Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, January 22, 2018

Kesalahan intergriti



Bila mana kita terlibat dengan situasi yang agak tegang, pegawai penguatkuasa atau pegawai berkuasa meminta suapan, imbuhan dan keistimewaan untuk memperoleh sesuatu, sudah tentu kita sedia maklum bahawa ia melibatkan integriti dan bentuk tersebut dikenali sebagai rasuah.  Walaubagaimanapun, ada beberapa sifat integriti yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan ianya kita lakukan tanpa disedari.  Bila kita bercakap soal integriti ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian.  Soalnya bukan sahaja pihak kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan (kementerian-kementerian dan jabatan), ia juga tertakluk di peringkat negeri (kerajaan negeri contohnya pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dll).  Ia melibatkan semua peringkat sama ada swasta atau kerajaan.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian.  Berikut adalah perbuatan-perbuatan yang menjejaskan integriti diri sendiri dan organisasi, malah juga melibatkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan atau mana-mana Akta yang berkaitan dan juga Perlembagaan Malaysia.

1.  Menggunakan dana atau wang pejabat untuk kepentingan peribadi
2.  Memperoleh wang, barang atau perkhidmatan secara paksa daripada pelangan
3.  Menerima hadian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan bagi khidmat yang diberikan;
4.  Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada anggota keluarga dan kepada mereka yang ada kepentingan dengan diri anda
5.  Terlibat secara langsung dalam proses melantik anggota keluarga untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi kita bekerja.
6.  Mengemukakan tuntutan penginapan meskipun kemudahan penginapan disediakan oleh pihak penganjur
7.  Mengambil atau menggunakan kemudahan pejabat (sebagai contoh 'thumb drive' dan sebagainya) untuk kegunaan peribadi atau keluarga.
8.  Jika anda seorang anggota atau pegawai penguatkuasa, adalah salah jika menggunakan ancaman dan atau intimidasi bagi mendapatkan wang, barangan atau perkhidmatan
9.  Menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan manfaat atau faedah yang tidak sah
10.  Memberi wang atau insentif untuk memperoleh dan atau membeli undi
11.  menggunakan media sosial bagi tujuan meluahkan ketidapuasan hati terhadap Jabatan dan atau Organisasi dan membocorkan rahsia Jabatan dan atau Organisasi
12.  Meminta orang politik dan atau kenamaan untuk mempengaruhi urusan berkaitan pekerjaan (contoh, pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat dan sebagainya);

ini adalah senarai sebahagian daripada sejumlah tindakan, sama ada yang termaktub daam undang-undang atapun tidak, yang tidak wajar dilakukan  dan sebaliknya  harus  bertindak jujur pada sebarang masa dengan penuh amanah, jujur dan mengamalkan budaya berintegriti.

Perkara yang harus diingat dlama islam.  Seseorang yang tidak berintegriti melaksanakan, melakukan sesuatu perbuatan dengan sebagai balasan kebanyakkannya berlaku atas urusan kerja atau faedah yang akhirnya kembali kepada kita, keluarga kita kesannya tidak akan kelihatan secara nyata.  Maksudnya atas dari perbuatan tersebut kita memperolehi gaji, upah atau kepuasan hati akhirnya perkara itu akan ada kaitan dengan keluarga.  Kita kembali bersama keluarga dengan gaji, upah tersebut kita bagi anak-anak kita makan, membeli keperluan rumah dan sebagainya.  Bagaimanapun kita tidak akan merasa puas kerana pekerjaan kita tiada keberkatan.  Keberkatan itu bergantung kepada masa (masa yang terlalu pantas berlalu), wang ( duit cepat kehabisan dan tidak tahu kemana ia habis), kesihatan (anak selalu sakit, badan sakit-sakit, keguguran, penyakit kronik datang menyerang menyebabkan wang terpaksa dihabiskan di situ),kebahagian (perbalahan suami isteri, anak-anak asyik bergaduh, buat hal disekolah, anak-anak menjadi dungu, keras hati, degil dan sebagainya), musibah (sakit berpanjangan, kemalangan, rumah terbakar, kereta kerap rosak, rumah masuk pencuri dsbg), dan banyak lagi.

oleh itu, bekerjalah dengan amanah.


