Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Friday, December 31, 2010

Tips Temuduga VTO



Aku menamatkan pengajianku di ILP Kuala Langat pada Sept 2009. Aku menghabiskan hari-hari tersebut dengan pelbagai aktiviti. Ada masanya aku mengikuti kursus Pementasan dan Fotografer dari badan-badan kebudayaan termasuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan juga Badan NGO. Sebenarnya aku mula berminat memasuki CIAST ketika aku diberi peluang oleh ILP menghadiri satu seminar yang diadakan di CIAST. Aku mempunyai insting yang kuat mengatakan aku boleh berada di situ untuk sekian kalinya. Aku merisik-risik pada Cik Hajar bagaimana untuk menjadi pengajar, selain dari pembacaanku. Akhirnya selepas aku ditawarkan menjadi TUTOR di ILP ketika praktikal.. aku terus berminat untuk menjadi tenaga pengajar.. kalau pun bukan di ILP mungkin di mana-mana pusat pengajian kemahiran. Kebetulan tumbuh bagaikan cendawan di tempat tinggalku.

14 April 2010 yang lalu aku mula mengisi borang Online di laman Web CIAST. Aku mensasarkan bulan oktober 2010 aku akan masuk VTO. Berdebar juga aku jika tidak dipanggil memandangkan aku cuma cubajaya mengisi borang VTO secara online. Pada pertengahan julai, aku mendapat panggilan Temuduga CIAST. Aku melompat keriangan. Tapi aku kaget. Aku tak tahu apa-apa tentang temuduga ini. Kalau temuduga kerja, aku sudah biasa.. tapi ini temuduga agak berlainan... mulalah aku mengorek-gorek tenaga pengajarku bertanyakan bagaimana temuduga tersebut. Aku try juga searching di Internet tapi tidak berhasil... dalam hatiku berkata, sekiranya aku berjaya dapat memasuki VTO selepas temuduga ini. Aku akan sediakan maklumat bagaimana menghadapi Temuduga VTO kepada pelapis seterusnya.. Aku pun merisik-risik en. Ammar, Cik Hazlena dan Cik Hajar.. Ermm.. dapatlah serba sedikit maklumat..
Sharekan pada anda semua.


selalunye soalan akn byk tanye pasal bdng study awk. so kena prepare, revise balik ape2 yg pernah belajar.. nk lagi cantik bawa artwork n portfolio hasil kerja yg elok2 utk bg dorg tgk.. jgn lupe update general knowledge n pasal isu2 semasa.. yg paling pnting kena tunjuk yg awk btul2 minat utk jd VTO.. kena ramah n petah bile bercakap.. lg satu, bile dorg tanye soalan, always elaborate jwpn awk, jgn bg jawapan sepatah je.

lg satu, jenguk2 sket laman web ciast n JPK utk dptkan maklumat terkini pasal dorg.. n kalau ade peluang, try tunjuk yg awk dh buat research pasal ciast n JPK tu.. ok.. =)

hazlena

Kepada semua alumni MUSA yg mendapat tawaran interview VTO, berikut disenaraikan beberapat tips untuk anda;

1. CIAST mahu yg betul2 berminat mengajar dan berbakat, bukan sekadar mahu mendapatkan elaun belajar... (sendiri mau ingat.. ini bukan ILP lagi... nak jadi PENGAJAR..) So, ceritakanlah apa visi dan misi anda sebag...

2. Technical Person. Mereka yang betul2 tahu apa yg sepatutnya dia tahu semasa mengambil SKM. Bukan sekadar tumpang projek kawan2, atau tiru hasil kerja kawan2, dan sebagainya attitude yg tidak bagus. Ianya akan terbongkar dengan sendirinya apabila soalan ini keluar, Cth; "Dalam portfolio ini anda pernah menganjurkan MAA, sebagai JK penajaan bagaimana anda menarik minat penaja untuk menaja majlis ini? Berapa jumlah tajaan yg didapati? Syarikat mana yang berminat?. So, harap2, anda tahu apa yang anda buat selama di ILP.

Saya rasa tidak perlu sampai bawa fail portfolio tu. Tapi mungkin hasil2 kerja, atau projek yg awak rasa worth untuk ditunjukkan, terutamanya grafik, photo manipulation, atau proposal. Then, dalam resume kadang2 kita ada msukkan jawatan yg pernah kita sandang, so, maybe soalan akan datang dari situ.. ini pun hanya tips dari kawan saya yg pernah jadi interviewer VTO ni, kalau skrg dah berbeza, terpulang kepada keupayaan kita sendiri untuk menjawab, yg penting confident... ok? So, Good Luck...

3. Isu2 Semasa yang sedang diperkatakan dalam selang masa seminggu di media-media utama. Ulas mana2 isu yang anda tahu, dan harapannya anda boleh memberi pandangan anda sendiri, kerana anda nak jadi PENGAJAR, perlu tahu semua itu.

Senang bukan... Selamat Maju Jaya....

Ammar

Itulah antara tips-tips dari tenaga pengajar saya. Ini pula tips dari saya sebagai seorang yang pernah ditemuduga oleh pegawai CIAST. Ikuti pengalaman saya semasa sampai di pusat Temuduga.


Temuduga saya di CIAST, Shah Alam pada pukul 3ptg. Saya membawa semua yang diminta dalam surat temuduga dan datang awal pada hari tersebut. Sejak beberapa hari sebelum itu lagi, saya sudah war-warkan di Facebook saya kepada kawan-kawan saya, siapa yang sama-sama akan ditemuduga hari itu. Alhamdulillah, ramai juga yang dipanggil (Pada satu tahap, aku sendiri tak faham, berapa orang sebenarnya CIAST ni nak?) tapi aku terus meyakinkan diriku sendiri dengan insting yang ada Insya Allah aku akan diterima masuk. Aku juga telah prepare segala benda dan tips2 yang telah diberikan oleh tenaga pengajarku. Terima kasih.


Hubbyku menghantarku ke CIAST kemudian katanya ingin berjumpa kawan dan meninggalkan aku. Aku pun terus ke Kaunter dan bertanyakan tempat temuduga. Pegawai di sana menunjukan aku tunjuk arah ke pusat temuduga.


Sampai di satu kawasan, ada dua buah meja di duduki oleh 2 orang pegawai pendaftaran. Aku mendaftarkan diri disitu. Lepas tu, seorang daripadanya menunjukkan papan notis. Di situ aku dikehendaki melihat aku pada sesi yang keberapa. Satu slot, ada 5 calon yang akan temuduga serentak.


Aku pun bergerak ke arah meja-meja kosong. Kebetulan, Rahmat, seorang seniorku ketika belajar di ILP ada disitu. Katanya, dia sama slot denganku. Kami pun tunggu punya tunggu... Kata Rahmat lagi.. Calon slot seterusnya telah pun masuk.. kami dikehendaki naik ke tingkat 3, bilik no 1 kalau tak salah aku... aku pun ingat2 lupa.


Jam menunjukkan pukul 3 ptg, kami pun naik ke atas. Tunggu punya tunggu.. hampir 2 jam juga.. sampai hampir masuk waktu asar baru calon sebelum kami keluar. Masing-masing sengeh2 macam kerang busuk. Macam-macam gambaran yang diberikan.. katanya ada calon yang saing2 mereka yang hebat-hebat.. bercakap macam jagung bertih. Aku malas nak layan. Bagiku, kalau aku dengar ape dia cakap nanti aku hilang keyakinan diri.. lebih baik aku tumpukan apa yang akan aku hadapi sekarang.


