Aku mulai alam pekerjaan selepas tamat tingkatan 5. Mengikut jejak langkah kakak-kakak ku menyertai Guardian Farmacy sebagai jurujual pada tahun 1996. Kemudian aku lari sekejap menjadi juruwang disebuah restoren "Lemon Grass"...tak lama kemudian aku kembali belajar sebagai student kerana aku tidak berjaya meneruskan pelajaran indah seperti orang lain. Hari tak semuanya cerahkan.. ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. Selepas tamat sebagai student, aku ditawarkan pula bekerja sebagai penyambut tetamu di MPOPC - (Malaysian Palm Oil Promotion Council) pada ketika itu itulah gaji paling besar aku dapat RM900. Maklumlah, penyambut tetamu pada masa itu nilainya sekadar RM500 - RM700.
Aku akhirnya mendapat tawaran menyambung pelajaran semula. Profession ku yang pertama sebagai seorang IT pada tahun 2002, apabila aku mendapat intern di Unit Komunikasi di INTAN Bukit Kiara. Di sini, aku mula mendalami diri, mencari identiti.. apakah aku gembira sebagai seorang IT. Ya, aku suka, aku suka bila di situ aku dapat mendalami ilmu Flash dan aku dapat buat website untuk unit komunikasi. Namun aku sedar, aku bukanlah yang terbaik waktu itu, aku hanya seorang yang biasa-biasa sahaja.
Habis sahaja aku intern, aku mendapat pekerjaan sebagai IT eksekutif di sebuah syarikat di setiawangsa. Masa ini, adalah masa yang paling mencabar. Kehidupan sebenar tidak sama seperti yang kita belajar di universiti. Bekerja bukan mengikut masa. Intern di sektor kerajaan tidak sama dengan bekerja di swasta. Di sini aku "tiada pilihan" melainkan mengikut apa yang pengurusan mahu dalam masa yang sama, aku terpaksa deal dengan "otai" yang terdiri dari 2 kategori, Kategori pertama adalah pekerja yang senior tetapi dibawah seliaan, pekerja ang ke dua, senior matang dan kita kena berinteraksi dengan dia untuk melaksanakan tugas. Paling susah nak handle adalah senior yang bawah seliaan yang lebih kurang jarak umur 2 3 tahun. Dia punya pailang, bukan main lagi. Bayangkan, aku lock pc aku, dia boleh shutdown dgn alasan dia nak guna scanner. Padahal dia tahu itu pc aku yang pakai. Bila aku buat aduan kepada pengurusan, bos. Bos buat bodoh je... maklumlah senior.. Pastu dia boleh mengumpat, mengeji aku sesuka hati aku secara online zaman tu menggunakan Yahoo Messanger. Bila bos, tutup internet.. diorang guna LAN utk berkomunikasi. Lastly aku tak boleh tahan, aku berhenti... maklumlah budak, tak tahan kena keji. Di sinilah, aku mengenali politik kerja... Huh... stress gila.
Tak lama tu, aku bekerja dengan satu company, aku lari bidang pergi ke kewangan dan perakaunan. Aku ditawarkan bekerja oleh seorang teman, dia jadi rakan kongsi kat situ. Di situ ada 3 rakan kongsi, seorang tua, seorang muda dan seorang lagi kawan aku (ketika tu dia berumur 36++), kiranya aku the youngest kerja kat situ. Sorang bos kat situ tak suka aku, bos tu lelaki. Dia kata aku tak macam tempat dia kerja dulu kat utusan... dari apa yang dia cakap tu, aku ni bukan kaki kipas.. Hello bos, good morning how are you todayyyy.... aku datang terus buat kerja, habis kerja aku balik...Dia nak pekerja yang ramah mesra alam.. tapi yang buat aku berhenti bukan sebab aku tak ramah.. tapi aku kena main dengan kawan aku sendiri. Dia diam-diam buat sales masuk dalam poket sendiri. Bila perkara ni terdedah. Dia kata aku fitnah dia.. saja nak jatuhkan company. Bos yang tak suka dengan aku tu lagi la suka sebab change utk dia halau aku. Lastly aku kata aku quit. Happy la dua bos tu, cuma bos ketiga tu dia okey skit... dia kata tak pe la berhentilah. Last time, aku contact bos ketiga tu, bos tu cakap bos yang tak suka aku tu dia dah buang kawan tu dari jadi partner dia. Memang time tu, dia dah pow banyak duit syarikat. Even aku ni kerja bukan kaki kipas tapi aku buat kerja serius.. tak tipu. Aku tanya, bos ketiga.. siapa yang handle akaun selepas aku berhenti. Bos tu cakap, kawan aku tu. Dalam hati aku gelak besar... Bila dah tikus jatuh atas beras... memang lunyai laaa...
Lastly, aku ditawarkan bekerja di setiawangsa sekali lagi di kawasan lain, masa tu aku dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan. Sebuah firma arkitek. Aku memang happy kerja kat situ, persekitaran kerja aku dipenuhi oleh kaum adam dan hanya beberapa kerat je perempuan. Bukan sebab yang kerja itu adam tapi sebab kaum adam ni dia tak cerewet.. Firma arkitek ni sibuk. Pekerja dia ada yang sampai tidur kat ofis sebab dateline... tapi aku tak stress kerja kat situ... entah la sebab apa aku pun tak tahu.. politik kerja kurang kot... dan selalu diorang keluar pergi side... balik kengkadang bawak pisang goreng.. huha huha... yang penting kerja siap masa dateline. Jadi aku tak tention... aku siapkan kerja aku.. dan aku balik.. itu je... sayangnya aku tak dapat kerja lama kat situ sebab aku dah kawin, dan aku pindah ikut hubby.
Selepas kawin, aku jadi surirumah... aku semakin membosan. Aku nak kerja, tapi kelayakkan aku sangat jauh ketinggalan. Maklumlah teknologi maklumat sentiasa bekembang dengan cepat pada masa tu, jadi aku jadi fobia utk bekerja dalam bidang IT lagi.. padahal itulah kekuatan aku.
Aku kemudian diperkenalkan dengan kerja IT dan petadbiran. Sayangnya aku bekerja sampai bulan ke 4 sahaja. Aku kerja dengan kompany cina, kerja kilang. tapi bos cina ni pelik skit. Dia laki bini. Dia ada penyakit susah nak percayakan pekerja dia. Masuk bulan ke dua, adik ipar aku join sekali kompany ni.. tapi dia tahan sebulan je.. dia blah. Masuk bulan ke 4.. dia hantar kat aku confirmation letter.. masa tu aku nak berhenti dah.. aku tunggu gaji. Amoi jaga duit kata, gaji dah masuk.. aku pun dah malas nak datang office.. sekali duit tak masuk2.. celaka punya cina... jadi sebulan gaji aku tak dapat... aku quit... Hubby aku kata, dia nak bakar kilang tu.. hahaha... aku kata takpe... diorang ni akan terbakar juga kat akhirat.. kat dunia ni dia bole la aniaya orang... aku kembali jadi surirumah.
akhirnya, aku membaca iklan masa tu ILP buka tawaran kembali belajar. Aku masuk dengan SPM. Aku cermat menyimpan rahsia bahawa aku ada degree... tapi kembali belajar di ILP seperti sesuatu yang baru buatku. Sama sekali tidak sama ketika aku belajar di UUM. Aku praktikal. Aku lebih memahami setiap praktikal yang aku belajar. Dari situ aku mendalami kekuatan multimedia aku. Aku korek dan aku korek semua ilmu yang ada. Dari ILP lah aku sedar bahawa aku mendambakan ilmu lebih dari segalanya. Aku mula memahami diri sendiri.
