Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Thursday, June 28, 2012

Rempah Ratus - Buat Rempah Sendiri

Petang tadi, sementara mengunting kain langsir untuk persiapan menjahit langsir raya aku mataku melirik kepada satu rancangan realiti.  Selebriti Masterchef Malaysia, aku rasa itu adalah siaran ulangan.  


Tapi aku belum lagi tengok.  Ada 4 orang selebriti, sedang diuji dalam peringkat penyingkiran.  Mereka dikehendaki memasak dari rempah ratus yang diberi.  Sebelum memasak, mereka telah diberi penerangan oleh pengadil masterchef berkenaan bagaimana untuk menggabungkan beberapa rempah ratus menjadi serbuk kari.  Aku cukup berminat.. lalu aku pun menanda pada kertas beberapa rempah ratus yang digunakan.  Tapi aku tidak dapat mengikuti perkembangan realiti tersebut sehingga akhir sebab langit tiba-tiba berdentum-dentum dengan guruh dan memaksa aku menutup televisyen dan plug.




Namun, aku disini ingin berkongsi dengan pembaca apakah rempah ratus yang telah aku senaraikan.  Kemudian aku cedok dari blog Dapur Tanpa Sempadan beberapa gabungan rempah untuk menjadi kari, kurma dan sebagainya.. bagi aku, memasak dengan rempah ratus pun bagus juga..  tak menyesal untuk aku melihat cerita tadi menyebabkan keterujaan aku memaparkan ilmu rempah ratus.


Antara rempah yang digunakan untuk memasak yang sempat aku salin adalah


Jintan Manis



Jintan manis adalah rempah yang beraromatik dan mempunyai rasa manis. Ia bewarna koko atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang. Ia mempunyai rasa menthol yang rendah dan sedikit tengik serta herba. Benih jintan manis terbahagi kepada dua, dan satunya kadang-kala tertinggal di tangkai.
Dalam masakan Melayu, ia sering digunakan bersama jintan putih dan dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.





Jintan Putih


Nama Saintifik: Cuminum cyminum

Nama Inggeris: Cumin

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.
Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek.

Petua
Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.


Bunga Cengkih





Nama Saintifik: Syzygium aromaticum
Nama Inggeris: Clove


Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, dan manis yang hampir-hampir pedas atau ‘berangin’. Ia juga mempunyai rasa pahit dan kelat, serta paling menusuk antara rempah-rempah lain hingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut.
Bunga cengkih elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk cepat merosot rasanya. Bijian kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Rasa bunga cengkih dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan, oleh itu penggunaan yang sedikit digalakkan.
Bunga cengkih digunakan dalam masakan nasi beriyani, dalam bentuknya yang asal dan menyeluruh untuk menambah rasa dan hidangan masakan tersebut. Ia sering diguna bersama jintan putih dan kayu manis.
Petua
Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkan ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala jika tidak akan tenggelam atau terapung secara mendatar.





Bunga Lawang

Nama Saintifik: Illicium verum
Nama Inggeris: Star Anise

Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5-rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian, untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama. Disebabkan itulah kuah sos sentiasa mempunyai aroma yang kuat, dikeluarkan oleh bunga lawang ini.
Bunga lawang juga dikisar untuk digunakan dalam masakan salai, untuk menekankan aromanya ke atas masakan tersebut. Ia boleh juga digunakan untuk menambah rasa dalam masakan kari. Bunga lawang yang berbau manis ini turut menambah rasa enak di dalam minuman teh. Walaupun mempunyai rasa akar (asli) yang kuat namun ia tidak mempunyai kaitan secara botani dengan jintan manis.







Buah Pelaga





Nama Saintifik: Eletarria cardamomum
Nama Inggeris: Cardomom
Pelaga adalah salah satu rempah yang termahal di dunia kerana sifatnya yang eksotik. Disebabkan itu ia digelar sebagai ‘ratu’ segala rempah. Pelaga sering diguna sebagai bahan perasa untuk masakan manis dan enak di Asia Selatan. Buah pelaga yang dikeringkan digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan lain. Sama ada sebiji ataupun dikisar, boleh dicampur ke dalam minuman kopi, teh, kuih-muih dan kek. Ia boleh ditumbuk hingga nampak kesan lebam dan digoreng sebelum menambah bahan utama masakan ke dalam kuali, atau ditumbuk sehingga hancur bersama dengan bahan rempah yang lain. Kulitnya itu sendiri mempunyai rasa yang asli dan selalunya tidak digunakan kerana akan meninggalkan rasa yang pahit di dalam masakan.
Petua
Ia juga boleh digunakan untuk menghalau lipas dengan meletakan pelaga ditempat yang ada lipas









Ketumbar
Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih attau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.
Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.

Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.
Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindiधनिया dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamilசாம்பார்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan.
Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.









Lada Hitam



Nama Inggeris: Black Pepper
Lada hitam adalah buah beri yang belum masak dan telah dikeringkan. Beri dipetik ketika masih kehijauan, dibiarkan ‘menapai’ dan kemudian dikeringkan di bawah sinaran matahari hingga mengecut dan bertukar warna menjadi coklat kehitaman. Lada hitam mempunyai aroma tajam dan menusuk, serta rasa asli pedas berempah.
Lada hitam elok dikisar dan ditabur terus ke atas makanan. Dengan masakan pedas, ia bagus dicampurkan di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan. Lada putih lebih banyak digunakan di dalam kuah sos warna putih berbanding lada hitam kerana sudah tentunya lada hitam akan menyebabkan sos putih itu kelihatan berbintik.
Kelebihan lada hitam
1 Mencegah kanser
Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh anda, mampu membantu menangkis diri anda daripada diserang barah payu dara. Hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan tradisional masyarakat India seperti kari antara masakan yang mengandungi bahan tersebut.

2 Agen cucian
Adakah warna pakaian kegemaran anda sudah mulai pudar? Jangan risau! Menurut pengarang The Naturally Clean home, Karyn Segel-Maier, lada hitam, putih atau hijau merupakan agen terbaik untuk mengekalkan warna agar bertahan lebih lama. Tidak perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak, hanya membuat percikan sebanyak satu camca teh lada bersama pencuci pakaian ke dalam mesin basuh, ia akan membantu mengelakkan warna baju daripada luntur dan pudar.

3 Penyental kulit
Dapatkan kulit yang lebih halus dan lembut dengan agen penyental kulit yang diperbuat daripada bahan yang anda tidak pernah fikirkan - lada hitam, putih atau hijau. Menurut  pengurus Bliss Spa, Wendy Allred, selain bertindak membuang sel-sel  kulit mati, ia turut merangsang peredaran oksigen di samping membekalkan nutrien pada permukaan kulit anda.

4 Bernafas dengan selesa
Sukar bernafas? rempah-rempah ini ada penyelesaiannya! Mengandungi bahan kimia semula jadi - dekongestan yang akan bertindak balas dengan mukus anda sehingga menghasilkan bahan pencair. Berdasarkan penjelasan daripada pengarang Guide The Good Doctor to Colds and Flu, yang juga profesor di Sekolah Perubatan Mt. Sinai, New York, Neil Schachter, bahan pencair tersebut akan terhasil pada hidung dan bertindak membersihkan kotoran keluar dari hidung anda. Dengan hanya menambah secubit serbuk lada sama ada hitam, putih atau hijau dalam semangkuk sup ketika demam akan membantu anda bernafas dengan mudah.









Lada Putih













Nama Inggeris: White Pepper
Lada putih dipetik apabila beri sudah masak. Kulit luarnya dialihkan dengan merendam beri di dalam air, sehingga kulit beri terkopek, atau diletakkan di bawah mata air yang mengalir menghasilkan lada yang putih dan bersih. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut dan nyaman berbanding lada hitam. Lada putih digunakan sepenuhnya sebagai bahan dalam membuat rempah jeruk dan perapan. Lada putih yang dikisar (serbuk) digunakan di dalam makanan yang berwarna lembut seperti sup dan kuah sos.





Kayu Manis





Nama Saintifik: Cinnamomum verum
Nama Inggeris: Cinnamon

Kayu Manis adalah gelaran kepada kulit kayu dari pelbagai jenis pokok malar hijau yang berasal dari jenis Cinnamomum. Kayu manis berkarektor kayu asli, semula jadi dan tengik dari segi rasa dan aroma.
Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu atau serbuk. Bentuk kayu boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama tetapi bentuk serbuk mempunyai rasa yang lebih kuat. Lebih halus kisaran serbuk itu lebih cepatlah deria rasa menangkapnya.
Apabila kayu manis digunakan dalam bentuk asalnya; bahagian kulit kayu akan digoreng dalam minyak yang panas hingga gulungan dibuka untuk membebaskan harumannya. Kemudian ditambah bahan-bahan lain seperti tomato, bawang atau yogurt. Ketulan kayu manis selalunya dikeluarkan sebelum masakan dihidang tetapi ada juga yang menjadikannya hiasan untuk menambahkan aroma. Jika serbuk kayu manis yang dipilih, ia� dimasukkan ke dalam masakan sebelum ia dihidangkan kerana memasaknya akan meninggalkan rasa yang sedikit pahit.
Tahukah Anda?
Kayu manis mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan rempah ratus dan juga perubatan. Kemampuan unik dalam penyembuhan atau pemulihan penyakit kayu manis datang dari minyak yang ditemui dalam komponen-komponen kulit kayunya.