Aku pun mengetuk pintu, 5 orang sekali masuk. Dalam tu, ada dua orang pegawai wanita yang bertugas. Kami dikehendaki meletakkan sijil dan IC di meja penemuduga. Aku meletakkan Sijil asal, resume dan beberapa potfolio yang terpilih. Pada mulanya, penemuduga itu bertanya kenapa letak potfolio(gambar, hasil 3D dll). Aku senyum sahaja.. strategi... Hehehe..


Mula2 penemuduga minta kami memperkenalkan diri. So perkenalkan lah diri.. Lahir kat maner, sekolah kat maner, belajar kat maner, kerja kat maner dan segala kelebihan yang ada pada diri kita. Kita cerita sehingga penemuduga itu puashati dengan jawapan kita. Yang penting jawapan kita tidak meleret-leret, straight to the point, kemas dan tepat dengan kehendak soalan.


Kemudian, ditanya pula dalam banyak2 subjek yang kita belajar sila terangkan salah satu daripadanya. Penemuduga akan pilih calon yang diingini.. tup-tup.. aku pula yang pertama.. sebab rata-ratanya calon macam takut-takut nak jawab. Aku fikir-fikir apakah subjek yang aku power. Ermm.. so aku amiklah coz Audio Video sebab yang itu jerk banyak kelebihan.. Aku ceritalah apa itu Audio Video, Apa perisian yang digunakan, apa kelebihan aku dalam menggunakannya.. ke terror an ku membuat editing sehingga aku dinobatkan penyunting terbaik dalam Multimedia Academy Award. Video yang disunting pula digunakan oleh satu syarikat penerbitan filem untuk menandatangani MU dgn ILP ketika ILP Kuala Langat mengadakan Open Daynya.. dimana aku adalah salah seorang daripada pelakonnya.. Ermm.. angkat skit la diri sendiri.. tapi janganlah lebih-lebih.. yang penting tahu apa yang kita buat dan memang kita buat kerja time tu.. bukan tengok orang buat kerja jerk.


Di tanya pula apa yang di ketahui ttg CIAST dan VTO. So .. macam cik hazlena cakap.. kita kena prepare awal-awal.. tahu selok belon sikit-sikit tentang CIAST dan VTO. Jangan pula auta lebih-lebih.. keh keh..keh.. yang penting kita bercakap dengan yakin dan maklumat kita sampai tepat.


Aku pun pelik jugak.. calon sebelum tu sampai 2 jam.. tapi kitorang sekejap jerk.. mungkin dalam 1 jam je.. mungkin juga calon sebelah2 aku jenis bercakap tak berjela.. entahlah.. aku pun tak tahu.. mungkin juga, sebab aku berada dalam sesi yang terakhir. Penemuduga dah penat kot..


Jangan lupe bila temuduga selesai ucapkan terima kasih. Dan keluar dengan yakin.


Terus terang aku cakap.. keputusan pertama .. tak berpihak kepada aku.. kemasukan Oktober namaku tak tersenarai.. aku berputus asa juga. Hampir-hampir aku melanjutkan pengajian Diploma Multimedia di ILP. Bila aku chek senarai nama yang berjaya.. Hanya 5 orang sahaja dari kursus Multimedia.. dari berpuluh-puluh yang ditemuduga. Aku pasrahlah.. yelah.. aku ni bukan jenis orang yang senang dapat sesuatu tanpa usaha...


Rupanya aku dipanggil untuk sesi Januari 2011. Doakan kemudahan bagiku. Sedapatnya aku keputusan ini, aku terus PM pengajarku.. ucap terima kasih atas tips tersebut. Aku juga berharap pengalaman dan tips- tips ini akan berguna kepada sesiapa yang akan pergi temuduga seterusnya. Kalau korang dapat.. PM lah box aku kat blog ini. Semoga ianya berguna kepada korang..


Nasihat aku,

Yakin pada diri sendiri, tahu apa yang korang belajar dulu dan tahu isu semasa.. serta yang penting korang kena bercakap.. bukan sepatah ditanya.. sepatah dijawab.. jadikan jawapan anda seperti seorang guru mengajar pelajarnya.. Insya Allah.. kalau dah rezeki korang.. dapatlah tu..


Doakan aku mudah belajar balik ( dah hampir setahun gak aku tinggalkan alam pelajaran). Otak dah beku.. lagi nak kena masuk asrama plak.. aduhh.. dah kawin-kawin ni.. kena plak tinggalkan hubby tercinta.. tapi tak pelah.. bukan lama pun.. berkorbanlah kejap..


Buat yang akan menghadapi temuduga CIAST. Good luck untuk anda semua. Jgn lupa, coretkan sesuatu pada Box saya..


Nanti aku coretkan pula bagaimana aku di CIAST nanti. See You Later..


Saturday, November 6, 2010

Penggunaan vitamin E boleh menyebabkan strok



Doktor-doktor telah memberi amaran tentang penggunaan "rambang" makanan tambahan vitamin E, yang boleh menyebabkan meningkatnya risiko sejenis strok. Satu pasukan penyelidik antarabangsa mendapati pengambilan vitamin menaikkan risiko angin ahmar pendarahan - disebabkan oleh pendarahan dalam otak - sejumlah 22 peratus.

Bagaimanapun , ia juga merendahkan risiko strok iskemia, sejumlah 10 peratus. Jenis strok ini disebabkan oleh darah beku menyekat aliran darah untuk ke otak dan ialah jenis paling biasa berlaku dalam UK.
Setiap tahun, anggaran 150,000 orang di UK mempunyai strok, dan lebih daripadanya 60,000 menyebabkan kematian.

Strok juga punca terbesar ketidakupayaan, mempengaruhi sekitar 300,000 orang. Kajian lepas telah menyarankan yang mengambil vitamin E boleh membantu melindungi terhadap penyakit jantung, tetapi kajian lain telah menemui ia tidak mempunyai kesan sebegitu malah boleh, dalam dos-dos yang tinggi, meningkatkan risiko kematian.
(59,357 daripada yang Penyelidik-penyelidik dari AS, Perancis dan Jerman menganalisis data dari sembilan kajian yang mana melihat kesan vitamin E yang melanda yang melibatkan lebih daripada 118,000 orang mengambil vitamin dan 59,408 yang mengambil satu plasebo atau pil tiruan).

Walaupun tiada keputusan dari ujian-ujian masing-masing disarankan vitamin E itu diubah dengan nyata keseluruhan risiko, penyelidik-penyelidik mendapati mereka melihat jenis-jenis strok yang mempunyai perbezaan-perbezaan yang ketara.
Untuk setiap 1,250 rakyat yang ambil makanan tambahan vitamin E, satu tambahan angin ahmar pendarahan akan terjadi. B

agaimanapun , makanan tambahan merendahkan risiko memiliki strok iskemia, bersamaan mencegah strok untuk setiap 476 rakyat yang mengambil vitamin.
Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa cara lain melakukan pencegahan, seperti tekanan darah dan kolesterol merendahkan dadah dan hidup satu gaya hidup sihat, memberi kesan jauh lebih besar daripada merendahkan risiko pukulan iskemia dengan pengambilan vitamin E.

British Medical Journal menulis, mereka berkata: “Pengurangan strok iskemia memberi risiko agak kecil dan umumnya menghasilkan banyak angin ahmar pendarahan yang teruk, penggunaan meluas terhadap vitamin E rambang seharusnya diberi amaran.”