Aku ditawarkan untuk intern di ILP sebagai tutor. Membantu lecturer kerja-kerja rutin mereka dan sekali-sekala aku diberi kelas untuk mengajar. Itulah permulaan bahawa aku menjumpai jiwa aku. Aku suka mengajar. Sungguh pelik kerana aku bukanah manusia ramah mesra dan kaki kipas. Aku bukan minah kepoh yang mudah bercakap dan berinteraksi tetapi aku mampu untuk membantu pelajar untuk memahami. Di situlah, aku bertukar hala tuju, menjadi pengajar pula.
Setelah tamat ILP, aku mendapat tawaran kemudiannya di CIAST untuk mengambil VTO. Masa itu ia dikenali sebagai Vocational Training Officer... atau mudah fahamnya lesen untuk mengajar untuk vokasional. Lastly aku kembali ke ILP sebagai intern pengajar pula. Pada mulanya, memang agar sukar juga aku ingin berinteraksi sebab aku bukanlah seorang yang peramah mesra. Kelas yang aku dapat ketika itu hampir 30 orang.. Satu cabaran kepada aku untuk handle 30 orang yang bermacam ragam... paham-pahamlah budak vokey ni macammana.. kepala gile-gile,, cakap lepas tapi satu je.. diorang still respect dengan pengajar.
Selepas habis intern, aku dah suami berhijrah ke Kuala Lumpur untuk anjakkan paradigma. Di situ, aku kembali dalam mode stress. Bukan senang untuk cari kerja... Lastly aku dapat kerja sebagai perekagrafik dan web design. Di sinilah, aku mendapati bahawa jiwa aku bukan sebagai multimedia pure tetapi sebagai pengajar multimedia. Kenapa? Sebab aku jadi stress bila cari idea... hahahaha...tapi sebab aku berhenti di situ bukanlah sebab multimedia tu tetapi sebab aku dapat bos turki yang terlalu kawal pekerja dia. Satu hari aku sakit, mata aku melihat jalan macam beralun-alun. Aku memang tak boleh bangun. Disebabkan aku baru mula bekerja kat tempat tu, aku pun call bos.. aku kata, aku nak pergi klinik, aku tak sihat. Jadi bos tu, suruh datang ofis dulu, nanti dia tunjukkan aku klinik panel kat bawah office. Aku kata aku tak boleh jalan, aku tunggu hubby aku utk bawa aku gi situ. Pula masa tu hubby aku pun baru dapat kerja, jadi dia tak boleh keluar sukahati. Jadi aku minta mak aku tolong. Masalahnya bos aku tu suruh aku datang sorang... ape halnye plak... aku nak meredah stesyen LRT sorang-sorang.. Kang aku pengsan sape nak tolong? Aku nak jalan pun balam-balam penglihatan aku. Aku nangis, cerita kat mak aku. Mak aku cakap tak pe la... kita naik teksi pergi spital kerajaan. Aku dapat MC 2 hari dari spital kerajaan. Woi.. spital kerajaan oii.. Ingat senang ke diorang nak bagi MC? Aku mesej bos yang aku dah dapat MC... aku kata lantak lah.. dia nak berhentikan aku pun tak pe.. Bila aku masuk kerja, cleaner aku bagitau, dulu ada juga pekerja dia demam... lepas tu, dia suruh datang office, pekerja tu pun datang, lepas tu diorang memang pergi ke klinik. Balik klinik, dia suruh pekerja tu stay kat office... dia tak bagi balik... Fuhh... Nasib baik laa aku tak ikut cakap bos turki tu... kalau tak nasib aku sama.. MC kat office apa kejadahnya!! Kebetulan masa aku datang office bos aku tu outstation. Balik je dari outstation dia panggil aku. dia kata, dia punya pekerja lama dia nak datang kerja balik.. jadi dia terpaksa berhentikan aku... hahaha... dia ingat aku bodoh ke... tu dia punya alasan sebabnya pekerja yang dia cakap tu, cuma melawak je masa cakap kat dia. tak de sape tahan dengan bos yang terlalu mengawal pekerja macam hamba plak.
Dia bagi date untuk aku berhenti... dia suruh aku siapkan semua design dan laman web yang perlu diubah. Aku pun buat apa yang dia nak... aku tak membantah malah aku happy nak berhenti. Lepas aku berhenti, gaji aku tak masuk2.. katanya dia silap masukkan... katanya... cheh... dia ingat bole ke kenakan aku.. cukuplah sekali je aku kena auta dengan cina. Seminggu kemudian setiausaha dia call aku, minta aku datang betulkan design.. aku kata bayar tak... pastu dia kata tak bayar sebab itu kerja aku yang dulu... dia kata kedai printing tak dapat nak print design yang aku buat. Mula2 aku kesian juga, sebab setiausaha tu merayu (budak lagi setiausaha dia ni). aku tanya dia mana designer yang kata nak kerja dengan dia tu... budak tu kata, expekerja dia tu seloroh je.. Aku nak kuar ni, tetiba bos turki tu telefon.. dia arah aku pergi betulkan tu ni.. ehhh... ehhh... kau bukan bos aku lagi... aku nak keluar ni inisiatif aku.. duit tambang semua aku punya sendiri... tetiba nak marah aku nak arah aku nak paksa aku plak datang office... Part aku dah selesai... Part nak sesuaikan dengan pihak printing bukan tanggungjawab aku lagi... tetiba nak arah aku plak... kurang hajaq!! Terus aku tak jadi pergi... aku buat bodoh je.. Lastly aku dapat mesej dari pekerja dia... Bos kata tak halalkan gaji... Plakk!! Aku kerja by hari bukan by projek... itu yang bos turki tu yang cakap.. Jadi bukan tanggungjawab aku design sampai printed tu siap. Takde istilah tak halal sebab part aku dah done... siap... Kalau lah kau bos.. prihatin, cakap baik2.. aku tak kesah pun pasal tambang, aku tak kesah pun nak siapkan printing kau.. tapi kau egoistik.. sorrylah...
Last time aku jumpa bos tu kat MAHA2017. Satu pengajaran aku dapat ialah, bila jadi bos, jangan terlalu mengongkong pekerja dan jangan tidak percayakan pekerja. Awak dah hire dia bekerja, jadi beri kepercayaan kepada pekerja. Sampai pekerja mmg sakit pun kau nak suruh datang office... dia bukan hamba. Teori X dan Teori Y mcGregor memang kuat.
Aku kemudiannya dapat tawaran kerja part time kat satu kolej ni, kolej ni pelik sikit... macam segan mati tak mahu.. pelajar aku 3 orang je... aku mengajar MQA. tempatnya bagus... kat sini lah aku develop kerjaya sebagai pengajar. sayangnya mengajar mengikut semester...part time. Bila student dah cuti... aku takde kerja.
