Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Friday, March 15, 2013

Bidadari untuk lelaki. Benarkah?


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56) 


Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)


Oh indahnya mendapat bidadari syurga.  Syurga digambarkan begitu indah.  Bangunan-bangunan dari perak dan emas.  Mengalir sungai susu dan sesuatu yang kita tidak dapat menjangkau dari akal dan fikiran.  Buat lelaki diberinya 72 bidadari yang cantik-cantik, (Hadis Riwayat Tirmizi).  Wah, hebatnya lelaki .. 


Tapi mampukah lelaki mendambarkan bidadari syurga?  Sedangkan bidadari di hadapan matanya tidak mampu di sayangi sepenuh hati.  Bidadari yang tuhan berikan di dunia ini tidak mampu menjadi tanggungjawabnya.  Hanya angan-angan bila mendambarkan bidadari syurga.


Tepuk dada tanya iman dihati.

Telah sempurnakah tanggungjawab lelaki menjadi suami.  Ohh.. sudah cukup.. Dulu masa ambil SPM ada belajar dengan ustazah, tentang tanggungjawab suami dan isteri.  Itu bab yang paling best sekali.. yealah nak kawin kannn?  Kawin.. sape taknak kawin kannn....  tapi lepas kahwin.. lupa la wak... saya sibuk dengan hal-hal lain.  

Apa yer tanggungjawab seorang suami?


1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
Suami perlu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri mengikut kemampuannya.  Suami perlu menyediakan keperluan-keperluan asas kepada iseri, iaitu sperti makanan yang mencukupi, pakaian hatta pakaian dalam dan juga tempat tinggal yang baik kepada isteri.





Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233,

"Dan kewajipan suamai memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik"


Menjadi tanggungjawab suami memberikan wanng yang secukpnya kepada isteri supaya boleh membeli keperluan rumahtangga, pakaian dan pada zaman sekarang telefon juga perlu menjadi tanggungjawab suami untuk membayarnya.


Namun, pada masa sekarang... Isteri kebanyakkannya sudah keluar bekerja.  Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T


Namun apa yang berlaku sekarang, seolah-olah lelaki menghalalkan isteri bekerja menjadi kewajiban dan tanggungjawab untuk isteri untuk berbelanja untuk keluarga.  Sudahlah membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, makan minum pun kena ditaja oleh isteri.  Bila ditanya kemana hilangnya duit suami.. tidak mampu untuk menjawab.. ape lagi - pelaburan kat kereta, kat telefon, tukar gajet komputer, habis kat pejabat belanja kawan-kawan makan, ni orang kat kampung mintak duit nak besarkan dapur, beli benih sawit, ohh... lupa plak, rahsia tau!!  Aku masuk pelaburan  web. (kalau cakap dengan bini grenti kena sound!), nanti jadi kaya boleh dapat bidadari dunia lagi satu... kat dunia kan boleh dapat 4 bidadari... hahaha...



2. Membayar mas kahwin

Mas kahwin itu hak isteri.  Ia adalah nafkah pertama yang berikan oleh suami kepada isteri setelah diijab kabulkan.  Tidak boleh suami meminta kembali mas kahwin tersebut.  

Kalau suami mintak balik tu, suami buruk siku.  Kasi flying kick kat dia jelah... (aku pun bukan baik sangat) ape nak buat dapat suami berlagak.. depan orang kata mas kahwin RM99999 .. tapi nanti lepas kawin tu 9 yang kat depan tu sume dia minta balik.. yang tinggal 9 yang kat belakang sekali.. itu pun entah2 dia nak mintak jugak.  pandailah buat simpati.. kereta bateri dah kong, tayar kereta dah botak, engin kereta kena overhaul.. wang tarak.. lu tarak bagi pinjam.. wa pinjam itu sama ah long .. nanti ah long cari lu.. wa tanak tolong.. wa lari kawin bini baru.. hahahaha....


