JPA, MARA/Penaja dan sebagainya akan turut serta dalam karnival ini. Maklumat lanjut mengenai KPTN sila layari laman web kemasukan atau KPT 13.
Maklumat lanjut mengenai senarai kursus yang ditawarkan di TEVT dan ILKA, dasar, prosedur permohonan, kriteria pemilihan dan pekeliling serta penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2011, sila layari:

Laman Web Kemasukan http://upu.mohe.gov.my.

maklumat didapati dari http://www.ciast.gov.my/bm/images/PEM/iklan%20pusat%20pengambilan%20setempat%20ilka%20dan%20tevt%20bawah%20upu.pdf

Sebelum ini, nak masuk ILP pun direct pada ILP tapi kini semuanya melalui UPU. Ermm.. begitulah seadanya...

Saturday, January 8, 2011

Selesai Suai kenal 1/2011



Langit petang mendung.. hujan mencurah-curah memasuki pukul 1 petang tadi. Seperti mimpi, aku tersedar dari sofa dirumah. Alamak! Baju yang ku jemur tadi mesti sudah basah! Aduyai.. aku tertidur pulak diatas sofa. Gara-gara kepenatan orientasi dan menyesuaikan diri di asrama CIAST. Ermm.. aku berada di rumah sekarang.. hujung minggu pasti aku balik ke rumah, menguruskan rumahtangga. Kalau tidak pun, menemani suami setelah menjalani hari-hari di asrama CIAST.


Debaran? sudah tiada lagi.. cuma aku belum memahami sangat selok belok CIAST dan VTO. Alhamdulillah.. apa yang aku harapkan menjadi kenyataan.. orientasi bukan lagi macam budak-budak... Sudah ditrade macam orang dewasa. So tiada lagi reging mereging.. tiada lagi askar training.. ermm.. syabas-syabas.. aku dah penat jika sume tu berlaku... ternyata tidak berlaku.


Mengimbas kembali apa yang berlaku pada hari pendaftaran..

Setelah bersarapan di kedai mamak, aku dan suami bertolak ke CIAST. Jauhnya lebih kurang 1 Jam perjalanan. Makin hampir aku ke destinasi semakin dada ku berdebar-debar sehinggakan suami ku ketawa kerana aku mengeluh berkali-kali untuk menghilangkan debaran ini. Suamiku cuba menyakinkan aku dengan kata-kata positif dan aku juga cuba menyakinkan diri aku dengan berfikiran positif. Akhirnya sampai jua aku ke destinasi. Aku menuju ke tempat pendaftaran. Kelihatan orang sudah berbaris panjang untuk mendaftarkan diri. Menunggu giliran dan akhirnya aku selesai mendaftar lalu aku kemudian ke asrama untuk daftar bilik dan mengambil kunci.


Aku ketika itu juga masih ramai lagi studen yang masih berbaris untuk mendapatkan kunci. Semua muka aku tak kenal. Aduiyai.. tak de kawan la plak... hampir 5 minit berbaris.. aku terlihat satu kelibat yang macam ku kenal. Mungkin junior atau senior aku.. tapi lelaki. Nantilah.. kalau ada rezekinya boleh aku bertanya.. sekarang ni yang penting adalah mendapatkan kunci bilik. 5 orang lagi dihadapan aku.. aku terlihat pula kelibat seseorang.. mmg aku kenali.. tapi mungkinkah? aku tak pernah nampak status FB dia menyatakan bahawa dia akan masuk ke sini.. Ermm... Helmi! Classmate aku.. tapi dia tak pandang pun ke sini. Mulutnya terkumat kamit mengunyah swingam.. Aku rasa mmg dia! Selepas aku mendapatkan kunci, aku cuma menegurnya. Sah! Helmi. Amboi.. Cool betul!


