Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Thursday, July 4, 2013

Pembentukkan Kumpulan


Dalam pembentukkan kumpulan pentingnya ada beberapa perkara iaitu:
1.  Berkenalan iaitu ta'aruf
2.  Saling faham memahami iaitu tafahum
3.  Saling bantu membantu iaitu ta'awun
4.  Saling bertoleransi iaitu tasamuh
5.  Saling lindung melindungi dan melengkapi iaitu takaful.


Ta’aruf

Membawa pengertian saling berkenalan.  

  • Dari segi bahasa : Saling mengenal/saling mengetahui.
  • Dari segi Istilah : Upaya untuk saling mengenal dan mengetahui keadaan secara jelas, baik yang bersangkutan kepada keperibadian mahupun keadaan keluarga.


Berkenalan secara rapat sehingga wujud rasa kasih dan sayang "Al-Hubbufillah" antara satu sama lain.  Sikap ta'aruf ini penting terutama dalam berpasukan, hal ini kerana kita dapat saling memahami ahli dalam pasukan dan dapat memberi arahan mengikut kemampuan anggota pasukan.


Dalil :












Surah. al-Hujurat 13


Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal).


Sikap positif  


Sikap positif Ta’aruf dalam pergaulan
  • Saling Mengenal satu sama lain
  • Saling Mengetahui satu sama lain
  • Saling Bergaul satu sama lain
Kesan Positif :
Kesan-kesan positif dalam Ta’aruf adalah :
  • Menambah ramai kenalan dan memperluas persaudaraan
  • Mengurangi musuh
  • Merasai bahagia dan senang hati bersama ahli pasukan
  • Dapat bertukar pengalaman dan pengetahuan
  • Mewujudkan kerukunan hidup sesama ahli pasukan
  • Sebagai teras membina persatuan dan kesatuan bangsa
  • Dapat dijadikan teras penyebaran maklumat


Tafahum


Membawa pengertian saling kesefahaman

  • Bahasa : Saling memahami/saling mengetahui secara mendalam keadaan ahli pasukan.
  • Istilah : Upaya untuk saling memahami dan mengetahui secara mendalam keadaan secara jelas, baik yang bersangkutan keperibadian mahupun keadaan keluarga.


Kesefahaman penting dan perlu ada dalam ahli pasukan kerana dengan adanya kesefahaman maka tidak akan berlakulah perpecahan.  Kita boleh ibaratkan sebatang lidi yang mudah dipatahkan tetapi jika menjadi segenggam lidi, ia akan menjadi kukuh dan terlalu sukar untuk dipatahkan.  Oleh sebab itu ukhwah dan kesefahaman (tafahum) itu amatlah penting.


Dalil :














Surah al-Hujurat 13

















Surah Ali Imran 159

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-lmpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu.  Oleh itu, maafkan mereka (terhadap kesalahan mereka terhaap kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka.  Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu.  Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya"


Sikap Positif 


Sikap positif Tafahum dalam pergaulan :
  • Saling Memahami satu sama lain
  • Saling Mengetahui satu sama lain
  • Saling Bergaul satu sama lain


Kesan Positif 


Kesan-kesan Tafahum dalam pergaulan antaranya :
  • Menambah ramai kenalan dan memperluas persaudaraan
  • Mengurangi musuh
  • Merasai bahagia dan senang hati bersama ahli pasukan
  • Dapat bertukar pengalaman dan pengetahuan
  • Mewujudkan kerukunan hidup sesama ahli pasukan
  • Sebagai teras membina persatuan dan kesatuan bangsa
  • Dapat dijadikan teras penyebaran maklumat
  • Kesefahaman lebih erat antara ahli kumpulan

Ta’awunPengertian membawa maksud saling tolong menolong.


  • Bahasa : Saling menolong.
  • Istilah : Upaya untuk saling tolong menolong.


Dalil :






Surah al-Ma’idah 2


"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab SiksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)".


Sikap Positif :


Sikap positif Ta'awun dalam pergaulan antaranya :
  • Memberi bantuan ahli pasukan
  • Menjenguk ahli pasukan yang sakit
  • Meringankan penderitaan ahli pasukan
  • Menutupi aib ahli pasukan


Kesan Positif : 


Kesan-kesan Ta’awun dalam pergaulan:
  • Mewujudkan kesatuan dan persatuan generasi muda
  • Terjalinnya hubungan rapat dan mesra antara sesama remaja
  • Terwujudnya kehidupan yang rukun dan damai
  • Tercapainya ketenteraman hati bersama ahli pasukan



Tasamuh

Pengertian :  
Bahasa : Melakukan perkara kebaikan, saling berbuat baik (toleransi dan timbang rasa).
Pengertian: Sedaya upaya untuk melakukan toleransi dan saling berbuat baik.


Dalil 



Hadis Sahih Muslim No. 2283 Jilid 4 Topik adalah Takdir
2283. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang jua pun anak yang baru lahir melainkan dia dalam keadaan suci dan dua orang tuanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi." Kemudian beliau bersabda: "Bacalah ayat: "Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus." (Ar Rum 30 : 30)

Sikap Positif  

Sikap positif Tasamuh dalam pergaulan ahli pasukan:

  • Tidak mengganggu ketenangan ahli pasukan yang lain
  • Tidak melarang ahli kumpulan menunaikan hak-haknya
  • Melakukan sesuatu yang disukai oleh ahli pasukan sebagaimana dia menyukainya.

Kesan Positif 

Kesan-kesan Tasamuh dalam pergaulanahli kumpulan:

Mewujudkan kesatuan dan persatuan generasi muda

  • Mewujudkan kesatuan dan persatuan generasi muda
  • Terjalinnya hubungan rapat dan mesra antara sesama remaja
  • Terwujudnya kehidupan yang rukun dan damai
  • Tercapainya ketenteraman hati bersama ahli pasukan




Rujukan:
1.  http://khaulahalazwar-flagyl.blogspot.com/2011/05/taaruf-al-tafahum-al-takaful3-aspek.html2.  http://haizerblaster.blogspot.com/2011/02/taaruf-tafahum-taawundan-tasamuh.html3.  http://sal-humaira.blogspot.com/2010/01/taaruf-tafahum-taawun.html

2.  Ceramah Agama