Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Sunday, May 11, 2014

Lelaki tersemat jiwa merdeka walau sudah berumahtangga


Sudah beberapa kali aku lihat pesanan ini keluar dari post beberapa orang teman lelaki, terpanggil aku untuk menyatakan apa yang terfikir oleh ku..

Lelaki tersemat di jiwanya masih merdeka walaupun sudah berumahtangga..
Bulan-bulan awal perkahwinan hidup sungguh indah, seperti dalam lagu

"Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu...."

Setelah masuk berapa lama, lelaki mula menyatakan hasrat untuk kembali kepada asalnya… bukan salah untuk pergi memancing, bukan salah untuk berkonvoi motor, bukan salah untuk berprogram bersama kawan-kawan tetapi berpada-pada lah.  Letakkan di bahu kita, tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang suami bukan meninggalkan isteri untuk apa jua yang dia suka.  Meninggalkan isteri bukan untuk hobi, bukan untuk merasa kebanggaan dalam diri sebagai seorang selebriti, ahli koperat atau ahli politik. 

Kadang-kadang lelaki terlalu asyik dengan kehidupannya, kerjayanya, hobinya meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang suami.  Kerjayanya menuntutnya meninggalkan isteri hingga berbulan-bulan, kerjayanya menuntut dia pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain – mengharapkan isteri faham dengan hidupnya.  Hobinya terpaksa dia merantau jauh ke dalam hutan, hobinya terpaksa berlayar di lautan, hobinya terpaksa terbang di angkasa.. berhari-hari atau dua tiga kali… kehidupannya terpaksa bertemu dengan pelanggan, terpaksa melaksanakan program-program di masa minggu, terpaksa keluar pada malam hari tatkala orang sudah berkampung di rumah.

Sekali dua… isteri faham, sekali tiga… isteri curiga, sekali lima.. isteri terasa, berkali kali… isteri makan hati… bukan dia tak mengerti, tetapi hak sepatutnya dia miliki telah dicuri.  Terasa diri tak dihargai.. ada bagai tiada.. tiada erti.. apa semua ini perkahwinan hanya untuk mengaburi mata lelaki.. bila kehendak dicari bila tak hendak, pelbagai alasan diberi.



Kalau dalam seminggu ada 7 hari.. 3 hari untuk diri dia sendiri, 3 hari untuk kawan-kawan, 1 hari untuk isteri.. tentu tidak adil bukan?  Kalau hari bekerja bertemunya pukul 8.30 malam balik rumah, esoknya pukul 8 pagi sudah hantar pergi kerja.. berapa jam sahaja bersama? 12 jam? Cuba tolak masa tidurnya? Balik sudah penat.. masuk tidur pukul 11 malam..pukul berapa yang tinggal? 2 jam 30 minit untuk 5 hari baru 12 jam 30 minit tidak sampai pun satu hari.. tidak kira hari sabtu ahad, ada pula agenda sendiri.  Jadi berapa lama untuk bersama-sama membina keluarga bahagia?

Bagaimana untuk mendidik anak-anak supaya menjadi manusia.  Tak usah jauhlah.. didik isteri pun tak lepas.  Ingat wahai lelaki… tidak mendidik isteri menjadi solehah maka anak-anak juga tidak soleh boleh jadinya.  Ingat wahai lelaki.. isteri tak solat- suami tanggung dosanya.  Isteri tak tutup aurat – suami tanggung dosanya… ingat lelaki.. jika kamu ambil ringat tentang tanggungjawab terhadap keluarga maka beratlah azab kamu di kubur nanti

Jika kau tak tanya di mana isterimu pergi bercanda-canda.. jawablah ..
Jika kau tak tanya di mana isterimu berpoya-poya.. jawablah…
Apatah lagi jika isterimu curang bersama lelaki lain kerana kamu meninggalkannya… jawablah…

Tanya pada dirimu… tahukah engkau mengajar isterimu agama?
Tanya pada dirimu … adakah kau tanya isterimu sudahkah bersolat setiap waktu?
Tanya pada dirimu..  adakah selama ini kau memberi perhatian berkualiti dalam hidup isterimu?

Atau

Setelah apa yang kau miliki hari ini… engkau tahu dia..
Mampu menjaga diri sendiri
Mampu berkongsi ekonomi..
Mampu mendidik anak-anak mu hingga dewasa..
Mampu bergerak sendiri tanpa kamu…
Mampu berdikari tanpa kamu…
Mampu menjana kewangan sendiri tanpa kamu…

Ingatlah… jika kamu fikir bahawa tanpa kamu isterimu boleh berdikari… ya… memang benarlah… dan tidak mustahil.. dia akan hidup tanpa kamu selama-lamanya..

Kerana kamu bukanlah manusia yang bertanggungjawab untuk dijadikan suami..
Kerana kamu bukanlah manusia romantik yang diidamkan oleh setiap isteri..
Kerana kamu semakin hari semakin tua.. tidak mampu memberi perlindungan kepadanya..
Kerana kamu semakin hari semakin tua… hanya membawa beban dihatinya..



Tiada manusia yang akan selamanya bersabar..
Jika pengharapan itu yang dia harapkan berlama-lama tidak kesampaian..

Jawablah dengan tuhanmu..
Jika kamu cukup amalan di dunia.. tetapi meninggalkan tanggungjawab sebagai suami.. adakah kamu akan masuk syurga?!!



No comments:

Post a Comment