Halba





Nama Saintifik: Trigonella foenum-graecum
Nama Inggeris: Fenugreek

Halba adalah bijiran benih keras daripada pokok kekacang. Ia boleh didapati sama ada dalam bentuk asal dan kering, atau serbuk berwarna kuning pudar, atau bijian kisaran daripada bijiran yang telah dipanggang. Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang telah dibakar dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah di dalam serbuk kari.
Jika halba perlu digunakan dalam pes kari, rendamnya semalaman untuk ia mengembung dan menjadi lembut, supaya senang dicampur dengan bahan-bahan lain. Selain dari kari, halba juga digunakan untuk menambah rasa daging merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia akan meninggalkan rasa yang pahit.
Sedikit bahagian daripada halba ini turut digunakan secara komersial dalam perisa buatan seperti vanila, caramel, butterscotch dan maple. Di Malaysia, ia dimasak dengan nasi di dalam masakan Nasi Dagang.







Biji Sawi




Bahasa Inggeris: Mustard Seeds

Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Ia berdiameter lebih kurang 2mm, berwarna dari putih kekuningan, hingga hitam. Ia merupakan rempah yang penting dalam beberapa masakan tempatan. Selalunya terdapat dalam warna coklat gelap, yang mempunyai rasa terbaik. Biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih pula kurang berperisa. 

Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi boleh digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Serbuk biji sawi pula tidak mempunyai aroma ketika kering, tetapi rasa pedasnya dilepaskan setelah dicampur dengan air. Biji sawi melarutkan cecair dalam sos salad untuk menggabungkan minyak dan cuka, serta menambah rasa pedasnya.









Serbuk Cili












































Serbuk Kunyit



 dan ada juga dari searching aku beberapa rempah lain digunakan iaitu






Daun Bay @ Daun Salam





Ramai daripada kita mengenal bay-leaf tetapi  jarang daripada kita mengenal pokok salam ia Satu keluarga dengan bay-leaf. Seperti yang kita ketahui bay-leaf banyak digunakan didalam ramuan masakan barat khususnya pada spageti dan pizza. Penduduk meixo juga gemar menggunakan daun ini dalam rempah masakan. Di pantai timur ia dikenali sebagai Serai Kayu dan merupakan salah satu ramuan penting dalam nasi kerabu. 


Ciri-ciri Fizikal Pokok ini

       Pohon berukuran sedang, mencapai tinggi 30 m dan gemang 60 cm. Pepagan (kulit batang) berwarna coklat abu-abu, memecah atau bersisik.Daun tunggal terletak berhadapan, dengan tangkai hingga 12 mm. Helai daun berbentuk lonjong, jorong sempit atau lanset, 5-16 x 2,5-7 cm,  dengan 6-11 urat daun sekunder, dan sejalur urat daun intramarginal nampak jelas dekat tepi helaian, berbintik kelenjar minyak yang sangat halus.


       Kuntuman bunga berupa malai dengan banyak kuntum bunga, 2-8 cm, muncul di bawah daun atau terkadang pada ketiak. Bunga kecil-kecil, duduk, berbau harum, berbilangan-4; kelopak seperti mangkuk, panjangnya sekitar 4 mm; mahkota lepas-lepas, putih, 2,5-3,5 mm; benang sari banyak,.     3 mm, terkumpul dalam 4 kelompok, lekas rontok; piringan tengah agak persegi, jingga kekuningan. Buah buni membulat atau agak tertekan, 12 mm, bermahkota keping kelopak, berwarna merah sampai ungu kehitaman apabila masak.

Kegunaan

      Daun salam digunakan terutama sebagai rempah pengharum masakan di sejumlah negeri di Asia Tenggara, baik untuk masakan daging, ikan, sayur mayur, maupun nasi. Daun ini dicampurkan dalam keadaan utuh, kering atau pun segar, dan turut dimasak hingga makanan tersebut matang. [2] Rempah ini memberikan aroma herba yang khas namun tidak keras. Di pasar dan di dapur, salam kerap dipasangkan dengan laos alias lengkuas.