Daripada artikel Yahoo Lifestyle -
http://uk.health.lifestyle.yahoo.net/Vitamin-E-linked-to-haemorrhagic-stroke.htm

Tuesday, October 5, 2010

Keadaan Manusia di dalam Kubur - Cerita yang menginsafkan

Dalam satu note sharing dalam fb.. aku rasakan ia cukup baik untuk dikongsi supaya kita merasa insaf. Beginilah ceritanya...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." " Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Kredit kepada fb Mohd Rizal Rosli Putra's

Monday, September 27, 2010

Doa seorang ibu

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu
saya dapat dari facebook rakan.. telah dishare.. tapi saya ingin juga share dalam blog saya.. agar ia menjadi rujukan kepada orang lain.

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu.


Assalamualaikum Semua,

Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya? kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ?ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ?wasilah amal?

Ø ?Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini?

Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah

Ø ?Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini?
Ø ?Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini?

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.


*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..?Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan? atau ?bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..? Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita ?berkatilah si A ini? dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ?celakahlah orang ini? Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! ?Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku?. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi / budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar

Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

Ø Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak, senang gugur
- Ada rasa kelibat orang lalu
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Ø Cara hilangkan saka, Zikir ?Laillahaillalah? 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. ?Qulhuwallahuahad?? 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.


Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
By: Rizal Rosli Putra

Friday, September 17, 2010

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam, petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biru



1) Menjaganya semenjak bayi di dalam rahim ibu. Islam tidak hanya menjaga anak selepas ia keluar tetapi sebelum itu lagi dan perkara ini dapat dilakukan dengan cara :-

a) Memilih isteri yang sesuai dan baik kerana perkara ini penting untuk dapatkan zuriat yang baik sampailah ke hari mati. Nabi s.a.w. ada bersabda:

(تخيَّروا لنطفكم)[1]
Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”? Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran. Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

- Usman b. Abi - Al 'Ash juga ada berkata kepada anak-anaknya : Aku telah memuliakan kamu semua dengan ibu-ibu kamu yang mulia, orang yang nikah itu adalah petani, maka hendaklah seseorang petani itu memastikan tempat dia meletak tanamannya.

Jika dia berjaya berbuat demikian sesungguhnya dia telah berjaya mendidik anaknya 20 tahun atau lebih sebelum anak itu dilahirkan lagi. Seorang ahli bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

b) Menjaga kesihatan ibu yang hamil :

Ini termasuk menjaga makan minumnya supaya dapat menjaga kesihatan bayi. Semua yang baik dan buruk akan memberi kesan pada anak itu. Juga menjaga hubungan dengan isteri yang hamil itu supaya dia tidak terasa sakit hati. Ibu juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang memudharatkan semasa mengandung seperti merokok, minum arak dan lain-lain.

Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan yang dahsyat pada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang memakan bahan-bahan yang merosakkan itu seperti yang tercatat dalam kajian-kajian yang dijelaskan.

Tekanan perasaan, sakit jiwa dan spiritual anak banyak dipengaruhi oleh suasana semasa ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu. Seorang ahli perubatan Perancis mengatakan tindak-tanduk anak selalu dipengaruhi oleh keadaannya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia. Kajian juga menunjukkan seseorang yang sakit jiwa selalunya telah terdedah kepada unsur-unsur negatif di zaman kanak-kanaknya.

Realiti ini berkaitan rapat dengan tempoh hidup kanak-kanak yang pertama (5 tahun pertama) semenjak dilahirkan termasuk tempoh dia berada dalam kandungannya.

c) Menjaga hak harta pesaka bayi.

Jika bapanya mati, maka harta yang ditinggalkan tidak boleh dibahagikan sampai bayi itu dilahirkan supaya masa depannya terpelihara. Jika dibahagikan juga, maka hendaklah dikhaskan sebahagian yang tertentu untuk diberi kepada bayi itu bergantung kepada jantinanya. Sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak tepat seperti yang dijangkakan, maka hendaklah diberikan yang baki yang merupakan haknya atau hendaklah dipotong sebahagiannya.

d) Menjaga kesihatan janin.

Islam meringankan beberapa perkara ke atas wanita hamil untuk memudahkannya. Sebagai contoh wanita hamil dibolehkan berbuka puasa.

e) Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :

(في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2]
Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.

Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.

2) Menjaga anak selepas kelahirannya.

a) Menjaga nasabnya iaitu si anak layak dinasabkan kepada ayahnya selepas dilahirkan. Nasab yang dimaksudkan ialah 'bin' anak itu. Anak yang dilahirkan mesti di 'bin' kan kepada ayahnya. Anak-anak ayahnya yang lain adalah adik-beradiknya.

Anak zina tidak boleh di'bin'kan kepada lelaki yang berzina dengan emaknya walaupun ada ikatan darah daging antaranya dengan anak zina itu. Ini kerana syara' tidak mengiktiraf perbuatan terkutuk itu sebagai cara mendapatkan anak. Anak zina tidak layak mendapat harta ayah zinanya dan juga tidak berhak mewarisi harta ayahnya itu.

Nasab itu juga sabit dengan cara tidur sekali bagi suami isteri. Ini kerana anak itu adalah hasil perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu (jika dilahirkan dalam tempoh yang sedia diketahui dalam Islam)

Di antara hak anak juga untuk mengetahui saudara-maranya dan kaum kerabatnya. Budaya hidup dengan maksiat seperti yang berleluasa di negara-negara barat dan falsafah Karl Marx yang mengajak dan menyeru kepada hidup bebas tidak mengenal hak ini. Falsafah-falsafah seperti inilah yang melahirkan generasi yang tidak kenal bapa mereka. Merekalah yang di hina dan dicaci dalam masyarakat disebabkan ketiadaan bapa yang dapat melindungi mereka. Tempat-tempat penjagaan seperti tadika, nurseri dan sebagainya tidak akan dapat memainkan peranan sebuah keluarga yang dipimpin oleh seorang ayah yang dicurahkan kasih sayang oleh seorang ibu.

Memandangkan kepentingan keturunan inilah, Islam meminta seseorang muslim untuk memastikan kesahihan nasabnya dan Saidina Umar r.a. ada berkata : Pelajarilah ilmu nasab kerana ia merapatkan hubungan kekeluargaan antara kamu.

b) Memberi nama yang baik :


Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa. Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda :

(إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]
Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan. Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri. Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik. Di dalam hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah . Sebagai contoh satu hadith dari Ibnu Umar r.anhuma :

(إن أحب اسمائكم الى الله عز وجل:عبد الله،وعبد الرحمن)[4]
Maksud : Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah ialah Abdullah dan Ab. Rahman.

Al-Mawardi mensyaratkan nama yang baik itu mestilah ada 3 perkara :-

1) Nama ibu adalah nama orang-orang soleh.

2) Hurufnya pendek, senang disebut dan mudah.

3) Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

Dengan sebab itulah kita lihat Nabi sering mengubah nama-nama sahabatnya yang kurang elok daripada segi makna. Anak Saidina Umar R.A yang bernama 'Asiah' (آسية) ditukar oleh Nabi kepada Jamilah (جميلة) kerana nama yang pertama tadi maknanya orang yang berbuat maksiat. Nabi juga mengubah nama seorang yang bernama Hazen (حزن) yang bererti duka kepada Sahal (سهل) yang bermakna mudah. Hazen tadi tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya lalu berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu. Demikianlah riwayat Said bin Al-Musayyib.

Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya. Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan dengan nama yang baik.

Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil dari nama-nama yang di import di mana kebanyakkannya mempunyai makna kurang baik.

c) Hak anak untuk menyusu :

Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun. Firman Allah :

(وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ

[5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)

Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.

Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan. Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain. Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.

d) Haknya untuk dapat penjagaan.

