Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Tuesday, October 25, 2016

Kisah teladan untuk para suami


Pengalaman kenalan menjangkau usia 10 tahun perkahwinan, en suami bermain cinta dibelakangnya,  Itu bukan kali pertama, en suami buat begitu.  Malah sudah banyak kali...  Semuanya kantoi sendiri depan isteri.. Dari email, dari sms, dari facebook, dari media yang dia guna termasuklah fake facebook dia... kantoi.  Melihat situasi itu, aku terasa benarlah bahawa isteri Allah kurniakan 6 sense atau deria ke enam.  Dia boleh hidu kecurangan suami dengan izin Allah.


Dari pemerhatian lagi, kisah seorang artis terkenal yang sangat hensem berkahwin dengan wanita pilihannya.  Aku mengikuti kisahnya kerana artis tu hensem dan alim.  Tup.. tup.. bergegar rumahtangganya bila dia terkantoi dengan isterinya menjumpai surat nikah di selatan thai.  Satu Malaysia tahu... Dari aku respek dia atas 'alim' nya itu terus aku cut off.  Rupanya, abang alim pun tak terlepas dari gatal.  Macammana dia tuang kot lain alasan-alasan manis pun, orang ke tiga itu ku gelar 'perampas'.

Satu hari aku duduk berborak dengan sorang staff lelaki yang baru bertukar di tempat kerja.  Sedap2 borak, dia sendiri yang buka cerita.  Katanya dulu dia ada berkenalan dengan sorang perempuan cantik.  Masa tu dia dah kawin.  Perempuan tu tanya, dia masih kosong ke?  Dia jawab "kosong lagi" dan kemudian dia ketawa... ketika dia cerita itu, aku bersama dengan sorang lagi kawan.. kami buat muka pelik.  Kemudian dia sambung - Ye lah.. "KOSONG LAGI tiga!!".  Aku dan kawan ku berpandangan... Dasyat juga penangan lelaki ni.  Kemudian kawan aku bertanya, masa curang tu, tak terasa ke bersalah dengan isteri.  Jawab lelaki tu, tak de rasa apa2, just mulanya suka-suka.  Akhirnya tersangkut... kemudian dia sendiri bagi nasihat "apa pun, JANGAN MULA,  bila dah terperangkap susah nak keluar".  Akhirnya dia kantoi dengan isterinya.  Isterinya dapat tahu... sudah hidu... Betul kann... Isteri ada 6 sense tu... aku membenarkan lagi pemikiranku... Dasyatnya deria seorang isteri.


Pada akhirnya aku bertanya.  Habis perempuan tu macammana?  Lelaki tu jawab; tinggalkanlah.. Menyirap darah aku... Lelaki tu tak fikir ke kesannya masa dia hanyut bercinta dengan anak orang.  Apa perempuan yang kena tinggal tu tak de perasaan?  Dia feeling kat lelaki tu sebab dia ingat lelaki tu bujang... Rupanya Lelaki tu PENIPU BESAR... Sudah lah dia tipu perempuan tu, dia tipu isteri dia, kemudian selamba badak je dia buat keputusan "tinggalkanlah".. perasaan itu just simple as that!!
Perasaan isteri dia... pasti terluka... terluka tidak akan sembuh... sekali pun.


Sejak dia cerita tu, aku dok perati lelaki ni... aku dok perati apakah sifat-sifat dia... Pemerhatian itu juga ilmu... sampailah satu insiden aku berselisih kerja dengan dia... terserlah lah sifat-sifat yang aku simpulkan seperti... Egoistik tinggi,  Cakap dia pusing macam ahli politik,  lemah lembut dengan perempuan macam gigi dengan gusi..  Perempuan yang tak kenal dia sangat kata dia sangat baik dan BAGUS sebab mulut dia manis... so sweettt....  kerjanya teliti tetapi pendesak, dia akan keep mulut manis pusing macam gasing sampai lah kerja tu siap... kalau kerja tu tak siap dia boleh ugut dengan cara yang halus... kononnya...  tapi dengan aku, dia tak dapat buat macam tu sebab aku dah kaji sikap dia... kah.. kah...

Orang menipu ni banyak... suami zaman sekarang pun bukan boleh percaya...  masa bercinta gigi tu lembut dari gusi... Lidah tu bercabang 300.. cakap puitis tahap dewa... cakap pandang sampai nak tercium muka... angin lalu je pun dah tak dengar apa dia cakap punyalah perlahan..  cakap 2 3 kali ulang masih senyum... sweeetttt nyaaa.....  Semuanya hebat,  rambut bau wangi, baju bergosok,  kasut berkilat, kereta pinjam kata kereta sendiri, jangankan batuk, kentut pun tak de bunyi.

Lagi... Tulis kat Fb "Any girl nak dipimpin hingga ke Jannah?"

Hakikatnya...
Ke Jannah ke Jahanam..

Ye lah, awal kawin semua sweetttt lagi...  Bila dah kawin, masuk 10 tahun, jangan kata ombak, lori lalu pun kalau tak dengar kena maki.  Abang cakap ni kau tak dengar!  -  Tak de!  Abang cakap apa? - Mata menjengel nak terkeluar dari sarung.... merah je... baru balik kerja katanya PENAT!!.  Abis dia ingat isterinya tak penat?  Balik kerja sama-sama jugak..  lagi nak masak, tengok baju tak berlipat, lantai tak bersapu, dapur berminyak... PENAT... LAGI EXTRA PENAT!  Balik tengok rumah macam reban ayam... Arghhh.... Stress.... Sebab tu isteri gemuk..  Pakar cakap, kenapa isteri gemuk sebab dia stress...  Konsep orang kata, isteri gemuk tu sebab dia bahagia tu memang hanya nak tutup..  Macammana nak kurus.. tidur pun tak cukup, bila stress makan.. makan... makan... makanan tak habis pun dia kena makan... bila masak2.. tengok suami tak makan.. pun stress..


Suami macam ni nak bawak isteri ke Jannah?  Macammana tu.... isteri kerja dalam keadaan stress, hati tak ikhlas... marah... sedih... tak puas hati... dsbg...

Apatah lagi kalau suami tiba-tiba main cinta dengan orang lain.  Tak stress ke?  Sudah la mak bapak dia pun isteri dia nak jaga.. ini plak suami buat hal... maunya rasa macam nak terjun lombong.

Ada suami dia tak sedar... yang dia tidak menghargai apa yang ada di depan mereka.  Mereka hanya sedar bila apa yang ada itu telah tidak lagi wujud.  Masa tersebut tidak lagi gunanya.  Kebanyakkan isteri atau wanita.. dia mampu bertahan dengan beban sakitnya batin berkurun lamanya.. tapi sekali bila dia sudah buat keputusan untuk keluar dari kesakitan itu, selalu nya dia tidak akan berpatah lagi... miskipun bekas suaminya terhegeh2 nak balik.

aku teringat satu kisah pernah aku baca...  luahan seorang isteri bekerjaya, diajak tinggal bersama mertua dan ipar duainya.  Kata suaminya, nak jaga ibunya, tup tup habis gajinya terpaksa dibelanjakan untuk suami dan ipar duai.  Isteri tersebut tidak tahan dan ajak suaminya berpindah.  Tetapi suaminya marah,  seolah-olah isterinya itu tidak sayang kepada keluarga suaminya.  Bila ipar duai minta duit dari isterinya dan isterinya tak mahu bagi... suaminya kata, isterinya kedekut, dia bekerja pun dengan izin suami.. jadi bantulah... Isterinya stress... teramat stress..  Sehinggalah satu kejadian, akhirnya isteri dipukul oleh ipar duai malah mak mertua dok perati setuju.. akhirnya isteri tersebut putus asa dengan perkahwinannya.  Dia keluar dan dia bawa semua harta miliknya... Mohon cerai di mahkamah... Si Suami barulah terhegeh2 cari balik, tiba2 si suami boleh pula pindah keluar dari rumah mak dia... tapi semuanya telah terlambat.  Si Isteri telah membuat keputusan... tidak akan kembali...  Begitulah bila seorang isteri yang setia dan banyak berkorban tetapi tidak dihargai oleh suami.. pada akhirnya bila sampai tahap dewa yang tak boleh lagi terima terutamanya melibatkan maruah diri tercalar... Seorang yang setia pun, ada limitnya.. dan bila dia sudah buat keputusan biasanya dia tidak menyesal dan tidak akan berpatah arah... Biasanya orang yang setia .. pada akhirnya dia boleh turn pada satu keputusan drastik yang boleh membuatkan seseorang itu terkejut.