      Kayunya berwarna coklat jingga kemerahan dan berkualitas menengah. Kayu yang tergolong ke dalam kayu kelat (nama perdagangan) ini dapat dipergunakan sebagai bahan bangunan dan perabot rumah tangga. Kulit batang salam mengandung tanin, kerap dimanfaatkan sebagai ubar (untuk mewarnai dan mengawetkan) jala, bahan anyaman dari bambu dan lain-lain. Kulit batang dan daun salam biasa digunakan sebagai bahan ramuan tradisional untuk menyembuhkan sakit perut. Buah salam dimakan orang juga, meski hanya anak-anak yang menyukainya.


      Daun salam kering mengandung sekitar 0,17% minyak esensial, dengan komponen penting eugenol dan metil kavikol (methyl chavicol) di dalamnya. Ekstrak etanol dari daun menunjukkan efek antijamur dan antibakteri, sedangkan ekstrak metanolnya merupakan anticacing, khususnya pada nematoda kayu pinus Bursaphelenchus xylophilus. Sumber Wikipedia.























Buah Keras




Bahasa Inggeris: Candlenut
Nama Saintifik: Aleurites moluccanus


Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Ia digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah. 

Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.

Antara Ilmu yang aku dapat ialah ada empat asas rempah kari yang digunakan iaitu Jintan Manis, Jintan Putih, Kunyit dan Cili.  Namun ia akan menjadi berbeza dengan adanya penambahan atau pengurangan bahan rempah lain.  Contohnya jika mahu masak kari kena masukkan  Halba dan sukatanya kena lebih dari bahan asas tersebut.


Dari blog lain tak la banyak maklumat, so.. untuk mengingatkan aku maka aku paste je la kat sini dari blog tersebut dan aku akan link kan sekali blog itu. Bagusnya jika kita dapat menggunakan rempah dalam masakan kita tanpa membeli paket rempah diluar.  Kita masak kita tentukan.. betul kann...


REMPAH GARAM MASALA


Bahan-Bahan:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih


Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas, keringkan dan jemur hingga kering.  Goreng tanpa minyak semua sekali sehingga harum.  Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
2.  SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tetapi berwarna  hitam, rasa seakan-akan daun pudina.  Agak sukar didapati, tetapi boleh dijumpai dikedai-kedai inda menjual rempah ratus.


REMPAH KARI KURMA


Bahan-bahan:
3 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah-patahkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1/2 camca teh serbuk kunyit


Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.
2.  Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.


REMPAH KARI DAGING/AYAM


Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit


Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit.  Kemudian jemur hingga kering.
2.  Goreng tanpa minyak sehingga harum dan kiar hingga halus.
3.  Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.


REMPAH KARI IKAN


Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit


Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit.  Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2.  Kisar rempah sehingga halus.
3.  Tambah serbuk kunyit dan gaul rata.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.


REMPAH SUP BUNJUT


Bahan-bahan:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkeh
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang


Cara membuatnya:
1.  Cuci bersih semua rempah.  Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa.  
2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3.  Sup bunjut sedia digunakan.


REMPAH SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 sudu biji rempah
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkeh
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 isi buah pala


Cara membuatnya:

1.  Cuci bersih semua rempah.  tumbuk atau kisar halus.
2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3.  Sup bunjut sedia digunakan.



TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan, tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing.  Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur.  Tambahkan daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak diketahui namanya)vuntuk sup ikan.


Rujukan:
http://abgjayrecipes.blogspot.com/2010/10/sup-ikan-keli.html
http://cendanakasih.blogspot.com/2009/01/sup-ikan.html
http://kinazone.blogspot.com/2011/11/sup-bunjut.html
http://myaida-incrediblerecipes.blogspot.com/2010/05/sup-daging-rempah-ratus-sup-bunjut.html
http://la-abwa.blogspot.com/2008/11/rahsia-bunjut-terbongkar.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketumbar
http://www.trymasak.my/glossari.php
http://izzeyda-info.blogspot.com/2011/05/keistimewaan-lada-hitam.html
http://laptopretak.blogspot.com/2009/10/daun-salam-bay-leaf-daun-untuk-membuat.html



