Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, September 27, 2010

Doa seorang ibu

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu
saya dapat dari facebook rakan.. telah dishare.. tapi saya ingin juga share dalam blog saya.. agar ia menjadi rujukan kepada orang lain.

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu.


Assalamualaikum Semua,

Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya? kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ?ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ?wasilah amal?

Ø ?Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini?

Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah

Ø ?Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini?
Ø ?Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini?

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.


*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..?Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan? atau ?bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..? Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita ?berkatilah si A ini? dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ?celakahlah orang ini? Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! ?Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku?. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi / budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar

Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

Ø Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak, senang gugur
- Ada rasa kelibat orang lalu
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Ø Cara hilangkan saka, Zikir ?Laillahaillalah? 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. ?Qulhuwallahuahad?? 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.


Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
By: Rizal Rosli Putra

Friday, September 17, 2010

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam, petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biru



1) Menjaganya semenjak bayi di dalam rahim ibu. Islam tidak hanya menjaga anak selepas ia keluar tetapi sebelum itu lagi dan perkara ini dapat dilakukan dengan cara :-

a) Memilih isteri yang sesuai dan baik kerana perkara ini penting untuk dapatkan zuriat yang baik sampailah ke hari mati. Nabi s.a.w. ada bersabda:

(تخيَّروا لنطفكم)[1]
Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”? Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran. Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

- Usman b. Abi - Al 'Ash juga ada berkata kepada anak-anaknya : Aku telah memuliakan kamu semua dengan ibu-ibu kamu yang mulia, orang yang nikah itu adalah petani, maka hendaklah seseorang petani itu memastikan tempat dia meletak tanamannya.

Jika dia berjaya berbuat demikian sesungguhnya dia telah berjaya mendidik anaknya 20 tahun atau lebih sebelum anak itu dilahirkan lagi. Seorang ahli bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

b) Menjaga kesihatan ibu yang hamil :

Ini termasuk menjaga makan minumnya supaya dapat menjaga kesihatan bayi. Semua yang baik dan buruk akan memberi kesan pada anak itu. Juga menjaga hubungan dengan isteri yang hamil itu supaya dia tidak terasa sakit hati. Ibu juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang memudharatkan semasa mengandung seperti merokok, minum arak dan lain-lain.

Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan yang dahsyat pada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang memakan bahan-bahan yang merosakkan itu seperti yang tercatat dalam kajian-kajian yang dijelaskan.

Tekanan perasaan, sakit jiwa dan spiritual anak banyak dipengaruhi oleh suasana semasa ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu. Seorang ahli perubatan Perancis mengatakan tindak-tanduk anak selalu dipengaruhi oleh keadaannya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia. Kajian juga menunjukkan seseorang yang sakit jiwa selalunya telah terdedah kepada unsur-unsur negatif di zaman kanak-kanaknya.

Realiti ini berkaitan rapat dengan tempoh hidup kanak-kanak yang pertama (5 tahun pertama) semenjak dilahirkan termasuk tempoh dia berada dalam kandungannya.

c) Menjaga hak harta pesaka bayi.

Jika bapanya mati, maka harta yang ditinggalkan tidak boleh dibahagikan sampai bayi itu dilahirkan supaya masa depannya terpelihara. Jika dibahagikan juga, maka hendaklah dikhaskan sebahagian yang tertentu untuk diberi kepada bayi itu bergantung kepada jantinanya. Sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak tepat seperti yang dijangkakan, maka hendaklah diberikan yang baki yang merupakan haknya atau hendaklah dipotong sebahagiannya.

d) Menjaga kesihatan janin.

Islam meringankan beberapa perkara ke atas wanita hamil untuk memudahkannya. Sebagai contoh wanita hamil dibolehkan berbuka puasa.

e) Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :

(في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2]
Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.

Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.

2) Menjaga anak selepas kelahirannya.

a) Menjaga nasabnya iaitu si anak layak dinasabkan kepada ayahnya selepas dilahirkan. Nasab yang dimaksudkan ialah 'bin' anak itu. Anak yang dilahirkan mesti di 'bin' kan kepada ayahnya. Anak-anak ayahnya yang lain adalah adik-beradiknya.

Anak zina tidak boleh di'bin'kan kepada lelaki yang berzina dengan emaknya walaupun ada ikatan darah daging antaranya dengan anak zina itu. Ini kerana syara' tidak mengiktiraf perbuatan terkutuk itu sebagai cara mendapatkan anak. Anak zina tidak layak mendapat harta ayah zinanya dan juga tidak berhak mewarisi harta ayahnya itu.