Sekiranya ibu tidak mampu menjaga anak itu, si bapa hendaklah mencari perempuan lain yang dapat mengganti si ibu. Pengganti itu hendaklah seorang yang beragama, berakhlak dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Islam.

e) Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup).

Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri. Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin. Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :

(كفى بالمرء إثمًا أن يضيّع من يقوت)[6]

Maksud: “Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya”.

Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W :-

(من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة كهاتين،وأشار باصبعيه: السبابة،

والتي تليها)[7]

Maksudnya : Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah.

Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya. Kalau tiada ayah, maka datuk atau yang lain yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab itu. Hendaklah pihak yang bertanggungjawab itu berusaha menjadikan mata pencariannya daripada yang halal supaya ALLAH MEMBERKATI REZEKINYA ITU.

f) Haknya untuk belajar.
Penting bagi bapa mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara tarbiyyah yang betul supaya dia tidak rugi di dunia dan akhirat. Antara perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam tarbiyyah ialah memahamkan anak tentang tauhid yang betul, cara-cara ibadat, di samping mengajar mereka akhlak, cara-cara berurusan juga mengajar mereka yang halal dan haram.

Perkara-perkara ini penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak tentang keperluan dan tujuan hidup untuk mencapai redha Allah.

Mendidik dan mengajar ilmu adalah wajib atas ibubapa kerana ilmu penting dalam kehidupan anak tadi.

Akhir sekali ada beberapa hak yang lain yang perlu juga ditunaikan berbentuk hukum-hakam seperti sunat menggembirakan seorang yang akan dikurniakan anak, ucapkan tahniah bagi yang dikurniakan anak, sunat Tahniq تحنيك ) (untuk anak yang baru dilahirkan (memberi makan bahan yang manis). Banyak lagi perkara yang serupa yang sudah di ketahui oleh para pembaca..... Bagi yang berminat bolehlah membaca kitab Tuhfatul-Maudud Fi Ahkamil Maulud ((تحفة المودود في أحكام المولود)) oleh Ibnu Qayy'm Al-Jauziyyah.

Sekiranya semua ini dilaksanakan sepenuhnya, tentulah generasi yang bakal dilahirkan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah. Saya katakan di sini : Lihatlah Islam telah mengiktirafkan kedudukan anak semenjak 15 kurun yang lalu sedangkan di Barat, mereka hanyalah mengambil berat tentang kanak-kanak pada awal kurun ini dengan pelbagai undang-undang yang diwujudkan. PBB berjaya mengadakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak pada tahun 1959. Undang-undang ini diwujudkan berikutan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Undang-undang ini menitikberat masalah-masalah kesihatan, pendidikan untuk melatih kebolehan dan kemahirannya, keperluan untuk pendidikan agama, berakhlak dengan nilai-nilai yang tinggi dan hak untuk menikmati semua peluang yang ada dan untuk melakukan hobinya.Apa yang ada dalam undang-undang ini boleh dikatakan sebahagian kecil dari hak-hak yang dianugerahkan oleh Islam untuk anak-anak.

[1] Diriwayatkan oleh Ibn Maajah
[2] Muttafaqun Alaih.
[3] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad.
[4] Diriwayatkan oleh Muslim.
[5] Surah Al-Baqarah : 233.
[6] Diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud,Hakim dan Baihaqie.
[7] Diriwayatkan oleh Muslim.



Dari Note FB.: Ustaz Zahazan

Sunday, September 12, 2010

Pengalaman orang tiada anak versi Raya.

Menjalani kehidupan seharian, hari-hari bila bertemu dengan seseorang pasti akan menghulurkan senyuman. Diiringi dengan gelak tawa dan lawak2 sengal seperti tiada apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Wajah ceria dan tenang.. tapi siapa tahu apa yang terpahat di dalam hati ini. Siapa faham yang hati sangat-sangat menjeruk rasa lebih lebih lagi apabila melihat kanak-kanak kecil yang ketawa riang, terkedek-kedek dengan lampin pakai buang yang disarungnya. Rasanya macam nak picit-picit baby itu... geramnya..

Dalam hati merintih siapa tahu? apabila kesepian mencengkam... terasa agaikan si gila yang tidak keruan. Ke kiri salah.. ke kanan salah..

Raya ini..
Baru nak rasa gembira.. tahun lepas ekonomi tidak keruan.. tahun ini alhamdulillah hubby ada bagi extra duit raya untuk dbelanjakan. Rasa seronok untuk beraya itu ada.. tetapi tidak teruja pun. Malah aku menangis ketika malam 30 ramadan yang lepas. Kenapalah ramadan meninggalkan aku. Aku masih belum sempat lagi untuk berdoa banyak2 agar Allah kurniakan aku anak yang soleh dan solehah. setiap 10 akhir ramadan itu aku berdoa agar dikurniakan anak. Walaubagaimanapun, aku tetap jua kena beraya setelah berpuasa dibulan Ramadan.

Tahun ini giliranku untuk beraya di Kuala Lumpur di rumah ibubapaku. Perjalanan aku seperti biasa.. singgah di rumah abah dan ummi untuk menyerahkan kek coklat moist yang aku buat. Sampai dirumah abah adik iparku yang bongsu membuka pintu, kata Angah, dia telah pun berbadan dua. Abang hanya tunggu di kereta.. hendak tak hendak.. aku kena berdepan dengan dia untuk menghantar kek dan kuih muih raya. Kebetulan abah sedang solat. So aku pun tidak mahu bertangguh untuk melepaskan diriku dari merasa sedih. Sedih kerana aku masih belum dikurniakan cahaya mata sedangkan adik iparkku yang baru hampir setengah tahun berkahwin sudah pun berbadan dua. Aku berlakon dengan cukup baik. Hendak atau tidak, aku kena reda dengan ketentuan Allah.

Perjalananku diteruskan.. sesampai di Kuala Lumpur.. aku ingin beraya.. ingin melupakan kesakitan ini.. biarpun terpaksa berlakon seratus kali bertemu pula dengan adik beradikku yang lain. Sedang aku menunggu waktu solat isyak. Adikku yang bongsu kira[kira umur 10 tahun memberitahu adikku yang kawin beberapa bulan lalu sudah berbadan dua juga. Reaksi adik bongsuku selamba.. macam tidak ada apa-apa yang perlu dijaga tutur katanya. Jantungku bagai hampir gugur.. bicaranya bagai halilintar yang membuatkan telingaku berdesing. Aku ingat lagi kata-kata adikku itu, katanya mahu merancang dahulu tetapi kenapa tuhan takdirkan dia mendapat anak? Kenapa bukan aku? Apa salahku? Apa silapku? apa dosaku?

Dengan muka selamba aku bertanya adik bongsuku.. sudah berapa bulan? adikku menjawab.. entah.. baru lagi.. sebulan kot.. Ohh tuhan.. aku berikhtiar bersungguh-sungguh.. kenapa dia yang engkau pilih.. kenapa bukan aku? aku bangun menunaikan solat isyak.. air mataku tiba-tiba bercucuran tanpa aku pinta.. sepantas kilat aku mengelap air mata itu dengan telekungku.. aku takut adik bungsoku ternampak aku menangis. Aku bukan menangis kerana adikku mengandung tetapi aku menangis kerana bukan aku yang mengandung.. kenapa bukan aku? kenapa?

aku melihat reaksi suamiku.. dia duduk.. reaksi mukanya sukar dibaca hanya aku sahaja yang faham. Aku rasa tiba-tiba aku ingin balik ke rumahku. Ingin beraya sendirian... aku tidak mahu masuk campur urusan luar. Mengetahui perkara ini sangat menyakitkan.

