Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.
Showing posts with label tanggungjawab suami. Show all posts
Showing posts with label tanggungjawab suami. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

Kisah teladan untuk para suami


Pengalaman kenalan menjangkau usia 10 tahun perkahwinan, en suami bermain cinta dibelakangnya,  Itu bukan kali pertama, en suami buat begitu.  Malah sudah banyak kali...  Semuanya kantoi sendiri depan isteri.. Dari email, dari sms, dari facebook, dari media yang dia guna termasuklah fake facebook dia... kantoi.  Melihat situasi itu, aku terasa benarlah bahawa isteri Allah kurniakan 6 sense atau deria ke enam.  Dia boleh hidu kecurangan suami dengan izin Allah.


Dari pemerhatian lagi, kisah seorang artis terkenal yang sangat hensem berkahwin dengan wanita pilihannya.  Aku mengikuti kisahnya kerana artis tu hensem dan alim.  Tup.. tup.. bergegar rumahtangganya bila dia terkantoi dengan isterinya menjumpai surat nikah di selatan thai.  Satu Malaysia tahu... Dari aku respek dia atas 'alim' nya itu terus aku cut off.  Rupanya, abang alim pun tak terlepas dari gatal.  Macammana dia tuang kot lain alasan-alasan manis pun, orang ke tiga itu ku gelar 'perampas'.

Satu hari aku duduk berborak dengan sorang staff lelaki yang baru bertukar di tempat kerja.  Sedap2 borak, dia sendiri yang buka cerita.  Katanya dulu dia ada berkenalan dengan sorang perempuan cantik.  Masa tu dia dah kawin.  Perempuan tu tanya, dia masih kosong ke?  Dia jawab "kosong lagi" dan kemudian dia ketawa... ketika dia cerita itu, aku bersama dengan sorang lagi kawan.. kami buat muka pelik.  Kemudian dia sambung - Ye lah.. "KOSONG LAGI tiga!!".  Aku dan kawan ku berpandangan... Dasyat juga penangan lelaki ni.  Kemudian kawan aku bertanya, masa curang tu, tak terasa ke bersalah dengan isteri.  Jawab lelaki tu, tak de rasa apa2, just mulanya suka-suka.  Akhirnya tersangkut... kemudian dia sendiri bagi nasihat "apa pun, JANGAN MULA,  bila dah terperangkap susah nak keluar".  Akhirnya dia kantoi dengan isterinya.  Isterinya dapat tahu... sudah hidu... Betul kann... Isteri ada 6 sense tu... aku membenarkan lagi pemikiranku... Dasyatnya deria seorang isteri.


Pada akhirnya aku bertanya.  Habis perempuan tu macammana?  Lelaki tu jawab; tinggalkanlah.. Menyirap darah aku... Lelaki tu tak fikir ke kesannya masa dia hanyut bercinta dengan anak orang.  Apa perempuan yang kena tinggal tu tak de perasaan?  Dia feeling kat lelaki tu sebab dia ingat lelaki tu bujang... Rupanya Lelaki tu PENIPU BESAR... Sudah lah dia tipu perempuan tu, dia tipu isteri dia, kemudian selamba badak je dia buat keputusan "tinggalkanlah".. perasaan itu just simple as that!!
Perasaan isteri dia... pasti terluka... terluka tidak akan sembuh... sekali pun.


Sejak dia cerita tu, aku dok perati lelaki ni... aku dok perati apakah sifat-sifat dia... Pemerhatian itu juga ilmu... sampailah satu insiden aku berselisih kerja dengan dia... terserlah lah sifat-sifat yang aku simpulkan seperti... Egoistik tinggi,  Cakap dia pusing macam ahli politik,  lemah lembut dengan perempuan macam gigi dengan gusi..  Perempuan yang tak kenal dia sangat kata dia sangat baik dan BAGUS sebab mulut dia manis... so sweettt....  kerjanya teliti tetapi pendesak, dia akan keep mulut manis pusing macam gasing sampai lah kerja tu siap... kalau kerja tu tak siap dia boleh ugut dengan cara yang halus... kononnya...  tapi dengan aku, dia tak dapat buat macam tu sebab aku dah kaji sikap dia... kah.. kah...

Orang menipu ni banyak... suami zaman sekarang pun bukan boleh percaya...  masa bercinta gigi tu lembut dari gusi... Lidah tu bercabang 300.. cakap puitis tahap dewa... cakap pandang sampai nak tercium muka... angin lalu je pun dah tak dengar apa dia cakap punyalah perlahan..  cakap 2 3 kali ulang masih senyum... sweeetttt nyaaa.....  Semuanya hebat,  rambut bau wangi, baju bergosok,  kasut berkilat, kereta pinjam kata kereta sendiri, jangankan batuk, kentut pun tak de bunyi.

Lagi... Tulis kat Fb "Any girl nak dipimpin hingga ke Jannah?"

Hakikatnya...
Ke Jannah ke Jahanam..

Ye lah, awal kawin semua sweetttt lagi...  Bila dah kawin, masuk 10 tahun, jangan kata ombak, lori lalu pun kalau tak dengar kena maki.  Abang cakap ni kau tak dengar!  -  Tak de!  Abang cakap apa? - Mata menjengel nak terkeluar dari sarung.... merah je... baru balik kerja katanya PENAT!!.  Abis dia ingat isterinya tak penat?  Balik kerja sama-sama jugak..  lagi nak masak, tengok baju tak berlipat, lantai tak bersapu, dapur berminyak... PENAT... LAGI EXTRA PENAT!  Balik tengok rumah macam reban ayam... Arghhh.... Stress.... Sebab tu isteri gemuk..  Pakar cakap, kenapa isteri gemuk sebab dia stress...  Konsep orang kata, isteri gemuk tu sebab dia bahagia tu memang hanya nak tutup..  Macammana nak kurus.. tidur pun tak cukup, bila stress makan.. makan... makan... makanan tak habis pun dia kena makan... bila masak2.. tengok suami tak makan.. pun stress..


Suami macam ni nak bawak isteri ke Jannah?  Macammana tu.... isteri kerja dalam keadaan stress, hati tak ikhlas... marah... sedih... tak puas hati... dsbg...

Apatah lagi kalau suami tiba-tiba main cinta dengan orang lain.  Tak stress ke?  Sudah la mak bapak dia pun isteri dia nak jaga.. ini plak suami buat hal... maunya rasa macam nak terjun lombong.

