Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, August 5, 2013

Nilai Azan dalam kehidupan kita... bantu Syiria

Video asal dari Huarh hua hua huarhhhh ~(gelak jahat)~

Memaparkan bayangan yang bergerak ke arah pihak musuh ketika para pejuang melaungkan azan.
Ini merupakan peperangan antara mujahid FSA di Syria dengan Semoga ALLAH bersama-sama dengan para pejuang ini... semoga mereka selamat dan terus berjuang untuk agama dan tanah air.  Amin.

Aku pertama kali melihat video ini terus menitis air mata... merasa sesuatu yang sangat luar biasa dengan laungan azan yang dikumandangkan.... sebab itu, postingkannya di blogku... cuba hayati laungan azan ini... tergetarkah hati anda??!! (Sila pause-kan dulu bacaan al-Quran di atas - auto play.  supaya anda dapat menghayati laungan azan ini)

Jika tidak tergetar ... muhasabah lah diri anda... (sekiranya anda tidak boleh play, sila refress page anda - tekan F5 pada keyboard anda) seterusnya terus tekan play pada movie tersebut.)


Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi di Alamat:
(SYRIA CARE OFFICE) No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com 
Akaun Maybank: 562106630487 - Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia 

 Lihatlah apa yang mereka buat pada kanak-kanak ini... adakah anda diam sahaja?  Sama seperti Amerika Syarikat dan sekutunya.  Hulurkan lah bantuan kewangan biarpun RM10 ringgit sahaja.


Lihat kanak-kanak ini...
Imej ini bukanlah dirakamkan di Kosovo, atau Iraq dan bukan juga di Palestine. Dan tidak sesekali dari Perang Dunia.
INI ADALAH DAMASCUS, SYRIA 2013





(SERIUS SADIS - KANAK-KANAK COMEL SYRIA MENDERITA AKIBAT KEKEJAMAN SYAITAN BASYAR ASSAD)

Lihatlah sendiri kalian, kekejaman regim Assad ke atas kanak-kanak sunni. Adakah syiah mereka ini manusia atau haiwan? Tidakk!! merekalah syaitan bertopengkan manusia. Lihatlah sendiri sendiri dengan mata kalian. Inilah syiah. Apakah jawapan kita kelak seandainya Allah mempersoalkan tentang kanak- kanak ini pd kita di akhirat? Syiah, apabila mereka kuat, nyawa kita langsung tiada harga. ayuh hapuskan syiah!!! Gerakkan dakwah dan tarbiyyah. Pray Syria, Free Syria, Donate for Syria.





Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=FVH4eqzHpI4&feature=youtu.be

Ketika umat Islam sedang berpuasa di Malaysia dan berbuka dengan makanan dan minuman yg mewah, di penuhi dengan kawalan keselamatan yg baik. Namun berbeza situasi saudara kita di Syria. Ketika mereka belum sempat menjamah makanan di meja makan, syurga telah memanggil mereka. Berbuka lah mereka di syurga ‪#‎FreeSyria‬, ‪#‎Pray‬ Syria, ‪#‎Donate‬ for Syria.



Di Halab, dua orang kanak-kanak dan ibu mereka telah dibunuh dengan kejam oleh Regim Syiah Assad atas sebab mereka melarikan diri dari Damascu.
Rumah mereka yang dahulunya menjadi tempat bergurau senda dan berkasih sayang telah hancur dibedil Kuffar Syiah.

Kini, trak menjadi tempat mereka berteduh daripada panas mentari, hujan, dan kedinginan malam. Hari ini, mungkin mereka serba kekurangan, tapi insyaAllah di akhirat kelak, merekalah yang paling bahagia.

Di dunia, hanya rahmat Allah sahaja yang didambakan.
 

Berpuasa di dunia berbuka di Jannah.

Roti berkuah darah bersama nasi berdaging tubuh yang berkecai adalah menu harian berbuka dan bersahur saudara se-Islam kita yang dimamah rejim Syiah di Syria.

Ya ... Allah, permudahkanlah jalan kemenangan untuk mereka.
 
