Hari Jumaat 13 Julai 2012, aku niat berpuasa. Bangun sahur seawal 5 pagi.. Ditemani sahutan anjing liar entah dari mana mengerunkan. Namun disebabkan nak habiskan puasa ganti, aku gagahkan juga. Lepas bersahur dan berkumandang azan, aku mengejutkan suami untuk bersolat. Dan suami bersiap-siap untuk ketempat kerja. Selepas menghantar suami di halaman, aku masuk semula ke dalam bilik dan sambung tidur. Bangun sahaja dari tidur, aku merasa sangat sakit kepala dan badan aku terasa sangat panas. Aku pada mulanya mahu sahaja membatalkan puasaku.. tetapi aku cuba positifkan minda masa tinggal lagi beberapa jam kenapa aku mahu berbuka puasa. aku pun, tahan punya tahan rasa macam nak mati... Alhamdulillah, aku tak tinggal solat dan cuba tuam diri aku dengan air. Bila tiba waktu berbuka, alhamdulillah... seronok betul.. dan makan ubat.
Ingat tamat kat situ sahaja. Esoknya demam berlanjutan. Pening-pening. Sebenarnya hari pertama aku demam aku terima dua tawaran. Pertama, aku dapat panggilan temuduga di KRU Academy. Kedua, aku dapat panggilan dari IKBN Kuala Langat meminta aku hadirkan diri untuk jawatan khidmat singkat. Aku ingat sampai hari ahad tu, aku boleh baik. Tapi tidak. Aku semakin tak menentu. Aku hilang selera makan. Lauk yang paling aku suka iaitu telur goreng setengah masak, aku tak boleh jamah pun. Apa yang berkaitan dengan telur aku tak boleh makan. Roti pizza hubby aku beli ( dia tahu, aku suka roti dari king confectionery) pun aku tak jamah, aku makan lima suap sahaja dari 5 keping yang hubby aku beli. Aku tak boleh makan, aku rasa roti tu sangat keras dan tak boleh di telan. Kalau telan pun rasa nak muntah balik.
Hari sabtu tu, aku mengikut hubby ku ke K.Lumpur, sebab tak de sape nak tengok aku nanti. Hubby aku akan berkursus sabtu ahad. So petang sabtu tu hubbyku menghantarku klinik Idham untuk dapat kan rawatan. Herannya, sampai sahaja aku di klinik tersebut, demamku tiba-tiba kebah diganti dengan keadaan aku rasa sangat-sangat sejuk sehingga menggigil. Doktor pula chek aku tak demam langsung pada suhu 36.8'. Aku cuak betul... betul ke aku sakit atau ni sakit lain. Tapi aku teruskan sahaja makan ubat yang doktor beri. Nasib baik doktor tu bagi ubat antiboitik EES 400mg dan Ubat demam. Habis hujung minggu, aku kembali ke rumah abah di teluk.
Cukup hari isnin, aku telefon IKBN beritahu bahawa aku menangguhkan kemasukkanku kerana masih tidak sihat. Aku menangguhkannya sehingga hari Rabu. Nasib baik timbalan pengarah tersebut memahami. Aku asyik tidur dan makan yang boleh masuk dalam perut. Badan sakit-sakit, terutamanya kulitku rasa seperti melecur dan sakit apabila bergesel dengan sebarang objek termasuk baju yang aku pakai dan kulit aku sendiri yang bergesel dengannya. Tak semua makanan aku boleh makan. Aku meminta hubby aku belikan pisang dan buah pear pun aku tak boleh jamah.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni mengada-ngada sebab tak boleh makan tu ni.. lastly, sampai hari rabu, aku masih belum cukup kuat lagi nak kerja. Walaupun demam sudah hampir kebah. Tapi aku rasa pening-pening bila berjalan. Aku berbincang dengan suamiku, mungkin aku perlu pergi berurut. Dan suamiku bersetuju. Dia menyuruhku balik sendiri naik bas (apa punye discussion daa.. ada aku sakit-sakit disuruh naik bas). Nasib baik, adik ipar aku hendak hantar aku ke komuter. Telefon Cik Zai (Makcik yang nak urut aku tu)... dan malam tu aku berurut di Kuala Lumpur.
