Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Saturday, October 17, 2009

Tuan Rumah Sewa ku dot dot

Tetamu datang rumah mengatakan rumah kami besar.. ermm.. memang besar.. susah nak urus.. lebih2 lagi dapat tuan rumah yang tak rajin menjengok penyewanya. Masa mula2 masuk dulu.. aku dan suami terpaksa bersihkan rumah. Minta tuan rumah gantikan paip air, shower dan beberapa perkara lain yang kami fikirkan perlu. Okeylah.. memang dia buat.. tapi dia ganti yang murah punya.. jenis plastik tak tahan lama. Kira orait lah.. asalkan dia dah ganti.. Aku masa tu masih lagi praktikal. So tak banyak masa kat umah.. bila balik je dah penat. So aku cuma mengemas yang sedia ada, tak pula nak mengecek kiranya ada kekurangan. Masa puasa pula aku jarang memasak di dapur.. aku masak pun waktu sahur sahaja.. lauk cincai2, mudah masak..

Sekarang ni, aku dah kembali ke rumah.. jadi surirumah semula.. aku start explore dan membersihkan mana bahagian yang belum aku touch up lagi.. aku pun dah rajin memasak di dapur.. sayangnya ketika ini macam2 pula berlaku..

Tombol pintu dapur lock dia rosak.. berikutan itu pula pintu bilik tidur utama.. maklumlah aku sudah ada dirumah.. jadi rumah tu berfungsi sepenuhnya.. bukan aku yang rosakkan.. tak de la pula aku hentam pintu tu.. pintu dapur tu memang dah lama gagal berfungsi dengan sempurna. Kalau tak betul letakknya.. pintu yang kita lock tu boleh terbuka balik.. bukan dah rosak juga ke namanya tu.. sekarang ni.. langsung terus lock.

Tak termasuk hari hujan siling di bilik air utama menitis2 turun ke lantai.. ini kes berat.. kalaulah siling tu runtuh dibuatnya aku atau suami aku ada di dalam bilik air tu.. kang masuk wad.. sape nak bayar ganti rugi.

Aku pun minta suami tepon puan rumah, kalau aku cakap lain jadinya.. aku ni bukan pandai cakap sangat.. aku jenis direct to the point.. tak de kata puitis.. kalau aku tak suka.. aku cakap tak suka.. kalau aku rasa benda tu tak betul.. aku kata tak betul.. aku tak de kompromi.. nak terima tak nak terima .. nasib kau la..

So.. suami aku pun telefon puan rumah tu bagitau.. diorang nak datang 17hb ni.. kebetulan 17hb ni suami aku ada urusan di kampongnya di Teluk. Jadi dia minta puan rumah tangguhkan pada hari lain.

Dibuatnya cerita..
Satu hari selepas hal lock pintu tu... aku tengah memasak kat dapur.. tiba2 air dari lubang longkang yang bersambung dengan longkang sinki membuak naik ke lantai dapur.. lah tersumbat pula longkang ni.. bukan longkang dari sinki.. tapi dari main hole.. kebetulan pula parent aku nak datang sabtu ni.. hari yang suami aku sibuk di kampong nya.. tak kisah lah.. aku boleh handle parent aku.. biarlah suami aku handle urusan dikampongnya tu..
aku beritahu suamiku untuk dia call puan rumah hal ni.. sebab dari apa yang aku tengok longkang tersumbat ni kena panggil plumbing baiki sebab dia melibatkan saluran utama.suami aku takmo sebab dia nak try settlekan sendiri.. hampir2 je kitorang bertengkar pasal ni.. aku pun tak kuasa nak bertekak panjang.. biarlah dia yang urus..

