Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Tuesday, February 15, 2011

Pernah merasai kegagalan?



Harini Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432. Hari ini aku tak nak cite pasal Ciast. Hari ini aku ingin berbicarakan tentang satu topik yang biasa ada dalam diri manusia. Saling berkait rapat dengan kejayaan. Biasanya orang akan membicarakan hanya dua perkara iaitu kejayaan dan kegagalan. Apabila bercakap tentang kejayaan, butirnya hanya pujian, bangga dan kehormatan. Jarang orang tengok bagaimana seseorang itu berjaya.. tapi ramai yang tengok apakah nikmat kejayaan yang dikecapi.


Tapi aku tak mahu bicarakan tentang "kejayaan". Sebab terlalu ramai orang membicarakan hal-hal kejayaan. Cukup susah orang ingin membincangkan tentang "Kegagalan". Kerana orang memandang kegagalan adalah sesuatu yang negetif. Pandangan mereka kegagalan itu satu cemuhan, satu penghinaan, satu perkara yang cukup negatif. Tapi aku tak mahu bicarakan pandangan orang.

Aku ingin bicarakan apa yang dirasai oleh orang yang gagal. Tak ramai yang tahu apa perasaan orang yang gagal. Lebih-lebih lagi pada remaja yang gagal peperiksaan. Aku tak mahu bercerita pada pelajar yang memang meletakkan diri mereka ke punca kegagalan, seperti pelajar yang rempit, sosial, seks rambang dan sebagainya. Sebab bagi aku, remaja sebegini sebenarnya sakit dan berpenyakit. Mereka sakit jiwa dan berpenyakit hati. Tiada ubat yang dapat mengubati mereka ini, kecuali mereka sendiri dengan rela hati untuk kembali kepada PenciptaNya.
Aku ingin bicarakan remaja yang gagal dalam peperiksaan, diluar kawalan mereka. Lebih tepat lagi sudah ditakdirkan dirinya gagal, bagaimana dia berusaha, kegagalan tetap menerjahnya.

Kes 1.

Pelajar yang telah berusaha, sedaya upayanya dengan kekuatan yang dia ada tiba-tiba pada hari peperiksaan, dia sakit. Dia tak dapat memberi tumpuan dalam peperiksaannya. Sudah tentu memberikan satu kekecewaan yang amat sangat. Lebih-lebih lagi peperiksaan itu seperti PMR atau SPM. Hanya tuhan sahaja yang tahu, apakah perasaan mereka ini. Takdirnya, dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan keputusan yang bukan sepatutnya sebegitu.


Kes 2.

Pelajar yang telah berusaha, sedaya upayanya dengan kekuatan yang dia ada namun kerana dia tidak mempunyai kemahiran ataupun bakat terhadap bidang yang dia ceburi. Keputusan peperiksaannya gagal. Baginya, lulus cukup makan pun tak mengapa, tetapi kegagalan masih juga menantinya.

Kes 3

Pelajar ini pintar, cukup mudah menerima ilmu. Tapi disaat peperiksaan menghampiri, tiba-tiba sesuatu telah berlaku kepadanya atau keluarganya sehinggakan fikirannya serabut dan tidak menentu. Hasilnya, dia tidak dapat menumpukan perhatinya terhadap peperiksaan. Dan kegagalan merupakan hadiah yang paling mengecewakan.


Kes 4

Bagaimana dia berusaha pun untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cukup lulus, tetapi kegagalan juga dihadapinya. Sudah penat dia belajar, sudah banyak petua dia lakukan.. tapi dia sedar yang dia seorang pelajar yang "slow learner" (lambat menerima pelajaran). Dia cukup sedih dan tention dengan keadaannya. Kadang-kadang dia rasa ingin bertukar badan dengan kawan-kawannya yang lulus dalam peperiksaan... tapi itu sume angan-angan..
Apa yang anda dapat rumuskan dari 4 kes tersebut? Kes yang berlainan tetapi keputusannya hanya SATU iaitu KEGAGALAN. Adakah semua orang ingin merasa kegagalan? Tumpukan minda anda, dan jawab soalan ini dengan jujur. Pernahkah anda gagal dalam hidup? Berapa kali anda pernah gagal? Seumur hidup anda, dimanakah tahap kegagalan yang pernah anda rasai? Adakah tahap kegagalan anda lebih teruk dari orang lain yang pernah anda kenali?

TAHAP KETAHANAN


Tahap ketahanan kita terhadap kegagalan sangat berbeza-beza diantara satu sama lain. Mungkin bagi kita, kegagalan "A", walaupun stress tapi masih boleh meneruskan hidup seperti biasa. Tapi kegagalan "A", bagi teman anda sangat serius. Mungkin teman anda tidak pernah gagal sebelum ini, ataupun prinsip hidupnya sangat menekankan kejayaan dan anda pula sebaliknya. Semestinya kawan anda mempunyai tahap stress yang lebih dari anda.
Kecenderungan anda menganggap kegagalan teman anda sebagai mudah ataupun masih boleh bertahan seperti anda sangat tinggi. Bagi anda, mungkin memandang masalah kegagalan teman anda sebagai enteng. Sekiranya semua rakan teman anda seperti anda, ada kemungkinan teman anda mengambil tindakan diluar dugaan. Mungkin anda mempertikaikanya dan memperkecilkannya. Namun, sebenarnya anda perlu menyelami perasaannya.

