Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Sunday, July 18, 2010

Luahan Sepi seorang isteri tiada anak



Luahan Sepi Seorang Isteri Tiada Anak



Sepi......
Sepi adalah abstrak
Tidak dapat dipindah rasa kepada sesiapa pun
Tidak ada yang memahami sepi itu
Walaupun mungkin ingin memahaminya
Tetapi tidak mungkin akan faham kecuali merasainya sendiri
Sepi adalah seperti api dalam sekam
Membakar dalam diam, hangus bak debu hancur diterbang angin
Siapa yang lebih memahami erti sepi selain dari seorang isteri
Yang sunyi dan mendambakan kasih sayang
Yang menanti hari demi hari
Tangisan bayi yang amat dirindui
Insan yang ingin dibelai dan membelai
Insan yang ingin berkata-kata, berkomunikasi

Sepi itu membingungkan
Sepi itu membosankan
Sepi itu sunyi
Sepi itu gila
Sepi itu sedih
Sepi itu marah
Sepi itu diam
Sepi itu tidak dapat digambarkan
Apa itu sepi!!!

Sepi itu adalah racun rumahtangga
Sendirian dirumah atau bergelak tawa bersama
Sepi itu tetap ada
Bagai selumbar
Kemana sahaja dibawanya
Selagi tidak dapat dikeluarkan
Selagi itu ia menyakitkan.

Sepi itu perosak
Bagai sembilu yang menghiris hati
Apa lagi suami tidak mengerti
Hari-hari keluar katanya mencari rezeki
Dari pagi hingga senja
Katanya pergi bermesyuarat
Dari senja hingga bulan ditengah kepala
Celiknya mata tiada.. tidurnya pun tiada
Dengan siapa inginku berbicara
Tentang remuk rendam hati gundah gulana
Dengan siapa kuingin berbicara
Tentang tiada adilnya dunia ini untukku
Tentang mereka yang sempurna
Tentang aku yang diuji
Tentang hidupku yang kosong

Kau pendengar suamiku
Kau cuba jadi yang terbaik
Tetapi kau hanya mendengar dan kau tak mengerti
Sehingga aku terpaksa berbicara berulang-ulang kali
Sehingga aku terpaksa menulis nota bicara hati
Sehingga aku tidak dapat menahan lagi
Lunak suaraku lalu menjadi tinggi.

Lalu kau merajuk
Kau marah
Kau kata aku mengikut rasa
Kau kata aku tidak menghormatimu
Kau kata kau cuba memahamiku
Kau kata semua perlakuanmu satu tuntutan
Tapi pernah kah kau memahami tuntutan isterimu ini?

Apa yang aku inginkan?
Anak
Anak
Anak!
Kau kata kalau sepi bekerjalah
Kau kata kalau sepi belajarlah
Tapi kau tak pernah mahu memahami
Betapa lebih sakitnya aku diluar sana
Lebih sakitnya jika aku bergaul
Lagi peritnya sepi itu setiap waktu
Lagi peritnya menghadapi
Hari-hari pertanyaan tentang anak
Hari-hari pernyataan tentang anak
Bagai segunung duri yang mengikat ketat
Melilit dileherku sehingga aku hampir lemas
Dan tajamnya merosakkan jiwaku

Lalu kau kata lagi suamiku
Apalah dayamu untuk mencantumkan dua benih ini
dan kau pula berputus asa
Bunuhlah dirimu agar aku boleh mencari pengganti
Kau pun tidak mahu jadi begini
Sesalmu, tangisanmu moga-moga mencairkan marahku

Lalu aku terkasima
Melihat lakon layar bahtera perkahwinan ini
Sungguh mudah kata-katamu berbicara
Sungguh mudah kau selesaikan erti sepi
Dalam bingung kelahi suami isteri
Dalam sedu tangisku
Erti sepi itu tidak sampai kepadamu.

Lalu kau tanya lagi
Setelah aku memberimu jawapan berulang-ulang kali
Setelah aku memberimu penyataan berulang-ulang kali
Dan kau bertanya lagi
Apa yang kau mahu isteriku?
Lalu aku untuk sekian kalinya menjawab

Temani aku..
Lebihkan aku dari kawan-kawanmu
Lebihkan aku dari masyarakatmu
Lebihkan aku dari kerjamu
Berbicaralah denganku
Bawalah aku disisimu seperti kita bercinta dahulu
Aku betah tinggal dirumah sendirian
Tapi pulanglah kau suamiku tanpa lengah
Temanilah aku sepanjang malam
Supaya aku dapat membelai seorang insan
Supaya aku dapat dibelai seorang insan
Jadikanlah rumah sepi ini hiburanku setiap masa kau ada disisiku
Supaya aku menjadikannya kenangan setelah kau bekerja esok hari
Menjadikannya semangat untukku melakukan kerja-kerja sehari-hari
Menjadikannya benteng menghalang sepi
Jika kau masih sayang padaku
Maka mengertilah aku memerlukanmu disisiku
Lebih dari seisi dunia ini..
Gembirakanlah aku
Buatlah aku tersenyum
Biarpun lautan pahit dihadapanku
Aku sanggup hadapi selagi kau sentiasa disisi

Setelah kau bawa aku keluar dari daerahku
Keluar dari kebiasaanku
Keluar dari insan-insan yang aku sayangi
Masuk ke daerahmu yang asing bagiku
Masuk ke mahligai yang kau bina untukku
Kau biar aku terkapai-kapai
Kau tinggalkan aku terpinga-pinga
Kau lepaskan aku sendirian
Dari hari ke hari
Dari minggu ke bulan
Dari bulan ke tahun
Lalu dimanakah kesabaranku lagi
harus aku pertahankan.

Wahai suamiku
Aku menyayangimu
Ku korbankan kesenanganku
Ku ikutmu menjelajah wilayah asing
Ku berbuat baik dengan saudara maramu
Ku hormatimu suamiku
Ku jaga hartamu dan kesayanganmu
Ku jaga peribadiku, agamaku, solatku untukmu
Maka tolonglah aku suamiku
Hindarkanlah aku dari sepi ini..
Kerana ia merosakkan aku dan engkau
Merosakkan rumahtangga kita
Bantulah aku dengan sentiasa ada disisiku
Layanilah aku diwilayahmu agar aku tidak terasa sepi.

Wahai suamiku
Fahami aku..
Fahami aku
Dan fahami aku..





Nukilan:
Cayangdqte
11.17am
Ahad, 18 Julai 2010

Wednesday, March 3, 2010

Mengapa aku menerima ujian sehebat ini?!!






"MENGAPA AKU MENERIMA UJIAN SEHEBAT INI?!!!" satu persoalan yang sering dilontarkan kepada insan-insan yang tidak dapat menahan perasaan apabila berlaku musibah kepada dirinya. Sehebat mana manusia itu, tidak lepas dari dugaan dan ujian Allah kepada mereka. "Lagi beriman seseorang itu, lagi hebat dugaan dan ujiannya.. " itulah satu ungkapan yang aku dengar lama dahulu.. Kenapa? Kenapa lebih hebat ujian yang datang padaku? Sesungguhnya.. itulah kasih sayang tuhan kepada kita. "Sayang? Sayang apekebendanya? Aku susah hati, sakit jiwa.. Dia sayang?.." apa yang kita tahu tentang sayang? Kenapa tuhan menyayangi kita lalu menguji kita? Bukankah lebih baik dia limpahkan sahaja kemewahan, kesihatan dan kebahagiaan kepada kita sebagai tanda sayang? Kenapa kita diuji?

Kerana dengan cara itulah dapat kita lihat keimanan kita kepada Allah.. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Iman? Apa itu iman? Iman bermaksud tasdiq (membenarkan), iaitu mempercayai dan yakin dalam hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W .
Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Iman ialah mengiktiqadkan dengan yakin di dalam hati, berikrar dengan lidah serta mengerjakan dengan anggota badan."