Lebih-lebih lagi berhadapan dengan adikku itu sendiri. Aku mula melakukan aksi hipokritku. Tersenyum, gelak tawa, petah bercakap.. tapi hari ini.. aku kehilangannya.. lebih-lebih lagi kepada adikku itu. Aku hanya mampu tersenyum tetapi tiada bicara..



Petang itu, semasa bermaafan dengan ayah.. aku menangis.. aku genggam erat tangan ayah, "Ayah, maafkan siti, ayah. Jika siti ada melakukan kesilapan, kesalahan dari siti kecil sampailah siti dewasa ini, walaupun jauh-jauh terpendam disudut hati ayah.. siti minta ampun maaf banyak-banyak.. siti minta ayah halalkanlah makan minum siti selama ini.. " dalam sedu sedan itu.. terlihat sebak di wajah ayah sambil mengangguk-anggukkan kepala. Lalu aku cium tangan ayah dan aku peluk ayah sambil berkata "siti sayang ayah". Kemudian aku beralih kepada emak. "Emak.. siti minta maaf zahir batin. Kalau siti ada buat salah pada mak, walau jauh disudut hati emak.. siti minta maaf mak. Siti minta maaf. Siti minta mak halalkan makan minum siti.. setiap titik susu yang emak berikan kepada siti.. siti minta dihalalkan.." Emak pun sebak dan mengangguk dan memelukku.. aku terasa sangat sebak.. bagai ingin pergi jauh.. terlalu jauh. Mungkin aku banyak dosa kepada emak dan ayah sebab itu, Allah tidak makbulkan doaku..

Aku ingat kembali detik aku mohon kemaafan dari suamiku. Di depan rumah, ketika tiada sesiapa berada dihadapan. Suamiku sedang duduk disofa. Aku bangun dari posisiku dan melabuhkan badanku dihadapannya seperti melutut. Lalu ku hulurkan tanganku dan mencapai tangannya. Suamiku tersenyum.. aku pasti dia tahu apa yang aku ingin buat. Dia menunggu bicaraku. "Abang, ayang minta maaf zahir batin. Jika ayang ada buat salah pada abang". Lalu suamiku menyampuk "Ada. Memang ada salah. Bukan 'jika' lagi". Aku nak marah sebab dia saja jerk nak wat aku hangin ni.. aku nak minta maaflah nihh.. kataku dalam hati. lalu aku sambung "ayang nak minta halalkan makan minum ayang, apa-apa sajalah kesalahan ayang, barang-barang, duit dan sebagainya" sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk.. menutup dan melindungi kehibaan yang sebenarnya melanda aku. aku memandangnya dengan penuh pengertian. Lalu suamiku menjawab. "Abang, maafkan ayang dan abang jua minta maaf sekiranya abang ada buat kesalahan pada ayang, menyakitkan hati ayang, berahsia dengan ayang, ....., Abang halalkan makan minum ayang dan abang reda ayang sebagai isteri abang." kata-katanya membuatkan aku tidak boleh menahan sebak di dadaku.. air mataku berjurai-jurai berlinangan. Kepalaku, ku sembamkan diribanya. Terasa bahagianya mendapat reda suami. Aku reda jika saat itu, tuhan mencabut nyawaku.. ketika mendapat reda suami dan kemaafan darinya.

Bagaimanapun, aku perlu mengharungi hidup ini.. aku masih tertanya-tanya mengapa tuhan masih belum mengurniakan aku anak. Apakah hikmah disebalik ujian ini... Sampai manakah tahap kesabaranku perlu diuji. Sesungguhnya aku tidak mampu lagi mengharunginya..

Tuesday, August 17, 2010

Maklumat berkenaan Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi


Tekanan Darah Tinggi di Malaysia

Tekanan darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar “pembunuh senyap” kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa.

Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.

Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.

Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta. Mujurlah penyakit ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.

Apa itu tekanan darah tinggi?
Arteri seperti hos yang membawa darah dari jantung anda ke bahagian lain badan anda. Jika terdapat satu gumpalan di dalam hos, ia akan meningkatkan tekanan meningkat. Tekanan darah tinggi (juga memanggil high blood presure) berlaku apabila gerakan-gerakan darah anda melalui arteri anda di satu tekanan lebih tinggi daripada normal.

Apakah itu tekanan darah normal?

Nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah pada ukuran 120/80 mmHG. Dalam aktiviti seharian, tekanan darah normalnya adalah dalam lingkungan stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah menurun saat tidur dan meningkat di waktu anda aktif atau berolahraga.






Jika tekanan ini naik dan kekal tinggi sepanjang masa, ia boleh merosakkan badan dalam banyak cara. Tekanan darah tinggi dikatakan satu kekacauan lazim di mana tekanan darah kekal luar biasa tinggi (satu bacaan 140/90 mm Hg atau lebih besar).

Tekanan Darah Tinggi (TDT) sendiri biasanya tidak mempunyai gejala-gejala. Anda boleh terkena selama bertahun-tahun tanpa mengetahui ia. TDT boleh merosakkan jantung, urat darah, buah pinggang , dan bahagian lain badan anda.






Jenis-jenis darah tinggi

Terdapat 2 klasifikasi tekanan darah tinggi diantaranya Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary

• Hipertensi Primary

Hipertensi Primary adalah suatu keadaan dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat kesan dari gaya hidup seseorang dan faktor lingkungan. Seseorang yang pola permakanannya tidak terkawal dan mengakibatkan kelebihan berat badan atau obesiti, merupakan cetusan awal untuk mendapat tekanan darah tinggi. Begitu juga seseorang yang berada dalam lingkungan atau keadaan stress yang sangat tinggi mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang olahraga juga boleh mengalami tekanan darah tinggi. Orang yang bekerja keterlaluan dan kurang tidur juga berpotensi meningkatan darah tinggi.

• Hipertensi Secondary

Hipertensi secondary adalah suatu keadaan dimana terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai akibat seseorang mengalami/menderita penyakit lainnya seperti gagal jantung, gagal ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Bagi ibu hamil, tekanan darah secara umum meningkat saat kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau kegemukan.

Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini adalah sebutan dalam istilah kesihatan bagi wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan tekanan darah tinggi bagi ibu hamil boleh dikatakan tergolang peringkat berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia dimasa kehamilannya itu.

Preeclampsia adalah keadaan seorang wanita hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesakitan seperti pusing, sakit kepala, maigrain, gangguan penglihatan, nyeri perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai kesan tekanan darah tinggi maka disebut Eclamsia.

Bagaimanakah tekanan darah tinggi didiagnosis?
Adalah baik sering menyemak tekanan darah anda.Tekanan darah diukur dengan meletakkan alat tekanan darah sekitar lengan anda, Doktor anda kemudiannya akan mengukur tekanan darah anda pada lebih daripada sekali untuk melihat jika anda mempunyai tekanan darah tinggi. Pada masa kini juga mudah didapati alat tekanan darah tinggi digital yang boleh dilakukan dirumah sendiri.





Cara Menggunakan home blood pressure dengan betul

Untuk mendapatkan bacaan home blood pressure cuba lihat video dibawah.




















Nombor disebalik ukuran tekanan darah tinggi

Tekanan darah sebenarnya adalah dua ukuran-ukuran, dipisahkan oleh satu slash apabila ditulis, seperti 120/80. Anda mungkin juga mendengar seseorang mengatakan satu tekanan darah ialah "120 per 80."

Penting bagi kita mengetahui nombor-nombor tekanan darah. Jika tekanan darah anda normal anda boleh bekerja seperti biasa tetapi Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, anda perlu mendapatkan rawatan untuk mengelakkan kerosakan untuk organ-organ badan anda.