PERASAAN KEGAGALAN GAGAL - satu ayat seperti sembilu. Gagal umpama satu lubang seperti perigi yang sangat dalam. Tahap kedalaman perigi itu terletak sedalam mana kekecewaan orang yang gagal. Kalau dia rasa perkara yang dia gagal itu penting, mesti lubang itu sangat dalam dan sebaliknya. Perasaan gagal disertai dengan rasa kebangkitan atau kendur. Jika semangatnya kuat, tentu dia akan bangkit untuk cuba mencapai kejayaan. Namun, jika semangatnya kendur, tentu dia akan terus tenggelam dalam kegagalannya. Aku kuatir kepada yang terus tenggelam. Kuasa kegelapan, kuasa negatif dan kuasa kesedihan sangat berkait rapat dengan kegagalan. Jika tidak diurus dengan betul, kuasa ini akan membentuk satu tindakkan kurang rasional. Maka terjadilah hal-hal yang tidak diingini contohnya bunuh diri, makan dos ubat tidur, terjun bangunan dan sebagainya. Ermm.. sebenarnya banyak lagi aku nak celoteh ni.. tapi mata dah mengantuk la plak.. aku rasa aku dah start merepek meraban dah ni.. sayonnara la dulu..


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
15 FEB 2011 - 1.10PG

Tuesday, February 8, 2011

Minggu Induksi dan Cuti Tahun Baru Cina

Inilah buku yang kena dihabiskan dalam masa 2hari.

Minggu lepas.. hanya 3 hari belajar. Lepas tu perayaan tahun baru cina. Minggu induksi PP, PPD, PPB. Mendengar ceramah.. tapi kepala ligat nak cuti dah lagi 3 hari. Tak sabar rasanya nak berehat. Beberapa minggu penuh dan padat dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Namun minggu induksi walaupun hanya 3 hari.. cukup padat.

Aku diberi sebuah buku berwarna biru mengandungi 177 mukasurat dan dihalamannya ada 355 slide presentation. Walaupun separuh bukunya ada yang sudah dipelajari namun boleh dikategorikan sebagai ilmu baru... ilmu baru ini, kadang-kadang kita pun tak berapa ingat dan faham 100%.

Dalam masa 2 hari - satu buku itu telah habis dibaca.. paham? D.I.B.A.C.A, adalah juga difahami. dan hari ke 3 adalah hari ujian. Hanya 20 soalan dan keputusan 12 markah ke bawah dikira gagal. Semua pelajar VTO kena mengambil ujian ini untuk mendapatkan sijil induksi. Sijil induksi ini seperti pelengkap sijil VTO. Banyak kelebihan yang diperolehi dari sijil induksi ini. Di dalamnya diselitkan pelbagai maklumat dan info mengenai PP, PD,PPB .. ermm.. tak paham ape itu PP? PP itu Pengawai Penilai ialah pengajar. PPD itu plak Pegawai Pengesahan Dalaman.. ermm.. bukan Pegawai Pendidikan Daerah tau!! PPB itu plak Pengurus Pusat Bertauliah.. ermm.. lebih kurang macam pengetua AF laa... hehehe.. mula-mula aku pun pening juga.. yelah terlalu banyak singkatan. Naik pening aku dibuatnya.

Alhamdulillah. Aku lulus juga ujian itu dapat 17/20 huhuhu... cayalah!! untuk diri sendiri yeehhh!! Actually, tak perlu takut nak masuk VTO.. terus terang memang susah belajar, kepala kena ligat berpusing, fikir apa yang perlu dilakukan terus menerus, tak boleh lagi spoon feed.

Orang yang sudah berkahwin macam aku ni lagi besar cabarannya. Cuti raya cina tempohari kononnya seronok betul.. 4 hari direct. Ingat nak berehat sambil membersihkan sekitar rumah yang perlu, pastu pergi shopping barang dapur apa yang patut. Tapi haritu, hubby pulak demam. Demam teruk plak tu.. Balik Banting pun, tompang farah hingga ke klang pastu dari klang tu amik bas hingga ke bas stand banting. Dari bas stand tu hubby ambik, itu pun sebab dia tak makan dari siang.. singgah la makan malam jap teman dia.

Dah tu, nak siapkan borang perjanjian lagi.. aduiyaii.. singgah la rumah abah dan rumah ummi. Ciannya hubby, pancit.

Alhamdulillah, hari sabtu tu, dia sudah kebah skit, sudah pergi klinik. Yelah,.. hari perayaan maner ada klinik yang bukak. Kalau kat Kuala Lumpur tu lain la cite.. Namun, hubby belum sihat sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya legalah skit hati nak tinggalkan dia balik asrama.

Ermm..

Terlalu banyak nak difikirkan..