(Riwayat Muslim)

Bagaimana kita boleh beriman jika ujian sehebat ini berlaku kepada kita? Kita perlu yakin kepada Qadaq dan Qadar Allah. Semuanya adalah ketentuannya, kita perlu berdoa, beristifar dan bertenang dengan segala yang berlaku dan melakukan solat sunat, solat hajat untuk menghindarkan diri kita dari bisikan-bisikan syaitan yang menyesatkan.
Apa itu Qadaq dan Qadar Allah? Apa jua yang berlaku di dalam alam ini, pada diri sendiri sama ada disukai atau tidak, baik atau buruk, sengaja atau tidak, sedar ataupun tanpa disedari, sihat atau sakit, berjaya ataupun gagal semuanya sudah ada ketentuannya dari Allah.





Sabda Rasullullah yang bermaksud:

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasullullah dan dia beriman dengan hari akhirat dan dia beriman dengan qadar Allah sama ada baik atau buruk, manis atau pahit."

Keimanan yang yakin tanpa ragu-ragu kepada qada dan qadar Allah s.w.t memainkan peranan memantapkan aqidah muslim. Oleh sebab itu, jika berlakunya ujian kepada kita hendaklah kita insaf dan kembali kepada Allah.

KESEDIHAN MELAMPAU

Aku sendiri pernah mengalami kesedihan melampau.. ujian yang Allah berikan memang menguji keimanan aku. Aku pernah tertanya-tanya mengapa aku yang dipilih untuk menerima ujian seberat ini? Bagaimana aku mampu menampung beban yang semakin hari semakin menyesakkan dadaku. Aku menangis dan seperti manusia normal aku kalah dengan emosi aku sendiri. Aku menyendiri, aku tidak peduli persekitaran, aku berada dalam duniaku. Aku lemas dalam lautan yang tercipta untukku. Aku pasrah...

Hampir berkali-kali aku terjerumus dalam kesedihan melampau. Namun, apa yang aku ingin nyatakan adalah semua yang menyebabkan kita terasa lemah, sedih dan bersangka buruk dengan Allah adalah kelemahan kita sendiri. Setiap kali aku jatuh kelembah sedih melampau aku terus bangkit semula. Aku perlu menyedarkan diri aku sendiri bahawa semua yang berlaku kepadaku adalah qada dan qadar Allah. Bacalah ayat ini:

ALLAH TIDAK MEMBERATI SESEORANG MELAINKAN APA YANG TERDAYA OLEHNYA. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

(Surah Al-Baqarah: ayat 286)


Sesungguhnya ujian yang Allah berikan kepada setiap makluknya itu adalah ujian yang dia mampu hadapinya. Cuma pemikiran kita, minda kita telah dikacau oleh syaitan dan nafsu sendiri untuk bersangka buruk dengan Allah. Pemikiran kita yang menyatakan bahawa "Allah tidak sayangkan kita","Kita adalah hambanya yang tersisih", "Doa kita tidak dimakbulkan kerana Allah kejam".

KENAPA KITA DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut:ayat 2-3 )

Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk. Kehilangan harta benda, Kematian ibu bapa, anak, suami dan orang-orang yang kita sayangi, kesakitan, ancaman, bencana dan sesuatu yang kita inginkan.. juga sebagai ujian.. misalnya kita mengidamkan seorang anak... dari tahun ke tahun.. masih belum berhasil. Kakak kita sudah bertambah anak, sepupu kita yang kawin kemudian dari kita pun sudah beranak.. ipar kita sudah pun beranak,.. orang kampung asyik dok tanya.. emak asyik dok tanya.. sudah pelbagai rawatan pergi, berubat tradisional pun sudah.. habis semua ikhtiar kita... belum juga dapat anak..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: ayat 216)

Jika kita lahirkan anak pada masa itu, mungkin kita tidak mampu dari segi kewangan.. tak ada rumah lagi.. dsbg.. kita akan mengabaikan anak kita sedangkan setiap kali solat kita akan minta anak yang soleh. Mungkin kita sendiri belum lagi mencapai tahap "soleh" itu maka Allah tidak memberi kita anak takut-takut anak kita menjadi beban kita diakhirat nanti.

MENGHADAPI UJIAN ALLAH


Aku ada seorang kawan, ibunya baru sahaja meninggal dunia. Pula bapanya sudah lama meninggal dunia. Dia mengadu bahawa hidupnya sentiasa dirundung malang. Baginya tiada hari bahagia. Dia seolah-olah mengalami kesedihan melampau. Dia kaitkan semua kedukaan hidupnya.. lalu dia lemas dalam dunianya sendiri.

Lalu aku bertanya, Tidak adakah dalam hidup kau pada hari itu engkau tersenyum dan gembira? Tidak adakah hari dalam hidupmu engkau rasa bahagia walaupun sesaat? Pada masa dia bernikah bukankah saat paling manis dalam hidupmu? Pada saat teman-temanmu bergurau senda bukankah saat yang paling manis? Bukankah engkau masih dapat kebahagiaan? Kataku lagi... Hidup kita ini seperti roda.. kita bahagia bila berada diatas.. dan kita berduka bila kita dibawah... Terimalah ini sebagai ujian Allah.. janganlah engkau menambah-nambah hal-hal kesedihan dahulu, sedangkan engkau pernah merasa bahagia dan bersangka buruk dengan Allah.. siapakah yang akan bertanggungjawab atas sangka burukmu itu?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran: ayat 139 )


Sesungguhnya apabila kita menerima ujian Allah dan kita sabar menerima segalanya dengan reda. Insya Allah, makin berimanlah kita kepada Allah. Makin kuat kita berjaya menempuh ujian itu.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

(Surah Al-Imran: ayat 200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah: ayat 45)



BERAMAL BAGI MENINGKATKAN IMAN DI DADA
Hati kita cenderung menyalahkan takdir, menyalahkan orang disekeliling kita dan menyalahkan diri kita sendiri atas apa yang berlaku. Lebih teruk lagi, ada yang menyalahkan Allah kerana kegagalan, kelemahan dan kesedihan dihati kita. Pada tahap itu, ketahuilah bahawa iman kita benar-benar rapuh dan mudah untuk kita menjadi murtad. Sesungguhnya orang-orang murtad itu tempatnya di neraka dan di dunia lagi hukumnya adalah bunuh. Mahukah kita menjadi manusia yang murtad? Manusia yang derhaka kepada Allah? Nauzubillah..


Cepat-cepat kita sedarkan diri kita. Kita adalah Hamba Allah... Tujuan kita di dunia ini adalah sebagai khalifah yang mentadbir bumi ini dan beribadat kepada Allah. Yang telah meninggal dunia itu, telah tamat tempoh perjanjiannya dengan Allah maka tidak ada baginya lagi untuk beramal soleh. Tiada lagi ujian keimanan... baginya hanya menunggu keputusan.. dan yang hidup ini diuji terimalah ia dengan berlapang dada... ubatlah hati dengan reda, ubatlah jiwa dengan solat dan doa. Ubatlah diri dengan usaha. Ubatlah minda dengan tawakkal. Insya Allah.


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah: ayat 129)
Doa Nabi yusuf - DOA MENGHINDARKAN KESULITAN DAN KEPAYAHAN


Selagi ada hayat kita hendaklah kita berusaha menjadi apakah hak hidup kita di dunia ini. Kadang-kala kita terasa berputus asa dengan usaha yang tidak berhasil. Kita merasa begitu sebal dengan beban yang kita tanggung. Perasaan ini sebenarnya memusnahkan diri kita sendiri. Dan ingatlah...



"........ dan jangan kamu berputus asa dari rahmatAllah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah,melainkan kaum yang kafir." (Surah yusuf: ayat 87)


APAKAH YANG KITA PEROLEH DARI UJIAN INI?

Hati yang tenang. Musibah yang kita hadapi dengan tenang menjadikan kerja kita lebih mudah. Sekiranya kita melakukan kerja dengan emosi maka hasilnya tidak memberi manfaat yang baik pada diri dan orang lain.

Allah memberikan balasan pahala dan darjat yang tinggi di sisi-Nya. Insya Allah.