Ada suami dia tak sedar... yang dia tidak menghargai apa yang ada di depan mereka.  Mereka hanya sedar bila apa yang ada itu telah tidak lagi wujud.  Masa tersebut tidak lagi gunanya.  Kebanyakkan isteri atau wanita.. dia mampu bertahan dengan beban sakitnya batin berkurun lamanya.. tapi sekali bila dia sudah buat keputusan untuk keluar dari kesakitan itu, selalu nya dia tidak akan berpatah lagi... miskipun bekas suaminya terhegeh2 nak balik.

aku teringat satu kisah pernah aku baca...  luahan seorang isteri bekerjaya, diajak tinggal bersama mertua dan ipar duainya.  Kata suaminya, nak jaga ibunya, tup tup habis gajinya terpaksa dibelanjakan untuk suami dan ipar duai.  Isteri tersebut tidak tahan dan ajak suaminya berpindah.  Tetapi suaminya marah,  seolah-olah isterinya itu tidak sayang kepada keluarga suaminya.  Bila ipar duai minta duit dari isterinya dan isterinya tak mahu bagi... suaminya kata, isterinya kedekut, dia bekerja pun dengan izin suami.. jadi bantulah... Isterinya stress... teramat stress..  Sehinggalah satu kejadian, akhirnya isteri dipukul oleh ipar duai malah mak mertua dok perati setuju.. akhirnya isteri tersebut putus asa dengan perkahwinannya.  Dia keluar dan dia bawa semua harta miliknya... Mohon cerai di mahkamah... Si Suami barulah terhegeh2 cari balik, tiba2 si suami boleh pula pindah keluar dari rumah mak dia... tapi semuanya telah terlambat.  Si Isteri telah membuat keputusan... tidak akan kembali...  Begitulah bila seorang isteri yang setia dan banyak berkorban tetapi tidak dihargai oleh suami.. pada akhirnya bila sampai tahap dewa yang tak boleh lagi terima terutamanya melibatkan maruah diri tercalar... Seorang yang setia pun, ada limitnya.. dan bila dia sudah buat keputusan biasanya dia tidak menyesal dan tidak akan berpatah arah... Biasanya orang yang setia .. pada akhirnya dia boleh turn pada satu keputusan drastik yang boleh membuatkan seseorang itu terkejut.

Janganlah seorang suami, hanya mendengar tanpa tindakkan.  Biasanya seorang isteri selagi mana dia mampu bertahan, dia akan bertahan.. tetapi bila mana dia rasa terbeban dia akan bersuara dan menyatakan... bila mana dia asyik bercakap perkara yang sama... suami perlu beri perhatian sangat-sangat untuk mengubahnya kerana pada tahap dia mengulang-ulang bermaksud sabarnya sudah pun hampir limit... Jika tiada tindakkan dari suami, seolah-olah rasa seorang isteri itu, tidak dihargai pengorbanan bertahan...  Bertahan itu juga satu pengorbanan sebab mendera emosi dan batin isteri.  Sedangkan emosi dan batin itu adalah nafkah tanggungjawab suami juga... apatah lagi jika suami mengabaikannya...  Maka terimalah kesan dari pengkhianatan tanggungjawab sendiri..

aku ada lagi satu kisah,  Si isteri berkahwin dengan suami dan belum dikurniakan anak.  Si isteri bekerja dengan gaji tetap setiap bulan... Si Suami tiada pekerjaan tetap tetapi mempunyai kemahiran dan bakat.. kerjanya sebagai pekerja kontraktor dengan gaji hari mengikut projek.  Pada awal perkahwinan pasangan ini seperti pasangan lain.. namun bila mana masuk umur perkahwinan 3 tahun, si isteri tidak lagi mampu menahan geram bila si suami rupanya jenis malas bekerja.  Pada awal perkahwinan semuanya telah tersedia... Si suami duduk bersama isteri di rumah ibunya.  Sering kali ibunya menyebelahi si suami.  Kadang-kadang isterinya stress sebab terasa seperti dirinya terlalu jahat sebab berkira..  Padahal tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri...   Bila mana si isteri cuba untuk tidak bagi perbelanjaan rumah... ibunya pula keluarkan duit untuk memberi barang dapur..  Menjadi susah untuk dia memberi kesedaran kepada suaminya untuk keluar bekerja.  Sampai satu masa si ibu pun guna trick... Dia bagitau isteri dan si isteri bagitau si suami.  Akhirnya suami keluar bekerja tapi ikut sukahati dia... Nak kerja pergi tak nak kerja... duduk rumah tidor.  Si Isteri bgtau siap2 pada hari raya semua persediaan dia tak mahu keluarkan kos..  Baju raya suami kena beli sendiri..  Si suami kata okey... dia buat bodo je sampai habis raya.  Malam raya tu tiba-tiba dia boleh tanya isteri dia.. Raya ni abang tak de baju raya yea...  Ada ke patut, si isteri yang  nak kena belikan suami.  Bila Baju raya suami pun kena dibelikan oleh isteri itu kira melampau bagi aku.. Memang lelaki tu dasar ular sawa.. makan tido makan tido.. Pemalas kepala bana.  Lah pulak hari raya, si suami ni merajuk kepala bana dia... langsung tak tolong berkemas, hari raya kerja dia tidur sepanjang hari... Langsung tak tolong apa2.  Apa punya lelaki pemalas..  Si isteri tengok je perangai si suami tu... dia pun dah tak kuasa nak layan... si ibunya asyik suh dia pergi minta maaf raya,  soh layan suaminya sediakan makan... si isteri tu dah malas.. dia pun jadi malas akibat dapat suami yang pemalas.

Tapi yea.. memang betul.. Suami umpama peladang yang bercucuk tanam.  Bagaimana dia jaga kebunnya.. adakah tanahnya subur atau tanahnya kering...  Apa yang dia didik dan ajar isteri itulah yang isteri pulangkan balik kepadanya.  Kalau yang ditunjukkan itu sifat pemalas, maka isteri nya akan pulangkan sifat pemalas itu kepada dirinya.

Kisah berikutnya, aku baca entah lama dah.. kisahnya berkenaan dengan seorang lelaki.  Dia memiliki isteri pada awalnya perkahwinan mereka baik sekali.  Lama kelamaan  si isteri menjadi seorang yang kuat membentak, kuat melawan dan selalu berlaku pergaduhan antara suami dan isteri ini... sehinggalah satu masa, mereka bercerai.  Lelaki ini kemudian berkahwin lain.  Selang beberapa lama, bekas isterinya juga berkahwin lain.  Satu hari mereka bertemu dalam satu majlis keramaian.  Lelaki tadi melihat bekas isterinya sungguh patuh kepada suami, penyayang dan berlainan dengan sifatnya ketika mereka berkahwin dulu.  Dia sungguh kehairanan...  Dalam masa yang sama.. perkahwinan dia buat kali yang ke dua berantakan..  Isterinya juga menjadi kuat membentak dan melawan... Jadi dia bertemu dengan suami baru bekas isterinya.  Dan bertanya, bagaimanakah suami baru bekas isterinya itu tadi mampu mengawal bekas isterinya itu yang dulu sangat bengis dan kuat melawan.  Nasihat suami baru itu cukup simple dan membuat lelaki tadi tersentak dan tersedar.  Isteri kita adalah cerminan diri kita (suami).  Jika isteri jenis melawan itu sebenarnya adalah cerminan diri si suami yang kuat melawan.  Jika suami seorang yang penyayang maka isteri akan jadi penyayang.  Suami adalah pemimpin isteri, yang mendidik isteri bagaimana ia terjadi...

Suamilah peranan terbesar, untuk menjadi keluarga bahagia, suami kenalah menjadi contoh yang terbaik kepada isteri... maka automatik isteri akan copywrite untuk dirinya dan untuk anak-anaknya.

