Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Wednesday, August 30, 2017

Larangan semasa bergaduh suami isteri








9 perkara apabila bergaduh jangan dilakukan

1.  Jangan menghina ibubapa pasangan.
2.  Jangan mengungkit pemberian atau berbuatan.  Boleh menghilangkan pahala.
3.  Jangan kata " ini yang terakhir kita ....".
4.  Jangan bergaduh depan anak-anak
5.  Jangan memukul pasangan.  Diam lebih baik.
6.  Jangan menghina rupa paras pasangan.
7.  Meninggikan suara sehingga orang lain dengar.
8.  Jangan bergaduh lama-lama.
9.  Jangan update dalam media sosial

Friday, August 11, 2017

Mengubat orang sakit Saka

Sumber:  Ustaz Kazim - sasaran saka (CD Vol 2)

Jika berubat saka tak hilang-hilang kena berubat sendiri

1.  Baca Al-Quran 30 juzuk di dalam rumah- mestilah orang yang kena saka tu baca sendiri.  Bukan suruh orang lain.  Pastikan habis.
2.  Bila dah habis 30 juzuk.  Amalkan surah Al-Bakarah setiap hari sampai habis. Khususnya 2 ayat yang terakhir surah Al-bakarah
3.  Jadikan amalan seharian mandi limau nipis - 1 petang, 3 biji
4.  Jadikan amalan rumah dibersihkan dengan cuka makan + garam kasar + lada hitam dan dibacakan surah yasin dan ditabur sekeliling rumah. seminggu sekali.



untuk mencari orang hilang

Sekiranya terdapat orang hilang atau lemas di dalam sungai, telah dicari oleh pihak keselamatan dan orang awam masih tidak dijumpai maka, cuba cara ini.

1.  Ambil 7 biji batu
2.  Duduk ditempat berhampiran dengan tempat hilang atau tempat lemas.
3.  Baca pada batu:

Batu 1:  Baca Surah Al-Fatihah 7x
Batu 2:  Baca Selawat 7x
Batu 3:  Baca Qulhuallah  7x
Batu 4:  Baca Surah Al Falaq  7x
Batu 5: Baca Surah An Nas 7x
Batu 6: Baca Ayat Kursi 7x
Batu 7:  Baca Surah Al-A'raf ayat 13 7x

4.  Lemparkan batu satu persatu  sambil menyebut "Bismillahi Allahu Akhbar" bersama doa.

Jika ada gangguan, jika dilemparkan batu itu akan memukul yang menyorokkan orang hilang.

Insya Allah dengan izin Allah orang yang hilang akan ditemui.





Sumber:  Ustaz Kazim - ceramah:  Sasaran Saka 2 (CD vol 2)

untuk ingatan diri sendiri...

Tuesday, July 11, 2017

Beza Ujian dan Masalah

Beberapa bulan lalu, aku begitu teruji dengan kehidupan.  Sehinggalah hari ini,  aku dapati pengalaman ini mengajar aku.  Apakah itu ujian dan Apakah itu masalah?

Secara pengalamannya, aku dapati ujian ialah sesuatu perkara yang kita kena hadapi bukan selalu.  Masalah pula adalah perkara yang kita hadapi setiap hari, cuma berbeza dari segi penakrifan isu dan penyelesaian.

Surah Al-Baqarah:  ayat 155

Ujian

Ujian besar dan ujian kecil

Ujian terdiri daripada ujian besar dan ujian kecil.  Ujian besar ialah suatu ujian yang kita tidak mampu untuk tangani sendirian.  Ujian besar memerlukan kita bersifat sangat sabar kerana biasanya ujian besar ini membawa kita dalam keadaan tertekan sehingga kita tak mampu untuk menanggungnya.  Ujian besar kadang kala membawa fikiran kita ke arah kesongsangan di mana kita boleh berfikir "Jika aku mati.  Segala masalah ini akan selesai".  Padahal ujian besar, tidak akan selesai selepas kita mati.  (Dimana, kematian yang disebutkan itu lebih sifatnya kepada bunuh diri.  Sesungguhnya orang yang membunuh dirinya sendiri itu adalah kafir.  Di mana tempatnya adalah neraka kerana mereka orang-orang yang berputus asa dengan rahmat Allah.).  Ujian besar ini biasanya sesuatu yang kita tak mampu untuk mengawalnya.  Sama ada dikawal oleh keadaan atau dikawal oleh orang lain.  Jadi mahu atau tidak mahu kita terpaksa memikul apa yang mendatang.   Contoh ujian besar ini seperti:  Kita mendapat tahu bahawa kita menghidapi kanser.  Kita berada dalam situasi peperangan.  Kita mendapat anak cacat.  Kita tiada anak setelah bertahun mencuba.  Kita jatuh muflis.  Kita diberhentikan kerja setelah bertahun bekerja.  Pasangan kita meninggal dunia.  Kematian mengejut, malapetaka.

Ujian kecil ini sifatnya lebih cepat.  Ia berlaku dalam satu kitaran masa yang tidak panjang.  Tetapi bila datangnya ujian kecil ini kita tak mampu untuk menolaknya.  Kita tak mampu untuk mengawalnya.  Ujian kecil ini biasanya disertai dengan masalah yang perlu diselesaikan.  Selagi kita tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut kita masih ditahap yang sama dan beban itu tetap dalam tanggungan kita.  Beban tersebut akan menghantui hidup kita sehari-hari sehinggalah kita menyelesaikannya.  Beban tersebut akan membuatkan kita menjadi tidak sabar, pemarah, penat, sakit, tidak terurus dan membawa kita kepada masalah psikologi yang boleh menyebabkan kita bertindak diluar batasan.  Contoh ujian kecil itu:  menghadapi peperiksaan, di buli, pasangan curang, perniagaan merosot, kemiskinan, kecelakaan, eksiden dan macam-macam lagi.

