Hari Jumaat 13 Julai 2012, aku niat berpuasa. Bangun sahur seawal 5 pagi.. Ditemani sahutan anjing liar entah dari mana mengerunkan. Namun disebabkan nak habiskan puasa ganti, aku gagahkan juga. Lepas bersahur dan berkumandang azan, aku mengejutkan suami untuk bersolat. Dan suami bersiap-siap untuk ketempat kerja. Selepas menghantar suami di halaman, aku masuk semula ke dalam bilik dan sambung tidur. Bangun sahaja dari tidur, aku merasa sangat sakit kepala dan badan aku terasa sangat panas. Aku pada mulanya mahu sahaja membatalkan puasaku.. tetapi aku cuba positifkan minda masa tinggal lagi beberapa jam kenapa aku mahu berbuka puasa. aku pun, tahan punya tahan rasa macam nak mati... Alhamdulillah, aku tak tinggal solat dan cuba tuam diri aku dengan air. Bila tiba waktu berbuka, alhamdulillah... seronok betul.. dan makan ubat.
Ingat tamat kat situ sahaja. Esoknya demam berlanjutan. Pening-pening. Sebenarnya hari pertama aku demam aku terima dua tawaran. Pertama, aku dapat panggilan temuduga di KRU Academy. Kedua, aku dapat panggilan dari IKBN Kuala Langat meminta aku hadirkan diri untuk jawatan khidmat singkat. Aku ingat sampai hari ahad tu, aku boleh baik. Tapi tidak. Aku semakin tak menentu. Aku hilang selera makan. Lauk yang paling aku suka iaitu telur goreng setengah masak, aku tak boleh jamah pun. Apa yang berkaitan dengan telur aku tak boleh makan. Roti pizza hubby aku beli ( dia tahu, aku suka roti dari king confectionery) pun aku tak jamah, aku makan lima suap sahaja dari 5 keping yang hubby aku beli. Aku tak boleh makan, aku rasa roti tu sangat keras dan tak boleh di telan. Kalau telan pun rasa nak muntah balik.
Hari sabtu tu, aku mengikut hubby ku ke K.Lumpur, sebab tak de sape nak tengok aku nanti. Hubby aku akan berkursus sabtu ahad. So petang sabtu tu hubbyku menghantarku klinik Idham untuk dapat kan rawatan. Herannya, sampai sahaja aku di klinik tersebut, demamku tiba-tiba kebah diganti dengan keadaan aku rasa sangat-sangat sejuk sehingga menggigil. Doktor pula chek aku tak demam langsung pada suhu 36.8'. Aku cuak betul... betul ke aku sakit atau ni sakit lain. Tapi aku teruskan sahaja makan ubat yang doktor beri. Nasib baik doktor tu bagi ubat antiboitik EES 400mg dan Ubat demam. Habis hujung minggu, aku kembali ke rumah abah di teluk.
Cukup hari isnin, aku telefon IKBN beritahu bahawa aku menangguhkan kemasukkanku kerana masih tidak sihat. Aku menangguhkannya sehingga hari Rabu. Nasib baik timbalan pengarah tersebut memahami. Aku asyik tidur dan makan yang boleh masuk dalam perut. Badan sakit-sakit, terutamanya kulitku rasa seperti melecur dan sakit apabila bergesel dengan sebarang objek termasuk baju yang aku pakai dan kulit aku sendiri yang bergesel dengannya. Tak semua makanan aku boleh makan. Aku meminta hubby aku belikan pisang dan buah pear pun aku tak boleh jamah.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni mengada-ngada sebab tak boleh makan tu ni.. lastly, sampai hari rabu, aku masih belum cukup kuat lagi nak kerja. Walaupun demam sudah hampir kebah. Tapi aku rasa pening-pening bila berjalan. Aku berbincang dengan suamiku, mungkin aku perlu pergi berurut. Dan suamiku bersetuju. Dia menyuruhku balik sendiri naik bas (apa punye discussion daa.. ada aku sakit-sakit disuruh naik bas). Nasib baik, adik ipar aku hendak hantar aku ke komuter. Telefon Cik Zai (Makcik yang nak urut aku tu)... dan malam tu aku berurut di Kuala Lumpur.
