Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Thursday, April 26, 2012

Pemakaian Tudung sebenar?

Baru-baru ini, aku rasa terpanggil untuk menulis artikel mengenai perkara ini.  Biarpun telah banyak paparan kecil mengenai cara pemakaian menurut islam tetapi seolah-olah air yang berlalu.  Kadang-kadang aku juga terasa diri sendiri masih lagi perlu diperbetulkan sebelum aku menulis blog ini tetapi tak salahkan kalau aku memulakannya dengan menulis blog.

Panduan telah diberi, tapi ramai yang alpa dengan fesyen

Sejak aku mula berfacebook, pelbagai unsur dakwah di 'share' secara ramai.  Dan pelbagai aksi manusia khususnya orang perempuan juga dikongsikan.  Bagaimanapun, aku terpanggil apabila sahabat-sahabatku mula 'publish' gambar-gambar yang mereka ambil dari fotoshot.  Terasa ingin mengutarakan bahawa tudung sudah mula semakin pendek, begitu juga dengan kain.

Aku rasa dia tak paham maksud menutup aurat.


Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.

dan

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 




Yang paling lelaki suka tengok




Antara gambar yang dikongsikan adalah gambar pemakaian islam secara betul.  Begitu juga cara pemakaian tudung dengan betul.  Oleh kerana rakyat Malaysia terutama sekali gadis-gadis Melayu beragama Islam terdedah dengan perubahan fesyen bertudung, kelihatan tudung bukan lagi satu kewajiban tetapi menjadi aksesori kepada sesetengah perempuan.

Kalau tak silap aku hampir menyamai pakaian zaman arab jahiliah

Aku tidaklah risau dengan gadis-gadis yang sukakan fesyen bertudung, kerana aku juga tergolong dengan golongan orang yang suka kepada perubahan fesyen tetapi yang aku risaunya adalah kependekan fesyen tudung yang tidak lagi sesuai dengan kehendak Islam.
Pakaian solat tak perlu menyerlah camni.  Ini pakai hari-hari pun cantik.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 



Aduh.. tutuplah buah dada tu

Bagi aku, orang yang patut bertanggungjawab terhadap kehendak Islam ini adalah pakcik-makcik yang jual tudung fesyen.  Aku berharap mereka bukan sahaja menjual tudung fesyen tetapi juga memastikan gadis-gadis Melayu Islam ini memakai tudung dengan betul.

Selain itu, jurufoto juga memainkan peranan penting supaya mengambil gambar-gambar gadis genit cantik molek ini memakai tudung dengan betul.  Tak apa kan kalau nak berposing di camera tetapi tutuplah aurat cik adik manis.

Tudung tutup ke dada, baju tak nampak isinya

Bercakap tentang aurat.. aku melihat pula menjadi trend tudung dipakai dengan seluar lengging atau pun berbaju ketat.  Ini juga sudah menyalahi etika pemakaian Islam.

Inilah stail legging 

Lu piker la sendiri

Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.


Aku menyeru pihak kerajaan supaya peka dengan elemen-elemen ini, biarpun ia nampak mudah tetapi jika tiada kempen selamatkan gadis-gadis islam dari terjebak dengan 'gejala fesyen' sangatlah merbahaya.  Masyarakat terutamanya ibubapa memainkan peranan super penting dalam memahami anak-anak tentang cara pemakaian.  Ingatlah bahawa wanita melahirkan pemimpin negara.  Jika wanita tidak dididik dengan sempurna bagaimana  ia ingin melahirkan warisan pemimpin yang sempurna.  Maka dengan itu negara menjadi celaka.

Para pereka fesyen patut memahami Islam sebenar

Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 



Fikirlah kalau lelaki tengok bontot adik anda yang berlurah tu

Saturday, March 3, 2012

How do I get a share of friends who play Cityville fb using Timeline? How to create the list of friends ?



 You got a problem using timeline Facebook to collect the share from your friend game application?  Try this one!!
Anda menghadapi masalah menggunakan Facebook timeline.  Memang tak best Facebook timeline ni.  Bagaimanapun, saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh dapatkan reward yang telah dikongsi oleh teman-teman game anda.  Ikuti step berikut!!

STEP

A.  Create the friend list

1.  Click your name profile.
      Klik nama profil anda.






2.  Click your friend list.  Your friend list will be appear.
     Klik pada senarai kawan.  Senarai kawan anda akan terpapar.


3.  Put your cursor to the name cityville/Farmville neighbor. 
     Letakkan kursor anda pada kawan anda yang bermain cityville atau farmville.
    