Jadi aku pun cari kerja lain, tup-tup dapat 3 tempat... kat kolej tu panggil balik, kat satu lagi kolej dan kat IKBN. aku jadi buntu... Kolej yang aku kerja gajinya lumayan tapi dapatnya lambat gila...habis semester belum tentu dapat gajinya. Kolej satu ni gaji besar gak lumayan cuma hati aku sense dia macam tak kena... Pastu IKBN.. gaji kecik.. tapi jiwa besar. Aku pun istiqarah. Lastly aku pilih IKBN. Dan di situlah aku develop kerjaya aku sebagai pensyarah sambilan. 4 tahun di IKBN memberi aku keyakinan bahawa jiwa aku sebenarnya adalah mengajar multimedia untuk anak bangsa... aku sanggup bergaji kecil janji hati aku puas.
sayangnya, aku apply di beberapa buah kolej yang mendidik anak bangsa, jawapannya cukup mengecewakan... Mungkin tuhan belum ketemukan aku dengan kolej yang diberkati.
Assalam, semua orang ada kehidupannya sendiri. Blog ini mengisahkan aku.. semuanya tentang aku..
Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.
Mari faham isi AL-QURAN..
Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya
Tuesday, February 7, 2017
Saturday, December 10, 2016
Travelog ke MAHA melalui Pengangkutan Awam
Dah beberapa hari aku ke MAHA. Sempena aku di cutikan pada bulan 12 ini. Aku mengambil kesempatan ke MAHA. Sebenarnya aku menghadiri interview di Shah Alam. Mengikut cadangannya aku akan menaiki pengangkutan awam utk ke MAHA. jadi perjalanan aku pada hari itu dari Shah Alam - KL - Serdang (MAHA).
Perjalanan aku bermula dari KLCC pada pukul 4.00 petang, menaiki Train LRT Gombak - Kelana Jaya.
Dari KLCC ke KL Central kemudian aku terus menuju ke Komuter.
Menggunakan kad Touch n Go aku turun ke Platform 6.
Dari platfom 6 sebenarnya kita boleh tunggu komuter dari mana-mana arah untuk sampai ke komuter Serdang. Aku sampai kat platform 6 dalam kul 4.19 petang manakala di papan informasi komuter dijangka sampai dalam pukul 4.43 petang.
Tepat masanya komuter bergerak keluar dari kl central. Sebab aku perempuan jadi aku naik koch wanita. Senang dan selamat. Terima kasih lah kepada menteri yang mengilhamkan koch wanita ni. Perjalanan gakdelah lama sangat aku melintasi 4 destinasi Mid Velly, Seputeh, Salak Selatan, Bandar Tasik Selatan dan akhirnya Serdang. Turun di komuter Serdang.
Dari KLCC ke KL Central kemudian aku terus menuju ke Komuter.
Menggunakan kad Touch n Go aku turun ke Platform 6. Dari platfom 6 sebenarnya kita boleh tunggu komuter dari mana-mana arah untuk sampai ke komuter Serdang. Aku sampai kat platform 6 dalam kul 4.19 petang manakala di papan informasi komuter dijangka sampai dalam pukul 4.43 petang.
Tepat masanya komuter bergerak keluar dari kl central. Sebab aku perempuan jadi aku naik koch wanita. Senang dan selamat. Terima kasih lah kepada menteri yang mengilhamkan koch wanita ni. Perjalanan gakdelah lama sangat aku melintasi 4 destinasi Mid Velly, Seputeh, Salak Selatan, Bandar Tasik Selatan dan akhirnya Serdang. Turun di komuter Serdang.
Sampai Komuter Serdang, terus keluar. Kita akan nampak tanda arah untuk ke shuttle.
Kalau tak jumpa tanda arah just keluar skit dari stesyen serdang tu ke kiri..
Cari flyover dan naik ke atas.
Kalau tak jumpa tanda arah just keluar skit dari stesyen serdang tu ke kiri..
Cari flyover dan naik ke atas.
Dari atas tu dah bole nampak bas shuttle. Turun ikut flow.. Ambik shuttle yang ada stiker ke MAHA.
Aka dapat shuttle dalam kul 5.13pm. Kira-kira takde lah lama sangat dari masa komuter bergerak sehingga aku dapat shuttle ni kira-kira 30 minit perjalanan. Shuttle gerak dalam kul 5.18petang. Kebetulan time kerja, jalan lancar semua... Bas akan bergerak agak jauh juga tetapi perjalanan agak lancar, dalam kul 5.36petang telah sampai ke destinasi. Bas akan turun di satu tapak parking bas dan kita akan menapak skit untuk ke atas kira-kira dalam 700 meter dari Bas berhenti.
Aka dapat shuttle dalam kul 5.13pm. Kira-kira takde lah lama sangat dari masa komuter bergerak sehingga aku dapat shuttle ni kira-kira 30 minit perjalanan. Shuttle gerak dalam kul 5.18petang. Kebetulan time kerja, jalan lancar semua... Bas akan bergerak agak jauh juga tetapi perjalanan agak lancar, dalam kul 5.36petang telah sampai ke destinasi. Bas akan turun di satu tapak parking bas dan kita akan menapak skit untuk ke atas kira-kira dalam 700 meter dari Bas berhenti.
Destinasi pertama yang akan jumpa adalah Istana Fama. Masuk Istana Fama ni, anda akan jumpa banyak booth jualan pokok. Jika berhasrat untuk beli pokok tetapi masih ingin berjalan jauh, maka saya nasihatkan agar pengunjung untuk naik dulu ke booth di atas.
Kalau tak anda akan menjinjit pokok tu sepanjang masa. Sebenarnya MAHA ini terlalu besar, aku mengambil masa 3 hari untuk round semua tempat. Anda boleh menaiki tram untuk ke satu-satu destinasi...
kalau tidak anda akan penat berjalan. Sungguh... penat wooo... apatah lagi perjalanan tu berbukit dan ada masanya kena turun tangga, naik tangga... tapi aku lagi prefer jalan kaki dari naik tram sebab malas nak beratur dan menunggu.
Aku galakkan penggunjung naik ke bangunan atas. Masuk ke Blok A dan seterusnya. Booth kat atas banyak produk makanan.
Dan banyak tester juga... hahaha... itu yang aku suka. Boleh test makanan. Ada susu, ada paket-paket2 sejuk beku. Hatta kat atas ni ada booth jual ikan segar dengan harga RM5. Wow..
Kalau nak makan ada dua destinasi bleh pergi.. Kat Blok D, kat Empire Makanan kat situ ada gerai2 makanan dan boleh juga ke Kampung Mak Cun kat situ pun ada tempat makan dalam bentuk gerai2 kecil. Memang best.
Selain tu kalau nak tengok upin-ipin, dari Kampung Mak Cun tu boleh turun lagi ke sebelahnya. Ada kemah besar... nak masuk tu kena beratur.. kena bayar kot... Aku tak masuk.. sebab malas nak beratur... kuii... kuii... kuii..
Ada lagi sebenarnya, bahagian binatang-binatang... ada Lembu Sado...
Kemudian lengkaplah aku dah pusing semuanya. Kuii.. kuii.. kuii...
Kemudian lengkaplah aku dah pusing semuanya. Kuii.. kuii.. kuii...
Nasihat aku, kalau korang datang sini,, tak payah nak pakai high heel. Pakai sandle atau kasut sukan je... pakai kasut flate.. jangan nak jongket-jongket.. sakit kaki oo nak jalan... jauh mehhh... Pastu.. Kalau rasa nak membeli belah, bawalah troli yang boleh travel tu dan paling penting bawalah botol air utk minum. Kalau bawa anak kecik, lebih baik bawak troli budak tu... siap semua keperluan terutamanya pempess.. dan sebagai muslim, bawalah telekung bagi yang perempuan... ada disediakan surau di bahagian atas Blok2 tu.
Terbaiklah MAHA!!