Kisah seorang suami yang tidak mahu berkongsi rahsia.  Suami ini hidupnya dalam lingkungan kawan-kawan dan seorang yang bermasyarakat.  Bila mana kerjanya juga menghadapi pelanggan, dia kerap menipu lokasi dia dan apa yang dia sedang buat.  Cara dia bercakap dan cara dia berinteraksi dengan pelanggannya selalu dirakam oleh isterinya yang berada selalu disebelahnya.  Jadi isterinya dah faham jika suaminya kerap berbohong.  Namun, disebabkan oleh pengalaman pahit bercinta hidup isterinya masa lalu, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada si suami.  Dia berkata, dia bagi 99% kepercayaan apa yang suami dia lakukan.  Dia pinta, jangan pecahkan kepercayaan dia terhadap suaminya. 1% kepercayaan di simpan untuk dirinya.. agar dia ada sifat berjaga-jaga.  Dalam masa dalam perkahwinan itu, si isteri dapati si suami memang cukup banyak berahsia dari dirinya.  Dia semahunya untuk mempercayai suaminya... dan bila perbincangan diadakan, suaminya selalu menyebut "Ada perkara yang awak patut tahu, dan ada perkara yang tak perlu tahu".  Sekian hari semakin banyak yang suaminya cuba sorokkan.  Gaji, lokasi, pergi mana, berapa upah, jumpa siapa dan lastly si suami mula pasang password pada hanponnya.  Semakin hari kepercayaan si isteri kepada suaminya semakin merosot..  Makin banyak suami sorok, semakin hijab Allah terbuka buat isterinya.  Apa yang disorokkan suami tanpa sengaja selalu kantoi dengan isterinya.  Tetapi si isteri tak mahu si suami merasa rahsia dia terbongkar.  Gaji suami, lokasi sebenar dia, pergi mana, berapa upah terkeluar dengan sendirinya tanpa perlu si isteri bersusah payah untuk dapatkan... Ajaibnya perancangan Allah..  Ada sekali si isteri dapat baca wassup suaminya terkantoi buat kali pertama, nak bermain cinta... Disebabkan isterinya tak mahu suaminya merasa rahsia dia terbongkar.. Dia cuma delete semua maklumat tersebut dari hp suaminya... dan si isteri berlagak tak tahu apa2.  Makin lama, kepercayaan isterinya semakin merosot... Pada suatu hari, entah macammana tuhan nak tunjuk, hp suami sedang chat mengayat perempuan dapat dibaca isterinya.  Isterinya mengigil.. hatinya remuk sebab dia sudah cukup sabar dengan sikap suami.  Macam biasa dia delete semua maklumat berkaitan perempuan tersebut... Dia cukup bersabar.. dan cuba lihat reaksi suami... lagak suaminya macam tak de apa2.. sempoiiii... orang penang cakap.  Akhirnya lepas solat, dia ajak suaminya berbincang sambil berlinangan air mata.  Sempat lagi suaminya mengelat.  Dia kata perempuan tu budak sekolah, dia anak kepada kawan lama yang dia cari.  Luluh hati si isteri... dia dah baca semua isi wassap antara suami dengan perempuan tu.  Mulai sejak itu hatinya tidak mampu berbohong untuk meletakkan kepercayaan kepada suami.  Dia pesan kepada suaminya supaya melepaskan dia jika si suami memilih untuk berniat pasang lagi satu.  Muka suaminya berubah...  Dan dia lepas satu persatu apa yang dia tahu tentang suaminya.. tentang rahsianya banyak kali kantoi... tetapi tetap dirahsiakan oleh isteri menjaga air muka suami.. walaupun dihadapan suaminya sendiri... dan dia tidak lagi mampu bertahan untuk kembali percaya kepada suaminya 99% itu telah pun musnah.  Pada hari-hari yang berikutnya tiada lagi istilah kepercayaan 99% buat suami.  Kata isterinya buat suami.. Perkahwinan kita untuk kita sampai ke syurga Allah.  Jika abang tak mampu bawa saya ke syurga Allah lebih baik kita berpisah sekarang kerana hati sudah bersangka-sangka dengan suami sendiri... kalau abang masih sayangkan saya... berhenti dari berahsia dari isteri sendiri.  Bila abang berahsia, Hijab Allah terbuka apa pun rahsia abang tetap saya boleh hidu...

Itulah didikan suami buat isterinya.. menipu.  Isterinya menipu diri sendiri... menipu suami tentang apa yang dia tahu tentang rahsia suami.  Wahai para suami, jangan sorok rahsia pada isteri.. tuhan buka hijab dia sikit sahaja... isteri sudah dapat hidu..  Bila sudah dapat hidu.. perang besar meletus... selebihnya tiada lagi kepercayaan mutlak si suami akan dapat.

Kisah macam ni dah banyak kat FB.  Kadang-kadang kita baca bukan untuk melihat aib orang... tetapi untuk pedoman diri sendiri.  Kebanyakan viral pada masa ini sekarang ialah macammana seorang perempuan itu menjadi dominan lebih dari lelaki.  Pada zaman ini, wanita lebih berhati kering dari lelaki.  Maka para suami yang sudah ada isteri jagalah isteri anda baik-baik mana tahu anda cuba jebakkan diri dengan cinta baru jumpa dengan perempuan berhati kering.

Dua jenis perempuan berhati kering, pertama memang kaki perampas... dan dia bangga dengan hasil rampasannya.  Yang ke dua, perempuan yang dia hanya guna lelaki untuk kepentingan peribadinya... dah dapat apa yang dihajati maka dia akan tinggalkan lelaki tu - forever gone.. tanpa perasaan.

Mungkin elok rasanya menceritakan sikit tentang perempuan kaki perampas ini dulu..

Kisah ini benar terjadi pada orang yang pernah saya kenali.  Bila isteri sudah menghidu kecurangan suami.  Maka dia pun cuba untuk berhubung dengan perempuan kaki rampas ni untuk bagitau yang lelaki yang dia dok cintan tu suami orang.  apatah lagi fb perempuan tu tulis yang suaminya "bakal tunang" perempuan tersebut... manalah tau suaminya itu menipu perempuan tu kata bujang.  Tup tup bila dah dapat nombo tepon isteri "bakal tunang", perempuan perampas ini naik sheikh.  Dia pergi hantar sms, hantar wassap kat isteri tu bagitau hubungan intim dia dengan suaminya.  Siap post
gambar pakai tuala bersama suami orang tu.  Siap telefon cakap, dia sanggup jadi wife ke dua.  Memang dasar lahanat.  Perempuan ni memang hati kering... Lastly, kisahnya sampai kepada aku, yang si isteri telah pun bercerai dengan suami tersebut tetapi suami tu berkahwin dengan orang lain bukan dengan perempuan tu... kikiki... Hukum karma!!

Kisah hati kering kedua, berkenaan perempuan tinggalkan lelaki yang banyak berkorban untuknya..  Memang saddis lah... jadi viral kat fb.  Dari zaman dia belajar dan bekerja lelaki tu topup.. sampai kahwin semua lelaki tu tanggung, hampir menjelang hari pernikahan tiba-tiba perempuan ni buat onar menyebabkan pertunangan terputus juga.. rupanya dihari sepatutnya lelaki tu berkahwin dengan perempuan tu, perempuan tu bernikah dengan orang lain.  Menggunakan semua hasil lelaki tu... Perempuan ni tak de perasaan langsung... Pelamin anganku musnah...