Sham adalah kanak-kanak termuda di Syria !!! Beliau baru berumur 10 jam sebelum meninggal dunia..





Bagaimana kami hendak bermain bersama anak-anak kami, dan melihat mereka bergelak ketawa sedangkan seorang ayah ini sedang melihat anak-anaknya dalam keadaan begini..!
  




si ibu telah shahid dalam keadaan memeluk anaknya yang juga shahid sebelumnya.







Sanggupkah anda melihat kanak-kanak ini.  Bayangkan ini adalah anak anda... Bayangkan ini adalah anak saudara anda... bayangkan ini adalah adik anda... 



 

 Tadahkan tangan sekarang... marilah berdoa untuk kemenangan  mujahid FSA antaranya  Marwah Kaila, Sniper Terkenal di kalangan Mujahidin FSA.


Faisal Hamdi - warga Malaysia yang berjuang bersama FSA.





 Berikan sumbangan anda... walaupun RM10.




Dapatkan info terkini di


atau
terus hantarkan bantuan anda di

(SYRIA CARE OFFICE) No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

Emel: souriacare@gmail.com 
Akaun Maybank: 562106630487 - Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia 



Janganlah anda menjadi sebahagian dari gambar di bawah... 


Firman Allah seruan kepada jihad.


218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al Baqarah : 218) 


145. sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. dan Kami akan memberi Balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

(Ali Imran :145)




74. karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat[316] berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan Maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.
(An Nisaa’ : 74)



76. orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.
77. tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka[317]: “Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!” setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada
Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. mereka berkata: “Ya Tuhan Kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada Kami sampai kepada beberapa waktu lagi?” Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya
(An Nisaa’ : 76,77)


35. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Al Maidah : 35)


60. dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
65. Hai Nabi, Kobarkanlah semangat Para mukmin untuk berperang. jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti
(Al Anfaal : 60,65)


15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.
(Al Hujurat : 15)


4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh
11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(Ash Shaff :4, 11)


Hai Nabi bersikap keraslah terhadap mereka. perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
tempat mereka adalah Jahannam
Jihad yang paling mulia
(At Tahrim : 9)


Jadi di manakah anda? 



 PANGGILAN JIHAD!!



 



Thursday, July 4, 2013

Pembentukkan Kumpulan


Dalam pembentukkan kumpulan pentingnya ada beberapa perkara iaitu:
1.  Berkenalan iaitu ta'aruf
2.  Saling faham memahami iaitu tafahum
3.  Saling bantu membantu iaitu ta'awun
4.  Saling bertoleransi iaitu tasamuh
5.  Saling lindung melindungi dan melengkapi iaitu takaful.


Ta’aruf

Membawa pengertian saling berkenalan.  

  • Dari segi bahasa : Saling mengenal/saling mengetahui.
  • Dari segi Istilah : Upaya untuk saling mengenal dan mengetahui keadaan secara jelas, baik yang bersangkutan kepada keperibadian mahupun keadaan keluarga.


Berkenalan secara rapat sehingga wujud rasa kasih dan sayang "Al-Hubbufillah" antara satu sama lain.  Sikap ta'aruf ini penting terutama dalam berpasukan, hal ini kerana kita dapat saling memahami ahli dalam pasukan dan dapat memberi arahan mengikut kemampuan anggota pasukan.


Dalil :












Surah. al-Hujurat 13


Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal).


Sikap positif  


Sikap positif Ta’aruf dalam pergaulan
  • Saling Mengenal satu sama lain
  • Saling Mengetahui satu sama lain
  • Saling Bergaul satu sama lain
Kesan Positif :
Kesan-kesan positif dalam Ta’aruf adalah :
  • Menambah ramai kenalan dan memperluas persaudaraan
  • Mengurangi musuh
  • Merasai bahagia dan senang hati bersama ahli pasukan
  • Dapat bertukar pengalaman dan pengetahuan
  • Mewujudkan kerukunan hidup sesama ahli pasukan
  • Sebagai teras membina persatuan dan kesatuan bangsa
  • Dapat dijadikan teras penyebaran maklumat


Tafahum


Membawa pengertian saling kesefahaman

  • Bahasa : Saling memahami/saling mengetahui secara mendalam keadaan ahli pasukan.
  • Istilah : Upaya untuk saling memahami dan mengetahui secara mendalam keadaan secara jelas, baik yang bersangkutan keperibadian mahupun keadaan keluarga.