Nasab itu juga sabit dengan cara tidur sekali bagi suami isteri. Ini kerana anak itu adalah hasil perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu (jika dilahirkan dalam tempoh yang sedia diketahui dalam Islam)

Di antara hak anak juga untuk mengetahui saudara-maranya dan kaum kerabatnya. Budaya hidup dengan maksiat seperti yang berleluasa di negara-negara barat dan falsafah Karl Marx yang mengajak dan menyeru kepada hidup bebas tidak mengenal hak ini. Falsafah-falsafah seperti inilah yang melahirkan generasi yang tidak kenal bapa mereka. Merekalah yang di hina dan dicaci dalam masyarakat disebabkan ketiadaan bapa yang dapat melindungi mereka. Tempat-tempat penjagaan seperti tadika, nurseri dan sebagainya tidak akan dapat memainkan peranan sebuah keluarga yang dipimpin oleh seorang ayah yang dicurahkan kasih sayang oleh seorang ibu.

Memandangkan kepentingan keturunan inilah, Islam meminta seseorang muslim untuk memastikan kesahihan nasabnya dan Saidina Umar r.a. ada berkata : Pelajarilah ilmu nasab kerana ia merapatkan hubungan kekeluargaan antara kamu.

b) Memberi nama yang baik :


Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa. Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda :

(إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]
Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan. Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri. Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik. Di dalam hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah . Sebagai contoh satu hadith dari Ibnu Umar r.anhuma :

(إن أحب اسمائكم الى الله عز وجل:عبد الله،وعبد الرحمن)[4]
Maksud : Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah ialah Abdullah dan Ab. Rahman.

Al-Mawardi mensyaratkan nama yang baik itu mestilah ada 3 perkara :-

1) Nama ibu adalah nama orang-orang soleh.

2) Hurufnya pendek, senang disebut dan mudah.

3) Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

Dengan sebab itulah kita lihat Nabi sering mengubah nama-nama sahabatnya yang kurang elok daripada segi makna. Anak Saidina Umar R.A yang bernama 'Asiah' (آسية) ditukar oleh Nabi kepada Jamilah (جميلة) kerana nama yang pertama tadi maknanya orang yang berbuat maksiat. Nabi juga mengubah nama seorang yang bernama Hazen (حزن) yang bererti duka kepada Sahal (سهل) yang bermakna mudah. Hazen tadi tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya lalu berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu. Demikianlah riwayat Said bin Al-Musayyib.

Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya. Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan dengan nama yang baik.

Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil dari nama-nama yang di import di mana kebanyakkannya mempunyai makna kurang baik.

c) Hak anak untuk menyusu :

Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun. Firman Allah :

(وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ

[5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)

Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.

Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan. Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain. Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.

d) Haknya untuk dapat penjagaan.

Sekiranya ibu tidak mampu menjaga anak itu, si bapa hendaklah mencari perempuan lain yang dapat mengganti si ibu. Pengganti itu hendaklah seorang yang beragama, berakhlak dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Islam.

e) Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup).

Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri. Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin. Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :

(كفى بالمرء إثمًا أن يضيّع من يقوت)[6]

Maksud: “Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya”.

Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W :-

(من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة كهاتين،وأشار باصبعيه: السبابة،

والتي تليها)[7]

Maksudnya : Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah.

Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya. Kalau tiada ayah, maka datuk atau yang lain yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab itu. Hendaklah pihak yang bertanggungjawab itu berusaha menjadikan mata pencariannya daripada yang halal supaya ALLAH MEMBERKATI REZEKINYA ITU.

f) Haknya untuk belajar.
Penting bagi bapa mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara tarbiyyah yang betul supaya dia tidak rugi di dunia dan akhirat. Antara perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam tarbiyyah ialah memahamkan anak tentang tauhid yang betul, cara-cara ibadat, di samping mengajar mereka akhlak, cara-cara berurusan juga mengajar mereka yang halal dan haram.

Perkara-perkara ini penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak tentang keperluan dan tujuan hidup untuk mencapai redha Allah.

Mendidik dan mengajar ilmu adalah wajib atas ibubapa kerana ilmu penting dalam kehidupan anak tadi.

Akhir sekali ada beberapa hak yang lain yang perlu juga ditunaikan berbentuk hukum-hakam seperti sunat menggembirakan seorang yang akan dikurniakan anak, ucapkan tahniah bagi yang dikurniakan anak, sunat Tahniq تحنيك ) (untuk anak yang baru dilahirkan (memberi makan bahan yang manis). Banyak lagi perkara yang serupa yang sudah di ketahui oleh para pembaca..... Bagi yang berminat bolehlah membaca kitab Tuhfatul-Maudud Fi Ahkamil Maulud ((تحفة المودود في أحكام المولود)) oleh Ibnu Qayy'm Al-Jauziyyah.