Hati yang gembira. Biarpun ujian melanda diri kita, hati kita tenang dan kita mampu gembira. Lebih-lebih lagi apabila ujian yang kita perolehi itu berjaya kita harungi. Misalnya, orang yang inginkan pekerjaan. Atas usahanya dan tawakalnya akhirnya ia memperolehi pekerjaan. Sesungguhnya saat itulah kegembiraan yang amat sangat. Tanpa duka kita tidak mengenal erti kegembiraan sebenarnya. Tanpa ujian kita tidak mampu menghargai apa yang kita ada selama ini.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah .............".

(Surah At-Taubah: ayat 111)

Buat pembaca dan diri saya sendiri. Bersabarlah menghadapi ujian Allah, jangan lupa solat 5 waktu, ikhtiarkan solat sunat hajat, bacalah al-Quran kerana membaca al-Quran mampu menenangkan hati... berusahalah dengan gigih dan semangat yang kental dan akhirnya bertawakallah kepada Allah.

Insya Allah....

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu"
(Al-Fajr: 27-30)

Saturday, February 13, 2010

Pengalaman Memagar Rumah Sendiri


Sesungguhnya kita ini manusia biasa, selalu buat kesilapan, kadang-kadang bila orang tidak puas hati dengan kita ada yang membawa perkara tersebut ke mahkamah, guna undang-undang manusia untuk mengadili perkara. Tetapi ada juga orang yang tidak puas hati dengan kita membawa perkara tersebut ke bomoh, guna undang-undang syaitan untuk menyebelahi pihaknya. Aku tak mahu cakap siapa.. tapi satu keluargaku tahu siapa punya angkara... sebab apa dan kenapa.. tak perlulah aku war-warkan.. kita bukan tuhan.. biarlah dia bergelumang dengan perjanjiannya.. menangnya hanya didunia, akhirat nanti.. siapa tahu?

Banyak kali sudah keluargaku terkena.. termasuk aku. Anak buahku kerap terserempak dgn lembaga, menangis sakan disakat makhluk halus itu. Adikku kerap sakit.. hentah apa-apa tak tahu. Kakakku hampir bercerai, porak peranda, alhamdulillah jodohnya panjang lagi. Emakku selalu maigraine, sakit lutut, sakit perut entah apa-apa, ayah jua begitu.. baru-baru ini kena santau angin.. aku juga penah kena macam-macam termasuk santau angin, panas dalam rumahtangga, kakiku sakit-sakit dan terbaru rumahku panas macam dalam bilik sauna.

Sebelum aku berpindah ke rumah sewa baru, aku pernah alami rumah panas juga, bila rumah panas, aku dan suami juga berhati panas, dulu kerap gaduh hal remeh temeh, pula masa tu ada makhluk lain juga bertenggek .. aku tak nak mengulas hal itu, tapi alhamdulillah hal makhluk tu dah settle lepas pergi jumpa pengamal perubatan. Sebelum berpindah, dua kali kejadian lebam pada badanku, pengamal perubatan kata kena gigit pelesit.. camna nak tahu? Ada dua titik seperti digigit ular ataupun kalau nak senang cite kena gigit drakula di tempat yang lebam tu. Besar atau kecil jarak antara dua titik yg penting kedudukkannya selari macam taring. Aku tak tahu sama ada ianya dihantar ataupun memang kat situ punya. Lepas itu, rumahku dipagar oleh pengamal perubatan. Kecoh juga satu lorong kat situ tahu... yelah kampung.. tapi pengamal perubatanku kata, yg kat situ pun mmg dah ada, yg dihantar pun ada tapi dia tidak cakap pasal yang bertenggek pun ada. Malam masa dia pagar tu, dia ada baling kulit limau purut yg sudah diperah kat atas bumbung rumah (masa tu rumahku atap zink, bunyinya macam monyet melompat diatas bumbung. Bila ditanya, dia kata.. tak de apa-apa sambil tersenyum. Cuma bila aku dan suami berubat dengan pengamal perubatan lain baru dia bagitau tentang kewujudan makhluk yang bertenggek tu.. alhamdulillah sudah dikeluarkan. Mana datangnya aku tak boleh nyatakan..

Awal aku berpindah di rumah baru.. semuanya baik belaka. Masuk bulan puasa, aku berikhtiar sendiri. Baca yasin pada air dan aku renjiskan pada seluruh rumahku. Yelah.. bulan puasa dulu setan sume kena ikat. So tak delah yang mengganggu. Masa tu bulan Ogos 2009 dan sekarang sudah bulan Feb, sudah 6 bulan. Sejak balik dari puchong, menurut suamiku dia sudah rasa sesuatu... katanya dia kerap letih, panas hati tak menentu. Aku tak rasa sangat, cuma baru-baru ini aku hampir-hampir terjatuh semasa mengambil pakaian, menyebabkan kakiku terseliuh. Puas aku letak minyak angin, dia bengkak lambat surut. Lepas surut, kakiku masih sakit dan aku pun pergi mengurut. Makcik yg urut ni kata dah masuk angin, dia urut-urut alhamdulillah dah tak sakit kaki tapi bengkak semula, kemudian dia urut lagi sebelah kaki, dia kata ada urat lenguh. Aku pun minta dia urut memang aku pernah merasa sangat lenguh kedua-dua kakiku pada satu maghrib sampai rasa macam nak nangis. Itu yang suamiku suruh aku pergi mengurut.


Lepas makcik tu urut, kakiku baik hanya beberapa hari. Sakit tu datang semula. Aku rasa hairan juga. Aku sudah syak lain. Kemarin, suamiku tiba-tiba angin balik dari kerja. Dia kata, masa pergi kerja okey je, tapi bila sampai je rumah, kebetulan masa itu, aku tak sambut kepulangan dia (actually aku sambut cuma ada ketika dia balik tu dia berkeadaan sudah hangin so aku pun jauhkan diri sebab tak mahu gaduh) dia rasa macam nak marah sangat. Alhamdulillah, masa tu, mood aku tak teruk sangat, walaupun sebenarnya aku pun panas tengok dia balik rumah tiba-tiba angin tak tahu punca. Sabar itu penting. Aku layan dia, tunggu nak makan malam sama-sama sampai la pukul 10 malam. Lapar giler aku masa tu. Last-last aku tak tahan, aku pergi makan dulu. Barulah suamiku nak bangun dari baring dia.. masuk bilik pergi solat isyak. Lepas solat baru angin dia sepoi-sepoi bahasa. Aku pun malas nak gaduh, ikutkan sahaja permintaannya nak makan. Aku berhenti makan dan sediakan makan malam untuk dia. Lepas tu, dia pergi buat kerja dia dan tidur.

Paginya baru dia cerita, semalam dia rasa panas tiba-tiba bila balik rumah. Padahal puncanya, dia tak nampak aku sambut dia kat muka pintu masa dia sampai rumah. Hal seremeh itu menyebabkannya marah sangat. Dia bersyukur sebab aku berjaya mengawal keadaan. Aku pun sedar, malam tu panasnya sangat lain. Memang hari itu panas seharian, tapi rumahku macam kena sauna. Biarpun dah buka kipas, pintu dan tingkap. Bahang seperti rumah sauna. Nasib baik bilikku ada air cond., tak delah panas sangat. Cuma memang lain malam tu.. itu yang aku beritahu kepada suamiku. Aku dan suamiku bersetuju untuk mencari pengamal perubatan untuk melihat-lihat sekiranya ada yang tak kena. Buat sementara ini, aku kena bertindak dahulu untuk memagar kembali rumahku. Aku rasa pagarku sudah goyah. Memang kadang-kadang aku merasa seram sejuk biarpun suamiku sudah tidur disebelah. Aku rasa ini mesti ada sesuatu yang tak kena!

Semalam hari jumaat. Hari yang mulia dan penghulu segala hari. Aku sudah bercadang untuk memagar rumahku. Sayangnya pagi tu, aku dan suami terbangun lewat dan terlepas subuh. Aku terpaksa menunggu waktu zohor ataupun waktu orang solat jumaat untuk mulakan operasi. Yelah.. aku tak solat subuh mesti kekuatan diriku tidak kukuh.

