Itu saya

Itu saya
Aku sayang negaraku. Tanah air ku. Agamaku. Bangsaku & keluargaku.

Mari faham isi AL-QURAN..

Mari sama-sama kita dengar tafsir AL-QURAN semoga hati kita lembut dan dapat hidaya

CLICK |> FOR THE NEXT SURAH.

Sunday, January 27, 2013

Mejadikan kerja sebagai satu ibadah

Bagaimana untuk kita menjadikan kerja itu sebagai satu ibadah?
Kita melakukan kerja-kerja rutin kita untuk mendapatkan rezeki yan halal tetapi mampukah kerja rutin kita itu menjadi satu ibadah kepada kita.  Di dalam solat kita selalu mengucapkannya:
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam


tetapi pernahkah kita bertanya di dalam diri kita bahawa kerja yang kita lakukan menjadi ibadat?

Bagaimanakah untuk kita meletakkan kerja sebagai satu ibadah?
  1. Kita mestilah mensyukuri nikmat kerja  -  Melihat diri sudah pun mendapat pekerjaan berbanding dengan ramai orang diluar sana masih tercari-cari pekerjaan.  Mereka telah melalui semua prosedur tetapi tidak terpilih untuk mendapat pekerjaan yang anda dapat ini.  ALLAH telah memberikan jawatan yang anda pegang sekarang adalah milik anda.  Sepatutnya anda bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini.  Renung-renungkan jika kita masih tidak bekerja, bagaimana untuk kita memenuhi keperluan-keperluan kita yang pelbagai.  Bagaimana untuk membayar bil telefon (sedangkan itu satu keperluan penting untuk mencari pekerjaan) bagaimana untuk  membayar rotax kereta, minyak kereta (sedangkan kenderaan adalah satu keperluan untuk mencari pekerjaan), jika menaiki transpot awam juga perlukan duit untuk membeli tiket.  

  • Anda sudah pun memiliki pekerjaan sepatutnya bersyukur kerana mampu membayar itu semua biarpun tidaklah semewah mana, apatah lagi jika anda sudah mempunyai keluarga, dan perlu pula menampung keperluan persekolahan dan lain-lain keperluan.  Oleh kerana itu, jadikan pekerjaan anda satu ibadah adalah cara mensyukuri nikmat ALLAH.
  1. Keberkatan dan nikmat:  Nikmat yang biasa kita perbincangkan adalah nikmat kekayaan, ada juga nikmat kesihatan, nikmat mata, nikmat buah pinggang (bayangkan anda terpaksa melakukan dialisis), nikmat pergerakan (bayangkan anda sedang lumpuh), nikmat deria rasa dan lupa juga merupakan nikmat sebenarnya.  Bagaimana kita mampu memaafkan orang lain dengan melupakan perbuatannya. (Bayangkan jika anda tidak mampu melupakan perbuatan yang dilakukannya).



  1. Ibadah dan Umur:  Cuba kita semak umur kita, dan semak pula ibadah yang telah kita laksanakan sebelum ini.  Jika kita lihat umur umat Muhammad S.A.W puratanya dalam 60 tahun.  Berapa tahun lagikah tempoh untuk kita hidup?  Berapa banyakkah ibadah yang telah kita buat setakat ini tidak termasuk waktu kita belum mumaiyis.  Adakah ibadah kita sempurna berserta niat kerana ALLAH?  Solat kita cuma sejam ( 5x sehari) berbanding ketika kita bekerja iaitu tempoh normal adalah 8 jam, ada yang menjangkau 10 jam dan ada yang menjangkau 12 jam.  Jadi pentingkah untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah?  atau sebenarnya terselit niat kita bekerja untuk membangga diri dengan pekerjaan kita.  Semak-semak adakah kita pernah membuat sesuatu kerja untuk mendapatkan pujian atau untuk mendapatkan kepercayaan orang tanpa meletakkan niat utamanya untuk melaksanakan Ibadah?


Jika ada dihati kita untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadah.  Kita perlu ketahui a
pakah syarat menjadikan kerja sebagai satu ibadah?  Supaya kerja yang kita lakukan itu sememangnya menjadi ibadah, bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Syarat bekerja sebagai satu ibadah:

  • Berniat kerana Allah
    • Berniat kerana Allah.  Jika tidak niat maka tiada ibadah kepada pekerjaan kita.  Untuk mendapat gaji itu berbeza.

  • Ikhlas bekerja kerana ALLAH
    • Mestilah melakuka kerja dengan Ikhlas kerana ALLAH.  Semak diri kita jika melakukan kerja kerana hanya untuk mendapatkan kepercayaan orang lain atau berniat untuk selain dari ALLAH.
  • Sikap tekun, amanah
    • Maksud sikap tekun disini adalah melaksanakan kerja dengan sistematik.  Buatlah kerja secara bersistem, jika kerja kita laksanakan tidak sistematik, tekun Amanah dengan kerja yang kita laksanakan dan kerja tersebut adalah dari usaha sendiri (bukan subcontrak dengan orang lain)
    • Tahu apakah misi, visi pekerjaan yang dilakukan.
    • Melaksanakan MPKFM iaitu Manual Prosedur Kerja dan Fail Manager - potfolio kerja).
  • Adab dan akhlak
    • Dalam pekerjaan kita perlulah menjaga adab dan akhlak kita.  Tolong jaga aurat kita.  Yang wanita, batas aurat dan yang lelaki juga tidak kurangnya.  


Institusi keluarga yang bahagia akan menjadikan motiviasi kepada kerja.  Apa yang berlaku dalam rumahtangga akan terkesan dalam kerja.  Bayangkan jika berlaku pergolakkan dalam rumahtangga biasanya terkesan juga dalam pekerjaan.  Fikiran serabut, pakaian tidak terurus dan emosi tidak stabil biasanya akan terbawa-bawa dalam pekerjaan.  Jika mental kita lemah, maka fizikal kita tidaklah sehebat ketika fizikal dan mental kita kuat.

Untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah, sepatutnya kita juga tahu bahawa melengkapi hak-hak dalam institusi kekeluargaan juga ibadah.  Janganlah kita meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.  Misalnya, mengutamakan hal-hal pekerjaan dari keluarga.  Ingatlah jika kita meninggalkan hal-hal keluarga dalam jangka masa panjang, keluarga pula akan meninggalkan kita.  Kita kena ingat satu perkara iaitu kita tidaklah akan muda sepanjang umur kita.  Apabila kita dalam keadaan lemah, maka pekerjaan akan meninggalkan kita.. jika kita telah meninggalkan keluarga.. maka yang manakah akan melengkapi hidup kita?

Asasnya kita mestilah sedar bahawa hidup kita didunia ini sebagai khalifah iaitu memimpin kepada yang lain.  Mukmin yang menzalimi diri sendiri adalah mukmin yang tidak berbuat apa-apa (iaitu idak buat tugas asasi dan lain-lain kerja)
Mukmin pertengahan adalah orang yang buat perkara yang wajib sahaja.
Mukmin yang cemerlang adalah orang yang membuat perkara-perkara yang wajib dan juga yang sunat (membantu kerja-kerja lain).  Kerja-kerja lain tidak semestinya tertumpu kepada kerja-kerja pekerjaan kita, membantu isteri juga adalah juga suatu ibadah.

Ingatlah bahawa anak kunci pintu rezeki adalah sedekah.  Adakah kita sudah bersedekah hari ini?  Bersedekah bukan tertumpu kepada orang miskin, bersedekah juga boleh dilakukan di dalam keluarga (belanja) dan senyum juga adalah sedekah.



No comments:

Post a Comment