Rujukan:
Risalah integriti - Taklimat integriti


Thursday, January 11, 2018

Terapi Tulang Belakang - Langkah ke tiga

My Next session teraphy adalah 24 Oktober 2017

Huhu... rasanya macam dah lama sangat da... baru je beberapa bulan kan...

Macam biasa awal sesi .. instructor akan tuam belakang aku dengan dia punya alat tuaman dalam masa 10 - 15 minit macam tu ler..

Lepas tu baru dia start bagi terapi.. opss... sebelum tu.. kitorang ada perbincagan skit tentang sakit aku.. dia tanya perkembangan dan apa lagi yang terasa sakit.   Mostly bila dah beberapa kali pergi terapi dah hampir hilang dah sakit aku ni..

Doc yang instruct sesi sebelum ni.  Dia suruh aku meniarap seperti dalam rajah.
Ikut langkah ini..
aku dok search apekah benda senaman yang aku buat ini... cari kat bahagian terapi tu tak jumpa tapi aku lebih banyak jumpa dalam bentuk YOGA.  Ada dua jenis exercise yang hampir serupa.  Satu namanya Cobra Pose dan satu lagi namanya Upward Facing Dog.  Mana satu yang sebenarnya pun tak pasti.  Dan kalau diikutkan cara pun ada sedikit berlainan antara satu sama lain.  

So aku up untuk korang tengok cara dia buat.  Apa pun... badan tu jangan lentik sangat kalau tak boleh buat jangan paksa... buat ikut upaya.  Lagi buat ikut gambar yang aku bagi tu.. jangan ikut instructor tu sangat... dia buat lentik sebab badan dia sihat .. kita ni yang sakit ni.. ikut cara dia kang terus tak boleh bangun... kuii... kuiii... kuiii... buat ikut last tahap yang kita boleh buat.. esok up sikit lagi... esok up sikit lagi.. 


boleh juga chek youtube ni tengok perbezaannya



Sebenarnya selepas aku buat senaman yang ini, aku sakit belakang... perghh... dia punya sakit bertahan satu hari.  Dia sakit sebelah kanan lebih dari kiri.  Lepas buat memang aku selang hari baru buat balik.  

pastu...
Doc tu ajar lagi satu jenis senaman..

Langkah pertama ialah duduk bertimpoh, dalam bahasa yoga disebut sebagai Vajrasana, kalau sebagai orang islam di panggil sebagai "Duduk antara dua sujud"


Pada posisi tu turunkan tangan ke lantai seperti nak bersujud.  Nama senaman ni Wide Knee Child Pose.




Kemudian tolak badan ke hadapan pada posisi relex.  Pada posisi ini dipanggil sebagai Puppy pose.


Akan rasa ketegangan pada otot lengan dan belakang badan.  Kalau tengok gambar ke dua tu, dia buat melentik sangat... tak payah la... buat ikut daya je.. up sikit2 utk next exercise.  Rupanya dah macam kucing bangun tido... hehehe..



Untuk sesi yang ini... diajar dua ni je.. Pastu aku demam utk next sesi.. jadi aku call minta tukar sesi.. dia bagi hampir sebulan kau...  sepatutnya 15 November jadi 7 Disember.  Tiba tarikh tu dekat, hubby cakap minta tukar tarikh sebab hari tu dia kena outstation pagi2.. Kalau nak dia hantar kena menyubuh laa... Tapi bila aku call pusat terapi tu kata, tak bole tukar dah.. kalau tak, kira tamat je la.. Adeh... Cakap dengan hubby.. subuh pun subuh la sampai spital.