Selepas sahaja aku berurut. Badan aku tiba-tiba baik ruam. Merah-merah dan bintik-bintik. Bermula dengan jemari kanan ku. Terasa sakit dan berdenyut-denyut. Kemudian naik hingga ke lengan dan seluruh badan. Aku telefon suamiku, aku kata kepadanya aku kena campak. Ruam-ruam merah dan dan gatal macam campak sahaja cuma dia tak de mata.. merahnya pula sekata. Mungkin campak versi 2012, alaf baru.
Aku menangis-nangis meminta hubby ku hantar sebab dia sibuk nak pergi kerja. Katanya ada event kat seri kembangan, sampai aku cakap.. maner lebih penting, event tu atau aku? Pagi tu hujan tak teduh-teduh sampai pukul 10 pagi.. Lepas tu, last-last hubby aku hantar juga ke Klinik Kesihatan Daerah Gombak. Sampai kat Doktor dia tengok aku punye kulit dia kata, ini bukan campak ni, ni macam denggi.
alamak!! Denggi ke? aku maner la pernah kena denggi.. aku cuba yakinkan kat doktor, saya kena campak kot.. sebab tangan saya penuh bintik-bintik pastu gatal. Gatal dia sampai tahap aku dah tak rasa kulit tangan lagi dah.. siap bengkak dah tapak tangan aku. Bukan tangan je bengkak, badan sume dah bengkak, kaki pun bengkak. Pastu doktor tu bagi kertas kat aku suruh aku pergi kaunter 4, pergi chek darah. Alamak!! Chek darah la plak.. dah la aku tak suka chek darah!! Nasib baik la nurse dia o.k .. sampai result kat doktor kata, ermm... denggi ni.. dia soh aku datang lagi buat chek darah esok!!
alamak, kena chek darah lagi!! Tak mau!! Tapi nak wat camner.. kena gak chek darah! Doktor suh aku minum air kosong banyak, makan sup ketam. Hubby aku ronda satu keramat cari air kelapa... Balik tu, aku minum air kelapa terus. Pastu, minum air banyak2.. minum air 100pluss plak... alamak.. aku tak nak admit kat hospital.. aku tak pernah masuk spital! Setiap minit aku akan bersulam air.. kencing-kencing tu toksah cite lah.. yang penting, badan aku cepat sembuh. Aku pun membaca Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 1 - 25 dan 2 ayat terakhir surah al-baqarah. Tangan aku mula-mula bengkak habis tapi menjelang malam dia dah surut skit.. buat hati aku rasa gembira walaupun, tak tahu apakah keputusannya esok.
Esoknya, aku pergi ke Klinik lagi, dan buat pemeriksaan darah lagi. Doktor terperanjat, dia kata platlet aku tak turun. Dia memang suspek aku denggi tapi dia kata baguslah kalau macam tu, dia suruh aku teruskan minum air kosong dan minum sup ketam. Balik tu, aku singgah giant beli lauk untuk buat sup ketam, dan masak sup ketam sendiri. Lepas masak sup ketam, tangan kanan aku bertambah surut. Begitu juga dengan kaki. Cuma kulit sangat sensetif. Bila aku tergaruk je gatal, terasa sakit sangat kulit. Aku ingat kuku aku yang tajam.. tapi bila suruh hubby chek, dia kata kulit aku yang sensetif sangat.
Bab keje tu, aku hantar sms kat IKBN dan aku diberi ruang untuk sihat dahulu. Alhamdulilah..
Harini hari pertama berpuasa di bulan ramadan. Aku tetap berpuasa. Walaupun, ada kegelisahan pada diri aku takut virus denggi tu mengganas, cuma tangan ku sahaja bengkak balik skit.. dan badan gatal2.. lepas berbuka nanti aku akan minum air dengan banyaknya untuk cover balik air yang hilang.
Harap-harap, sakitku cepat sembuh. Amin.
Assalam, semua orang ada kehidupannya sendiri. Blog ini mengisahkan aku.. semuanya tentang aku..
Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.
Mari faham isi AL-QURAN..
Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya
Saturday, July 21, 2012
Thursday, June 28, 2012
Rempah Ratus - Buat Rempah Sendiri
Petang tadi, sementara mengunting kain langsir untuk persiapan menjahit langsir raya aku mataku melirik kepada satu rancangan realiti. Selebriti Masterchef Malaysia, aku rasa itu adalah siaran ulangan.