Tuesday, October 25, 2016
Kisah teladan untuk para suami
Pengalaman kenalan menjangkau usia 10 tahun perkahwinan, en suami bermain cinta dibelakangnya, Itu bukan kali pertama, en suami buat begitu. Malah sudah banyak kali... Semuanya kantoi sendiri depan isteri.. Dari email, dari sms, dari facebook, dari media yang dia guna termasuklah fake facebook dia... kantoi. Melihat situasi itu, aku terasa benarlah bahawa isteri Allah kurniakan 6 sense atau deria ke enam. Dia boleh hidu kecurangan suami dengan izin Allah.
Dari pemerhatian lagi, kisah seorang artis terkenal yang sangat hensem berkahwin dengan wanita pilihannya. Aku mengikuti kisahnya kerana artis tu hensem dan alim. Tup.. tup.. bergegar rumahtangganya bila dia terkantoi dengan isterinya menjumpai surat nikah di selatan thai. Satu Malaysia tahu... Dari aku respek dia atas 'alim' nya itu terus aku cut off. Rupanya, abang alim pun tak terlepas dari gatal. Macammana dia tuang kot lain alasan-alasan manis pun, orang ke tiga itu ku gelar 'perampas'.
Satu hari aku duduk berborak dengan sorang staff lelaki yang baru bertukar di tempat kerja. Sedap2 borak, dia sendiri yang buka cerita. Katanya dulu dia ada berkenalan dengan sorang perempuan cantik. Masa tu dia dah kawin. Perempuan tu tanya, dia masih kosong ke? Dia jawab "kosong lagi" dan kemudian dia ketawa... ketika dia cerita itu, aku bersama dengan sorang lagi kawan.. kami buat muka pelik. Kemudian dia sambung - Ye lah.. "KOSONG LAGI tiga!!". Aku dan kawan ku berpandangan... Dasyat juga penangan lelaki ni. Kemudian kawan aku bertanya, masa curang tu, tak terasa ke bersalah dengan isteri. Jawab lelaki tu, tak de rasa apa2, just mulanya suka-suka. Akhirnya tersangkut... kemudian dia sendiri bagi nasihat "apa pun, JANGAN MULA, bila dah terperangkap susah nak keluar". Akhirnya dia kantoi dengan isterinya. Isterinya dapat tahu... sudah hidu... Betul kann... Isteri ada 6 sense tu... aku membenarkan lagi pemikiranku... Dasyatnya deria seorang isteri.
Pada akhirnya aku bertanya. Habis perempuan tu macammana? Lelaki tu jawab; tinggalkanlah.. Menyirap darah aku... Lelaki tu tak fikir ke kesannya masa dia hanyut bercinta dengan anak orang. Apa perempuan yang kena tinggal tu tak de perasaan? Dia feeling kat lelaki tu sebab dia ingat lelaki tu bujang... Rupanya Lelaki tu PENIPU BESAR... Sudah lah dia tipu perempuan tu, dia tipu isteri dia, kemudian selamba badak je dia buat keputusan "tinggalkanlah".. perasaan itu just simple as that!!
Perasaan isteri dia... pasti terluka... terluka tidak akan sembuh... sekali pun.
Sejak dia cerita tu, aku dok perati lelaki ni... aku dok perati apakah sifat-sifat dia... Pemerhatian itu juga ilmu... sampailah satu insiden aku berselisih kerja dengan dia... terserlah lah sifat-sifat yang aku simpulkan seperti... Egoistik tinggi, Cakap dia pusing macam ahli politik, lemah lembut dengan perempuan macam gigi dengan gusi.. Perempuan yang tak kenal dia sangat kata dia sangat baik dan BAGUS sebab mulut dia manis... so sweettt.... kerjanya teliti tetapi pendesak, dia akan keep mulut manis pusing macam gasing sampai lah kerja tu siap... kalau kerja tu tak siap dia boleh ugut dengan cara yang halus... kononnya... tapi dengan aku, dia tak dapat buat macam tu sebab aku dah kaji sikap dia... kah.. kah...
Orang menipu ni banyak... suami zaman sekarang pun bukan boleh percaya... masa bercinta gigi tu lembut dari gusi... Lidah tu bercabang 300.. cakap puitis tahap dewa... cakap pandang sampai nak tercium muka... angin lalu je pun dah tak dengar apa dia cakap punyalah perlahan.. cakap 2 3 kali ulang masih senyum... sweeetttt nyaaa..... Semuanya hebat, rambut bau wangi, baju bergosok, kasut berkilat, kereta pinjam kata kereta sendiri, jangankan batuk, kentut pun tak de bunyi.
Lagi... Tulis kat Fb "Any girl nak dipimpin hingga ke Jannah?"
Hakikatnya...
Ke Jannah ke Jahanam..
Ye lah, awal kawin semua sweetttt lagi... Bila dah kawin, masuk 10 tahun, jangan kata ombak, lori lalu pun kalau tak dengar kena maki. Abang cakap ni kau tak dengar! - Tak de! Abang cakap apa? - Mata menjengel nak terkeluar dari sarung.... merah je... baru balik kerja katanya PENAT!!. Abis dia ingat isterinya tak penat? Balik kerja sama-sama jugak.. lagi nak masak, tengok baju tak berlipat, lantai tak bersapu, dapur berminyak... PENAT... LAGI EXTRA PENAT! Balik tengok rumah macam reban ayam... Arghhh.... Stress.... Sebab tu isteri gemuk.. Pakar cakap, kenapa isteri gemuk sebab dia stress... Konsep orang kata, isteri gemuk tu sebab dia bahagia tu memang hanya nak tutup.. Macammana nak kurus.. tidur pun tak cukup, bila stress makan.. makan... makan... makanan tak habis pun dia kena makan... bila masak2.. tengok suami tak makan.. pun stress..
Suami macam ni nak bawak isteri ke Jannah? Macammana tu.... isteri kerja dalam keadaan stress, hati tak ikhlas... marah... sedih... tak puas hati... dsbg...
Apatah lagi kalau suami tiba-tiba main cinta dengan orang lain. Tak stress ke? Sudah la mak bapak dia pun isteri dia nak jaga.. ini plak suami buat hal... maunya rasa macam nak terjun lombong.
Ada suami dia tak sedar... yang dia tidak menghargai apa yang ada di depan mereka. Mereka hanya sedar bila apa yang ada itu telah tidak lagi wujud. Masa tersebut tidak lagi gunanya. Kebanyakkan isteri atau wanita.. dia mampu bertahan dengan beban sakitnya batin berkurun lamanya.. tapi sekali bila dia sudah buat keputusan untuk keluar dari kesakitan itu, selalu nya dia tidak akan berpatah lagi... miskipun bekas suaminya terhegeh2 nak balik.
aku teringat satu kisah pernah aku baca... luahan seorang isteri bekerjaya, diajak tinggal bersama mertua dan ipar duainya. Kata suaminya, nak jaga ibunya, tup tup habis gajinya terpaksa dibelanjakan untuk suami dan ipar duai. Isteri tersebut tidak tahan dan ajak suaminya berpindah. Tetapi suaminya marah, seolah-olah isterinya itu tidak sayang kepada keluarga suaminya. Bila ipar duai minta duit dari isterinya dan isterinya tak mahu bagi... suaminya kata, isterinya kedekut, dia bekerja pun dengan izin suami.. jadi bantulah... Isterinya stress... teramat stress.. Sehinggalah satu kejadian, akhirnya isteri dipukul oleh ipar duai malah mak mertua dok perati setuju.. akhirnya isteri tersebut putus asa dengan perkahwinannya. Dia keluar dan dia bawa semua harta miliknya... Mohon cerai di mahkamah... Si Suami barulah terhegeh2 cari balik, tiba2 si suami boleh pula pindah keluar dari rumah mak dia... tapi semuanya telah terlambat. Si Isteri telah membuat keputusan... tidak akan kembali... Begitulah bila seorang isteri yang setia dan banyak berkorban tetapi tidak dihargai oleh suami.. pada akhirnya bila sampai tahap dewa yang tak boleh lagi terima terutamanya melibatkan maruah diri tercalar... Seorang yang setia pun, ada limitnya.. dan bila dia sudah buat keputusan biasanya dia tidak menyesal dan tidak akan berpatah arah... Biasanya orang yang setia .. pada akhirnya dia boleh turn pada satu keputusan drastik yang boleh membuatkan seseorang itu terkejut.