Janganlah seorang suami, hanya mendengar tanpa tindakkan.  Biasanya seorang isteri selagi mana dia mampu bertahan, dia akan bertahan.. tetapi bila mana dia rasa terbeban dia akan bersuara dan menyatakan... bila mana dia asyik bercakap perkara yang sama... suami perlu beri perhatian sangat-sangat untuk mengubahnya kerana pada tahap dia mengulang-ulang bermaksud sabarnya sudah pun hampir limit... Jika tiada tindakkan dari suami, seolah-olah rasa seorang isteri itu, tidak dihargai pengorbanan bertahan...  Bertahan itu juga satu pengorbanan sebab mendera emosi dan batin isteri.  Sedangkan emosi dan batin itu adalah nafkah tanggungjawab suami juga... apatah lagi jika suami mengabaikannya...  Maka terimalah kesan dari pengkhianatan tanggungjawab sendiri..

aku ada lagi satu kisah,  Si isteri berkahwin dengan suami dan belum dikurniakan anak.  Si isteri bekerja dengan gaji tetap setiap bulan... Si Suami tiada pekerjaan tetap tetapi mempunyai kemahiran dan bakat.. kerjanya sebagai pekerja kontraktor dengan gaji hari mengikut projek.  Pada awal perkahwinan pasangan ini seperti pasangan lain.. namun bila mana masuk umur perkahwinan 3 tahun, si isteri tidak lagi mampu menahan geram bila si suami rupanya jenis malas bekerja.  Pada awal perkahwinan semuanya telah tersedia... Si suami duduk bersama isteri di rumah ibunya.  Sering kali ibunya menyebelahi si suami.  Kadang-kadang isterinya stress sebab terasa seperti dirinya terlalu jahat sebab berkira..  Padahal tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri...   Bila mana si isteri cuba untuk tidak bagi perbelanjaan rumah... ibunya pula keluarkan duit untuk memberi barang dapur..  Menjadi susah untuk dia memberi kesedaran kepada suaminya untuk keluar bekerja.  Sampai satu masa si ibu pun guna trick... Dia bagitau isteri dan si isteri bagitau si suami.  Akhirnya suami keluar bekerja tapi ikut sukahati dia... Nak kerja pergi tak nak kerja... duduk rumah tidor.  Si Isteri bgtau siap2 pada hari raya semua persediaan dia tak mahu keluarkan kos..  Baju raya suami kena beli sendiri..  Si suami kata okey... dia buat bodo je sampai habis raya.  Malam raya tu tiba-tiba dia boleh tanya isteri dia.. Raya ni abang tak de baju raya yea...  Ada ke patut, si isteri yang  nak kena belikan suami.  Bila Baju raya suami pun kena dibelikan oleh isteri itu kira melampau bagi aku.. Memang lelaki tu dasar ular sawa.. makan tido makan tido.. Pemalas kepala bana.  Lah pulak hari raya, si suami ni merajuk kepala bana dia... langsung tak tolong berkemas, hari raya kerja dia tidur sepanjang hari... Langsung tak tolong apa2.  Apa punya lelaki pemalas..  Si isteri tengok je perangai si suami tu... dia pun dah tak kuasa nak layan... si ibunya asyik suh dia pergi minta maaf raya,  soh layan suaminya sediakan makan... si isteri tu dah malas.. dia pun jadi malas akibat dapat suami yang pemalas.

Tapi yea.. memang betul.. Suami umpama peladang yang bercucuk tanam.  Bagaimana dia jaga kebunnya.. adakah tanahnya subur atau tanahnya kering...  Apa yang dia didik dan ajar isteri itulah yang isteri pulangkan balik kepadanya.  Kalau yang ditunjukkan itu sifat pemalas, maka isteri nya akan pulangkan sifat pemalas itu kepada dirinya.

Kisah berikutnya, aku baca entah lama dah.. kisahnya berkenaan dengan seorang lelaki.  Dia memiliki isteri pada awalnya perkahwinan mereka baik sekali.  Lama kelamaan  si isteri menjadi seorang yang kuat membentak, kuat melawan dan selalu berlaku pergaduhan antara suami dan isteri ini... sehinggalah satu masa, mereka bercerai.  Lelaki ini kemudian berkahwin lain.  Selang beberapa lama, bekas isterinya juga berkahwin lain.  Satu hari mereka bertemu dalam satu majlis keramaian.  Lelaki tadi melihat bekas isterinya sungguh patuh kepada suami, penyayang dan berlainan dengan sifatnya ketika mereka berkahwin dulu.  Dia sungguh kehairanan...  Dalam masa yang sama.. perkahwinan dia buat kali yang ke dua berantakan..  Isterinya juga menjadi kuat membentak dan melawan... Jadi dia bertemu dengan suami baru bekas isterinya.  Dan bertanya, bagaimanakah suami baru bekas isterinya itu tadi mampu mengawal bekas isterinya itu yang dulu sangat bengis dan kuat melawan.  Nasihat suami baru itu cukup simple dan membuat lelaki tadi tersentak dan tersedar.  Isteri kita adalah cerminan diri kita (suami).  Jika isteri jenis melawan itu sebenarnya adalah cerminan diri si suami yang kuat melawan.  Jika suami seorang yang penyayang maka isteri akan jadi penyayang.  Suami adalah pemimpin isteri, yang mendidik isteri bagaimana ia terjadi...

Suamilah peranan terbesar, untuk menjadi keluarga bahagia, suami kenalah menjadi contoh yang terbaik kepada isteri... maka automatik isteri akan copywrite untuk dirinya dan untuk anak-anaknya.