Lepas je azan jumaat. aku mandi dan solat zohor. Lepas solat zohor aku ambil air yasin yang telah aku baca malam jumaat. Kali ini aku baca ayat lain:
1. Istifar 3x
2. Syahadat 1x
3. Selawat Nabi 3x
4. Fatihah 7x
5. Surah Al-ikhlas 7x
6. Ayat Qursi 45x
7. Ditutup dengan selawat nabi 7x

Masa aku membaca ayat qursi aku merasa sangat mengantuk. Aku melawan diri aku sendiri. Menyebabkan tengkukku merasa lenguh dan sakit. Bayangkan masa aku membaca ayat kursi, aku boleh tersengguk sehinggakan bibirku menyentuh kepala botol air yasin yang ku baca. Aku teruskan bacaan dan cuba sedaya upaya untuk tidak tertidur. Kalau aku tertidur mungkin air yasin itu boleh tumpah tanpa aku sedari.. mungkin kerja syaitan.

Habis sahaja bacaan langkah ke 7. Aku berhenti sebentar.. teruk jua aku berlawan dengan diriku sendiri. Aku bingkas bangun. Perutku sudah keroncong dan aku makan dahulu. Lepas itu, perutku meragam. Aku tak boleh teruskan memagar kalau rasa nak membuang tu ada. Aku pun mengambil keputusan untuk memerut (hahaha.. itupun nak cerita). tapi apa yang aku nak cerita ini adalah halangan untuk aku terus memagar rumah. Memang sangat memenatkan.. aku hampir untuk berkata esok sahajalah.. tapi aku fikirkan hari ini adalah hari jumaat. So, aku cekalkan diri aku untuk terus memagar rumahku sendiri.

Aku bingkas bangun dan menuju ke bucu pertama rumahku. Pagar halaman rumah. Apa yang aku perlu buat adalah:

A. SEBELUM MEMAGAR RUMAH
1. Doa (mohon Allah melindungi diriku, keluargaku dan rumah yang aku diami)
2. Baca surah Yassin ayat 1-9, 7x (untuk melindungi diri)

B. SEMASA MEMAGAR ( 6 ARAH - ATAS BAWAH, KIRI KANAN, DEPAN BELAKANG RUMAH)
1. Hadap muka pada arah yang hendah dipagar
2. Baca Ta'awudz 7x, tiup bahu kiri (bagi mengelak mendapat bisikan jahat syaitan)- Ta'awudz itu bacaan A'uzubillah... sehingga habis (aku berlindung dari syaitan yang direjam)
3. Baca Bismillah 7x, tiup bahu kanan (untuk megelak bisikan jin-jin Islam yang fasik)
4. Ayat Qursi 25x (tetapi untuk yang was-was baca 45x)
5. Berdoa kepada Allah supaya pasak yang kita buat melindungi diri kita, keluarga kita dan harta benda kita dari marabahaya, celaka, bencana dan sihir. Mohon kepada Allah supaya perkenankanlah doa kita dan selamat dibawah lindungan Allah.

Mana aku dapat langkah ini? Dari rujukan di internet. Sebenarnya banyak cara lain seperti menggunakan paku, air, tahan nafas dsbg. Aku pun sebenarnya tak pandai.. tapi aku pernah lihat semasa pengamal perubatan yang memagar rumah sewa lamaku menggunakan azan dan air limau serta paku perak. Tapi rumahku tak boleh dipaku sebab bucu belakang rumahku adalah sudut simen bersambung dengan rumah jiran sebelah. Aku membuat keputusan untuk memagar secara maya dengan membayangkan aku sedang meletakkan tiang untuk memagar.

Pada bucu pertama rumahku. Aku rasa terganggu sangat. Ketika aku ingin mula, aku berdiri pada sudut dalam rumahku dan memandang ke tiang pagar rumah kebetulan terletak berdepan dengan surau. Aku seperti tidak dapat menumpukan perhatianku pada tiang itu, aku seperti tertarik kepada budak-budak yang sedang main di surau, kemudian ada pula orang yang meletakkan sampul pada pagar rumah. Mula-mula aku membaca surah Qursi tiba-tiba tersedar.. yang aku sebenarnya sudah beralih kepada surah Al-Fatihah. Padahal aku perlu membaca surah Qursi sebanyak 25x, aku jua tidak sedar sudah berapa surah aku baca. Aku berhenti dan kembali semula dengan bacaan pertama surah Qursi. Hampir masuk ke 25x aku seperti baru lepas berjalan jauh.. termengah-mengah. Habis sahaja berdoa. Aku duduk disofa melepaskan lelah. Bukan teruk mana. Surah kursi cuma ada 9 wakaf dibaca sebanyak 25 kali. Mengahnya teruk benar.

Kemudian aku masuk ke dalam bilik tidur utama. Dari situ aku boleh lihat sudut ke dua pagar rumahku. Dari dalam rumah aku mulakan bacaan Ta'awudz sehingga surah Qursi ke 6x. Kemudian aku terpaksa berhenti untuk beri laluan azan asar. Aku terkejut jua.. cepat betul masa berlalu.. sudah asar?!! Keadaan masih sama panas.. Masa azan tersebut. Aku mengambil spray dan masukkan air yasin yang sudah aku baca sebanyak 45x surah Qursi di dalamnya. Aku spray pada bilik tidur ke tiga, bilik air luar dan dapur. Tamat sahaja azan..aku teruskan bacaan aku sehingga tamat dibilik tidur utama.

Kemudian aku masuk ke bilik tidur ke tiga. Aku rasa lain. Biarpun panas direct matahari dari luar dan aku buka kipas.. tapi bahang matahari agak sejuk sedikit. Aku mulakan bacaan Ta'awudz sehingga habis. Begitu juga bilik tidur kedua. Kali ini menghadap bucu bilik kerana tiada pagar halaman. Habis sahaja 4 penjuru. Aku keletihan. Aku kuatkan semangat. Mengambil air solat dan solat asar.

Selesai solat asar. Jam menunjukkan pukul 6 petang. kebetulan jiran sebelah keluar rumah. So aku mengambil kesempatan itu keluar rumah dahulu dan spray keliling rumahku dengan air Yassin dan surah Qursi. Kemudian aku menyambung spray dalam rumah sehingga satu rumah sambil berselawat ke atas nabi. Aku sudah rasa kelainan. Biarpun diluar panas terik. Tapi hawa dalam rumah tidak berbahang dan tidak sejuk. Aku berpeluh tetapi aku tidak panas. Bagaimana ye? aku pun tak tahu nak kata apa! Aku tekat untuk menghabiskan pagar hari ini jua. Oh ye. Masa aku spray dalam rumah. Setiap bilik aku buka kaset ayat-ayat ruqyah yang aku beli dari satu laman blog. Bilik tidur utama aku pasangkan pada Radio Player. Bilik tidur ke tiga aku pasangkan pada telefon bimbitku, bilik tidur satu aku pasangkan pada komputer suamiku. Dan diruang tamu aku pasangkan pada komputer hadapan. aku buka semua pintu bilik termasuk pintu toilet agar kedengaran semua alunan ayat-ayat ruqyah sehingga habis. Tamat aje alunan ruqyah. Aku duduk di tengah-tengah rumah. Antara ruang tamu dan ruang makan, ruang dapur dan ruang bilik tidur.. senang cerita.. laluan ke semua arah. Aku berteleku disitu. Memandang lantai rumahku. Mula dengan bacaan Ta'awudz sehingga langkah akhir untuk ARAH BAWAH, Lantaiku. Kemudian aku berdoa kepada Allah semoga aku berlindung kepadaNya dari segala macam bencana dan sihir yang disimpan dibawah tanah. Akhir sekali, diruang tengah itu juga aku berbaring.. memandang ke atas syiling rumah, aku bayangkan aku sedang ingin membina atap rumah. Pendinding atas. Ketika aku mula membaca surah Qursi. Aku begitu mengantuk sangat. Mataku sudah tidak mampu untuk dibuka. Aku kuatkan tekat untuk menghabiskan bacaan sebelum masuk waktu maghrib. Kerana aku terlalu mengantuk aku menggerakkan pandanganku kiri dan ke kanan tetapi masih memandang syiling rumah. Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan bacaan. Aku berdoa agar Allah melindungi rumahku atas dan bawah seperti atap yang menyejukkan dan melindungi rumahku dari sihir dan bencana. Aku juga memohon agar rumahku seperti syurga, nyaman dan tenang.