Janganlah seorang suami, hanya mendengar tanpa tindakkan. Biasanya seorang isteri selagi mana dia mampu bertahan, dia akan bertahan.. tetapi bila mana dia rasa terbeban dia akan bersuara dan menyatakan... bila mana dia asyik bercakap perkara yang sama... suami perlu beri perhatian sangat-sangat untuk mengubahnya kerana pada tahap dia mengulang-ulang bermaksud sabarnya sudah pun hampir limit... Jika tiada tindakkan dari suami, seolah-olah rasa seorang isteri itu, tidak dihargai pengorbanan bertahan... Bertahan itu juga satu pengorbanan sebab mendera emosi dan batin isteri. Sedangkan emosi dan batin itu adalah nafkah tanggungjawab suami juga... apatah lagi jika suami mengabaikannya... Maka terimalah kesan dari pengkhianatan tanggungjawab sendiri..
aku ada lagi satu kisah, Si isteri berkahwin dengan suami dan belum dikurniakan anak. Si isteri bekerja dengan gaji tetap setiap bulan... Si Suami tiada pekerjaan tetap tetapi mempunyai kemahiran dan bakat.. kerjanya sebagai pekerja kontraktor dengan gaji hari mengikut projek. Pada awal perkahwinan pasangan ini seperti pasangan lain.. namun bila mana masuk umur perkahwinan 3 tahun, si isteri tidak lagi mampu menahan geram bila si suami rupanya jenis malas bekerja. Pada awal perkahwinan semuanya telah tersedia... Si suami duduk bersama isteri di rumah ibunya. Sering kali ibunya menyebelahi si suami. Kadang-kadang isterinya stress sebab terasa seperti dirinya terlalu jahat sebab berkira.. Padahal tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri... Bila mana si isteri cuba untuk tidak bagi perbelanjaan rumah... ibunya pula keluarkan duit untuk memberi barang dapur.. Menjadi susah untuk dia memberi kesedaran kepada suaminya untuk keluar bekerja. Sampai satu masa si ibu pun guna trick... Dia bagitau isteri dan si isteri bagitau si suami. Akhirnya suami keluar bekerja tapi ikut sukahati dia... Nak kerja pergi tak nak kerja... duduk rumah tidor. Si Isteri bgtau siap2 pada hari raya semua persediaan dia tak mahu keluarkan kos.. Baju raya suami kena beli sendiri.. Si suami kata okey... dia buat bodo je sampai habis raya. Malam raya tu tiba-tiba dia boleh tanya isteri dia.. Raya ni abang tak de baju raya yea... Ada ke patut, si isteri yang nak kena belikan suami. Bila Baju raya suami pun kena dibelikan oleh isteri itu kira melampau bagi aku.. Memang lelaki tu dasar ular sawa.. makan tido makan tido.. Pemalas kepala bana. Lah pulak hari raya, si suami ni merajuk kepala bana dia... langsung tak tolong berkemas, hari raya kerja dia tidur sepanjang hari... Langsung tak tolong apa2. Apa punya lelaki pemalas.. Si isteri tengok je perangai si suami tu... dia pun dah tak kuasa nak layan... si ibunya asyik suh dia pergi minta maaf raya, soh layan suaminya sediakan makan... si isteri tu dah malas.. dia pun jadi malas akibat dapat suami yang pemalas.
Tapi yea.. memang betul.. Suami umpama peladang yang bercucuk tanam. Bagaimana dia jaga kebunnya.. adakah tanahnya subur atau tanahnya kering... Apa yang dia didik dan ajar isteri itulah yang isteri pulangkan balik kepadanya. Kalau yang ditunjukkan itu sifat pemalas, maka isteri nya akan pulangkan sifat pemalas itu kepada dirinya.
Kisah berikutnya, aku baca entah lama dah.. kisahnya berkenaan dengan seorang lelaki. Dia memiliki isteri pada awalnya perkahwinan mereka baik sekali. Lama kelamaan si isteri menjadi seorang yang kuat membentak, kuat melawan dan selalu berlaku pergaduhan antara suami dan isteri ini... sehinggalah satu masa, mereka bercerai. Lelaki ini kemudian berkahwin lain. Selang beberapa lama, bekas isterinya juga berkahwin lain. Satu hari mereka bertemu dalam satu majlis keramaian. Lelaki tadi melihat bekas isterinya sungguh patuh kepada suami, penyayang dan berlainan dengan sifatnya ketika mereka berkahwin dulu. Dia sungguh kehairanan... Dalam masa yang sama.. perkahwinan dia buat kali yang ke dua berantakan.. Isterinya juga menjadi kuat membentak dan melawan... Jadi dia bertemu dengan suami baru bekas isterinya. Dan bertanya, bagaimanakah suami baru bekas isterinya itu tadi mampu mengawal bekas isterinya itu yang dulu sangat bengis dan kuat melawan. Nasihat suami baru itu cukup simple dan membuat lelaki tadi tersentak dan tersedar. Isteri kita adalah cerminan diri kita (suami). Jika isteri jenis melawan itu sebenarnya adalah cerminan diri si suami yang kuat melawan. Jika suami seorang yang penyayang maka isteri akan jadi penyayang. Suami adalah pemimpin isteri, yang mendidik isteri bagaimana ia terjadi...
Suamilah peranan terbesar, untuk menjadi keluarga bahagia, suami kenalah menjadi contoh yang terbaik kepada isteri... maka automatik isteri akan copywrite untuk dirinya dan untuk anak-anaknya.
