Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, December 26, 2011

Betulkan niat pergi kenduri kahwin

Petang tadi aku menghadiri satu majlis perkahwinan seorang sepupu ayah yang dibuat disebuah dewan di Kuala Lumpur. Kata emak, sepupu ayah ini bolehlah dikategorikan berstatus berada. Kami disambut baik dan seperti biasa memenuhi jemputan. Majlis diserikan dengan alunan muzik dan aluan kompang setibanya pengantin tiba terus ke meja santap.. Kemudian bacaan doa dilakukan dan majlis meneruskan acara jamuan. Setelah memenuhi undangan, menjamu dan kami pun pulang.


Apa yang ingin aku tekankan disini bukanlah majlis tersebut tetapi orang yang memenuhi undangan majlis. Agaknya sudah ramai yang lupa mengapa majlis perkahwinan diadakan. Sedang aku pulang bersama adikku.. berselisih dengan satu keluarga yang terdiri dari 3 orang, seorang ibu voge dan dua orang anaknya lelaki dan perempuan. Berkat yang kami bawa pulang adalah sebentuk cawan bercorak bunga british. Apabila sahaja ibu voge tadi melepasi kami dengan kuatnya dia berkata... "CAWAN LAGI... Bla... blaa.. blaa...". Aku agak terpana seketika.. kenapa pula makcik tua tu tiba-tiba marah pula bila dia terpandang kami membawa berkat yang diberi oleh tuan majlis adalah cawan? Adakah dia datang ke majlis tersebut kerana ingin mendapatkan sesuatu dari tuan rumah? Apa? Sebuah oven? atau sebuah printer? atau sebuah kereta? atau sebuah rumah? Hebat sangatkah dia? Bagi aku dia tak hebat pun... malah hampas!! 




 Apakah dia lupa maksud sebenar sesebuah majlis perkahwinan diadakan?

 قَلَ رَسُولُ الله صلعم اِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى وَلِيْمَةِ عُرْسٍ فَلْيُجِبْ 

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila salah seorang daripada kamu diundang ke jamuan perkahwinan, hendaklah ia perkenankan. 
 Hadis sahih riwayat Muslim 

 Hukum memenuhi jemputan adalah wajib. Hanya beberapa sebab seperti dibawah sahaja dapat keuzuran dari memenuhi jemputan. Semua contoh yang diberikan di bawah boleh mengubah status hukum asal kewajiban menghadiri undangan dan jemputann: 

(i) Jarak yang terlalu jauh - Melibatkan kos dan masa perjalanan yang sangat jauh, seperti menetap di Johor dan mendapat undangan bagi majlis walimah di Perlis. 

 (ii) Keadaan negara yang tidak mengizinkan - Keadaan Negara yang mungkin sedang dalam peperangan, darurat dan sebagainya. 

(iii) Ketika jemputan dibuat secara umum - Jemputan umum mungkin mewakili suatu kumpulan atau keluarga yang hanya memerlukan wakil untuk hadir dan tidaklah semestinya semua ahli kumpulan atau keluarga wajib hadir. 

 (iv) Tidak mendapat jemputan - Apabila tidak mendapat jemputan, maka semestinya tidak menjadi wajib kehadiran terhadap majlis walimah itu. (Jika berkeinginan juga untuk hadir sesuatu majlis yang mana kita tidak mendapat jemputan darinya, seelok-eloknya mendapatkan jemputan terlebih dahulu supaya kehadiran kita itu tidak mengganggu perjalanan majlis dari segi kos dan perancangan pihak yang menjemput) . 

 (v) Telah mendapat beberapa jemputan lain - Tidak menjadi kesalahan sekiranya wujud pertembungan antara dua atau lebih majlis walimah, maka boleh memilih salah satu daripada sekian banyak undangan majlis (sekiranya tidak dapat menghadirkan diri terhadap semuanya majlis), baik ianya berdasarkan kaedah siapa yang menjemput dahulu, atau jemputan manakah yang paling hampir. Bagi majlis walimah yang lain, boleh tolak secara baik dan mendoakan mereka jika tidak dapat hadir dan berikan hadiah sekiranya bertemu pada waktu lain.Memberi hadiah ketika menghadiri walimah juga adalah satu perbuatan sunnah. 

 (vi) Keadaan-keadaan lain - Darurat seperti terpaksa mendahulukan perkara yang lebih priority seperti terlibat dalam program atau aktiviti yang telah lebih awal dirancang yang mana melibatkan kos dan pihak lain, prioriti juga melibatkan janji atau perkara yang terpaksa dilalui oleh seseorang menyebabkan beliau mendahulukan apa yang menurut pandangannya adalah lebih utama dan penting. - Keadaan yang membantutkan seseorang memenuhi jemputan seperti terjadinya hujan yang sangat lebat, jalan yang bermasalah, kerana takutkan musuh, takut hilangnya harta, dan yang lain yang seumpama. [Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 314, Pustaka Ibnu Katsir] 

 Selain itu, satu hadis menyebut Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” (at-Thabrani) 

 Oleh itu, tetamu hendaklah memahami mengapa dia perlu menghadiri jemputan perkahwinan... bukan sebab nak glamour, sebab nak projek mega atau sebab esok anak dia kawin tak sape nak datang raikan. 

 Dalam hadis juga menyebut: 

 “Seburuk-buruk makanan adalah hidangan walimah, yang mana orang-orang kaya diundang menghadirinya tetapi orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak memenuhi undangan walimah, bererti dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no. 5177] 

 Jikalah majlis tersebut bergelomang dengan maksiat, barulah tetamu hendaklah pulang.. tak de plak dia soh menceceh-ceceh majlis orang.. sebab tuan rumah bagi berkat tak ikut selera. Tak de plak dalam hadis bahawa tuan rumah perlu sediakan berkat kepada tetamu untuk bawa pulang. Dan tak de plak tetamu disuruh beri duit kepada tuan rumah sebagai balasan kundangan! 

Cuma kita mempunyai adat, maka hulurlah apa salahnya mengikut kemampuan kita. Anggaplah ia sebagai sedekah kepada tuan rumah yang telah menjamu kita. Pahala juga yang kita dapat. Jangan pula kita nak mengekalkan imej kejutawan kita.. kita pun bagilah RM1000 kepada tuan majlis kemudian tuan majlis bagi cawan yang berharga RM3 kepada kita .. kita marah-marah. 

