Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Friday, April 4, 2014

Anak itu ujian... jika itu takdirnya maka terimalah dengan reda

Satu pagi melawat seorang kawan biliknya agak jauh dari aku tapi hubungan kami baik.  Umurku lebih tua 6 tahun dari dia.  Tapi dia nampak matang, maklumlah sudah ada 3 orang anak semuanya lelaki.  Aku sebenarnya baru je lepas jumpa ketua jabatan atas urusan kerja... just pergi melawat kawan hanya selang bilik.  Dia panggil aku masuk.  Dia senyum cuma senyumannya agak berbeza.  Lalu dia berkata "Akak.... akak perasan tak sejak akhir ni saya makan sarapan awal tak macam dulu.. " "Haa... naper?" jawabku.  "Saya mengandung...." dia memandang saya, rautnya senyum tak senyum.. aku terpana.  Betul ke dia cakap ni.. ke dia main-main dengan aku.  Anak dia baru masuk 1 tahun.  Kalau bukan kerana menggantikan dia bersalin... aku tak mengajar di sini. seingat aku  Julai 2012.  Aku diam... aku masih belum mengerti... masih terawang-awang... masih terpana.

Kemudian dia kata lagi... "saya pergi ke klinik tadi pergi buat check - check darah semua.. positif.  " aku masih mendengar.. "tapi itulah macammana boleh mengandung.  Pagi-pagi saya rasa cepat lapar.  Saya rasa nak makan tak boleh tunggu-tunggu.  Baru-baru ni saya loya.. tu yang saya pergi chek."

"saya ni merancang kak.. saya dah tutup.. 7 bulan okey je."
Baru aku faham...
"Doktor kata - 99% berkesan guna tu.  tapi tu la yang 1% tu....Doktor kata ini special kes."
so... aku makin paham.

Ya tuhan.... Kau uji dia dengan kehamilan...

Dia merancang... Engkau yang menentukan...

Dia makin bercerita... wajahnya memang kelihatan sedang menahan sebak.  Apa yang aku boleh buat... ini kuasa tuhan.  Lalu katanya lagi...

"Kak.. doktor kata kandungan ni boleh gugur dalam usia 5 bulan.  Sebab kedudukkannya dekat plastik tu.. betul2 kat plastik tu... doktor dah scan.Dalam masa tu kena betul2 jaga kandungan.  Kalau tak boleh gugur"

Ya Allah... tabahkanlah insan dihadapanku...
sebagaimana kau tabahkan aku menjalani hidup tanpa ada anak.
kau tabahkan dia menjalani hidup dengan kemampuannya itu.

Aku diam.  Kepalaku giat berfikir...
sebelum ini aku sudah jumpa lagi insan sebegini
Berita mengandung anak kedua merupakan berita ujian buatnya.
mengandung tatkala dia baru mulakan semester pengajian
Anak pertamanya baru sahaja masuk umur setahun
Sudah ingin beranak lagi
Ada terpacul dimulutnya meminta pendapat, patutkah dia menggugurkan kandungan.
Sedang ia makan pil perancang... masa tu sahaja dia terlepas pandang
tup tup janin sudah terbentuk di dalam...
kini insan ini sudah pun melahirkan anak.  Comel.  Anaknya sepasang - sorang lelaki seorang perempuan.

Aku tak mampu membantunya... ini kerja tuhan..  Apa yang aku boleh buat.  Sedang aku pun tiada anak.  Jika janin itu boleh dialihkan kepadaku... mungkin juga.. namun ini takdirnya...

"Kak Hajar ni... nak sangat anak, dah usaha, tuhan tak nak bagi.  sama sahaja dengan ain, sudah merancang tapi tuhan bagi juga anak...

terima sahajalah..

Keguguran tu kita toksah fikir dulu.  Itu kerja ALLAH.  Kalau dia nak bagi, kita ambil kalau dia tak nak bagi tak mengapalah.." kataku.

Dia nampak sugul... tapi mengagguk kan kepala.

"Berita ni tak de sapa tahu lagi kak..  akak dan KJ je tahu" katanya
"Tak pelah.. diam-diam saja.. " kataku..

Aku seperti bermimpi... dia mengandung lagi... tapi tuhan uji dia.. tuhan uji juga aku dengan berita ini... dia tahu hamba-hambanya yang mampu menerima ujian... dia tahu kekuatan kita...

Jadi aku pasrah dan reda... Jika ALLAH kehendaki dia mengandungkan insan yang sedang merancang, dan DIA kehendaki tidak memberi kehamilan kepada insan yang begitu inginkan anak... itu adalah yang terbaik buat insan tersebut.  Itulah takdirnya.

Berat manapun membawa hati yang lara.  Tenanglah dengan hati reda dengan ketentuan-Nya.  Kun Fa Ya Kun... Jadi maka jadilah ia.  Bersabarlah... tuhan mengujimu...




No comments:

Post a Comment