Aku pun hantar sms pada ayah aku kebetulan ayahku juga ada rumah sewa. Dari keterangannya, sahlah sepatutnya tuan rumah ambil responsibiliti ini untuk selesaikan dan bayar segala kos. Aku beritahu suamiku.. tapi dia masih berkeras hati untuk try settlekan sendiri.. Satu hari dia try pum longkang tu.. tapi hasilnya tak memberangsangkan dan dia pun penat dan mengalah.. bau longkang, kotor sungguh dapur aku.. sehingga aku sakit kepala tak tahan bau longkang tu yang hanyir dan busuk. Yelah longkang..
Pagi tu, dia telefon puan rumah memberitahu yang dia dah panggil plumbing datang tengok longkang tu.. Bila plumbing tu datang.. dia kata main hole yang tersumbat.. main hole nak pergi ke tangki kumbahan pula sudah retak dan tenggelam sebab sudah lama tak diperbaiki dan perlukan pembinaan baru.. kos kira2 dalam tujuh ratus..
Akhirnya suami aku stuju hanya betulkan yang tersumbat je.. kenalah dalam RM120 ringgit. Itupun tong tong dengan aku separuh. Kira kes longkang tu selesailah.. rumah aku still tak wangi sebab bau busuk dari longkang tu masih ada.. endak tak endak.. aku terpaksa tutup atas lubang tu dengan kotak.. kalau aku letak plastik.. nanti berair - terkondensasi pula dan boleh menyebabkan kulat. Kalau kotak dia boleh sejat air sendiri. Tak cukup itu aku beli satu pewangi yang boleh perangkap bau busuk.. so kuranglah bau kat dapur aku tu.. nanti parent aku datang tak de lah memalukan.

PALING MENYAKITKAN HATI AKU.. Malam tu, masa aku dah hubby aku keluar.. tuan rumah telefon.. dia borak2 dengan suami aku.. entah apa aku pun kurang pasti.. tapi berkisar dengan rumah sewa.. Suami aku ceritalah pasal kerosakkan yang berlaku dan pasal plumbing tu.. aku betul2 sakit hati bila tuan rumah tak mahu kitorang klim pasal tersumbat tu.. alasanya sebab dia tak tengok dulu tersumbatnya macammana...
aku tak tahulah.. nak kategori apa tuan rumah ni... kalau dah longkang tu busuk, airnya membuak2 keluar.. parent aku pula nak datang.. tak kan lah nak tunggu dia datang.. busy konon.. abih tu... takkanlah aku nak berumah di tepi longkang.. kepala hotak dia!! Siapa pun dia tu tuan rumah.. sepatutnya adalah sikap realistik.. cuma rumah dia jadi macam tu.. takkanlah dia nak tunggu 2 3 hari.. sehari pun cukuplah.. tak tahan baunya... tak tahulah kalau dia jenis pengotor...
Entahlah.. sejak dari mula lagi aku tak sedap hati.. tuan rumah ni macam nak lepas tangan je.. padanlah .. penyewa lama tinggalkan rumah ni dalam keadaan kotor.. agaknya macam tu kot hati tuan rumah ni... bayangkan ye... sejak aku pindah kat sini bulan 7 dulu.. sampai sekarang bulan 10.. tuan rumah tak penah datang menjengok dan tanya masalah kitorang... kitorang je la yang terhegeh2 bagitau masalah rumah sewa dia..

Besar konon... tapi.. banyak masalah.. entahlah.. aku rasa tawar hati.. kalau ikutkan hati hendak saja aku pindah rumah lain.. biar kecik pun tak pe.. asal hati tenang.. ni rumah besar.. buat sakit jiwa dapat tuan rumah dot dot..
Tak tahulah.. hati sakit tau!! Korang boleh tengok sendiri lah.. aku sempat juga ambil gambar masa longkang tu tersumbat.. gambar dari handfon aku... aku akan emailkan gambar tu kat tuan rumah... tak mo bayar tak pe.. biar sesal tu mengekori dia seumur hidupnya... Aku tak tahulah kalau korang pun tak de perasaan geli tengok air busuk tu... Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
Wallahhuallam...