Selesai sahaja memagar rumah. Beberapa minit kemudian, azan maghrib pun berkumandang. Aku bersyukur kerana aku berjaya menghabiskannya. Memang terasa lain selepas itu, rumahku terasa nyaman. Alhamdulillah. Kebetulan aku telah beritahu suamiku, hari ini untuk makan diluar. Syukurlah.. aku memang tak larat nak masak. Kelibat suamiku tak muncul-muncul sehingga Isyak. Hampir pukul 10 malam aku telefon suamiku. Katanya trafik jem. Tapi aku sedikitpun tak marah. Pelik kann? Biasanya aku akan merajuk sebab sudah lambat benar suamiku pulang. Suamiku suruhku bersiap-siap dan tunggu diluar.

Semasa makan diwarung, aku menceritakan apa yang telah aku lakukan sehari suntuk. Suamiku tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah untuk merasai sendiri perubahan setelah aku pagar. Aku tidak memberitahu yang aku rasa selepas dipagar.. aku takut perasaan itu sebenarnya hanyalah aku sahaja yang "perasan".

Bila sahaja tiba dirumah. Suamiku masuk ke dalam rumah. Dia merasa nyaman. Tidak berbahang seperti semalam. Biarpun cuaca panas, memang ada rasa panas tapi nyaman. Entah.. aku pun tak tahu macammana nak ungkapkan. Badanku berpeluh tapi aku tidak rasa bahang panas itu..

Malam tu, mata rasa segar pula, sampailah pukul 2 pagi, lepas suamiku masuk tidur.. aku pun masuk tidur. Lepas sahaja tutup lampu.. aku rasa lain pula.. seram sejuk tiba-tiba.. kakiku dari tadi tak terasa apa-apa tiba-tiba mula berdenyut-denyut sehingga aku terpaksa membaca al-Fatihah kepada koyok yang aku tampal pada bahagian sakit itu. Aku rasa seolah-olah ada lembaga sedang melintas-lintas disebelahku dan hadapanku seperti mengamuk. Aku dekatkan diriku kepada suamiku. Aku buka radio player mengalunkan ruqyah. Kemudian aku tertidur dan bermimpi.. (tidur tidak lena). Pagi tu, suamiku bangun mengejutkanku, dan kami solat jemaah subuh bersama-sama. Aku rasa kembali okey.. walaupun terasa penat sangat.. bayangkan.. aku nak bangun dari baring-baring lepas solat.. tapi aku boleh terlelap.. sehingga suamiku mengejutkanku untuk buat sarapan... dia hendak pergi bekerja.

Ketika aku menulis ini... jam menunjukkan pukul 12.47 tengahari.. biasanya ketika ini aku mengelupur sebab matahari tegak di atas kepala.. bahangnya tak terkata. Tapi.. aku rasa nyaman sekali... seolah-olah sedang mendung padahal diluar matahari memancar terik tetapi langit mendung.

aku rasa bersyukur sekali.. harap-harap usahaku membuat pagar ini berhasil. Aku sendiri tidak percaya dalam satu hari aku telah menghabiskan 195 kali surah Qursi yang mempunyai 9 tanda wakaf.

Insya Allah lepas ini, aku akan cuba membaca (Dari Ibn Mas'ud dari Rasullullah S.A.W bersabda sesiapa yang membaca sepuluh ayat (dibawah ini)nescaya syaitan tidak akan masuk kerumahnya sehingga ke pagi.
1. Surah Al-Baqarah ayat 1 - 4
2. Surah Qursi
3. Surah Al- Baqarah ayat 256 - 257
4. Surah Al- Baqarah ayat 284-286

Dari pemerhatian aku, ayat-ayat ini ada diterbitkan dalam Al-Ma'thurat. So bagi pembaca yang ingin mendapatkannya boleh cari kat kedai buku. AL-MA'THURAT & SURAH YASIN - As syahid Imam Hassan Al Banna terbitan Darul Nu'man. ISBN 983-046-045-2.

Insya Allah. Amalkan Al-Ma'thurat.


Inilah cerita aku pengalaman memagar rumah sendiri. Aku cerita agar bolehlah cuba-cuba kepada sesiapa yang ingin memagar rumahnya sendiri. Aku pun tak pandai.. ilmu pun kurang.. tapi Insya Allah dengan usaha dan tawaqal kepada Allah, kita boleh cegah sesuatu dari terus mencengkam kehidupan kita. Kadang-kadang kita tak terasa ini adalah sihir atau syaitan... kita pun tak tahu.. cuma yang penting.. kita cegah sebelum parah.

Insya Allah.

Saturday, January 30, 2010

Melawan Nafsu

Dalam kamus dewan nafsu bermaksud keinginan yang keras, dorongan hati. Hawa Nafsu digambarkan pula sebagai kehendakhati yang kuat untuk melakukan sesuatu yang melampau atau kurang baik. Binatang mempunyai nafsu dan begitu juga manusia. Nafsu sangat berbeza-beza. Antara nafsu yang biasa disebut adalah nafsu syahwat, nafsu kuasa, nafsu makan dan pelbagai nafsu yang biasanya membawa kepada kejahatan ataupun keburukan.
Adalah satu kewajiban bagi kita untuk mengawal nafsu. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Kemaksiatan kepada Allah terdorong dari pelbagai faktor antaranya faktor dunia, manusia, syaitan dan faktor dalaman adalah nafsu. Manusia wajib melakukan jihad besar yang sangat berat iaitu mengawal nafsu. Rasulullah SAW. bersabda:


قال رسول الله صلىالله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم جتى يكون هواه تبعا لما جئت به.
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran yang aku bawa”
Sebelum kita mengawal nafsu. Kita perlu mengenali jenis-jenis nafsu seperti yang tercatat dibawah.
Nafsu terdiri dari tujuh peringkat:

1. Nafsu Ammarah

Nafsu ammarah mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja. Sesungguhnya nafsu ammarah itu menyuruh kepada kejahatan.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu Lawwamah adalah dimana keadaan jiwa manusia sentiasa mencela setiap kejahatan dan tidak menyenangi kelakuan yang mirip kepada nafsu binatang. Nafsu lawwamah menghendaki manusia untuk menghayati kebaikan bagi memenuhi keperluan hidup.


3. Nafsu Mulhamah
Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau was was yang ditimbulkan syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.
Ia juga nafsu yang diilham oleh Allah SWT. Ilham iaitu suatu kebenaran yang diberikan Allah kepada makhluk-Nya. Orang yang menerima ilham itu kemudian membenarkannya dan berhasrat untuk mengamalkannya.


4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, jiwanya tidak tergugat dengan segala kesenangan atau kesusahan, sihat atau sakit, dihina atau dipuji. Semuanya sama saja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa senang dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak mengganggunya. Orang ini sudah menjadi wali kecil, berada pada tahap orang-orang yang soleh.


5. Nafsu Radhiah
Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia me­redhai apa saja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di ma­qam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, se­olah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi ma­laikat.


6. Nafsu Mardhiah
Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, ber­kata-kata dengan kata-kata Tuhan.” Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Karena kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka meman­dang besar apa saja yang Tuhan lakukan.


7. Nafsu Kamilah
Bagi nafsu kami­lah, manusia biasa tidak bisa sampai ke maqam ini. Kamilah hanya derajat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya sekedar peringkat keenam saja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.


Apabila kita mengetahui ketujuh-tujuh jenis nafsu ini. Barulah kita mengenali dimanakah tahap nafsu kita. Nafsu perlu dididik. Nafsu yang terdiri akan menjadi jinak. . Nafsu kalau dididik akan jadi pemurah, akan membesarkan Tuhan, tawaduk, tawakal, redha, berkasih sayang dan boleh berlapang dada.