3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang

Bab ni memang la... paling susah lelaki nak buat... dia layan 1st klass masa bercinta je... bila dah kawin lama.. dah jadi klass ekonomi.. tak pun klass paling corot sekali.  Well, friend is always no 1 - wife is the last priority.. alaa.. itu pun nak berkira ke... last2 balik tidur atas katil yang sama jugak.. ape nak kesah.  Biarlah isteri nak cakap ape.. dengar je la.. pas dia dah penat nanti dia berenti bising.



Kalau nak tengok suami baik depan isteri, bawak dia pergi jumpa kawan-kawan dia.. wahh... jadi suami mitali gitu... what do you want? coffee, tea?  ohh.. jalan baik-baik yang.. pegang tangan abang ni.. nanti jatuh. Hah!!  Mantop.. lakunan best actor!


Padahal kat rumah, uhh.. Bang, ayang tak larat ni.. Kepala berat, badan rasa sakit-sakit, rasa macam nak demam je... suami tanye:  Nak bawak pergi jumpa doktor? huh!! langsung tak de hati nak picitkan kepala ke, ambilkan ubat ke, paling tidak pun, pegang la dahi bidadari dunia awak tu.. panas ke, picitkan belakang badan dia yang lenguh-lenguh tu.. 


Kalau awak sakit, bidadari awak tu jugak la yang layan awak.  Masakkan bubur, tuangkan air - kasi ubat, tuamkan badan awak yang panas tu.  Siap sedia lagi dengan caci maki awak.  "Aduhh!!! Pukimak sakit la... "  "Ahh.. dari sakit macam ni mati lagi baik!!"  Hantuk kepala kat dinding, hentak kaki.. "Abang!! Sabar bang, ni sakit tuhan bagi untuk hapuskan dosa!".. sabarnya bidadari dunia tu.


Tapi ramai lelaki yang tidak hargai isteri... aduihai.. kesian bidadari dunia kann... jangan kata nak dengar suami bergurau... "Yang, yang... kalau abang pakai kostium ni rupa abang macammana?" sambil ambil kostum badman ..isteri jawab "hahahaha... comeiiii...." terhibur hati isteri sekejap... ini tak de.. gurau pun menyakitkan hati... "Yang, yang.. kalau abang kawin lagi satu macammana?"... isteri jawab "abang jangan nak mengada-ngada yang ada ni pun abang tak mampu nak layan, ni kan pulak nak bini lagi satu" pastu suami jawab "hahahaha.... abang gurau je laa... " dia gurau untuk gembirakan hati dia sendiri.... hati isteri "%$#@@$%^^^^" 


4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri

Ermm... bab ni lagi satu... 
Kadang-kadang aku pun tertanye jugak... suami ni dah cukup ilmu ke nak mentarbiah isteri?  Entah-entah dia pun terkapai-kapai.  Ada suami masa nak nikah, jurunikah suruh istigfar pun salah.  Baca syahadah pun tak betul.. Aduiyaiii... macammana nak tunjuk ajar isteri bab agama?

Entah-entah isteri lagi terror dari dia.  Bab baca Al-Quran tu merangkak-rangkak.. suruh nyanyi karaoke perhhhh... tak jemput pun microfon jadi rebutan.  Jadi imam alahai.. sebutan surah al-fatihah pun tak lepas.  Hah!!  Yang dah pernah jadi imam pada isteri tu... ingat korang punye fatihah tu dah betul ke?  Pergi semak.. tolong pergi semak kat ustaz... ada yang salah tu...  isteri dah tegur pun, masih salah lagi.. nak tegur banyak kali kang kena tempeleng... lelaki kan egoo... pantang kena tegur isteri.. 


Kalau tak pandai tu tolonglah belajar.. jangan jadi bodo sombong.  Tolong hadirkan diri kat masjid dan surau-surau.  Dengar ceramah agama.. bukan kat surau je.. dalam kereta pun bole.. Kalau dah dengar tu, amalkan.. bukan dengar je.. ada ilmu tapi tak amal tak de makna la jugak!