Kesefahaman penting dan perlu ada dalam ahli pasukan kerana dengan adanya kesefahaman maka tidak akan berlakulah perpecahan.  Kita boleh ibaratkan sebatang lidi yang mudah dipatahkan tetapi jika menjadi segenggam lidi, ia akan menjadi kukuh dan terlalu sukar untuk dipatahkan.  Oleh sebab itu ukhwah dan kesefahaman (tafahum) itu amatlah penting.


Dalil :














Surah al-Hujurat 13

















Surah Ali Imran 159

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-lmpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu.  Oleh itu, maafkan mereka (terhadap kesalahan mereka terhaap kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka.  Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu.  Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya"


Sikap Positif 


Sikap positif Tafahum dalam pergaulan :
  • Saling Memahami satu sama lain
  • Saling Mengetahui satu sama lain
  • Saling Bergaul satu sama lain


Kesan Positif 


Kesan-kesan Tafahum dalam pergaulan antaranya :
  • Menambah ramai kenalan dan memperluas persaudaraan
  • Mengurangi musuh
  • Merasai bahagia dan senang hati bersama ahli pasukan
  • Dapat bertukar pengalaman dan pengetahuan
  • Mewujudkan kerukunan hidup sesama ahli pasukan
  • Sebagai teras membina persatuan dan kesatuan bangsa
  • Dapat dijadikan teras penyebaran maklumat
  • Kesefahaman lebih erat antara ahli kumpulan

Ta’awunPengertian membawa maksud saling tolong menolong.


  • Bahasa : Saling menolong.
  • Istilah : Upaya untuk saling tolong menolong.


Dalil :






Surah al-Ma’idah 2


"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab SiksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)".


Sikap Positif :


Sikap positif Ta'awun dalam pergaulan antaranya :
  • Memberi bantuan ahli pasukan
  • Menjenguk ahli pasukan yang sakit
  • Meringankan penderitaan ahli pasukan
  • Menutupi aib ahli pasukan


Kesan Positif : 


Kesan-kesan Ta’awun dalam pergaulan:
  • Mewujudkan kesatuan dan persatuan generasi muda
  • Terjalinnya hubungan rapat dan mesra antara sesama remaja
  • Terwujudnya kehidupan yang rukun dan damai
  • Tercapainya ketenteraman hati bersama ahli pasukan



Tasamuh

Pengertian :  
Bahasa : Melakukan perkara kebaikan, saling berbuat baik (toleransi dan timbang rasa).
Pengertian: Sedaya upaya untuk melakukan toleransi dan saling berbuat baik.


Dalil 



Hadis Sahih Muslim No. 2283 Jilid 4 Topik adalah Takdir
2283. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang jua pun anak yang baru lahir melainkan dia dalam keadaan suci dan dua orang tuanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi." Kemudian beliau bersabda: "Bacalah ayat: "Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus." (Ar Rum 30 : 30)

Sikap Positif  

Sikap positif Tasamuh dalam pergaulan ahli pasukan:

  • Tidak mengganggu ketenangan ahli pasukan yang lain
  • Tidak melarang ahli kumpulan menunaikan hak-haknya
  • Melakukan sesuatu yang disukai oleh ahli pasukan sebagaimana dia menyukainya.