Kisah seorang suami yang tidak mahu berkongsi rahsia.  Suami ini hidupnya dalam lingkungan kawan-kawan dan seorang yang bermasyarakat.  Bila mana kerjanya juga menghadapi pelanggan, dia kerap menipu lokasi dia dan apa yang dia sedang buat.  Cara dia bercakap dan cara dia berinteraksi dengan pelanggannya selalu dirakam oleh isterinya yang berada selalu disebelahnya.  Jadi isterinya dah faham jika suaminya kerap berbohong.  Namun, disebabkan oleh pengalaman pahit bercinta hidup isterinya masa lalu, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada si suami.  Dia berkata, dia bagi 99% kepercayaan apa yang suami dia lakukan.  Dia pinta, jangan pecahkan kepercayaan dia terhadap suaminya. 1% kepercayaan di simpan untuk dirinya.. agar dia ada sifat berjaga-jaga.  Dalam masa dalam perkahwinan itu, si isteri dapati si suami memang cukup banyak berahsia dari dirinya.  Dia semahunya untuk mempercayai suaminya... dan bila perbincangan diadakan, suaminya selalu menyebut "Ada perkara yang awak patut tahu, dan ada perkara yang tak perlu tahu".  Sekian hari semakin banyak yang suaminya cuba sorokkan.  Gaji, lokasi, pergi mana, berapa upah, jumpa siapa dan lastly si suami mula pasang password pada hanponnya.  Semakin hari kepercayaan si isteri kepada suaminya semakin merosot..  Makin banyak suami sorok, semakin hijab Allah terbuka buat isterinya.  Apa yang disorokkan suami tanpa sengaja selalu kantoi dengan isterinya.  Tetapi si isteri tak mahu si suami merasa rahsia dia terbongkar.  Gaji suami, lokasi sebenar dia, pergi mana, berapa upah terkeluar dengan sendirinya tanpa perlu si isteri bersusah payah untuk dapatkan... Ajaibnya perancangan Allah..  Ada sekali si isteri dapat baca wassup suaminya terkantoi buat kali pertama, nak bermain cinta... Disebabkan isterinya tak mahu suaminya merasa rahsia dia terbongkar.. Dia cuma delete semua maklumat tersebut dari hp suaminya... dan si isteri berlagak tak tahu apa2.  Makin lama, kepercayaan isterinya semakin merosot... Pada suatu hari, entah macammana tuhan nak tunjuk, hp suami sedang chat mengayat perempuan dapat dibaca isterinya.  Isterinya mengigil.. hatinya remuk sebab dia sudah cukup sabar dengan sikap suami.  Macam biasa dia delete semua maklumat berkaitan perempuan tersebut... Dia cukup bersabar.. dan cuba lihat reaksi suami... lagak suaminya macam tak de apa2.. sempoiiii... orang penang cakap.  Akhirnya lepas solat, dia ajak suaminya berbincang sambil berlinangan air mata.  Sempat lagi suaminya mengelat.  Dia kata perempuan tu budak sekolah, dia anak kepada kawan lama yang dia cari.  Luluh hati si isteri... dia dah baca semua isi wassap antara suami dengan perempuan tu.  Mulai sejak itu hatinya tidak mampu berbohong untuk meletakkan kepercayaan kepada suami.  Dia pesan kepada suaminya supaya melepaskan dia jika si suami memilih untuk berniat pasang lagi satu.  Muka suaminya berubah...  Dan dia lepas satu persatu apa yang dia tahu tentang suaminya.. tentang rahsianya banyak kali kantoi... tetapi tetap dirahsiakan oleh isteri menjaga air muka suami.. walaupun dihadapan suaminya sendiri... dan dia tidak lagi mampu bertahan untuk kembali percaya kepada suaminya 99% itu telah pun musnah.  Pada hari-hari yang berikutnya tiada lagi istilah kepercayaan 99% buat suami.  Kata isterinya buat suami.. Perkahwinan kita untuk kita sampai ke syurga Allah.  Jika abang tak mampu bawa saya ke syurga Allah lebih baik kita berpisah sekarang kerana hati sudah bersangka-sangka dengan suami sendiri... kalau abang masih sayangkan saya... berhenti dari berahsia dari isteri sendiri.  Bila abang berahsia, Hijab Allah terbuka apa pun rahsia abang tetap saya boleh hidu...

Itulah didikan suami buat isterinya.. menipu.  Isterinya menipu diri sendiri... menipu suami tentang apa yang dia tahu tentang rahsia suami.  Wahai para suami, jangan sorok rahsia pada isteri.. tuhan buka hijab dia sikit sahaja... isteri sudah dapat hidu..  Bila sudah dapat hidu.. perang besar meletus... selebihnya tiada lagi kepercayaan mutlak si suami akan dapat.

Kisah macam ni dah banyak kat FB.  Kadang-kadang kita baca bukan untuk melihat aib orang... tetapi untuk pedoman diri sendiri.  Kebanyakan viral pada masa ini sekarang ialah macammana seorang perempuan itu menjadi dominan lebih dari lelaki.  Pada zaman ini, wanita lebih berhati kering dari lelaki.  Maka para suami yang sudah ada isteri jagalah isteri anda baik-baik mana tahu anda cuba jebakkan diri dengan cinta baru jumpa dengan perempuan berhati kering.

Dua jenis perempuan berhati kering, pertama memang kaki perampas... dan dia bangga dengan hasil rampasannya.  Yang ke dua, perempuan yang dia hanya guna lelaki untuk kepentingan peribadinya... dah dapat apa yang dihajati maka dia akan tinggalkan lelaki tu - forever gone.. tanpa perasaan.

Mungkin elok rasanya menceritakan sikit tentang perempuan kaki perampas ini dulu..

Kisah ini benar terjadi pada orang yang pernah saya kenali.  Bila isteri sudah menghidu kecurangan suami.  Maka dia pun cuba untuk berhubung dengan perempuan kaki rampas ni untuk bagitau yang lelaki yang dia dok cintan tu suami orang.  apatah lagi fb perempuan tu tulis yang suaminya "bakal tunang" perempuan tersebut... manalah tau suaminya itu menipu perempuan tu kata bujang.  Tup tup bila dah dapat nombo tepon isteri "bakal tunang", perempuan perampas ini naik sheikh.  Dia pergi hantar sms, hantar wassap kat isteri tu bagitau hubungan intim dia dengan suaminya.  Siap post
gambar pakai tuala bersama suami orang tu.  Siap telefon cakap, dia sanggup jadi wife ke dua.  Memang dasar lahanat.  Perempuan ni memang hati kering... Lastly, kisahnya sampai kepada aku, yang si isteri telah pun bercerai dengan suami tersebut tetapi suami tu berkahwin dengan orang lain bukan dengan perempuan tu... kikiki... Hukum karma!!

Kisah hati kering kedua, berkenaan perempuan tinggalkan lelaki yang banyak berkorban untuknya..  Memang saddis lah... jadi viral kat fb.  Dari zaman dia belajar dan bekerja lelaki tu topup.. sampai kahwin semua lelaki tu tanggung, hampir menjelang hari pernikahan tiba-tiba perempuan ni buat onar menyebabkan pertunangan terputus juga.. rupanya dihari sepatutnya lelaki tu berkahwin dengan perempuan tu, perempuan tu bernikah dengan orang lain.  Menggunakan semua hasil lelaki tu... Perempuan ni tak de perasaan langsung... Pelamin anganku musnah...

Ada kes pula... tengah nak nikah bergaduh sebab bakal suami tak mampu nak bayar duit hantaran seperti yang diminta.  Gaduh pihak lelaki dan pihak perempuan... what the hack!!  Kalau betul berkasih sayang... benda macam ni tak berlaku.. jika ada tolak ansur... kalau betul cinta, kalau betul sayang...  Hidup ini macam roda.. berputar.. kadang-kadang kita di atas... kadang-kadang kita dibawah.

Bila berkahwin perkara yang paling penting adalah tolak ansur.. bukan tolak beransur-ansur.  Jika perkahwinan memang niat untuk ke jannah tentu dipermudahkan tuhan.  Ujian tidak cukup itu sama-samalah menanggungnya, atau sama-samalah buat keputusan untuk mencari jalan yang terbaik untuk berjimat cermat.  Orang kata, kehidupan lepas nikah itu lebih penting.