Sekiranya semua ini dilaksanakan sepenuhnya, tentulah generasi yang bakal dilahirkan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah. Saya katakan di sini : Lihatlah Islam telah mengiktirafkan kedudukan anak semenjak 15 kurun yang lalu sedangkan di Barat, mereka hanyalah mengambil berat tentang kanak-kanak pada awal kurun ini dengan pelbagai undang-undang yang diwujudkan. PBB berjaya mengadakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak pada tahun 1959. Undang-undang ini diwujudkan berikutan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Undang-undang ini menitikberat masalah-masalah kesihatan, pendidikan untuk melatih kebolehan dan kemahirannya, keperluan untuk pendidikan agama, berakhlak dengan nilai-nilai yang tinggi dan hak untuk menikmati semua peluang yang ada dan untuk melakukan hobinya.Apa yang ada dalam undang-undang ini boleh dikatakan sebahagian kecil dari hak-hak yang dianugerahkan oleh Islam untuk anak-anak.

[1] Diriwayatkan oleh Ibn Maajah
[2] Muttafaqun Alaih.
[3] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad.
[4] Diriwayatkan oleh Muslim.
[5] Surah Al-Baqarah : 233.
[6] Diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud,Hakim dan Baihaqie.
[7] Diriwayatkan oleh Muslim.



Dari Note FB.: Ustaz Zahazan

Sunday, September 12, 2010

Pengalaman orang tiada anak versi Raya.

Menjalani kehidupan seharian, hari-hari bila bertemu dengan seseorang pasti akan menghulurkan senyuman. Diiringi dengan gelak tawa dan lawak2 sengal seperti tiada apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Wajah ceria dan tenang.. tapi siapa tahu apa yang terpahat di dalam hati ini. Siapa faham yang hati sangat-sangat menjeruk rasa lebih lebih lagi apabila melihat kanak-kanak kecil yang ketawa riang, terkedek-kedek dengan lampin pakai buang yang disarungnya. Rasanya macam nak picit-picit baby itu... geramnya..

Dalam hati merintih siapa tahu? apabila kesepian mencengkam... terasa agaikan si gila yang tidak keruan. Ke kiri salah.. ke kanan salah..

Raya ini..
Baru nak rasa gembira.. tahun lepas ekonomi tidak keruan.. tahun ini alhamdulillah hubby ada bagi extra duit raya untuk dbelanjakan. Rasa seronok untuk beraya itu ada.. tetapi tidak teruja pun. Malah aku menangis ketika malam 30 ramadan yang lepas. Kenapalah ramadan meninggalkan aku. Aku masih belum sempat lagi untuk berdoa banyak2 agar Allah kurniakan aku anak yang soleh dan solehah. setiap 10 akhir ramadan itu aku berdoa agar dikurniakan anak. Walaubagaimanapun, aku tetap jua kena beraya setelah berpuasa dibulan Ramadan.

Tahun ini giliranku untuk beraya di Kuala Lumpur di rumah ibubapaku. Perjalanan aku seperti biasa.. singgah di rumah abah dan ummi untuk menyerahkan kek coklat moist yang aku buat. Sampai dirumah abah adik iparku yang bongsu membuka pintu, kata Angah, dia telah pun berbadan dua. Abang hanya tunggu di kereta.. hendak tak hendak.. aku kena berdepan dengan dia untuk menghantar kek dan kuih muih raya. Kebetulan abah sedang solat. So aku pun tidak mahu bertangguh untuk melepaskan diriku dari merasa sedih. Sedih kerana aku masih belum dikurniakan cahaya mata sedangkan adik iparkku yang baru hampir setengah tahun berkahwin sudah pun berbadan dua. Aku berlakon dengan cukup baik. Hendak atau tidak, aku kena reda dengan ketentuan Allah.

Perjalananku diteruskan.. sesampai di Kuala Lumpur.. aku ingin beraya.. ingin melupakan kesakitan ini.. biarpun terpaksa berlakon seratus kali bertemu pula dengan adik beradikku yang lain. Sedang aku menunggu waktu solat isyak. Adikku yang bongsu kira[kira umur 10 tahun memberitahu adikku yang kawin beberapa bulan lalu sudah berbadan dua juga. Reaksi adik bongsuku selamba.. macam tidak ada apa-apa yang perlu dijaga tutur katanya. Jantungku bagai hampir gugur.. bicaranya bagai halilintar yang membuatkan telingaku berdesing. Aku ingat lagi kata-kata adikku itu, katanya mahu merancang dahulu tetapi kenapa tuhan takdirkan dia mendapat anak? Kenapa bukan aku? Apa salahku? Apa silapku? apa dosaku?

