Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, August 25, 2021

Review "The Reason I'm Getting Married"

The Reason I'm Getting Married, 2014

Tengok kat youtube.. nampak tajuk simple.. terus tengok..sebab dia bukan bersiri.. ia movie.. duration 1jam 7 minit gitu..

Awal penceritaan buat kita tertanya2 sape yang nak kawen sebenarnya.. sape watak utama.. lepas tu baru masuk objektif cerita.. 

"Kita keluar dgn orang yang kita cintai tetapi perkahwinan bukanlah hanya sebab cinta.  Bila cinta berputik menerusi perhubungan dan kekal dalam sistem tersebut ia disebut perkahwinan..  kehidupan terlalu panjang untuk hidup berdasarkan cinta.  Hidup sentiasa bergelora.."

Cerita ni mengisahkan pasangan yang telah couple selama 6 tahun dan sedang dalam perancangan utk mengadakan majlis resepsi.

Kim Jiwon menghadapi konflik apabila tiba2 dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang pernah membuat pengakuan menyukai dia 6 tahun lalu.  Dia menolak Lee Jungi kerana pada pendapatnya Lee Jungi masih muda dan pada masa yang sama telah berpasangan bersama Han Seunguk.  6 tahun bersama Han Seunguk buat dia rasa cinta itu sudah mendatar..dan bertanya2 kenapa Han Seunguk tetap ingin berkahwin dengan dia.  Dia berulangkali bertanya dengan Han Seunguk tapi Han Seunguk sentiasa memberi jawapan yang tidak jelas.

Setelah lama tidak berjumpa, Lee Jungi setelah pertama kalinya terserempak dgn Jiwon ketika dia mengenakan pakaian pengantin di butik Illuso. Dia semakin kerap berjumpa dengan Kim Jiwon dan menyatakan hasrat utk meraih cinta Jiwon semula. 

Pada awalnya dia tidak tahu Jungi adalah CEO butik Iluso.  Dia tiba2 memenangi pakej VVIP di situ. Dia memberitahu Seunguk tetapi jawapan Seunguk cukup mengecewakan Jiwon.  Dia menolak pemintaan Jiwon utk mengadakan resepsi di butik Illuso.  Sebenarnya Seunguk sedar butik Iluso milik Lee Jungi dan ternampak Lee Jungi sedang meraih cinta Jiwon.  Dia juga merasa kecewa.

Jiwon sedar Lee Jungi memiliki ciri2 lelaki idamannya hensem, cool, kaya dan dia menjadi tidak keruan apabila Seunguk masih tidak berterus terang kenapa dia ingin mengahwini Jiwon, adakah lagi rasa cinta?

Kerana jawapan Seunguk, Jiwon bergaduh dan dia menjadi keliru sama ada mahu meneruskan perkahwinan dgn Seunguk dan berpindah kepada Lee Jungi kerana Lee Jungi menyakinkan Jiwon yang dia cintakan Jiwon.  Jadi Jiwon berjumpa dengan 2 orang kawannya untuk meminta nasihat.  Namun ia tidak mengubah apa2.. seorang sahabatnya memilih seunguk dan seorang lagi memilih Jungi.

Akhirnya Jiwon pulang dengan hampa.  Rupannya ia terlupa hari tersebut adalah hari peringatan bapanya.  Dia dapat tahu bahawa Seunguk hadir memperingati hari tersebut dan selama ini dia membayar sewa rumahnya selepas ayahnya meninggal.

Malam tersebut dia telah mendapat petunjuk di dalam mimpi.  Jiwon bertemu ayahnya dan dia nampak Seunguk meminta izin ayahnya utk mengahwini Jiwon.  Ayah Jiwon merestui Seunguk dengan syarat Seunguk mestilah berada di sisi Jiwon sehingga ke hari tua.  Part ni memang menangis Ooo...  Ayahnya berkata Jangan mati dulu sebelum Jiwon.  Berada di sisi Jiwon selamanya itulah cinta.  Ayah Jiwon juga menyarankan Seunguk untuk berhenti merokok agar tidak sakit sepertinya.  Dalam mimpi itu juga dia melihat Seunguk mendekati adiknya ketika hari pengkebumian ayahnya.  Dia menenangkan adiknya.. dan memintanya memanggil Seunguk sebagai abang ipar selamanya.

Akhirnya Jiwon pergi ke penginapan Seunguk untuk meminta maaf kerana meragui Seunguk.  Dia berjanji tidak akan bertanya lagi soalan adakah Seunguk mencintainya? (Kerana dia telah tahu jawapannya)

Ending dia best...

Wala.. wala..
Happy ending..

5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Sebab dia bukan sekadar cerita tapi yang tersirat dia sangat memberi kesan.  

Bercinta 6 tahun sudah tentu kehidupan menjadi lebih cool sehingga kehangatan bercinta itu hilang.  Jadi hidup kena lebih realistik.  Lihatlah kepada pengorbanan dan keikhlasan pasangan itulah cinta.  Cinta mungkin bukan diungkap melalui kata2 tetapi juga perbuatan dan tindakkan pasangan.




Tuesday, August 10, 2021

Review "Use For My Talent"

Tajuk:  Use To My Talent  (2021)

Baru habis tonton Use to My Talent.  Cerita dari china... 24 episod pendek..  Durasi 45 minit.. jalan cerita ala2 korea.  Simple tak banyak konflik.    Mengisahkan seorang lelaki yg memiliki OCD extreme terhadap kebersihan, bertemu dgn seorang gadis biasa.  Pelan2 OCD-nya berkurangan.  Ada 3 penceritaan yang digaul dengan cantik. Melibatkan 3 pasangan Gu Renqi + Shi Shuang Jiao, Li Dong Xian (Renqi assistant) dgn  Wang Qian Qian, Shi Jun Jie (Adik Shi Shuang Jiao) dgn Zhu Yan.  Cuma diakhir eposide ada part yang klise.. (Konflik bodoh:  Bila Shi Shuangjiao mendapat tahu, ibunya mati kerana datuk Mr Gu Ren Qi.. tapi perkara tu tak jelas dan mereka break up pastu sedih2.. poyo!). 

Diakhir cerita, Renqi dapat mengatasi OCD apabila dapat menangani punca dia menjadi obses kepada kebersihan. Happy ending.. Mr Gu Renqi melamar Shi Shuang Jiao buat kali ke dua bila berada dalam belon panas.

Pengarapan cerita jelas.. bila baca komen rupanya dia mmg adaptasi cerita korea "Clean with passion for Now".  Padanlah best.  Mungkin boleh review sikit nanti.

Genre romantic... kalau suka yang fantasi romantik2.. cium2.. dgn suasana indah2.. tu boleh la..  sebab ada 3 pasàngan dengan jalan cerita yang berbeza.. best.

4 bintang sebab cerita adaptasi.. kuii..kuii..