Kisah seorang suami yang tidak mahu berkongsi rahsia. Suami ini hidupnya dalam lingkungan kawan-kawan dan seorang yang bermasyarakat. Bila mana kerjanya juga menghadapi pelanggan, dia kerap menipu lokasi dia dan apa yang dia sedang buat. Cara dia bercakap dan cara dia berinteraksi dengan pelanggannya selalu dirakam oleh isterinya yang berada selalu disebelahnya. Jadi isterinya dah faham jika suaminya kerap berbohong. Namun, disebabkan oleh pengalaman pahit bercinta hidup isterinya masa lalu, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada si suami. Dia berkata, dia bagi 99% kepercayaan apa yang suami dia lakukan. Dia pinta, jangan pecahkan kepercayaan dia terhadap suaminya. 1% kepercayaan di simpan untuk dirinya.. agar dia ada sifat berjaga-jaga. Dalam masa dalam perkahwinan itu, si isteri dapati si suami memang cukup banyak berahsia dari dirinya. Dia semahunya untuk mempercayai suaminya... dan bila perbincangan diadakan, suaminya selalu menyebut "Ada perkara yang awak patut tahu, dan ada perkara yang tak perlu tahu". Sekian hari semakin banyak yang suaminya cuba sorokkan. Gaji, lokasi, pergi mana, berapa upah, jumpa siapa dan lastly si suami mula pasang password pada hanponnya. Semakin hari kepercayaan si isteri kepada suaminya semakin merosot.. Makin banyak suami sorok, semakin hijab Allah terbuka buat isterinya. Apa yang disorokkan suami tanpa sengaja selalu kantoi dengan isterinya. Tetapi si isteri tak mahu si suami merasa rahsia dia terbongkar. Gaji suami, lokasi sebenar dia, pergi mana, berapa upah terkeluar dengan sendirinya tanpa perlu si isteri bersusah payah untuk dapatkan... Ajaibnya perancangan Allah.. Ada sekali si isteri dapat baca wassup suaminya terkantoi buat kali pertama, nak bermain cinta... Disebabkan isterinya tak mahu suaminya merasa rahsia dia terbongkar.. Dia cuma delete semua maklumat tersebut dari hp suaminya... dan si isteri berlagak tak tahu apa2. Makin lama, kepercayaan isterinya semakin merosot... Pada suatu hari, entah macammana tuhan nak tunjuk, hp suami sedang chat mengayat perempuan dapat dibaca isterinya. Isterinya mengigil.. hatinya remuk sebab dia sudah cukup sabar dengan sikap suami. Macam biasa dia delete semua maklumat berkaitan perempuan tersebut... Dia cukup bersabar.. dan cuba lihat reaksi suami... lagak suaminya macam tak de apa2.. sempoiiii... orang penang cakap. Akhirnya lepas solat, dia ajak suaminya berbincang sambil berlinangan air mata. Sempat lagi suaminya mengelat. Dia kata perempuan tu budak sekolah, dia anak kepada kawan lama yang dia cari. Luluh hati si isteri... dia dah baca semua isi wassap antara suami dengan perempuan tu. Mulai sejak itu hatinya tidak mampu berbohong untuk meletakkan kepercayaan kepada suami. Dia pesan kepada suaminya supaya melepaskan dia jika si suami memilih untuk berniat pasang lagi satu. Muka suaminya berubah... Dan dia lepas satu persatu apa yang dia tahu tentang suaminya.. tentang rahsianya banyak kali kantoi... tetapi tetap dirahsiakan oleh isteri menjaga air muka suami.. walaupun dihadapan suaminya sendiri... dan dia tidak lagi mampu bertahan untuk kembali percaya kepada suaminya 99% itu telah pun musnah. Pada hari-hari yang berikutnya tiada lagi istilah kepercayaan 99% buat suami. Kata isterinya buat suami.. Perkahwinan kita untuk kita sampai ke syurga Allah. Jika abang tak mampu bawa saya ke syurga Allah lebih baik kita berpisah sekarang kerana hati sudah bersangka-sangka dengan suami sendiri... kalau abang masih sayangkan saya... berhenti dari berahsia dari isteri sendiri. Bila abang berahsia, Hijab Allah terbuka apa pun rahsia abang tetap saya boleh hidu...
Itulah didikan suami buat isterinya.. menipu. Isterinya menipu diri sendiri... menipu suami tentang apa yang dia tahu tentang rahsia suami. Wahai para suami, jangan sorok rahsia pada isteri.. tuhan buka hijab dia sikit sahaja... isteri sudah dapat hidu.. Bila sudah dapat hidu.. perang besar meletus... selebihnya tiada lagi kepercayaan mutlak si suami akan dapat.
Kisah macam ni dah banyak kat FB. Kadang-kadang kita baca bukan untuk melihat aib orang... tetapi untuk pedoman diri sendiri. Kebanyakan viral pada masa ini sekarang ialah macammana seorang perempuan itu menjadi dominan lebih dari lelaki. Pada zaman ini, wanita lebih berhati kering dari lelaki. Maka para suami yang sudah ada isteri jagalah isteri anda baik-baik mana tahu anda cuba jebakkan diri dengan cinta baru jumpa dengan perempuan berhati kering.
Dua jenis perempuan berhati kering, pertama memang kaki perampas... dan dia bangga dengan hasil rampasannya. Yang ke dua, perempuan yang dia hanya guna lelaki untuk kepentingan peribadinya... dah dapat apa yang dihajati maka dia akan tinggalkan lelaki tu - forever gone.. tanpa perasaan.
Mungkin elok rasanya menceritakan sikit tentang perempuan kaki perampas ini dulu..
Kisah ini benar terjadi pada orang yang pernah saya kenali. Bila isteri sudah menghidu kecurangan suami. Maka dia pun cuba untuk berhubung dengan perempuan kaki rampas ni untuk bagitau yang lelaki yang dia dok cintan tu suami orang. apatah lagi fb perempuan tu tulis yang suaminya "bakal tunang" perempuan tersebut... manalah tau suaminya itu menipu perempuan tu kata bujang. Tup tup bila dah dapat nombo tepon isteri "bakal tunang", perempuan perampas ini naik sheikh. Dia pergi hantar sms, hantar wassap kat isteri tu bagitau hubungan intim dia dengan suaminya. Siap post
gambar pakai tuala bersama suami orang tu. Siap telefon cakap, dia sanggup jadi wife ke dua. Memang dasar lahanat. Perempuan ni memang hati kering... Lastly, kisahnya sampai kepada aku, yang si isteri telah pun bercerai dengan suami tersebut tetapi suami tu berkahwin dengan orang lain bukan dengan perempuan tu... kikiki... Hukum karma!!
Kisah hati kering kedua, berkenaan perempuan tinggalkan lelaki yang banyak berkorban untuknya.. Memang saddis lah... jadi viral kat fb. Dari zaman dia belajar dan bekerja lelaki tu topup.. sampai kahwin semua lelaki tu tanggung, hampir menjelang hari pernikahan tiba-tiba perempuan ni buat onar menyebabkan pertunangan terputus juga.. rupanya dihari sepatutnya lelaki tu berkahwin dengan perempuan tu, perempuan tu bernikah dengan orang lain. Menggunakan semua hasil lelaki tu... Perempuan ni tak de perasaan langsung... Pelamin anganku musnah...
Ada kes pula... tengah nak nikah bergaduh sebab bakal suami tak mampu nak bayar duit hantaran seperti yang diminta. Gaduh pihak lelaki dan pihak perempuan... what the hack!! Kalau betul berkasih sayang... benda macam ni tak berlaku.. jika ada tolak ansur... kalau betul cinta, kalau betul sayang... Hidup ini macam roda.. berputar.. kadang-kadang kita di atas... kadang-kadang kita dibawah.
Bila berkahwin perkara yang paling penting adalah tolak ansur.. bukan tolak beransur-ansur. Jika perkahwinan memang niat untuk ke jannah tentu dipermudahkan tuhan. Ujian tidak cukup itu sama-samalah menanggungnya, atau sama-samalah buat keputusan untuk mencari jalan yang terbaik untuk berjimat cermat. Orang kata, kehidupan lepas nikah itu lebih penting.