      OR  / ATAU
     Click on your friend profile. Click on Friends button.
     Klik pada profil kawan anda.  Kemudian Klik butang Friends di sebelah kanan.



4.  Click on Friend buttons.  List are appear.
      Klik butang friends.  Satu senarai akan terpapar.
       a.  If you have a list just click - show all list . Then search a +New List at last list. 
            Jika anda telah mempunyai banyak senarai.  Klik Show all list.  Kemudian cari 
            +New List di barisan akhir senarai tersebut.

     b.  If you don’t have any list – Click at +New list (at the last list)
           Jika anda tiada lagi senarai list.  Klik +New list  (Terletak diakhir senarai)

5.  Type Cityville.  Press Enter.  Success create a list.
     Taip cityville.  Tekan Enter.  Satu senarai cityville telah berjaya dicipta.


6.  Then click at your friend  buttons again.  The list you create will appear.
      Kemudian, klik butang friends sekali lagi.  Anda akan lihat CITYVILLE telah ada dalam senarai tersebut.

7.  Click on the cityville/farmville buttons as shown below.
     Klik Cityville seperti dalam rajah dibawah.


8.  Please repeat do  step 1 -7 on all your recommended cityville friends.
     Ulang langkah 1 -7 bagi semua kawan cityville anda.


B.  To show your the list
       Untuk Memaparkan Senarai tersebut

1.  Click Home.  Your will see the list in your left side as in the picture.
      Klik Home yang berada di sebelah kanan fb anda.    Anda akan lihat senarai pada sebelah kiri seperti dalam rajah dibawah.

2.  Click the Cityville list.
      Klik senarai Cityville.


3.  All friend you are listed will appear in your right side.
     Semua teman yang telah anda senaraikan bagi cityville akan terpapar pada sebelah kanan.

4.  Collect your reward/get coin from your listed friends as you wish.
     Anda bolehlah mengumpul/membantu teman anda.


I hope it wil usefull to all application games.  Pray to my success-  Siti Hajar.  Thanks to abadi!!
Semoga  coretan saya berguna untuk pengemar game.  Doakan kejayaan saya -  Siti Hajar.  Terima kasih Abadi.

Wednesday, February 29, 2012

Awak tahu kenapa saya pendiam?

Saya ni terukkan wak... ape pun saya tak boleh buat.. tentu ramai yang mengata saya.  Saya ni teruk.. saya tak pandai bercakap.. saya hanya pandai buat keje saja.  Bila saya bercakap kadang-kadang maksud saya tak sampai pada orang yang saya nak sampaikan tu.  Ayat-ayat saya tak sesuai dengan apa yang ada dalam hati saya.  Saya tak tahulah.. kenapa?!!

Awak selalu marah saya, suruh saya belajar berkomunikasi.  Adakah saya tak pandai berkomunikasi?  Saya kan pendiam.  Orang cakap saya sombong, tapi saya tak sombong... Orang cakap saya ego.. mungkin saya ada ego.. semua orang ada ego.. sebab saya pendiam nampaknya ego saya menjadi highlight kepada semua orang.

Awak,
Saya tak pandai bercakap untuk luahkan rasa hati saya.. saya tak pandai nak marah orang.. kalau saya marah orang.. saya akan diam.  Kalau saya sangat marah.. saya akan menangis.  Kalau saya membebel .. itulah saya.. entah apa yang saya bebel.. entah betul bebelan saya itu sama dengan dalam hati saya.

Awak tanya saya dan awak suka tanya saya sesuatu yang detail.  Macammana saya nak jelaskan pada awak?  Saya tak pandai nak jelaskan.. bolehkan saya jelaskan menerusi lukisan-lukisan saya?  Agaknya saya orang yang abstrak.. tak pandai nak jelaskan.. awak pula seorang yang fakta.. awak perlukan sebab untuk semua benda.  Tapi saya tak ada sebab.  Apa sebab saya kawan dengan awak?  Perlukah bagi saya senaraikan sebabnya?  Bagi saya itu tak perlu, tapi bagi awak itu sangat perlu..

Awak,
Macammana saya nak buat awak faham, apa yang saya fikirkan.. Oh tuhan.  Berikan saya lidah untuk pandai berkata-kata.  Saya tahu awak baik... awak memang baik.. saya bukan nak salahkan awak.. tapi saya nak awak faham.. tapi awak selalu ingat saya salahkan awak...  kadang-kadang ia buat saya rasa teruk.  Saya ini teruk... teruk sangat.... sebab kata-kata saya buat awak jadi salah... walaupun, kesilapan itu datang dari saya, dan ada juga datang dari awak... saya rasa saya sahaja yang bersalah.