Tapi aku belum lagi tengok. Ada 4 orang selebriti, sedang diuji dalam peringkat penyingkiran. Mereka dikehendaki memasak dari rempah ratus yang diberi. Sebelum memasak, mereka telah diberi penerangan oleh pengadil masterchef berkenaan bagaimana untuk menggabungkan beberapa rempah ratus menjadi serbuk kari. Aku cukup berminat.. lalu aku pun menanda pada kertas beberapa rempah ratus yang digunakan. Tapi aku tidak dapat mengikuti perkembangan realiti tersebut sehingga akhir sebab langit tiba-tiba berdentum-dentum dengan guruh dan memaksa aku menutup televisyen dan plug.
Namun, aku disini ingin berkongsi dengan pembaca apakah rempah ratus yang telah aku senaraikan. Kemudian aku cedok dari blog Dapur Tanpa Sempadan beberapa gabungan rempah untuk menjadi kari, kurma dan sebagainya.. bagi aku, memasak dengan rempah ratus pun bagus juga.. tak menyesal untuk aku melihat cerita tadi menyebabkan keterujaan aku memaparkan ilmu rempah ratus.
Antara rempah yang digunakan untuk memasak yang sempat aku salin adalah
Jintan Manis
Jintan Putih
Nama Saintifik: Cuminum cyminum
Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.
Bunga Cengkih
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Ketumbar
Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih attau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.
Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.
Lada Hitam
Lada Putih
Kayu Manis
Halba
Biji Sawi
Bahasa Inggeris: Mustard Seeds
Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Ia berdiameter lebih kurang 2mm, berwarna dari putih kekuningan, hingga hitam. Ia merupakan rempah yang penting dalam beberapa masakan tempatan. Selalunya terdapat dalam warna coklat gelap, yang mempunyai rasa terbaik. Biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih pula kurang berperisa.
Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi boleh digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Serbuk biji sawi pula tidak mempunyai aroma ketika kering, tetapi rasa pedasnya dilepaskan setelah dicampur dengan air. Biji sawi melarutkan cecair dalam sos salad untuk menggabungkan minyak dan cuka, serta menambah rasa pedasnya.
Serbuk Cili
Serbuk Kunyit
dan ada juga dari searching aku beberapa rempah lain digunakan iaitu
Daun Bay @ Daun Salam
Buah Keras
Bahasa Inggeris: Candlenut
Nama Saintifik: Aleurites moluccanus
Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Ia digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah.
Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.
Antara Ilmu yang aku dapat ialah ada empat asas rempah kari yang digunakan iaitu Jintan Manis, Jintan Putih, Kunyit dan Cili. Namun ia akan menjadi berbeza dengan adanya penambahan atau pengurangan bahan rempah lain. Contohnya jika mahu masak kari kena masukkan Halba dan sukatanya kena lebih dari bahan asas tersebut.
Dari blog lain tak la banyak maklumat, so.. untuk mengingatkan aku maka aku paste je la kat sini dari blog tersebut dan aku akan link kan sekali blog itu. Bagusnya jika kita dapat menggunakan rempah dalam masakan kita tanpa membeli paket rempah diluar. Kita masak kita tentukan.. betul kann...
REMPAH GARAM MASALA
Bahan-Bahan:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali sehingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
2. SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tetapi berwarna hitam, rasa seakan-akan daun pudina. Agak sukar didapati, tetapi boleh dijumpai dikedai-kedai inda menjual rempah ratus.
REMPAH KARI KURMA
Bahan-bahan:
3 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah-patahkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1/2 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.
2. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
REMPAH KARI DAGING/AYAM
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering.
2. Goreng tanpa minyak sehingga harum dan kiar hingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.
REMPAH KARI IKAN
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2. Kisar rempah sehingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
REMPAH SUP BUNJUT
Bahan-bahan:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkeh
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
REMPAH SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 sudu biji rempah
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkeh
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 isi buah pala
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. tumbuk atau kisar halus.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan, tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing. Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur. Tambahkan daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak diketahui namanya)vuntuk sup ikan.