Ya.  Kehidupan lepas nikah itu memang penting.  Penting kita menjaga kerukunan rumahtangga.  Untuk menjaga kerukunan rumahtangga kita kena faham tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri.  Kadang-kadang tumpuan rumahtangga itu tertumpu kepada wanita.  Perlu buat itu, perlu buat ini, perlu taat untuk menjaga kerukunan rumahtangga.  Dalam internet berlambak-lambak tips-tips kepada para isteri untuk menjaga suami.  Mesti taat, mesti tidak meninggi suara, menyediakan makan minum suami, sentiasa pastikan rumah bersih, pakaian, tempat tidur semua in order.. Malah suami nak makan apa pun just order je... waw.. isteri Jannah.  Yang si isteri dok baca, ohh.. nak keluarga bahagia, begitu... begitu... begitu... maka dia pun buat begitu .. begitu ... begitu.... tapi sayangnya... dia mendapat feedback yang buruk dari suaminya.  Harapan si isteri jika dia buat begitu dia akan bahagia tidak kesampaian.  Jadi apakah keluarga itu bahagia? Jarang pula tips-tips ini disuakan kepada suami padahal kebahagiaan rumahtangga bermula dengan suami yang soleh, yang mampu mendidik isteri.

Siapakah yang sepatutnya membahagiakan?  Bukankah suami sebenarnya yang main peranan untuk membahagiakan keluarga?  Dialah yang bercucuk tanam... maka hasil itulah yang dia perolehi dan tuai.


Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Baqarah 2:223

Seorang suami berbuat baik terhadap isterinya, in return dia juga akan dapat kebaikan dari isterinya.  Kebaikan itu juga memberi impak kepada dirinya sendiri.


Teringat aku satu kisah mengenai seorang salebriti terkenal suami isteri ini.  Si isteri ini memang
cantik dan selalu berlakon dalam filem dan dia juga seorang ikon bagi satu organisasi antarabangsa.  Si suami suatu hari perasan yang si isteri tersangatlah kurus, tidak lalu makan, tidak dapat menguruskan kehidupannya, kurang perhatian kepada anak-anaknya lalu dia mencari jawapan.  Sehinggakan hubungannya dengan si isteri tadi hampir retak.  Si suami ini, duduk berfikir dan berfikir... bagaimanakah untuk dia kembalikan si isteri supaya dia kelihatan cantik seperti dulu dan mampu menjadi dirinya seperti dulu.  Fikirnya, isterinya seorang yang dikenali, menjadi idola dan si suami adalah orang yang beruntung kerana hanya dia setiap malam tidur bersebelahan dengan idola dan ikon dunia itu.  Bukan orang lain... dan dia harus bersyukur.  Lalu dia melakukan satu tindakkan..  Apabila dia bertemu dengan sahabat-sahabatnya, dia akan bercerita tentang isterinya, bila dia bersama isterinya di majlis keramaian dia akan memuji isterinya.   Segala yang dia lakukan, dia akan pastikan yang dia lakukan untuk isterinya.  Di mana-mana dia akan bercerita tentang kebaikan isterinya.  Dia tidak menyangka bahawa tindakkan dia rupanya sangat berkesan.  Hasilnya semakin lama isterinya senyum riang, mukanya tidak lagi cengkung dan si suami melihat perubahan isterinya seperti bunga yang sedang berkembang berseri-seri.  Si suami tadi telah menceritakan tips itu ... maka sebenarnya tindakan suami itu memberi kesan positif kepada isterinya dengan menyebarkan kasih sayang, puji-pujian, kemaafan dan kata-kata yang indah apabila bersama isterinya mahupun dia bersama masyarakat.

Jadi benarlah.. untuk mendapat isteri yang baik maka suami hendaklah menjadi baik.  Suami hendaklah menjadi role model yang baik secara tidak langsung membantu isterinya menjadi manusia yang baik, isteri yang baik.

Buat para suami,  jika anda teringin untuk mendapat isteri yang baik, maka jadilah suami yang baik.  sesuai dengan firman Allah;


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur 24: 26)


Menempuh alam perkahwinan, anda sudah memilih dia sebagai isteri, maka anda perlulah memahami tabiat, perangai dan sifat isteri anda.  Sebagaimana anda bercinta dahulu, tentu anda mengetahui dia lahir pada tahun berapa, apakah warna kegemarannya, apakah perkara yang paling disukainya dan apakah perkara yang paling dibencinya.  Mungkin dari data-data zaman bercinta dahulu anda boleh aplikasikan dalam hidup perkahwinan anda.

Contohnya, jika isteri anda lahir pada bulan oktober, anda boleh buat carian tentang sifat-sifat bulan oktober contohnya, Rahsia kelahiran bulan oktober mengikut Dato' Dr Fadhillah Kamsah, Orang bulan oktober dia suka bersembang, suka berkawan-kawan dan suka kegiatan luar, jadi para suami janganlah kurung isteri anda dalam rumah, biarlah dia berkawan-kawan dengan komuniti setempat dibawah pemerhatian anda.  Biarlah dia join kelas mengaji, biarlah dia join Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah, biarlah dia join Kelab Kembara, asalkan tidak mengganggu tugas dia sebagai isteri dan dia tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Allah.


 Jika isteri anda minat warna biru, mungkin isteri anda seorang yang fakta.  Jadi anda jika ingin berbicara dengannya tidak boleh bercakap atas sesuatu yang tiada asas.  Anda perlu mengeluarkan fakta-fakta anda mengapa anda melarang isteri anda pergi pasar malam pada hari itu.  Anda perlu mengeluarkan fakta-fakta anda mengapa anda merasa tidak selesa isteri anda memakai baju kurung sendat itu.  Fakta!  Jadi kenali isteri anda...  Jangan jadikan alasan bila anda sudah berkahwin dengan isteri anda, anda akan faham isteri anda secara tidak sengaja!  atau akhirnya nanti anda akan faham dia!  No!  Memahami seseorang, anda perlu belajar, dan perlu membaca contohnya buku Mars Vs Venus,  memahami personaliti dan banyak lagi buku dipasaran.  Penting bagi anda untuk menambah pengetahuan dan ilmu dalam melayari bahtera perkahwinan.


Ingatlah wahai lelaki, isteri anda adalah lubuk rezeki anda.  Ramai lelaki yang lupa, setelah dia berkahwin.  Sibuklah dia mencari rezeki dan meninggalkan isterinya terkontang kanting.   Lebih teruk lagi, apabila dia sudah menjadi kaya, ada duit, ada harta maka dia lupa kesusahan dia dahulu, siapakah yang berada dibelakangnya.  Ada yang menggunakan hal rezeki seperti outstation, kena cover event, pergi kursus, meeting dsbgnya untuk menutup kecurangan mereka.  Cukup menipu, sanggup juga berahsia semata-mata untuk beraksi curang.





Tidak mahukah  menggunakan rezeki yang Allah bagi itu untuk melakukan curang?

Ada orang dulunya hanya bekerja sebagai pemandu kenderaan berat, sudah kaya raya dan berharta menyakiti hati isteri senyap-senyap pasang lagi satu.  Dulu dia tak kaya, hanya penjual barang-barang kenderaan, tiba-tiba dapat rezeki terpijak, jadi kaya.  Terus lupa daratan, tinggal anak bini cari perempuan cantik.  Dulu dia hanya pekerja biasa, lengkap cukup-cukup untuk keluarga, tiba-tiba dia eksiden dapat claim insuran riban-riban, tiba-tiba sudah pandai belanja pompuan lain yang tak de pertalian darah, belikan baju, belikan itu ini sedangkan tanggungjawab dia kat rumah terabai, sudah pandai marah isteri, sumpah seranah, hanpon sudah pasang password, beli minyak wangi mahal, sudah pakai cantik2, sudah dingin dengan isteri, tersentuh sikit melenting, tersentuh sikit marah macam nak kiamat... padahal isterinya tak tahu apa salah dia.... rupanya sudah jadi sugar daddy,  playboy.. dia lupa masa sakit sape jaga dia, dia lupa masa dia susah siapa keluarkan duit untuk dia, dia lupa masa tak de siapa pun yang suka dia sebab dia miskin, isteri dia yang terima dia... tambahkan rezeki dia.. doakan dia.. jaga dia..


ketika kaya, dia dikerumuni perempuan-perempuan yang hanya mahukan duit dia, yang mahukan keglamoran dia, yang mahukan title, yang mahukan sesuatu darinya.  Tapi bila dia dalam kesusahan maka semuanya akan pergi meninggalkannya sendirian, barulah dia sedar erti karma, erti langit tinggi rendah dan erti kesetiaan.