Kesan Positif 

Kesan-kesan Tasamuh dalam pergaulanahli kumpulan:

Mewujudkan kesatuan dan persatuan generasi muda

  • Mewujudkan kesatuan dan persatuan generasi muda
  • Terjalinnya hubungan rapat dan mesra antara sesama remaja
  • Terwujudnya kehidupan yang rukun dan damai
  • Tercapainya ketenteraman hati bersama ahli pasukan




Rujukan:
1.  http://khaulahalazwar-flagyl.blogspot.com/2011/05/taaruf-al-tafahum-al-takaful3-aspek.html2.  http://haizerblaster.blogspot.com/2011/02/taaruf-tafahum-taawundan-tasamuh.html3.  http://sal-humaira.blogspot.com/2010/01/taaruf-tafahum-taawun.html

2.  Ceramah Agama



Friday, March 15, 2013

Bidadari untuk lelaki. Benarkah?


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56) 


Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)


Oh indahnya mendapat bidadari syurga.  Syurga digambarkan begitu indah.  Bangunan-bangunan dari perak dan emas.  Mengalir sungai susu dan sesuatu yang kita tidak dapat menjangkau dari akal dan fikiran.  Buat lelaki diberinya 72 bidadari yang cantik-cantik, (Hadis Riwayat Tirmizi).  Wah, hebatnya lelaki .. 


Tapi mampukah lelaki mendambarkan bidadari syurga?  Sedangkan bidadari di hadapan matanya tidak mampu di sayangi sepenuh hati.  Bidadari yang tuhan berikan di dunia ini tidak mampu menjadi tanggungjawabnya.  Hanya angan-angan bila mendambarkan bidadari syurga.


Tepuk dada tanya iman dihati.

Telah sempurnakah tanggungjawab lelaki menjadi suami.  Ohh.. sudah cukup.. Dulu masa ambil SPM ada belajar dengan ustazah, tentang tanggungjawab suami dan isteri.  Itu bab yang paling best sekali.. yealah nak kawin kannn?  Kawin.. sape taknak kawin kannn....  tapi lepas kahwin.. lupa la wak... saya sibuk dengan hal-hal lain.  

Apa yer tanggungjawab seorang suami?


1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
Suami perlu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri mengikut kemampuannya.  Suami perlu menyediakan keperluan-keperluan asas kepada iseri, iaitu sperti makanan yang mencukupi, pakaian hatta pakaian dalam dan juga tempat tinggal yang baik kepada isteri.





Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233,

"Dan kewajipan suamai memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik"


Menjadi tanggungjawab suami memberikan wanng yang secukpnya kepada isteri supaya boleh membeli keperluan rumahtangga, pakaian dan pada zaman sekarang telefon juga perlu menjadi tanggungjawab suami untuk membayarnya.


Namun, pada masa sekarang... Isteri kebanyakkannya sudah keluar bekerja.  Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T


Namun apa yang berlaku sekarang, seolah-olah lelaki menghalalkan isteri bekerja menjadi kewajiban dan tanggungjawab untuk isteri untuk berbelanja untuk keluarga.  Sudahlah membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, makan minum pun kena ditaja oleh isteri.  Bila ditanya kemana hilangnya duit suami.. tidak mampu untuk menjawab.. ape lagi - pelaburan kat kereta, kat telefon, tukar gajet komputer, habis kat pejabat belanja kawan-kawan makan, ni orang kat kampung mintak duit nak besarkan dapur, beli benih sawit, ohh... lupa plak, rahsia tau!!  Aku masuk pelaburan  web. (kalau cakap dengan bini grenti kena sound!), nanti jadi kaya boleh dapat bidadari dunia lagi satu... kat dunia kan boleh dapat 4 bidadari... hahaha...



2. Membayar mas kahwin

Mas kahwin itu hak isteri.  Ia adalah nafkah pertama yang berikan oleh suami kepada isteri setelah diijab kabulkan.  Tidak boleh suami meminta kembali mas kahwin tersebut.  

Kalau suami mintak balik tu, suami buruk siku.  Kasi flying kick kat dia jelah... (aku pun bukan baik sangat) ape nak buat dapat suami berlagak.. depan orang kata mas kahwin RM99999 .. tapi nanti lepas kawin tu 9 yang kat depan tu sume dia minta balik.. yang tinggal 9 yang kat belakang sekali.. itu pun entah2 dia nak mintak jugak.  pandailah buat simpati.. kereta bateri dah kong, tayar kereta dah botak, engin kereta kena overhaul.. wang tarak.. lu tarak bagi pinjam.. wa pinjam itu sama ah long .. nanti ah long cari lu.. wa tanak tolong.. wa lari kawin bini baru.. hahahaha....