Tarbiah isteri tak sama dengan tarbiah orang luar.. last-last tidur atas katil yang sama.. kalau hati isteri sakit sebab kena perli-perli macammana nak terkesan.  Kalau nak ajar isteri pun, jangan la jerit-jerit kat isteri, tak payah la nak gertak-gertak isteri dan tak payah la nak sergah-sergah isteri.  tegur secara baik.. lama-lama isteri faham dan dia tak buat apa yang suami dia tak suka.. tak payah nak marah macam big boss.  Apa lagi kalau tangan tu asyik naik kat badan isteri.. memang la isteri lagi degil sebab nya nak lentur isteri tak boleh guna kekerasan.. memang la tak makan saman..



قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
You All know ya lelaki... satu tips saya nak bagi la... bila je dah kawin yea.. awak layan la isteri dengan penuh kasih sayang tanpa kurang.. kata lemah lembut tetapi dalam masa yang sama ada ketegasan... biarpun isteri lambat terima apa yang you all cakap.. lama-lama dia ikut jugak.. tapi kalau you all laa.. kata tengking-tengking la.. sergah-sergah.. jangan harap la apa yang you all nak, isteri tunaikan..  lama-lama kan.. isteri you all lali dah bab kena tengking ni.. dia buat derkkk.. jer.. lagi dia tengking you all balik ada... jangan salahkan isteri yea.. sebab you all yang ajar macamana nak tengking pasangan.. you all yang ajar tauu...


5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
Bab ni.. sama la dengan bab diatas tadi... tingkah laku ermm... tingkah laku biasanya... isteri sakit hati bila suami buat derkk je kalau dia membebel.. macam kata-katanya tak de makna dalam hidup suami.  Membebel para isteri sebenarnya dia nak suami dengar dan bertindak.  Bertindak sama ada berhenti melakukan atau melaksanakan pencegahan.  Satu perkara yang suami kena tahu.. 6 sense isteri sangat kuat.  Dari jauh dia dah boleh agak apa yang berlaku.  Benda tu belum berlaku lagi tapi dia dah boleh agak perkara tu mungkin akan terjadi. selalunya isteri akan berkata  "Kan sayang dah pesan, abang jangan buat begini.. begini.. kan dah jadi dah!!" sebab isteri ada naluri keibuan.. naluri keibuan dapat detect apa yang salah jika anak begini begini... so dia akan melaksanakan pencegahan sebab itu anak membesar dengan baik.


Suami tak perlu tengking isteri, apa lagi menggunakan anggota badan (pukul) jika isteri tersalah langkah.  Apa lagi jika isteri yang masih terkontang kanting belum ada zuriat.  Hidupnya sebenarnya sangat-sangat kesunyian. Walaupun di bibirnya terukir senyuman, siapa tahu di dalam hatinya seperti barah dan bernanah.  Apa lagi jika hidupnya terkontang kanting, suami asyik2 pulang lewat sibuk dengan kawan-kawan dan urusan kerja.  Bila balik rumah, kerjanya asyik tidur sahaja... tak pun asyik melekat dengan ipad, tab, blackberry, samsung, facebook, twitter, email, blog dsbg..  Ya Allah.. sunyi tuhan je la yang tahu... jangan kata tak de anak.. yang ada anak pun mahu mengamuk rasanya .. ada tanda-tanda.. satu hari nanti gajet suami tu macam terbayang-bayang bakal berkecai kat lantai...


Ada suami yang melebihkan kawan-kawan dari isteri.. kalau kawan-kawan calling.. pehh.. cepat je jawab.. halloo.. roger.. roger.. ape kedai mamak.. okey roger... Kalau isteri telefon.. hoh.. dekat 10 kali pun tak angkat-angkat.. dari pagi sampai petang tepon tak angkat... meeting katanya.. dah la tak angkat.. sms pun tak nak.. bagitau la ada meeting.. tak de la bidadari dunia awak ni macam nak mati dah tak keruan kat umah...