Saturday, June 2, 2012

Sakit secukup rasa


Apa yang harus aku lakukan jika melihat orang lain jatuh
Pada masa aku sendiri tidak dapat bangun 
Orang memandang aku melihat dari presepsi mereka
bahawa aku seolah-olah tidak mahu bangkit
padahal tulang yang menyokongku sudah retak tiada siapa yang tahu
sudah berkali-kali aku banting, berkali-kali juga aku dibaling 
sudah berkali-kali aku jatuh terjelupuk tapi tiada siapa yang tahu
sebab itu tulangku retak
ditambah pula baru sahaja aku ingin bangkit sudah disepak terajang oleh mereka yang aku tidak kenali
bila aku jatuh lagi kali ini.. retakku semakin parah
hanya suamiku sahaja yang faham kerana setiap kali aku dibaling dia yang menyambutku
Air mataku bukan lagi perkara luar biasa buat dia
Sebab dia juga pernah jatuh berkali-kali
dan aku yang menahannya dari terus diterajang oleh masa
masalahnya tulangku retak semakin retak apatah lagi tika aku menahannya 
sudah banyak sangat titisan air mataku
yang turun tanpa dilihat oleh mata orang lain

Apa orang tahu tentang hidup kami?
Apa orang tahu tentang derita kami?  Ada pernah kami cerita?
Tak perlulah kami bukukan kesulitan kerana ianya hak yang telah ditentukan oleh tuhan buat kami
Tapi tak perlulah ditambah dengan kata-kata nista yang tak tahu hujung pangkal
Tak perlulah berperasangka tanpa tahu apakah yang berlaku
Aku tak pernah minta diuji tetapi hidup tak akan terlepas dari ujian-Nya
sebab itu aku reda menjalani hidup ini dengan senyuman

Orang melihat aku tersenyum seolah-olah hidup ini gembira
seolah-olah aku cukup bahagia dengan dunia ini
Petahku seolah-olah aku tiada masalah yang perlu aku tangani
Dunia ini penuh rama-rama dan cahaya pelangi
Dihujung langit baru ingin terbit mentari
Ohh indahnya duniaku..

Yang indah itu hanya dari kaca mata mereka
kerana aku menzalimi diri sendiri menukar apa yang didada dengan bayangan 

Tika melihat anak-anak buah berkeliaran
aku merintih sendiri
tika aku peluk dan cium, hati ku sebak 
tika yang hak hadir .. sembilu menikam dikalbu
siapa tahu tentang air mata yang tidak bergenang dikelopak
berombak dijiwa

apa erti sakit jika tiap kali cuba bangkit
tiap kali itu aku sakit
siapa tahu cerita lama berkali-kali menjelma
sudah aku lali jatuh, tapi aku tetap jatuh juga biarpun bukan ditempat yang sama
kata orang, gagal bukan bererti gagal selamanya
aku pegang kata-kata itu, aku cuba bangun dari jatuh
tapi retakku semakin lama semakin teruk
dan aku putuskan untuk berehat seketika
biar retakku simen dengan konkrit... sekali lagi retak tetap juga aku simen lagi
dan lagi.. dan lagi berkali-kali
orang tak faham.. 
dia lihat aku jatuh.. dia ingat aku jatuh untuk kali pertama
mungkin aku dipesenda, sudahlah jatuh tak mahu pula bangun
sudah aku tak tahan tapi apa yang boleh aku lakukan
mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia bagaimana?
apa yang mereka rasa? mereka bukan tahu apa-apa

Kali ini sekali lagi..
aku tak mengerti kenapa mahukan keputusan ini
ini bukan keputusanku, dan aku tak rela
langsung tak rela
fikir masak-masak pun tak masak lagi sebenarnya
sudah diangkat mentah-mentah
Kalau aku sudah berada di lembah duri
lagi nak di pindah ke lembah sembilu
aku rasa sama sahaja
tak ada beza
antara duri dengan sembilu
sakit.. aku juga yang sakit

Sudahkan jauh aku rasa sakit
Inikan pula dihadapan mata
lagi aku sakit
rasa nak mati
tak terkata
bukan keputusan aku ini..
nak tinggalkan aku sendirian
lebih baik aku memang hidup sendiri
kalau sakit aku boleh lari
tak ada sapa pun peduli
sampai bila-bila pun

































kalau aku tua pun begini juga aku
sebab selagi beginilah keadaannya
asyik pindah randah
selagi itu tak akan kemana-mana
Bagai melukut ditepi gantang.

Boleh aku buat keputusan?
aku nak dot kat sini
terakhir
.
.
.
.
.

nampak?
kecil kan?
tapi cukup sakit!!!!