3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang

Bab ni memang la... paling susah lelaki nak buat... dia layan 1st klass masa bercinta je... bila dah kawin lama.. dah jadi klass ekonomi.. tak pun klass paling corot sekali.  Well, friend is always no 1 - wife is the last priority.. alaa.. itu pun nak berkira ke... last2 balik tidur atas katil yang sama jugak.. ape nak kesah.  Biarlah isteri nak cakap ape.. dengar je la.. pas dia dah penat nanti dia berenti bising.



Kalau nak tengok suami baik depan isteri, bawak dia pergi jumpa kawan-kawan dia.. wahh... jadi suami mitali gitu... what do you want? coffee, tea?  ohh.. jalan baik-baik yang.. pegang tangan abang ni.. nanti jatuh. Hah!!  Mantop.. lakunan best actor!


Padahal kat rumah, uhh.. Bang, ayang tak larat ni.. Kepala berat, badan rasa sakit-sakit, rasa macam nak demam je... suami tanye:  Nak bawak pergi jumpa doktor? huh!! langsung tak de hati nak picitkan kepala ke, ambilkan ubat ke, paling tidak pun, pegang la dahi bidadari dunia awak tu.. panas ke, picitkan belakang badan dia yang lenguh-lenguh tu.. 


Kalau awak sakit, bidadari awak tu jugak la yang layan awak.  Masakkan bubur, tuangkan air - kasi ubat, tuamkan badan awak yang panas tu.  Siap sedia lagi dengan caci maki awak.  "Aduhh!!! Pukimak sakit la... "  "Ahh.. dari sakit macam ni mati lagi baik!!"  Hantuk kepala kat dinding, hentak kaki.. "Abang!! Sabar bang, ni sakit tuhan bagi untuk hapuskan dosa!".. sabarnya bidadari dunia tu.


Tapi ramai lelaki yang tidak hargai isteri... aduihai.. kesian bidadari dunia kann... jangan kata nak dengar suami bergurau... "Yang, yang... kalau abang pakai kostium ni rupa abang macammana?" sambil ambil kostum badman ..isteri jawab "hahahaha... comeiiii...." terhibur hati isteri sekejap... ini tak de.. gurau pun menyakitkan hati... "Yang, yang.. kalau abang kawin lagi satu macammana?"... isteri jawab "abang jangan nak mengada-ngada yang ada ni pun abang tak mampu nak layan, ni kan pulak nak bini lagi satu" pastu suami jawab "hahahaha.... abang gurau je laa... " dia gurau untuk gembirakan hati dia sendiri.... hati isteri "%$#@@$%^^^^" 


4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri

Ermm... bab ni lagi satu... 
Kadang-kadang aku pun tertanye jugak... suami ni dah cukup ilmu ke nak mentarbiah isteri?  Entah-entah dia pun terkapai-kapai.  Ada suami masa nak nikah, jurunikah suruh istigfar pun salah.  Baca syahadah pun tak betul.. Aduiyaiii... macammana nak tunjuk ajar isteri bab agama?

Entah-entah isteri lagi terror dari dia.  Bab baca Al-Quran tu merangkak-rangkak.. suruh nyanyi karaoke perhhhh... tak jemput pun microfon jadi rebutan.  Jadi imam alahai.. sebutan surah al-fatihah pun tak lepas.  Hah!!  Yang dah pernah jadi imam pada isteri tu... ingat korang punye fatihah tu dah betul ke?  Pergi semak.. tolong pergi semak kat ustaz... ada yang salah tu...  isteri dah tegur pun, masih salah lagi.. nak tegur banyak kali kang kena tempeleng... lelaki kan egoo... pantang kena tegur isteri.. 