Lebih matang

Ujian membawa kita lebih matang.  Apabila kita diuji ia menjadikan kita lebih matang.  Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang itu perkara yang tidak mampu untuk dia tanggung.  Fikirkan semula, sejak kita dalam usia kanak-kanak, kita menanggung ujian yang seiring dengan usia kita.  Menyebabkan kita lebih matang.  Kebanyakkan ujian yang kita hadapi, kita akan rujuk kepada orang tua atau teman kerana mereka telah melalui perkara tersebut.  Jarang kita hadap ujian kita akan bertanya kepada anak kita.  Kerana mereka belum mampu untuk menyerap dan pentafsir kompleksiti kehidupan.  Namun hari ini kebanyakkan ibubapa memindahkan kompleksiti kehidupan itu juga oleh anak-anak.  Kesan pemindahan ini menyebabkan anak-anak lebih cepat matang dalam masa yang sama membentuk mereka menjadi manusia yang TIDAK mempunyai kestabilan emosi.  Perkara ini jika berlanjutan maka kehidupan masa depan anak-anak terjejas kerana mereka telah menyerap energi tidak baik dari ibubapa.  Apabila ujian datang dan kita dapat menyelesaikan masalah maka dengan sendirinya menjadikan kita lebih matang.  contohnya:  Kita diuji dengan pasangan yang curang.  Pasangan curang adalah ujian kecil dimana kita perlu fokus untuk menyelesaikan masalah.  Pertamanya jika ia melibatkan perkahwinan dan anak-anak.  Kita perlu menyelidik apakah punca sebenar pasangan curang?  Adakah disebabkan oleh kita yang tidak peka terhadap perkahwinan atau pasangan kita yang memilih untuk curang?  Adakah disebabkan oleh campurtangan orang ketiga.  Siapa pula yang menjadi batu api? Adakah isu itu benar atau direka untuk memecahbelahkan perkahwinan?  Cari penyelesaian, option atau pilihan.  Perkara tersebut diselesaikan antara pasangan dan tidak perlu melibatkan anak-anak.  Tidak perlu memukul anak-anak kerana mereka juga mangsa keadaan. Apabila masalah diselesaikan, perkahwinan diteruskan atau perkahwinan dibatalkan maka siri ujian pun telah tamat dengan selesainya masalah.  Kita akan lebih matang untuk memilih pasangan selepas itu.. atau kita akan lebih matang untuk memastikan pasangan kita tidak lagi melakukan perkara yang sama... atau kita lebih matang untuk menghadapi kecurangan pasangan sekali lagi.


Ujian bukan perkara yang selalu berlaku

Ujian adalah perkara yang bukan hari-hari terpaksa kita hadapi kecuali kita menghadapi ujian besar.  Jika kita menghadapi ujian besar, kita memikul beban berhari-hari sehingga perkara tersebut selesai dengan sendirinya atau tidak akan selesai sehingga keakhir hayat kita.  

Jika ujian kecil maka biasanya ia berlaku pada satu ketika dan dia akan ada akhiran.  Selepas akhiran kita akan dapati hidup lebih mudah, lebih selesa dan bersyukur.  Tempoh masa akhiran sesuatu ujian kecil itu tidak dapat dinyatakan.  Lama tempoh itu teletak kepada bagaimana kita menyelesaikan masalah.  Sekiranya tidak habis masalah, kita membawa masalah yang lebih besar maka tempohnya pasti lebih lama berbanding dengan kita fokus untuk menyelesaikan satu-satu masalah.  Kadang-kadang ujian kecil boleh membawa kepada ujian besar kerana kebodohan kita.  Contohnya:  Pasangan kita curang, maka penyelesaian masalah yang kita buat adalah membunuh pasangan kita atau orang ketiga.  Maka kita ditangkap kerana membunuh.  kalau kita menyelesaikannya sama ada kita memaafkan atau kita berpisah.  Mungkin ia menjadi ujian kecil namun jika kita salah membuat penyelesaian maka ia menjadi ujian besar.  

Kerana ujian bukan perkara yang selalu berlaku.  Jika kita mampu mengatasi ujian, maka ia akan terus berakhir dengan baik, jika tidak, ia akan berterusan.

Dilihat sebagai entiti yang besar

Setiap ujian itu pastinya dilihat sebagai satu entiti yang besar oleh setiap individu.  Setiap individu mempunyai pengalaman berbeza dalam menempuh ujian.  Kadang-kadang ujian bagi seseorang itu kelihatan kecil bagi sesetengah individu tetapi besar bagi sesetengah individu yang lain.  Biasanya ujian akan kelihatan kecil bagi individu yang mempunyai pengalaman menghadapinya.  Individu yang mempunyai pengalaman akan melihatnya kecil kerana mengetahui bahawa ia mempunyai pengakhiran manakala bagi individu yang pertama kali menghadapi ujian akan melihatnya sangat besar sehingga tidak mampu ditanggung.  Sesetengah individu lain yang menghadapi ujian dalam tempoh masa yang panjang melihat ujian orang lain yang baru menghadapinya sebagai mudah tetapi bagi individu yang baru menghadapi perkara tersebut akan melihatnya dalam lingkungan ujian yang sangat besar dan terlalu besar sehingga tidak tertanggung.
contohnya:  Seorang perempuan yang usia perkahwinannya mencecah 2 tahun akan mendapati dirinya dalam keadaan sangat bersedih dan stress kerana tidak mempunyai anak berbanding seorang perempuan yang usia perkahwinannya mencecah 12 tahun yang masih tidak mempunyai anak.


Membawa hasil perubahan yang besar

Dalam bentuk ujian, pasti akan membawa perubahan yang besar.  Sama ada ujian kecil atau ujian besar.  Contohnya:  Seorang ibu mendapati anaknya tidak lagi normal akibat eksiden.  Maka dia terpaksa setiap hari memberi bantuan kepada anaknya.  Itu satu perubahan yang besar terpaksa dilakukan.  Contoh berikutnya:  Seorang isteri mengambil keputusan untuk bercerai setelah tidak mampu menghadapi kecurangan suaminya.  Maka perubahan yang dihadapinya, ialah dia tidak lagi bergantung dengan suaminya.  Dia terpaksa berdikari, bekerja dan mengurus segala keperluannya dan anak-anak secara sendirian.  Contoh lain:  Seorang lelaki yang diberhentikan pekerjaan sebagai seorang juruteknik elektrik, ia terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menanggung anak isteri.  Akhirnya dia membuat keputusan untuk berniaga burger di hadapan rumahnya.  Perniagaannya semakin maju dari sebuah gerai kosong kepada gerai yang mempunyai kerusi meja untuk makan. Dia tidak lagi outstation untuk menyelesaikan projek, tetapi sentiasa ada di gerainya depan rumah.


Sesuatu yang tidak tertanggung

Ujian biiasanya adalah sesuatu yang tidak tertanggung.  Ia merupakan beban yang memainkan emosi dan fizikal kita untuk terus hidup.  Ujian mungkin membuatkan kita terpaksa mengadap sesuatu yang rutin bagi setiap orang.  Ujian adalah sesuatu yang berbeza dari kebiasaan beban.  Contohnya:  Setiap hari kita sebagai guru memberi pendidikan kepada anak didik kita.  Satu hari seorang anak didik kita melakukan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan kita sebagai guru memberi hukuman sebagai bentuk pengajaran kepada anak didik tersebut.  Namun, tindakkan kita itu membawa kita ke satu dimensi lain yang mana niat untuk mendidik itu disalahertikan oleh netizen sebagai zalim.  Dari satu isu kepada satu isu yang lain sehingga kita dipanggil oleh pihak kementerian untuk diminta memberikan penjelasan dan kata dua.  Pertamanya, ia melibatkan maruah kita sebagai pendidik dan keduanya ia melibatkan rezeki mata pencarian kita dan yang ketiganya, ia cukup memalukan kita dihadapan masyarakat umum.  Perasaan itu menyebabkan kita rasa tidak tertanggung dan berharap perkara tersebut cepat berakhir.  Kita tidak mampu lagi menanggung cemuhan netizen dan ditangkap kerana didakwa bersalah.  Kita rasa mahu mati untuk menhadapi semua ini.  Kita mahu masuk dalam kotak ditutup rapat dan dibuang di sebuah pulau tak berpenghuni.  Biarlah kita bersendirian dari kita dimalukan... ianya adalah sesuatu yang tidak tertanggung.