Rujukan:
http://abgjayrecipes.blogspot.com/2010/10/sup-ikan-keli.html
http://cendanakasih.blogspot.com/2009/01/sup-ikan.html
http://kinazone.blogspot.com/2011/11/sup-bunjut.html
http://myaida-incrediblerecipes.blogspot.com/2010/05/sup-daging-rempah-ratus-sup-bunjut.html
http://la-abwa.blogspot.com/2008/11/rahsia-bunjut-terbongkar.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketumbar
http://www.trymasak.my/glossari.php
http://izzeyda-info.blogspot.com/2011/05/keistimewaan-lada-hitam.html
http://laptopretak.blogspot.com/2009/10/daun-salam-bay-leaf-daun-untuk-membuat.html

Jintan manis adalah rempah yang beraromatik dan mempunyai rasa manis. Ia bewarna koko atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang. Ia mempunyai rasa menthol yang rendah dan sedikit tengik serta herba. Benih jintan manis terbahagi kepada dua, dan satunya kadang-kala tertinggal di tangkai.
Dalam masakan Melayu, ia sering digunakan bersama jintan putih dan dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.
Jintan Putih
Nama Saintifik: Cuminum cyminum
Nama Inggeris: Cumin
Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.
Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek.
Petua
Petua
Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.
Bunga Cengkih
Nama Saintifik: Syzygium aromaticum
Nama Inggeris: Clove
Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, dan manis yang hampir-hampir pedas atau ‘berangin’. Ia juga mempunyai rasa pahit dan kelat, serta paling menusuk antara rempah-rempah lain hingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut.

Bunga cengkih elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk cepat merosot rasanya. Bijian kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Rasa bunga cengkih dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan, oleh itu penggunaan yang sedikit digalakkan.
Bunga cengkih digunakan dalam masakan nasi beriyani, dalam bentuknya yang asal dan menyeluruh untuk menambah rasa dan hidangan masakan tersebut. Ia sering diguna bersama jintan putih dan kayu manis.
Petua
Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkan ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala jika tidak akan tenggelam atau terapung secara mendatar.
Bunga Lawang
Nama Saintifik: Illicium verum
Nama Inggeris: Star Anise
Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5-rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian, untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama. Disebabkan itulah kuah sos sentiasa mempunyai aroma yang kuat, dikeluarkan oleh bunga lawang ini.

Bunga lawang juga dikisar untuk digunakan dalam masakan salai, untuk menekankan aromanya ke atas masakan tersebut. Ia boleh juga digunakan untuk menambah rasa dalam masakan kari. Bunga lawang yang berbau manis ini turut menambah rasa enak di dalam minuman teh. Walaupun mempunyai rasa akar (asli) yang kuat namun ia tidak mempunyai kaitan secara botani dengan jintan manis.
Buah Pelaga
Nama Saintifik: Eletarria cardamomum
Nama Inggeris: Cardomom
Nama Inggeris: Cardomom
Pelaga adalah salah satu rempah yang termahal di dunia kerana sifatnya yang eksotik. Disebabkan itu ia digelar sebagai ‘ratu’ segala rempah. Pelaga sering diguna sebagai bahan perasa untuk masakan manis dan enak di Asia Selatan. Buah pelaga yang dikeringkan digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan lain. Sama ada sebiji ataupun dikisar, boleh dicampur ke dalam minuman kopi, teh, kuih-muih dan kek. Ia boleh ditumbuk hingga nampak kesan lebam dan digoreng sebelum menambah bahan utama masakan ke dalam kuali, atau ditumbuk sehingga hancur bersama dengan bahan rempah yang lain. Kulitnya itu sendiri mempunyai rasa yang asli dan selalunya tidak digunakan kerana akan meninggalkan rasa yang pahit di dalam masakan.
Petua
Ia juga boleh digunakan untuk menghalau lipas dengan meletakan pelaga ditempat yang ada lipas
Ketumbar
Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih attau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.
Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.
Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.
Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi: धनिया dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamil: சாம்பார்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan.
Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.