Aku pun bergerak ke bilik. Masuk je ke bilik tu.. aku terpana.. wah cantiknya design bilik ni. Dah la duduk sorang sebilik. Adakah betul? Tapi ya.. memang itulah bilik aku.. sebelah toilet la plak.. tapi tak pe.. senang skit nak gi toilet.


Aku pun turun ke bawah menuju ke kereta suamiku yang terletak di hadapan parking CIAST. Dan memintanya menuju ke Blok N. Kemudian menaikkan barang. Uitt.. nasib baik tingkat 1. Kalo tingkat 3.. maunya ketar lutut aku nak memanjat tangga. Menaikkan barang dan suamiku mengajak keluar untuk makan tengahari dengannya sebelum dia balik. Hatiku masih berdebar cuma debarannya sudah tidak ketara seperti mula-mula menjejakkan kaki ke CIAST.


Setelah bersalaman dengan suamiku, beliau pun meninggalkan aku sendirian. Hampir masuk pukul 2 petang. Aku bergegas ke dewan untuk taklimat dan sesi orientasi. Taklimat demi taklimat.. tiada reging.. haa.. lega betul..


Cuma bila aku kembali ke asrama.. aku rasa sunyi betul. Yelah, biasanya pada waktu malam, aku sibuk menyediakan juadah makan malam untuk suami tercinta. Tapi kini, aku hanya bertemankan laptop dan hp. Akibat kepenatan.. mata pun sudah mula kelat.. Selepas menalefon suami.. aku membaringkan diri dalam bilikku. Tapi mata tak mahu pejam.. aduiyaii.. tidur sorang la 3 bulan ini. Terpaksa membiasakan diri.. akhirnya terpejam jua mataku..


Jam 5.30pagi, aku terjaga mendengar bacaan surah di surau. Jam 6 pagi nanti azan subuh akan berkumandang. So.. aku pun mandi dan bersiap ke surau bersama seorang teman kuliah baru, Farah. Selepas solat subuh dan mendengar kuliah subuh. Aku pun bersarapan. Kemudian, menukar baju dan mendengar taklimat sehingga akhir. Begitulah hari-hari orientasi. Takde lah teruk sangat.. cuma penat masih terasa.. menyebabkan aku tertidur sehingga baju-baju yang ku jemur abis basah semula.


Esok.. aku akan kembali ke CIAST. Dan menjalani hari-hari tersebut.. insya Allah. Aku akan berusaha yang terbaik.

Tuesday, January 4, 2011

Debaran 6 Januari 2011



Aku tak tahu apa perasaan aku kini. Sangat bercampur baul. Hari ini, aku ke Hospital Banting menjalani medical check up untuk kemasukan CIAST. Sampai disana, pegawai bertugas masih belum muncul berikutan waktu masih belum pukul 10 pagi.. agaknya pergi minum rehat 9.30. Ada ibubapa pelajar yang mengeluh dan terus keluar untuk ke klinik swasta. Aku menunggu sehingga pukul 10.15 ketika itu sudah pun beratur 2, 3 orang untuk medical check up.. ada yang dapat UITM, ada yg dapat Kolej Komuniti ada yang lain-lain dan aku salah seorang darinya. Aku orang ke tiga, yang berjaya selesai segala dokumen.. Pertama, mengisi borang, ke dua, buat pemeriksaan gigi dan ke tiga, mengumpulkan urine untuk urine test. Namun, disebabkan list yang nak buat check up panjang.. hari temujanji ditetapkan pada 17 Januari akan datang. Ermm.. aku tak kisah.. sebab masa kat ILP juga aku buat kat Hospital Banting ni. Mmg macam ni kot tiap-tiap awal tahun.


Aku terpaksa menunggu hubbyku habiskan kerjanya dalam pukul 1 lebih baru dia amik aku dari hospital. Balik tu, hujan turun dgn lebat. Ingat nak keluar untuk beli ink printer dan beberapa keperluan lain termasuk hubbyku nak ke DIGI center untuk settlekan bill telefonnya.


