Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Monday, August 10, 2009


Kebetulan aku dan suami telah merancang untuk pergi ke PC-Fair pada hari itu. Perancangan awal untuk pergi pagi disebabkan pada waktu pagi orang masih tidak ramai tetapi terpaksa menunda perjalanan kerana takut bertembung dengan orang yang buat perhimpunan ini. Bukan calang-calang banyaknya.. yang pro-ISA dan anti-ISA. Kenapalah diorang ni buat kerja yang sia-sia ni. Cukup menyusahkan.

Akhirnya, agak petang dalam pukul 3 baru kami bergerak dari rumah. Dipertengahan jalan masuk ke highway (aku tak tahu highway mana - tak alert pulak), trafik jam pula. Polis buat sekatan jalan raya. Aduh sungguh menyusahkan orang awam! Tapi aku tak salah kan polis itu. Sebab dia buat kerja dia.. menjaga keamanan..

Yang menyakitkan hati.. yang buat perhimpunan ni tak fikir ke dia menyusahkan orang ramai?! Berlaku kekecohan, lebih-lebih lagi di masjid jamek. Kebetulan hari sabtu tu, suami aku memberitahu, tren putra ke masjid jamek dihentikan buat sementara waktu sebab kekecohan itu. Hati aku menyumpah-yumpah BODOH! BODOH! BODOH betul manusia-manusia yang menyertai perhimpunan itu. MENYUSAHKAN BETUL!!!

Aku tak berapa faham tentang motif diorang berhimpun. Malam tu, aku dengar berita polis menahan 500 lebih orang yang terlibat dalam perhimpunan itu. Beberapa hari kemudian aku membaca beberapa artikel tentang perhimpunan ini dan berita. Aku tak mahu bias dengan artikel pro kerajaan sahaja, aku pun membaca beberapa artikel pro pembangkang. Hasilnya, membuatkan aku marah. Ni semua angkara POLITIK.




Masing-masing menyatakan mereka berhimpun secara aman dan mempunyai niat yang betul. Padahal semuanya menyusahkan orang ramai seperti aku. Konon-kononnya perhimpunan mereka dikawal oleh pihak mereka dan polislah yang menyebabkan mereka seperti ayam berak kapur. Manakala pihak yang satu lagi, pula sangat kelakar kerana boleh pula diberi panduan bagaimana berhadapan dengan pihak polis. Kan lebih baik jika tak berhimpun dan tak perlu berhadapan dengan pihak polis.

Aku hairan betul kenapa mereka ini membawa orang yang hilang akal berhimpun dan menghabiskan masa untuk ditahan polis? Tak ada kerja lain kah? Kalau bawa ahli keluarga berhimpun secara berfaedah kan baik. Kenapa dikiliknya anak-anak berdemonstrasi? Bukankah PM telah menyatakan mereka akan kaji semula ISA? Kenapa gatal-gatal nak berhimpun? Tak reti bersabarkah?

Yang sakitnya, tempat berhimpun mereka di tempat-tempat orang Melayu berniaga dan di masjid-masjid dan paling malang sekali.. rata-rata yang mendemonstrasi dan yang ditangkap adalah orang Melayu sendiri. Rata-rata tempat-tempat berniaga itu pun orang Melayu sendiri. Tidak rasakah sebenarnya orang Melayu diperkuda-kudakan? Tak bolehkah jika tak menyusahkan orang Melayu yang lain? Yang mencari rezeki, yang hendak membeli belah, yang hendak berkumpul bersama keluarga dan yang ingin melakukan aktiviti harian semuanya terbantut, terlewat dan sangat menyakitkan hati.

Aku tak tahulah sejak bila mereka pandai berdemonstrasi sejak akhir-akhir ini. Aku rasa diorang ni kena banyak membaca dari banyak sumber. Kena baca juga buku-buku ilmiah. Agaknya yang suka berdemonstrasi ni fikirannya cetek, akalnya pendek, emosinya tak stabil. Dia kena buat sesuatu dengan dirinya.

Yang paling penting, dia kena belajar semula RUKUN NEGARA. Belajar untuk bersikap rasional bukan emosional – yang pro ataupun yang anti.

No comments:

Post a Comment