 Bukan sahaja kita rugi wang ringgit tapi juga rugi pahala.. malah dapat pulak dosa kerana menghina majlis perkahwinan orang. Dari itu, betulkanlah niat apabila menerima undangan majlis perkahwinan. Jangan rasa terbeban untuk pergi sekiranya ia terletak dilangkauan yang kita berupaya sampai. Biarpun banyak undangan kita merasa beban sebab terpaksa hulur (konon-konon standard RM10 x 2 (datang dengan isteri) untuk satu rumah.. jika ada 10 undangan maunya .. RM200 ringgit melayang.. berilah sekadar kemampuan.. atau doakanlah pasangan pengantin.. jangan pula dihina... Betulkan niat.. selain wajib hadir ke majlis undangan, kita dapat eratkan silaturrahim.. insya Allah.. Bukan setakat pahala yang kita dapat mungkin juga ada hikmah lain yang kita perolehi.. Insya Allah. 

 Rujukan: 

1.  http://ibnyusof.blogspot.com/2010/06/kewajiban-memenuhi-jemputan-walimah.html 
2.  http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1686

Susahkah menunaikan keinginan isteri?



 Perasaan seorang isteri hanya mahu dia dilayan dan permintaannya ditunaikan.  Bukan banyak manapun pemintaannya... Dia inginkan menjadi orang kedua terpenting dalam hidup suami selepas ibunya. Tetapi kebanyakan suami menganggap perkara ini mudah dan ianya menyakiti hati isteri.

Jangan marahkan isteri jika ia mengabaikan suami kerana isteri merasakan dirinya tidak penting dalam hidup suaminya.  Kerana ia rasa kecewa mengapa suami tidak menjadikan dirinya dan anak-anak sebagai priority sedangkan isteri meletakkan suami dalam ranking nombor satu dalam hidupnya.  Sedang makan, minum, pakai dan anak-anak zuriatnya susah payah isteri uruskan. Bangun jatuh suami juga isteri juga yang sama-sama melingkup.. ikat perut, fikir bagaimana nak berjimat makan minum bil-bil rumah.  Sanggup keluarkan wang simpanan beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit semata-mata memenuhi keperluan suami.  Tetapi suami kebanyakkannya sanggup bergolok gadai, berpanas lelah demi orang lain terutamanya kawan-kawan dan kaum kerabatnya.  Kadang-kadang pemintaan isteri terlalu diambil mudah dan tidak dihargai.. 

Biasanya isteri tak minta banyak pun.. sekadar ruang waktu untuk bersamanya dan anak-anak, ingin dibelai oleh suami, ingin suami mengeluarkan perkataan yang baik-baik terhadapnya dan jika isteri meminta sesuatu dari suaminya tatkala orang lain juga meminta perkara yang sama.. isteri inginkan dia menjadi orang yang diberi keutamaan oleh suaminya.  Dengan cara itu dia merasa dirinya dihargai oleh suaminya.

Kebanyakan suami dia tidak faham dengan keinginkan isteri.  Baginya, hanya tahu tatkala isterinya hamil dan mengidam.. hanya itulah baru keinginan isteri priority utama sang suami.  Masa itulah pada hematnya tak mahu isteri merasa tertekan tetapi selain dari waktu hamil dan mengidam.. keinginan isteri diabaikan dan dijadikan pilihan kedua dan paling teruk sekali menjadi pilihan terakhir.

Ada juga suami berprasangka buruk terhadap isteri.  Apabila dia melebihkan ibubapanya serta adik beradiknya  dan saudara maranya kemudian isteri pula bermasam muka ataupun menunjukkan reaksi negetif ataupun menyuarakan ketidakpuasan hatinya.  Si suami menganggap isteri tidak sensetif dengan keluarganya ataupun isteri tidak sayangkan keluarga mertuanya.  Apatah lagi dia menyuarakan pandangannya itu kepada isterinya.  Hati suami sebegini sangatlah busuk!!  Kerana pemikiran beginilah yang sebenarnya menyebabkan isteri menjadi musuh kepada keluarga kandungnya sendiri.  Hal ini kerana si suami mendorong isteri bertindak seperti apa yang suami inginkan.  Ini disebabkan isteri merasa kecewa apabila suami memperlihatkan bahawa suami sebenarnya belum memahami hati sang isteri.

Wahai suami-suami diluar sana, INGATLAH bahawa sejurus anda mengahwini isteri anda.. TIADALAH ISTERI kecuali sedikit darinya, YANG INGIN MEMUSUHI KELUARGA MERTUANYA MALAH INGIN BERLUMBA-LUMBA MENJADI MENANTU YANG TERBAIK DALAM KELUARGA MERTUANYA.  Sayangnya, pemikiran suami yang dayus ini lebih menampakkan bahawa isteri seperti bersifat  pentingkan diri sendiri.  Seterusnya memusuhi isteri sendiri kerana keluarganya.


Wahai sang suami, ingatlah tatkala kau bersedih, kau akan mencari isterimu untuk meluahkan perasaanmu dan dia yang menenangkanmu, tatkala kau marah juga kau mencari isterimu untuk meluahkan ketidakpuasan hatimu dan dia juga yang menenangkanmu, tatkala kau bingung juga kau mencari isterimu untuk meminta pendapatnya menyelesaikan perasaanmu atau cukuplah sekadar kau ingin dia tahu perasaanmu dan dia bersimpati mendengar keluh kesahmu.  Disaat kau sakit, kau mencari isterimu untuk menjadi jururawat terbaik buatmu, dialah yang menguruskan segala-galanya untukmu dari ubatmu, menuammu, makan minummu dan kerenahmu.  Disaat kau lapar dan dahaga, kau mencari isterimu untuk menjadi masterchef yang terbaik buatmu memenuhi keperluan perutmu, apa saja kau minta sahaja.. pasti isterimu berusaha menghidangkan makanan yang terbaik.  Disaat nafsumu mengelojak, kau akan mencari isterimu untuk kepuasanmu biarpun engkau ada kalanya sendiri tidak mampu memuaskannya.  Tidakkah engkau lihat wahai sang suami bahawa isterimu sebenarnya insan yang terpenting dalam hidupmu?  Adakah kau akan sedari ini bila isterimu sudah tidak bernyawa lagi ataupun dirimu sudah dimamah usia?  Tidakkah kau lihat berapa banyak pengorbanan yang isterimu lakukan untukmu?  Korban perasaan, korban wang ringgit, korban tenaga, korbankan kemewahan dan sebagainya... dan adakah pada hematmu selain isteri dan ibubapamu adalah penting?