Keadaan menentukan 

Ujian ada masanya berlaku secara paksaan atau keadaan yang menentukan, kita tidak mempunyai option untuk menyelesaikannya kecuali terus mengharungi.  Nak atau tidak kita terpaksa untuk menghadapi perkara tersebut apatah lagi kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan walaupun penyelesaian kepada perubahan itu ada.  Contohnya:   Banjir telah berlaku disatu kawasan.  Maka semua penduduk disitu terpaksa dipindahkan disebuah sekolah terdekat.  Malangnya sekolah disitu terputus pula hubungan dengan dunia luar akibat jambatan telah runtuh.  Maka mereka terpaksa bercatu makanan dan semua keperluan.  Hanya harapan untuk hujan berhenti dan air surut sahaja mampu memberi sinar semula.

Ada juga keadaan dimana ujian itu berlaku atas pilihan yang dibuat contohnya: seorang isteri terpaksa tinggal bersama keluarga mertuanya.  Apabila dipinta kepada suami untuk berpindah, permintaan itu tidak dilayan oleh suami.  Apatah pula ibu mertua cerewet dan sebenarnya tidak menyukai si isteri kerana dia mempunyai pilihan menantu sendiri untuk anaknya.  Maka dalam keadaan itu, isteri tiada pilihan lain sama ada untuk terus bersama suami mengharungi getir maung atau keluar dari situasi tersebut atau dia berjaya memujuk suami atau mak mertua dia insaf.

Ujian akan berakhir setelah kita mendapat sesuatu ataupun kita kehilangan sesuatu.  
Kebanyakkan situasi ini adalah melibatkan ujian kecil.  Apabila berlaku sesuatu barulah ujian akan berakhir.  Contohnya:  Setelah sekian lama berhabisan, akhirnya suami mendapat tawaran pekerjaan dengan gaji yang sepatutnya.  Atau setelah dia menghembuskan nafas yang terakhir maka berakhirlah penderitaannya menentang penyakit tersebut.


Ujian adalah sesuatu yang datang dari Allah untuk menaikan taraf ketakwaaan kita.

Bila diuji sebenarnya kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.  Perasan atau tidak semakin lama terasa ujian yang menimpa kita semakin sukar.  Kecuali kita dengan perasaan reda, bersabar, berdoa, bersyukur, bertawakal dan bersolat kepada Allah apabila diuji hati kita menjadi tenang.  Sebenarnya ujian membawa kita merendah diri kepada Allah.  Setiap kali diuji, kita akan mengingati Allah dan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa.  Namun jika kita mengikuti bisikan syaitan dan buian iblis maka kita akan menajadi lagi tidak tenteram, lagi sakit hati dan lagi merosakkan diri.  Contohnya:  Apabila kita menghadapi ujian, kita ego - kita tidak mahu bersolat.  Syaitan membisikkan kenapa kita perlu solat sebab Allah tidak sayangkan kita.. Allah bagi kita kesusahan, Allah bagi kita sakit hati, Allah bagi kita kepayahan dan Allah bagi kita kesesakkan ini... dia yang bagi!!  Kenapa kita?!!  Kenapa bukan orang lain?!!  Sial!!  Jadi kenapa aku perlu solat??!!  Sedangkan apabila kita mengambil wuduk, merendahkan ego kita denga sujud kepada Allah maka hati kita akan menjadi semakin tenang.  Kita menangis, kita mengadu kepada Allah dan kita minta kepada Allah agar dibukakan jalan untuk mengatasi ujian yang berlaku... kerana tiada kita mempunyai kuasa untuk merubah keadaan kecuali dengan IzinNya.  Apabila hati tenteram  maka fikiran kita menjadi betul, kita dapat membuat keputusan yang tepat dan dapat menyelesaikan masalah yang mendatang dengan lebih bertawakal.  Jadi kepada pembaca yang apabila dia dirundung penyakit hati ketika menghadapi masalah.. Perangi sifat syaitan sama ada berputus asa atau ego maka tundukkan kepala kepada Allah.



Masalah


Masalah adalah sesuatu yang kita harus selesaikan.  Ia adalah beban yang boleh diselesaikan dengan kaedah, metodologi dan analisis terhadap masalah.  Dalam internet terdapat pelbagai kaedah untuk penyelesaian masalah mengikut isu yang dihadapi.  Jika ia melibatkan pekerjaan, mungkin ada cara seperti Metodologi Waterfall boleh digunakan atau lain-lain methodologi yang banyak boleh dipelajari.  Jika ia melibatkan kehidupan maka pakar-pakar kaunseling, coaching diperlukan untuk membantu dalam menyelesaikan masalah.  Sebenarnya antara ujian dengan masalah.  Masalah lebih mudah untuk diselesaikan.

Waterfall methodology

Masalah besar dan masalah kecil

Masalah kecil melibatkan perkara-perkara remeh.  Ia juga mungkin melibatkan perkara rutin dan mungkin melibatkan perkara-perkara yang jarang diperlukan.  Contohnya:  Bos memberi kerja seharian atau anak tidak suka bangun pagi untuk ke sekolah.  Contoh perkara yang jarang diperlukan adalah seperti mencari tempat untuk pergi bercuti bersama keluarga atau tayar pancit.

masalah besar melibatkan perkara-perkara yang mustahak sama ada perlu diselesaikan segera atau terpaksa mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah.  Biasanya masalah itu timbul secara tidak sengaja atau pun tiba-tiba.  Ada pula sesetengah masalah besar asalnya dari masalah kecil yang tidak diselesaikan.  Contoh masalah besar secara tiba-tiba:  Dirompak, Demam panas, kemalangan. Manakala masalah besar yang datang berpunca dari masaah kecil yang tidak diselesaikan seperti pergaduhan, isu harta pusaka, hutang piutang, sengketa ipar duai.