Ya. Kehidupan lepas nikah itu memang penting. Penting kita menjaga kerukunan rumahtangga. Untuk menjaga kerukunan rumahtangga kita kena faham tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri. Kadang-kadang tumpuan rumahtangga itu tertumpu kepada wanita. Perlu buat itu, perlu buat ini, perlu taat untuk menjaga kerukunan rumahtangga. Dalam internet berlambak-lambak tips-tips kepada para isteri untuk menjaga suami. Mesti taat, mesti tidak meninggi suara, menyediakan makan minum suami, sentiasa pastikan rumah bersih, pakaian, tempat tidur semua in order.. Malah suami nak makan apa pun just order je... waw.. isteri Jannah. Yang si isteri dok baca, ohh.. nak keluarga bahagia, begitu... begitu... begitu... maka dia pun buat begitu .. begitu ... begitu.... tapi sayangnya... dia mendapat feedback yang buruk dari suaminya. Harapan si isteri jika dia buat begitu dia akan bahagia tidak kesampaian. Jadi apakah keluarga itu bahagia? Jarang pula tips-tips ini disuakan kepada suami padahal kebahagiaan rumahtangga bermula dengan suami yang soleh, yang mampu mendidik isteri.
Siapakah yang sepatutnya membahagiakan? Bukankah suami sebenarnya yang main peranan untuk membahagiakan keluarga? Dialah yang bercucuk tanam... maka hasil itulah yang dia perolehi dan tuai.
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Baqarah 2:223) Seorang suami berbuat baik terhadap isterinya, in return dia juga akan dapat kebaikan dari isterinya. Kebaikan itu juga memberi impak kepada dirinya sendiri.
Teringat aku satu kisah mengenai seorang salebriti terkenal suami isteri ini. Si isteri ini memang
cantik dan selalu berlakon dalam filem dan dia juga seorang ikon bagi satu organisasi antarabangsa. Si suami suatu hari perasan yang si isteri tersangatlah kurus, tidak lalu makan, tidak dapat menguruskan kehidupannya, kurang perhatian kepada anak-anaknya lalu dia mencari jawapan. Sehinggakan hubungannya dengan si isteri tadi hampir retak. Si suami ini, duduk berfikir dan berfikir... bagaimanakah untuk dia kembalikan si isteri supaya dia kelihatan cantik seperti dulu dan mampu menjadi dirinya seperti dulu. Fikirnya, isterinya seorang yang dikenali, menjadi idola dan si suami adalah orang yang beruntung kerana hanya dia setiap malam tidur bersebelahan dengan idola dan ikon dunia itu. Bukan orang lain... dan dia harus bersyukur. Lalu dia melakukan satu tindakkan.. Apabila dia bertemu dengan sahabat-sahabatnya, dia akan bercerita tentang isterinya, bila dia bersama isterinya di majlis keramaian dia akan memuji isterinya. Segala yang dia lakukan, dia akan pastikan yang dia lakukan untuk isterinya. Di mana-mana dia akan bercerita tentang kebaikan isterinya. Dia tidak menyangka bahawa tindakkan dia rupanya sangat berkesan. Hasilnya semakin lama isterinya senyum riang, mukanya tidak lagi cengkung dan si suami melihat perubahan isterinya seperti bunga yang sedang berkembang berseri-seri. Si suami tadi telah menceritakan tips itu ... maka sebenarnya tindakan suami itu memberi kesan positif kepada isterinya dengan menyebarkan kasih sayang, puji-pujian, kemaafan dan kata-kata yang indah apabila bersama isterinya mahupun dia bersama masyarakat.
Jadi benarlah.. untuk mendapat isteri yang baik maka suami hendaklah menjadi baik. Suami hendaklah menjadi role model yang baik secara tidak langsung membantu isterinya menjadi manusia yang baik, isteri yang baik.
Buat para suami, jika anda teringin untuk mendapat isteri yang baik, maka jadilah suami yang baik. sesuai dengan firman Allah;
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur 24: 26)
Menempuh alam perkahwinan, anda sudah memilih dia sebagai isteri, maka anda perlulah memahami tabiat, perangai dan sifat isteri anda. Sebagaimana anda bercinta dahulu, tentu anda mengetahui dia lahir pada tahun berapa, apakah warna kegemarannya, apakah perkara yang paling disukainya dan apakah perkara yang paling dibencinya. Mungkin dari data-data zaman bercinta dahulu anda boleh aplikasikan dalam hidup perkahwinan anda.
Contohnya, jika isteri anda lahir pada bulan oktober, anda boleh buat carian tentang sifat-sifat bulan oktober contohnya, Rahsia kelahiran bulan oktober mengikut Dato' Dr Fadhillah Kamsah, Orang bulan oktober dia suka bersembang, suka berkawan-kawan dan suka kegiatan luar, jadi para suami janganlah kurung isteri anda dalam rumah, biarlah dia berkawan-kawan dengan komuniti setempat dibawah pemerhatian anda. Biarlah dia join kelas mengaji, biarlah dia join Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah, biarlah dia join Kelab Kembara, asalkan tidak mengganggu tugas dia sebagai isteri dan dia tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Allah.
Jika isteri anda minat warna biru, mungkin isteri anda seorang yang fakta. Jadi anda jika ingin berbicara dengannya tidak boleh bercakap atas sesuatu yang tiada asas. Anda perlu mengeluarkan fakta-fakta anda mengapa anda melarang isteri anda pergi pasar malam pada hari itu. Anda perlu mengeluarkan fakta-fakta anda mengapa anda merasa tidak selesa isteri anda memakai baju kurung sendat itu. Fakta! Jadi kenali isteri anda... Jangan jadikan alasan bila anda sudah berkahwin dengan isteri anda, anda akan faham isteri anda secara tidak sengaja! atau akhirnya nanti anda akan faham dia! No! Memahami seseorang, anda perlu belajar, dan perlu membaca contohnya buku Mars Vs Venus, memahami personaliti dan banyak lagi buku dipasaran. Penting bagi anda untuk menambah pengetahuan dan ilmu dalam melayari bahtera perkahwinan.
Ingatlah wahai lelaki, isteri anda adalah lubuk rezeki anda. Ramai lelaki yang lupa, setelah dia berkahwin. Sibuklah dia mencari rezeki dan meninggalkan isterinya terkontang kanting. Lebih teruk lagi, apabila dia sudah menjadi kaya, ada duit, ada harta maka dia lupa kesusahan dia dahulu, siapakah yang berada dibelakangnya. Ada yang menggunakan hal rezeki seperti outstation, kena cover event, pergi kursus, meeting dsbgnya untuk menutup kecurangan mereka. Cukup menipu, sanggup juga berahsia semata-mata untuk beraksi curang. Tidak mahukah menggunakan rezeki yang Allah bagi itu untuk melakukan curang?
Ada orang dulunya hanya bekerja sebagai pemandu kenderaan berat, sudah kaya raya dan berharta menyakiti hati isteri senyap-senyap pasang lagi satu. Dulu dia tak kaya, hanya penjual barang-barang kenderaan, tiba-tiba dapat rezeki terpijak, jadi kaya. Terus lupa daratan, tinggal anak bini cari perempuan cantik. Dulu dia hanya pekerja biasa, lengkap cukup-cukup untuk keluarga, tiba-tiba dia eksiden dapat claim insuran riban-riban, tiba-tiba sudah pandai belanja pompuan lain yang tak de pertalian darah, belikan baju, belikan itu ini sedangkan tanggungjawab dia kat rumah terabai, sudah pandai marah isteri, sumpah seranah, hanpon sudah pasang password, beli minyak wangi mahal, sudah pakai cantik2, sudah dingin dengan isteri, tersentuh sikit melenting, tersentuh sikit marah macam nak kiamat... padahal isterinya tak tahu apa salah dia.... rupanya sudah jadi sugar daddy, playboy.. dia lupa masa sakit sape jaga dia, dia lupa masa dia susah siapa keluarkan duit untuk dia, dia lupa masa tak de siapa pun yang suka dia sebab dia miskin, isteri dia yang terima dia... tambahkan rezeki dia.. doakan dia.. jaga dia..
ketika kaya, dia dikerumuni perempuan-perempuan yang hanya mahukan duit dia, yang mahukan keglamoran dia, yang mahukan title, yang mahukan sesuatu darinya. Tapi bila dia dalam kesusahan maka semuanya akan pergi meninggalkannya sendirian, barulah dia sedar erti karma, erti langit tinggi rendah dan erti kesetiaan.