Ada kes pula... tengah nak nikah bergaduh sebab bakal suami tak mampu nak bayar duit hantaran seperti yang diminta.  Gaduh pihak lelaki dan pihak perempuan... what the hack!!  Kalau betul berkasih sayang... benda macam ni tak berlaku.. jika ada tolak ansur... kalau betul cinta, kalau betul sayang...  Hidup ini macam roda.. berputar.. kadang-kadang kita di atas... kadang-kadang kita dibawah.

Bila berkahwin perkara yang paling penting adalah tolak ansur.. bukan tolak beransur-ansur.  Jika perkahwinan memang niat untuk ke jannah tentu dipermudahkan tuhan.  Ujian tidak cukup itu sama-samalah menanggungnya, atau sama-samalah buat keputusan untuk mencari jalan yang terbaik untuk berjimat cermat.  Orang kata, kehidupan lepas nikah itu lebih penting.

Ya.  Kehidupan lepas nikah itu memang penting.  Penting kita menjaga kerukunan rumahtangga.  Untuk menjaga kerukunan rumahtangga kita kena faham tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri.  Kadang-kadang tumpuan rumahtangga itu tertumpu kepada wanita.  Perlu buat itu, perlu buat ini, perlu taat untuk menjaga kerukunan rumahtangga.  Dalam internet berlambak-lambak tips-tips kepada para isteri untuk menjaga suami.  Mesti taat, mesti tidak meninggi suara, menyediakan makan minum suami, sentiasa pastikan rumah bersih, pakaian, tempat tidur semua in order.. Malah suami nak makan apa pun just order je... waw.. isteri Jannah.  Yang si isteri dok baca, ohh.. nak keluarga bahagia, begitu... begitu... begitu... maka dia pun buat begitu .. begitu ... begitu.... tapi sayangnya... dia mendapat feedback yang buruk dari suaminya.  Harapan si isteri jika dia buat begitu dia akan bahagia tidak kesampaian.  Jadi apakah keluarga itu bahagia? Jarang pula tips-tips ini disuakan kepada suami padahal kebahagiaan rumahtangga bermula dengan suami yang soleh, yang mampu mendidik isteri.

Siapakah yang sepatutnya membahagiakan?  Bukankah suami sebenarnya yang main peranan untuk membahagiakan keluarga?  Dialah yang bercucuk tanam... maka hasil itulah yang dia perolehi dan tuai.


Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Baqarah 2:223

Seorang suami berbuat baik terhadap isterinya, in return dia juga akan dapat kebaikan dari isterinya.  Kebaikan itu juga memberi impak kepada dirinya sendiri.


Teringat aku satu kisah mengenai seorang salebriti terkenal suami isteri ini.  Si isteri ini memang
cantik dan selalu berlakon dalam filem dan dia juga seorang ikon bagi satu organisasi antarabangsa.  Si suami suatu hari perasan yang si isteri tersangatlah kurus, tidak lalu makan, tidak dapat menguruskan kehidupannya, kurang perhatian kepada anak-anaknya lalu dia mencari jawapan.  Sehinggakan hubungannya dengan si isteri tadi hampir retak.  Si suami ini, duduk berfikir dan berfikir... bagaimanakah untuk dia kembalikan si isteri supaya dia kelihatan cantik seperti dulu dan mampu menjadi dirinya seperti dulu.  Fikirnya, isterinya seorang yang dikenali, menjadi idola dan si suami adalah orang yang beruntung kerana hanya dia setiap malam tidur bersebelahan dengan idola dan ikon dunia itu.  Bukan orang lain... dan dia harus bersyukur.  Lalu dia melakukan satu tindakkan..  Apabila dia bertemu dengan sahabat-sahabatnya, dia akan bercerita tentang isterinya, bila dia bersama isterinya di majlis keramaian dia akan memuji isterinya.   Segala yang dia lakukan, dia akan pastikan yang dia lakukan untuk isterinya.  Di mana-mana dia akan bercerita tentang kebaikan isterinya.  Dia tidak menyangka bahawa tindakkan dia rupanya sangat berkesan.  Hasilnya semakin lama isterinya senyum riang, mukanya tidak lagi cengkung dan si suami melihat perubahan isterinya seperti bunga yang sedang berkembang berseri-seri.  Si suami tadi telah menceritakan tips itu ... maka sebenarnya tindakan suami itu memberi kesan positif kepada isterinya dengan menyebarkan kasih sayang, puji-pujian, kemaafan dan kata-kata yang indah apabila bersama isterinya mahupun dia bersama masyarakat.

Jadi benarlah.. untuk mendapat isteri yang baik maka suami hendaklah menjadi baik.  Suami hendaklah menjadi role model yang baik secara tidak langsung membantu isterinya menjadi manusia yang baik, isteri yang baik.

Buat para suami,  jika anda teringin untuk mendapat isteri yang baik, maka jadilah suami yang baik.  sesuai dengan firman Allah;


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur 24: 26)


Menempuh alam perkahwinan, anda sudah memilih dia sebagai isteri, maka anda perlulah memahami tabiat, perangai dan sifat isteri anda.  Sebagaimana anda bercinta dahulu, tentu anda mengetahui dia lahir pada tahun berapa, apakah warna kegemarannya, apakah perkara yang paling disukainya dan apakah perkara yang paling dibencinya.  Mungkin dari data-data zaman bercinta dahulu anda boleh aplikasikan dalam hidup perkahwinan anda.

Contohnya, jika isteri anda lahir pada bulan oktober, anda boleh buat carian tentang sifat-sifat bulan oktober contohnya, Rahsia kelahiran bulan oktober mengikut Dato' Dr Fadhillah Kamsah, Orang bulan oktober dia suka bersembang, suka berkawan-kawan dan suka kegiatan luar, jadi para suami janganlah kurung isteri anda dalam rumah, biarlah dia berkawan-kawan dengan komuniti setempat dibawah pemerhatian anda.  Biarlah dia join kelas mengaji, biarlah dia join Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah, biarlah dia join Kelab Kembara, asalkan tidak mengganggu tugas dia sebagai isteri dan dia tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Allah.


 Jika isteri anda minat warna biru, mungkin isteri anda seorang yang fakta.  Jadi anda jika ingin berbicara dengannya tidak boleh bercakap atas sesuatu yang tiada asas.  Anda perlu mengeluarkan fakta-fakta anda mengapa anda melarang isteri anda pergi pasar malam pada hari itu.  Anda perlu mengeluarkan fakta-fakta anda mengapa anda merasa tidak selesa isteri anda memakai baju kurung sendat itu.  Fakta!  Jadi kenali isteri anda...  Jangan jadikan alasan bila anda sudah berkahwin dengan isteri anda, anda akan faham isteri anda secara tidak sengaja!  atau akhirnya nanti anda akan faham dia!  No!  Memahami seseorang, anda perlu belajar, dan perlu membaca contohnya buku Mars Vs Venus,  memahami personaliti dan banyak lagi buku dipasaran.  Penting bagi anda untuk menambah pengetahuan dan ilmu dalam melayari bahtera perkahwinan.