Allah berfirman:
Maksudnya: “Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya.”
(An Naziat: 40-41)


Bagaimana untuk kita mengawal nafsu?
Mengawal nafsu berpandukan akal dan iman. Beza antara manusia dan haiwan adalah terletak kepada akalnya. Sekiranya manusia tidak menggunakan akalnya umpama haiwan malah lebih teruk lagi manusia yang mengunakan akalnya mengikut nafsu. Tarafnya lebih hina dari haiwan itu sendiri. Tetapi bagaimana untuk mengawal nafsu melalui akal semata-mata. Bagaimana akal boleh mengawal nafsu? Pasti pelbagai alasan dikemukakan. Tanpa Ilmu akal tidak sempurna.
Oleh sebab itu, bagi melawan nafsu saya senaraikan 6 tips. Iaitu:
1. Ilmu
Untuk melawan nafsu kita perlu ada ilmu. Untuk mendapatkan ilmu kita perlu mempelajarinya. Misalnya, nafsu makan. Bagaimana mengawal nafsu makan yang berlebihan. Kita perlu tahu akibat makan berlebihan. Nafsu syahwat yang keterlaluan. Menundukkan nafsu syahwat dan nafsu makan dengan berpuasa. Kenapa puasa menundukkan nafsu? Kita perlu ada ilmu yang mendalam berkenaannya.

2. Amal
Sekadar mendapatkan ilmu sahaja tidak cukup mengawal nafsu. Kita mengetahui bahawa seks rambang boleh menyebabkan tersebarnya penyakit AIDS dan HIV. Caranya dengan berpuasa. Namun tanpa menjauhi perbuatan itu kita tidak mendapat apa-apa manfaat pun dari ilmu yang kita pelajari. Oleh itu, Ilmu yang kita pelajari mestilah diikuti dengan amalan. Nafsu syahwat yang mengelojak perlu dilawan dengan mendekatkan diri dengan Allah, hendaklah berpuasa dan mencari pasangan hidup yang sah disisi agama Islam.

3. Tidak menurut kehendak nafsu berpanjangan
Menanamkan konsep "Cukuplah" atau "Enough is Enough", kita perlu berhenti dari mengikut telunjuk nafsu. Misalnya kita berkehendakkan telefon bimbit baru, sedangkan kita telah ada 2 telefon bimbit. Kita perlu melawan kehendak kita seterusnya untuk membeli satu lagi telefon bimbit baru yang canggih+++. Jika kita tidak meletakkan tanda noktah kepada nafsu kita, ibarat kita sudah ada sebuah lembah emas dan kita mahu lagi lembah emas.. bukankah ia nafsu?

Rasulullah SAW. bersabda:
لوكان لإبن أدم واد من مال لابتغى اليه ثانيا ولو كان له واديان لابتغى لهما ثالثا ولايملأ جوف ابن أدم الا الترب ويتوب الله من تاب.

“Andaikata anak Adam memiliki satu lembah berisi harta pasti dia berharap untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan seandainya ia telah memiliki dua lembah berisi harta, pastilah dia berharap lembah yang ke tiga. Tidak ada yang dapat memenuhi keinginan perut anak Adam kecuali tanah (mati dikubur). Allah menerima taubat setiap orang yang bertaubat kepada-Nya”. (HR: Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi)


4. Berdakwah kepada orang lain tidak menurut nafsu agar ia boleh mengajar diri sendiri.
Apabila kita menasihati orang lain supaya meninggalkan sesuatu yang jahat maka kita sendiri perlu meninggalkan perkara tersebut. Sebelum menasihati orang lain, kita perlu menasihati diri sendiri untuk menjadi baik dahulu. Semestinya dengan cara itu, kita dpat melawan nafsu kita sendiri. Apabila kita berdakwah kepada orang lain, apa yang kita sampaikan juga ada terkesan pada diri sendiri juga.


5. Bersabar.
Bersabar dalam banyak perkara. Bersabar dari mengikut telunjuk nafsu yang bergejolak dalam diri, bersabar dari godaan syaitan, teman ataupun bersekitaran yang mendorong kita meningkatkan peluang untuk bernafsu. Kita juga bersabar dalam menuntut ilmu, bersabar dalam melaksanakan amalan dari ilmu yang kita perolehi, bersabar dalam menurut kehendak nafsu serta bersabar dalam berdakwah.
6. Berdoa kepada Allah.
Kita meminta kepada Allah agar terhindar dari dorongan hawa nafsu, dapat mengawal nafsu dan melawannya. Bolehlah melawati laman ini mencari doa-doa melawan nafsu: http://doaharian.blogspot.com/

Tip ini saya perolehi ketika mendengar ceramah dari Ustazah Dato' Fatma El-Zahra di TV9 dalam Usrah. Dan sebahagiannya saya cari sendiri di dalam blog dan laman web untuk dikongsi ilmu bersama. Insya Allah.

Rujukan

Tuesday, January 19, 2010

Siswazah Perantis Yang Kecewa.. huhuhu..

Satu hari sabtu pada 2 Januari 2010, suamiku menghulurkan satu keratan surat khabar kepadaku berkenaan dengan satu taklimat bertajuk besar "SISWAZAH PERANTIS DICARI!!!, SERTAILAH PROGRAM SISWAZAH PERANTIS PUNB". Aku pun seronok dan bercadang untuk menghadiri taklimat terakhir pada 14 Januari 2010 kerana masa-masa lain aku padat.


Aku membuka laman web PUNB ini dan membaca beberapa program mereka. Memang teruja! Tetapi aku tidak beberapa paham sebenarnya apa yang mereka maksudkan program tersebut. Dalam kepala aku cuma aku ingin mengikuti kursus keusahawanan kerana aku tidak ada ilmu tersebut tetapi aku teruja ingin berniaga! Itulah yang aku cari!


Aku pun menyediakan dokumen yang diorang nak sijil kelayakan asal serta salinan, 2 keping gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan.


13 Januari 2010

Untuk sampai ke Kuala Lumpur aku mestilah menaiki komuter. Oleh kerana urusan kerja, suamiku bersetuju menghantarku di Port Klang Komuter dan jarak perjalanan kami sejauh 38.8km. Aku pun naik komuter dari Port Klang hingga ke KL Sentral sejauh lebih kurang 20 -30km lagi.. aku pun tak berapa pasti.. sesampai sahaja di KL Sentral aku bertolak ke Masjid Jamek menaiki LRT. Aku menuju ke KWSP yang terletak berdekatan dengan bangunan CIMB. Alhamdulillah urusan aku selesai.. Aku sangat seronok dengan layanan pengawai KWSP, senyumannya, ucapan mesra.. memang best. Tahniah KWSP.


Kemudian aku meneruskan beberapa urusan sebelum aku ke rumah ibubapaku di Keramat. Malam tersebut aku tidur di sana memandangkan esoknya sebelum pukul 9 aku kena sampai di PUNB.


14 Januari 2010


Awal pagi aku sudah bangun dan bersarapan. Kemudian aku bergerak ke KL sentral. Sayangnya setiba disana aku tersilap arah. Aku pergi turun ke tempat bas LCCT pula.. tapi lastly aku sampai jua ke PUNB. Agak jauh juga blok 1B. Aku tiba ketika pegawai bertugas baru mula ingin memberikan taklimat. Alhamdulillah.. aku tidak terlepas apa-apa Info.


Taklimat pertama mengenai SISWAZAH PERANTIS PUNB. Aku mendengar dengan tekun sekali sekala mencelah bertanyakan soalan. Menurut pengawai tersebut untuk siswazah perantis mereka akan diberikan 2 modul dimana satu kursus motivasi dan satu lagi kursus eksekutif. Di sini mereka diberi elaun dan akan dihantar kepada mentor dalam program OJT. Bila di sebut sahaja OJT.. aku tersenyum.. kerana aku baru sahaja menamatkan OJT di ILP. Bagi aku OJT tidak asing lagi.. kelayakannya adalah bumiputera tidak lebih 30 tahun, ada ijazah atau diploma atau sijil kemahiran tahap 2, tak de pekerjaan tetap, minat usahawan dan sanggup jalani latihan.. sume ciri2 itu ada pada aku... walaupun usia aku hampir tergelincir 30 tahun. Fokus aku bukan pada OJT tetapi pada kursus yang akan aku jalankan.. bagi aku kepentingan adalah bagaimana untuk aku menjalankan urusniaga perniagaan.. untuk membuat pinjaman dan kertas kerja.. itu yang penting..


Kemudian...

