Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, August 30, 2021

Nasi Lemak KL guna Presure cooker

 

Member tanye.. camner nak masak nasi lemak KeyEll...


Nasi lemak KL?  Aku rasa semua ingredient sama je .. namanya nasi lemak juga.. 

cuma ada yang jenis ringkas dan ada yang renyah sikit nak buat.  Tempohari aku masak nasi lemak tapi pakai presure cooker... ikut la ... kalau kau pakai noxxa mungkin satu minit je nasi lemak dah siap.. tapi aku pakai manual pressure cooker.. lambat sikit... 7 minit...(ikut berapa pot masak.. kalau satu 2 pot.. 2 3 minit) tapi kalau kau nak normal.. pakai je rice cooker biasa.. nak masak tu tekan cooker..sampai ler dia keep warm sendiri..


Resepi nasi lemak presure cooker aku


Masak utk 14 orang

kalau kau nak makan berdua... kurangkanlah potion dia ikut keperluan.

Nasi

___


Beras 6 cup

Air 4.5 cup

Santan kara 4.5 cup

2 batang serai di titik

1 biji bawang merah sedang2 saiznya dimayang halus

Daun pandan 3 helai di simpul

Sedikit garam


Beras basuh, buang airnya.  Masukkan dlm presure cooker.  Masukkan bahan diatas. Gaul.  Rasa garamnya ngam2.  Buka api sedang mcm nak masak kari.  Nampak dah suam2.. tutup periuk dan lock.  


Set time kat hp 7 minit

Dah 7 minit matikan api, biar di depresure sendiri.  Buka dan check nasi. Gaul nasi tu. Kalau nampak mcm mentah, tuang air agak2.  Tutup presure cooker .. masak dlm 2 minit.  Bila presure dah hilang.. bole prepare makan..


Bahan sampingan

________________

Telur.. boleh buat telor mata atau telur dadar atau telur rebus.. kalau aku, aku suka buat telor mata atau telur dadar.


Goreng sikit ikan bilis dan kacang tanah.  Ikan bilis nak goreng lebih pun tak pe... nanti boleh masukkan sikit kat sambal masa masak sambal.


Pastu .. kalau nak simple.. timun hiris.. kalau nak leceh sikit.. tumis kangkung.. 
Tumis kangkung - macam biasa la... bawang + ikan bilis tumis.. masukkan kangkung + garam.. settle.



Sambal

____

Masak mcm sambal je la..

Lebihkan bawang merah dan blend ikan bilis


kalau nak detail.. aku tak pandai.. sebab aku pun masak campak2..

Bawang merah dan bawang putih blend atau tumbuk..

Pakai cili giling boleh, pakai cili kisar kedai pun boleh..

Asam jawa boleh, asam keping pun boleh

ikan bilis blend.. ikut suka banyak mana..


mula2 

Tuang minyak masak - minyak banyak tak pe.. 

tumis cili kisar.. sampai dia naik minyak.. masukkan bawang blended tadi..

masukkan ikan bilis blend..kalau nak bubuh ikan bilis biasa pun ok.. tambah je..

kacau lagi sampai naik minyak.. minyak biar bergenang/ berkuah takpe..

👆 ni gambar sambal orang lain.. tapi nak tunjuk minyak sambal ni.. 

masukkan asam jawa .. garam dan gula.. masukkan garam sikit2 sebab ikan bilis dah masin..

rasa.. imbangkan asam jawa dengan garam dan gula..

settle.. nanti nak makan.. asingkan la minyak sambal tu.. tinggalkan sambal je..

masukkan dalam pinggan..  settle...

Kalau nak tambah jawa stail.. goreng tempe sikit.. perghh.. macam gambar kat atas sekali tu.. ada tempe tapi dah salut sambal.. yang gambar atas tu aku ler masak..

macam makan kat kedaii da..


Nasi lomakkk....

Nasi lemak sedap makan dengan kopi susu atau teh tarik.. 

Selain tu boleh la tambahan 

Sambal sotong ke

ayam goreng ke

Paru goreng ke..

Good luck fren..

Kalau aku buat nasi lomak.. aku try buat video eak.. aku pm nanti..

Thursday, August 26, 2021

Review "Bad Cop" 2016

Bad Cop - 2016, China
Tengok kat youtube, Bunyi macam best.. cerita awal2 macam best tapi bila masuk tengah cerita agak membosankan.

