Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Sunday, September 12, 2010

Pengalaman orang tiada anak versi Raya.

Menjalani kehidupan seharian, hari-hari bila bertemu dengan seseorang pasti akan menghulurkan senyuman. Diiringi dengan gelak tawa dan lawak2 sengal seperti tiada apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Wajah ceria dan tenang.. tapi siapa tahu apa yang terpahat di dalam hati ini. Siapa faham yang hati sangat-sangat menjeruk rasa lebih lebih lagi apabila melihat kanak-kanak kecil yang ketawa riang, terkedek-kedek dengan lampin pakai buang yang disarungnya. Rasanya macam nak picit-picit baby itu... geramnya..

Dalam hati merintih siapa tahu? apabila kesepian mencengkam... terasa agaikan si gila yang tidak keruan. Ke kiri salah.. ke kanan salah..

Raya ini..
Baru nak rasa gembira.. tahun lepas ekonomi tidak keruan.. tahun ini alhamdulillah hubby ada bagi extra duit raya untuk dbelanjakan. Rasa seronok untuk beraya itu ada.. tetapi tidak teruja pun. Malah aku menangis ketika malam 30 ramadan yang lepas. Kenapalah ramadan meninggalkan aku. Aku masih belum sempat lagi untuk berdoa banyak2 agar Allah kurniakan aku anak yang soleh dan solehah. setiap 10 akhir ramadan itu aku berdoa agar dikurniakan anak. Walaubagaimanapun, aku tetap jua kena beraya setelah berpuasa dibulan Ramadan.

Tahun ini giliranku untuk beraya di Kuala Lumpur di rumah ibubapaku. Perjalanan aku seperti biasa.. singgah di rumah abah dan ummi untuk menyerahkan kek coklat moist yang aku buat. Sampai dirumah abah adik iparku yang bongsu membuka pintu, kata Angah, dia telah pun berbadan dua. Abang hanya tunggu di kereta.. hendak tak hendak.. aku kena berdepan dengan dia untuk menghantar kek dan kuih muih raya. Kebetulan abah sedang solat. So aku pun tidak mahu bertangguh untuk melepaskan diriku dari merasa sedih. Sedih kerana aku masih belum dikurniakan cahaya mata sedangkan adik iparkku yang baru hampir setengah tahun berkahwin sudah pun berbadan dua. Aku berlakon dengan cukup baik. Hendak atau tidak, aku kena reda dengan ketentuan Allah.

Perjalananku diteruskan.. sesampai di Kuala Lumpur.. aku ingin beraya.. ingin melupakan kesakitan ini.. biarpun terpaksa berlakon seratus kali bertemu pula dengan adik beradikku yang lain. Sedang aku menunggu waktu solat isyak. Adikku yang bongsu kira[kira umur 10 tahun memberitahu adikku yang kawin beberapa bulan lalu sudah berbadan dua juga. Reaksi adik bongsuku selamba.. macam tidak ada apa-apa yang perlu dijaga tutur katanya. Jantungku bagai hampir gugur.. bicaranya bagai halilintar yang membuatkan telingaku berdesing. Aku ingat lagi kata-kata adikku itu, katanya mahu merancang dahulu tetapi kenapa tuhan takdirkan dia mendapat anak? Kenapa bukan aku? Apa salahku? Apa silapku? apa dosaku?

Dengan muka selamba aku bertanya adik bongsuku.. sudah berapa bulan? adikku menjawab.. entah.. baru lagi.. sebulan kot.. Ohh tuhan.. aku berikhtiar bersungguh-sungguh.. kenapa dia yang engkau pilih.. kenapa bukan aku? aku bangun menunaikan solat isyak.. air mataku tiba-tiba bercucuran tanpa aku pinta.. sepantas kilat aku mengelap air mata itu dengan telekungku.. aku takut adik bungsoku ternampak aku menangis. Aku bukan menangis kerana adikku mengandung tetapi aku menangis kerana bukan aku yang mengandung.. kenapa bukan aku? kenapa?

aku melihat reaksi suamiku.. dia duduk.. reaksi mukanya sukar dibaca hanya aku sahaja yang faham. Aku rasa tiba-tiba aku ingin balik ke rumahku. Ingin beraya sendirian... aku tidak mahu masuk campur urusan luar. Mengetahui perkara ini sangat menyakitkan.

Lebih-lebih lagi berhadapan dengan adikku itu sendiri. Aku mula melakukan aksi hipokritku. Tersenyum, gelak tawa, petah bercakap.. tapi hari ini.. aku kehilangannya.. lebih-lebih lagi kepada adikku itu. Aku hanya mampu tersenyum tetapi tiada bicara..