Kerana itu saya lebih rela diam, bila saya diam, orang tak salah faham apa yang saya cakap.  Biarlah saya makan hati sendiri.  Kalau saya nak luahkan perasaan saya.. saya melukis... saya duduk diam-diam tengok orang .. hati saya terhibur.  tapi.. awak,

Awak..
saya tak tahan bila awak marah.. saya minta maaf ye wak... saya minta maaf...





Kisah..

Hujung minggu lalu saya sibuk bekerja, tak sempat nak layan awak.  Hari Sabtu saya bekerja sehingga malam, balik malam saya dah penat dan tidur awal. Saya tak sempat nak layan awak.  Hari Ahad, saya bekerja lagi, kemudian saya balik kampung tinggalkan awak sendirian... saya tak sempat balik Ahad, so saya balik hari Isnin pagi.. tapi awak sudah merajuk pagi itu sebab saya tak pulang semalam.  Saya tahu awak sunyi.. saya minta maaf.

Hari Isnin, saya pujuk awak, saya ajak awak pergi tengok wayang dan buat cermin mata awak dan saya.  Saya jemput awak di rumah.  Walaupun, awak layan saya dingin tapi lama kelamaan saya berjaya pujuk awak.  Awak kembali senyum.  Awak teman saya buat cermin mata. Walaupun awak tahu power cermin mata awak yang baru sama dengan yang lama tapi awak tak kisah.  Awak lebih suka tengok saya senyum, bagi awak, saya senyum sudah cukup mengembirakan awak.  Saya cari cermin mata saya sangat susah tapi awak cari cermin mata awak sangat mudah, awak pilih saja .. semuanya sesuai.  Awak pilih yang murah sahaja, padahal banyak lagi yang sesuai untuk awak.  Yang mahal-mahal awak tak pilih,  harga cermin mata saya lebih mahal dari cermin mata awak, tapi  tapi awak reda dengan nilai itu.

Semalam awak datang ke pejabat saya menaiki kenderaan awam, lepas ambil cermin mata kita.  Awak teman saya di pejabat kerana ada urusan kerja yang belum selesai, esoknya saya akan berangkat ke Melaka ada urusan kerja disana.  walaupun saya sibuk, awak tetap teman saya walaupun saya tak dapat layan awak sangat, awak tetap senyum dan layan teman-teman ofis saya.  Awak layan diri awak sendiri sambil main cityville.  Saya tahu awak bosan.  Malam semalam lepas balik dari pejabat, terima kasih urutkan kaki saya sampai awak sakit pinggang sebab angin bisa saya.

Malam semalam awak layan saya dengan baik, Maaflah hari ini entah apa saya solat dulu.. kita tak berjemaah seperti selalu, mungkin sebab hati saya hanya teringat kerja, saya akan bertolak ke Melaka.  Membuatkan awak merajuk lagi sebab tidak dapat bersolat dengan saya.  Tiba-tiba saya angin tengok awak merajuk, saya hendak cepat keluar tapi awak saja melambatkan kerja saya.  Saya merajuk dengan awak ... saya biarkan awak sendirian menangis... saya terus pergi kerja...

Saya tahu awak bersendirian, saya tahu awak sunyi.. saya juga begitu.. saya tak boleh berbuat apa-apa.  Saya perlu pergi kerja untuk mencari nafkah untuk awak.

Maaflah sebab saya tinggalkan awak... biar awak sejuk sendiri..


Monday, February 27, 2012

Helaan Angin Gelap

Helaan Angin Gelap













Angin berat membawa aku
Sekuat keluh yang terhembur dari dalam dada
Cuma tabir tidak nampak hitam gelapnya
Helaan berat dimana bawanya..



Kekuatan belum terasa
Untuk ku tembusi tujuan
Dimana hentian
Masih ku kabur arah
Dari helaan angin berat
yang masih membawa aku pergi....

4 oktober 2011
2153


Thursday, February 16, 2012

Persepsi Positif Ketika Menerima Ujian

Dibaca dari kiriman di dinding mukabuku seorang sahabat, lantas aku terfikir ayat ini ada baiknya dikongsi bersama-sama sahabatku yang lain. Berkenaan.     ketika dia berasa sakit @ susah, manusia cenderung berfikir, "oh, malangnya nasibku..." dia jarang mahu berfikir, "oh, Tuhan sedang mengatur sesuatu yg lebih baik utk aku...