Kisah seorang wanita bernama Wu Xie yang membuat penyamaran di sebuah sekolah.  Berikutan kes pelindungan saksi dan kes pelajar hilang.  Saksi tu adalah seorang cikgu lelaki Mr Huang.  Pada awalnya dia tidak berjaya menyelamatkan cikgu tersebut dari hampir di bunuh.  Tetapi akhirnya perlaku dapat dihadapkan ke mahkamah.  Semasa kali ke 3 dia bertarung dengan pembunuh upahan (kawan sekelas) dia sendiri Molly.  Mereka buat lawak.. (aku rasa lawak) sebab mereka main pas2 pisau macam main piring kat pantai.  Akhirnya Wu Xie menang pertarungan tersebut dan membiarkan Molly lepas pergi.  Sebelum pergi Molly cakap dia akan selamatkan Wu Xie (Lawak la.. tak pernah dlm cerita pembunuh upahan buat perjanjian dgn musuhnya).

Wu Xie mengajak Mr Huang tengok wayang.  Kemudian Mr Huang menciumnya. (Satu lagi scene tak logik). Selepas hantar Mr Huang pulang, dia pergi rumah Tang Fei.  Dia jumpa dua orang rakan kelasnya di ikat.  Kemudian asap berkepul dibelakangnya membuatkan dia pengsan.(Satu lagi scene lawak sebab dua orang rakannya tak pengsan pun dlm bilik yg sama).  Setelah Wu Xie terjaga, Tang Fei menceritakan kenapa dia menculik dua orang rakan sekelasnya.  Ia sebab abangnya cubaan membunuh diri.  Aku sendiri tak paham.. apa kaitannya (hanya baca terjemahan).  Tang Fei cuba membunuh Wu Xie berjaya melepaskan ikatan tangan.  Tiba2 Mr Huang datang menyelamat.  Tapi pisau terkena tangan Mr Huang.  (Mr Huang biar Wu Xie bertarung dgn Tang Fei.. aku rasa lawak.  Pengecut punye cikgu!. Takde telor).  Last2 Molly muncul selamatkan Wu Xie.

Wu Xie tanya, Molly buat apa kat situ.. dia cakap, dia cuba menyelamatkan Wu Xie.  Lawaknya cikgu Mr Huang relex je pegang tangan dia yg terluka.. Molly tu kan anak murid dia.. dia tak terkejut ke?  Mengarut punye cerita.

Last scene.. Wu Fei datang ke kelas Mr Huang dgn berbaju detective.  Dan membuat announcement yang Mr Huang boyfriend dia.  Dia akan keluar dating malam nanti.  Inilah paling bangang punye scene.

Habis.

Aku bagi setengah bintang..
Cerita Melayu lagi best dari cerita china.  Harap hero dengan herion je cantik.. cerita ke laut. 

Wednesday, August 25, 2021

Review "The Reason I'm Getting Married"

The Reason I'm Getting Married, 2014

Tengok kat youtube.. nampak tajuk simple.. terus tengok..sebab dia bukan bersiri.. ia movie.. duration 1jam 7 minit gitu..

Awal penceritaan buat kita tertanya2 sape yang nak kawen sebenarnya.. sape watak utama.. lepas tu baru masuk objektif cerita.. 

"Kita keluar dgn orang yang kita cintai tetapi perkahwinan bukanlah hanya sebab cinta.  Bila cinta berputik menerusi perhubungan dan kekal dalam sistem tersebut ia disebut perkahwinan..  kehidupan terlalu panjang untuk hidup berdasarkan cinta.  Hidup sentiasa bergelora.."

Cerita ni mengisahkan pasangan yang telah couple selama 6 tahun dan sedang dalam perancangan utk mengadakan majlis resepsi.

Kim Jiwon menghadapi konflik apabila tiba2 dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang pernah membuat pengakuan menyukai dia 6 tahun lalu.  Dia menolak Lee Jungi kerana pada pendapatnya Lee Jungi masih muda dan pada masa yang sama telah berpasangan bersama Han Seunguk.  6 tahun bersama Han Seunguk buat dia rasa cinta itu sudah mendatar..dan bertanya2 kenapa Han Seunguk tetap ingin berkahwin dengan dia.  Dia berulangkali bertanya dengan Han Seunguk tapi Han Seunguk sentiasa memberi jawapan yang tidak jelas.

Setelah lama tidak berjumpa, Lee Jungi setelah pertama kalinya terserempak dgn Jiwon ketika dia mengenakan pakaian pengantin di butik Illuso. Dia semakin kerap berjumpa dengan Kim Jiwon dan menyatakan hasrat utk meraih cinta Jiwon semula. 

Pada awalnya dia tidak tahu Jungi adalah CEO butik Iluso.  Dia tiba2 memenangi pakej VVIP di situ. Dia memberitahu Seunguk tetapi jawapan Seunguk cukup mengecewakan Jiwon.  Dia menolak pemintaan Jiwon utk mengadakan resepsi di butik Illuso.  Sebenarnya Seunguk sedar butik Iluso milik Lee Jungi dan ternampak Lee Jungi sedang meraih cinta Jiwon.  Dia juga merasa kecewa.

