Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Thursday, August 27, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog yang beragama Islam. Semoga puasa pada tahun ini memberi kelebihan kepada kita semua. Semoga pada tahun ini kita mendapat malam Lailatur kadar. Semoga sama-sama kita hayati ramadan kali ini.


Semoga kerananya kita berubah menjadi insan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Salam Ramadan dari saya dan suami kepada semua pembaca.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-mubarak

Alhamdulillah. Kita sudahpun menyambut Ramadan 1430H. Aku merasa bersyukur kerana masih lagi beri peluang menyambut ramadan. Pada masa menaip ini, azan di surau sebelah rumah berkumandang... alangkah indahnya Ramadan ini. Hingga hampir menitis air mataku.

Di kesempatan ini. Aku memohon ribuan maaf kepada semua yang mengenali diri ini atas dosa-dosa yang telah lepas sama ada aku sedar atau tidak sedar aku telah menyebabkan kalian terasa hati dengan aku.


Aku sedar pasti ramai yang sedang mencari waktu imsak dan berbuka puasa 2009 atau 1430H. Di sini aku lampirkan untuk kemudahan kalian. Semoga ini akan membantu anda semua berbuka dan bersahur.


Selamat Berpuasa!!


WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR PUTRAJAYA

SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

MELAKA
Melaka

JOHOR
ZON 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
ZON 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
ZON 3-Daerah Pontian Dan Kluang
ZON 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor

PERAK
ZON 1- Daerah Hulu PERAK, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta Dan Daerah Batang Padang[Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Kampar, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
ZON 2-DAERAH KERIAN, DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, DAERAH PERAK TENGAH, DAERAH MANJUNG DAN DAERAH HILIR PERAK.Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Selama, Parit, Kg.Gajah,Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor,Teluk Intan DanBagan Datoh]
ZON 3-BUKIT LARUT(TANAH TINGGI)

SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS,KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

TERENGGANU
ZON 1-KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2-BESUT DAN SETIU
ZON 3-HULU TERENGGANU
ZON 4-KEMAMAN DAN DUNGUN

KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN

PERLIS
PERLIS




Monday, August 10, 2009


Kebetulan aku dan suami telah merancang untuk pergi ke PC-Fair pada hari itu. Perancangan awal untuk pergi pagi disebabkan pada waktu pagi orang masih tidak ramai tetapi terpaksa menunda perjalanan kerana takut bertembung dengan orang yang buat perhimpunan ini. Bukan calang-calang banyaknya.. yang pro-ISA dan anti-ISA. Kenapalah diorang ni buat kerja yang sia-sia ni. Cukup menyusahkan.

Akhirnya, agak petang dalam pukul 3 baru kami bergerak dari rumah. Dipertengahan jalan masuk ke highway (aku tak tahu highway mana - tak alert pulak), trafik jam pula. Polis buat sekatan jalan raya. Aduh sungguh menyusahkan orang awam! Tapi aku tak salah kan polis itu. Sebab dia buat kerja dia.. menjaga keamanan..

Yang menyakitkan hati.. yang buat perhimpunan ni tak fikir ke dia menyusahkan orang ramai?! Berlaku kekecohan, lebih-lebih lagi di masjid jamek. Kebetulan hari sabtu tu, suami aku memberitahu, tren putra ke masjid jamek dihentikan buat sementara waktu sebab kekecohan itu. Hati aku menyumpah-yumpah BODOH! BODOH! BODOH betul manusia-manusia yang menyertai perhimpunan itu. MENYUSAHKAN BETUL!!!

Aku tak berapa faham tentang motif diorang berhimpun. Malam tu, aku dengar berita polis menahan 500 lebih orang yang terlibat dalam perhimpunan itu. Beberapa hari kemudian aku membaca beberapa artikel tentang perhimpunan ini dan berita. Aku tak mahu bias dengan artikel pro kerajaan sahaja, aku pun membaca beberapa artikel pro pembangkang. Hasilnya, membuatkan aku marah. Ni semua angkara POLITIK.




Masing-masing menyatakan mereka berhimpun secara aman dan mempunyai niat yang betul. Padahal semuanya menyusahkan orang ramai seperti aku. Konon-kononnya perhimpunan mereka dikawal oleh pihak mereka dan polislah yang menyebabkan mereka seperti ayam berak kapur. Manakala pihak yang satu lagi, pula sangat kelakar kerana boleh pula diberi panduan bagaimana berhadapan dengan pihak polis. Kan lebih baik jika tak berhimpun dan tak perlu berhadapan dengan pihak polis.

Aku hairan betul kenapa mereka ini membawa orang yang hilang akal berhimpun dan menghabiskan masa untuk ditahan polis? Tak ada kerja lain kah? Kalau bawa ahli keluarga berhimpun secara berfaedah kan baik. Kenapa dikiliknya anak-anak berdemonstrasi? Bukankah PM telah menyatakan mereka akan kaji semula ISA? Kenapa gatal-gatal nak berhimpun? Tak reti bersabarkah?