Kalau tak pandai tu tolonglah belajar.. jangan jadi bodo sombong.  Tolong hadirkan diri kat masjid dan surau-surau.  Dengar ceramah agama.. bukan kat surau je.. dalam kereta pun bole.. Kalau dah dengar tu, amalkan.. bukan dengar je.. ada ilmu tapi tak amal tak de makna la jugak!


Tarbiah isteri tak sama dengan tarbiah orang luar.. last-last tidur atas katil yang sama.. kalau hati isteri sakit sebab kena perli-perli macammana nak terkesan.  Kalau nak ajar isteri pun, jangan la jerit-jerit kat isteri, tak payah la nak gertak-gertak isteri dan tak payah la nak sergah-sergah isteri.  tegur secara baik.. lama-lama isteri faham dan dia tak buat apa yang suami dia tak suka.. tak payah nak marah macam big boss.  Apa lagi kalau tangan tu asyik naik kat badan isteri.. memang la isteri lagi degil sebab nya nak lentur isteri tak boleh guna kekerasan.. memang la tak makan saman..



قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
You All know ya lelaki... satu tips saya nak bagi la... bila je dah kawin yea.. awak layan la isteri dengan penuh kasih sayang tanpa kurang.. kata lemah lembut tetapi dalam masa yang sama ada ketegasan... biarpun isteri lambat terima apa yang you all cakap.. lama-lama dia ikut jugak.. tapi kalau you all laa.. kata tengking-tengking la.. sergah-sergah.. jangan harap la apa yang you all nak, isteri tunaikan..  lama-lama kan.. isteri you all lali dah bab kena tengking ni.. dia buat derkkk.. jer.. lagi dia tengking you all balik ada... jangan salahkan isteri yea.. sebab you all yang ajar macamana nak tengking pasangan.. you all yang ajar tauu...


5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
Bab ni.. sama la dengan bab diatas tadi... tingkah laku ermm... tingkah laku biasanya... isteri sakit hati bila suami buat derkk je kalau dia membebel.. macam kata-katanya tak de makna dalam hidup suami.  Membebel para isteri sebenarnya dia nak suami dengar dan bertindak.  Bertindak sama ada berhenti melakukan atau melaksanakan pencegahan.  Satu perkara yang suami kena tahu.. 6 sense isteri sangat kuat.  Dari jauh dia dah boleh agak apa yang berlaku.  Benda tu belum berlaku lagi tapi dia dah boleh agak perkara tu mungkin akan terjadi. selalunya isteri akan berkata  "Kan sayang dah pesan, abang jangan buat begini.. begini.. kan dah jadi dah!!" sebab isteri ada naluri keibuan.. naluri keibuan dapat detect apa yang salah jika anak begini begini... so dia akan melaksanakan pencegahan sebab itu anak membesar dengan baik.


Suami tak perlu tengking isteri, apa lagi menggunakan anggota badan (pukul) jika isteri tersalah langkah.  Apa lagi jika isteri yang masih terkontang kanting belum ada zuriat.  Hidupnya sebenarnya sangat-sangat kesunyian. Walaupun di bibirnya terukir senyuman, siapa tahu di dalam hatinya seperti barah dan bernanah.  Apa lagi jika hidupnya terkontang kanting, suami asyik2 pulang lewat sibuk dengan kawan-kawan dan urusan kerja.  Bila balik rumah, kerjanya asyik tidur sahaja... tak pun asyik melekat dengan ipad, tab, blackberry, samsung, facebook, twitter, email, blog dsbg..  Ya Allah.. sunyi tuhan je la yang tahu... jangan kata tak de anak.. yang ada anak pun mahu mengamuk rasanya .. ada tanda-tanda.. satu hari nanti gajet suami tu macam terbayang-bayang bakal berkecai kat lantai...


Ada suami yang melebihkan kawan-kawan dari isteri.. kalau kawan-kawan calling.. pehh.. cepat je jawab.. halloo.. roger.. roger.. ape kedai mamak.. okey roger... Kalau isteri telefon.. hoh.. dekat 10 kali pun tak angkat-angkat.. dari pagi sampai petang tepon tak angkat... meeting katanya.. dah la tak angkat.. sms pun tak nak.. bagitau la ada meeting.. tak de la bidadari dunia awak ni macam nak mati dah tak keruan kat umah...