Kecekapan Penyelesaian

Masalah membawa kita lebih cekap mencari penyelesaian.  Jika masalah itu adalah rutin maka tidak menjadi masalah untuk kita menyelesaikannya sepantas mungkin kerana laluan prosedur telah diwujudkan.  Contohnya:  Masalah pendaftaran anak kesekolah - ia menjadi rutin ibubapa, jadi satu sistem telah diwujudkan untuk menghadapi masalah tersebut.
Masalah yang bukan rutin tetapi selalu dihadapi juga dapat diselesaikan, contohnya trafik waktu puncak.  Maka penyelesaiannya adalah membuat keputusan mengikuti jalan-jalan alternatif yang diwujudkan oleh kerajaan.  
Masalah yang jarang-jarang berlaku contohnya tertinggal dokumen penting di rumah setibanya dipejabat sedang mesyuarat akan berlangsung lagi beberapa minit.  apakah penyelesaiannya?
Masalah yang menjadi rutin contohnya kencing tak mahu flush.  Selalu berhabis masa dengan kawan-kawan dsbg.

Masalah sebagai rutin harian

Masalah adalah sesuatu yang berkait dengan perlakuan kita sehari-hari.  Masalah kita selesaikan hari-hari sama ada masalah itu hari-hari yang sama atau masalah yang sama berhari-hari.  Apabila masalah menjadi rutin seelokknya penyelesaian masalah adalah dalam bentuk sistem yang lebih efisyen.  Apabila masalah untuk kerap berlaku maka perlu diadakan prosedur untuk membendungnya dari berlaku.  Apabila masalah itu jarang berlaku dan tidak perlu berlaku maka perlu diadakan polisi atau undang-undang agar ia tidak berlaku. 

Membawa kesan yang besar jika penyelesaian yang cekap

Masalah terdiri daripada dua perkara.  Iaitu masalah yang spontan yang mana penyelesaiannya adalah kepuasan dan masalah yang kedua adalah masalah yang membawa hasil yang banyak.  Contoh masalah spontan adalah ketika mengambil makanan baru perasan yang tidak ada tempat untuk duduk makan kerana secara tiba-tiba semua meja telah penuh.  Masalah yang membawa hasil adalah terpaksa menyelesaikan masalah dan apabila masalah itu selesai kita mendapat bayaran contohnya membuat projek untuk sesuatu syarikat atau hasil dari penyelesaian masalah itu, pasangan itu dapat berkahwin... contohnyerr.. 

Sesuatu yang kita boleh selesaikan menggunakan kaedah yang betul, namun jika salah kaedah yang digunakan boleh membawa masalah yang lebih besar.  Misalnya, seekor kucing ni dia suka berak dekat laman kita.  Disebabkan kita geram, puncanya dilihat adalah kucing.  Jadi kita racun kucing tu.  Betul... masalah kita selesai.  Kucing itu mati dan dia tak berak lagi.  Namun, cara tersebut telah menyebabkan perselisihan dengan jiran yang membela kucing tersebut.  Cara tersebut telah menyebabkan diakhirat kelak kucing tersebut mencari kita sebagai orang yang zalim.  

Penyelesaian masalah

Masalah selesai setelah kita kita selesaikan masalah atau kita hindari masalah mengikut option atau pilihan kita.  Penyelesaian ada banyak cara.  Ada cara kita perlu selesaikan masalah.  Ada cara kita perlu mengalah dengan masalah dan ada cara kita perlu elak dari melakukan masalah.  Contoh cara kita selesaikan masalah bila masalah itu telah muncul.  maka kita kena selesaikan.  Kena lihat juga adalah masalah itu rutin, kerap atau jarang berlaku.  Adakah masalah itu besar atau masalah kecil, adakah masalah itu membawa kesan yang besar atau tidak memberi kesan dasn banyak lagi seperti yang saya nyatakan diatas.  Gunakan kaedah atau metodologi yang betul dalam menyelesaikan masalah agar masalah tidak menjadi bertambah besar.

Mengalah juga adalah cara menyelesaikan masalah.  Walaupun masalah kadang kala bukanlah dari kita, apabila kita mengalah maka ia tidak mengeruhkan keadaan ada baiknya kita mengalah.  Jangan sifat ego kita mengatasi segalanya.  Kita melihat pada pandangan orang lain yang salah.  Orang lain yang selalu cari salah kita.  Mengalah bukan tanda kalah.  Mungkin kita rugi sikit dari rugi banyak.

Elak dari melakukan masalah juga merupakan penyelesaian masalah.  Kita ini manusia yang mempunyai otak yang dianugerahkan Allah akal fikiran berbanding dengan binatang.  Apabila kita berada dalam situasi yang kita dapat analisa bahawa ia boleh mendatangkan masalah pada kita satu hari nanti maka kita perlu elak dari terus mendekati masalah.  Kadang-kadang kita telah pun berada dalam kancah masalah tetapi apabila kita tersedar dan belum terlewat untuk keluar dari masalah maka elaklah dari terus dalam masalah tersebut.  Contohnya:  Seorang lelaki sudah berkahwin dia bersimpati dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya.  Empati tersebut membawanya lalai terhadap perkahwinannya.  Sekiranya dia tersedar sepatutnya dia terus memutuskan hubungan empati untuk mengelak masalah bukan terus menjadi berpanjangan fitnah.  ataupun Dia empati terhadapnya lalu bagi mengelakkan masalah, dia menggunakan saluran yang betul seperti memberikan bantuan itu menerusi isterinya.  


Bila ditimpa masalah - bersabar, berfikir dan menyelesaikan masalah.  Masalah membawa kita berfikir.  Masalah sebenarnya menjadikan kita matang secara beransur-ansur berbeza dengan ujian menjadikan kita matang  secara terus.


Ujian dan Masalah datang serentak

Biasanya ujian dan masalah datang secara serentak. Kita hendaklah menyelesaikan masalah dan bertawakal kepada Allah.  Sentiasa berharap agar kita tidak membawa masalah yang lebih besar ketika berlaku ujian.  Kita perlu berfikiran secara positif dalam menghadapi ujian dan masalah.  Penting bagi kita untuk berfikir dengan mengadaptasi pemikiran kritis iaitu menggunakan kaedah yang betul dalam menyelesaikan masalah.
 Menggunakan strategi dalam menghadapi ujian dan masalah.  Selain itu perlu bagi kita untuk mendapatkan pendapat dari pakar dan mencari pilihan penyelesaian terbaik untuk kita dan orang disekeliling kita.  Jika perlu mendapatkan bantuan pakar terapi jangan malu.  Dan yang penting adalah tunduk kepada Allah dengan melakukan solat-solat sunat seperti Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat hajat, Solat istiqarah.  Kemudian selesaikan masalah yang wujud.  Akhir sekali bertawakal kepada Allah tentang apa-apa keputusan yang kita pilih.