Lada Hitam
Nama Inggeris: Black Pepper
Lada hitam adalah buah beri yang belum masak dan telah dikeringkan. Beri dipetik ketika masih kehijauan, dibiarkan ‘menapai’ dan kemudian dikeringkan di bawah sinaran matahari hingga mengecut dan bertukar warna menjadi coklat kehitaman. Lada hitam mempunyai aroma tajam dan menusuk, serta rasa asli pedas berempah.
Lada hitam elok dikisar dan ditabur terus ke atas makanan. Dengan masakan pedas, ia bagus dicampurkan di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan. Lada putih lebih banyak digunakan di dalam kuah sos warna putih berbanding lada hitam kerana sudah tentunya lada hitam akan menyebabkan sos putih itu kelihatan berbintik.
Kelebihan lada hitam
1 Mencegah kanser
Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh anda, mampu membantu menangkis diri anda daripada diserang barah payu dara. Hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan tradisional masyarakat India seperti kari antara masakan yang mengandungi bahan tersebut.
2 Agen cucian
Adakah warna pakaian kegemaran anda sudah mulai pudar? Jangan risau! Menurut pengarang The Naturally Clean home, Karyn Segel-Maier, lada hitam, putih atau hijau merupakan agen terbaik untuk mengekalkan warna agar bertahan lebih lama. Tidak perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak, hanya membuat percikan sebanyak satu camca teh lada bersama pencuci pakaian ke dalam mesin basuh, ia akan membantu mengelakkan warna baju daripada luntur dan pudar.
3 Penyental kulit
Dapatkan kulit yang lebih halus dan lembut dengan agen penyental kulit yang diperbuat daripada bahan yang anda tidak pernah fikirkan - lada hitam, putih atau hijau. Menurut pengurus Bliss Spa, Wendy Allred, selain bertindak membuang sel-sel kulit mati, ia turut merangsang peredaran oksigen di samping membekalkan nutrien pada permukaan kulit anda.
4 Bernafas dengan selesa
Sukar bernafas? rempah-rempah ini ada penyelesaiannya! Mengandungi bahan kimia semula jadi - dekongestan yang akan bertindak balas dengan mukus anda sehingga menghasilkan bahan pencair. Berdasarkan penjelasan daripada pengarang Guide The Good Doctor to Colds and Flu, yang juga profesor di Sekolah Perubatan Mt. Sinai, New York, Neil Schachter, bahan pencair tersebut akan terhasil pada hidung dan bertindak membersihkan kotoran keluar dari hidung anda. Dengan hanya menambah secubit serbuk lada sama ada hitam, putih atau hijau dalam semangkuk sup ketika demam akan membantu anda bernafas dengan mudah.

Nama Inggeris: White Pepper
Lada putih dipetik apabila beri sudah masak. Kulit luarnya dialihkan dengan merendam beri di dalam air, sehingga kulit beri terkopek, atau diletakkan di bawah mata air yang mengalir menghasilkan lada yang putih dan bersih. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut dan nyaman berbanding lada hitam. Lada putih digunakan sepenuhnya sebagai bahan dalam membuat rempah jeruk dan perapan. Lada putih yang dikisar (serbuk) digunakan di dalam makanan yang berwarna lembut seperti sup dan kuah sos.
Kayu Manis
Nama Saintifik: Cinnamomum verum
Nama Inggeris: Cinnamon
Kayu Manis adalah gelaran kepada kulit kayu dari pelbagai jenis pokok malar hijau yang berasal dari jenis Cinnamomum. Kayu manis berkarektor kayu asli, semula jadi dan tengik dari segi rasa dan aroma.

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu atau serbuk. Bentuk kayu boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama tetapi bentuk serbuk mempunyai rasa yang lebih kuat. Lebih halus kisaran serbuk itu lebih cepatlah deria rasa menangkapnya.
Apabila kayu manis digunakan dalam bentuk asalnya; bahagian kulit kayu akan digoreng dalam minyak yang panas hingga gulungan dibuka untuk membebaskan harumannya. Kemudian ditambah bahan-bahan lain seperti tomato, bawang atau yogurt. Ketulan kayu manis selalunya dikeluarkan sebelum masakan dihidang tetapi ada juga yang menjadikannya hiasan untuk menambahkan aroma. Jika serbuk kayu manis yang dipilih, ia� dimasukkan ke dalam masakan sebelum ia dihidangkan kerana memasaknya akan meninggalkan rasa yang sedikit pahit.