Menjelang sehari sebelum sesi rawatan, unit rehab tu telefon balik... nurse kata, minta tangguh tarikh pada 13 Disember 2016 - agaknyer instructur takde la tu..  Kira rezeki laa... sebab last minute spital yg tukar tarikh.. 

Okey.. Next terapi... jeng jeng...

Ini pautan untuk Langkah Pertama

Ini pautan untuk Langkah Kedua

Ini pautan untuk Langkah Ke empat






Wednesday, January 3, 2018

Terapi tulang belakang - Langkah ke Dua

Aigooo... Ni pasal tengok cerita korea la ni... lama tak update..
Hehehe...

Posting pertama tahun 2018

Rehab ku kat Hospital Banting telah pun tamat.  Huyeeyyy.... instruktor kat situ kata dia dah ajar semua..  Jadi kena praktik kat umah.. SEMUA.  Dia kata lagi struktur badan aku dah mmg mcm tu so kena teruskan buat sampai bila2.. so.. as long as aku buat mungkin tak de la sakit lagi...

last aku gi rehab 13 Disember 2017 beberapa hari lagi nak birthday aku... kikiki.. Hooo ye laa... aku sagitarius.. Ni dah 3 Januari 2018.. baru ler aku start balik praktis rehab aku.. dah start sakit belakang.. padan muka akuuu... hahaha.... sibuk kalah kan orang bekerja.

Okey... start balik... Aku tak ingat bila tarikhnya tapi next latihan dia bagi agak berat skit walaupun nampak simple... sebabnya aku ada masalah dekat pergelangan tangan... sebelum ni ada naik genglion kat tangan tu... tetiba dia surut sendiri.. tapi bila dia nak sakit tu... sesuka hati dia je..

Next doktor ni pompuna melayu - nampak dia macam garang skit.. rasanya dia staff permenent kat situ sebelum ni aku bukan dengan dia pung... banyak yg praktikal.

Dia suruh aku baring, kemudian bengkokkan kaki ke atas, sebelah kaki bersilang macam nak duduk bersila.  Tangan dua-dua belah tampung kaki yang dibengkokkan macam dalam rajah kat bawah.


Tangan kemudian tarik kaki tu ke dada.  Rasa tegang tu pada otot kaki yang bersilang.  Mula-mula agak rasa sakit sikit..  Lagi masa mula2 perut ku boroi tarik tak bole habis sebab jumpa perut dulu... hahaha....

Sekarang ni dah okey.. perut dah kempis.. perghh... kalau nak kempiskan perut pun boleh guna cara ni.  Nampak macam mudah je... masa tarik ke dada tu cepat benar mengahnyer,,, senaman baring je pun..

oh tarik kaki tu 10 kali, tak payah tukar2 kaki.. kaki kiri 10 kali... dah habis sepuluh baru tukar kaki kanan.. mcm tu la...

Ni aku ada download video dari youtube.. boleh cari la kat youtube belambak.. instrutor ni dia tunjukkan step by step.. jadi kalau masih baru lagi... jangan try step optional dia.. yang sebelah tangan tarik ke badan yang sebelah lagi tolak.. try yang asas je macam dalam gambar tu... video ni just nak tunjuk sampel dia buat.



Next senaman yang dia suruh buat ialah senaman yang sama macam sebelum ni.
Rapatkan dua belah kaki ke dada... kalau perut buncit tu mau mengah nak buat.  Nampak senang... huhuhu..

okey tu lah untuk sesi yang ini.10 Oktober 2017

Lastly... 

Sekali lagi aku nak pesan... jangan pandai-pandai buat senaman sendiri.. dapatkan nasihat pakar..
tak semua orang sakit yang sama... kalau korang kena slip disk.. salah buat.. mau kang terkeluar disk korang dari badan.. aku tak bertanggungjawab.


Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah Pertama

Pautan ke Terapi Tulang Belakang - Langkah ke Tiga