Jiwon sedar Lee Jungi memiliki ciri2 lelaki idamannya hensem, cool, kaya dan dia menjadi tidak keruan apabila Seunguk masih tidak berterus terang kenapa dia ingin mengahwini Jiwon, adakah lagi rasa cinta?

Kerana jawapan Seunguk, Jiwon bergaduh dan dia menjadi keliru sama ada mahu meneruskan perkahwinan dgn Seunguk dan berpindah kepada Lee Jungi kerana Lee Jungi menyakinkan Jiwon yang dia cintakan Jiwon.  Jadi Jiwon berjumpa dengan 2 orang kawannya untuk meminta nasihat.  Namun ia tidak mengubah apa2.. seorang sahabatnya memilih seunguk dan seorang lagi memilih Jungi.

Akhirnya Jiwon pulang dengan hampa.  Rupannya ia terlupa hari tersebut adalah hari peringatan bapanya.  Dia dapat tahu bahawa Seunguk hadir memperingati hari tersebut dan selama ini dia membayar sewa rumahnya selepas ayahnya meninggal.

Malam tersebut dia telah mendapat petunjuk di dalam mimpi.  Jiwon bertemu ayahnya dan dia nampak Seunguk meminta izin ayahnya utk mengahwini Jiwon.  Ayah Jiwon merestui Seunguk dengan syarat Seunguk mestilah berada di sisi Jiwon sehingga ke hari tua.  Part ni memang menangis Ooo...  Ayahnya berkata Jangan mati dulu sebelum Jiwon.  Berada di sisi Jiwon selamanya itulah cinta.  Ayah Jiwon juga menyarankan Seunguk untuk berhenti merokok agar tidak sakit sepertinya.  Dalam mimpi itu juga dia melihat Seunguk mendekati adiknya ketika hari pengkebumian ayahnya.  Dia menenangkan adiknya.. dan memintanya memanggil Seunguk sebagai abang ipar selamanya.

Akhirnya Jiwon pergi ke penginapan Seunguk untuk meminta maaf kerana meragui Seunguk.  Dia berjanji tidak akan bertanya lagi soalan adakah Seunguk mencintainya? (Kerana dia telah tahu jawapannya)

Ending dia best...

Wala.. wala..
Happy ending..

5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Sebab dia bukan sekadar cerita tapi yang tersirat dia sangat memberi kesan.  

Bercinta 6 tahun sudah tentu kehidupan menjadi lebih cool sehingga kehangatan bercinta itu hilang.  Jadi hidup kena lebih realistik.  Lihatlah kepada pengorbanan dan keikhlasan pasangan itulah cinta.  Cinta mungkin bukan diungkap melalui kata2 tetapi juga perbuatan dan tindakkan pasangan.




Tuesday, August 10, 2021

Review "Use For My Talent"

Tajuk:  Use To My Talent  (2021)

Baru habis tonton Use to My Talent.  Cerita dari china... 24 episod pendek..  Durasi 45 minit.. jalan cerita ala2 korea.  Simple tak banyak konflik.    Mengisahkan seorang lelaki yg memiliki OCD extreme terhadap kebersihan, bertemu dgn seorang gadis biasa.  Pelan2 OCD-nya berkurangan.  Ada 3 penceritaan yang digaul dengan cantik. Melibatkan 3 pasangan Gu Renqi + Shi Shuang Jiao, Li Dong Xian (Renqi assistant) dgn  Wang Qian Qian, Shi Jun Jie (Adik Shi Shuang Jiao) dgn Zhu Yan.  Cuma diakhir eposide ada part yang klise.. (Konflik bodoh:  Bila Shi Shuangjiao mendapat tahu, ibunya mati kerana datuk Mr Gu Ren Qi.. tapi perkara tu tak jelas dan mereka break up pastu sedih2.. poyo!). 

Diakhir cerita, Renqi dapat mengatasi OCD apabila dapat menangani punca dia menjadi obses kepada kebersihan. Happy ending.. Mr Gu Renqi melamar Shi Shuang Jiao buat kali ke dua bila berada dalam belon panas.

Pengarapan cerita jelas.. bila baca komen rupanya dia mmg adaptasi cerita korea "Clean with passion for Now".  Padanlah best.  Mungkin boleh review sikit nanti.

Genre romantic... kalau suka yang fantasi romantik2.. cium2.. dgn suasana indah2.. tu boleh la..  sebab ada 3 pasàngan dengan jalan cerita yang berbeza.. best.

4 bintang sebab cerita adaptasi.. kuii..kuii..