Yang paling penting dalam hidup kita ini ialah jangan sekali-kali meninggalkan solat.  Solat itu punca ketenangan, ketenangan itu yang membawa kita ke jalan yang lurus iaitu jalan yang mampu kita selesaikan masalah dengan cara yang terbaik dan jalan kita terus bertawakal dan merendah diri kepada Allah.  Apabila kita buat salah dengan manusia, rendahkanlah ego kita untuk memohon maaf miskipun perkara tersebut bukanlah kita yang mulakan.  Sesungguhnya ego itu adalah sifat syaitan, sebagaimana syaitan tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam.  Kurangkan keegoan dan tunduk kepada Allah.

Semoga bermanfaat.

Friday, June 16, 2017

Bubur nasi plain dengan isi pelbagai



Hubby demam, dah dua hari dia tak nak makan nasi.  Kena plak bulan puasa.. aku jadi bengong nak buat apa untuk hubby makan.  Dia kata nasi tak de selera.  Tapi dia mengadu badan lemah, asyik melepek je kat rumah.  Dia kena gak makan nasi.

Jadi aku pun plan, buka puasa ni kena gak paksa dia makan nasi.  Takde lauk lain, yealah... macammana nak ada.. keluar bazaar pun tak boleh.  Dok google nasi kosong... macam-macam plak.  

Jadi aku pun buat la resepi nasi plain aku sendiri.

Resepi

Nasi bubur -  Nasi biasa yang kita makan ku.. masuk kat slow cooker.  Kalau tak de slow cooker masuk je dalam periuk, bukak api paling kecik.  Kacau dan biarkan sampai dia kembang.  Dia sudah kembang skit.. penyet2 kan dia macam ayam penyet... Kasi lembek macam bubur.  Bubuh air jangan banyak sangat... bubuh sekadar dia bergenang dalam nasi tu.. bila dah kembang, air tu ngam-ngam je macam lumpur...

Satu lagi cara paling senang, masak nasi macam biasa, cedok nasi yang dah masak masukkan skit dalam periuk ikut berapa banyak nak masak.  Kemudian masukkan air mineral atau air masak atau air kosong separuh dari nasi tu.  Nasi jangan bubuh banyak2 kalau nak sikit sebab nasi tu bila kita masak lama dia akan kembang.  Jerang nasi, bila agak kembang, lenyek dia sikit2, tutup api biar dia kembang.


Ada yang blander nasi tu... tapi kalau blander bagi kat baby la suka makan...  Kalau kita yang dah tua2 ni makan yang lenyek dah cukup.

So dok peningnya isi ape aku nak buat..

ISI

Untuk first time tu aku buat

Pakej 1

1.  Ikan bilis masak kicap
2.  Lobak asin racik digoreng
3.  Kacang goreng
4.  Daun sup yang diracik.

Mula2 nak masukkan telur asin.. tapi telur asin tak de stok dalam peti ais..

Lastly, masa buka puasa tu.. Hubby pergi ratah ikan bilis masak kicap tu... Lama jugak la... aku dok sound dia suh makan nasik... lastly dia makan nasik gak... horreyyyy.... sampai nangis aku... tengok berjaya buat dia makan nasik.

Pastu sahur esok kena prepare lagi.. Hubby kata kalau nak buat bubur lagi tukar isi dia... so.. aku dok pikir.. nak bubuh

Pakej 2

1.  Telur ayam boiling
2.  Daun sup racik
3.  Kacang goreng
3.  Telur asin..


Ok... Kejap.. Kalau aku type macam ni tentu korang tak best nak baca kan... biar aku searching kan korang gambar2 bubur yang boleh jadi inspirasi untuk dibuat.  Buat owner2 gambar... halalkan lah yea.. kita nak kongsi ilmu dan idea.  Kalau aku tahu camner nak buat .. aku akan bagi dia punya step.. ok?  Jadi yang mmg tak reti masak pun boleh try.  aku bagi ingredience dia je.. bab kupas bawang, bersihkan ikan ke, siang sayur ke.. tu aku harap korang dah mahir la yea...


Pakej 1

1.  Ikan bilis masak kicap
2.  Kangkung goreng
3.  Kacang goreng
4.  Daun sup yang diracik


Resepi ikan bilis masak kicap

Step:
1.  Satu biji bawang dipotong bentuk ring
2.  Cili hidup atau cili kering atau cili api dihiris
3.  Ikan bilis digoreng dan dikeluarkan
4.  Tumis bawang potong dan cili
5.  Masukkan ikan bilis yang digoreng
6.  Masukkan kicap sambil gaul ikan bilis sehingga menyaluti ikan bilis.  Kicap jangan sampai berkuah.
7.  Tutup api.  Siap.










Pakej 2

1.  Telur ayam boiling
2.  Daun sup racik
3.  Kacang goreng
3.  Telur asin..



Pakej 3

1.  Telur ayam boiling
2.  Daun sup racik
3.  Kacang goreng
3.  Lobak asin goreng telur




Selain diatas kita boleh juga pelbagaikan isi.  Sos yang sedap... nyumm.... paling glammor kicap cili ataupun sambal tok tok.. pergh.

Kicap campur cili api

sambal cili 

bahan wajib

cili hidup + bawang putih

Dibawah ni adalah serba sedikit isi yang boleh kita letak dalam bubur kosong.  Sebenarnya kalau untuk orang sakit tak perlu meriah sangat.  setakat satu dua lauk yang membangkitkan selera cukuplah.

Daun bawang, sos tiram masak cendawan, carikan ayam, bawang goreng, lobak asin goreng

cendawan tiram, ikan bilis goreng, telur asin, bawang goreng, udang rebus, sambal cili



sambal, kangkung goreng, ikan jeruk dan telur asin





kangkung goreng, lobak asin telur ikan bilis dan kacang goreng

ikan bilis kicap

daging rebus, bawang goreng, daun bawang

sambal ikan bilis, kangkung goreng, lobak asin, telur asin, sambal kosong



















Tuesday, February 7, 2017

Kerjaya itu jiwa

Aku mulai alam pekerjaan selepas tamat tingkatan 5.  Mengikut jejak langkah kakak-kakak ku menyertai Guardian Farmacy sebagai jurujual pada tahun 1996.  Kemudian aku lari sekejap menjadi juruwang disebuah restoren "Lemon Grass"...tak lama kemudian aku kembali belajar sebagai student kerana aku tidak berjaya meneruskan pelajaran indah seperti orang lain.  Hari tak semuanya cerahkan.. ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah.  Selepas tamat sebagai student, aku ditawarkan pula bekerja sebagai penyambut tetamu di MPOPC - (Malaysian Palm Oil Promotion Council) pada ketika itu itulah gaji paling besar aku dapat RM900.  Maklumlah, penyambut tetamu pada masa itu nilainya sekadar RM500 - RM700.