Dan dikala seorang isteri tidak lagi setia, tidak lagi mahu bersamanya maka rezekinya mula berubah, dan seorang isteri yang setia apabila dia sudah berputus asa maka tiada lagi peluang untuknya.  Biasanya isteri yang setia akan berikan peluang ke dua untuk suami.  Jadi jangan di khianati peluang kedua yang diberikan.  Biasanya isteri setia tidak akan berkompromi untuk sekali lagi..

Wahai lelaki curang, jika anda diberi peluang... anda patut bersyukur... patut berubah.. patut menjadi lebih baik untuk isterimu...

Berikut adalah 50 langkah yang anda boleh buat untuk menjadi suami yang terbaik.  Petua yang saya dapat ini dari satu blog yang saya rujuk.

1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa untuk memasang niat.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.  Anda telah memilihnya dalam akad anda disaksikan oleh ahli keluarga anda dan ahli keluarga isteri anda.  Anda telah pun mengikat taklik maka tunaikanlah tanggungjawab anda.  Anda kena ingat, ramai lagi lelaki diluar sana yang masih membujang atau bujang semula pada usia anda.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.  Kalau di TV ada Hero tentu dalam keluarga anda, andalah Hero itu.  J

4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebihdisayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasamemuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin jugadi rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Berubahlah, jangan sehingga engkau kehilangannya barulah engkau sedar bahawa dialah yang terbaik untuk mu.  Baru kau sedar bahawa apa yang engkau ada pada hari ini semuanya hanyalah sia-sia.

 Barulah engkau insaf yang Allah jadikan isteri untukmu adalah pinjaman, dia akan pergi meninggalkanmu dan tidak akan kembali sebelum sempat engkau memohon maaf kepadanya.





Rujukan:

http://azwandengkil.com/50-petua-untuk-jadi-suami-cemerlang-gemilang-terbilang

http://fadzilahmamat.com/tips-rumahtangga/ciri-ciri-suami-curang/

Tuesday, December 29, 2015

Kenapa TIDAK?


Tengah kemas2 studio sensorang, masa pegang2 microfon tiba-tiba terimbau masa student bertenggek kat studio.  "Puan, boleh tak kitorang jamming." "Puan, kitorang nak pinjam speaker, boringlah puan tengok video slow".  Dan aku kata "NO" dan aku kata "TIDAK".

Tiba-tiba aku terfikir, sejak bila aku boleh kata tidak?  Dulu cukup susah utk aku nak kata "Tidak".  Kenapa sekarang aku mudah kata "tidak"?  Bukankah "tidak" itu ada negatifnya?  Lama aku berfikir... Bukanlah aku tidak mahu studentku menggunakan studio tetapi kebanyakkan permintaan bukan kena pada tempatnya.

Pertama, dia mahu kerana suka-suka.  Tujuannya untuk berseronok bukan untuk berlatih.
Kedua, harta kerajaan adalah amanah.  Jadi amanahnya, studio untuk belajar jika niat untuk berseronok maka akulah yang menanggung dosanya.

Ketiga, perkataan "tidak" itu juga satu ilmu dan pengalaman.  Student generasi hari ini jenis yang cukup manja dan kuat memberontak.  Perkataan "tidak" mampu memberi impak, tidak semua yang kita mahu itu mudah diperolehi.  Tak perlu menyalahkan orang lain jika kita tidak memperolehi apa yang kita hajati.  Kadang2 yang kita TIDAK dapat itu adalah lebih baik untuk kita.

Kemudian aku merasa lega... kenapa aku kata tidak.

Thursday, July 30, 2015

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist 7.00 
Kiriman: zuera 


Bahan-Bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
1 cawan koko van houtten
2 sudu besar nescafe
1 camca teh sodium bikarbonat
1 buku butter
2 cawan gula kastor
6 biji telur (2 biji dibuang putih)
1 ½ cawan air
Cara:
1. pukul gula dan butter hingga kembang. masukkan telur 1 persatu.
2. ayak tepung, sodium bikarbonat, koko dan nescafe.
3. masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan butter.
4. campurkan air, kacau hingga sebati.
5. bakar di dalam oven selama 45 minit di suhu 180 darjah celcius. 
Cadangan Hidangan:
hidangkan bersama topping coklat. cara membuat topping ialah dengan panas kan 1 cawan minyak. kemudian, masukkan susu pekat dan koko secukup nya hingga pekat.

Tuesday, September 23, 2014

Ubat chikenpox atau cacar

Satu hari, aku terbaca satu status dari satu facebook, selama ini aku ingat daun bambu je boleh ubat chiken pox rupanya ada beberapa cara lain juga boleh.

Berikut adalah perjalanan cacar dari hari pertama hingga 10 hari.




beginilah bentuk nyatanya...

Ini bentuk virus tersebut...




dan ini bagaimana virus tersebut hidup dalam darah manusia yang dipanggil cacar.



Info yang boleh kita kongsikan untuk memahami apa itu cacar





Jadi beberapa orang dari page tersebut memberi komen.  Antara komen yang paling saya suka ialah komen saudari Parmes Parmes, first time la baru tahu serbuk kunyit membunuh kuman.





Adapun lain2 komen memberi ilmu baru tentang dunia cacar.. yealah lagi banyak kita tahu.. lagi bagus untuk pencegahan.  Jadi tak perlulah bersandarkan kepada doktor semata-mata.  Mungkin kita boleh berubat secara lain.  Bukan bermaksud kita tinggalkan kedoktoran.. tetapi mungkin kita boleh lakukan sebagai alternatif.  Cuma diingatkan.. ubat doktor jangan ambil sekali atau bersamaan dengan air kelapa tau!!









semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu bagi ibubapa atau orang yang menghidapi cacar ini.

Adios.. semoga cepat sembuh yea!!




Thursday, August 14, 2014

Ana Tahzan 9

Sudah lama tak posting..
Entah kenapa tiba-tiba terpanggil untuk menaip
Azan berkumandang Isyak telah tiba.  Sayunya rasa baru sebentar tadi ku bacakan yassin untuk menenangkan diri dan doa2 buat orang-orang tersayang.  Lagi beberapa hari genap ulangtahun perkahwinan.  Terasa begitu perit bila tidak merasa apa-apa kelebihan yang menceriakan.  Benarlah bahawa anak itu adalah perhiasan.  Jika tiada perhiasan maka tidaklah ada ceria.

Apa lagi yang aku ada, cuma pekerjaan yang tak menjanjikan apa-apa.  Segala-galanya pinjaman.  Pernah aku terbaca suatu status di facebook jika benar kenyataan ini maka hatiku sedikit terubat.  
Tapi untuk mendapatkannya bukanlah senang.. sangat dalam jiwa ini.

Jika tiba-tiba hidup ini terasa kosong.. apa lagi jika perang dingin lagilah jiwa ini sedalam-dalamnya bersedih.  Biarpun La Tahzan, di tampal di sekeliling dahiku..
aku tak mampu untuk menggambarkan perasaan ini.  Aku mampu berdiam diri dan menyebut Hasbunallah wanikmalwakil... aku mampu beristigfar dan mengadu padaNya..