Pengawai itu menerangkan pula berkenaan PROSPER SISWAZAH. Aku lebih teruja dengan PROSPER SISWAZAH kerana aku boleh skip OJT. Bagi aku, pengurusan perniagaan sudah jadi kebiasaan. Dirumah aku pun, semua bil2, surat2 penting, Bank aku failkan. Bagi aku pengurusan sudah sebati dalam hidup aku.. cuma kini.. aku dahagakan ilmu perniagaan, kertas kerja, tender, strategi perniagaan dll.. itu yang ditawarkan oleh PROSPER SISWAZAH. Sebelum aku membuat keputusan aku menalefon suamiku untuk bertanyakan pendapatnya dan aku juga bertanya dengan pegawai yang berurusan di kaunter pembayaran. Akhirnya aku mengambil borang PROSPER SISWAZAH dengan bayaran sebanyak RM20.00 (Uhh.. borang pun RM20.00 cekik darah betul!!).. apa yang aku dapat hanyalah borang-borang, 2keping brosur.. dan hati yang hancur...huhuhu..


Cita awalnya, siswazah yang mendengar taklimat tu kena amik ujian A.B.C kemudian kena isi borang nak prosper atau perintis dan akhirnya temuduga.. memang tak menduga.. aku nak kena temuduga pula.. kalau aku amik borang prosper.. aku tak bawa apa2 perancangan perniagaan.. mana boleh berjaya!


Masa aku duduk ditemuduga, pengawai tu tanya aku nak bukak bisness apa.. aku cakaplah aku nak bukak bisness alat tulis.. actully aku ada link dengan satu company besar alat tulis ni... dia cakap kalau aku dah ready.. bagitau dia untuk urusniaga.. sekarang ni aku dah nampak lokasi mana yang aku nak bukak kedai.. tempat tu.. setahun lagi akan bumm sebab pembangunan sangat rancak.. lepas tu pengawai tu tanya sewa kedai yang aku nak bukak ni.. aku terpinga2lah.. sebab aku datang untuk perintis siswazah dan aku berminat untuk amik prosper siswazah.. tiba2 dia tanya aku mcm aku dah survay sumenya.. aku kata aku tak tahu sebabnya ada lot kedai yg belum diannouce lagi berapa.. aku pun tak tahu siapa pemiliknya.. actually aku nak masuk perintis siswazah.. tapi bila dah diperkenalkan prosper siswazah.. aku berminat untuk masuk prosper siswazah kerana ada kursus yang diberikan sama seperti perintis siswazah. Pengawai tu cakap aku tak layak untuk amik perintis siswazah kerana aku sudah ada perniagaan. Kalau aku masuk perintis siswazah bagaimana dengan perniagaan aku?.. Kenapa bagang sangat.. aku baru 4 bulan bukak perniagaan, perniagaan aku pun alamatnya atas nama rumah kediaman aku.. kalau aku tinggalkan.. suami aku akan take over sementara.. lagipun, kenapa aku nak tinggalkan perniagaan aku? Bukankah aku still boleh continue.. bukannya susah sangat.. aku bukannya ada kedai kena jaga 12 hours.. alasan dia tak boleh pakaii.. Pastu aku ceritalah pasal tempat yang aku nak bukak perniagaan ni akan boomm.. sebab banyak bangunan dot..dot akan dibuka.. dia kata macam expert jeee.. tempat tu dah 2 tahun dalam pembinaan.. dia kata lagi.. di sana ada 2 premiss yg bawah PUNB jalankan perniagaan.. so dia tahu camna.. dulu kawasan tu ada sekian.. sekian.. tak maju-maju.. aku garu kepala.. memanglah tak maju.. sebab kawasan tu belum boom lagi masa dia datang kott.. sekarang ni.. pembangunan kawasan tu dah nak selesai.. aku apply .. lagi beberapa bulan kedebak.. kedebuk.. pastu kena hadir kursus.. baru boleh buat loan.. buat tu ni.. panjat tangga.. turun tangga... baru dapat loan.. tup-tup kawasan tu dah meriah.. kalau aku tak apply awal.. mesti orang lain dah cop dulu.. so.. mana aku nak bukak kedai!! Isyyeee.. aku bukan nak bukak gerai jual burger!

parah...


Salah aku jugak.. aku tak buat perancangan perniagaan.. dia tak nampak apa yang aku nampak.. memang kebanyakkan orang tak nampak apa yang aku nampak.. termasuk suami aku.. kadang-kadang vision aku terlalu jauh.. bila tika dan saat itu.. baru orang mengaku apa yang aku perkatakan itu benar belaka.. vision aku macam otak mahathir, mantan PM Malaysia.. sangat jauh pandangannya.. tabik mahathir!!


Akhirnya.. dia kata, aku bukak perniagaan sekarang ni memang boleh hidup berterusan.. tapi belum tentu boleh bayar loan yang aku dapat (sekiranya dapat). So apa yang dia suruh aku buat ialah maintain perniagaan... buat failing untuk setiap urusniaga.. pastu.. aku ada 3 tahun untuk datang balik ke PUNB untuk apply loan prosper.. aku sedih dengar cakap dia tu.. dia memandang rendah keupayaan fikiran aku.. dan aku tahu salah aku juga sebab tak ready untuk menunjukkan apa yang aku sedang fikirkan..


Baru-baru ni, dalam satu brosur.. bangunan yang aku katakan kat pegawai tu sudah keluar .. belum ada pembeli lagi.. harganya lebih kurang 400 ribu itu hak milik developer lagi. Aku rasa kecewa sangat sebab kerana aku tak ada kewangan.. dan ilmu keusahawanan.. impian hanya tinggal impian.. inilah yang diwar-warkan oleh PUNB.. peluang untuk bumiputera berniaga.. tapi peluangku tersekat.. hanya kerana keputusan seorang pegawai..


Hidup berniaga perlu pandai.. memang aku berkeinginan membuka kedai alat tulis.. tapi kita tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja.. itulah yang bangsa lain lakukan.. kepada pegawai itu dia ingat aku akan bergantung kepada kedai alat tulis sahaja ke? dia silap pencaturan.. dia telah cheakmate kan perjalanan bidak aku yang baru 4 bulan melangkah.


Aku ada cheak juga beberapa kursus lain.. semuanya lebih kurang sama.. sekurang-kurangnya ada kedai untuk berniaga.. bagi aku yang tak de kedai ni.. macam mana nak cari kedai.. kalau loan pun tak dapat approve.. so.. nak jadikan cerita.. hendak tak hendak.. kena cari duit sendiri dulu.. buka bisness atas kekuatan sendiri dulu.. baru agensi nak bantu..


Bak kata orang.. tunas baru nak tumbuh dicantas.. tunas yang sudah tumbuh.. dibaja.. lagi besar pokoknya lagi banyak bajanya.. so.. yang nak hidup.. langsung tak akan hidup-hidup.. kecuali dengan mengorbankan tanah pusaka.. itulah.. orang bumiputera... (betul tak fikiran aku ni?)..


So.. sekarang ni.. aku tengah cari maklumat sendiri.. belajar sendiri.. camna nak wat kertas kerja nak wat loan.. Aku adalah siswazah perantis yang kecewa... huhuhu..


Tapi.. "Undur selangkah untuk maju beberapa langkah" adalah peganganku.. aku tak kan putus asa untuk membangunkan perniagaan sendiri.


Untuk pembuat-pembuat syarat kursus perniagaan.. pertimbangkanlah keluhan perintis ini.. kalau nak bagi ilmu.. janganlah terlalu banyak syarat.. barulah perintis boleh berjalan.. Perintis ni bukan "makan disuap" tapi cuma minta jalan dibuka. Bagilah kursus perniagaan dulu.. baru lah reject jika perintis ini tak mencapai kualiti yang dikehendaki.. bukan cantas dulu.. baru bagi kursus.. memang tak jadilah apa yang dirancang dalam RM9 ke RM10 ke.. sebab benda-benda remeh macam ni..


Kalau tak percaya buat lah search kat internet.. rata-rata orang yang baru nak mula berjinak-jinak dengan perniagaan tak tahu nak buat kertas kerja buat loan. Kesian kann...