Dan fikirlah berapa banyakkah orang lain yang kau anggap penting boleh bertindak seperti isterimu?  Jika kau sedih, marah dan bingung, paling kuat mereka bersimpati denganmu, memberi pendapat mereka dan kemudian kembali ke dunia mereka.. Mereka tidak berada disisimu saban waktu.  Jika kau sakit, mereka cuma menziarahimu, menasihatimu dengan pelbagai petua  kemudan balik kerumah mereka.  Mereka tidak melayanmu, mencucikan kencing berakmu yang busuk, menyuapkan makanan dan tahan dengan regek tangis mu, Disaat kau lapar dan dahaga, mereka boleh meminjamkan wang untuk kamu makan, tetapi bolehkan mereka masakan kamu makanan hari-hari seperti yang kamu inginkan?  Pinjamkan wang juga perlu dipulangkan semual jika tidak.. laparlah kamu seorangan.  Disaat nafsu kamu mengelojak.. mereka langsung tidak boleh berbuat apa-apa untukmu!!  Jadi susahkah menunaikan keinginan isteri?  SUSAH SANGAT KAH?


Kebanyakkan isteri menyimpan perasaan ketidakpuasan hati dengan perlakuan suami.  Suami melebihkan orang lain yang tidak membawa keuntungan kepada isteri. Bagaimanapun, perasaan isteri sangat halus dan selalu memujuk diri sendiri agar menerima perilaku suami.  Tetapi sampai bilakah pujukkan diri akan bertahan.  Apatah lagi isteri dianugerahkan oleh Allah dengan keistimewaan iaitu EMOSI. 


Emosi inilah yang biasanya membawa isteri menunjukkan ketidakpuasan hatinya.  Menerusi kata-katanya, perbuatannya dan lagaknya.  Jadi perlukah suami terasa?  YA PERLU!! Suami perlu terasa bahawa isteri tersinggung dengan perbuatannya!! Jadi berubahlah untuk menghargai isteri.. tidak banyak pun.. cuma menunaikan pemintaannya.. tak lama pun... sebab isteri anda adalah pinjaman yang Allah berikan sebagai peneman kepada anda.. jika Dia mengambil kembali pinjaman.. anda tak perlu lagi dan tidak akan ada lagi pemintaan dari isteri anda.  Jangan pula anda mengada-ngadakan sesuatu yang isteri anda tidak minta kononnya anda menyayangi isteri anda padahal masa hidupnya anda mengabaikannya.  Adakah bernilai anda menunaikan permintaan isteri anda semasa dia sudah tiada atau lebih bernilai jika anda menunaikan permintaan isteri anda semasa hayatnya masih ada...

Renung-renungkanlah...


Thursday, December 22, 2011

Reda jika inilah rezekiku..

"Alhamdulilah.  Rezeki koranglah... " ayat yang terpacul dari mulutku.  Sesungguhnya rezeki Allah tu luas.. Seluas rezeki itu dan ujian tuhan kepadaku.  Lama dah aku tunggu.. dari hari ke hari, dari tahun ke tahun masih belum dikurniakan rezeki.  Sudah berbaldi rasanya air mata ini, sudah sebal dan sudah tidak terasa teruja lagi jika bercakap pasal anak.  Malah, jika ada isu itu walaupun sedikit, aku tak segan lagi untuk bangun dan melangkah pergi.  Aku dah muak dengan perkataan anak.  Perkataan itu menyebabkan aku rasa sakit.. sakit yang teramat sangat dan tiada ubat yang dapat mengubatinya.

Beberapa hari lalu, aku ditemuduga.  Dia tanya aku bolehkah aku kerja lebih masa.  Aku nyatakan, aku tak kisah pun sebab aku tak ada anak lagi.  Kemudian penemuduga itu tanya aku kembali, adakah aku merancang untuk mendapatkan anak?  Mau je aku sepuk muka penemuduga itu, sudah 7 tahun merana kerananya kenapa plak aku nak rancang-rancang lagi.. kalau dia tak mahu amik aku sudahlah!!


Rezeki anak .. bukan itu je yang aku sangkut.. Rezeki kerja juga sangkut.. Kalau orang kata, aku memilih kerja.. biarlah.. Aku dah sisen ni patut pilih dah kerja yang betul2.. aku dah tak larat nak kerja berenti, kerja berenti.. aku nak keje tetap.

Sayangnya, aku belum ada rezeki lagi.. Sejak dari lepas universiti aku apply SPA tak pernah sangkut.  Aku naik lelah asyik datang peperiksaan je.. Lulus tapi tak pernah kena panggil temuduga.  Tapi untuk PTD tu memang tak pernah sangkut laa.. soalan diye power .. bab Math tu selalu je sangkut... sampai satu tahap aku dah tak apply lagi dah PTD.. buang duit aku pergi peperiksaan diye... bukan sekali dua.. dah masuk lebih 5 kali pergi exam PTD... tak sangkut2..  Macam Pegawai Tadbir tu aku lulus tapi tak pernah kena panggil.. cuma sekarang ni aku dah tak paham lah plak dia punya sistem SPA .. aku key in data .. dia kata, akademik aku plak tak layak.. padahal .. aku tak boleh isi semua kelayakan akademik aku sebab untuk digree dia terlalu limit sangat .. lain2 kelayakan tak boleh nak key in.. entah kenapa.. sejak itu, aku jadi tawar hati nak masuk gov .. kalau ada rezeki adalah.. kalau tak de rezeki.. lantaklah..  Mungkin dah bukan rezeki aku untuk masuk gov .. aku kenkadang pelik plak kenapa orang lain boleh senang-senang dapat.. tapi aku sangat susah nak dapat..

Aku ada sorang kawan, dia cite:  Dia tak suka keje gov tapi makpak dia suh dia keje gov.  Dia pun main key in je jawatan.. sekali dipanggil temuduga.  Tup - tup dapat plak.. dia kata, menangis-nangis dia nak pilih kerja time tu atau pun keje gov.  Last2 dia keje gov.  Ada juga kawan aku, dia dah keje gov elok2 .. dia dapat tawaran keje swasta.. dia berenti kerja gov .. katanya tak tahan keje gov banyak ragam.  Aku pun dok fikir balik.. kenapa Allah tak makbulkan doa aku yang sangat berminat nak keje gov ni... mungkin jika aku keje gov aku pun tak tahan kott... sebab tu Allah tak bagi aku keje gov .. itulah lastly.. aku sudah tawar hati nak apply gov lagi.. aku dah tak excited..


Aku lama dah tinggalkan bidang pekerjaan.  Lepas kawin berhijrah ikut suami.. aku try keje.. tapi aku tak tahan lama sebab aku tak de transpot.. tempat keje aku jauh ke dalam.. jgn kata bas, teksi pun tak de... Hari-hari hubby datang amik jemput pergi balik.. lama-lama tak tahan.. berenti.. (minor alasan laa.. alasan lagi besar aku tak mo cite .. ).. lama aku jadi suri rumah.. pastu aku sambung study kat institut kemahiran... sehinggalah aku dapat sijilnya.. aku sambung lagi belajar amik kos pengajar vokasional.. lastly.. aku apply kat satu institut di banting.  Masa tu rezeki suamiku tengah tak stabil.. aku berharap sangat dapat kat institut tu.... Aku dipanggil interview.. macam biasa lah interviewnya... aku tunggu punya tunggu tak de kabar berita.. seterusnya aku apply plak kat K.L, instutut tu suh datang interview.. aku pun gi la interview..