Tiada syurga dunia bernama rumahku, rumahku, rumahku syurgaku..
Tiada mengadu duka, tak boleh berbicara duka
segalanya... akan diputar diputar diputar diputar diputar diputar
tiada yang membenarkan 
tiada tindakkan 
tiada
tiada
tiada
tiada





sedihkan...
tapi apa yang orang lihat
seperti aku cukup kuat untuk mengharungi
aku cukup kuat untuk membantah
aku cukup kuat untuk derhaka
aku cukup kuat untuk bertepik















walaupun sebenarnya di dalam ini..
deep deep deep in my heart
Ana Tahzan..



Sunday, May 11, 2014

Evolusi telefon Mudah Alih /Telefon Bimbit (Handphone) 1983 - 2009

Telefon dan manusia kini tidak dapat dipisahkan.  Ia menjadi peralatan telekomunikasi paling penting kepada manusia terutama generasi muda.  Ini kerana ia bukan sekadar alat perhubungan paling mudah dan cepat, malah menjadi peranti serba guna kepada individu yang inginkan hiburan dan  melayari Internet.

Lantaran permintaan tinggi pelabgai jenis telefon mudah alih dicipta bagi memenuni keperluan dan kehendak masa kini yang berbeza-beza.  Daripada bersaiz besar, berat dan mahal, teknologi telefon seterusnya memasuki fasa perubahan paling ketara apabila kini dihasilkan dalam bentuk lebih kecil dan ringan.

Telefon mudah alih bukan lagi sebagai alat perhubungan, sebaliknya kini sebagai peranti lengkap bagi manusia terutamanya apabila teknologi telefon pintar dihasilkan.

SEJARAH PERKEMBANGAN TELEKOMUNIKASI

1667
Robert Hooke mencipta telefon tali yang menyampaikan isyarat menerusi getaran.  Ia telefon bukan elektronik pertama dicipta.

1753
Charles Morrison mencadangkan idea bahawa elektro boleh digunakan untuk menghantar mesej dengan menggunakan wayar berbeza
1830
Saintis Amerika, Joseph Henry membina system telegraf menggunakan elektrik dan diaktifikan dengan electromagnet yang membunyian loceng.

1835
Samuel Morse mencipta mesen telegraf pertama yang menyampaikan isyarat telekomunikasi dlam ebntuk log rekod titik yang merujuk kepada sesuatu abjad

1842
Alexander Bain mencipta mesin faksimili yang mampu menerima dn menghantar isyarat telegram dan menterjemahkan dalam bentuk imej bergambar

1850
Samuel Morse kemudian mencipta mesin telegraf dikenali sebagai “Kod Morse”.  Seterusnya memperkenalkan system telegram.



1893
Telefon awam pertama dipasang di Sydney, Australia
1902
Dr Arthur Kom mencipta mesin faksimili yang seterusnya memperkenalkan system foto-elektrik

1914
Edouard Belin memperkenalkan konsep mesin faks yang mampu menghantar imej atau laporan
1948
System telefon menggunakn frekuensi radio tanpa wayar mula diperkenalkan khususnya dalam bidang perhubungan dan ketenteraan
1958
Sistem telegraf diperkenalkan dalam fungsi automatic sepenuhnya
1966
Sistem penyampai radio satelit diperkenalkan
1973
Telefon mudah alih diperkenalkan
1983
Telefon analog mudah alih pertama dicipta dengan fungsi penyampaian nombor, mod dail semula dan tetapan panggilan.

1987
Telefon awam menggunakan system kad prabayar diperkenalkan.
1992
Telefon digital mudah alih pertama diperkenalkan

1993
Telefon dikenali sebagai unit PDA (Pembantu Peribadi Digital) diperkenalkan.

1998
Set  telefon pintar mula diperkenalkan.


7 FAKTA MENARIK MENEGENAI TELEFON MUDAH ALIH

1.  Panggilan telefon mudah alih pertama
Panggilan telefon mudah alih pertama dibuat pada 1973 oleh seorang pekerja Motorola, Martin Cooper pada 1973 menerusi sebuah prototaip yang dicipta Motorola Company.  Ketika itu telefon mudah alih masih di peringkat kajian dan pembangunan
Harga:  RM12, 353


2.  Telefon Pintar Pertama
Telefon pintar pertama diperkenalakn dalam Persidangan Telefon Mudah Alih Dunia di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 1993.  Dihasilkan syarikat BellSouth Selular dengan berat hampir 500gram.


3.  Had Mesej 160 Aksara
Diperkenalkan jurutera Jerman, Hillebrand Friedhelm yang meletakkan had penggunaan abjad bagi memudahkan kadar bayaran mengikut caj ditentukan.  Ia menjadi ukuran standard kepada setiap pengeluar serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehingga kini.


4.  Telefon bimbit Termahal
Telefon bimbit termahal iPhone 4 Diamond Rose.  Dihasilkan tukang emas, Stuart Hughes, Ia disematkan dengan 500berlian 100 karat, set logo Apple daripada conatuman 53 belian 7.4 karat dan butang penghidup 8 karat.  Harga:  RM23 Juta.


5.Mel Suara
Mel Suara dihasilkan Scott Jones pada 1986 apabila mendapati  banyak individu terlepas panggilan yang sangat penting.  Sistem mel suara ini pertama kali digunakan  menggunakan pita rakaman.


6.  Telephonophonia, Nomophobia, Frigensophobia & Ringxiety
Telefon mudah alih mewujdukan beberapa sindrom baru di kalangan masyarkat.  Pengkaji perubatan mengklasifikasikan sindrom ini sebagai kesihatan mental di kalangan manusia apbaila ada antara mereka terlalu obses dengan telefon mudah alih.  Ini kerana hasil kajian mendpati kebanyakan individu cenderung berhubung dengan mesra menerusi telefon mudah alih tetapi tidak ketika berjumpa.

Telephonobia:
Takut membuat atau menerima panggilan telefon.

Nomophobia:
Takut apabila tidak mempunyai telefon.  Hidup tertekan apabila telefon tidak berfungsi, rosak dan tidak canggih.

Ringxiety atau fauxcellarm:
Digambarkan sebagai fenomena "psiko-akustik" seperti merasa telefon berbunyi sedangkan ia tidak berbunyi.

Frigensophobia:
Takut menggunakan telefon mudah alih dengan alasan merosakkan saraf dan punca penyakit seperti kanser.

7.  Telefon paling banyak dijual
Nokia 1100 yang dilancarkan pada 2003.  Lebih 250 juta unit terjual diseluruh dunia.


EVOLUSI REKABENTUK TELEFON MUDAH ALIH

Tahun
Evolusi
1983

  • Telefon Bimbit Pertama

















Motorola DynaTAC 8000X

1992

  • Telefon Digital Pertama
Motorola International 3200

  • Telefon pertama menggunakan teknologi GSM, ia dikeluarkan sehingga 1994
          Nokia 1011

1993
Telefon PDA/ Kombo pertama

BellSouth/IBM Simon Personal Communicator
1996
Telefon lipat pertama di dunia.  Juga tercata sebagai telefon pertama yang menggunakan paparan skrin.

Motorola StarTAC


Nokia yang disebut "banana phone".  Nokia ini dipopularkan semasa filem The Matrix.