Kalau ada sesiapa yang terbaca luahan aku ni.. teringin nak jadi mentor aku.. sila-silakanlah.. aku berbesar hati.. untuk pengetahuan pembaca aku nak buka kedai alat tulis dan perkhidmatan ICT. Semua info perniagaan yang aku ingin jalankan akan aku berikan pada yang berminat..TQ.


Balik dari KL sentral tu.. aku turun Masjid Jamek lagi.. kebetulan emak dan adikku ada disana. Selain dari mencuci mata.. itulah cara aku untuk mengubat kekecewaan aku.. Akhirnya aku pulang dengan tangan kosong sejauh 70.5km ..


Sampai sekarang.. aku masih terasa.........

ps: boleh baca ini... aku nak kongsi ilmu.. bukan kena byr RM20.00 blum tentu dapat ilmu.. wakakaka..

Layan link dibawah:
http://www.irwandahnil.com/category/consulting/kertas-kerja-perniagaan/

Friday, January 15, 2010

Gerhana dalam satu bulan! Sungguh mengujakan!

Pada hari Jumaat, 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharam 1431H yang lepas kita diberitakan satu fenomena gerhana bulan separa berlaku bermula jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi waktu tempatan. Ia bermula dengan fasa penumbra jam 1.17pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24pagi.

Hari ini Jumaat, 15 Januari 2010 bersamaan 29 Muharam 1431H pula diberitakan satu fenomena gerhana matahari akan berlaku bermula pula bermula pada pukul 3.00petang sehingga pukul 5.40petang menurut Laman web ANGKASA.

Ia sungguh mengujakan aku, kedua-dua gerhana ini berlaku pada bulan yang sama iaitu bulan Januari di kelendar Masihi dan bulan Muharram kelendar Hijrah. Dan mengujakan aku juga ia berlaku pada satu bulan yang sama! Dan berlaku pada Bulan dan Matahari! Satu kaitan yang sangat rapat antara satu sama lain.

Aku memang suka bidang Astronomi, dulu aku ada teropong bintang, sayangnya rumahku dimasuki pencuri dan dia mencuri teropong bintangku. Sumpah pencuri tu buta matanya! Geram sungguh! Kalau tidak aku sudah boleh melihat fenomena2 ini lebih dekat! Petang ini aku akan cuba melihatnya live dalam broadcast ANGKASA!

Dalam bidang sains.. yang aku kutip dalam blog darmawanku yang ku olah dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut

Gerhana matahari adalah gerhana yang terjadi apabila bulan menutupi atau menghalangi cahaya matahari yang menuju ke bumi. Di mana posisi bulan terletak diantara bumi dan matahari. terdapat beberapa jenis gerhana matahari iaitu:

Gerhana matahari
  1. - Gerhana matahari penuh apabila pada saat kejadiaan gerhana diameter bulan lebih besar daripada diameter matahari sehingga matahari boleh tertutup secar keseluruhannya.
  2. - Gerhana matahari cincin iaitu apabila terjadinya gerhana, diameter bulan lebih kecil dari diameter matahari sehingga tidak tertutup secara keseluruhan dan membentuk sebuah cincin yang melingkar
  3. - Gerhana matari separa iaitu bulan tidak menutup matahari keselruuhannya sehingga matahari kelihatan sebahagian sahaja.

Gerhana Bulan

Gerhana Bulan terjadi pada masa sebahagian atau keseluruhan permukaan buan tertutup oleh bayangan bumi. Ianya terjadi apabila bumi berada diantara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama sehingga sinaran matahari terhalang oleh bumi dan menyebabkan bulan tidak kelihatan.

Gerhana bulan juga seperti matahari mempunyai beberapa jenis:

  • Gerhana bulan penuh apabila bulan tepat berada pada kawasan umbra.
  • Gerhana bulan separa iaitu apabila sebahagian permukaan bulan yang lain dilitupi bayangan bumi manakala sebahagian lagi dilitupi cahaya matahari.
  • Gerhana bulan penumbra apabila seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra sehingga bulan masih kelihatan dengan warna yang suram. Ia berlaku apabila keadaan bumi yang membentuk bayangan matahari tidak menumpu pada satu titik di bulan sebaliknya hanya melekap sebagai bayangan seperti mana seseorang melintasi cahaya projektor yang dipancarkan pada whiteboard.


Gambar dari http://blogstronomy.blogspot.com/

Kadang-kadang aku rasa takut juga.. kenapa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak gerhana? Tahun lepas sahaja hampir 6 -7 kali gerhana. Selepas gerhana 1 Januari 2010 dulu.. Berlaku gempa bumi di Haiti berukuran 7.0 skala richter dan terbaru aku terjumpa dalam internet waktu New Zealand hari ini pukul 1.35 pagi (NZDT) satu gempa telah berlaku berukuran 4.6 richter dalam http://www.geonet.org.nz/ huh.. Bumi sedang mengelepar.. Mungkinkah ada aturan faktor luar bumi juga? Bagaimana dengan gunung berapi yang membuak-buak di Mayon?







Ini adalah gambaran mayon pada 1 Januari 2010

Mungkinkah fenomena kekerapan gerhana ini berlaku disebabkan oleh kejadian planet2 alam ini yang bergerak dalam satu garis lurus dikatakan akan berlaku pada 21 Disember 2012. Ia seperti satu butang reset pada komputer apabila ianya bergerak selari.


Ia agak menakutkan bila terlalu banyak fakta yang aku merepek!

Walau bagaimanapun.. sebagai seorang islam. Ini adalah satu fenomina yang Allah ini memberi kita peluang untuk menginsafi dan menghayati keindahan semesta alam yang Allah jadikan. Di mana telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda:Bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”


"Bermaksud : Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang, kemudian ruku’ dengan ruku’ yang panjang, kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersolatlah”

ayat-ayat ini aku dapat dari blog www.fazdli.com. Aku harap dia tak kisah aku sebarkan ilmu ini. Oleh sebab itu, selain daripada kita menghayati gerhana ini kita perlulah sebaiknya melakukan solat gerhana.

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang dituntut.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

Cara solat ini aku dapatkan dari al-qayyim.net supaya kita sama-sama boleh melaksanakanya. Insya Allah.

Tuesday, January 12, 2010

Anugerah Juara Lagu 2010

Anugerah Juara Lagu ke 24 memang best.. biarpun pada mulanya aku tak berapa suka lagu aizat - pergi sebab lagu tu sodeh je.. tapi malam dia bawak lagu tu memang power. Yang membuatkan lagu tu terangkat bila india tu buat alunan seakan-akan bunyi asal pastu pompuan melayu plak yang main gitar cina. Peh.. memang gempak lah.. 1Malaysia.



Lagi best lagu yang aku jangka menang memang menanglah.. sebab vokal dia sejak dia dalam mentor lagi aku dah respek - lagu Aku rindu sayang kamu - Black. Suaranya macam vokalis Lan - Meet Uncle Hussain ( Lan & the typewriter). Memang power habis. Sorylah.. Black punye youtube AJL 24 tarak so aku minjam channel lain.. kih..kih..kih..



Cam tu jugak Faizal Tahir - Bencinta peh.. aku suka tengok dia punya persembahan dgn lagu dia.. cun abis.. tapi sayang aku carik gak kat youtube tak de yang full habis sampai shila kuar tu.. yang ada pulak version pakai rakam TV.. memang bestlah faizal tahir.. bawak lagu bencinta biarpun kudrat sekerat tapi power! bravo!



Lagu Yuna tu tak best pun.. dan actually best, tapi kat aku dah basilah lagu tu... sebelum lagu tu naik budak2 kelas aku masa kat ILP dulu asyik nyanyi & pasang lagu tu.. sampai muak dah.. tapi malam tu dia bawak lagu tu best skit.. dah nak jadi lagu jazz pulak.. okey gak lah..



Persembahan yang power sebenarnya bagi akulah.. selain dari faizal tahir punya.. Akim punye persembahan pun best gak.. dia punya prop dia dan baju dia best.. aku tengok dah jadik The Matrix Malaysia.. huhuhu..



Apa-apapun syabaslah TV3 kerana AJL! Tahun depan lagu mesti power2 lagi..