Dengan muka selamba aku bertanya adik bongsuku.. sudah berapa bulan? adikku menjawab.. entah.. baru lagi.. sebulan kot.. Ohh tuhan.. aku berikhtiar bersungguh-sungguh.. kenapa dia yang engkau pilih.. kenapa bukan aku? aku bangun menunaikan solat isyak.. air mataku tiba-tiba bercucuran tanpa aku pinta.. sepantas kilat aku mengelap air mata itu dengan telekungku.. aku takut adik bungsoku ternampak aku menangis. Aku bukan menangis kerana adikku mengandung tetapi aku menangis kerana bukan aku yang mengandung.. kenapa bukan aku? kenapa?

aku melihat reaksi suamiku.. dia duduk.. reaksi mukanya sukar dibaca hanya aku sahaja yang faham. Aku rasa tiba-tiba aku ingin balik ke rumahku. Ingin beraya sendirian... aku tidak mahu masuk campur urusan luar. Mengetahui perkara ini sangat menyakitkan.

Lebih-lebih lagi berhadapan dengan adikku itu sendiri. Aku mula melakukan aksi hipokritku. Tersenyum, gelak tawa, petah bercakap.. tapi hari ini.. aku kehilangannya.. lebih-lebih lagi kepada adikku itu. Aku hanya mampu tersenyum tetapi tiada bicara..



Petang itu, semasa bermaafan dengan ayah.. aku menangis.. aku genggam erat tangan ayah, "Ayah, maafkan siti, ayah. Jika siti ada melakukan kesilapan, kesalahan dari siti kecil sampailah siti dewasa ini, walaupun jauh-jauh terpendam disudut hati ayah.. siti minta ampun maaf banyak-banyak.. siti minta ayah halalkanlah makan minum siti selama ini.. " dalam sedu sedan itu.. terlihat sebak di wajah ayah sambil mengangguk-anggukkan kepala. Lalu aku cium tangan ayah dan aku peluk ayah sambil berkata "siti sayang ayah". Kemudian aku beralih kepada emak. "Emak.. siti minta maaf zahir batin. Kalau siti ada buat salah pada mak, walau jauh disudut hati emak.. siti minta maaf mak. Siti minta maaf. Siti minta mak halalkan makan minum siti.. setiap titik susu yang emak berikan kepada siti.. siti minta dihalalkan.." Emak pun sebak dan mengangguk dan memelukku.. aku terasa sangat sebak.. bagai ingin pergi jauh.. terlalu jauh. Mungkin aku banyak dosa kepada emak dan ayah sebab itu, Allah tidak makbulkan doaku..

Aku ingat kembali detik aku mohon kemaafan dari suamiku. Di depan rumah, ketika tiada sesiapa berada dihadapan. Suamiku sedang duduk disofa. Aku bangun dari posisiku dan melabuhkan badanku dihadapannya seperti melutut. Lalu ku hulurkan tanganku dan mencapai tangannya. Suamiku tersenyum.. aku pasti dia tahu apa yang aku ingin buat. Dia menunggu bicaraku. "Abang, ayang minta maaf zahir batin. Jika ayang ada buat salah pada abang". Lalu suamiku menyampuk "Ada. Memang ada salah. Bukan 'jika' lagi". Aku nak marah sebab dia saja jerk nak wat aku hangin ni.. aku nak minta maaflah nihh.. kataku dalam hati. lalu aku sambung "ayang nak minta halalkan makan minum ayang, apa-apa sajalah kesalahan ayang, barang-barang, duit dan sebagainya" sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk.. menutup dan melindungi kehibaan yang sebenarnya melanda aku. aku memandangnya dengan penuh pengertian. Lalu suamiku menjawab. "Abang, maafkan ayang dan abang jua minta maaf sekiranya abang ada buat kesalahan pada ayang, menyakitkan hati ayang, berahsia dengan ayang, ....., Abang halalkan makan minum ayang dan abang reda ayang sebagai isteri abang." kata-katanya membuatkan aku tidak boleh menahan sebak di dadaku.. air mataku berjurai-jurai berlinangan. Kepalaku, ku sembamkan diribanya. Terasa bahagianya mendapat reda suami. Aku reda jika saat itu, tuhan mencabut nyawaku.. ketika mendapat reda suami dan kemaafan darinya.

Bagaimanapun, aku perlu mengharungi hidup ini.. aku masih tertanya-tanya mengapa tuhan masih belum mengurniakan aku anak. Apakah hikmah disebalik ujian ini... Sampai manakah tahap kesabaranku perlu diuji. Sesungguhnya aku tidak mampu lagi mengharunginya..