Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Wednesday, February 29, 2012

Awak tahu kenapa saya pendiam?

Saya ni terukkan wak... ape pun saya tak boleh buat.. tentu ramai yang mengata saya.  Saya ni teruk.. saya tak pandai bercakap.. saya hanya pandai buat keje saja.  Bila saya bercakap kadang-kadang maksud saya tak sampai pada orang yang saya nak sampaikan tu.  Ayat-ayat saya tak sesuai dengan apa yang ada dalam hati saya.  Saya tak tahulah.. kenapa?!!

Awak selalu marah saya, suruh saya belajar berkomunikasi.  Adakah saya tak pandai berkomunikasi?  Saya kan pendiam.  Orang cakap saya sombong, tapi saya tak sombong... Orang cakap saya ego.. mungkin saya ada ego.. semua orang ada ego.. sebab saya pendiam nampaknya ego saya menjadi highlight kepada semua orang.

Awak,
Saya tak pandai bercakap untuk luahkan rasa hati saya.. saya tak pandai nak marah orang.. kalau saya marah orang.. saya akan diam.  Kalau saya sangat marah.. saya akan menangis.  Kalau saya membebel .. itulah saya.. entah apa yang saya bebel.. entah betul bebelan saya itu sama dengan dalam hati saya.

Awak tanya saya dan awak suka tanya saya sesuatu yang detail.  Macammana saya nak jelaskan pada awak?  Saya tak pandai nak jelaskan.. bolehkan saya jelaskan menerusi lukisan-lukisan saya?  Agaknya saya orang yang abstrak.. tak pandai nak jelaskan.. awak pula seorang yang fakta.. awak perlukan sebab untuk semua benda.  Tapi saya tak ada sebab.  Apa sebab saya kawan dengan awak?  Perlukah bagi saya senaraikan sebabnya?  Bagi saya itu tak perlu, tapi bagi awak itu sangat perlu..

Awak,
Macammana saya nak buat awak faham, apa yang saya fikirkan.. Oh tuhan.  Berikan saya lidah untuk pandai berkata-kata.  Saya tahu awak baik... awak memang baik.. saya bukan nak salahkan awak.. tapi saya nak awak faham.. tapi awak selalu ingat saya salahkan awak...  kadang-kadang ia buat saya rasa teruk.  Saya ini teruk... teruk sangat.... sebab kata-kata saya buat awak jadi salah... walaupun, kesilapan itu datang dari saya, dan ada juga datang dari awak... saya rasa saya sahaja yang bersalah.

Kerana itu saya lebih rela diam, bila saya diam, orang tak salah faham apa yang saya cakap.  Biarlah saya makan hati sendiri.  Kalau saya nak luahkan perasaan saya.. saya melukis... saya duduk diam-diam tengok orang .. hati saya terhibur.  tapi.. awak,

Awak..
saya tak tahan bila awak marah.. saya minta maaf ye wak... saya minta maaf...





Kisah..

Hujung minggu lalu saya sibuk bekerja, tak sempat nak layan awak.  Hari Sabtu saya bekerja sehingga malam, balik malam saya dah penat dan tidur awal. Saya tak sempat nak layan awak.  Hari Ahad, saya bekerja lagi, kemudian saya balik kampung tinggalkan awak sendirian... saya tak sempat balik Ahad, so saya balik hari Isnin pagi.. tapi awak sudah merajuk pagi itu sebab saya tak pulang semalam.  Saya tahu awak sunyi.. saya minta maaf.

Hari Isnin, saya pujuk awak, saya ajak awak pergi tengok wayang dan buat cermin mata awak dan saya.  Saya jemput awak di rumah.  Walaupun, awak layan saya dingin tapi lama kelamaan saya berjaya pujuk awak.  Awak kembali senyum.  Awak teman saya buat cermin mata. Walaupun awak tahu power cermin mata awak yang baru sama dengan yang lama tapi awak tak kisah.  Awak lebih suka tengok saya senyum, bagi awak, saya senyum sudah cukup mengembirakan awak.  Saya cari cermin mata saya sangat susah tapi awak cari cermin mata awak sangat mudah, awak pilih saja .. semuanya sesuai.  Awak pilih yang murah sahaja, padahal banyak lagi yang sesuai untuk awak.  Yang mahal-mahal awak tak pilih,  harga cermin mata saya lebih mahal dari cermin mata awak, tapi  tapi awak reda dengan nilai itu.

Semalam awak datang ke pejabat saya menaiki kenderaan awam, lepas ambil cermin mata kita.  Awak teman saya di pejabat kerana ada urusan kerja yang belum selesai, esoknya saya akan berangkat ke Melaka ada urusan kerja disana.  walaupun saya sibuk, awak tetap teman saya walaupun saya tak dapat layan awak sangat, awak tetap senyum dan layan teman-teman ofis saya.  Awak layan diri awak sendiri sambil main cityville.  Saya tahu awak bosan.  Malam semalam lepas balik dari pejabat, terima kasih urutkan kaki saya sampai awak sakit pinggang sebab angin bisa saya.

Malam semalam awak layan saya dengan baik, Maaflah hari ini entah apa saya solat dulu.. kita tak berjemaah seperti selalu, mungkin sebab hati saya hanya teringat kerja, saya akan bertolak ke Melaka.  Membuatkan awak merajuk lagi sebab tidak dapat bersolat dengan saya.  Tiba-tiba saya angin tengok awak merajuk, saya hendak cepat keluar tapi awak saja melambatkan kerja saya.  Saya merajuk dengan awak ... saya biarkan awak sendirian menangis... saya terus pergi kerja...

Saya tahu awak bersendirian, saya tahu awak sunyi.. saya juga begitu.. saya tak boleh berbuat apa-apa.  Saya perlu pergi kerja untuk mencari nafkah untuk awak.

Maaflah sebab saya tinggalkan awak... biar awak sejuk sendiri..


Monday, February 27, 2012

Helaan Angin Gelap

Helaan Angin Gelap













Angin berat membawa aku
Sekuat keluh yang terhembur dari dalam dada
Cuma tabir tidak nampak hitam gelapnya
Helaan berat dimana bawanya..



Kekuatan belum terasa
Untuk ku tembusi tujuan
Dimana hentian
Masih ku kabur arah
Dari helaan angin berat
yang masih membawa aku pergi....

4 oktober 2011
2153


Thursday, February 16, 2012

Persepsi Positif Ketika Menerima Ujian

Dibaca dari kiriman di dinding mukabuku seorang sahabat, lantas aku terfikir ayat ini ada baiknya dikongsi bersama-sama sahabatku yang lain. Berkenaan.     ketika dia berasa sakit @ susah, manusia cenderung berfikir, "oh, malangnya nasibku..." dia jarang mahu berfikir, "oh, Tuhan sedang mengatur sesuatu yg lebih baik utk aku...