Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Tuesday, January 18, 2011

Sekarang aku kena bersikap positif



Belajar pada usia yang dewasa bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bercampur gaul dengan rakan sepelajaran yang rata-ratanya lebih muda 10 tahun dari kita dan pengajarnya pula sebaya atau tua setahun dua dengan kita.

Apa yang penting kita perlulah bersifat positif setiap masa dan kekal dalam matlamat untuk memajukan diri serta sentiasa kena memotivasikan diri sendiri.

Aku sudah menjangka dan merancang untuk tidak menonjol di kalangan pelajar. Tujuan aku supaya aku akan sentiasa low profile. Aku ingin melihat dan menjalankan tugas bila diperlukan sahaja dan tak perlu memegang apa-apa jawatan. Selama itu, aku selalu mengelak untuk berdiri dihadapan untuk memberikan sebarang ucapan ataupun perbentangan. Namun semuanya tidak menjadi apabila aku dicalonkan sebagai pengerusi untuk satu program Ko-kurikulum. Rupanya aku tidak dapat menyorok dari apa yang ada pada aku. Aku sendiri tak tahu mengapa Ronan Nampak sifat-sifat inner yang aku sorok ini.

Hanya kerana sekali aku terpaksa ke hadapan memperkenalkan diri (bukan aku sahaja malah satu kelas juga berbuat demikian). Mungkin juga kerana kerja berkumpulan.. aku pun tidak pasti. Nama aku naik ketika pencalonan. Aku satu-satunya perempuan yang tercalon, dan yang lain adalah lelaki.

Aku cuba sedaya upaya untuk melaksanakan program ini. Biarpun sebenarnya bukan senang untuk mengurus orang yang terpilih dikalangan dipilih. Masing-masing mempunyai pelbagai karakter dan masing-masing mampu memimpin. Dan aku pula bukan 100 peratus tumpuan terpaksa kepada pelajaran semata tetapi juga terpaksa membahagikannya terhadap keluarga. Kehidupan pembelajaran adalah satu kehidupan yang sibuk dan susah, sebenarnya. Hanya ada kesanggupan, semangat dan pengorbanan sahaja yang mampu mengharunginya.

Setelah aku dipilih menjadi Pengerusi, aku menjalankan tanggungjawabku. Bukan mudah, kerana 4 cadangan yang dikemukakan untuk membuat aktiviti Ko-Kurikulum dalam jangka masa yang singkat dan expected yang tinggi. Hari sabtu dan ahad aku berperah otak untuk cuba menyelesaikan serabut dikepalaku.

Aku siap buat kertas cadangan penurunan kuasa di mana aku melantik Pengarah projek dari cadangan yang mendapat majoriti undian. Aku juga merancang beberapa langkah selepas perlantikan. Semua tu sudah aku lakukan. Akhirnya undian pun dilakukan dan “Lawatan Sambil Belajar” mendapat majority besar iaitu 45 undian dari 88 undian semuanya. Aku meminta pengarah projek untuk membuat proposal untuk dihantar ke pegawai penasihat. Dia mencadangkan supaya dia pergi bertemu pegawai penasihat untuk memilih tempat yang sesuai dari banyak cadangan yang dikemukakan. Kebetulan pada hari yang dia pergi itu, aku tiada di CIAST kerana Medical Chek up. Keesokkan harinya, apabila aku tiba di CIAST kembali, dedus dedas menyatakan pegawai penasihat mahu proposal dari 4 orang yang mencadangkan program. Aku terus kaget. Aku sudah mempunyai perancangan sendiri. Apabila ini berlaku. Aku menjadi TOTAL LOST sekejap.

Mujurlah aku cepat pulih, yang penting aku mestilah bersikap POSITIF dengan keadaaan yang berlaku sekarang. Patutnya pada minggu ini sudah siap proposal dan kini Cuma untuk membahagikan tugas. Aku dah kehilangan seminggu yang sepatutnya sudah mula ada progress lain. Akhirnya aku mendapat satu idea, semua yang buat proposal itu mestilah menyertakan sekali Progress Chart – Carta Gantt iaitu perancangan dari mula sehingga hari pelaksanaan. Aku tak mahu mereka berfantasi bintang dan bulan tetapi tak mampu merealisasikan di alam nyata. Aku ingin semua program biar apa pun yang akan diterima sentiasa dalam progress dan terlaksana mengikut masanya. Jika berlaku kepincangan aku tak mahu orang yang akan di persalahkan adalah aku nanti.

Aku terasa benar ketika dalam satu modul yang menyentuh tentang kerja berkumpulan. Pengawai terbabit ada bertanya tentang program yang akan dibuat. Sejauh mana perjalanan projek tersebut. Aku tidak mahu berkata apa-apa. Ramai yang diam, dan ada yang bersuara menyatakan masih belum ada kata putus lagi. Kemudian pengawai itu terkejut, dia kata sepatutnya sekaran g sudah membentuk organisasi. Kemudian pegawai terbabit cuba mengorek sama ada ketua kumpulan (aku) memainkan peranannya dengan menyatakan bahawa Kelemahan Kerja berkumpulan salah satu faktornya adalah ketua kumpulan kurang kepimpinan, takut, malu, kurang berpengetahuan, berat sebelah, tidak peka dsbgnya.. dia bertanya adakah ketua yang mengetuai program ini seperti yang disebutkan tadi? tapi semua pelajar diam, tidak ada yang mengatakan tidak, dan tidak pula mengatakan ya. Aku benar-benar rasa tercabar ketika itu… ingin sahaja aku menyatakan bahawa aku sebenarnya LOST apabila tiba-tiba ada arahan dari pihak atas dari aku terhadap anak buah aku… dan tidak melalui aku. Bukan aku bersifat seperti yang disenaraikan itu.

Aku akui adalah kesilapan aku juga kerana menyetujui Pengarah Projek untuk bertemu pegawai penasihat, dan dia memberikan arahan yang tidak sepatutnya. Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak lagi mendapatkan pendapat pegawai penasihat. KECUALI pada keadaan tertentu. Sebab Pegawai penasihat itu pernah berkata, untuk tidak campur tangan dalam urusan aktiviti ini tetapi ternyata ia tidak benar. Dan ia cukup memberi kesan besar kepada kredibiliti aku. Bagiku, kalau dia ingin memberi arahan, tak perlulah aku sebagai Pengerusi projek. Biar dia sahaja yang mempengerusikannya. Aku perlu bersikap positif sekarang… jadikan masalah ini satu cabaran bagi aku. Aku sedar pengawai itu juga manusia. Kadang-kadang manusia cepat lupa dan membuat kesilapan. Dan ia benar-benar mencabar kredibiliti aku.

No comments:

Post a Comment