Tahukah Anda?
Kayu manis mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan rempah ratus dan juga perubatan. Kemampuan unik dalam penyembuhan atau pemulihan penyakit kayu manis datang dari minyak yang ditemui dalam komponen-komponen kulit kayunya.
Halba
Nama Saintifik: Trigonella foenum-graecum
Nama Inggeris: Fenugreek
Halba adalah bijiran benih keras daripada pokok kekacang. Ia boleh didapati sama ada dalam bentuk asal dan kering, atau serbuk berwarna kuning pudar, atau bijian kisaran daripada bijiran yang telah dipanggang. Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang telah dibakar dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah di dalam serbuk kari.

Jika halba perlu digunakan dalam pes kari, rendamnya semalaman untuk ia mengembung dan menjadi lembut, supaya senang dicampur dengan bahan-bahan lain. Selain dari kari, halba juga digunakan untuk menambah rasa daging merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia akan meninggalkan rasa yang pahit.
Sedikit bahagian daripada halba ini turut digunakan secara komersial dalam perisa buatan seperti vanila, caramel, butterscotch dan maple. Di Malaysia, ia dimasak dengan nasi di dalam masakan Nasi Dagang.
Biji Sawi
Bahasa Inggeris: Mustard Seeds
Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Ia berdiameter lebih kurang 2mm, berwarna dari putih kekuningan, hingga hitam. Ia merupakan rempah yang penting dalam beberapa masakan tempatan. Selalunya terdapat dalam warna coklat gelap, yang mempunyai rasa terbaik. Biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih pula kurang berperisa.
Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi boleh digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Serbuk biji sawi pula tidak mempunyai aroma ketika kering, tetapi rasa pedasnya dilepaskan setelah dicampur dengan air. Biji sawi melarutkan cecair dalam sos salad untuk menggabungkan minyak dan cuka, serta menambah rasa pedasnya.
Serbuk Cili

Serbuk Kunyit
dan ada juga dari searching aku beberapa rempah lain digunakan iaitu
Daun Bay @ Daun Salam
Ramai daripada kita mengenal bay-leaf tetapi jarang daripada kita mengenal pokok salam ia Satu keluarga dengan bay-leaf. Seperti yang kita ketahui bay-leaf banyak digunakan didalam ramuan masakan barat khususnya pada spageti dan pizza. Penduduk meixo juga gemar menggunakan daun ini dalam rempah masakan. Di pantai timur ia dikenali sebagai Serai Kayu dan merupakan salah satu ramuan penting dalam nasi kerabu.
Ciri-ciri Fizikal Pokok ini
Pohon berukuran sedang, mencapai tinggi 30 m dan gemang 60 cm. Pepagan (kulit batang) berwarna coklat abu-abu, memecah atau bersisik.Daun tunggal terletak berhadapan, dengan tangkai hingga 12 mm. Helai daun berbentuk lonjong, jorong sempit atau lanset, 5-16 x 2,5-7 cm, dengan 6-11 urat daun sekunder, dan sejalur urat daun intramarginal nampak jelas dekat tepi helaian, berbintik kelenjar minyak yang sangat halus.
Kuntuman bunga berupa malai dengan banyak kuntum bunga, 2-8 cm, muncul di bawah daun atau terkadang pada ketiak. Bunga kecil-kecil, duduk, berbau harum, berbilangan-4; kelopak seperti mangkuk, panjangnya sekitar 4 mm; mahkota lepas-lepas, putih, 2,5-3,5 mm; benang sari banyak,. 3 mm, terkumpul dalam 4 kelompok, lekas rontok; piringan tengah agak persegi, jingga kekuningan. Buah buni membulat atau agak tertekan, 12 mm, bermahkota keping kelopak, berwarna merah sampai ungu kehitaman apabila masak.
Kegunaan
Daun salam digunakan terutama sebagai rempah pengharum masakan di sejumlah negeri di Asia Tenggara, baik untuk masakan daging, ikan, sayur mayur, maupun nasi. Daun ini dicampurkan dalam keadaan utuh, kering atau pun segar, dan turut dimasak hingga makanan tersebut matang. [2] Rempah ini memberikan aroma herba yang khas namun tidak keras. Di pasar dan di dapur, salam kerap dipasangkan dengan laos alias lengkuas.