Nak dijadikan cerita, aku menghadapi pelbagai masalah untuk sampai ke institut di K.L tu.. sampai satu tahap aku hampir2 exciden dengan motor.. nasib baiklah tak de luka ape.. sampai kat bas stand nak balik tu.. aku hampir2 menangis sebab terasa susah sangat nak datang ke instutut tu.. walaupun aku berjaya untuk second interview - dia suh aku wat lesson praktis.. tapi insting aku rasa macam institut tu bukanlah pilihan yang terbaik..

Satu malam, aku tanya hubby aku sama ada dia nak ke, keje kat K.L kalau ada rezeki.  Dia kata, kalau boleh dia nak keje area Klang Banting je.. so.. dari perbincangan itu, aku putuskan untuk menolak tawaran untuk second interview... Aku fikir lebih baik kalau aku try cari kat area klang.. kalaulah nak pergi balik pun susah masa interview, kalau aku diterima kerja, kan lagi susah aku punya transpotation.  Dapat bertahankah aku?  Berapa lama aku sanggup bertahan?  aku bukan nak keje sebulan dua...

Hari raya haji pula menjelma.. entah camna, rezeki suamiku sampai dulu.. dia dapat kerja baru di Kuala Lumpur dan terus start lepas raya.  Aku cuak.. aku yang carik kerja kat K.L dulu.. tup tup.. hubby aku yang dapat.. tapi aku gembira.. sebab dengan kerja barunya ini, sekurang-kurangnya dia tak delah mengeluh sakit-sakit badan dan pendapatan tak menentu saban tahun.  Aku harap sangat dia dapat stay dengan kerja barunya.. bolehlah aku terus menyimpan dan simpanan aku tak kurang-kurang..




Tak lama selepas hubby aku dapat kerja... tiba-tiba dapat panggilan dari institut di banting, untuk secound interview.. aku dah cuak-cuak.. aku ingat tak dapat dah keje kat situ.. sekali dapat plak interview kedua... bincang dengan hubby.. dia kata pergi je lah.. belum tentu dapat.. lastly aku pergi interview je.. walaupun insting aku kata.. aku akan mengalami kesusahan kalau aku diterima.  Rupanya insting aku betul.. seminggu selepas interview tu aku diterima jadi lecturer kat institut tu.. 

Tak pernah dibuat orang... lepas dapat tawaran kerja jadi lecturer, orang menangis sedih.. tapi itulah hakikat aku... aku menangis sebab aku tak tahu camner nak buat... pelbagai aspek aku fikir.. baik buruk.. susah senang .. banyak kali aku solat istiqarah untuk dapat pentunjuk.. sebab utama kenapa aku pilih institut itu pada mulanya kerana aku duduk kat banting... tapi bila aku dah pindah ke Kuala Lumpur.. itu menjadi satu kesukaran bagi aku... keadaan aku samalah ketika aku apply keje kat institut di Kuala Lumpur tempohari.  

Aku menangis, kenapalah aku diuji begini.. ketika di Daerah Kuala Langat aku dapat tawaran di Kuala Lumpur... dan aku tolak.. kini aku di Kuala Lumpur.. patutkah aku tolak tawaran di Kuala Langat!!  Aku menjadi bingong untuk dapatkan  jawapan.  Walaubagaimana pun aku pasti kena buat pilihan juga!! Ia membuatkan aku tension bila semakin dekat dengan tarikh lapor diri.  Mengapa tawaran itu datang sebelum hubbyku mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur?  Mengapa selepas dia bekerja?  Aku menjadi bingung apakah perancangan Allah tetapkan untukku.  Aku mendapatkan pandangan banyak pihak.. dan akhirnya hatiku tergerak untuk mendapat jawapan yang pasti walaupun jawapan tersebut bukan piliihan ramai.. tapi itu adalah pilihan aku kerana aku yang tahu kedudukan, keupayaan dan keadaan aku yang tak pernah aku ceritakan kepada orang lain.  

Mungkin juga silapku kerana aku tak mempunyai buddy.  Tapi aku cukup kuat untuk membuat keputusan itu..  Aku terpaksa menolak tawaran!!  Lepas membuat keputusan itu, aku reda... dan semakin kuat aku mempercayai bahawa rezeki datangnya dari Allah dalam pelbagai bentuk dan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.  Mungkin aku tidak ada rezeki di institut tersebut dan mungkin diinstitut lain.

Sejak itu, aku teruskan usaha menghantar resume ke beberapa tempat.  Mungkin tak semua orang perlukan kepakaranku.. dan tak semua yang aku dapat itu sesuai.. sejak itu, aku sangat memilih pekerjaan.  Aku pastikan bahawa pekerjaan yang aku nak apply mestilah kerja yang aku nak kerja.. bukan aku main pick and post je ..esok2 dia panggil interview aku dah cuak2 nak datang.

Aku semakin reda dengan keadaan aku begini.. walaupun kerap kali aku merasa tertekan dengan kehidupan aku sekarang.. tapi aku reda dengan ujian Allah.  Allah belum lagi membuka pintu rezekinya kepadaku... mungkin lambat lagi untuk aku dapat pekerjaan.. dan pasti Insya Allah.. jika aku dapat kerja, adalah kerja yang terbaik untuk ku... itu yang aku harapkan..


Begitu juga dengan anak.. biarpun hati dan perasaan ini meruntun dan menderita.. tapi aku reda dengan ujian Allah terhadapku.. mungkin satu hari nanti dia akan anugerahkan aku anak soleh yang tidak dimiliki oleh orang lain... ataupun.. aku tak tahu apakah hikmah disebalik ujian Allah ini... Hanya masa yang menentukan.. 



Yang aku tahu, aku memang selalu diuji dengan kelambatan.. lambat masuk U, lambat kawin, lambat kerja, lambat dapat anak,.. tapi bila aku dapat.. akhirnya aku dapat juga masuk Universiti Utara Malaysia... Aku dapat juga seorang suami yang baik... insya Allah.. dapat anak yang soleh .. dan pekerjaan yang baik...


Ya Allah, jadikanlah prasangka ku sentiasa baik... Orang kaya diuji dengan kekayaan, orang miskin diuji dengan kemiskinan, Orang tabah diuji dengan ketabahan.. Jadikanlah aku setabah Siti Hajar, Isteri nabi Ibrahim.. biarpun rezekiku sedikit cuma...