Petang itu, semasa bermaafan dengan ayah.. aku menangis.. aku genggam erat tangan ayah, "Ayah, maafkan siti, ayah. Jika siti ada melakukan kesilapan, kesalahan dari siti kecil sampailah siti dewasa ini, walaupun jauh-jauh terpendam disudut hati ayah.. siti minta ampun maaf banyak-banyak.. siti minta ayah halalkanlah makan minum siti selama ini.. " dalam sedu sedan itu.. terlihat sebak di wajah ayah sambil mengangguk-anggukkan kepala. Lalu aku cium tangan ayah dan aku peluk ayah sambil berkata "siti sayang ayah". Kemudian aku beralih kepada emak. "Emak.. siti minta maaf zahir batin. Kalau siti ada buat salah pada mak, walau jauh disudut hati emak.. siti minta maaf mak. Siti minta maaf. Siti minta mak halalkan makan minum siti.. setiap titik susu yang emak berikan kepada siti.. siti minta dihalalkan.." Emak pun sebak dan mengangguk dan memelukku.. aku terasa sangat sebak.. bagai ingin pergi jauh.. terlalu jauh. Mungkin aku banyak dosa kepada emak dan ayah sebab itu, Allah tidak makbulkan doaku..

Aku ingat kembali detik aku mohon kemaafan dari suamiku. Di depan rumah, ketika tiada sesiapa berada dihadapan. Suamiku sedang duduk disofa. Aku bangun dari posisiku dan melabuhkan badanku dihadapannya seperti melutut. Lalu ku hulurkan tanganku dan mencapai tangannya. Suamiku tersenyum.. aku pasti dia tahu apa yang aku ingin buat. Dia menunggu bicaraku. "Abang, ayang minta maaf zahir batin. Jika ayang ada buat salah pada abang". Lalu suamiku menyampuk "Ada. Memang ada salah. Bukan 'jika' lagi". Aku nak marah sebab dia saja jerk nak wat aku hangin ni.. aku nak minta maaflah nihh.. kataku dalam hati. lalu aku sambung "ayang nak minta halalkan makan minum ayang, apa-apa sajalah kesalahan ayang, barang-barang, duit dan sebagainya" sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk.. menutup dan melindungi kehibaan yang sebenarnya melanda aku. aku memandangnya dengan penuh pengertian. Lalu suamiku menjawab. "Abang, maafkan ayang dan abang jua minta maaf sekiranya abang ada buat kesalahan pada ayang, menyakitkan hati ayang, berahsia dengan ayang, ....., Abang halalkan makan minum ayang dan abang reda ayang sebagai isteri abang." kata-katanya membuatkan aku tidak boleh menahan sebak di dadaku.. air mataku berjurai-jurai berlinangan. Kepalaku, ku sembamkan diribanya. Terasa bahagianya mendapat reda suami. Aku reda jika saat itu, tuhan mencabut nyawaku.. ketika mendapat reda suami dan kemaafan darinya.

Bagaimanapun, aku perlu mengharungi hidup ini.. aku masih tertanya-tanya mengapa tuhan masih belum mengurniakan aku anak. Apakah hikmah disebalik ujian ini... Sampai manakah tahap kesabaranku perlu diuji. Sesungguhnya aku tidak mampu lagi mengharunginya..

2 comments:

  1. Bersabar dgn ujian Allah dan teruslah berdoa..reda suami mampu menempatkan dirimu di syurga Allah namun anak belum tentu menjadi saham kita di akhirat kelak andai tersalah didikan & pengisian...setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, bersangka-baiklah dengan Allah krn Allah mengikut apa sangkaan hambanya..

    ingatlah kata-kata Allah dlm surah al-Insyirah: -

    "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan(4),(Sekali lagi ditegaskan):Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(5)"

    Renungi setiap pengalaman kita yg lampau, pasti ada kegagalan & kekecewaan sepanjang perjalanan menuju ke hari ini..dan pasti setiap kegagalan itu membuahkan hasil yang lebih baik. Jika andainya kegagalan itu tidak berlaku mungkin hasil nya hanyalah biasa-biasa sahaja..ini lah janji Allah bg sesiapa yg sabar & terus berusaha dgn yakin bahawa Allah tidak kejam apalagi menganiaya hamba-hambanya...

    Jika doa kita masih belum berhasil, mungkin perlu ada usaha-usaha yang LUAR BIASA yang perlu kita lakukan, kerana Allah menguji kita untuk kita tampil lebih hebat dari hamba-hamba nya yang lain, yang KEBIASAANNYA amat mudah mengandung dengan hanya sebulan-dua berkahwin, yang BIASA nya amat mudah beranak berderet-deretan macam keretapi..(maaf agak kasar)..umpama pelajar2 di sekolah yg diberi ujian yg berbeza-beza tahap kesukaran untuk menghasilkan perbezaan antara pelajar yang biasa-biasa atau yang cemerlang...mungkin Siti perlu keluar drp usaha-usaha yg biasa dan mencuba kaedah-kaedah teknologi modern yg terkini untuk menghasilkan anak yg lebih berkuali, sihat dan lebih comel dari bayi-bayi yang biasa....amin..teruskan usaha & yakin lah pd pertolongan Allah Ar-Rahman Ar-Rahim..

    ReplyDelete
  2. masih terus berusaha.. sehingga keakhirnya..

    ReplyDelete