Ingatlah wahai lelaki, isteri anda adalah lubuk rezeki anda.  Ramai lelaki yang lupa, setelah dia berkahwin.  Sibuklah dia mencari rezeki dan meninggalkan isterinya terkontang kanting.   Lebih teruk lagi, apabila dia sudah menjadi kaya, ada duit, ada harta maka dia lupa kesusahan dia dahulu, siapakah yang berada dibelakangnya.  Ada yang menggunakan hal rezeki seperti outstation, kena cover event, pergi kursus, meeting dsbgnya untuk menutup kecurangan mereka.  Cukup menipu, sanggup juga berahsia semata-mata untuk beraksi curang.





Tidak mahukah  menggunakan rezeki yang Allah bagi itu untuk melakukan curang?

Ada orang dulunya hanya bekerja sebagai pemandu kenderaan berat, sudah kaya raya dan berharta menyakiti hati isteri senyap-senyap pasang lagi satu.  Dulu dia tak kaya, hanya penjual barang-barang kenderaan, tiba-tiba dapat rezeki terpijak, jadi kaya.  Terus lupa daratan, tinggal anak bini cari perempuan cantik.  Dulu dia hanya pekerja biasa, lengkap cukup-cukup untuk keluarga, tiba-tiba dia eksiden dapat claim insuran riban-riban, tiba-tiba sudah pandai belanja pompuan lain yang tak de pertalian darah, belikan baju, belikan itu ini sedangkan tanggungjawab dia kat rumah terabai, sudah pandai marah isteri, sumpah seranah, hanpon sudah pasang password, beli minyak wangi mahal, sudah pakai cantik2, sudah dingin dengan isteri, tersentuh sikit melenting, tersentuh sikit marah macam nak kiamat... padahal isterinya tak tahu apa salah dia.... rupanya sudah jadi sugar daddy,  playboy.. dia lupa masa sakit sape jaga dia, dia lupa masa dia susah siapa keluarkan duit untuk dia, dia lupa masa tak de siapa pun yang suka dia sebab dia miskin, isteri dia yang terima dia... tambahkan rezeki dia.. doakan dia.. jaga dia..


ketika kaya, dia dikerumuni perempuan-perempuan yang hanya mahukan duit dia, yang mahukan keglamoran dia, yang mahukan title, yang mahukan sesuatu darinya.  Tapi bila dia dalam kesusahan maka semuanya akan pergi meninggalkannya sendirian, barulah dia sedar erti karma, erti langit tinggi rendah dan erti kesetiaan.

Dan dikala seorang isteri tidak lagi setia, tidak lagi mahu bersamanya maka rezekinya mula berubah, dan seorang isteri yang setia apabila dia sudah berputus asa maka tiada lagi peluang untuknya.  Biasanya isteri yang setia akan berikan peluang ke dua untuk suami.  Jadi jangan di khianati peluang kedua yang diberikan.  Biasanya isteri setia tidak akan berkompromi untuk sekali lagi..

Wahai lelaki curang, jika anda diberi peluang... anda patut bersyukur... patut berubah.. patut menjadi lebih baik untuk isterimu...

Berikut adalah 50 langkah yang anda boleh buat untuk menjadi suami yang terbaik.  Petua yang saya dapat ini dari satu blog yang saya rujuk.

1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa untuk memasang niat.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.  Anda telah memilihnya dalam akad anda disaksikan oleh ahli keluarga anda dan ahli keluarga isteri anda.  Anda telah pun mengikat taklik maka tunaikanlah tanggungjawab anda.  Anda kena ingat, ramai lagi lelaki diluar sana yang masih membujang atau bujang semula pada usia anda.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.  Kalau di TV ada Hero tentu dalam keluarga anda, andalah Hero itu.  J

4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebihdisayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasamemuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin jugadi rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Berubahlah, jangan sehingga engkau kehilangannya barulah engkau sedar bahawa dialah yang terbaik untuk mu.  Baru kau sedar bahawa apa yang engkau ada pada hari ini semuanya hanyalah sia-sia.

 Barulah engkau insaf yang Allah jadikan isteri untukmu adalah pinjaman, dia akan pergi meninggalkanmu dan tidak akan kembali sebelum sempat engkau memohon maaf kepadanya.





Rujukan:

http://azwandengkil.com/50-petua-untuk-jadi-suami-cemerlang-gemilang-terbilang

http://fadzilahmamat.com/tips-rumahtangga/ciri-ciri-suami-curang/

Sunday, May 11, 2014

Lelaki tersemat jiwa merdeka walau sudah berumahtangga


Sudah beberapa kali aku lihat pesanan ini keluar dari post beberapa orang teman lelaki, terpanggil aku untuk menyatakan apa yang terfikir oleh ku..

Lelaki tersemat di jiwanya masih merdeka walaupun sudah berumahtangga..
Bulan-bulan awal perkahwinan hidup sungguh indah, seperti dalam lagu

"Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu...."

Setelah masuk berapa lama, lelaki mula menyatakan hasrat untuk kembali kepada asalnya… bukan salah untuk pergi memancing, bukan salah untuk berkonvoi motor, bukan salah untuk berprogram bersama kawan-kawan tetapi berpada-pada lah.  Letakkan di bahu kita, tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang suami bukan meninggalkan isteri untuk apa jua yang dia suka.  Meninggalkan isteri bukan untuk hobi, bukan untuk merasa kebanggaan dalam diri sebagai seorang selebriti, ahli koperat atau ahli politik. 

Kadang-kadang lelaki terlalu asyik dengan kehidupannya, kerjayanya, hobinya meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang suami.  Kerjayanya menuntutnya meninggalkan isteri hingga berbulan-bulan, kerjayanya menuntut dia pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain – mengharapkan isteri faham dengan hidupnya.  Hobinya terpaksa dia merantau jauh ke dalam hutan, hobinya terpaksa berlayar di lautan, hobinya terpaksa terbang di angkasa.. berhari-hari atau dua tiga kali… kehidupannya terpaksa bertemu dengan pelanggan, terpaksa melaksanakan program-program di masa minggu, terpaksa keluar pada malam hari tatkala orang sudah berkampung di rumah.

Sekali dua… isteri faham, sekali tiga… isteri curiga, sekali lima.. isteri terasa, berkali kali… isteri makan hati… bukan dia tak mengerti, tetapi hak sepatutnya dia miliki telah dicuri.  Terasa diri tak dihargai.. ada bagai tiada.. tiada erti.. apa semua ini perkahwinan hanya untuk mengaburi mata lelaki.. bila kehendak dicari bila tak hendak, pelbagai alasan diberi.



Kalau dalam seminggu ada 7 hari.. 3 hari untuk diri dia sendiri, 3 hari untuk kawan-kawan, 1 hari untuk isteri.. tentu tidak adil bukan?  Kalau hari bekerja bertemunya pukul 8.30 malam balik rumah, esoknya pukul 8 pagi sudah hantar pergi kerja.. berapa jam sahaja bersama? 12 jam? Cuba tolak masa tidurnya? Balik sudah penat.. masuk tidur pukul 11 malam..pukul berapa yang tinggal? 2 jam 30 minit untuk 5 hari baru 12 jam 30 minit tidak sampai pun satu hari.. tidak kira hari sabtu ahad, ada pula agenda sendiri.  Jadi berapa lama untuk bersama-sama membina keluarga bahagia?