Selepas sahaja aku berurut. Badan aku tiba-tiba baik ruam. Merah-merah dan bintik-bintik. Bermula dengan jemari kanan ku. Terasa sakit dan berdenyut-denyut. Kemudian naik hingga ke lengan dan seluruh badan. Aku telefon suamiku, aku kata kepadanya aku kena campak. Ruam-ruam merah dan dan gatal macam campak sahaja cuma dia tak de mata.. merahnya pula sekata. Mungkin campak versi 2012, alaf baru.
Aku menangis-nangis meminta hubby ku hantar sebab dia sibuk nak pergi kerja. Katanya ada event kat seri kembangan, sampai aku cakap.. maner lebih penting, event tu atau aku? Pagi tu hujan tak teduh-teduh sampai pukul 10 pagi.. Lepas tu, last-last hubby aku hantar juga ke Klinik Kesihatan Daerah Gombak. Sampai kat Doktor dia tengok aku punye kulit dia kata, ini bukan campak ni, ni macam denggi.
alamak!! Denggi ke? aku maner la pernah kena denggi.. aku cuba yakinkan kat doktor, saya kena campak kot.. sebab tangan saya penuh bintik-bintik pastu gatal. Gatal dia sampai tahap aku dah tak rasa kulit tangan lagi dah.. siap bengkak dah tapak tangan aku. Bukan tangan je bengkak, badan sume dah bengkak, kaki pun bengkak. Pastu doktor tu bagi kertas kat aku suruh aku pergi kaunter 4, pergi chek darah. Alamak!! Chek darah la plak.. dah la aku tak suka chek darah!! Nasib baik la nurse dia o.k .. sampai result kat doktor kata, ermm... denggi ni.. dia soh aku datang lagi buat chek darah esok!!
alamak, kena chek darah lagi!! Tak mau!! Tapi nak wat camner.. kena gak chek darah! Doktor suh aku minum air kosong banyak, makan sup ketam. Hubby aku ronda satu keramat cari air kelapa... Balik tu, aku minum air kelapa terus. Pastu, minum air banyak2.. minum air 100pluss plak... alamak.. aku tak nak admit kat hospital.. aku tak pernah masuk spital! Setiap minit aku akan bersulam air.. kencing-kencing tu toksah cite lah.. yang penting, badan aku cepat sembuh. Aku pun membaca Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 1 - 25 dan 2 ayat terakhir surah al-baqarah. Tangan aku mula-mula bengkak habis tapi menjelang malam dia dah surut skit.. buat hati aku rasa gembira walaupun, tak tahu apakah keputusannya esok.
Esoknya, aku pergi ke Klinik lagi, dan buat pemeriksaan darah lagi. Doktor terperanjat, dia kata platlet aku tak turun. Dia memang suspek aku denggi tapi dia kata baguslah kalau macam tu, dia suruh aku teruskan minum air kosong dan minum sup ketam. Balik tu, aku singgah giant beli lauk untuk buat sup ketam, dan masak sup ketam sendiri. Lepas masak sup ketam, tangan kanan aku bertambah surut. Begitu juga dengan kaki. Cuma kulit sangat sensetif. Bila aku tergaruk je gatal, terasa sakit sangat kulit. Aku ingat kuku aku yang tajam.. tapi bila suruh hubby chek, dia kata kulit aku yang sensetif sangat.
Bab keje tu, aku hantar sms kat IKBN dan aku diberi ruang untuk sihat dahulu. Alhamdulilah..
Harini hari pertama berpuasa di bulan ramadan. Aku tetap berpuasa. Walaupun, ada kegelisahan pada diri aku takut virus denggi tu mengganas, cuma tangan ku sahaja bengkak balik skit.. dan badan gatal2.. lepas berbuka nanti aku akan minum air dengan banyaknya untuk cover balik air yang hilang.
Harap-harap, sakitku cepat sembuh. Amin.
No comments:
Post a Comment