Yang sakitnya, tempat berhimpun mereka di tempat-tempat orang Melayu berniaga dan di masjid-masjid dan paling malang sekali.. rata-rata yang mendemonstrasi dan yang ditangkap adalah orang Melayu sendiri. Rata-rata tempat-tempat berniaga itu pun orang Melayu sendiri. Tidak rasakah sebenarnya orang Melayu diperkuda-kudakan? Tak bolehkah jika tak menyusahkan orang Melayu yang lain? Yang mencari rezeki, yang hendak membeli belah, yang hendak berkumpul bersama keluarga dan yang ingin melakukan aktiviti harian semuanya terbantut, terlewat dan sangat menyakitkan hati.

Aku tak tahulah sejak bila mereka pandai berdemonstrasi sejak akhir-akhir ini. Aku rasa diorang ni kena banyak membaca dari banyak sumber. Kena baca juga buku-buku ilmiah. Agaknya yang suka berdemonstrasi ni fikirannya cetek, akalnya pendek, emosinya tak stabil. Dia kena buat sesuatu dengan dirinya.

Yang paling penting, dia kena belajar semula RUKUN NEGARA. Belajar untuk bersikap rasional bukan emosional – yang pro ataupun yang anti.

Wednesday, August 5, 2009

PC FAIR 2009 MENGHAIRAHKAN?

Setiap tahun sejak 2003 aku dan suami akan menunggu peluang untuk membeli pelbagai keperluan pekakasan baru untuk kegunaan komputer dirumahku. Biasanya suamiku yang ghairah untuk membeli atau melihat gajet-gajet baru yang berada dipasaran semasa. Pada tahun ini, dia begitu ghairah untuk melihat kamera DSLR yang banyak dipasaran. Namun disebabkan ekonomi yang agak merudum, dia membuat pemerhatian dan mendapatkan info sebanyak mungkin sebelum membeli.

Sejak tahun 2003, aku melihat perkembangan PC Fair dari semasa ke semasa.. memang tak dinafikan PC Fair banyak mempengaruhi pembelian lebih-lebih lagi barang-barang dijual secara terus dan murah dari harga pasaran biasa. Kalau ke sana pasti tidak balik dengan tangan kosong. Setiap kali PC Fair pastinya paling minima aku dan suami akan membeli lebih kurang RM300.00 dan pastinya suamiku akan redeam pembeliannya dari PIKOM.

Namun sejak keghairahan aku dan suami membeli barang di PC Fair, aku semakin lama semakin tidak tahan untuk menyuarakan ketidakpuasan hatiku. Kadang-kadang aku merasakan yang aku bukan berada di PC Fair tetapi berada di Fun Fair ataupun berada di sebuah negara asing ataupun berada di pertunjukan model kecantikan ataupun berada di tepi pantai.. entahlah.. aku pun tak dapat menafsirkannya.




Dari baju beragam T-shirt pelbagai warna ke baju seragam menutup tubuh dan kini baju yang tidak cukup kain ditayangkan. Kalau dulu, pekerja-pekerja ini hanya menjaga kedai ataupun mengedarkan risalah di hadapan booth mereka, kini mereka ini begitu berani menayangkan pakaian mereka untuk dirakam. Apa yang aku lihat kini ramai yang membawa kamera bukan untuk dijual tetapi untuk merakam perempuan-perempuan yang menayangkan susuk tubuh mereka untuk disantap oleh mata-mata lelaki. Aku tak pasti sama ada mereka melakukannya secara sukarela ataupun kerana dipaksa oleh bos mereka. Namun, aku lihat mereka seakan-akan seronok berpakaian demikian. Booth-booth semakin ghairah menayangkan pekerja mereka dengan pakaian senteng, berseluar pendek, berbaju tiada lengan, hanya menutup bahagian dada sahaja.























Kalau mahu menarik perhatian, kenapa tidak BOGEL terus? kan senang.. buat tarian bogel kat situ!! Geram sungguh aku! Aku pasti booth-booth mereka akan dipenuhi.. tapi..bukan untuk membeli.. cuma cuci mata je! Sebenarnya dari dulu lagi aku ingin menyuarakan namun tidak mempunyai peluang.



















Aku harap akan ada tindakkan yang dibuat oleh PIKOM tentang hal ini. Ia bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga menyakitkan mata memandang. Aku harap juga ada pihak dari kerajaan ataupun NGO yang menegur perilaku hal ini dan PIKOM perlu mengambil tindakkan mengenai garis panduan booth-booth mereka bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga dari segi moral dan tatasusila. Ramai rakyat Malaysia kini yang lupa pada rukun negara "Kesopanan dan kesusilaan". Mereka tahu mengaut untung sahaja!