Nokia 8110

Telefon bimbit ini mempunyai lampu kecil di atasnya berfungsi memberitahu pengguna bahawa di kawasan tersebut mempunyai signal untuk membuat panggilan.  Masa tu aku masih belajar lagi di UUM.  Bila travel untuk pulang ke Kuala Lumpur malam-malam.. aku selalu perhatikan lampu tersebut.  Telefon tersebut banyak kenangan kepadaku.

Erricson A1018s
1998
Antara Telefon pintar terawal dikenali sebagai Communicator

Nokia 9000 Communicator

Siri keluaran Nokia komunikator merupakan pelopor telefon pintar yang mempunyai berat badan yang ketara rendah.

Nokia 9110i

Merupakan model telefon bimbit yang paling popular pada masa dipasarkan sehingga satu masa.


Nokia 5110
1999
Telefon ini disukai kerana rekabentuknya yang kecil dan bersesuaian.  Ia dipanggil juga telefon "Butterfly", kerana menu kekuncinya seperti rama-rama.  Namun skrin pudar (screen fade) tidak digemari.  Saya dulu mengidam telefon ini.

Nokia 8210

Telefon ini merupakan telefon bimbit pertama yang menggunakan teknologi WAP Browser.

Nokia 7110

Telefon ini dikenali ketahanannya dan sarungnya yang boleh di tukar dan kalis air (splash-proof interchangeable casing).

Nokia 5210

Telefon bimbit yang pertama menggunakan intergrasi GPSdan banyak terjual di Eropah.

Benefon Esc!
Telefon pertama menggunakan kapabiliti muzik MP3

Samsung SPH-M100 Uproar

Telefon ini menggunakan antena dalaman dan teks prediktif T9 dan terjual sebanyak 160juta.  Telefon ini banyak kat Malaysia pada zaman itu.  Abang saya pun pakai telefon ini.

Nokia 3210

2000
Telefon bimbit ini mempunyai ciri-ciri black and white touchscreen, sebahagiannya ditutup oleh Flip.

Ericsson R380
Pernah menjadi telefon paling popular dan terjual 126 juta unit dan paling diminiati di Eropah.  Sampai sekarang ada yang masih guna.  Masih digunakan isu - kalau baling kat anjing boleh mati.. hehehe..

Nokia 3310


Telefon yang menggunakan WAP Browser.  Versi ini tersebar di China yang membenarkan tulisan cina di dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Ericsson R320


2001
Telefon Pertama menggunakan kapabiliti music MP3.  Ia mengandungi ciri-ciri premium yang biasanya tidak terdapat pada kebanyakkan telefon bimbit lain seperti Infrared, fungsi kalender dan juga FM Radio.

Nokia 8310
Telefon bimbit pertama menggunakan teknologi Bluetooth.  

Ericssson T39

Telefon bimbit ini diperkecilkan seberat rokok

Ericsson T66

Ericcson buat kali pertama mengeluarkan telefon dengan skrin berwarna.

Ericsson T68

Telefon ini mengguakan papan kekunci QWERTY sepenuhnya, dan berkemampuan menyimpan data muzik sebesar 64Mb.

Nokia 5510

Siemens merupakan telefon bimbit pertama menggunakan GPRS dengan imemori dalaman (internal memory) sebanyak 360Kb - paling tinggi pada masa itu.

















Siemens S45
2002
Telefon Nokia yang pertama membawa perkhidmatan internet GPRS.  Versi nokia ini lebih maju dengan skrin berwarna.

Nokia 3510(i)

Ia merupakan Nokia pertama yang mempunyai ciri-ciri kamera pasang siap (build-in) dan boleh menayangkan movie "Minority Report".  Telefon ini pernah digunakan oleh hubby saya.

Nokia 7650

Telefon pintar (smartphone)  yang mempunyai ciri-cri skrin sesentuh (touchscreen) dan boleh memuatkan sehingga 128Mb memori.

Sony Ericsson P800

Model ini terjual dari tahun 2002 hingga 2005.  Ciri-ciri skrin LCD dan mempunyai sambungan internet menerusi GPRS.  Telefon ini pernah digunakan oleh kakak saya.

Nokia 6100

Telefon ini mempunyai populariti dalam dunia korporat kerana bentuknya simple dan mempunyai jangka hayat bateri yang panjang.

Nokia 6310i

Telefon bimbit berkamera yang pertama.  Kualiti imej yang dihasilkan agak rendah.

Sanyo SCP-5300
2003
Rekabentuknya sangat popular sehinggakan boleh terjual sehingga 200 milion sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003.  Ada juga rumus mengatakan bahawa ianya terjual sehingga $32 000 di komuniti kriminal atas talian di sebabkan kebolehannya menerima "one-time banking passwords".
Telefon ini pernah digunakan oleh kakak saya.

Nokia 1100

Nokia merupakan jawapan kepada  kemajuan Game Boy (sejenis gajet game),  telefon ini atau sistem game ini mendapat anugerah sebelum ia tunduk kepada rekabentuk antaramuka yang lebih hebat.  Telefon ini pernah digunakan oleh sepupu saya.

Nokia N-Gage

Ia merupakan gajet IT dari tahun 2003 - 2004 sehingga BlackBerries mengambilalih popularitnya.  Mempunyai jangka hayat bateri dari 3 - 4 hari dan merupakan gabungan telefon, PDA dan kamera.  Nokia pertama kali mengeluarkan telefon dilengkapi system permainan video.Merpuakan alat terbaik untuk perniagaan.

PalmOne Treo 600

Rekabentuk di sediakan dalam banyakkala dan skrin paparan monokrom.

Nokia 2100

Pada masa ia diperkenalkan ia merupakan telefon OS Symbian yang paling canggih sebagai asas Nokia bagi platfom siri 60.  Di edarkan di pasaran US sebagai Nokia 6620.  Ia juga di panggil sebagai telefon sabun kerana bentuknya menyerupai sabun buku.

Nokia 6620.

Pengujian dalam intergrasi motion yang pertama yang hampir dengan telefon/PDA.

BlackBerry Quark 6210

Blackberry pertama yang menggunakan skrin berwarna.

BlackBerry 7210

Telefon pintar 3G pertama dari Nokia, yang ringan dan kecil.

Nokia 7600

2004
Apabila ini telah diperkenalkan ia menetapkan standard bagi reka bentuk anggun dalam industri.

Motorola Razor V3

Telefon pintar interaktif jenis 'flip' (buka tutup) dengan akses internet secara penuh.

Sony Ericsson P910

Telefon pintar Nokia yang pertama dengan kekuatan 1 megapixel camera.  Ia dipanggil juga denga nama telefon daun kerana bentuknya mirip daun.

Nokia  7610

Nokia 3220
Telefon Nokia yang pertama dalam bentuk entry-level yang menawarkan akses internet penuh.

Nokia 3220

Telefon bimbit pertama yang membenarkan perayauan global (global roaming)

Nokia 6630

Disenaraikan sebagai salah satu produk terbaik tahun 2004 oleh Majalah Fortune, ia juga dikenali sebagai telefon ‘lipstick’

Nokia 7280

2005
Dikeluarkan sebagai telefon GSM low-end, dan digunakan secara meluas di negara membangun.

Nokia 1110

Salah satu telefon 3G pertama, Nokia 6680 telah dianggap sebagai akhir yang tinggi pada masa dilepaskan.

Nokia 6680

Telefon pintar pertama 3G Pocket PC phone, ia juga yang pertama menggunakan ‘Windows Mobile’.

HTC Universal

Ini telefon merah jambu panas memberikan set sesuatu fesyen untuk bercakap tentang - dan sentiasa.

Motorola RAZR V3 Magenta

2006
Model ini telah dijual sebagai Orange SPV M3100 di UK, selaras dengan tradisi HTC pelabelan swasta untuk pembawa individu.

