Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Thursday, August 26, 2021

Review "Bad Cop" 2016

Bad Cop - 2016, China
Tengok kat youtube, Bunyi macam best.. cerita awal2 macam best tapi bila masuk tengah cerita agak membosankan.

Kisah seorang wanita bernama Wu Xie yang membuat penyamaran di sebuah sekolah.  Berikutan kes pelindungan saksi dan kes pelajar hilang.  Saksi tu adalah seorang cikgu lelaki Mr Huang.  Pada awalnya dia tidak berjaya menyelamatkan cikgu tersebut dari hampir di bunuh.  Tetapi akhirnya perlaku dapat dihadapkan ke mahkamah.  Semasa kali ke 3 dia bertarung dengan pembunuh upahan (kawan sekelas) dia sendiri Molly.  Mereka buat lawak.. (aku rasa lawak) sebab mereka main pas2 pisau macam main piring kat pantai.  Akhirnya Wu Xie menang pertarungan tersebut dan membiarkan Molly lepas pergi.  Sebelum pergi Molly cakap dia akan selamatkan Wu Xie (Lawak la.. tak pernah dlm cerita pembunuh upahan buat perjanjian dgn musuhnya).

Wu Xie mengajak Mr Huang tengok wayang.  Kemudian Mr Huang menciumnya. (Satu lagi scene tak logik). Selepas hantar Mr Huang pulang, dia pergi rumah Tang Fei.  Dia jumpa dua orang rakan kelasnya di ikat.  Kemudian asap berkepul dibelakangnya membuatkan dia pengsan.(Satu lagi scene lawak sebab dua orang rakannya tak pengsan pun dlm bilik yg sama).  Setelah Wu Xie terjaga, Tang Fei menceritakan kenapa dia menculik dua orang rakan sekelasnya.  Ia sebab abangnya cubaan membunuh diri.  Aku sendiri tak paham.. apa kaitannya (hanya baca terjemahan).  Tang Fei cuba membunuh Wu Xie berjaya melepaskan ikatan tangan.  Tiba2 Mr Huang datang menyelamat.  Tapi pisau terkena tangan Mr Huang.  (Mr Huang biar Wu Xie bertarung dgn Tang Fei.. aku rasa lawak.  Pengecut punye cikgu!. Takde telor).  Last2 Molly muncul selamatkan Wu Xie.

Wu Xie tanya, Molly buat apa kat situ.. dia cakap, dia cuba menyelamatkan Wu Xie.  Lawaknya cikgu Mr Huang relex je pegang tangan dia yg terluka.. Molly tu kan anak murid dia.. dia tak terkejut ke?  Mengarut punye cerita.

Last scene.. Wu Fei datang ke kelas Mr Huang dgn berbaju detective.  Dan membuat announcement yang Mr Huang boyfriend dia.  Dia akan keluar dating malam nanti.  Inilah paling bangang punye scene.

Habis.

Aku bagi setengah bintang..
Cerita Melayu lagi best dari cerita china.  Harap hero dengan herion je cantik.. cerita ke laut. 

No comments:

Post a Comment