Bagaimana untuk mendidik anak-anak supaya menjadi manusia.  Tak usah jauhlah.. didik isteri pun tak lepas.  Ingat wahai lelaki… tidak mendidik isteri menjadi solehah maka anak-anak juga tidak soleh boleh jadinya.  Ingat wahai lelaki.. isteri tak solat- suami tanggung dosanya.  Isteri tak tutup aurat – suami tanggung dosanya… ingat lelaki.. jika kamu ambil ringat tentang tanggungjawab terhadap keluarga maka beratlah azab kamu di kubur nanti

Jika kau tak tanya di mana isterimu pergi bercanda-canda.. jawablah ..
Jika kau tak tanya di mana isterimu berpoya-poya.. jawablah…
Apatah lagi jika isterimu curang bersama lelaki lain kerana kamu meninggalkannya… jawablah…

Tanya pada dirimu… tahukah engkau mengajar isterimu agama?
Tanya pada dirimu … adakah kau tanya isterimu sudahkah bersolat setiap waktu?
Tanya pada dirimu..  adakah selama ini kau memberi perhatian berkualiti dalam hidup isterimu?

Atau

Setelah apa yang kau miliki hari ini… engkau tahu dia..
Mampu menjaga diri sendiri
Mampu berkongsi ekonomi..
Mampu mendidik anak-anak mu hingga dewasa..
Mampu bergerak sendiri tanpa kamu…
Mampu berdikari tanpa kamu…
Mampu menjana kewangan sendiri tanpa kamu…

Ingatlah… jika kamu fikir bahawa tanpa kamu isterimu boleh berdikari… ya… memang benarlah… dan tidak mustahil.. dia akan hidup tanpa kamu selama-lamanya..

Kerana kamu bukanlah manusia yang bertanggungjawab untuk dijadikan suami..
Kerana kamu bukanlah manusia romantik yang diidamkan oleh setiap isteri..
Kerana kamu semakin hari semakin tua.. tidak mampu memberi perlindungan kepadanya..
Kerana kamu semakin hari semakin tua… hanya membawa beban dihatinya..



Tiada manusia yang akan selamanya bersabar..
Jika pengharapan itu yang dia harapkan berlama-lama tidak kesampaian..

Jawablah dengan tuhanmu..
Jika kamu cukup amalan di dunia.. tetapi meninggalkan tanggungjawab sebagai suami.. adakah kamu akan masuk syurga?!!



Friday, March 15, 2013

Bidadari untuk lelaki. Benarkah?


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56) 


Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)


Oh indahnya mendapat bidadari syurga.  Syurga digambarkan begitu indah.  Bangunan-bangunan dari perak dan emas.  Mengalir sungai susu dan sesuatu yang kita tidak dapat menjangkau dari akal dan fikiran.  Buat lelaki diberinya 72 bidadari yang cantik-cantik, (Hadis Riwayat Tirmizi).  Wah, hebatnya lelaki .. 


Tapi mampukah lelaki mendambarkan bidadari syurga?  Sedangkan bidadari di hadapan matanya tidak mampu di sayangi sepenuh hati.  Bidadari yang tuhan berikan di dunia ini tidak mampu menjadi tanggungjawabnya.  Hanya angan-angan bila mendambarkan bidadari syurga.


Tepuk dada tanya iman dihati.

Telah sempurnakah tanggungjawab lelaki menjadi suami.  Ohh.. sudah cukup.. Dulu masa ambil SPM ada belajar dengan ustazah, tentang tanggungjawab suami dan isteri.  Itu bab yang paling best sekali.. yealah nak kawin kannn?  Kawin.. sape taknak kawin kannn....  tapi lepas kahwin.. lupa la wak... saya sibuk dengan hal-hal lain.  

Apa yer tanggungjawab seorang suami?


1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
Suami perlu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri mengikut kemampuannya.  Suami perlu menyediakan keperluan-keperluan asas kepada iseri, iaitu sperti makanan yang mencukupi, pakaian hatta pakaian dalam dan juga tempat tinggal yang baik kepada isteri.





Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233,

"Dan kewajipan suamai memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik"


Menjadi tanggungjawab suami memberikan wanng yang secukpnya kepada isteri supaya boleh membeli keperluan rumahtangga, pakaian dan pada zaman sekarang telefon juga perlu menjadi tanggungjawab suami untuk membayarnya.


Namun, pada masa sekarang... Isteri kebanyakkannya sudah keluar bekerja.  Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T


Namun apa yang berlaku sekarang, seolah-olah lelaki menghalalkan isteri bekerja menjadi kewajiban dan tanggungjawab untuk isteri untuk berbelanja untuk keluarga.  Sudahlah membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, makan minum pun kena ditaja oleh isteri.  Bila ditanya kemana hilangnya duit suami.. tidak mampu untuk menjawab.. ape lagi - pelaburan kat kereta, kat telefon, tukar gajet komputer, habis kat pejabat belanja kawan-kawan makan, ni orang kat kampung mintak duit nak besarkan dapur, beli benih sawit, ohh... lupa plak, rahsia tau!!  Aku masuk pelaburan  web. (kalau cakap dengan bini grenti kena sound!), nanti jadi kaya boleh dapat bidadari dunia lagi satu... kat dunia kan boleh dapat 4 bidadari... hahaha...



2. Membayar mas kahwin

Mas kahwin itu hak isteri.  Ia adalah nafkah pertama yang berikan oleh suami kepada isteri setelah diijab kabulkan.  Tidak boleh suami meminta kembali mas kahwin tersebut.  

Kalau suami mintak balik tu, suami buruk siku.  Kasi flying kick kat dia jelah... (aku pun bukan baik sangat) ape nak buat dapat suami berlagak.. depan orang kata mas kahwin RM99999 .. tapi nanti lepas kawin tu 9 yang kat depan tu sume dia minta balik.. yang tinggal 9 yang kat belakang sekali.. itu pun entah2 dia nak mintak jugak.  pandailah buat simpati.. kereta bateri dah kong, tayar kereta dah botak, engin kereta kena overhaul.. wang tarak.. lu tarak bagi pinjam.. wa pinjam itu sama ah long .. nanti ah long cari lu.. wa tanak tolong.. wa lari kawin bini baru.. hahahaha....


3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang

Bab ni memang la... paling susah lelaki nak buat... dia layan 1st klass masa bercinta je... bila dah kawin lama.. dah jadi klass ekonomi.. tak pun klass paling corot sekali.  Well, friend is always no 1 - wife is the last priority.. alaa.. itu pun nak berkira ke... last2 balik tidur atas katil yang sama jugak.. ape nak kesah.  Biarlah isteri nak cakap ape.. dengar je la.. pas dia dah penat nanti dia berenti bising.



Kalau nak tengok suami baik depan isteri, bawak dia pergi jumpa kawan-kawan dia.. wahh... jadi suami mitali gitu... what do you want? coffee, tea?  ohh.. jalan baik-baik yang.. pegang tangan abang ni.. nanti jatuh. Hah!!  Mantop.. lakunan best actor!


Padahal kat rumah, uhh.. Bang, ayang tak larat ni.. Kepala berat, badan rasa sakit-sakit, rasa macam nak demam je... suami tanye:  Nak bawak pergi jumpa doktor? huh!! langsung tak de hati nak picitkan kepala ke, ambilkan ubat ke, paling tidak pun, pegang la dahi bidadari dunia awak tu.. panas ke, picitkan belakang badan dia yang lenguh-lenguh tu.. 