Nombor-nombor tekanan darah termasuk sistolik (systolic) dan diastolik (diastolic). Nombor pertama ialah tekanan darah sistolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan apabila degupan jantung ketika mengepam darah. Bilangan kedua ialah tekanan darah diastolik.Tekanan darah diastolik ialah tekanan apabila jantung berada di rehat antara rentak

Satu tekanan darah normal ialah kurang daripada 120/80. Tekanan darah tinggi ialah 140/90 atau lebih tinggi. Jika tekanan darah anda ialah antara 120/80 dan 140/90, anda miliki apa dipanggil "prehypertension," yang mana bererti bahawa jika anda tidak mengambil langkah-langkah penting, tekanan darah anda boleh menjadi tekanan darah tinggi.

Kategori-kategori Untuk Tekanan Darah bagi Orang-orang Dewasa (dalam mmHg, atau millimeter raksa)
Atas dari 120/80 mmHg boleh meningkatkan risiko anda mendapat TDT, dan peningkatan tahap tekanan darah juga menyebabkan tahap risiko anda mendapat darah tinggi. "Prehypertension" bererti anda berkemungkinan boleh mengidap darah tinggi melainkan anda mengambil langkah-langkah untuk menghalang ia.

Jika anda mendapatkan rawatan untuk darah tinggi dan mempunyai bacaan-bacaan ulangan dalam julat normal, tekanan darah anda dapat dikawal. Bagaimanapun, jika anda masih dalam bacaan darah tinggi. Anda perlu pergi berjumpa dengan doktor anda dan kekal mendapatkan rawatan untuk mengawal tekanan darah anda.

Tekanan systolic dan diastolic mungkin tidak berada di dalam kategori tekanan darah sama. Kemungkinan anda akan mendapat pelbagai kategori dalam tekanan darah anda. Sebagai contoh, jika sistolik number adalah 120 dan diastolic anda bernombor 95 (120/95), anda berada dalam Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1. Sekiranya nombor sistolik anda 160 dan diastolic anda 80, anda berada pada Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2. Jika anda mempunyai sistolik 120 dan diastolic bernombor 95, anda berada pada Tekanan Darah Tinggi peringkat 1.

Jika anda mempunyai kencing manis (diabetes) atau penyakit buah pinggang yang kronik, Tekanan Darah tinggi anda mungkin 130/80 mmHg atau lebih tinggi. Tekanan Darah Tinggi juga boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

Berapa kerap sepatutnya anda yang mempunyai tekanan darah diperiksa?
Selepas umur 18, anda perlu menyemak sekiranya anda mempunyai tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun. Anda perlu membuat pemeriksaan lebih kerap jika anda telah mendapat tekanan darah tinggi pada masa lalu.

Masalah-masalah atau penyakit yang berpunca tekanan darah tinggi
Kedua-dua tekanan darah tinggi dan prehypertension merosakkan urat darah anda. Ini bergilir-gilir meningkatkan risiko strok anda, kegagalan buah pinggang, penyakit jantung dan serangan jantung.

Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung.

Ini menyebabkan tekanan darah mengandungi dua nilai iaitu sistolik yang tinggi dan diastolik yang rendah, contohnya 120/80 milimeter (mm) merkuri (Hg).
Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.

Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita.

Faktor-faktor penyebab tekanan darah tinggi
Beberapa faktor dapat dikenali mempunyai kaitan dengan Primanory ypertension seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan juga keadaan persekitaran. Fakta lain seperti kandungan garam dan lemak yang tinggi di dalam diet, obesiti dan kegemukan, kurang senaman serta kurang memakan sayur dan buah- uahan yang mengandungi nilai potassium yang tinggi. Selain itu, faktor genetik juga dilihat memainkan peranan penting.

Darah tinggi juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan ini dinamakan “secondary hypertension” yang membabitkan lima peratus dari jumlah kes. Penyakit-penyakit tersebut ialah kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure), penyempitan pembuluh darah ke buah pinggang, tumor di kelenjar adrenal dan penyempitan pembuluh darah besar aorta.

Penyempitan pembuluh darah ini kadang kala dapat dirawat dengan pembedahan dan boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, sesetengah jenis ubat juga boleh menyebabkan darah tinggi seperti steroid, cyclosporine, anti-depressant (kemurungan) dan ubat untuk sakit sendi dan tulang jenis NSAID (ubat antikeradangan bukan jenis steroid).

Kesimpulannya faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Simptom atau petanda darah tinggi
Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya. Kadangkala, pesakit akan mengalami sakit kepala tetapi biasanya darah tinggi dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Selalu juga tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.

Kadang kala pesakit datang ke hospital dalam keadaan krisis dan tekanan darah melebihi 200/120 mm Hg. Tekanan darah yang tinggi sebegini boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, maigrain berpanjangan, gangguan penglihatan, muntah-muntah dan juga sawan.

Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg.

Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah.

Golongan ini dinamakan ‘white coat hypertension’ (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yang boleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24 hours ambulatory blood pressure monitoring).

Di kalangan pesakit darah tinggi, ada juga yang tekanan darahnya tidak menurun sewaktu tidur dan kumpulan ini digelarkan ‘non dippers’. Golongan ini didapati menghadapi kadar komplikasi yang lebih tinggi. Ada kajian yang mengatakan bahawa ‘non dippers’ ini disebabkan terlalu banyak kandungan garam (sodium) di dalam darah dan rawatan untuk mengurangkan garam boleh menukar non dippers kepada “nocturnal dippers.”

Komplikasi (Kesan buruk) akibat darah tinggi

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
• Otak - Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy






• Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi




Rawatan sekiranya anda mempunyai darah tinggi
Rawatan bermula dengan anda perlu melakukan perubahan gaya hidup anda untuk membantu mengurangkan tekanan darah anda dan mengurangkan risiko anda penyakit jantung. Jika perubahan ini tidak berjaya, anda boleh juga perlu mengambil ubat.

Sekalipun anda perlu untuk ambil ubat, membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup anda dapat menolong mengurangkan bilangan ubat anda perlu ambil.

Kategori tekanan darah normal/optima
• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi
• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan DarahTinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
o Jantung
o Ginjal
o Mata
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Melakukan Perubahan Dalam Gaya Hidup• Jangan hisap rokok atau menggunakan mana-mana produk tembakau.
• Kurangkan berat badan jika anda terlalu gemuk.
• Selalu bersenam.
• Menghadkan natrium (sodium) anda, alkohol dan pengambilan kafein.
• Cuba teknik-teknik bertenang atau biomaklumatbalik.
• Makan satu diet yang sihat yang termasuk banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan adalah kurang dalam lemak.





Bagaimanakah produk tembakau menjejaskan tekanan darah?
Nikotin dalam batang rokok dan produk tembakau lain menyebabkan urat darah anda akan mengecil (menjerut) dan jantung anda berdegup lebih cepat, yang buat sementara waktu meningkatkan tekanan darah anda. Jika anda berhenti merokok, risiko untuk anda mendapat penyakit jantung dan serangan jantung lebih rendah., serta membantu mengurangkan tekanan darah anda.

Apa mengenai kehilangan berat badan dan bersenam?
Jika anda gemuk tambun, hilang berat badan biasanya membantu tekanan darah lebih rendah. Latihan teratur ialah satu cara baik untuk mengurangkan berat badan. Dengan sendirinya ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi anda.