Monday, October 17, 2011

Berhijrah


Hidup ini tak semuanya indah.  Ada masanya kita selesa dengan kehidupan kita, ada masanya kita perlukan satu paradigma untuk melakukan perubahan.  Begitulah dengan aku.  Nampak dunia ini seperti mudah, tetapi luar dari jangkaan kita.

Meneka hidup orang lain mungkin mudah tetapi hidup dalam kehidupan mereka mungkin rumit dan sukar diuraikan.  Mengharapkan dunia ini mudah untuk semua orang tentunya menjadi surga.  Kerana disinilah kita diuji dengan erti ketabahan.  Tabah?  Tabah satu destinasi kesabaran dan keadaan tersebut tidak berubah untuk satu tempoh waktu.  Sabar membawa erti kesanggupan, sanggup mengharungi keadaan yang tidak menyenangkan.  Bukan mudah untuk menjadi seorang yang tabah dan tak ramai orang yang sanggup mengharunginya.

Begitu juga aku, destinasi aku masih samar-samar.  Aku telah cuba menyuluh laluan yang sepatutnya aku lalui.  Tapi kadang-kadang tersasar ketika melalui cerunan masalah.  Cerunan masalah aku kali ini sangat sukar.  Masalahku sudah landai menjadi curam.  Aku sukar untuk naik ke atas ataupun untuk turun ke bawah.  Ia menjadikan aku kaget dan buntu.  Manakah arah aku perlu tuju... air mata sudah bertong-tong.

Sudah sampai masanya untuk aku cuma berhijrah.  Mungkin aku tak perlu untuk menuruni cerun yang curam atau naik semula pada dasar lalu.  Mungkin aku perlu terus lompat atau melakukan 'bungee jumping' bagi mengatasi masalah ini.  Sudah sampai masanya untuk aku tukar paradigma kehidupan.  Bukan sekali aku menukar hala,  mengapa aku takut untuk melakukannya sekali lagi.


Atau kali ini, aku perlu melakukan lebih dasyat dari itu, melompat tanpa lagi apa-apa perasaan.  Namun, risiko sangatlah tinggi.  Tiada lagi kehidupan, tiada lagi perasaan dan tiada lagi dunia.. 


Aku tak mampu untuk mengalah, kerana orang yang berputus asa itu, termasuklah dari golongan orang-orang yang kafir.  Aku tetap cuba yang terbaik pada fikiran aku.  Hidup ini, adalah cubaan.  Aku sedar, aku sangat berlembut, air mata biasanya menjadi penemanku, kesunyian adalah sahabat baik ku, kesedihan musuhku yang tidak dapat aku elak... tapi aku mempunyai kekuatan ketabahan dan kekuatan bila saat aku terdesak atau tercabar... aku boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka dan aku tidak menyesal dengan keputusan yang aku lakukan diluar jangkaan tersebut.  bak kata orang puteh "No regret".  Itu mungkin jalan yang terakhir bila aku sudah puas mencari penyelesaian.


Aku jarang menyesal dengan keputusan yang telah aku buat.. kebanyakkannya aku menyesal kerana tidak membuat keputusan yang sepatutnya aku lakukan kerana memikirkan orang lain.  Cuma itulah hakikatnya, aku selalu membakar diri untuk orang yang belum pasti dapat melakukan perkara yang sama untuk aku.



Thursday, September 29, 2011

Masalah...

Masalah?
Semua orang ada masalah mereka sendiri. Besar kecil ukuran masalah bukan terletak pada orang lain yang menentukan tetapi orang yang menghadapi masalah itu. Mungkin orang lain boleh berbicara pada dasarnya tetapi kerumitan masalah hanya orang yang menghadapinya sahaja yang tahu. Tidak semua masalah kita, kita akan ceritakan pada orang.. ada sesetengah perkara ia menjadi rahsia dalam kehidupan kita.
Kerumitan itu hanya terurai apabila orang yang bermasalah ingin menyelesaikan masalah tersebut maka semua perkara yang berkaitan akan dihurai satu persatu. Sebenarnya itulah penyelesaian yang terbaik iaitu menghuraikan simpulan yang menjadi duri dalam daging kepada orang yang bermasalah. Biarpun kadang-kadang masalah itu nampak remeh, tetapi jika berlaku berulang-ulang kali ia mungkin menjadi beban kepada orang yang bermasalah itu. Mungkin juga bagi orang lain ia nampak remeh, tetapi dalam situasi orang yang bermasalah, keremehan itu mungkin menimbulkan perasaan yang tidak disukainya.

Menasihati orang memang mudah, tetapi melaksanakan nasihat itu bukan perkara mudah yang disangka. Contohnya, seorang kawan menasihati kawannya untuk meninggalkan kekasihnya kerana diketahui kekasihnya itu seorang kasanova ataupun penjenayah. Meninggalkan seseorang itu memang mudah tetapi bukan mudah untuk seseorang itu, mengikis perasaan kasih sayang yang telah wujud dalam hati, dan bukan mudah untuk merawat hati yang telah terluka.

Contoh yang paling mudah, memang mudah untuk berkata berhenti merokok, tetapi bagi seorang perokok yang sudah menjadikannya gaya hidup, berhenti merokok bukan perkara mudah, ketagihan, gian mengiringi kehidupannya. Hanya yang betul-betul cekal dapat melepaskan rokok.

Masalah terdiri dari pelbagai jenis dan sudut. Kadang-kadang masalah yang menghimpit kita bertubi-tubi sehingga kita tidak mampu untuk bangun. Jika kita cekal tentu kita boleh bertahan tetapi jika jiwa kita lemah, mungkin kita tidak mampu untuk melawan arus masalah lalu lemas.
Masalah sebenarnya mewarnai hidup kita, baik yang kaya, yang miskin, yang happy go luky, kanak-kanak dan warga emas.

Sesungguhnya Allah ingin menguji sekuat mana keimanan kita kepada-Nya apabila kita ditimpa masalah atau musibah. Kekuatan yang datang dalam diri kita untuk menempuhi masalah adalah datangnya dari keimanan kita kepada Allah. Sekerap mana, sekuat mana kita dapat mengadu kepada-Nya. Kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui kerumitan masalah kita.

Kepada-Nya kita perlu berserah diri dan bertawakal dengan segala usaha yang telah kita lakukan. Jangan meletakkan harapan terhadap usaha-usaha kita tanpa bertawakal kepada Allah. Jika Allah memperkenankan maka rezeki yang kita idamkan itu menjadi milik kita.. jika bukan nasi yang sudah berada didalam mulut pun boleh keluar semula..

Kepayahan kesusahan mesti ada jalan keluar.. aku memegang kata-kata, kita ibarat sebuah roda, ada masa kita dibawah dan ada masa kita diatas. Apabila kita berada diatas, bersiap sedia untuk berada dibawah. Apabila kita berada dibawah, bersabarlah untuk kita berada diatas semula.

