Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Wednesday, January 5, 2022

Review/Sinopsis Luck-key 2016

Kisah bermula dari seorang lelaki Jae-Sung yang ingin membunuh diri kerana merasa kegagalan hidup. Jae-Sung seorang pelakon tambahan yang merasa tiada siapa yang menyokongnya dan mempunyai banyak hutang. Namun kejadian di tempat mandi awam menyebabkan dia bertukar identiti dengan Hyung-wook.  Hyung-wook mempunyai kehidupan mewah dan semua urusannya dilakukan dengan tunai.  Jadi dia mempunyai tunai yang banyak.  Dia sebenarnya seorang pembunuh upahan.  

Pada mulanya Jae-Sung merasa seronok memiliki kehidupan mewah, apatah lagi dia menjumpai bertin-tin duit tunai dlm rumah Hyung-wook.  Lama2 dia rasa bersalah, ingin memulangkan semula... lalu dia pergi ke hospital di mana Hyung-wook berada.  Namun Jae-Sung rasa terkejut dan lari bila Hyung-Wook terjaga.  Hyung-wook telah hilang ingatan.  Dia dibawa pulang oleh Rina seorang pembantu perubatan ke rumah Jae-Sung.  Apabila dia melihat rumah Jae-Sung.. Hyung-wook ingat dia adalah Jae-Sung yang ingin membunuh diri dan membakar semua gambar2 silamnya.  Dia merasa sedih kerana tidak berjaya mencari identiti diri malah apabila dia pergi ke rumah bapanya (Jae-Sung), bapanya pura2 tak kenal. Malah memperlecehkannya.

Hyung-wook pula mengikut rentak Jae-Sung untuk mencari memorinya yang lalu tanpa dia sangka dia telah dibawa ke lokasi pengambaran.  Di sini dia merasa berlakon adalah sangat sukar.  Menyebabkan dia rasa kemuraman.. itulah sebabnya mungkin Jae-Sung ingin membunuh diri.

Satu hari Rina datang kerumah Hyung-wook untuk melihat kondisi Hyung-wook dan meminta semula hutangnya.  Namun Hyung-wook dalam kondisi kemuraman.  Kina akhirnya membawa Hyung-wook ke kedai ibunya untuk menjadi pembantu kedai kerana Hyung-wook memberitahu Rina.  Dia lebih pandai bermain pisau dari menghisap rokok. 

Bila Hyung-wook berada di kedai makan ibu Rina, semakin laris kerana hyung-wook pandai membuat ukiran2 kecil pada makanan.  Menyebabkan hubungan Hyung-wook dengan keluarga Rina semakin akrab.  Hyung-wook merasa bahagia.  Dalam masa yang sama Hyung-wook cuba memperbaiki lakonannya dan mendapat perhatian pengarah dan produser sehingga dia diangkat sebagai watak utama.

Jae-Sung pula mencari apakah identiti Hyung-Sung yang sangat misteri.  Rumah besar, kereta mewah, duit berkepok-kepok dan tv yang mengawasi gerak geri Eun-Joo.  Jae-Sung juga menjumpai bilik rahsia Hyung-wook yang penuh dengan peralatan pengintipan dan senjata.  Dia mula tidak selesa dan cuba mendekati Eun-Joo seolah2 dia terserempak dgn Eun-Joo.  Akhirnya Eun-Joo dan Jae-Sung menjadi ramah dan bercinta.  Jae-Sung juga ada beberapa kali  cuba mendekati Hyung-Wook tapi masih merasa takut utk memberitahu Hyung-wook hal yang sebenarnya.  Sehinggalah dia menerima panggilan dari ahli perniagaan yang dia telah terlewat membunuh Eun-Joo.  Baru dia sedar yang Hyung-Wook rupanya seorang pembunuh upahan.  Dia cuba menyelamatkan Eun-Joo.  Dan meminta Eun-Joo bersembunyi disebuah rumah yang disewanya.  Namun tindakkannya dikesan oleh ahli perniagaan tersebut dan membuat keputusan utk membunuh Jae-Sung dan Eun-Joo dengan mengupah pembunuh upahan lain.  Rupanya pembunuh upahan yang lain itu juga Hyung-wook.  Cuma berlainan telefon.

Ketika Hyung-wook membawa keluarga Rina berkelah.  Tiba2 ingatannya kembali apabila beberapa insiden berlaku dihadapan mata.  Lalu dia kembali kekediaman asalnya dan mendapati Jae-Sung tinggal dirumahnya.  Hyung-wook pergi ketempat persembunyian Jae-Sung dan Eun-Joo dan memberitahu perbuatan mereka telah diketahui dan mendapat arahan bunuh.  Hyung-Wook memberitahu Jae-Sung dia mmg kelihatan seperti pembunuh upahan tapi tugas sebenar dia sebenarnya melindungi saksi dan membawa keluar orang yang dibunuh identiti baru supaya mereka boleh memulakan hidup baru.

Akhrnya mereka merancang membunuhan Jae-Sung dan Eun-Joo termasuk dirinya.  Mereka membawa orang upahan menyaksikan pembunuhan mereka, satu plot tidak disangka tiba-tiba Rina muncul.  Mereka terpaksa mengadaptasi keadaan.  Akhirnya rancangan mereka berjaya.

Hyung-wook akhirnya meneruskan kerjaya sebagai pelakon.  Jae-Sung juga kembali berlakon atas nasihat Hyung-wook.

Happy ending walaupun dari segi realitinya nampak pelik sebab watak Jae-Sung dan Hyung-wook sebagai pelakon sudah tentu menjadi figure dan dikenali oleh ahli perniagaan.  

Tapi penceritaan nya menarik.  
4 bintang untuk Luck-key


No comments:

Post a Comment