Dan dikala seorang isteri tidak lagi setia, tidak lagi mahu bersamanya maka rezekinya mula berubah, dan seorang isteri yang setia apabila dia sudah berputus asa maka tiada lagi peluang untuknya. Biasanya isteri yang setia akan berikan peluang ke dua untuk suami. Jadi jangan di khianati peluang kedua yang diberikan. Biasanya isteri setia tidak akan berkompromi untuk sekali lagi..
Wahai lelaki curang, jika anda diberi peluang... anda patut bersyukur... patut berubah.. patut menjadi lebih baik untuk isterimu...
1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa untuk memasang niat.
2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. Anda telah memilihnya dalam akad anda disaksikan oleh ahli keluarga anda dan ahli keluarga isteri anda. Anda telah pun mengikat taklik maka tunaikanlah tanggungjawab anda. Anda kena ingat, ramai lagi lelaki diluar sana yang masih membujang atau bujang semula pada usia anda.
3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. Kalau di TV ada Hero tentu dalam keluarga anda, andalah Hero itu. J
4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.
10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.
25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebihdisayangi wanita.
32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasamemuji.
40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin jugadi rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Berubahlah, jangan sehingga engkau kehilangannya barulah engkau sedar bahawa dialah yang terbaik untuk mu. Baru kau sedar bahawa apa yang engkau ada pada hari ini semuanya hanyalah sia-sia.
Barulah engkau insaf yang Allah jadikan isteri untukmu adalah pinjaman, dia akan pergi meninggalkanmu dan tidak akan kembali sebelum sempat engkau memohon maaf kepadanya.
Rujukan:
http://azwandengkil.com/50-petua-untuk-jadi-suami-cemerlang-gemilang-terbilang
http://fadzilahmamat.com/tips-rumahtangga/ciri-ciri-suami-curang/
Labels:
berubah,
curang,
kahwin,
kantoi,
kayu tiga,
kisah,
perkahwinan,
rumahtangga,
sayang isteri,
sayang suami,
six sense,
suami,
suami curang,
suami isteri,
suami orang,
suami teladan,
tanggungjawab suami,
teladan,
tipu
Tuesday, December 29, 2015
Kenapa TIDAK?
Tengah kemas2 studio sensorang, masa pegang2 microfon tiba-tiba terimbau masa student bertenggek kat studio. "Puan, boleh tak kitorang jamming." "Puan, kitorang nak pinjam speaker, boringlah puan tengok video slow". Dan aku kata "NO" dan aku kata "TIDAK".
Tiba-tiba aku terfikir, sejak bila aku boleh kata tidak? Dulu cukup susah utk aku nak kata "Tidak". Kenapa sekarang aku mudah kata "tidak"? Bukankah "tidak" itu ada negatifnya? Lama aku berfikir... Bukanlah aku tidak mahu studentku menggunakan studio tetapi kebanyakkan permintaan bukan kena pada tempatnya.
Pertama, dia mahu kerana suka-suka. Tujuannya untuk berseronok bukan untuk berlatih.
Kedua, harta kerajaan adalah amanah. Jadi amanahnya, studio untuk belajar jika niat untuk berseronok maka akulah yang menanggung dosanya.
Ketiga, perkataan "tidak" itu juga satu ilmu dan pengalaman. Student generasi hari ini jenis yang cukup manja dan kuat memberontak. Perkataan "tidak" mampu memberi impak, tidak semua yang kita mahu itu mudah diperolehi. Tak perlu menyalahkan orang lain jika kita tidak memperolehi apa yang kita hajati. Kadang2 yang kita TIDAK dapat itu adalah lebih baik untuk kita.
Kemudian aku merasa lega... kenapa aku kata tidak.
Thursday, July 30, 2015
Kek Coklat Moist
Kek Coklat Moist
Kiriman: zuera
Kiriman: zuera
| Bahan-Bahan: | |
| 2 ½ cawan tepung gandum 1 cawan koko van houtten 2 sudu besar nescafe 1 camca teh sodium bikarbonat 1 buku butter 2 cawan gula kastor 6 biji telur (2 biji dibuang putih) 1 ½ cawan air | |
| Cara: | |
| 1. pukul gula dan butter hingga kembang. masukkan telur 1 persatu. 2. ayak tepung, sodium bikarbonat, koko dan nescafe. 3. masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan butter. 4. campurkan air, kacau hingga sebati. 5. bakar di dalam oven selama 45 minit di suhu 180 darjah celcius. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| hidangkan bersama topping coklat. cara membuat topping ialah dengan panas kan 1 cawan minyak. kemudian, masukkan susu pekat dan koko secukup nya hingga pekat. | |
Tuesday, September 23, 2014
Ubat chikenpox atau cacar
Satu hari, aku terbaca satu status dari satu facebook, selama ini aku ingat daun bambu je boleh ubat chiken pox rupanya ada beberapa cara lain juga boleh.
Berikut adalah perjalanan cacar dari hari pertama hingga 10 hari.

beginilah bentuk nyatanya...
Ini bentuk virus tersebut...
dan ini bagaimana virus tersebut hidup dalam darah manusia yang dipanggil cacar.
Jadi beberapa orang dari page tersebut memberi komen. Antara komen yang paling saya suka ialah komen saudari Parmes Parmes, first time la baru tahu serbuk kunyit membunuh kuman.
Berikut adalah perjalanan cacar dari hari pertama hingga 10 hari.

beginilah bentuk nyatanya...
Ini bentuk virus tersebut...
dan ini bagaimana virus tersebut hidup dalam darah manusia yang dipanggil cacar.
Info yang boleh kita kongsikan untuk memahami apa itu cacar
Jadi beberapa orang dari page tersebut memberi komen. Antara komen yang paling saya suka ialah komen saudari Parmes Parmes, first time la baru tahu serbuk kunyit membunuh kuman.
Adapun lain2 komen memberi ilmu baru tentang dunia cacar.. yealah lagi banyak kita tahu.. lagi bagus untuk pencegahan. Jadi tak perlulah bersandarkan kepada doktor semata-mata. Mungkin kita boleh berubat secara lain. Bukan bermaksud kita tinggalkan kedoktoran.. tetapi mungkin kita boleh lakukan sebagai alternatif. Cuma diingatkan.. ubat doktor jangan ambil sekali atau bersamaan dengan air kelapa tau!!
semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu bagi ibubapa atau orang yang menghidapi cacar ini.
Adios.. semoga cepat sembuh yea!!
Subscribe to:
Posts (Atom)








