Insya Allah.. jika hati kita tenang, dengan sifat usaha dan sabar, semua masalah kita dapat harungi.

Wednesday, August 31, 2011

Muara yang menjengkelkan..



Menongkah arus di ampangan
Sukarnya bukan muara yang tahu
Jengkelnya hanya dihulu.. kata muara
Muara keruh salahkan hulu juga..
Hulu sahaja yang teruk..
Puncanya tak mahu tengok sendiri..

Kadang-kadang terasa kesal
Kenapa hulu yang selalu bersalah
Hulu sahaja yang kena pujuk muara
Padahal..lagi dipujuk.. lagi muara tamak
lagi luas muara pajakkan..
mahu cuba menelan laut..

Muara lupa..
Datangnya hulu dari laut..
dan akhirnya kembali ke laut juga..

Muara ..
Hati berulam mulut berbisa..
Hati rendam air mata tiada
Hati parah dipalu angin..

Friday, August 12, 2011

Kekejangan kaki pada waktu malam


Kejang kaki hasil yang menyakitkan dari pengetatan spontan tisu otot, di bawah lutut, biasanya di kawasan otot calf (calf muscles) dan kadang-kadang di kaki. Kontraksi ini sering berlaku pada waktu malam dan lebih kerap memberi kesan kepada orang yang lebih tua berbanding orang muda.

Walaupun kejang kaki pada waktu malam adalah satu keadaan yang sangat umum,kebanyakan penyelidik tidak dapat menentukan penyebab utama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aktiviti tertentu dan faktor-faktor risiko yang boleh menyumbang kepada kekejangan kaki.

Rangsangan untuk pengecutan otot biasanya bermula dengan otak menghantar isyarat kepada otot melalui saraf. Walaupun ia tidak mungkin kejang kaki ada kaitanan dengan isu otak, ia boleh menyebabkan bahawa terdapat beberapa kecacatan atau sebab dalam sistem saraf otot menghantar isyarat untuk kontraksi secara sukarela, tanpa otak sukar utnuk otot untuk menjadi kontraksi. Sesetengah saintis percaya bahawa mekanisme yang menghalang gerak balas otot untuk aktiviti otak mungkin melibatkan mimp. Makanisme berkompromi dalam membenarkan isyarat tertentu kepada otot.

Penyelidikan beberapa perkara terhadap sesuatu masalah dengan peralihan dari kedudukan tidur. Ramai individu yang telah kejang kaki waktu malam pada masa yang sama mereka bermimpi. Itulah sebabnya sesetengah penyelidik berpendapat bahawa kekejangan ini hasil dari kepincangan ketara dalam sistem kawalan yang biasanya memisahkan otak kita dari badan mencetuskan movementsbased apabila badan kita melakukan sesuatu dalam mimpi. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli-ahli sains percaya bahawa masalah tidak berpunca dari ketegangan otak.

Kejang kaki pada waktu malam adalah kejang yang benar dan bukan spasma. Otot yang kekal dalam kedudukan yang sempit dan dikontrakkan, yang menyebabkan sakit yang amat. Jika anda menyentuh otot calf yang terjejas, anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa otot anda merasa sangat keras, hampir seperti konkrit, yang mempunyai ukuran kuasa kejang tinggi.

Gangguan berikutan berlaku dalam peralihan ini dari wakefulness (kejagaan) untuk tidur atau dari tidur untuk wakefulness. Semua gangguan ini boleh sering berlaku atau peringkat yang teruk dalam orang-orang yang sihat. Parasomnias ini termasuk:

  • Pergerakan gangguan berirama
  • tidur bermula
  • tidur bercakap
  • Kaki kejang pada waktu malam

Suatu sumber kemungkinan sumber perubatan, Golfweb, menawarkan beberapa nasihat yang baik:

  • Antara lain-lain sebab yang mungkin termasuk kekurangan natrium, dehidrasi, alkohol, penggunaan kafein, atau tembakau, terlalu banyak gula dalam diet, saraf mencubit, duduk lama, kaki rata, ubat-ubatan tertentu, dan mungkin dari penyakit seperti kencing manis, anemia, dan hipoglisemia. Jika bukan dari perkara-perkara ini, jadi anda mungkin cuba membuat senarai dan memeriksa kira apakah kemungkinan lain. Kemudian mengambil tindakan ke atas salah satu yang lain pada satu-satu masa. Yang mungkin satu-satunya cara untuk mengasingkan atau mengenalpasti apakah punca masalah?
  • Satu "pakar" yang jelas tidak mempunyai kejang kaki nokturnal, mengesyorkan bahawa anda benar-benar berehat kaki. Melupakannya. Jika anda dapat berehat kaki, anda tidak akan mempunyai kejang.

Berikut adalah beberapa faktor dikenalpasti menyumbang bagi kejang kaki waktu malam:

  • Bendalir pengambilan tidak mencukupi
  • Dilanjutkan tempoh apabila kaki dan / atau kaki dalam posisi yang luar biasa
  • Berpanjangan berdiri dan berdiri di atas permukaan yang keras
  • Tulang pembentukan atipikal
  • Menjalankan pola luar biasa
  • Penambahan berat badan semasa mengandung

Perkara yang pertama untuk memeriksa jika anda mempunyai kejang kaki anda melalui preskripsi dadah. Sesetengah orang mengalami kekejangan, doktor anda boleh memberitahu anda kesan sampingan ubat-ubatan anda. Diuretik yang diambil untuk darah tinggi, tekanan atau gangguan jantung, misalnya, boleh menyebabkan ketidakseimbangan kalium dan magnesium. Ujian darah boleh memberitahu anda jika ini merupakan masalahnya, dan jika ia, mineral tambahan yang sesuai patut diberikan supaya ia akan mengurangkan gejala.

Di samping itu, ketidakseimbangan atau paras magnesium yang rendah boleh menyebabkan kekejangan. Tahap yang rendah orang lain seperti kalium, kalsium dan bahkan natrium diketahui menyebabkan kekejangan kaki. Tahap berlebihan berpeluh dengan senaman yang melampau mungkin akan mengurangkan nutrien tertentu dan menyebabkan kekejangan. Walaupun latihan tertentu boleh menyebabkan orang-orang yang melakukan senaman kaki yang terhad dan orang-orang yang terhad kepada kerusi roda elektrik juga telah mengalami kekejangan kaki. Kedua-dua penggunaan diuretik, dan dialisis buah pinggang telah dikaitkan dengan kejang kaki. Sebab-sebab lain termasuk masalah tiroid, kencing manis dan penyakit Parkinson.