Nasib agak malang sebab lepas tu kereta tak boleh hidup plak.. aduiyaii.. kenalah menapak dari Maybank Bukit Tinggi tu ke Tesco Bukit Tinggi. Nasib baik tak jauh. Hubby ku panggil pomen.. sampai jerk pomen kat tempat kereta hubbyku.. engine hidup plak.. hampeh betul!! Cian hubby aku.. mungkin ada masalah compressor kot.. lepas tu, lampu hazard & lampu ke kiri dan kanan plak tak berfungsi.. aduiyaii.. masalah-masalah..


Akhirnya, kitorang bincang2.. makan malam kat Banting Baru jer.. kalau kereta tak hidup gak.. balik jalan kaki pun tak pe lah.. kalo aku nak masak pun.. aku pun dah penat..


Dari pagi tadi hinggalah sekarang ini, aku ada satu perasaan kecut.. aku masih berusaha untuk mengawal perasaan ini. Aku tahu perasaan ini datang kerana aku terpaksa meninggalkan kebiasaanku.. aku terpaksa meninggalkan hubbyku keseorangan, aku terpaksa meninggalkan rumahtanggaku dan tinggal di hostel.. Bukan aku tak pernah duduk kat hostel.. tapi aku kecut jika hostel tu sama macam ILP. Aku terkongkong suasana asrama. Aku dah tua ni.. dah tak boleh rasa terkongkong macam tu.. aku lemas. Nasib baik masa kat ILP aku tinggal luar, kalau aku tinggal kat asrama.. mau je aku berhenti.. sebab aku bukan budak-budak lagi nak diperakukan seperti pelajar remaja belasan tahun. Terpaksa di disiplinkan, kena leter pasal pad kat lubang tandas, kena leter pasal copel2, kena leter pasal melompat, bising macam monyet dsbg... padahal bukan aku yang buat.. terpaksalah aku jadi telinga kuali mendengar ceramah free dari tenaga pengajar kat situ.. aduhh.. cukuplah kat ILP saja.. aku mampu bertahan.. kalau kat CIAST pun macam ni.. boleh lah aku cari alasan untuk tinggal luar.. kena bayar pun tak pelah.. asalkan aku tak duduk asrama.. serikkk maaa....


Kalau ikutkan Masuk Diploma best jugak.. tapi bila mengingatkan zaman aku belajar, terasa peritnya menjadi sumpah-sumpah.. aku tak berani untuk bertahan lama. Aku takut tiba-tiba aku meletup.. huh.. nasib baik aku tak pernah meletus kat ILP sepanjang pengajian. Kesabaran sangat tinggi OOoo..


Aku berharap sangat keadaan yang berbeza ketika masuk CIAST. Harap sesangat!! Jantungku tak pernah berhenti dedup dedap bila aku terfikir pasal ini. Expecially aku kena tinggalkan hubby aku.. aduiyaii... buah hati kena tinggal.. si busyuk kena tinggal.. baby-baby nonet .. kucing-kucingku kena tinggal jua..


macam-macam aku fikirkan.. kalau aku tinggalkan.. agaknye terurus tak rumah tanggaku? Aduiyaiii.. dedup dedap jantungku.. aku mengharapkan yang terbaik..


aku akan berada jauh dari hubbyku, dalam satu bilik lain dgn seorang roomate mungkin aku tidak kenali.. dan agaknya bagaimanakah perwatakannya.. bolehkah dia ngam dgn aku yang dah machet ni. Boleh lagi tak aku berlari, bersukan dsbg.. bolehkah aku menghadapi hari-hari ini.. masakan dulu aku boleh lakukan.. kenapa sekarang aku rasa tidak kuat untuk ini semua.


Aku perlukan perubahan!! Aku perlukan perubahan dalam hidup aku. Sesuatu yang aku hilang dulu.. Ya!! tapak kejayaan! Kareer.. aku perlukan kekuatan untuk mengharungi ini semua..


Ya Allah. Berikan aku kekuatan itu!!


Amin.