Adakah natrium/garam (sodium) sebenarnya tidak dibenarkan?
Bukan semua orang terjejas oleh natrium, tetapi natrium boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dalam sesetengah orang. Kebanyakan rakyat Malaysia dengan tekanan keluarga yang sihat harus menghadkan natrium dalam diet mereka untuk 2,300 mg setiap hari. Bagi mereka yang berumur dan lebih tua dan mereka yang mempunyai sejarah tekanan darah tinggi harus menghadkan natrium dalam diet mereka untuk 1,500 mg setiap hari. Doktor anda boleh memberitahu anda untuk had penggunaan natrium anda malah lebih.

Tidak menambah garam untuk makanan anda. Memeriksa label-label makanan yang mempunyai natrium. Manakala sesetengah makanan nyata mempunyai banyak natrium, seperti kerepek ubi kentang, ajinomoto atau monosodium glutamate (MSG) anda menyedari berapa natrium berada dalam makanan seperti roti, sayur-sayuran bertin, sup dan keju. Juga berjaga-jaga yang beberapa ubat-ubatan mengandungi natrium.

Adakah saya perlu berhenti minum minuman keras sekali?Dalam sesetengah orang, alkohol menyebabkan kenaikan agak banyak dalam tekanan darah. Pada diri orang lain, ia tidak. Jika anda suka minuman keras, anda perlu menghadkan ia untuk tidak lebih daripada 1 minuman setiap hari untuk wanita atau 2 minuman setiap hari untuk lelaki. Satu minuman ialah satu tin bir, satu gelas wain (4-5 auns.), atau 1 menembak (penyukat arak) minuman keras. Jika tekanan darah anda bertambah dengan alkohol, jalan terbaik ialah untuk tidak minum mana-mana alkohol.

Adakah tekanan menjejaskan tekanan darah saya?
Tekanan mungkin menjejaskan tekanan darah. Bagi bantuan memerangi tekanan perasaan, cuba teknik-teknik bertenang atau biomaklumatbalik. Ia dapat bekerja paling baik apabila digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari. Meminta doktor keluarga anda untuk nasihat.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Biasanya doktor memilih ubat mengikut keadaan dan faktor-faktor kesihatan lain yang terdapat pada pesakit. Contohnya di kalangan pesakit yang berumur 65 tahun ke atas dan menghidap hipertensi sistolik, ubat yang paling berkesan adalah dari kumpulan diuretic dan di kalangan pesakit diabetes pilihan pertama adalah angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau angiotensin receptor blocker.

Banyak jenis-jenis ubat yang berbeza biasa boleh merawat tekanan darah tinggi. Ini telah dipanggil ubat-ubat antihipertensi. Berikut adalah jenis-jenis ubat antihipertensi

Jenis-jenis ubat-ubat antihipertensi




• Diuretik - Dadah ini membantu badan anda menghapuskan natrium tambahan dan bendalir supaya urat darah anda tidak perlu mengadakan terlalu banyak cair.
• Pengepung beta - Dadah ini menghalang kesan-kesan adrenalin.
• Pengepung Alpha - Dadah ini membantu urat darah anda terus terbuka.
• Perencat ACE - Dadah ini menghalang urat darah anda dari mengecil (jerut) dengan membuat penurunan berapa angiotensin II badan anda. Angiotensin II ialah satu bahan kimia yang mengecilkan (jerut) urat darah (membuat mereka lebih sempit).
• ARBs - Dadah ini berkerja dengan menyekat kesan angiotensin II pada sel-sel
• Pengepung saluran kalsium - Dadah ini membantu mencegah darah anda bergerak dari jerutan dengan menyekat kalsium (vessels from constricting by blocking calcium) daripada memasuki sel-sel anda.
• Gabungan-gabungan - Dadah ini menggabungkan dua ubat-ubatan, seperti perencat ACE atau satu penghalang beta campur satu diuretik.

Matlamat rawatan ialah untuk mengurangkan tekanan darah anda dengan ubat yang mudah untuk di ambil untuk tahap-tahap normal dan mempunyai beberapa jenis lagi, jika mana-mana ubat mempunyai kesan-kesan sampingan.

Jika tekanan darah anda hanya boleh dikekang dengan ubat, anda akan memerlukan untuk ambil ubat untuk yang lain hidup anda. Anda mungkin perlu untuk ambil lebih daripada satu ubat bagi membantu mengawal tekanan darah anda. Jangan menghentikan mengambil ubat tanpa memberitahu dengan doktor keluarga anda atau anda mungkin meningkat risiko memiliki anda mendapat sakit jantung atau serangan jantung.

Pengubatan tekanan darah tinggi biasanya dikombinasikan dengan beberapa ubat lain antaranya

- Diuretic {Tablet Hydrochlorothiazide (HCT), Lasix (Furosemide)}.
Diuretik mengurangkan kandungan garam dan air di dalam badan dengan mengeluarkan bahan ini di dalam air kencing. Dengan ini tekanan darah dapat dikurangkan.Tetapi kerana berkemungkinan potasium jua terbuang dalam cairan urine, maka pengawalan penggunaan potasium harus dilakukan.





- Beta-blockers {Atenolol (Tenorim), Capoten (Captopril)}.
Merupakan ubat yang dipakai berupaya mengawal tekanan darah melalui proses memperlambat kerja jantung dan memperlebar (vasodilatasi) pembuluh darah. Beta-blocker menyekat perjalanan hormon adrenaline dan noradrenaline. Ini mengurangkan kekuatan dan kelajuan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan darah





- Calcium channel blockers {Norvasc (amlopidine), Angiotensinconverting enzyme (ACE)}.
Merupakan salah satu ubat yang biasa dipakai dalam pengawalan darah tinggi melalui proses merehatkan pembuluh darah yang juga memperlebar pembuluh darah. ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.



- Calcium channel blocker
Calcium channel blocker menyekat perjalanan kalsium ke sel di saluran darah. Ini menyebabkan saluran mengembang dan menurunkan tekanan darah.





- Alpha-blocker
Alpha-blocker menyekat isyarat saraf yang menyebabkan cengkaman saluran darah.





Jika pesakit menghidap angin ahmar atau serangan jantung, beta-blocker adalah pilihan pertama. Di kalangan pesakit dalam peringkat pertama dan tiada tanda-tanda kerosakan organ, perubahan cara hidup boleh dicuba terlebih dahulu selama enam bulan hingga setahun. Jika tekanan darah masih melebihi 140/90 mm Hg, biasanya satu jenis ubat digunakan.

Bagaimanapun di kalangan pesakit yang dalam peringkat kedua, kadangkala doktor memulakan dengan dua jenis ubat dengan serentak. Terdapat ubat moden di mana dua jenis ubat disatukan di dalam satu pil dan ini menyenangkan pesakit dan menggalakkan mereka kekal memakan ubat setiap hari. Di dalam pemilihan ubat, kos juga menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan.

Kemungkinan kesan-kesan sampingan ubat tekanan darah tinggi

Ubat lain mempunyai kesan-kesan sampingan berlainan untuk setiap orang. Kesan-kesan sampingan ubat-ubat antihipertensi boleh termasuk rasa pening apabila anda bangun selepas berbaring atau duduk, merendahkan paras kalium dalam darah anda, masalah-masalah tidur, kelalian, mulut kering, sakit kepala, mengembung, sembelit dan kemelesetan. Dalam lelaki, beberapa ubat-ubat antihipertensi boleh menyebabkan masalah-masalah dengan batin.

Bercakap dengan doktor keluarga anda tentang sebarang perubahan anda perhatikan. Jika satu ubat tidak bekerja untuk anda atau menyebabkan kesan-kesan sampingan, anda mempunyai pilihan lain. Biarkan doktor anda membantu mencari ubat yang betul untuk anda.