Kalau kawan-kawan ajak - yoo... kita pergi sini yea.. huh laju je.. okeyyy.. roger.. tapi bila isteri ajak.. abang, barang dah abis ni.. bila nak shopping.. minggu depan pun belum tentu.. alaa.. beli je kat kedai runcit..  ape lagi abang.. jom tengok wayang.. dah lama tak dating sama-sama... kata suami.. okey... ermm... tunggu satu bulan ke satu bulan sampai dah bertukar cerita wayang tu tak pergi2... pendam je la hati yea wahai bidadari dunia tengok perangai suami macam ni.


6. Memenuhi nafkah zahir dan batin

Nafkah zahir.. ermm... duit la ape lagi.. biarpun isteri dah bekerja, kena bagi isteri duit jugak.. tak banyak pun sikit.. itu tanggungjawab dan itu adalah amanah Allah.  Suami yang cuai dengan tanggungjawab ini, lama-lama hatinya akan keras.  Mula-mula dia tak mampu nak bagi nafkah, lepas tu dia tak mampu pulak nak bayar bil-bil.. lepas tu dia tak mampu pulak nak bagi makan anak bini... sebab hasil dia bekerja sehari-hari tak berkat.  Kedekut dengan isteri dan anak sendiri maka ALLAH tarik berkat darinya.  Memberi nafkah kepada keluarga umpama memberi sedekah.  Bila kita bersedekah, maka keluar darinya berganda-ganda lagi rezeki.

Dari segi nafkah batin tu rasanya semua dah sedia maklum.. kalau boleh, bukan bila suami berkeinginan sahaja isteri kena tunaikan.. bila isteri berkeinginan juga perlu suami tunaikan... jangan sampai isteri cari luar.. dayus.  Nafkah batin bukan tertakluk kepada hubungan kelamin semata-mata.  Batin juga melibatkan hati dan perasaan isteri.




Ramai suami yang tidak menjaga batin isteri kerana keegoan suami.  Batin isteri yang paling penting adalah kasih sayang dan kesetiaan.  Kadang-kadang isteri minta sesuatu, suami tidak tunaikan (padahal dia mampu) juga menyiksa batin isteri.  Kerana isteri dikurniakan dengan emosi.  Kadang-kadang bila suami tengok isteri marah, dia tak pujuk pun... apa lagi kalau isteri merajuk.. suami boleh buat derkkk je.. lagi la .. dia boleh lepak depan tv sampai tido kat situ... ya Rabb... sakitnya hati isteri.


Lagi la.. kalau isteri tu request dari tahun ke tahun, suami tak tunai-tunaikan.. apa lagi nak tengok ada la usaha dari dia .. nak tunaikan.. contoh la.. dia nak suami dia beli aircon, bukan suami dia tak mampu pun, mampu.. tapi malasnya tahap maksima... kalau pakai duit suami tu tau la tahap kedekut suami nak mengelat.. tapi ni isteri yang nak bayar ni.. nak soh pergi kedai aircon pun tak terpegi-pegi.. kan sakit hati isteri.  Last-last isteri pergi sendiri.. ahh.. jenama cap ayam pun cap ayam laa... tapi bila dah balik bawak aircon cap ayam.. pandai plak suami bising.. apesal beli aircon cap ayam... tu laa bangg... saya dah ajak abang pergi kedai aircon abang asyik tangguh je.. maner la saya tahannn...  panas ni bang.. panas...



7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri


Haa... sambong je la cerita di atas.. memberi pelindungan.. huh..  nak lindung macammana.. suami pun tak pernah pergi gym, angkat barang pun kena berdua dengan isteri.. aduii sakit pinggang..  ala.. gaut.. aduimak.. darah tinggi.. kencing manis... macammana nak lindung isteri?



من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Rumah pun duduk menumpang rumah parent.. dah jadik tabiat.. dari kecik kena suap dengan mak bapak sampai dah kawin pun mengharap ehsan parent.  Kalau tak mampu tu lain la cerita.. hidup kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. ni telefon canggih, kerja gaji 2k, kereta ada, moto ada.. tapi hidup menumpang.. aduiyaii..


Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai denga kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.  (al-Talaq:6)


Kalau isteri tak kesah tak pe la.. tapi kalau isteri rasa tak selesa.. sepatutnya suami kenalah cari alternatif.  Jangan berkira sangat dengan wang.  Kalau kita tak mula untuk sesuatu, kita tak akan dapat apa pun.  Kena start kena dengan langkah pertama.. baru boleh pergi jauh.  Dulu masa sebelum kawin.. gunung sanggup ku daki, lautan sanggup ku renangi.. tapi bila hal ini pun.. tak sanggup .. alahai.. ini amanah beb... 





Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu  adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami
Berlaku adil kepada semua isteri... ermm... kalau dengan sorang isteri pun tak mampu berlaku adil .. jangan la cerita nak ada isteri-isteri.  Macammana dikatakan adil kepada seorang isteri?  
Just semak la .. berapa lama masa para suami ni dengan kawan-kawan, dengan diri sendiri, dengan anak-naka dan dengan isteri.  Kalau ada dengan isteri pun, berapa kali anda berbual dengan isteri tanya tentang kehidupannya, tentang sakitnya dan tentang kisah anak-anaknya... 

Adakah anda pernah membantu isteri anda di dapur?  Adakah anda pernah bantu isteri anda membasuh pakaian?  Adakah anda pernah bersamanya berdating (istilah dating dengan shopping tu berbeza tau!).  Berapa kali dalam setahun anda bercuti dengan family?  Berapa kali dalam setahun anda bercuti berduaan dengan isteri?


Dari sebelah keluarga suami dan keluarga isteri.. siapakah yang anda kerap bertemu?  Jika seimbang.. Alhamdulillah.. jika berat sebelah... Masya ALLAH... adilkah anda?


tepuk dada tanya iman.


Kesimpulan:


So... untuk dapat bidadari syurga... mesti melepasi bidadari dunia dulu... jangan takut.. bidadari dunia tak kejam sebenarnya.  Jika anda menyayanginya dia akan menjadi bidadari syurga anda lebih baik dan lebih cantik dari bidadari syurga... kerana dia mampu hidup dengan anda ketika anda susah, ketika anda sakit, ketika anda sedih dan ketika anda papa kedana.. yang sedia maklum bidadari syurga tidak mampu berada di samping anda di dunia ini ketika itu.  Bidadari dunia anda ini akan menjadi insan paling cantik yang pernah anda ada. Dialah sebenarnya permaisuri bidadari anda..  




Nabi s.a.w bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Baginda menjawab, Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


dengan syarat.. 


Anda tidak mengabaikan tanggungjawab anda.. selalu memaafkannya jika dia ada terbuat kesalahan, perbetulkan kesilapannya dengan lemah lembut dan menyayangi.. menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang suami.



Sabda Nabi s.a.w:
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Semak-semak diri anda... layakkah anda mendapat bidadari?









Rujukan:


http://perkahwinan-islam.blogspot.com/2009/11/9-tanggungjawab-suami-dan-isteri.html

http://amekaw.com/2012/06/lelaki-dayus-menurut-islam-menarik/
http://lynndbeauty.blogspot.com/2012/02/tanggungjawab-seorang-suami.html
http://panduanislam.com/blog/2011/04/suami-inilah-tanggungjawabmu/
http://www.islam.gov.my/e-hadith/hak-tanggungjawab-dan-peranan-suami
http://aku-macjay.blogspot.com/2012/06/sebuah-kisah-cinta-dari-syurga.html
http://sufiyyimraah.blogspot.com/2011/01/bidadari-untuk-lelaki-namun-buat.html
http://www.mieneaststar.com/2012/09/wanita-jangan-cemburu-dengan-bidadari.html
http://w1.bharian.com.my/articles/SoalanAgama_Lelakisyurgapasanganwanitasoleh/Article/


No comments:

Post a Comment