Aku akhirnya mendapat tawaran menyambung pelajaran semula.  Profession ku yang pertama sebagai seorang IT pada tahun 2002, apabila aku mendapat intern di Unit Komunikasi di INTAN Bukit Kiara.  Di sini, aku mula mendalami diri, mencari identiti.. apakah aku gembira sebagai seorang IT. Ya, aku suka, aku suka bila di situ aku dapat mendalami ilmu Flash dan aku dapat buat website untuk unit komunikasi.  Namun aku sedar, aku bukanlah yang terbaik waktu itu, aku hanya seorang yang biasa-biasa sahaja.

Habis sahaja aku intern, aku mendapat pekerjaan sebagai IT eksekutif di sebuah syarikat di setiawangsa.  Masa ini, adalah masa yang paling mencabar.  Kehidupan sebenar tidak sama seperti yang kita belajar di universiti.  Bekerja bukan mengikut masa.  Intern di sektor kerajaan tidak sama dengan bekerja di swasta.  Di sini aku "tiada pilihan" melainkan mengikut apa yang pengurusan mahu dalam masa yang sama, aku terpaksa deal dengan "otai" yang terdiri dari 2 kategori,  Kategori pertama adalah pekerja yang senior tetapi dibawah seliaan, pekerja ang ke dua, senior matang dan kita kena berinteraksi dengan dia untuk melaksanakan tugas.  Paling susah nak handle adalah senior yang bawah seliaan yang lebih kurang jarak umur 2 3 tahun.  Dia punya pailang, bukan main lagi.  Bayangkan, aku lock pc aku, dia boleh shutdown dgn alasan dia nak guna scanner.  Padahal dia tahu itu pc aku yang pakai.  Bila aku buat aduan kepada pengurusan, bos.  Bos buat bodoh je... maklumlah senior..  Pastu dia boleh mengumpat, mengeji aku sesuka hati aku secara online zaman tu menggunakan Yahoo Messanger.  Bila bos, tutup internet.. diorang guna LAN utk berkomunikasi.  Lastly aku tak boleh tahan, aku berhenti... maklumlah budak, tak tahan kena keji.  Di sinilah, aku mengenali politik kerja... Huh... stress gila.

Tak lama tu, aku bekerja dengan satu company, aku lari bidang pergi ke kewangan dan perakaunan.  Aku ditawarkan bekerja oleh seorang teman, dia jadi rakan kongsi kat situ.  Di situ ada 3 rakan kongsi,  seorang tua, seorang muda dan seorang lagi kawan aku (ketika tu dia berumur 36++), kiranya aku the youngest kerja kat situ.  Sorang bos kat situ tak suka aku, bos tu lelaki.  Dia kata aku tak macam tempat dia kerja dulu kat utusan... dari apa yang dia cakap tu, aku ni bukan kaki kipas..  Hello bos, good morning how are you todayyyy....  aku datang terus buat kerja, habis kerja aku balik...Dia nak pekerja yang ramah mesra alam..  tapi yang buat aku berhenti bukan sebab aku tak ramah.. tapi aku kena main dengan kawan aku sendiri.  Dia diam-diam buat sales masuk dalam poket sendiri.  Bila perkara ni terdedah.  Dia kata aku fitnah dia.. saja nak jatuhkan company.  Bos yang tak suka dengan aku tu lagi la suka sebab change utk dia halau aku.  Lastly aku kata aku quit.  Happy la dua bos tu, cuma bos ketiga tu dia okey skit... dia kata tak pe la berhentilah.  Last time, aku contact bos ketiga tu, bos tu cakap bos yang tak suka aku tu dia dah buang kawan tu dari jadi partner dia.  Memang time tu, dia dah pow banyak duit syarikat.  Even aku ni kerja bukan kaki kipas tapi aku buat kerja serius.. tak tipu.  Aku tanya, bos ketiga.. siapa yang handle akaun selepas aku berhenti.  Bos tu cakap, kawan aku tu.  Dalam hati aku gelak besar...  Bila dah tikus jatuh atas beras... memang lunyai laaa...

Lastly, aku ditawarkan bekerja di setiawangsa sekali lagi di kawasan lain,  masa tu aku dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan.  Sebuah firma arkitek.  Aku memang happy kerja kat situ, persekitaran kerja aku dipenuhi oleh kaum adam dan hanya beberapa kerat je perempuan.  Bukan sebab yang kerja itu adam tapi sebab kaum adam ni dia tak cerewet..  Firma arkitek ni sibuk.  Pekerja dia ada yang sampai tidur kat ofis sebab dateline... tapi aku tak stress kerja kat situ... entah la sebab apa aku pun tak tahu..  politik kerja kurang kot... dan selalu diorang keluar pergi side... balik kengkadang bawak pisang goreng.. huha huha... yang penting kerja siap masa dateline.  Jadi aku tak tention... aku siapkan kerja aku.. dan aku balik.. itu je...  sayangnya aku tak dapat kerja lama kat situ sebab aku dah kawin, dan aku pindah ikut hubby.

Selepas kawin, aku jadi surirumah... aku semakin membosan.  Aku nak kerja, tapi kelayakkan aku sangat jauh ketinggalan.  Maklumlah teknologi maklumat sentiasa bekembang dengan cepat pada masa tu,  jadi aku jadi fobia utk bekerja dalam bidang IT lagi.. padahal itulah kekuatan aku.

Aku kemudian diperkenalkan dengan kerja IT dan petadbiran.  Sayangnya aku bekerja sampai bulan ke 4 sahaja.  Aku kerja dengan kompany cina, kerja kilang.  tapi bos cina ni pelik skit.  Dia laki bini.  Dia ada penyakit susah nak percayakan pekerja dia.  Masuk bulan ke dua, adik ipar aku join sekali kompany ni.. tapi dia tahan sebulan je.. dia blah.  Masuk bulan ke 4.. dia hantar kat aku confirmation letter.. masa tu aku nak berhenti dah.. aku tunggu gaji.  Amoi jaga duit kata, gaji dah masuk.. aku pun dah malas nak datang office.. sekali duit tak masuk2.. celaka punya cina... jadi sebulan gaji aku tak dapat... aku quit... Hubby aku kata, dia nak bakar kilang tu.. hahaha... aku kata takpe... diorang ni akan terbakar juga kat akhirat.. kat dunia ni dia bole la aniaya orang... aku kembali jadi surirumah.

akhirnya, aku membaca iklan masa tu ILP buka tawaran kembali belajar.  Aku masuk dengan SPM.  Aku cermat menyimpan rahsia bahawa aku ada degree... tapi kembali belajar di ILP seperti sesuatu yang baru buatku.  Sama sekali tidak sama ketika aku belajar di UUM.  Aku praktikal.  Aku lebih memahami setiap praktikal yang aku belajar.  Dari situ aku mendalami kekuatan multimedia aku.  Aku korek dan aku korek semua ilmu yang ada.  Dari ILP lah aku sedar bahawa aku mendambakan ilmu lebih dari segalanya.  Aku mula memahami diri sendiri.