HTC TyTN 100

Ini telefon pintar amat popular telah dijual berjuta-juta model di seluruh dunia, dan masih digunakan secara meluas sebagai tahun 2009.  Telefon in digunakan oleh ayah saya.

Nokia N73.

Di panggil sebagai "BlackBerry Killer" dari pada motorola kerana rupabentuknya seakan produk BlackBerry.

Motorola Q

Yang pertama reka bentuk yang mementingkan masuk dari RIM, Pearl masih ditawarkan di pasaran untuk beberapa tahun selepas itu.

BlackBerry Pearl

Satu reka bentuk yang hebat hanya boleh didapati di Jepun.

KDDI Penck

Telefon ‘personal Digital Asistant’ (PDA) pertama menggunakan dual processor (dwi pemproses)

O2 XPA Flame

Salah satu telefon yang pertama direka buat penggunaan pasaran massa.


LG Chocolate KG800

Penyelidikan Motion didakwa oleh Samsung atas nama telefon ini. Tuntutan itu diselesaikan di luar mahkamah.

Samsung i607 BlackJack

Asalnya dikeluarkan untuk sasaran pengguna perniagaan di pasaran Eropah.

Nokia E62


2007
IPhone asal telah dikeluarkan pada bulan Jun 2007 dengan sensor auto-putar, sensor multi-sentuh yang membolehkan pelbagai input manakala mengabaikan sentuhan kecil, antara muka sentuh yang menggantikan papan kekunci QWERTY tradisional, dan banyak ciri-ciri lain yang membantu untuk memberi Apple hampir mendapat bahagian pasaran segera yang sihat dengan keluarnya telefon ini.

iPhone

Telefon skrin sentuh yang membawa pulang 'Anugerah Design Dot Merah ' (Red Dot Design Award) untuk "Best of the Best" pada tahun 2007.

LC Prada KE850

Reka bentuk ini telah disebut-sebut sebagai LG mengambil pada iPhone.

LC Voyager

HTC menyaut cabaran untuk iPhone dengan merekacipta sendiri antaramuka multi-sentuh dan resolusi skrin yang tinggi.

HTC Touch

Engsel keluli pepejal dan kes logam membuat reka bentuk yang anggun rasa mewah dan tahan lama.

Motorola RAZR2 V9

Ini penalaan halus (fine-tuning) dari Motorola Q dikeluarkan di Itali dan Amerika Syarikat pada tahun 2007.

Motorola Q9H

Telefon pintar popular Nokia mempunyai gelangsar untuk mengakses butang multimedia dan papan kekunci berangka.  Telefon ini dipakai oleh hubby saya.  Kelemahannya reben antara keyboard dan skrin beberapa kali terpaksa ditukar kerana rosak.  Ia disebabkan permukaannya perlu ditolak keatas untuk mendapatkan kekunci.

N95

Kerja-kerja ini "mesej utama dan mesin bercakap" bermula sebelum Helio adalah syarikat.

Helio Ocean

Telefon ini memenangi satu lagi Dot Merah (REd Dot)  LG pada 2007. Juga mengeluarkan telefon bimbit berwarna Emas dan Titanium Hitam.

LG Shine

Telefon ini mempunyai pelayar internet Opera dan teknologi CrystalTalk.


Motorola RAZR2


Telefon ini diekluarkan pada 14 Mei 2007 dan buat kali pertama menggunakan teknologi CDMA Treo tanpa antenna.  Telefon ini dibangunkan oleh Palm Inc.

Palm Treo 755p

Telefon A tegas memberi tumpuan kepada visual. Main DivX Certified dan 5 megapiksel kamera digital dengan Schneider Kreuznach optik adalah hanya beberapa ciri-ciri telefon ini hanya direka.

LG Viewty

2008
Apple Inc pertama kali memperkenalkan pembelian aplikasi secara talian Internet menerusi AppStore yang diperkenalkan pada Julai 2008.

iPhone 3G

LG Vu adalah salah satu dalam satu siri telefon yang termasuk LG Prada telefon.

LG Vu

G1 adalah telefon pertama dikeluarkan  menggunakan system Android yang direka Google, juga dikenali sebagai HTC Dream.  Ia  terjual sejuta unit pada April 2009.

T-Mobile G1 Phone

Ini entry GPS dibolehkan selaras telefon pintar Nokia mempunyai reka bentuk yang anggun padat

Nokia N96

Nokia ini mempunyai ciri "The Dark Knight"

Nokia 5800 XpressMusic.

Telefon gelangsar 3G (3G slider), dibina daripada gentian karbon. Juga mempunyai 5.0 megapiksel kamera pada telefon pintar paling slim di dunia.

LG Secret

Telefon ini telah diperkenalkan sebagai "pembunuh iPhone" dari Samsung pada harga yang rendah daripada $ 129,00.

Samsung Instinct

Direka untuk menjadi pesaing langsung kepada iPhone 3G dan telefon pintar 3G lain; RIM adalah peranti pertama menggunakan papan kekunci QWERTY dan menggabungkan skrin sentuh.

BlackBerry Storm

Blackberry pertengahan bagi orang orang yang mahu sebuah telefon 3G dan a keyboard QWERTY.

BlackBerry Bold


Cell Fanatic mendapati  entry ini direka oleh Samsung ditawarkan kualiti imej yang lebih baik berbanding iPhone 3G Apple dan BlackBerry Storm.

Samsung Behold

Telefon ini adalah yang pertama untuk mempunyai keyboard slaid keluar yang telah terbukti popular di jenama lain.

Samsung Gravity

Reka KRAVE mempunyai flip telus yang bertindak sebagai permukaan sentuhan menengah untuk mengakses ciri-ciri tambahan.

Motorola Krave

Samsung Omnia mempunyai antara muka skrin sentuh yang mudah dan pembesar suara di belakang.

Samsung Omnia

Diiktiraf sebagai telefon pintar perniagaan bajet.

Nokia E63

Pengiktirafan tulisan tangan dan gaya skrin sentuh mudah Dare dipertingkatkan dengan mudah-cengkaman kembali.

LG Dare

Termasuk "SensMe" ciri-ciri muzik, serta semua ciri-ciri yang lain dari jenama telefon Walkman.

Sony Ericsson W760i

Nokia N79 mempunyai Naviwheel, GPS, kamera 5 megapiksel dengan Carl Zeiss Optics Tessar kanta dan banyak lagi.

Nokia N79

Ini telefon pintar yang menarik memaparkan skrin sentuh rintangan yang lebih baik untuk watak pengiktirafan Asia.

HTC Touch Diamond

Renoir LG mempunyai kamera 8-megapiksel dengan xenon flash dan Schneider-Kreuznach optik.

Renoir LG

2009
Telefon bimbit ini dilancarkan pada 6 Jun di Amerika Syarikat yang memiliki kebolehan untuk membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa.
Palm Pre Hp
Telefon pertama mampu merakam video definisi tinggi (HD) dikeluarkan 1 Julai 2009
Omnia HD/Samsung i8910



ps:  Jangan lupa tambah link blog ku... jika pakai untuk presentation atau assignment belajar yea...


Rujukan:
1.  Evolusi Telefon, Metro Ahad 9 Jun 2013
2.  http://www.blogtyo.com/2011/09/sejarah-jumlah-karakter-di-sms-dan.html
3.  http://www.webdesignerdepot.com/2009/05/the-evolution-of-cell-phone-design-between-1983-2009/
4.  http://www.quickiwiki.com/en/History_of_the_telephone
5.  http://www.faxpipe.com/fax-history.html