Monday, October 12, 2009

Nasi Tangas

Lepas je abis cerita Ceplos, rancangan yang aku tunggu2 adalah semanis kurma. Tajuk yang dibicangkan adalah mengenai Nasi Tangas atau Nasi Kangkang atau juga Nasi Open the leg.. huhuhu...
Dalam Islam, nasi Tangas adalah dilarang kerana perbuatan ini mendapat kemurkaan Allah. Ia tiada keberkatan dan kebahagiaan buat si pembuatnya. Orang yang melakukannya adalah syirik dan syirik adalah berdosa besar.
Camne nak wat nasi tangas ni...?
Kata penceramah tu, Nasi tangas ni dilakukan ketika perempuan tu datang haid atau kotor.. dia masak nasik lepas tu bila dah masak.. panas2 tu dikangkangkannya selama 10 hingga 20 minit tujuannya agar kekotoran pada badan tu jatuh ke nasi.. macam peluh dan dot dot dot.. adalah jampi2nya..
Menurut penceramah tu katanya.. perbuatan ini sebenarnya berdamping dengan jin.. jin suka kekotoran.. ia menyebabkan si suami dugu.. dia pergi kerja dan lain2 sama je.. tapi dia akan ikut kata isterinya. kalau isterinya suruh gi pasar.. dia pegi pasar.. dia suruh lompat katak.. dia lompat katak.. kalau isterinya suruh dia bagi duit sume.. sume duit dia, dia bagi.. si suaminya dari rajin jadi pemalas.. yang itu di suruh yang tu je la yang dibuatnya, dari gembira jadi muram, dari pandai jadi bodo.. cam tu la..
Kesannya...
Anak2 tak terurus, anak tak berjiwa tenang sebab asyik tengok emaknya buli ayahnya.. Ekonomi merudum sebab suaminya asyik lekat kat umah je.. tak cari duit lebih.. OT tarak. Lebih teruk lagi orang yang buat tu mensyirikkan Allah.. dia bukan sahaja menzalimi suaminya, anak2nya tapi juga menzalimi diri sendiri sebab ia kufur dengan Allah dan orang yang terlibat dengan benda2 ni akan diharamkan syurga.
Penceramah itu pun berikan 8 petua sebagai pendinding dari perbuatan sihir
1. Rajin baca surah Al-Fatihah
2. Baca surah 3 Qul
3. Baca Ayat Kursi
4. Berwuduk sebelum tidur
5. Baca surah Al-Bakarah ayat 255, 285 dan 286
6. Makan tamar ajwa, tamar madinah
7. Baca doa jauhi mudarat - Bismillahillazi ya....
8. Zikir kepada Allah - Laillahhaillallah ...
Sempat juga ustazah Bahiyah tu berikan tips untuk Suami sayang Isteri dan Isteri sayang Suami iaitu bacalah surah Yusuf ayat 30.
camtu lah seadanya..

Tuesday, September 8, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya 2009

Salam Ramadan buat teman-teman semua. Kita mendekati 10 ramadan yang terakhir. Bersama-samalah kita perbanyakkan amal ibadah. Janganlah kita lalai dengan urusan yang tidak akan pernah selesai.

Aku doakan semoga kita berkesempatan berjumpa dengan malam Lailatur Qadar. Di bulan Ramadan ini, aku memohon ampun dan maaf kepada semua teman-teman dan kenalan-kenalan semua. Doakanlah semoga kita semua memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.

Thursday, August 27, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog yang beragama Islam. Semoga puasa pada tahun ini memberi kelebihan kepada kita semua. Semoga pada tahun ini kita mendapat malam Lailatur kadar. Semoga sama-sama kita hayati ramadan kali ini.


Semoga kerananya kita berubah menjadi insan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Salam Ramadan dari saya dan suami kepada semua pembaca.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-mubarak

Alhamdulillah. Kita sudahpun menyambut Ramadan 1430H. Aku merasa bersyukur kerana masih lagi beri peluang menyambut ramadan. Pada masa menaip ini, azan di surau sebelah rumah berkumandang... alangkah indahnya Ramadan ini. Hingga hampir menitis air mataku.

Di kesempatan ini. Aku memohon ribuan maaf kepada semua yang mengenali diri ini atas dosa-dosa yang telah lepas sama ada aku sedar atau tidak sedar aku telah menyebabkan kalian terasa hati dengan aku.


Aku sedar pasti ramai yang sedang mencari waktu imsak dan berbuka puasa 2009 atau 1430H. Di sini aku lampirkan untuk kemudahan kalian. Semoga ini akan membantu anda semua berbuka dan bersahur.


Selamat Berpuasa!!


WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR PUTRAJAYA

SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

MELAKA
Melaka

JOHOR
ZON 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
ZON 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
ZON 3-Daerah Pontian Dan Kluang
ZON 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor

PERAK
ZON 1- Daerah Hulu PERAK, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta Dan Daerah Batang Padang[Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Kampar, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
ZON 2-DAERAH KERIAN, DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, DAERAH PERAK TENGAH, DAERAH MANJUNG DAN DAERAH HILIR PERAK.Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Selama, Parit, Kg.Gajah,Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor,Teluk Intan DanBagan Datoh]
ZON 3-BUKIT LARUT(TANAH TINGGI)

SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS,KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

TERENGGANU
ZON 1-KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2-BESUT DAN SETIU
ZON 3-HULU TERENGGANU
ZON 4-KEMAMAN DAN DUNGUN

KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN

PERLIS
PERLIS




Monday, August 10, 2009


Kebetulan aku dan suami telah merancang untuk pergi ke PC-Fair pada hari itu. Perancangan awal untuk pergi pagi disebabkan pada waktu pagi orang masih tidak ramai tetapi terpaksa menunda perjalanan kerana takut bertembung dengan orang yang buat perhimpunan ini. Bukan calang-calang banyaknya.. yang pro-ISA dan anti-ISA. Kenapalah diorang ni buat kerja yang sia-sia ni. Cukup menyusahkan.

Akhirnya, agak petang dalam pukul 3 baru kami bergerak dari rumah. Dipertengahan jalan masuk ke highway (aku tak tahu highway mana - tak alert pulak), trafik jam pula. Polis buat sekatan jalan raya. Aduh sungguh menyusahkan orang awam! Tapi aku tak salah kan polis itu. Sebab dia buat kerja dia.. menjaga keamanan..

Yang menyakitkan hati.. yang buat perhimpunan ni tak fikir ke dia menyusahkan orang ramai?! Berlaku kekecohan, lebih-lebih lagi di masjid jamek. Kebetulan hari sabtu tu, suami aku memberitahu, tren putra ke masjid jamek dihentikan buat sementara waktu sebab kekecohan itu. Hati aku menyumpah-yumpah BODOH! BODOH! BODOH betul manusia-manusia yang menyertai perhimpunan itu. MENYUSAHKAN BETUL!!!

Aku tak berapa faham tentang motif diorang berhimpun. Malam tu, aku dengar berita polis menahan 500 lebih orang yang terlibat dalam perhimpunan itu. Beberapa hari kemudian aku membaca beberapa artikel tentang perhimpunan ini dan berita. Aku tak mahu bias dengan artikel pro kerajaan sahaja, aku pun membaca beberapa artikel pro pembangkang. Hasilnya, membuatkan aku marah. Ni semua angkara POLITIK.




Masing-masing menyatakan mereka berhimpun secara aman dan mempunyai niat yang betul. Padahal semuanya menyusahkan orang ramai seperti aku. Konon-kononnya perhimpunan mereka dikawal oleh pihak mereka dan polislah yang menyebabkan mereka seperti ayam berak kapur. Manakala pihak yang satu lagi, pula sangat kelakar kerana boleh pula diberi panduan bagaimana berhadapan dengan pihak polis. Kan lebih baik jika tak berhimpun dan tak perlu berhadapan dengan pihak polis.

Aku hairan betul kenapa mereka ini membawa orang yang hilang akal berhimpun dan menghabiskan masa untuk ditahan polis? Tak ada kerja lain kah? Kalau bawa ahli keluarga berhimpun secara berfaedah kan baik. Kenapa dikiliknya anak-anak berdemonstrasi? Bukankah PM telah menyatakan mereka akan kaji semula ISA? Kenapa gatal-gatal nak berhimpun? Tak reti bersabarkah?

Yang sakitnya, tempat berhimpun mereka di tempat-tempat orang Melayu berniaga dan di masjid-masjid dan paling malang sekali.. rata-rata yang mendemonstrasi dan yang ditangkap adalah orang Melayu sendiri. Rata-rata tempat-tempat berniaga itu pun orang Melayu sendiri. Tidak rasakah sebenarnya orang Melayu diperkuda-kudakan? Tak bolehkah jika tak menyusahkan orang Melayu yang lain? Yang mencari rezeki, yang hendak membeli belah, yang hendak berkumpul bersama keluarga dan yang ingin melakukan aktiviti harian semuanya terbantut, terlewat dan sangat menyakitkan hati.