Kalau kawan-kawan ajak - yoo... kita pergi sini yea.. huh laju je.. okeyyy.. roger.. tapi bila isteri ajak.. abang, barang dah abis ni.. bila nak shopping.. minggu depan pun belum tentu.. alaa.. beli je kat kedai runcit..  ape lagi abang.. jom tengok wayang.. dah lama tak dating sama-sama... kata suami.. okey... ermm... tunggu satu bulan ke satu bulan sampai dah bertukar cerita wayang tu tak pergi2... pendam je la hati yea wahai bidadari dunia tengok perangai suami macam ni.


6. Memenuhi nafkah zahir dan batin

Nafkah zahir.. ermm... duit la ape lagi.. biarpun isteri dah bekerja, kena bagi isteri duit jugak.. tak banyak pun sikit.. itu tanggungjawab dan itu adalah amanah Allah.  Suami yang cuai dengan tanggungjawab ini, lama-lama hatinya akan keras.  Mula-mula dia tak mampu nak bagi nafkah, lepas tu dia tak mampu pulak nak bayar bil-bil.. lepas tu dia tak mampu pulak nak bagi makan anak bini... sebab hasil dia bekerja sehari-hari tak berkat.  Kedekut dengan isteri dan anak sendiri maka ALLAH tarik berkat darinya.  Memberi nafkah kepada keluarga umpama memberi sedekah.  Bila kita bersedekah, maka keluar darinya berganda-ganda lagi rezeki.

Dari segi nafkah batin tu rasanya semua dah sedia maklum.. kalau boleh, bukan bila suami berkeinginan sahaja isteri kena tunaikan.. bila isteri berkeinginan juga perlu suami tunaikan... jangan sampai isteri cari luar.. dayus.  Nafkah batin bukan tertakluk kepada hubungan kelamin semata-mata.  Batin juga melibatkan hati dan perasaan isteri.




Ramai suami yang tidak menjaga batin isteri kerana keegoan suami.  Batin isteri yang paling penting adalah kasih sayang dan kesetiaan.  Kadang-kadang isteri minta sesuatu, suami tidak tunaikan (padahal dia mampu) juga menyiksa batin isteri.  Kerana isteri dikurniakan dengan emosi.  Kadang-kadang bila suami tengok isteri marah, dia tak pujuk pun... apa lagi kalau isteri merajuk.. suami boleh buat derkkk je.. lagi la .. dia boleh lepak depan tv sampai tido kat situ... ya Rabb... sakitnya hati isteri.


Lagi la.. kalau isteri tu request dari tahun ke tahun, suami tak tunai-tunaikan.. apa lagi nak tengok ada la usaha dari dia .. nak tunaikan.. contoh la.. dia nak suami dia beli aircon, bukan suami dia tak mampu pun, mampu.. tapi malasnya tahap maksima... kalau pakai duit suami tu tau la tahap kedekut suami nak mengelat.. tapi ni isteri yang nak bayar ni.. nak soh pergi kedai aircon pun tak terpegi-pegi.. kan sakit hati isteri.  Last-last isteri pergi sendiri.. ahh.. jenama cap ayam pun cap ayam laa... tapi bila dah balik bawak aircon cap ayam.. pandai plak suami bising.. apesal beli aircon cap ayam... tu laa bangg... saya dah ajak abang pergi kedai aircon abang asyik tangguh je.. maner la saya tahannn...  panas ni bang.. panas...



7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri


Haa... sambong je la cerita di atas.. memberi pelindungan.. huh..  nak lindung macammana.. suami pun tak pernah pergi gym, angkat barang pun kena berdua dengan isteri.. aduii sakit pinggang..  ala.. gaut.. aduimak.. darah tinggi.. kencing manis... macammana nak lindung isteri?