Kalau awak sakit, bidadari awak tu jugak la yang layan awak.  Masakkan bubur, tuangkan air - kasi ubat, tuamkan badan awak yang panas tu.  Siap sedia lagi dengan caci maki awak.  "Aduhh!!! Pukimak sakit la... "  "Ahh.. dari sakit macam ni mati lagi baik!!"  Hantuk kepala kat dinding, hentak kaki.. "Abang!! Sabar bang, ni sakit tuhan bagi untuk hapuskan dosa!".. sabarnya bidadari dunia tu.


Tapi ramai lelaki yang tidak hargai isteri... aduihai.. kesian bidadari dunia kann... jangan kata nak dengar suami bergurau... "Yang, yang... kalau abang pakai kostium ni rupa abang macammana?" sambil ambil kostum badman ..isteri jawab "hahahaha... comeiiii...." terhibur hati isteri sekejap... ini tak de.. gurau pun menyakitkan hati... "Yang, yang.. kalau abang kawin lagi satu macammana?"... isteri jawab "abang jangan nak mengada-ngada yang ada ni pun abang tak mampu nak layan, ni kan pulak nak bini lagi satu" pastu suami jawab "hahahaha.... abang gurau je laa... " dia gurau untuk gembirakan hati dia sendiri.... hati isteri "%$#@@$%^^^^" 


4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri

Ermm... bab ni lagi satu... 
Kadang-kadang aku pun tertanye jugak... suami ni dah cukup ilmu ke nak mentarbiah isteri?  Entah-entah dia pun terkapai-kapai.  Ada suami masa nak nikah, jurunikah suruh istigfar pun salah.  Baca syahadah pun tak betul.. Aduiyaiii... macammana nak tunjuk ajar isteri bab agama?

Entah-entah isteri lagi terror dari dia.  Bab baca Al-Quran tu merangkak-rangkak.. suruh nyanyi karaoke perhhhh... tak jemput pun microfon jadi rebutan.  Jadi imam alahai.. sebutan surah al-fatihah pun tak lepas.  Hah!!  Yang dah pernah jadi imam pada isteri tu... ingat korang punye fatihah tu dah betul ke?  Pergi semak.. tolong pergi semak kat ustaz... ada yang salah tu...  isteri dah tegur pun, masih salah lagi.. nak tegur banyak kali kang kena tempeleng... lelaki kan egoo... pantang kena tegur isteri.. 


Kalau tak pandai tu tolonglah belajar.. jangan jadi bodo sombong.  Tolong hadirkan diri kat masjid dan surau-surau.  Dengar ceramah agama.. bukan kat surau je.. dalam kereta pun bole.. Kalau dah dengar tu, amalkan.. bukan dengar je.. ada ilmu tapi tak amal tak de makna la jugak!


Tarbiah isteri tak sama dengan tarbiah orang luar.. last-last tidur atas katil yang sama.. kalau hati isteri sakit sebab kena perli-perli macammana nak terkesan.  Kalau nak ajar isteri pun, jangan la jerit-jerit kat isteri, tak payah la nak gertak-gertak isteri dan tak payah la nak sergah-sergah isteri.  tegur secara baik.. lama-lama isteri faham dan dia tak buat apa yang suami dia tak suka.. tak payah nak marah macam big boss.  Apa lagi kalau tangan tu asyik naik kat badan isteri.. memang la isteri lagi degil sebab nya nak lentur isteri tak boleh guna kekerasan.. memang la tak makan saman..



قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
You All know ya lelaki... satu tips saya nak bagi la... bila je dah kawin yea.. awak layan la isteri dengan penuh kasih sayang tanpa kurang.. kata lemah lembut tetapi dalam masa yang sama ada ketegasan... biarpun isteri lambat terima apa yang you all cakap.. lama-lama dia ikut jugak.. tapi kalau you all laa.. kata tengking-tengking la.. sergah-sergah.. jangan harap la apa yang you all nak, isteri tunaikan..  lama-lama kan.. isteri you all lali dah bab kena tengking ni.. dia buat derkkk.. jer.. lagi dia tengking you all balik ada... jangan salahkan isteri yea.. sebab you all yang ajar macamana nak tengking pasangan.. you all yang ajar tauu...


5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
Bab ni.. sama la dengan bab diatas tadi... tingkah laku ermm... tingkah laku biasanya... isteri sakit hati bila suami buat derkk je kalau dia membebel.. macam kata-katanya tak de makna dalam hidup suami.  Membebel para isteri sebenarnya dia nak suami dengar dan bertindak.  Bertindak sama ada berhenti melakukan atau melaksanakan pencegahan.  Satu perkara yang suami kena tahu.. 6 sense isteri sangat kuat.  Dari jauh dia dah boleh agak apa yang berlaku.  Benda tu belum berlaku lagi tapi dia dah boleh agak perkara tu mungkin akan terjadi. selalunya isteri akan berkata  "Kan sayang dah pesan, abang jangan buat begini.. begini.. kan dah jadi dah!!" sebab isteri ada naluri keibuan.. naluri keibuan dapat detect apa yang salah jika anak begini begini... so dia akan melaksanakan pencegahan sebab itu anak membesar dengan baik.


Suami tak perlu tengking isteri, apa lagi menggunakan anggota badan (pukul) jika isteri tersalah langkah.  Apa lagi jika isteri yang masih terkontang kanting belum ada zuriat.  Hidupnya sebenarnya sangat-sangat kesunyian. Walaupun di bibirnya terukir senyuman, siapa tahu di dalam hatinya seperti barah dan bernanah.  Apa lagi jika hidupnya terkontang kanting, suami asyik2 pulang lewat sibuk dengan kawan-kawan dan urusan kerja.  Bila balik rumah, kerjanya asyik tidur sahaja... tak pun asyik melekat dengan ipad, tab, blackberry, samsung, facebook, twitter, email, blog dsbg..  Ya Allah.. sunyi tuhan je la yang tahu... jangan kata tak de anak.. yang ada anak pun mahu mengamuk rasanya .. ada tanda-tanda.. satu hari nanti gajet suami tu macam terbayang-bayang bakal berkecai kat lantai...


Ada suami yang melebihkan kawan-kawan dari isteri.. kalau kawan-kawan calling.. pehh.. cepat je jawab.. halloo.. roger.. roger.. ape kedai mamak.. okey roger... Kalau isteri telefon.. hoh.. dekat 10 kali pun tak angkat-angkat.. dari pagi sampai petang tepon tak angkat... meeting katanya.. dah la tak angkat.. sms pun tak nak.. bagitau la ada meeting.. tak de la bidadari dunia awak ni macam nak mati dah tak keruan kat umah...


Kalau kawan-kawan ajak - yoo... kita pergi sini yea.. huh laju je.. okeyyy.. roger.. tapi bila isteri ajak.. abang, barang dah abis ni.. bila nak shopping.. minggu depan pun belum tentu.. alaa.. beli je kat kedai runcit..  ape lagi abang.. jom tengok wayang.. dah lama tak dating sama-sama... kata suami.. okey... ermm... tunggu satu bulan ke satu bulan sampai dah bertukar cerita wayang tu tak pergi2... pendam je la hati yea wahai bidadari dunia tengok perangai suami macam ni.