Punca yang paling lazim kejang kaki waktu malam ialah kekurangan kalsium. Jika anda telah putus haid, cuba mengurangkan berat badan, atau tidak mengambil kalsium yang cukup, anda terdedah kepada kekejangan kaki membangun. Ia agak membimbangkan untuk menyedari sejauh mana banyaknya kekurangan kalsium, terutamanya di kalangan wanita.

Sementara kerisauan tentang kekejangan kaki merupakan satu lagi hasil daripada kekurangan kalsium - osteoporosis - adalah penyakit yang melumpuhkan yang boleh dicegah. Untuk melegakan kekejangan kaki dan mencegah masalah jangka panjang yang berkaitan dengan kekurangan kalsium, Dari sekarang hendaklah meningkatkan pengambilan kalsium. Jika anda sedang mengelakkan lemak, cuba yogurt tanpa lemak dan susu tanpa lemak.

Di samping itu, Doktor menasihati pesakit yang mengadu kejang kaki dengan menasihati mereka
mengambil makanan tambahan kalsium sebelum tidur.?


Jika tahap mineral perlu magnesium, natrium, kalium, dan kalsium tidak mencukupi, tambahan adalah disyorkan. Ramai yang mendapati bahawa regangan sebelum tidur membantu untuk mencegah kekejangan. Aplikasi haba selepas regangan juga mungkin berguna, gerakan secara tiba-tiba atau penyambungan kaki semasa berada di atas katil yang tidak wajar boleh mencetuskan tindak balas kekejangan. Posisi yang luar biasa kaki semasa tidur juga boleh menyebabkan tercetusnya kekejangan kaki pada waktu malam.



Apabila kekejangan berlaku, ia adalah idea yang baik untuk cuba berjalan dan meregangkan kaki yang terjejas. Salah satu kaedah untuk bersandar di dinding, melunjurkan kaki di atas lantai dan membawa lutut ke kedudukan yang diluruskan. Ini meletakkan tekanan merentasi belakang otot calf. Peregangan juga berguna untuk kembali otot kepada kedudukan berehat sehingga penguncupan reda. Ketika di atas katil atau duduk, capai bola kaki dan tarik ke atas menentang kekejangan. Lain-lain cuba untuk mengurut otot kekejangan, mandi panas, atau memohon urutan ais otot.

Meletakkan bar sabun di antara kaki anda dalam sekelip mata telah dilaporkan berkesan oleh beberapa orang, dan pernah dicuba dan ianya berkesan. Mekanisme tindakan yang tidak diketahui bagaimana bar sabun itu berkesan.

Apa yang anda boleh lakukan apabila terapi semula jadi tidak membantu? Ubat-ubatan seperti hydrochloride diphenhydramine (Benadryl) mungkin diperlukan. Penenang otot tertentu seperti meprobamate (Equanil, MB-TAB, Miltown, Trancot) dan verapamil hydrochloride (Calan, Covera, Isoptin, Verelan) yang ditetapkan, walaupun ini adalah penggunaan off-label.

Atas sebab-sebab keselamatan, kuinina tidak lagi disyorkan sebagai rawatan, tetapi ada yang mendapat manfaat daripada minum air tonik sebelum tidur. Berhati-hati adalah dinasihatkan semak dengan doktor anda - walaupun kuinina telah dikatakan untuk mengurangkan kekerapan kekejangan, tetapi digalakkan. [Jika orang-orang yang kejang kaki waktu malam minum air tonik dan limau pahit? Psychol Rep April 1999; 84 (2): pp.355-67].


Satu lagi bantuan untuk kejang kaki waktu malam adalah vitamin E. Dalam satu kajian 125 pesakit yang kejang kaki dan kaki nokturnal, semua, kecuali 2 lengkap atau kelegaan yang hampir lengkap dari tanda-tanda mereka apabila mereka mengambil vitamin E tambahan. Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda kembali apabila suplimen telah dihentikan.

Jika tidak kalsium dan vitamin E tidak memberikan anda kelegaan, anda mungkin mendapat manfaat dari magnesium, kalium, atau vitamin A.

Kerana kerana ia telah menunjukkan bahawa gula dan kafein mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral, terutamanya kalsium, Biasanya doktor menasihati pesakit yang mempunyai masalah kekejangan untuk menghapuskan gula yang banyak dan kafein dari diet mereka yang mungkin.?

SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA TAMBAHAN HARIAN ANDA, AMBIL:
Kalsium: 1.200 mg. sebelum tidur, jika tiada keputusan, anda boleh memberhentikan tetapi pasti memastikan anda telah mendapat 1200 mg kalsium setiap hari melalui diet dan / atau tambahan lain.

Bagi
wanita hamil: Periksa dengan doktor sebelum permulaan, suplemen Vitamin E: 400 I.U. dua kali sehari selepas makan selama dua minggu. jika gejala lega, dikurangkan kepada 400 I.U. sekali sehari, Jika gejala-gejala berulang, sehingga dos sehingga tanda-tanda lega tetapi jangan mengambil lebih daripada 1,200 I.U. harian, ? Magnesium: 400 mg. Daffy. Vitamin A: 10.000 I.U. setiap hari. Kalium: 100 mg. / harian,

Sesetengah bukti menunjukkan bahawa kekurangan kalium boleh menyebabkan kekejangan kaki pada waktu malam. Ramai yang menghilangkan kekejangan otot sepenuhnya dengan hanya memastikan mereka makan daripada makanan yang kaya kalium yang banyak, termasuk

  • Pisang, aprikot, nectarines, kurma, anggur, atau kismis
  • kacang
  • Kubis / brokoli keluarga sayur-sayuran
  • Oren, limau gedang dan jus mereka
  • Daging kambing
  • Kentang dan jagung
  • Ikan air masin (misalnya, tuna)
  • Tomato dan jus tomato
Sudah tentu, jika anda bangun dengan kejang kaki, pisang tidak akan berbuat lebih baik, jadi di sini adalah beberapa tips untuk melegakan kekejangan dengan serta-merta:

  • Sapukan memampatkan panas otot yang kekejangan.
  • Urut otot yang kekejangan
  • lakukan regangan dengan meletakkan badan pada dinding seperti yang telah diterangkan diatas.
Kajian-kajian lain telah dikaitkan kekejangan dehidrasi. Kekal air secukupnya supaya tidak terhidrat adalah idea yang baik mencegah kekejangan pada waktu malam. Akhirnya, wanita hamil, pelaku diet, orang yang mengambil diuretik (ubat-ubatan yang meningkatkan jumlah air kencing anda menghasilkan) dan orang-orang yang telah mengalami pertarungan dengan muntah-muntah dan cirit-birit juga mungkin mengalami kekejangan kaki kerana kalsium dan tahap fosforus rendah. Jika anda jatuh ke dalam mana-mana salah satu daripada kategori ini dan anda mungkin bertarung dengan kejang kaki waktu malam, berunding dengan doktor anda untuk kursus rawatan yang terbaik.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan kekejangan ini?