من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Rumah pun duduk menumpang rumah parent.. dah jadik tabiat.. dari kecik kena suap dengan mak bapak sampai dah kawin pun mengharap ehsan parent.  Kalau tak mampu tu lain la cerita.. hidup kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. ni telefon canggih, kerja gaji 2k, kereta ada, moto ada.. tapi hidup menumpang.. aduiyaii..


Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai denga kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.  (al-Talaq:6)


Kalau isteri tak kesah tak pe la.. tapi kalau isteri rasa tak selesa.. sepatutnya suami kenalah cari alternatif.  Jangan berkira sangat dengan wang.  Kalau kita tak mula untuk sesuatu, kita tak akan dapat apa pun.  Kena start kena dengan langkah pertama.. baru boleh pergi jauh.  Dulu masa sebelum kawin.. gunung sanggup ku daki, lautan sanggup ku renangi.. tapi bila hal ini pun.. tak sanggup .. alahai.. ini amanah beb... 





Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu  adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami
Berlaku adil kepada semua isteri... ermm... kalau dengan sorang isteri pun tak mampu berlaku adil .. jangan la cerita nak ada isteri-isteri.  Macammana dikatakan adil kepada seorang isteri?  
Just semak la .. berapa lama masa para suami ni dengan kawan-kawan, dengan diri sendiri, dengan anak-naka dan dengan isteri.  Kalau ada dengan isteri pun, berapa kali anda berbual dengan isteri tanya tentang kehidupannya, tentang sakitnya dan tentang kisah anak-anaknya... 

Adakah anda pernah membantu isteri anda di dapur?  Adakah anda pernah bantu isteri anda membasuh pakaian?  Adakah anda pernah bersamanya berdating (istilah dating dengan shopping tu berbeza tau!).  Berapa kali dalam setahun anda bercuti dengan family?  Berapa kali dalam setahun anda bercuti berduaan dengan isteri?


Dari sebelah keluarga suami dan keluarga isteri.. siapakah yang anda kerap bertemu?  Jika seimbang.. Alhamdulillah.. jika berat sebelah... Masya ALLAH... adilkah anda?


tepuk dada tanya iman.


Kesimpulan:


So... untuk dapat bidadari syurga... mesti melepasi bidadari dunia dulu... jangan takut.. bidadari dunia tak kejam sebenarnya.  Jika anda menyayanginya dia akan menjadi bidadari syurga anda lebih baik dan lebih cantik dari bidadari syurga... kerana dia mampu hidup dengan anda ketika anda susah, ketika anda sakit, ketika anda sedih dan ketika anda papa kedana.. yang sedia maklum bidadari syurga tidak mampu berada di samping anda di dunia ini ketika itu.  Bidadari dunia anda ini akan menjadi insan paling cantik yang pernah anda ada. Dialah sebenarnya permaisuri bidadari anda..  




Nabi s.a.w bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Baginda menjawab, Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


dengan syarat.. 


Anda tidak mengabaikan tanggungjawab anda.. selalu memaafkannya jika dia ada terbuat kesalahan, perbetulkan kesilapannya dengan lemah lembut dan menyayangi.. menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang suami.



Sabda Nabi s.a.w:
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Semak-semak diri anda... layakkah anda mendapat bidadari?









Rujukan:


http://perkahwinan-islam.blogspot.com/2009/11/9-tanggungjawab-suami-dan-isteri.html

http://amekaw.com/2012/06/lelaki-dayus-menurut-islam-menarik/
http://lynndbeauty.blogspot.com/2012/02/tanggungjawab-seorang-suami.html
http://panduanislam.com/blog/2011/04/suami-inilah-tanggungjawabmu/
http://www.islam.gov.my/e-hadith/hak-tanggungjawab-dan-peranan-suami
http://aku-macjay.blogspot.com/2012/06/sebuah-kisah-cinta-dari-syurga.html
http://sufiyyimraah.blogspot.com/2011/01/bidadari-untuk-lelaki-namun-buat.html
http://www.mieneaststar.com/2012/09/wanita-jangan-cemburu-dengan-bidadari.html
http://w1.bharian.com.my/articles/SoalanAgama_Lelakisyurgapasanganwanitasoleh/Article/