6. Memenuhi nafkah zahir dan batin

Nafkah zahir.. ermm... duit la ape lagi.. biarpun isteri dah bekerja, kena bagi isteri duit jugak.. tak banyak pun sikit.. itu tanggungjawab dan itu adalah amanah Allah.  Suami yang cuai dengan tanggungjawab ini, lama-lama hatinya akan keras.  Mula-mula dia tak mampu nak bagi nafkah, lepas tu dia tak mampu pulak nak bayar bil-bil.. lepas tu dia tak mampu pulak nak bagi makan anak bini... sebab hasil dia bekerja sehari-hari tak berkat.  Kedekut dengan isteri dan anak sendiri maka ALLAH tarik berkat darinya.  Memberi nafkah kepada keluarga umpama memberi sedekah.  Bila kita bersedekah, maka keluar darinya berganda-ganda lagi rezeki.

Dari segi nafkah batin tu rasanya semua dah sedia maklum.. kalau boleh, bukan bila suami berkeinginan sahaja isteri kena tunaikan.. bila isteri berkeinginan juga perlu suami tunaikan... jangan sampai isteri cari luar.. dayus.  Nafkah batin bukan tertakluk kepada hubungan kelamin semata-mata.  Batin juga melibatkan hati dan perasaan isteri.




Ramai suami yang tidak menjaga batin isteri kerana keegoan suami.  Batin isteri yang paling penting adalah kasih sayang dan kesetiaan.  Kadang-kadang isteri minta sesuatu, suami tidak tunaikan (padahal dia mampu) juga menyiksa batin isteri.  Kerana isteri dikurniakan dengan emosi.  Kadang-kadang bila suami tengok isteri marah, dia tak pujuk pun... apa lagi kalau isteri merajuk.. suami boleh buat derkkk je.. lagi la .. dia boleh lepak depan tv sampai tido kat situ... ya Rabb... sakitnya hati isteri.


Lagi la.. kalau isteri tu request dari tahun ke tahun, suami tak tunai-tunaikan.. apa lagi nak tengok ada la usaha dari dia .. nak tunaikan.. contoh la.. dia nak suami dia beli aircon, bukan suami dia tak mampu pun, mampu.. tapi malasnya tahap maksima... kalau pakai duit suami tu tau la tahap kedekut suami nak mengelat.. tapi ni isteri yang nak bayar ni.. nak soh pergi kedai aircon pun tak terpegi-pegi.. kan sakit hati isteri.  Last-last isteri pergi sendiri.. ahh.. jenama cap ayam pun cap ayam laa... tapi bila dah balik bawak aircon cap ayam.. pandai plak suami bising.. apesal beli aircon cap ayam... tu laa bangg... saya dah ajak abang pergi kedai aircon abang asyik tangguh je.. maner la saya tahannn...  panas ni bang.. panas...



7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri


Haa... sambong je la cerita di atas.. memberi pelindungan.. huh..  nak lindung macammana.. suami pun tak pernah pergi gym, angkat barang pun kena berdua dengan isteri.. aduii sakit pinggang..  ala.. gaut.. aduimak.. darah tinggi.. kencing manis... macammana nak lindung isteri?



من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Rumah pun duduk menumpang rumah parent.. dah jadik tabiat.. dari kecik kena suap dengan mak bapak sampai dah kawin pun mengharap ehsan parent.  Kalau tak mampu tu lain la cerita.. hidup kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. ni telefon canggih, kerja gaji 2k, kereta ada, moto ada.. tapi hidup menumpang.. aduiyaii..


Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai denga kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.  (al-Talaq:6)


Kalau isteri tak kesah tak pe la.. tapi kalau isteri rasa tak selesa.. sepatutnya suami kenalah cari alternatif.  Jangan berkira sangat dengan wang.  Kalau kita tak mula untuk sesuatu, kita tak akan dapat apa pun.  Kena start kena dengan langkah pertama.. baru boleh pergi jauh.  Dulu masa sebelum kawin.. gunung sanggup ku daki, lautan sanggup ku renangi.. tapi bila hal ini pun.. tak sanggup .. alahai.. ini amanah beb... 





Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu  adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami
Berlaku adil kepada semua isteri... ermm... kalau dengan sorang isteri pun tak mampu berlaku adil .. jangan la cerita nak ada isteri-isteri.  Macammana dikatakan adil kepada seorang isteri?  
Just semak la .. berapa lama masa para suami ni dengan kawan-kawan, dengan diri sendiri, dengan anak-naka dan dengan isteri.  Kalau ada dengan isteri pun, berapa kali anda berbual dengan isteri tanya tentang kehidupannya, tentang sakitnya dan tentang kisah anak-anaknya... 

Adakah anda pernah membantu isteri anda di dapur?  Adakah anda pernah bantu isteri anda membasuh pakaian?  Adakah anda pernah bersamanya berdating (istilah dating dengan shopping tu berbeza tau!).  Berapa kali dalam setahun anda bercuti dengan family?  Berapa kali dalam setahun anda bercuti berduaan dengan isteri?


Dari sebelah keluarga suami dan keluarga isteri.. siapakah yang anda kerap bertemu?  Jika seimbang.. Alhamdulillah.. jika berat sebelah... Masya ALLAH... adilkah anda?


tepuk dada tanya iman.


Kesimpulan:


So... untuk dapat bidadari syurga... mesti melepasi bidadari dunia dulu... jangan takut.. bidadari dunia tak kejam sebenarnya.  Jika anda menyayanginya dia akan menjadi bidadari syurga anda lebih baik dan lebih cantik dari bidadari syurga... kerana dia mampu hidup dengan anda ketika anda susah, ketika anda sakit, ketika anda sedih dan ketika anda papa kedana.. yang sedia maklum bidadari syurga tidak mampu berada di samping anda di dunia ini ketika itu.  Bidadari dunia anda ini akan menjadi insan paling cantik yang pernah anda ada. Dialah sebenarnya permaisuri bidadari anda..  




Nabi s.a.w bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Baginda menjawab, Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


dengan syarat.. 


Anda tidak mengabaikan tanggungjawab anda.. selalu memaafkannya jika dia ada terbuat kesalahan, perbetulkan kesilapannya dengan lemah lembut dan menyayangi.. menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang suami.



Sabda Nabi s.a.w:
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Semak-semak diri anda... layakkah anda mendapat bidadari?









Rujukan:


http://perkahwinan-islam.blogspot.com/2009/11/9-tanggungjawab-suami-dan-isteri.html

http://amekaw.com/2012/06/lelaki-dayus-menurut-islam-menarik/
http://lynndbeauty.blogspot.com/2012/02/tanggungjawab-seorang-suami.html
http://panduanislam.com/blog/2011/04/suami-inilah-tanggungjawabmu/
http://www.islam.gov.my/e-hadith/hak-tanggungjawab-dan-peranan-suami
http://aku-macjay.blogspot.com/2012/06/sebuah-kisah-cinta-dari-syurga.html
http://sufiyyimraah.blogspot.com/2011/01/bidadari-untuk-lelaki-namun-buat.html
http://www.mieneaststar.com/2012/09/wanita-jangan-cemburu-dengan-bidadari.html
http://w1.bharian.com.my/articles/SoalanAgama_Lelakisyurgapasanganwanitasoleh/Article/