Aku ditawarkan untuk intern di ILP sebagai tutor.  Membantu lecturer kerja-kerja rutin mereka dan sekali-sekala aku diberi kelas untuk mengajar.  Itulah permulaan bahawa aku menjumpai jiwa aku.  Aku suka mengajar. Sungguh pelik kerana aku bukanah manusia ramah mesra dan kaki kipas.  Aku bukan minah kepoh yang mudah bercakap dan berinteraksi tetapi aku mampu untuk membantu pelajar untuk memahami.  Di situlah, aku bertukar hala tuju, menjadi pengajar pula.

Setelah tamat ILP, aku mendapat tawaran kemudiannya di CIAST untuk mengambil VTO. Masa itu ia dikenali sebagai Vocational Training Officer... atau mudah fahamnya lesen untuk mengajar untuk vokasional.  Lastly aku kembali ke ILP sebagai intern pengajar pula.  Pada mulanya, memang agar sukar juga aku ingin berinteraksi sebab aku bukanlah seorang yang peramah mesra.  Kelas yang aku dapat ketika itu hampir 30 orang..  Satu cabaran kepada aku untuk handle 30 orang yang bermacam ragam... paham-pahamlah budak vokey ni macammana.. kepala gile-gile,, cakap lepas tapi satu je.. diorang still respect dengan pengajar.

Selepas habis intern, aku dah suami berhijrah ke Kuala Lumpur untuk anjakkan paradigma.  Di situ, aku kembali dalam mode stress.  Bukan senang untuk cari kerja... Lastly aku dapat kerja sebagai perekagrafik dan web design.  Di sinilah, aku mendapati bahawa jiwa aku bukan sebagai multimedia pure tetapi sebagai pengajar multimedia.  Kenapa?  Sebab aku jadi stress bila cari idea... hahahaha...tapi sebab aku berhenti di situ bukanlah sebab multimedia tu tetapi sebab aku dapat bos turki yang terlalu kawal pekerja dia.  Satu hari aku sakit, mata aku melihat jalan macam beralun-alun.  Aku memang tak boleh bangun.  Disebabkan aku baru mula bekerja kat tempat tu, aku pun call bos.. aku kata, aku nak pergi klinik, aku tak sihat.  Jadi bos tu, suruh datang ofis dulu, nanti dia tunjukkan aku klinik panel kat bawah office.  Aku kata aku tak boleh jalan, aku tunggu hubby aku utk bawa aku gi situ.  Pula masa tu hubby aku pun baru dapat kerja, jadi dia tak boleh keluar sukahati.  Jadi aku minta mak aku tolong.  Masalahnya bos aku tu suruh aku datang sorang... ape halnye plak... aku nak meredah stesyen LRT sorang-sorang..  Kang aku pengsan sape nak tolong?  Aku nak jalan pun balam-balam penglihatan aku.  Aku nangis, cerita kat mak aku.  Mak aku cakap tak pe la... kita naik teksi pergi spital kerajaan.  Aku dapat MC 2 hari dari spital kerajaan.  Woi.. spital kerajaan oii.. Ingat senang ke diorang nak bagi MC?  Aku mesej bos yang aku dah dapat MC... aku kata lantak lah.. dia nak berhentikan aku pun tak pe.. Bila aku masuk kerja, cleaner aku bagitau, dulu ada juga pekerja dia demam... lepas tu, dia suruh datang office, pekerja tu pun datang, lepas tu diorang memang pergi ke klinik.  Balik klinik, dia suruh pekerja tu stay kat office... dia tak bagi balik... Fuhh... Nasib baik laa aku tak ikut cakap bos turki tu... kalau tak nasib aku sama..  MC kat office apa kejadahnya!!  Kebetulan masa aku datang office bos aku tu outstation.  Balik je dari outstation dia panggil aku.  dia kata, dia punya pekerja lama dia nak datang kerja balik.. jadi dia terpaksa berhentikan aku... hahaha... dia ingat aku bodoh ke... tu dia punya alasan sebabnya pekerja yang dia cakap tu, cuma melawak je masa cakap kat dia.  tak de sape tahan dengan bos yang terlalu mengawal pekerja macam hamba plak.
Dia bagi date untuk aku berhenti...  dia suruh aku siapkan semua design dan laman web yang perlu diubah.  Aku pun buat apa yang dia nak... aku tak membantah malah aku happy nak berhenti.  Lepas aku berhenti, gaji aku tak masuk2.. katanya dia silap masukkan... katanya... cheh... dia ingat bole ke kenakan aku.. cukuplah sekali je aku kena auta dengan cina.  Seminggu kemudian setiausaha dia call aku, minta aku datang betulkan design.. aku kata bayar tak... pastu dia kata tak bayar sebab itu kerja aku yang dulu... dia kata kedai printing tak dapat nak print design yang aku buat.  Mula2 aku kesian juga, sebab setiausaha tu merayu (budak lagi setiausaha dia ni).  aku tanya dia mana designer yang kata nak kerja dengan dia tu... budak tu kata, expekerja dia tu seloroh je.. Aku nak kuar ni, tetiba bos turki tu telefon.. dia arah aku pergi betulkan tu ni.. ehhh... ehhh... kau bukan bos aku lagi... aku nak keluar ni inisiatif aku.. duit tambang semua aku punya sendiri... tetiba nak marah aku nak arah aku nak paksa aku plak datang office... Part aku dah selesai... Part nak sesuaikan dengan pihak printing bukan tanggungjawab aku lagi... tetiba nak arah aku plak... kurang hajaq!!  Terus aku tak jadi pergi... aku buat bodoh je..  Lastly aku dapat mesej dari pekerja dia... Bos kata tak halalkan gaji... Plakk!!  Aku kerja by hari bukan by projek... itu yang bos turki tu yang cakap..  Jadi bukan tanggungjawab aku design sampai printed tu siap.  Takde istilah tak halal sebab part aku dah done... siap... Kalau lah kau bos.. prihatin, cakap baik2.. aku tak kesah pun pasal tambang, aku tak kesah pun nak siapkan printing kau.. tapi kau egoistik..  sorrylah...
Last time aku jumpa bos tu kat MAHA2017.  Satu pengajaran aku dapat ialah, bila jadi bos, jangan terlalu mengongkong pekerja dan jangan tidak percayakan pekerja.  Awak dah hire dia bekerja, jadi beri kepercayaan kepada pekerja.  Sampai pekerja mmg sakit pun kau nak suruh datang office... dia bukan hamba.  Teori X dan Teori Y mcGregor memang kuat.