Aku tak tahulah sejak bila mereka pandai berdemonstrasi sejak akhir-akhir ini. Aku rasa diorang ni kena banyak membaca dari banyak sumber. Kena baca juga buku-buku ilmiah. Agaknya yang suka berdemonstrasi ni fikirannya cetek, akalnya pendek, emosinya tak stabil. Dia kena buat sesuatu dengan dirinya.

Yang paling penting, dia kena belajar semula RUKUN NEGARA. Belajar untuk bersikap rasional bukan emosional – yang pro ataupun yang anti.

Wednesday, August 5, 2009

PC FAIR 2009 MENGHAIRAHKAN?

Setiap tahun sejak 2003 aku dan suami akan menunggu peluang untuk membeli pelbagai keperluan pekakasan baru untuk kegunaan komputer dirumahku. Biasanya suamiku yang ghairah untuk membeli atau melihat gajet-gajet baru yang berada dipasaran semasa. Pada tahun ini, dia begitu ghairah untuk melihat kamera DSLR yang banyak dipasaran. Namun disebabkan ekonomi yang agak merudum, dia membuat pemerhatian dan mendapatkan info sebanyak mungkin sebelum membeli.

Sejak tahun 2003, aku melihat perkembangan PC Fair dari semasa ke semasa.. memang tak dinafikan PC Fair banyak mempengaruhi pembelian lebih-lebih lagi barang-barang dijual secara terus dan murah dari harga pasaran biasa. Kalau ke sana pasti tidak balik dengan tangan kosong. Setiap kali PC Fair pastinya paling minima aku dan suami akan membeli lebih kurang RM300.00 dan pastinya suamiku akan redeam pembeliannya dari PIKOM.

Namun sejak keghairahan aku dan suami membeli barang di PC Fair, aku semakin lama semakin tidak tahan untuk menyuarakan ketidakpuasan hatiku. Kadang-kadang aku merasakan yang aku bukan berada di PC Fair tetapi berada di Fun Fair ataupun berada di sebuah negara asing ataupun berada di pertunjukan model kecantikan ataupun berada di tepi pantai.. entahlah.. aku pun tak dapat menafsirkannya.




Dari baju beragam T-shirt pelbagai warna ke baju seragam menutup tubuh dan kini baju yang tidak cukup kain ditayangkan. Kalau dulu, pekerja-pekerja ini hanya menjaga kedai ataupun mengedarkan risalah di hadapan booth mereka, kini mereka ini begitu berani menayangkan pakaian mereka untuk dirakam. Apa yang aku lihat kini ramai yang membawa kamera bukan untuk dijual tetapi untuk merakam perempuan-perempuan yang menayangkan susuk tubuh mereka untuk disantap oleh mata-mata lelaki. Aku tak pasti sama ada mereka melakukannya secara sukarela ataupun kerana dipaksa oleh bos mereka. Namun, aku lihat mereka seakan-akan seronok berpakaian demikian. Booth-booth semakin ghairah menayangkan pekerja mereka dengan pakaian senteng, berseluar pendek, berbaju tiada lengan, hanya menutup bahagian dada sahaja.























Kalau mahu menarik perhatian, kenapa tidak BOGEL terus? kan senang.. buat tarian bogel kat situ!! Geram sungguh aku! Aku pasti booth-booth mereka akan dipenuhi.. tapi..bukan untuk membeli.. cuma cuci mata je! Sebenarnya dari dulu lagi aku ingin menyuarakan namun tidak mempunyai peluang.



















Aku harap akan ada tindakkan yang dibuat oleh PIKOM tentang hal ini. Ia bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga menyakitkan mata memandang. Aku harap juga ada pihak dari kerajaan ataupun NGO yang menegur perilaku hal ini dan PIKOM perlu mengambil tindakkan mengenai garis panduan booth-booth mereka bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga dari segi moral dan tatasusila. Ramai rakyat Malaysia kini yang lupa pada rukun negara "Kesopanan dan kesusilaan". Mereka tahu mengaut untung sahaja!