Kayunya berwarna coklat jingga kemerahan dan berkualitas menengah. Kayu yang tergolong ke dalam kayu kelat (nama perdagangan) ini dapat dipergunakan sebagai bahan bangunan dan perabot rumah tangga. Kulit batang salam mengandung tanin, kerap dimanfaatkan sebagai ubar (untuk mewarnai dan mengawetkan) jala, bahan anyaman dari bambu dan lain-lain. Kulit batang dan daun salam biasa digunakan sebagai bahan ramuan tradisional untuk menyembuhkan sakit perut. Buah salam dimakan orang juga, meski hanya anak-anak yang menyukainya.
Daun salam kering mengandung sekitar 0,17% minyak esensial, dengan komponen penting eugenol dan metil kavikol (methyl chavicol) di dalamnya. Ekstrak etanol dari daun menunjukkan efek antijamur dan antibakteri, sedangkan ekstrak metanolnya merupakan anticacing, khususnya pada nematoda kayu pinus Bursaphelenchus xylophilus. Sumber Wikipedia.
Buah Keras
Bahasa Inggeris: Candlenut
Nama Saintifik: Aleurites moluccanus
Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Ia digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah.
Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.
Antara Ilmu yang aku dapat ialah ada empat asas rempah kari yang digunakan iaitu Jintan Manis, Jintan Putih, Kunyit dan Cili. Namun ia akan menjadi berbeza dengan adanya penambahan atau pengurangan bahan rempah lain. Contohnya jika mahu masak kari kena masukkan Halba dan sukatanya kena lebih dari bahan asas tersebut.
Dari blog lain tak la banyak maklumat, so.. untuk mengingatkan aku maka aku paste je la kat sini dari blog tersebut dan aku akan link kan sekali blog itu. Bagusnya jika kita dapat menggunakan rempah dalam masakan kita tanpa membeli paket rempah diluar. Kita masak kita tentukan.. betul kann...
REMPAH GARAM MASALA
Bahan-Bahan:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali sehingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
2. SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tetapi berwarna hitam, rasa seakan-akan daun pudina. Agak sukar didapati, tetapi boleh dijumpai dikedai-kedai inda menjual rempah ratus.
REMPAH KARI KURMA
Bahan-bahan:
3 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah-patahkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1/2 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.
2. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
REMPAH KARI DAGING/AYAM
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering.
2. Goreng tanpa minyak sehingga harum dan kiar hingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.
REMPAH KARI IKAN
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2. Kisar rempah sehingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
REMPAH SUP BUNJUT
Bahan-bahan:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkeh
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
REMPAH SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 sudu biji rempah
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkeh
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 isi buah pala
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. tumbuk atau kisar halus.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan, tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing. Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur. Tambahkan daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak diketahui namanya)vuntuk sup ikan.
Rujukan:
http://abgjayrecipes.blogspot.com/2010/10/sup-ikan-keli.html
http://cendanakasih.blogspot.com/2009/01/sup-ikan.html
http://kinazone.blogspot.com/2011/11/sup-bunjut.html
http://myaida-incrediblerecipes.blogspot.com/2010/05/sup-daging-rempah-ratus-sup-bunjut.html
http://la-abwa.blogspot.com/2008/11/rahsia-bunjut-terbongkar.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketumbar
http://www.trymasak.my/glossari.php
http://izzeyda-info.blogspot.com/2011/05/keistimewaan-lada-hitam.html
http://laptopretak.blogspot.com/2009/10/daun-salam-bay-leaf-daun-untuk-membuat.html
Saturday, June 2, 2012
Sakit secukup rasa
Apa yang harus aku lakukan jika melihat orang lain jatuh
Pada masa aku sendiri tidak dapat bangun
Orang memandang aku melihat dari presepsi mereka
bahawa aku seolah-olah tidak mahu bangkit
padahal tulang yang menyokongku sudah retak tiada siapa yang tahu
sudah berkali-kali aku banting, berkali-kali juga aku dibaling
sudah berkali-kali aku jatuh terjelupuk tapi tiada siapa yang tahu
sebab itu tulangku retak
ditambah pula baru sahaja aku ingin bangkit sudah disepak terajang oleh mereka yang aku tidak kenali
ditambah pula baru sahaja aku ingin bangkit sudah disepak terajang oleh mereka yang aku tidak kenali
bila aku jatuh lagi kali ini.. retakku semakin parah
hanya suamiku sahaja yang faham kerana setiap kali aku dibaling dia yang menyambutku
Air mataku bukan lagi perkara luar biasa buat dia
Sebab dia juga pernah jatuh berkali-kali
dan aku yang menahannya dari terus diterajang oleh masa
masalahnya tulangku retak semakin retak apatah lagi tika aku menahannya
sudah banyak sangat titisan air mataku
yang turun tanpa dilihat oleh mata orang lain
Apa orang tahu tentang hidup kami?