Untuk menghindari kejang kaki waktu malam, mempertimbangkan tips berikut:

  • Minum 6-8 gelas air setiap hari. Melakukannya akan membantu mengelakkan dehidrasi, yang boleh memainkan peranan dalam kekejangan.
  • Meregangkan betis sepanjang hari dan pada waktu malam. (Lihat kotak di bawah untuk maklumat lanjut.)
  • Tunggang basikal pegun untuk beberapa minit sebelum tidur. ini aktiviti boleh membantu mencegah kekejangan daripada membangunkan pada waktu malam, lebih-lebih lagi jika anda tidak mendapat banyak bersenam di siang hari.
  • Pastikan longgar selimut di kaki katil untuk mengelakkan jari kaki anda dan kaki dari menunjuk ke bawah ketika anda sedang tidur.
  • Adakah latihan akuatik pada setiap minggu untuk membantu meregang dan keadaan otot anda.
  • Pakai gear kaki yang betul.
Kekejangan otot pada waktu malam selalunya boleh dicegah dengan melakukan kaki-regangan
latihan, seperti yang digariskan di bawah.
1. Berdiri 30 inci dari dinding.
2. Ketika memastikan tumit anda di atas lantai, bersandar ke depan, letakkan tangan anda di dinding, dan perlahan-lahan menggerakkan tangan anda sehingga dinding sejauh yang anda boleh sampai selesa.
3. Memegang kedudukan regangan selama 30 saat. lepaskan.
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 gandaan dua kali.
5. Untuk hasil yang terbaik, mengamalkan senaman ini pada waktu pagi, sebelum
makan malam anda, dan sebelum tidur setiap malam.

Kes yang kejang kaki yang teruk boleh membataskan aktiviti harian anda tetapi dengan penggunaan cuka sider epal, anda boleh menghapuskan kekejangan dan membantu mendapatkan kembali hidup anda. Cuba menggunakan cara semulajadi mencegah kejang kaki, yang mudah dan sangat murah, gabungan satu sudu teh madu, satu sudu teh cuka sider epal dan satu kalsium lactate sudu besar dalam satu setengah gelas air. Dengan meminum campuran ini, anda akan menghalang kekejangan kaki anda sering muncul.

Cadangan tambahan:

Tidur dengan bengkok kaki, mengelak kasut tumit tinggi, menghapuskan gula dan kafein (kafein mengganggu badan? s anda penyerapan magnesium, dan boleh membuat anda berasa gelisah), rendam kaki / kaki dalam air suam / panas atau pad pemanas menggunakan sepuluh minit sebelum masuk tidur, letakkan bantal di hujung katil untuk naikkan kaki anda.

Untuk dehidrasi, minum lebih banyak air, bukan alkohol atau kafein, kerana mereka akan menjadi kering badan yang lebih banyak. Jika disebabkan olehgangguan peredaran, maka cuba memakai anjal ketegangan bergred menyokong hos di atas katil?

Rendam kaki anda dengan menggunakan air suam dan garam dapat membantu melegakan kaki.

Jika segala-galanya gagal, anda mungkin cuba ini menyembuhkan?!

Letakkan sudu di sisi anda. (tidak perlu perak, stainless denda) Apabila anda terjaga dengan kejang kaki, letakkan sudu ke atas kejang dan ia akan uncramp serta-merta. Jangan main-main! Pakai stoking tidur (berat atau ringan, kedua-duanya efektif) dan anda tidak akan mempunyai kekejangan kaki lagi.







Berikut adalah beberapa petikan petua dari barat:

NM menyembuhkan kejang kaki sendiri; "Letakkan jari-betul di bawah hidung dan tekan tegas terhadap bibir atas. Saya telah kejang kaki yang teruk pada waktu malam, prosedur ini telah berkesan setiap kali! Kadang-kadang ia boleh mengambil beberapa saat untuk ini berkesan, tetapi tinggal bersama. "Connie dari Jeffersonville, DALAM dihantar dalam this one; "Bagi kejang kaki meletakkan lama sepasang kasut di bawah katil anda naikan sebelah bawah dan anda akan tidak mempunyai kejang kaki "Dan Lisa dari Lake Charles, La. berkata;" Sesuatu yang saya belajar apabila saya telah mengandung, untuk mencegah kejang kaki, minum jus oren
atau makan pisang sebelum tidur. "Terima kasih semua untuk besar remedi!?

Perbincangan perubatan menunjukkan mereka bercakap tentang kejang kaki. Anda menggunakan bar biasa sabun, apa-apa sabun muka, kecil atau besar. Letakkan dalam bahagian bawah anda katil di bawah lembaran. Dalam hanya beberapa hari, ia akan berfungsi. Saya bapa saudara, bapa, dan diri saya menggunakannya dan ia berfungsi. malam pertama saya mendapat kejang, saya mengubah dan membuang bar lama sabun.

Jika usaha lain gagal MENGAPA TIDAK CUBA INI. KELUARGA KAMI bersumpah yaang ianya berkesan. Mengapa MENGAMBIL SEBARANG PILLS.?

"Suami saya telah mendapat kejang kaki yang teruk beberapa kali semasa malam, mungkin kerana diet kalium rendah. Kami mendapati banyak cadangan di internet, saya fikir adalah accupressure. Apabila anda hendak tidur di tempat tidur pada waktu malam, dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari, picit dan urut kawasan anda di antara hidung dan bibir untuk satu atau dua minit. Kami secara berseloroh cuba ini, tetapi selama 4 malam dia telah tiada kekejangan kaki.

Pada malam kelima, kita sengaja tidak melakukannya, dan dia kejang kaki yang malam. Jadi, dia mula melakukannya lagi dan tidak mempunyai kejang kaki sejak. saya mendapati sukar untuk mempercayai, tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa kos untuk mencuba dan tiada risiko kesihatan. Clare Erickson.


Harap anda mendapat maklumat yang bermanfaat dari blog saya ini. Saya membenarkan anda share maklumat disini dengan syarat menyertakan alamat blog saya sebagai rujukan. Sekian... sudahhh.....


hehehe....



Rujukan:

http://www.digitalnaturopath.com/cond/C466089.html , 1.40pm, 12 ogos 2011
http://www.dummies.com/how-to/content/nocturnal-leg-cramps-nighttime-calf-muscle-pain.html , 1.58pm 12 ogos 2011
http://answers.google.com/answers/threadview/id/707090.html, Google Anwer, 4.02pm 8 Ogos 2011