Rawatan jangka panjang

Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya menjalani rawatan seumur hidup dan selalunya berjumpa doktor antara satu hingga tiga bulan sekali.

Di kalangan pesakit yang tekanannya tidak terkawal atau menghidapi masalah perubatan seperti sakit jantung, strok atau kerosakan buah pinggang haruslah berjumpa doktor setiap bulan.

Ada setengah pesakit di mana tekanannya susah dikawal dan memerlukan tiga atau empat jenis ubat.

Kajian menunjukkan bahawa 50 peratus daripada pesakit memerlukan satu jenis ubat dan 30 peratus lagi memerlukan dua jenis ubat sementara bakinya pula memerlukan tiga atau empat jenis ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.
Kajian juga menunjukkan bahawa 30 peratus daripada pesakit mempunyai tekanan darah tidak terkawal.

Faktor pertama tekanan tidak terkawal adalah disebabkan ubat yang tidak mencukupi disebabkan pesakit tidak memakan ubat yang diberikan.
Ada kajian yang menunjukkan 50 peratus daripada pesakit berhenti makan ubat dan tidak berjumpa doktor dalam jangka masa setahun selepas bermulanya rawatan.

Hakikat ini boleh difahami kerana penyakit darah tinggi selalunya tidak mendatangkan apa-apa gangguan dan ubat yang dimakan kadangkala menyebabkan kesan sampingan yang mengganggu kehidupan harian pesakit. Tetapi, adalah sangat penting ubat dan rawatan diteruskan memandangkan penyakit-penyakit yang serius yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tidak dikawal.

Diet makanan untuk pesakit darah tinggi
Makanan Untuk Menurunkan Tekanan Darah
1. Susu Skim

Susu skim memberikan kalsium dan vitamin D, dua nutrien yang bekerja sebagai kumpulan untuk membantu menurunkan tekanan darah sampai sekitar 3 – 10%. Walaupun ia kelihatan menurun dalam peratus yang rendah, namun ia dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 15%

2. Bayam
Biji bunga matahari yang tidak diberi garam, kacang-kacangan seperti kacang
hitam, navy, lima, pinto, kacang merah

Bayam, biji bunga matahari yang tidak mengandungi garam, dan kacang-kacangan yang dikeringkan (bean) kaya dengan magnesium, kandungannya merupakan kunci untuk menurunkan dan menjaga tekanan darah yang sihat. Makanan-makanan ini juga memberikan banyak potassium, nutrient utama dalam mencegah tekanan darah tinggi.

3. Kentang baker, pisang, kedelai.

Ketiga makanan ini kaya dengan potassium. Kadar darah potassium berkait rapat dengan kandungan natrium (sodium). Jika potassium rendah, tubuh mempertahankan natrium (sodium). Terlalu banyak natrium (sodium) menaikkan tekanan darah. Jika potassium tinggi, tubuh mengeluarkan sodium. Mengkonsumsi makanan tinggi potassium penting untuk menjaga keseimbangan kesihatan ke dua-dua mineral ini dan diperluas dengan menjaga tekanan darah agar tidak tinggi.

Catatan :
Jangan minum suplemen potassium kecuali jika diarahkan oleh doktor. Terlalu banyak potassium dapat mengganggu keseimbangan dan boleh menimbulkan akibat serius, bahkan mengancam jiwa.

4. Coklat
Hitam

Makan sekitar 30 kalori atau kurang dari ½ ons coklat hitam, dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah tanpa menaikkan berat badan atau kesan buruk lainnya, begitu menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association edisi 4 Juli 2007.





Makanan yang perlu dielakkan

1. Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari) Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza. Sila rujuk jadual berikut:

Berat badan
Jadual Kandungan Garam dalam Makanan


Menambah Perisa Dalam Makanan
Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda. Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.
Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.

Makanan masyarakat Malaysia yang perlu di elakkan (risiko meningkatkan tekanan darah tinggi anda)

1. Nasi beriani/ Nasi Lemak/Nasi goring/Nasi ayam
2. Mee kari/ Meehoon goreng/ Kuey teow Goreng
3. Roti canai/ telur/Murtabak
4. Masak rendang/ Masak goreng-goreng/ Kari santan/ Ikan masin
5. Kuih bergoreng
6. Nescafe

Makanan masyarakat Malaysia yang digalakkan
1. Peria
2. Propolis
3. Bunga rosell
4. pegaga
5. Nasi putih
6. Asam laksa Mee/Meehoon Sup/ Mee rebus
7. Capati tanpa ghee/ Tosai
8. Masak tomyam/ Ayam bakar/ Ikan kukus/ asam pedas/ masak tomato
9. Sandwich/ Apam tanpa kelapa/ Popia basah (tanpa udang/telur)
10. Kuih kukus tanpa santan
11. Buah-buah segar

Digalakan juga memakan buah epal, buah pair, labu, omega-3 (biasanya terdapat dalam ikan salmon), buncis, oat dan juga menjalani berbekam

Koleksi Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi

Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.

Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun.

Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. Penyakit darah tinggi akan turun.

Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.


Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas

Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan. Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.





Senaman boleh membantu mengurangkan risiko
1. Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
2. Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
3. Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
4. Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
5. Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
6. Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak BersenamJadikan senaman sebagai amalan hidup anda. Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda. Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.

Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman. Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan. Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.

Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.

Jenis-jenis Senaman

1. Senamrobik
Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.
Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.

2. Kalestenik
Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot. Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik. Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.





Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Patuhilah Syarat-syarat BersenamLakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.

Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.

Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.


Bantuan dari masyarakat sekeliling, kawan dan keluarga.

Orang-orang disekeliling anda yang menhidapi tekanan darah tinggi memainkan peranan penting dalam proses menurunkan tekanan darah atau mengawal tahap tekanan darah tinggi.

Bantuan yang diperlukan adalah seperti:

1. Lawatan anda ke rumah pengidap darah tinggi – tidak membawa sebarang makanan yang mempunyai unsur-unsur yang boleh meningkatkan darah tinggi seperti makanan berlemak, daging merah atau berminyak dan mengandungi kolestrol yang tinggi.
2. Mengurangkan tekanan perasaan – tidak membuatkan pesakit stress dengan isu-isu yang dibawa. Anda juga diingatkan supaya lebih bersopan sekiranya melawat pesakit darah tinggi bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga kepada pesakit yang baring dikatil bersebelahan. Sembanglah dengan nada yang perlahan dan berada terlalu lama bersama pesakit supaya tidak mengganggu rehat pesakit atau pesakit disebelah.
3. Beri sokongan aktiviti senaman sama ada membelikan alat senaman atau memberikan ruang masa kepada pengidap agar boleh melakukan aktiviti senaman.
4. Korbankan selera anda. Jika isteri anda adalah pengidap darah tinggi. Korbankanlah sedikit selera anda terutama penggunaan garam, makanan berlemak atau berminyak. Berikan sokongan kepada pengidap dalam diet makanan yang sihat.
5. Sentiasa memberikan peringatan kepada pengidap tentang makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi sekiranya ingin makan diluar rumah atau membeli juadah diluar.

Rujukan

http://www.nhlbi.nih.gov/health/dci/Diseases/Hbp/HBP_WhatIs.html

http://video.answers.com/

http://sihatselalu.com/2010/02/bersenam-membuatkan-jantung-cergas-dan-jantung-sihat/

http://www.infopenyakit.com/2008/01/penyakit-darah-tinggi-hipertensi.html

https://www.facebook.com/ePetua
eksaiklopedia Petua  Melayu Lama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
Dsbg.. dibenarkan untuk share dgn syarat sila paparkan nama blog saya di rujukan kajian anda. TQ.