Apa orang tahu tentang derita kami? Ada pernah kami cerita?
Tak perlulah kami bukukan kesulitan kerana ianya hak yang telah ditentukan oleh tuhan buat kami
Tapi tak perlulah ditambah dengan kata-kata nista yang tak tahu hujung pangkal
Tak perlulah berperasangka tanpa tahu apakah yang berlaku
Aku tak pernah minta diuji tetapi hidup tak akan terlepas dari ujian-Nya
sebab itu aku reda menjalani hidup ini dengan senyuman
Orang melihat aku tersenyum seolah-olah hidup ini gembira
seolah-olah aku cukup bahagia dengan dunia ini
Petahku seolah-olah aku tiada masalah yang perlu aku tangani
Dunia ini penuh rama-rama dan cahaya pelangi
Dihujung langit baru ingin terbit mentari
Ohh indahnya duniaku..
Yang indah itu hanya dari kaca mata mereka
kerana aku menzalimi diri sendiri menukar apa yang didada dengan bayangan
Tika melihat anak-anak buah berkeliaran
aku merintih sendiri
tika aku peluk dan cium, hati ku sebak
tika yang hak hadir .. sembilu menikam dikalbu
siapa tahu tentang air mata yang tidak bergenang dikelopak
berombak dijiwa
apa erti sakit jika tiap kali cuba bangkit
tiap kali itu aku sakit
siapa tahu cerita lama berkali-kali menjelma
sudah aku lali jatuh, tapi aku tetap jatuh juga biarpun bukan ditempat yang sama
kata orang, gagal bukan bererti gagal selamanya
aku pegang kata-kata itu, aku cuba bangun dari jatuh
tapi retakku semakin lama semakin teruk
dan aku putuskan untuk berehat seketika
biar retakku simen dengan konkrit... sekali lagi retak tetap juga aku simen lagi
dan lagi.. dan lagi berkali-kali
orang tak faham..
dia lihat aku jatuh.. dia ingat aku jatuh untuk kali pertama
mungkin aku dipesenda, sudahlah jatuh tak mahu pula bangun
sudah aku tak tahan tapi apa yang boleh aku lakukan
mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia bagaimana?
apa yang mereka rasa? mereka bukan tahu apa-apa
Kali ini sekali lagi..
aku tak mengerti kenapa mahukan keputusan ini
ini bukan keputusanku, dan aku tak rela
langsung tak rela
fikir masak-masak pun tak masak lagi sebenarnya
sudah diangkat mentah-mentah
Kalau aku sudah berada di lembah duri
lagi nak di pindah ke lembah sembilu
aku rasa sama sahaja
tak ada beza
antara duri dengan sembilu
sakit.. aku juga yang sakit
Sudahkan jauh aku rasa sakit
Inikan pula dihadapan mata
lagi aku sakit
rasa nak mati
tak terkata
bukan keputusan aku ini..
nak tinggalkan aku sendirian
lebih baik aku memang hidup sendiri
kalau sakit aku boleh lari
tak ada sapa pun peduli
sampai bila-bila pun
kalau aku tua pun begini juga aku
sebab selagi beginilah keadaannya
asyik pindah randah
selagi itu tak akan kemana-mana
Bagai melukut ditepi gantang.
Boleh aku buat keputusan?
aku nak dot kat sini
terakhir
.
.
.
.
.
nampak?
kecil kan?
tapi cukup sakit!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)