Aku kemudiannya dapat tawaran kerja part time kat satu kolej ni,  kolej ni pelik sikit... macam segan mati tak mahu.. pelajar aku 3 orang je... aku mengajar MQA.  tempatnya bagus...  kat sini lah aku develop kerjaya sebagai pengajar.  sayangnya mengajar mengikut semester...part time.  Bila student dah cuti... aku takde kerja.

Jadi aku pun cari kerja lain, tup-tup dapat 3 tempat... kat kolej tu panggil balik, kat satu lagi kolej dan kat IKBN.  aku jadi buntu... Kolej yang aku kerja gajinya lumayan tapi dapatnya lambat gila...habis semester belum tentu dapat gajinya.  Kolej satu ni gaji besar gak lumayan cuma hati aku sense dia macam tak kena... Pastu IKBN.. gaji kecik.. tapi jiwa besar.  Aku pun istiqarah.  Lastly aku pilih IKBN.  Dan di situlah aku develop kerjaya aku sebagai pensyarah sambilan.  4 tahun di IKBN memberi aku keyakinan bahawa jiwa aku sebenarnya adalah mengajar multimedia untuk anak bangsa... aku sanggup bergaji kecil janji hati aku puas.

sayangnya, aku apply di beberapa buah kolej yang mendidik anak bangsa, jawapannya cukup mengecewakan...  Mungkin tuhan belum ketemukan aku dengan kolej yang diberkati.

Saturday, December 10, 2016

Travelog ke MAHA melalui Pengangkutan Awam

Dah beberapa hari aku ke MAHA.   Sempena aku di cutikan pada bulan 12 ini.    Aku mengambil kesempatan ke MAHA.   Sebenarnya aku menghadiri interview di Shah Alam.   Mengikut cadangannya aku akan menaiki pengangkutan  awam utk ke MAHA. jadi perjalanan  aku pada hari itu dari Shah Alam -  KL - Serdang (MAHA).

Perjalanan aku bermula dari KLCC pada pukul 4.00 petang, menaiki Train LRT Gombak - Kelana Jaya. 

Dari KLCC ke KL Central  kemudian aku terus menuju ke Komuter.   

Menggunakan kad Touch n Go aku turun ke Platform 6.  

Dari platfom 6 sebenarnya kita boleh tunggu komuter dari mana-mana arah untuk sampai ke komuter Serdang.   Aku sampai kat platform 6 dalam kul 4.19 petang manakala di papan informasi komuter dijangka sampai dalam pukul 4.43 petang. 


Tepat masanya  komuter bergerak keluar dari kl central.   Sebab aku perempuan  jadi aku naik koch wanita.   Senang dan selamat.  Terima kasih lah kepada menteri yang mengilhamkan koch wanita ni.  Perjalanan gakdelah lama sangat aku melintasi 4 destinasi Mid Velly,  Seputeh,  Salak Selatan, Bandar Tasik Selatan dan akhirnya Serdang. Turun di  komuter Serdang.  



Sampai Komuter Serdang,  terus keluar.   Kita akan nampak tanda arah untuk ke shuttle.

Kalau tak jumpa tanda arah just keluar skit dari stesyen serdang tu ke kiri..

Cari flyover dan naik ke atas.   


Dari atas tu dah bole nampak bas shuttle.   Turun ikut flow..  Ambik shuttle yang ada stiker ke MAHA.


Aka dapat shuttle dalam kul 5.13pm.  Kira-kira takde lah lama sangat dari masa komuter bergerak sehingga aku dapat shuttle ni kira-kira 30 minit perjalanan.  Shuttle gerak dalam kul 5.18petang.  Kebetulan time kerja, jalan lancar semua... Bas akan bergerak agak jauh juga tetapi perjalanan agak lancar, dalam kul 5.36petang telah sampai ke destinasi.  Bas akan turun di satu tapak parking bas dan kita akan menapak skit untuk ke atas kira-kira dalam 700 meter dari Bas berhenti.


Destinasi pertama yang akan jumpa adalah Istana Fama.  Masuk Istana Fama ni, anda akan jumpa banyak booth jualan pokok.  Jika berhasrat untuk beli pokok tetapi masih ingin berjalan jauh, maka saya nasihatkan agar pengunjung untuk naik dulu ke booth di atas.  




Kalau tak anda akan menjinjit pokok tu sepanjang masa.  Sebenarnya MAHA ini terlalu besar, aku mengambil masa 3 hari untuk round semua tempat.  Anda boleh menaiki tram untuk ke satu-satu destinasi...
kalau tidak anda akan penat berjalan.  Sungguh... penat wooo... apatah lagi perjalanan tu berbukit dan ada masanya kena turun tangga, naik tangga... tapi aku lagi prefer jalan kaki dari naik tram sebab malas nak beratur dan menunggu.

Aku galakkan penggunjung naik ke bangunan atas.  Masuk ke Blok A dan seterusnya.  Booth kat atas banyak produk makanan.  


Dan banyak tester juga... hahaha... itu yang aku suka.  Boleh test makanan.  Ada susu, ada paket-paket2 sejuk beku.  Hatta kat atas ni ada booth jual ikan segar dengan harga RM5.  Wow..  

Kalau nak makan ada dua destinasi bleh pergi.. Kat Blok D, kat Empire Makanan kat situ ada gerai2 makanan dan boleh juga ke Kampung Mak Cun kat situ pun ada tempat makan dalam bentuk gerai2 kecil.  Memang best.


Selain tu kalau nak tengok upin-ipin, dari Kampung Mak Cun tu boleh turun lagi ke sebelahnya.  Ada kemah besar... nak masuk tu kena beratur.. kena bayar kot... Aku tak masuk.. sebab malas nak beratur... kuii... kuii... kuii..

Ada lagi sebenarnya, bahagian binatang-binatang... ada Lembu Sado...




Kemudian lengkaplah aku dah pusing semuanya.  Kuii.. kuii.. kuii...

Nasihat aku, kalau korang datang sini,, tak payah nak pakai high heel.  Pakai sandle atau kasut sukan je...  pakai kasut flate.. jangan nak jongket-jongket.. sakit kaki oo nak jalan... jauh mehhh...  Pastu.. Kalau rasa nak membeli belah, bawalah troli yang boleh travel tu dan paling penting bawalah botol air utk minum.  Kalau bawa anak kecik, lebih baik bawak troli budak tu... siap semua keperluan terutamanya pempess.. dan sebagai muslim, bawalah telekung bagi yang perempuan... ada disediakan surau di bahagian atas Blok2 tu.

Terbaiklah MAHA!!